MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- BETAPA FIRAUN BESAR KULIM INI MENCINTAI UMNO
- SETAKAT CABAR 48 JAM, HEBAT SANGATKAH KETUA PEMUDA UMNO?
- PERJUMPAAN BLOGGER - REALITI DAN HAKIKAT
- ISU SELANGOR - FIRAUN BESAR DAN ANAK TOYO BERI ULASAN BERCANGGAH
- JANGAN BERANI BAKAR AKHBAR SAJA, JOM DEBAT !!
| BETAPA FIRAUN BESAR KULIM INI MENCINTAI UMNO Posted: 28 Jun 2010 03:11 PM PDT SEKALI lagi TV3 suku malam tadi menampilkan MP dari Kulim Bandar Baru sebagai pengulas undangan tentang peristiwa politik PKR di Selangor. Maka, tanpa berlengah lagi `firaun besar' Kulim ini pun bercakap gaya seorang lawyer tapi ternampak seperti `loyar buruk' saja. Dia bercerita agak panjang juga sampai dua kali disiarkan wajah `firaun besar' ini dan mengulas benda yang sama. Semakin lama dia mengulas, semakin nampak seorang `loyar buruk' yang seperti bukan seorang politikus tetapi seperti tikus. Memang beliau ni bersifat seperti tikus, berani menggigit apa saja jika tiada sesiapa di sekelilingnya. Apabila diajak berdebat oleh YB Khalid MP Shah Alam, terzahirlah sifat penikusnya. Di depan TV3 suku, beliau menunjukkan jantannya sehingga terjongket kopiah firaun besarnya itu. MP Kulim Bandar Baru yang dipecat oleh PKR itu berkata depan TV 3 suku bahawa perlantikan YB Azmin sebagai pemimpin utama PKR di Selangor memberi gambaran MB Khalid tidak lagi diperlukan. Apa ertinya menjadi MB Selangor jika kuasa politik sudah tiada, tambah beliau. Jadi, MB Khalid mesti berundur katanya lagi. Maksudnya, YB Azmin tentunya lebih berkuasa dari MB Selangor dan ini menunjukkan DS Anwar mahu YB Azmin menjadi MB Selangor. Dan, Khalid mestilah sedar isyarat ini. Begitulah andaian si`loyar buruk' yang pernah ditolak oleh PAS itu. Nampaknya komen dari firaun besar Kulim tersebut bercanggah pula dengan mantan MB Selangor iaitu anak Toyo. Anak Toyo berkata pula, walaupun YB Azmin dilantik mengetuai PKR di Selangor namun yang masih mempunyai kuasa adalah Khalid selaku MB Selangor. Jadi, Khalid masih boleh menentukan projek atau tender kepada kroni-kroninya, kata anak Toyo doktor gigi yang kaya raya itu. Beliau sangka, MB Khalid sama sepertinya yang memelihara kroni seperti memelihara babi apabila menjadi MB Selangor. Nampaknya komen firaun besar dari Kulim dengan komen doktor gigi yang kaya itu sama sekali bercanggah, walaupun niat masing-masing sama untuk menjahanamkan PR di Selangor. Kita jangan pelik kenapa firaun besar dari Kulim tidak mahu pula ulas perihal yang sama di Terengganu. Di Terengganu, MB nya adalah Said. Tetapi, siapa yang menerajui Umno di Terengganu? Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu adalah Hishamuddin, orang dari Johor. Jika ikut kata-kata bodoh dari firaun besar, tentulah MB Terengganu Said kena berundur kerana apa guna jadi MB jika kuasa politik di Terengganu dipegang oleh orang lain, bahkan orang itu luar dari Terengganu? Mengapa firaun besar berketayap putih itu tidak mahu ulas? Jawapannya mudah, ia adalah kerana di Terengganu Umno yang berkuasa, jadi buat apa firaun besar mahu ganggu. Bukankah Umno itu pujaan hatiku?/mandor.blogspot.com | ||||||
| SETAKAT CABAR 48 JAM, HEBAT SANGATKAH KETUA PEMUDA UMNO? Posted: 28 Jun 2010 11:31 AM PDT KJ serah kepada rakyat? Oleh: notan "Assalamualikum,,..Dalam satu siaran berita dalam agenda daily, KJ menyatakan untuk menyerahkan kepada rakyat untuk menilai DSAI kerana gagal menyahut cabarannya dalam tempoh 48 jam untuk mendedahkan bukti MP yang lompat mendapat habuan RM2 juta. Baca disini KJ bertindak macam crook filem Hindustan yang sentiasa menampilkan diri sebagai Hero.KJ nampaknya masih mahu rakyat percaya bahawa DSAI adalah seorang pembohong sementara dirinya dipihak yang benar.Kerana itu KJ cuba memerangkap DSAI dengan tempoh 48 jamnya tanpa perlu menyentuh soalan DSAI kepada wartawan RTM mengenai berbagai bagai pendedahan yang telah dibuat dan disahkan betul yang tidak diambil sebarang tindakan oleh kerajaan sehingga hari ini. KJ sepatutnya menyebut kenapa VK Linggam dan 6 jahaman masih bebas sekalipun suruhanjaya diraja sudah mengesahkan ada kes yang perlukan pendakwaan.KJ juga patut menyebut mengenai PKFZ, mengenai komisyen kapal selam dan Altantuya dan beberapa siri pendedahan DSAI yang sudah disahkan benar.KJ memang patut memberikan justifikasi kenapa ikan ikan jerung boleh terlepas dari semua pendakwaan sebelum boleh menuduh DSAI seperti itu. Tetapi KJ memilih untuk menjadi budak budak dengan cabaran 48 jamnya.KJ tidak mencerminkan dirinya sebagai lulusan Oxford langsung.KJ mahu rakyat menilai DSAI yang sudah terbukti kekentalannya,yang sudah terbukti dengan kebenaran pendedahan pendedahan sebelum ini.KJ lupa bahawa rakyat Malaysia yang tinggal di pendalaman sekalipun lebih cerdik dari dirinya walaupun tak pernah belajar di Oxford untuk melihat perkara sebenarnya.KJ lupa bahawa rakyat Malaysia sekalipun yang masih menyokong UMNO kerana agenda tertentu tahu bahawa DSAI tidak berbohong dalam soal ini. Jadi kenapa KJ masih mahu mencabar DSAI dengan tempoh 48 jamnya?Cabaran kebudak budakan ini jelas menunjukkan KJ cuba menipu rakyat walaupun dia sendiri tahu bahawa DSAI tidak menipu malah bukti yang disebutnya bukan bukti jenayah itu ada dengan DSAI dan bakal keluar apabila tiba waktunya.Bilakah waktu itu?siapa tahu mungkin selepas PR mengambil alih Putra Jaya atau mungkin selepas VK Linggam diambil tindakan atau selepas ikan jerung PKFZ didakwa atau mungkin bila bila. Oleh itu KJ sendiri perlu lebih proaktif dalam memastikan kesemua pendedahan sebelum ini diselesaikan kerajaan sebelum dakwaan upah melompat ini dikeluarkan DSAI dan sebelum KJ mahu rakyat menilai DSAI seperti dikehendakinya. KJ menyatakan akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan susulan tetapi apa yang nak dibincangkan sedangkan KJ sendiri mengaku tidak akan membuat lapuran polis mengenai dakwaan ini dan desakannya agar DSAI bertanggungjawab juga tidak perlu kerana DSAI sudah menyatakan dengan jelas bahawa bukti itu akan keluar apabila tiba masanya.KJ tak perlu mengelabah sebaliknya harus menunggu saat tersebut./Tranungkite | ||||||
| PERJUMPAAN BLOGGER - REALITI DAN HAKIKAT Posted: 28 Jun 2010 08:23 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SAYA amat menghormati pandangan rakan Blogger yang mahu adakan perbincangan atau perjumpaan di kalangan Blogger Pro PR. Ini adalah berlanjutan daripada serang menyerang di antara beberapa Blogger penyokong PR berkaitan beberapa isu khususnya yang berkaitan dengan UG, Kumpulan Erdogan dan juga pro Ulamak. Sebenarnya ini isu lama dan semua telah maklum isu ini telah pun dapat diselesaikan oleh kepimpinan PAS sendiri. Niat baik rakan saya yang mahu kepada perbincangan itu mendapat maklumbalas pro dan kontra dari rakan-rakan yang lain. Selaku salah seorang yang ingin melihat PAS berjaya bersama PR menuju ke Putrajaya, saya ingin juga menyuarakan pandangan saya dan tentunya juga akan mendapat maklum balas pro dan kontra juga. Itu biasa di dalam memberikan pandangan. Saya berpendapat, tidak perlu diadakan perbincangan seperti yang dicadangkan oleh rakan saya itu. Bagi saya, PAS khususnya kini telah berada di landasan yang betul dan tepat lebih baik dari sebelumnya. Saya juga di antara pengkritik UG pada suatu ketika dan sering menuding jari kepada beberapa pimpinan yang saya rasa condong ke arah itu. Tetapi setelah pimpinan PAS bijak di dalam menghalusi semua pandangan beberapa pengkritik UG, maka Muktamar PAS mengambil keputusan menutup terus isu UG dan memberi jaminan bahawa PAS kekal bekerjasama dengan PR. Sekaligus bererti harapan mereka yang cintakan UG berkecai, namun kita lihat mereka kembali bersatu dan bersama-sama bersetuju dengan keputusan Muktamar iaitu menutup isu UG ini. Seharusnya kita Blogger yang dahulunya begitu ekstrim menentang UG patut berbangga kerana diberi perhatian oleh pimpinan yang kita sokong. Isu ini kembali dimainkan kerana kita kadangkala terlalu mudah membuat tafsiran yang terburu-buru. Apabila Tuan Guru Presiden tidak mahu memberi jaminan sepanjang beliau memimpin tidak akan berlaku UG dengan Umno, maka kita beranggapan bahawa masih ada lagi hasrat di kalangan pimpinan PAS terhadap UG yang telah ditutup itu. Bagi saya, sebagai sebuah parti Islam, PAS menentang Umno selagi Umno menentang Islam. Apakah jaminan bahawa Umno akan selama-lamanya menentang Islam? Memang benar, pada waktu ini dan saat ini wajib kita menentang Umno. Selagi Umno menentang PAS yang mahukan Islam didaulatkan, selagi itulah jangan disebut tentang UG. Sekiranya ada pemimpin PAS yang bercadang untuk menghidupkan kembali UG dikala Umno tetap menentang Islam, wajib kita Blogger kembali menyerang pemimpin berkenaan kerana mereka ternyata menentang keputusan Muktamar. Setakat ini, Alhamdulillah, pemimpin kita semakin bersatu samada di kalangan yang dikatakan Erdogan mahupun golongan Ulamak. Terbukti di dalam beberapa PRK sebelum ini PAS bersatu dengan begitu baik sekali dengan rakan-rakan di dalam PR dan terus menyerang Umno dengan begitu hebat. Bukankah ini yang kita mahukan? Mungkin ada di kalangan pembaca yang berfikiran saya juga condong ke arah UG. Bagi saya tiada UG atau perpaduan selagi tidak meletakkan Islam sebagai asasnya. Mungkin pandangan saya ini terlalu dangkal jika hendak dibandingkan dengan penganalisa yang lain. Asas saya mempercayai kepimpinan PAS yang ada sekarang adalah kerana mereka telah buktikan bahawa PAS telah bekerjasama dengan baik bersama rakan-rakan mereka di dalam PR sejajar dengan keputusan Muktamar PAS sendiri. Sehubungan itu, marilah kita Bloggers yang cintakan kepada perjuangan ini melihat kepada realiti dan kenyataan di depan mata. Cuba berfikir sejenak apabila timbul persepsi negatif terhadap pimpinan kita. Amat rugi buat kita yang `berperang' sesama kita sedangkan hakikatnya kita tiada sebab untuk berperang. /wfauzdin.blogspot.com | ||||||
| ISU SELANGOR - FIRAUN BESAR DAN ANAK TOYO BERI ULASAN BERCANGGAH Posted: 28 Jun 2010 04:17 AM PDT MASING-masing berebut hendak beri komen pasal perlantikan YB Azmin mengetuai PKR di Selangor, manakala MB Khalid kekal selaku MB di Selangor. Hakikatnya Umno dan mereka yang memusuhi PKR amat tidak senang dengan penyelesaian politik yang berlaku di Selangor. Mereka begitu mengharap agar YB Azmin dan `orang-orang'nya akan menjatuhkan MB Khalid. Cuba kita lihat komen mantan MB Selangor yang kontroversi dengan isu rasuahnya di sini. Kemudian, kita bandingkan kenyataan seorang lagi firaun besar dari Kulim yang dipecat dari PKR itu melalui siran berita NTV 7 sebentar tadi. Kedua-duanya amat mengharap PKR di Selangor runtuh, tetapi otak kedua-duanya sama-sama beku. Maka, komen kedua-dua pencacai ini saling bercanggah lebih teruk lagi meleset sama sekali. Khir Toyo menyebut, walaupun YB Azmin dilantik mengetuai PKR di Selangor, tetapi MB Khalid tetap berkuasa penuh kerana masih memegang jawatan MB Selangor. Khir Toyo menyebut bahawa MB Khalid masih boleh memberikan projek atau tender kepada krono-kroninya. Ingin kita bertanya, Khir Toyo dapat buktikah bahawa MB Khalid selama ini mempunyai kroni? Bahkan, selama ini terdapat penyokong-penyokong Umno di zaman Khir Toyo masih disuap oleh MB Khalid. Itukah kroni MB Khalid? Kita lihat pula komen firaun besar dari Kulim Bandar Baru pula. MP yang dipecat dari PKR ini menyebut bahawa MB Khalid sebenarnya tiada kuasa apa-apa kerana kuasa politik di Selangor kini dipegang oleh YB Azmin. Beliau memberi contoh, beliau juga pernah alami benda yang sama. Eh, semenjak bila firaun besar Kulim ini pernah jadi MB? Jangan perasan lah. Kita ingin ingatkan beliau, beliau juga sekarang menjadi MP tanpa ada parti politik dan adakah ini bermakna beliau tidak boleh melaksanakan tugas sebagai MP? Jika begitu keadaannya, seperti yang beliau sarankan kepada MB Khalid, sedarlah, dan beliau kena berundur juga dari MP Kulim Bandar Baru. Firaun besar ini terus menerus menfitnah DS Anwar, kununnya itulah mainan politik DS Anwar untuk menjatuhkan MB Khalid. Jika benar DS Anwar mahu sangat YB Azmin sebagai MB Selangor, mengapa DS Anwar tidak melantik terus YB Azmin sebagai MB Selangor sejurus PR menguasai Selangor selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu? Mengapa senget sangat otak firaun besar Kulim ini untuk memikir? Hakikatnya, mereka ini teramat dukacita apabila isu di Selangor dapat diatasi satu persatu oleh PKR. Berbagai usaha telah mereka lakukan dengan bantuan media-media yang lapar bahan fitnah itu untuk menganggu kestabilan politik di Selangor. Akhirnya mereka gagal. Justeru itu, timbullah komen dan ulasan yang menampakkan kebodohan mereka. Sewajarnya mereka lebih cerdik untuk mengulas hal ehwal politik parti lain, sekurang-kurangnya biarlah nampak sama dan tidak bercanggah. Itulah kebodohan terlampau kedua-dua pencacai ini./mandor.blogspot.com | ||||||
| JANGAN BERANI BAKAR AKHBAR SAJA, JOM DEBAT !! Posted: 28 Jun 2010 03:59 AM PDT
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA). "Sekiranya beliau (Ahmad) menganggap fakta beliau betul, dan kita memfitnah, kita boleh debat di mana-mana," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.
Mazlan berkata tindakan undang-undang tersebut dilihat sebagai satu "cubaan untuk melindungi sesuatu". "Kita akan dedahkan fakta sebenar yang berlaku di FELDA (dalam debat itu)," katanya. Mazlan berkata, beliau bersedia bersemuka dengan Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian pada bila-bila masa. ANAK sebelum ini turut dilaporkan membuat aduan polis berhubung kemerosotan rizab tunai FELDA itu.
Susulan daripada pendedahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pelbagai kritikan, termasuk daripada penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim yang mendesaknya agar "melepaskan cengkamannya" terhadap agensi itu. Jumaat lalu FELDA pula dilaporkan mahu menyaman Zaid, akhbar organ PKR Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat" dan "keterlaluan". Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Umno Kota Raja semalam menunjukkan perasaan tidak puas hati dengan laporan itu dengan membakar (atas) selonggok Suara Keadilan pada mesyuarat bahagian itu di Klang./Malaysiakini |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.