Selasa, 8 Jun 2010

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


UNTUK MAKLUMAN, PEMBOHONGAN INI BELUM MUKTAMAD!!

Posted: 08 Jun 2010 12:41 AM PDT

Masih panjang cerita penglipur lara ini nampaknya...he he!! Nantikan episod akan datang....

Judi: Siapa berbohong - Najib atau BERJAYA?
Christine Chan
Jun 8, 10
1:14pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'

Sesalinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka.

[Baca berita penuh]

Tiada ulasan: