Isnin, 28 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Statistik Dan Keputusan Piala Dunia Holland Menentang Slovakia

Posted: 28 Jun 2010 03:32 PM PDT

Round of last 16Durban Stadium, Durban

June 28

FTHolland2 - 1Slovakia

half-time(1 - 0)




referee :spectators :


Alberto Undiano Mallenco (Spain)61,962

match details :

18'A. Robben [1 - 0]

31'A. Robben


40'

J. Kucka

72'

K. Kopunek

84'W. Sneijder [2 - 0]M. Skrtel

90'M. Stekelenburg [2 - 1]R. Vittek (pen.)

statistics :
shots on target : 10 - 3
shots off target : 4 - 8
possession (%) : 52 - 48
corner kicks : 5 - 2
offsides : 2 - 2
fouls : 15 - 19
yellow cards : 2 - 3
red cards : 0 - 0

Vincent Tan Sedih Lesen Batal. Salahkan Pakatan, Umno Tak Salah

Posted: 28 Jun 2010 08:15 AM PDT

Batal lesen: Vincent Tan persalah bookie haram, Pakatan

Oleh Yow Hong Chieh


KUALA LUMPUR, 28 Jun — Tan Sri Vincent Tan hari ini mendakwa bookie haram membiayai kempen untuk menggagalkan rancangan Kumpulan Berjaya daripada memperoleh lesen pertaruhan sukan, dan kini menunggu masa yang sesuai untuk menghidupkan usaha itu, demikian menurut beberapa penganalisis judi sukan.

Pengerusi Kumpulan Berjaya ini juga mendakwa Pakatan Rakyat (PR) wajar dipersalahkan atas keputusan pentadbrian Najib menarik balik keputusan mengeluarkan lesen minggu lalu.

Tan (gambar) mendakwa bookie haram telah membelanjakan antara RM100 juta hingga RM300 juta untuk menjejaskan usaha memperkenalkan perjudian sukan di negara ini.

Aktiviti pertaruhan haram di Malaysia dianggarkan boleh menjana pulangan bernilai RM20 bilion setahun.
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Tan mengatakan perkara ini ketika majlis makan tengah hari bersama kira-kira 40 penganalisis pertaruhan di ibu negara.

Pada majlis itu beliau juga menunjukkan surat Kementerian Kewangan bertarikh 13 Januari 2010 yang memberikannya kelulusan bersyarat mendapatkan lesen sukan judi.

Bagaimanapun sumber-sumber yang melihat surat itu berkata tidak menyebut kerajaan perlu mendapatkan sokongan publik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan lesen penuh.

Satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kumpulan Berjaya menyebut syarikat itu sangat kecewa dengan keputusan kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang telah diberikan secara dasarnya.

Sebelum ini Kumpulan Berjaya menyatakan bahawa kerajaan telah mengeluarkan semula lesen bagi membolehkan syarikat Ascot Sports Sdn Bhd milik Tan selepas lesen asal telah dibatalkan oleh kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jumaat lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.

Najib yang juga Presiden Umno berkata keputusan itu dipersetujui dengan sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu.

"Sejak keputusan kelulusan pada dasarnya telah dibuat dan tinjauan telah dibuat, walaupun ada pihak yang menyokong dan ada pihak tidak menyokong atau menentang, maka setelah mengambil kira semua pandangan ini, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut diberikan kepada Ascot Sports.

"Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan," katanya.

Najib berkata lesen berkenaan telah bermula pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkan semula kepada kerajaan pada 1990 kerana mengalami kerugian besar.

Sejak tarikh itu syarikat berkenaan telah mencuba beberapa kali untuk memperbaharui lesen dan baru-baru ini kerajaan telah memberikan kelulusan secara dasarnya berasaskan kepada syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi, katanya.

Najib berkata adalah menjadi hasrat kerajaan selama ini untuk mengawal pertaruhan sukan haram yang dikatakan melebihi RM10 bilion di samping menyumbang kepada kegiatan jenayah yang lain dan ancaman sosial dalam negara.

Isu Felda: KDN beri Suara Keadilan surat tunjuk sebab

Posted: 28 Jun 2010 08:00 AM PDT

Oleh G. Manimaran


KUALA LUMPUR, 28 Jun — Akhbar Suara Keadilan terbitan PKR diberi surat tunjuk sebab Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan mendakwa agensi pusat Felda telah bankrap ekoran kemerosotan simpanan tunainya.

Surat tunjuk sebab dikeluarkan susulan satu pertemuan editor Suara Keadilan dengan pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

Ia dinyatakan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut menyertai pertemuan tersebut yang berlangsung lewat petang tadi.

"Suara Keadilan diberi masa tujuh hari untuk menjawab surat tunjuk tersebut," kata beliau yang juga seorang peguam ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Shamsul Iskandar memberitahu Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adan telah menemui editor Dzulkarnain Taib selama dua jam dan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab berkaitan dengan isu "Felda Bankrup" yang perlu dijawab dalam masa tujuh hari.

"Selain itu, Suara Keadilan juga dikehendaki menjawab tiga surat tunjuk sebab yang kononnya telah diserahkan kepada Suara Keadilan dan dikehendaki diserahkan sebelum pukul 5 petang esok," katanya.

Shamsul Iskandar berkata AMK merasakan bahawa tindakan ini adalah melampau dan keterlaluan.

"Ini merupakan ugutan terbaru KDN yang nyata merelakan mereka menjadi alat dan perkakas BN.

"Suara Keadilan hanya dedahkan kepincangan yang berlaku dalam Felda.

"Apa yang perlu dijawab ialah kenapa penyelewengan berlaku? AMK menjangkakan terdapat desakan politik daripada Umno supaya permit penerbitan Suara Keadilan dibatalkan," kata beliau lagi.

AMK kata beliau, akan menyediakan laporan lengkap yang akan diserahkan kepada Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang agar ugutan terbaru ini dapat dibawa ke perhatian Parlimen.

"Dalam masa yang sama AMK desak kerajaan supaya segera wujudkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk mengkaji segera tindakan terbaru KDN ini yang represif dan mengekang kebebasan media," kata beliau.

Difahamkan, permit tahunan bagi penerbitan akhbar berkenaan akan tamat penghujung bulan ini.

Oleh itu, Suara Keadilan dipercayai akan berdepan masalah untuk memperbaharui permit berkenaan kali ini.

Jumaat lalu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata Felda akan menyaman Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan fitnah.

Menurut Ketua Penerangan Umno itu, tuduhan yang dibuat dalam edisi terbaru akhbar itu, terutamanya di muka depannya adalah keterlaluan

Pemimpin Masyarakat Di Serawak Akan Dipecat Kalau Sokong Pakatan

Posted: 28 Jun 2010 07:45 AM PDT

Menteri: Ketua kaum di Sarawak dihenti jika sokong pembangkang


SAMARAHAN, 28 Jun — Mana-mana Ketua Kaum yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang akan ditamatkan perkhidmatan serta-merta kerana ia adalah satu tindakan salah laku yang amat serius, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Datuk Seri Michael Manyin.

"Ketua Kaum adalah ejen kerajaan, yang membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dan bukannya menentang kerajaan," kata pada majlis penyerahan surat pelantikan dua Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh dan Melayu di sini hari ini.

Di Sarawak, jawatan Temenggong yang mewakili kaum tertentu di peringkat bahagian adalah hirarki tertinggi sistem pentadbiran setempat diikuti Pemanca di peringkat daerah, Penghulu dan akhir sekali Ketua Kaum.

Manyin berkata oleh kerana pilihan raya negeri Sarawak semakin hampir, semua Ketua Kaum perlu meningkatkan usaha untuk membantu kerajaan memberi maklumat mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan negeri terutama sekali membawa pembangunan ke kawasan pedalaman kepada penduduk setempat.

"Bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian kerajaan, kerajaan negeri mahu Ketua Kaum bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan cadangan," katanya.

Beliau berkata, jawatan Ketua Kaum kini bukan kekal sepanjang hayat dan telah dihadkan tempoh selama empat tahun.

"Tidak ada undian atau pilihan raya untuk melantik Ketua Kaum kerana sistem yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan lantikan mengikut persetujuan yang disahkan oleh Pegawai Daerah, Residen Bahagian dan Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya.

Bekas guru Robert Sulis Ridu, 75, dilantik menjadi Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh manakala Chek Bujang, 59, seorang bekas guru agama, dilantik Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Melayu.

Temenggong Bidayuh akan memimpin seramai 152 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum berbangsa Bidayuh manakala Temenggong Melayu akan memimpin 111 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Samarahan. — Bernama

YB Zul- Bukan Mat Despatch atau Mat Penghantar Pizza

Posted: 28 Jun 2010 07:00 AM PDT

Semenjak bulan awal tahun 2008 menuju ke tarikh 8 Mac 2008 dan serterusnya sehingga kini YB Zul kelihatan seperti melalui proses suai kenal dikancah politik. YB Zul, walau secara zahir cuma memakai satu topi (kopiah, lebih tepat) sebagai Ahli Dewan Rakyat, selaku MP Kulim Bandar Bharu, (a law-maker) sebenarnya juga adalah diakui sebagai seorang pemimpin yang memimpin dan beliau juga sebenarnya boleh juga dipimpin oleh tuan tuan pembesar parti yang mencalunkan serta menyediakan platfom untuk beliau melaksanakan pelan reformasi dan menyembuhkan penyakit kronik korupsi, kronisma dan nepotisma yang pada ketika itu dan sehingga kini masih menyerang setiap organ dalaman negara.

Lantas, selama hampir 27 bulan YB Zul menjelajah setiap pelusuk kawasan beliau demi menterjemahkan janji perkhidmatan dan melunaskan janji untuk menegakkan panji agama didewan yang mulia. YB kerap turun naik mimbar, naik turun tangga mahkamah, masuk parit menyenteng seluar, picit blackberry untuk berblog dengan sebelah tangan sambil sebelah lagi pegang stereng kereta,minum air yang di rendam kismis, hulur bantuan RM dan barangan sekadar mampu, hadiri berbagai majlis, menaiki berbagai kenderaan, Puduraya kerap juga menjadi ganti lapangan terbang tanpa landasan untuk segolongan YB bertaraf marhaen dan sengkek dan sudah tentu terpatri dihati dan minda orang awam motorsikal YB Zul sehingga ketahap ikonik.

Soal pengorbanan mungkin tak perlu catatan kerana banyak topi yang YB Zul pakai sebagai seorang anak, bapa, suami, MP, ahli parti, peguam, pendakwah, ajk itu dan ini yang sudah jelas menuntut 1001 pengorbanan.

Soalan yang terpanggil untuk ditanya ialah soalan sokongan dan dokongan yang YB Zul perlukan. Wadah, pegangan, matlamat, kaedah, kesetiaan dan perjuangan walau disangsi, disoal, diragui dan dimaki sekalipun YB Zul tetap YB Zul.

Soal tukar warna bagaikan haiwan politik dan menyanyi dengan nada baru, melontar kenyataan yang tidak terfikir akan terungkap oelh YB Zul cuma 6 bulan lalu, dan bermesra dengan golongan yang suatu ketika dahulu bertaraf kurang 'kosher' adalah persoalan rhetorik untuk pemimpin yang mempunyai agenda politik.

Apabila telah nyata bahawa sokongan dan dokongan dari parti sendiri adalah palsu dan kontang, apa dan bila sebenarnya titik permulaan atau kesudahan kareer politik YB Zul.

DAP yang difikirkan duri tajam, bisa dan amat menyakitkan mungkin tidak boleh diterima oleh YB Zul sebagai rakan kongsi. Bantal yang empuk walau dikongsi bersama tiga sahabat lakonan atau tulus mana mungkin mendatangkan mimpi yang sama. YB Zul mungkin tidak mahu lagi didodoikan dengan impian utopia kerana sifat chauvinistik DAP amat busuk.

Tetapi persepsi mengatasi realiti dan lazimnya matlamat menghalalkan cara. Lantas walau hidung dicucuk dan ditarik kesana kesini dan maruah diri dan agama dipijak dan diludah sekalipun matlamat politik tetap dijunjung dengan kefasikan paksa rela. Adakah YB Zul fikir UMNO yang menunjangi gagasan gedang 1 Malaysia sudah berubah? Apakah kaum dan golongan bangsawan pembesar (warlords) UMNO sudah bersedia untuk melepaskan amalan politik patronage?

Adakah wang, harta,pangkat dan kuasa hegemoni tidak lagi dikejar, digilai dan dimimpikan oleh UMNO setelah diberi amaran tsunami Mac 2008? YB Zul mungkin tahu realiti UMNO dulu, terkini dan selamanya. PAS juga masih dogmatik dan antara ilmuan dan agamawan belum tentu ada tindanan yang luas. PAS belum berani memanggil warna sebenar jalur jalur warna rakan kongsi, semuanya masih kelabu dan haru biru dan hijau masih mahu kelihatan suci walau titik titik hitam semakin bertompok dan mula berbau serta tercemar.

Lantas, kemana hala tuju YB Zul? Kemana sekalipun, walaupun sudah kebumi Amerika tajaan wang rakyat berslogan 1M, YB Zul belum tentu mahu bertopi helmet Mat despatch atau Mat penghantar pizza untuk ditunggangi mereka mereka yang menjual agama dan bangsa dengan harga lebih murah daripada thin crust Domino Pizza.

Mungkin ramai yang keliru, marah, benci, hairan atau tidak peduli sekalipun, YB Zul masih tetap YB Zul yang pada akhir analisa adalah seorang ahli politik yang memerlukan naluri kehaiwanan untuk berjuang. Ikhlaskanlah segala amalan, fikiran dan perbuatan kerana yang akan menilai kita nanti AMAT Mengetahui lagi Bijaksana.

http://www.facebook.com/note.php?note_id=407326344644&id=718737669

"Agenda Menteri Besar adalah Agenda Saya," Faekah Husin

Posted: 28 Jun 2010 06:20 AM PDT

Wawancara Eksklusif bersama Faekah Husin

Oleh Fazy Sahir

KLANG: Bukan mudah buat Faekah Husin mengadaptasikan kerjayanya sebagai seorang peguam kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerana tugas tersebut nyata menjadi cabaran berliku buat beliau.

Namun tiada kata berputus asa buat anak jati Klang ini, malah bersedia menjadi tulang belakang kepada Menteri Besar dalam melestarikan agenda utama iaitu 'membantu dan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor'.

Segala-galanya tidak mustahil bagi Faekah, 45, yang turut berkecimpung dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Ketua Wanita Bahagian Kuala Langat pada tahun 1999 sehingga kini.

Memahami perjuangan parti serta kehendak Menteri Besar, membuatkan Faeqah dianggap calon sesuai menggantikan tempat Nik Nazmi Nik Ahmad yang bakal mengisi jawatan sebagai Ketua Komunikasi PKR kelak.

"Saya diberi tender dua tahun oleh Menteri Besar iaitu masa paling kritikal bagi PKR dan Pakatan Rakyat (PR) untuk mempertahankan Selangor.

"Sudah tiba masa bagi saya membantu Tan Sri. Agenda beliau (Khalid) adalah agenda saya, dengan memberitahu kepada rakyat bahawa pentadbiran yang baik memerlukan 'efficiency'," katanya yang ditemuramah Free Malaysia Today di kediaman beliau di sini hari ini.

Menurut beliau, sokongan setiap Exco dan pegawai-pegawai sokongan cukup penting dalam merealisasikan dasar yang bakal dilaksanakan.

"Tanpa mereka (pegawai-pegawai) ini dasar yang mahu dilaksanakan oleh Tan Sri tidak akan berjaya, maka mereka cukup penting dalam menjayakan dasar-dasar tersebut," katanya yang membuka firma guaman Faekah & Choung sejak 16 tahun lalu.

Malah Faekah sedar bahawa agenda yang dibawa Khalid sebelum ini menemui jalan sukar.

"Saya tahu kedudukan beliau (Khalid) sukar kerana agenda beliau tidak dibawa oleh media perdana. Maka kita pergi ke akar terangkan, bertindak dengan membantu rakyat agar mereka terus menyokong kita.

"Rakyat dekat kampung susah, barang, minyak naik. Bagaimana kita nak sampaikan? Kita akan cuba…cuba dan cuba melakukan yang terbaik agar rakyat memahami keadaan dan kesungguhan kita mengatasinya," kata wanita berjiwa cekal ini.

Hari ini menjadi upacara bersejarah buat Faekah yang mula mengangkat sumpah jawatan sebagai Setpol.

Ketika ditanya mengenai langkah pertamanya selepas dilantik, beliau berkata "saya perlu dapatkan portfolio bertulis mengenai skop kerja, kerana kerja ini luas skopnya…".

Fasa Reformis kepada Fasa Pelaksanaan

Anak ke-10 daripada 12 beradik ini mengenali politik melalui didikan arwah ayahnya HusinIMG_2876-resize Abdul Mokhti, 76, yang meninggal ketika beliau berusia 26 tahun lagi.

Arwah ayahnya merupakan penyokong seumur hidup parti PAS yang banyak membuka minda beliau kepada dunia politik.

Jiwa politik yang diterapkan itu, membawa beliau kepada penglibatannya sebagai aktivis reformis Keadilan bermula tahun 1999.

Maka sepanjang 12 tahun perjuangan sebagai aktivis reformasi ini akan di transformasikan melalui agenda bersama Menteri Besar iaitu mengekalkan Selangor sebagai negeri Pakatan Rakyat.

"Refomis mungkin salah satu agenda saya dalam jawatan ini. Ia memperlihatkan bagaimana untuk menggembelingkan semula reformis.

"Malah sekarang saya lihat kerajaan negeri sedang berusaha memberi yayasan kepada para pejuang reformis dan ini selari dengan agenda saya.

"Bila Tan Sri minta saya menjadi Setpol beliau maka saya lihat fasa kedua kini bermula. Ini bermakna segala apa yang kita perjuangkan selama ini kita transformasikan di dalam agenda dan pelaksanaan yang bakal dan sedang kita buat," katanya yang pernah dilantik sebagai Setiausaha Keadilan Selangor pada 2005 di bawah kepimpinan Khalid ketika itu.

Pakatan Bawa Dimensi Baru Politik

Bagi Faekah menjadi Setpol wanita pertama di Malaysia bukanlah isu penting, namun misiSel 2 yang perlu dilaksanakan tercapai.

Beliau turut menyatakan kekagumannya dengan pentadbiran Pakatan yang disifatkan sebagai menjangkau lapisan politik.

"Menjadi Setpol wanita pertama di Malaysia bukan isu, jika orang melihat ia sebagai sesuatu yang positif maka positiflah ia. Namun yang penting politik baru yang kita bawa.

"Golongan muda tertarik dengan politik Pakatan yang dilihat melangkaui kaum, jantina, agama mahupun kepercayaan. Ini yang membuatkan saya kagum dengan Pakatan.

Malah menurutnya ia diadaptasikan melalui pentadbiran Khalid ketika melantik pegawai kerajaan yang terlibat.

"Tiada persoalan anda seorang ahli Umno, PAS, DAP mahupun PKR dalam menerima sebarang bantuan atau perlantikan. Ini yang diterapkan dalam pentadbiran Menteri Besar.

'Saya pernah bergurau dengan beliau (Khalid) nak lantik pegawai pendaftar dalam UNISEL anak Selangor perlu ada kriteria? Khalid jawab, perkara itu jadi no 10," kata Faekah pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah UNISEL pada 2008 yang dipengerusikan oleh Khalid.

Nafi Pelantikan Dapat Tentangan

Ketika mengulas mengenai spekulasi pelantikan beliau yang kononnya mendapat tentangan, beliau menafikan perkara tersebut.

"Saya tidak nampak perlantikan ini mendapat tentangan malam itu di mana 15 ahli parlimen kononnya menentang pelantikan beliau tetapi mereka berjanji memberi sokongan penuh dan sedia memberi tunjuk ajar.

"Malah orang pertama yang saya beritahu mengenai pelantikan ini adalah Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, diikuti Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali dan seterusnya Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani.

"YB saya perlu tahu, PKR bahagian semua saya beritahu. Bila kata wujud penentangan mungkin strategi politik untuk PKR kekal bebasbersuara," katanya.

Dalam pada itu, Faekah melahirkan rasa syukur dengan sokongan diterima terutama ahli keluarga terdekat.

Malah beliau cukup terharu ekoran pelbagai pihak mula menerima kehadirannya termasukklah bekas rakan kongsi, ahli-ahli politik Pakatan serta aktivis reformasi yang menyatakan sokongan terhadap perjuangan yang bakal dihadapinya kelak.

Royalti: Kelantan hargai kesediaan Ku Li

Posted: 28 Jun 2010 05:15 AM PDT

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 28 Jun: Kerajaan Kelantan merakam penghargaan tinggi kepada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah kerana bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti petroleum sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.

Malah ia mengulangi komitmen yang pernah dibuat anggota Parlimen Gua Musang itu sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kesediaan Tengku Razaleigh sewajarnya dipuji memandangkan beliau berpegang kepada kebenaran.

"Kami mengucap berbanyak terima kasih kepada Tengku Razaleigh kerana bersedia menjadi saksi pada kes yang cukup penting ini.

"Kesediaan itu dapat membantu rakyat Kelantan bagi mendapatkan haknya sebagaimana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974," katanya di sini.

Tengku Razaleigh yang juga veteran Umno dalam kenyataannya semalam menyebut bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti minyak memandangkan beliau bertanggungjawab menyediakan Akta Kemajuan Petroleum.

Menurutnya, tawaran itu dibuat memandangkan beliau mengetahui banyak perkara kerana pernah dilantik sebagai Pengerusi Petronas.

Pada Januari lalu Tengku Razaleigh menyertai perhimpunan raksasa rakyat Kelantan di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV bagi menuntut royalti petroleum sebanyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.

Pada majlis itu bekas pengerusi Petronas terbabit menjelaskan hak-hak Kelantan ke atas royalti biar pun minyak ditemui di kawasan daratan (onshore) atau lautan (offshore).

Penjelasan itu jelas bercanggah sama sekali dengan kenyataan pemimpin Umno yang menyebut Kelantan tiada hak memandangkan minyak ditemui di luar tiga batu nautika.

Royalti: Kelantan hargai kesediaan Ku Li

Posted: 28 Jun 2010 05:15 AM PDT

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 28 Jun: Kerajaan Kelantan merakam penghargaan tinggi kepada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah kerana bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti petroleum sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.

Malah ia mengulangi komitmen yang pernah dibuat anggota Parlimen Gua Musang itu sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kesediaan Tengku Razaleigh sewajarnya dipuji memandangkan beliau berpegang kepada kebenaran.

"Kami mengucap berbanyak terima kasih kepada Tengku Razaleigh kerana bersedia menjadi saksi pada kes yang cukup penting ini.

"Kesediaan itu dapat membantu rakyat Kelantan bagi mendapatkan haknya sebagaimana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974," katanya di sini.

Tengku Razaleigh yang juga veteran Umno dalam kenyataannya semalam menyebut bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti minyak memandangkan beliau bertanggungjawab menyediakan Akta Kemajuan Petroleum.

Menurutnya, tawaran itu dibuat memandangkan beliau mengetahui banyak perkara kerana pernah dilantik sebagai Pengerusi Petronas.

Pada Januari lalu Tengku Razaleigh menyertai perhimpunan raksasa rakyat Kelantan di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV bagi menuntut royalti petroleum sebanyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.

Pada majlis itu bekas pengerusi Petronas terbabit menjelaskan hak-hak Kelantan ke atas royalti biar pun minyak ditemui di kawasan daratan (onshore) atau lautan (offshore).

Penjelasan itu jelas bercanggah sama sekali dengan kenyataan pemimpin Umno yang menyebut Kelantan tiada hak memandangkan minyak ditemui di luar tiga batu nautika.

Perang Saraf UMNO Selangor Semakin Kuat! 4 Adun Nafi Keluar Parti

Posted: 28 Jun 2010 05:00 AM PDT

Lagi spekulasi: Empat ADUN Selangor didakwa keluar 'protes' Khalid

Oleh G. Manimaran dan Adip Zalkapli


KUALA LUMPUR, 28 Jun — Meskipun Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai mengadakan sesi pemukiman dengan melakukan rombakan kecil di sebalik desas-desus wujudnya desakan mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan, hari ini wujud spekulasi baru mendakwa empat ADUN parti itu akan keluar kerana beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Desas-desus baru ini mendakwa empat ADUN iaitu Haniza Mohd Talha dari kawasan Taman Medan, Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Sri Muda) sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Khabar angin mendakwa keempat-empat mereka akan keluar PKR sebagai tanda protes pucuk kepimpinan memutuskan untuk mengekalkan Khalid (gambar) sebagai menteri besar.

Khabar angin ini mula tersebar sejak pagi tadi.

Selain SMS, beberapa panggilan yang diterima The Malaysian Insider mendakwa keempat-empat wakil rakyat berkenaan mahu meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati Khalid, menteri besar penggal pertama, dikekalkan.

SMS itu berbunyi "empat ADUN PKR Selangor dikhabarkan akan meletak jawatan kerana tidak bersetuju Khalid kekal sebagai MB."

Nik Nazmi merupakan bekas setiausaha politik Khalid. Beliau digantikan oleh setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa bulan depan.

Amirudin memberitahu The Malaysian Insider, beliau dan rakan-rakannya menghormati keputusan pucuk kepimpinan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.

"Tidak, tidak... sebelum saudara tanya saya jawab soal dulu, tidak. Setakat ini tiada apa-apa, kami kekal dengan PKR," kata Amirudin sebaik sahaja dihubungi The Malaysian Insider.

"Semuanya sudah bersetuju, kami menghormati Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi PKR Selangor manakala Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor... ini diumumkan pada pertemuan Majlis Pimpinan Pusat semalam dan semua terima" kata Amirudin sambil menambah, beliau dan Nik Nazmi makan malam tadi bersama dan tidak membincangkan apa-apa, kononnya "akan keluar PKR."

"Saya tidak tahu mengapa secara tiba-tiba benda ini wujud balik," kata Amirudin lagi.

Menerusi ruangan twitter, Nik Nazmi berkata: "saya baru terima panggilan daripada pemberita, bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat ADUN berkenaan yang mahu meletakkan jawatan."

"Satu lagi penipuan besar," katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi juga melahirkan pandangan yang sama dengan berkata tidak tahu-menahu apa-apa cerita sebenar.

"Ini kali kedua saya mendengar benda yang sama.

"Saya menafikan... perang saraf biasanya macam inilah," kata beliau.

Di akhir sesi pemukiman dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR petang semalam, Naib Presiden Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi Selangor manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik meneraju Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Pelantikan itu berkuat kuasa petang semalam.

Wan Azizah ketika membuat kenyataan itu berkata pelantikan Azmin adalah bagi menggantikan Khalid yang juga Menteri Besar Selangor.

"(Tindakan) ini setelah dipohon oleh Tan Sri yang mahu menumpukan tenaga beliau kepada pentadbiran negeri Selangor berkuat kuasa serta-merta," katanya semalam.

Sebelum ini Azmin mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Khalid yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut menafikan tindakannya berundur daripada mengetuai PKR Selangor disebabkan tekanan daripada pihak tertentu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Khalid dan Azmin menjadi tumpuan selepas timbulnya desas-desus mengatakan wujud gerakan daripada sekumpulan puak di dalam PKR Selangor yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan menteri besar.

Kumpulan itu juga dikatakan mahu mendesak Khalid agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Apabila Khairy Bersuara Lagi

Posted: 28 Jun 2010 04:26 AM PDT

Ibrahim 'gedebe politik' - Khairy
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

REMBAU 27 Jun - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menarik balik perkataan 'jaguh kampung' yang diberi kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, namun menggantikannya dengan 'gedebe politik' (samseng politik).

Beliau bagaimanapun bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya terhadap Ibrahim yang disifatkannya sebagai penghalang konsep 1Malaysia.

Jelasnya, gelaran terhadap Ibrahim itu memang tepat berdasarkan tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas itu selama ini, justeru beliau tidak akan meminta maaf ataupun menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Ibrahim sejak beberapa hari lalu. Khairy berkata, Ibrahim sebenarnya adalah ahli politik yang tidak laku dan apa saja yang dibuat oleh beliau sebenarnya adalah untuk dirinya sendiri.

"Saya menyesal panggil dia sebagai 'jaguh kampung' sebab apabila saya teliti betul-betul dia sebenarnya tidak layak dipanggil jaguh kampung sebab gelaran itu terlalu mulia baginya, tetapi hanya layak dipanggil 'gedebe politik' murahan.

"Dia perlu ingat bahawa kalau tidak kerana undi Pas dan UMNO, dia tidak akan menang sebagai calon Parlimen Bebas. Kalau kita lihat dia bertanding dulu di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir pada 2005, dia hilang deposit.

"Jadi macam mana dia kata perjuangannya adalah relevan, sedangkan dia tewas di kampungnya sendiri?" katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Serentak Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas dekat sini hari ini. Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Rembau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Ibrahim yang menyifatkan Khairy sebagai penyibuk berikutan tindakan Ketua Pemuda UMNO itu mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Khairy kemudiannya mempertahankan Ka Siong dan menggelarkan Ibrahim sebagai penghalang kepada konsep 1Malaysia yang diamalkan kerajaan dan 'jaguh kampung' ekoran isu itu. Dalam kenyataan balasnya semalam, Ibrahim secara sinis mencadangkan agar Khairy dilantik sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana beliau sahaja yang memahami konsep globalisasi.

Tegas Khairy, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dalam memperjuangkan hak orang Melayu, tetapi ia tidak perlu dilakukan dalam kaedah yang agresif. Jelasnya, sekiranya UMNO tidak menjauhi gerak-geri dan rentak Ibrahim, ia akan mendatangkan implikasi buruk terhadap Barisan Nasional (BN).

"Kita kena pastikan bahawa sokongan terhadap BN datangnya dari semua pihak iaitu Melayu yang progresif serta Cina dan India.

"Ingin saya tegaskan yang kita tidak mahu terikut-ikut dengan cara Ibrahim yang boleh melukakan hati ramai pihak, bukan hanya orang Melayu tetapi kaum-kaum lain," katanya. Sementara itu, di Kuala Lumpur, Khairy ketika dihubungi berkata, beliau tiada masalah dengan perjuangan Perkasa, tetapi sebagai pemimpin sebuah organisasi sebegitu, Ibrahim perlu mengubah pendekatan dalam menangani sebarang isu. Jelasnya, sebagai seorang pemimpin muda, beliau berasa tercabar dengan 'serangan' terhadap dirinya dan pasti akan 'membalasnya' semula.


Ulasan saya

1. Saya menasihat saudara Khairy agar berhenti daripada terus menunjukkan permusuhannya dengan PERKASA. Beliau tidak akan menang - bahkan imejnya semakin buruk pada kaca mata masyarakat.

2. Yang penting Khairy harus menunjukkan kepada masyarakat "mana kaedah" yang dikatakan sangat betul dan bijaksana itu - andaikata cara atau kaedah perjuangan PERKASA dalam memperjuangan hak-hak keistimewaan orang Melayu selama ini, sudah dikira sebagai ketinggalan zaman. Tunjukkanlah kepada kita semua. Kami ingin tahu! Mana caranya yang sangat bijaksana itu?

3. Jika Khairy berpandangan bahawa cara "Agresif Ibrahim Ali" merupakan cara lama dan tidak lagi relevan dalam memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu, maka hasilnya ialah kelembikkan Pemuda UMNO sekarang! Yang jelas kelihatan lemah, lesu dan tiada taring. Jika kita mempunyai cara yang bijaksana bagi mengambalikan keyakinan rakyat pelbagai kaum terhadap Barisan Nasional - maka lakukan! Jangan tuduh orang lain sebagai batu penghalang kepada konsep 1Malaysia.

4. Jika Khairy ingin menjaga hati semua pihak, segera letak jawatan. Sikap inilah yang telah menghancurkan kepimpinan Pak Lah! Semua hati orang hendak dijaganya, hati Singapura hendak dijaga, hati Brunei hendak dijaga, hati orang Cina hendak dijaga, hati orang India hendak dijaga, hati Amerika Syarikat hendak dijaga...abis semuanya hendak dijaga! Sedar-sedar tanah air sendiri, kita gadaikan demi menjaga hati semua orang! Berikan apa-apa sahaja yang kita ada kepada orang lain, janji kita menjaga hati mereka - berikan Blok M dan Blok L kepada Brunei - janji kita jaga hati Brunei, berikan tanah Johor kepada Singapura - janji Singapura senang hati, berikan semuanya kepada bangsa lain, biar orang Melayu merempat - janji bangsa lain senang hati dan kita jaga hati mereka baik-baik! Begitu yang Khairy mahukan? Inikah gaya politik yang Khairy inginkan? Dan inikah yang dikatakan politik bijaksana dan politik gaya Khairy Jamaluddin?

5. Saya benar-benar sedih, sedih sunguh-sungguh melihat Pemuda UMNO pada hari ini. Bukan sahaja takut untuk bersuara bagi menyatakan hak kita sebagai penduduk asal di negara ini. Bahkan, kita sama-sama pula menyokong orang lain mempertikaikan hak yang kita sendiri milik. Malang sungguh nasib Pemuda UMNO - sudah jatuh ditimpa tangga. Kami faham, Khairy tidak mempunyai apa-apa masalah untuk hidup senang-lenang bagi tempoh 20 tahun yang akan datang, tetapi cubalah fikirkan nasib orang Melayu di kampung-kampung, mereka tidak mempunyai pendapat setinggi seorang ahli Parlimen Rembau, merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, mereka juga tidak akan merasa nikmatnya menjadi menantu kepada seorang Perdana Menteri bahkan, mereka juga sama sekali tidak akan merasa bertapa leganya hati memperoleh "gaji pencen" sebagai seorang ahli parlimen.

6. Cukuplah Khairy, PERKASA bukan musuh Pemuda UMNO! Musuh kita yang sebenarnya ialah keegoaan dan keangkuhan diri kita sendiri. Jika dengan bangsa lain saudara boleh berbaik-baik, maka mengapa tidak dengan PERKASA? Wallahualam.

http://azlishukri.blogspot.com/

Pelantikan Azmin tiada agenda tersembunyi: Anwar

Posted: 28 Jun 2010 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tiada agenda tersembunyi di sebalik pelantikan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Ketua parti di Selangor daripada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar berkata pertukaran itu dilakukan ekoran beban tugas Khalid yang berat.
"Pada mulanya saya tidak bersetuju tetapi selepas beberapa perbincangan, kami melihat bahawa beliau (Abdul Khalid) perlu berkongsi beban tugas berkenaan, beliau memerlukan program-program politik dikendalikan oleh orang lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pertukaran itu diumumkan semalam oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama dengan pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan berkuatkuasa serta merta.

Mengenai spekulasi 15 Anggota Parlimen PKR mendesak Khalid meletak jawatan, Anwar berkata sebarang tindakan bagi mengetepikan Khalid perlu melaluinya terlebih dahulu.
"Tidak pernah ada sebarang perbincangan mengenai perkara berkenaan pada mana-mana peringkat bagi menyuarakan permintaan itu, jika ada tindakan untuk mengetepikan (Abdul) Khalid ia perlu melalui saya terlebih dahulu kerana saya
mempunyai pengaruh mengenai perkara itu, tetapi isu ini tidak pernah timbul," katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata perancangan baru itu akan lebih efektif bagi Selangor dan beliau menyokong Abdul Khalid sebagai MB.

"Perhubungan kami adalah baik, tiada masalah. Saya bekerjasama erat dengan Tan Sri (Abdul) Khalid. Pendirian saya kekal bahawa beliau perlu terus kekal sebagai Menteri Besar dan saya akan memberi sokongan penuh kepada Tan Sri
(Abdul) Khalid," katanya.

Mohamed Azmin turut menghormati pelantikan Zaid sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan.

"Saya fikir beliau merupakan pemimpin yang layak menerajui Wilayah (Persekutuan)," katanya. — BERNAMA

Khalid & Azmin gandingan ideal, rakyat terus selesa

Posted: 28 Jun 2010 03:30 AM PDT

SHAH ALAM, 28 Jun – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyifatkan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sebagai gandingan ideal yang mampu memberi impak positif kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kerajaan Selangor.

Gandingan ini dijangka memberi kelebihan kepada rakyat untuk terus menikmati pelbagai kebajikan yang dibawa kerajaan Selangor dan keseimbangan politik melalui kestabilan kepimpinan PKR.

Azmin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor bagi memperkukuh kedudukan politik negeri manakala Tan Sri Khalid memberi tumpuan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menyatakan keyakinannya terhadap gandingan kedua-dua pemimpin dalam menerajui perubahan di Selangor.

"Secara idealnya, Tan Sri (Khalid) dengan kelebihannya yang bersih dan tidak rasuah terus menjadi Menteri Besar – mengetuai kepimpinan Selangor.
"Pada masa yang sama, Azmin dengan kepimpinan politik yang luas, secara idealnya dapat memberi hasil yang baik kepada parti dan Pakatan Rakyat di Selangor," katanya.

Khairul Anuar juga menegaskan gandingan Abdul Khalid dan Azmin pasti membawa kebaikan kepada rakyat Selangor, seluruhnya.

"Kedua-dua mereka ikhlas. Azmin sendiri masuk sebagai Pengerusi MPN, ikhlas untuk memastikan dan membantu Tan Sri (Khalid), selain memastikan PKR dan Pakatan Rakyat mengekalkan kuasa di Selangor.

"Dan, yang lebih penting lagi ialah soal rakyat. Bahawa PKR dan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid dan Azmin memang ikhlas untuk membantu rakyat," katanya.

Jadual Perlawanan P.Dunia Untuk Malan Ini Dan Awal Pagi Esok

Posted: 28 Jun 2010 03:00 AM PDT

Round of last 16Durban Stadium, Durban
11:09June 28

16:00Holland? - ?Slovakia

half-time(? - ?)




referee :


Alberto Undiano Mallenco (Spain)

Round of last 16Ellis Park Stadium, Johannesburg
11:09June 28

20:30Brazil? - ?Chile

half-time(? - ?)




referee :


Howard Webb (England)

Posted: 28 Jun 2010 02:35 AM PDT

Kemelut PKR Selangor: Perebutan kuasa sesuatu yang lumrah, Josh Hong

Menjelang pemilihan parti PKR pada akhir tahun ini, Naib Presiden Azmin Ali mula mengatur langkah serangannya terhadap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Apakah asakan demi asakan yang berlangsung sekian lama ini bakal menggulingkan Khalid Ibrahim, atau sekadar berakhir dengan lebih sumber dilepaskan oleh Menteri Besar ini?

Pertembungan antara Azmin Ali (gambar kiri) dengan Khalid Ibrahim bukanlah sesuatu yang baru. Pada 9 Julai 2009, Azmin Ali selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan DUN Selangor telah mencadangkan agar MB merombak barisan EXCO-nya, tetapi cadangan ini tidak diterima.

Namun, pergelutan semakin meruncing, menyaksikan bagaimana Khalid Ibrahim menjadi sasaran kritikan dalam Kongres tahunan PKR yang berlangsung pada hujung Mei tahun ini. Keadaaan bertambah ketara, apabila Azmin Ali meletakkan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dan kemudian digemparkan pula dengan laporan akhbar Star bahawa 15 orang ahli parlimen menyokong desakan agar Khalid Ibrahim berundur dari jawatan Menteri Besar.

Rakyat harus memantau apa yang berlaku

Sudah lebih dua tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri yang terkaya di Malaysia, memasuki pertengahan tempoh sepenggal. Biarpun bekas tokoh korporat ini dipuji dari segi pengurusan ekonominya, namun sikapnya dalam pengagihan projek mencungkil ketidakpuasan pimpinan dan akar umbi partinya. Rata-rata wakil rakyat PKR berkongsi kekhuatiran bahawa PKR-PR bakal kehilangan kuasa di kubu mereka yang terpenting ini.
Ketidakpuasan ini memuncak apabila PKR kecundang di PRK Hulu Selangor, dan dilepaskan dalam Kongres Tahunan PKR yang bertempat di Kota Bahru, Kelantan. Perlantikan Naib Presiden Sivarasa Rasiah dan ahli Majlis Pimpinan Pusat Kamarul Bahrin Abbas sebagai Pengarah bebas dan bukan eksekutif dalam Kumpulan Perangsang Berhad kemudiannya gagal meredakan keadaan, dan Khalid Ibrahim (gambar kanan) terus didesak oleh sesetengah pemimpin.

Penganalisa politik, Josh Hong ketika ditemuramah MerdekaReview berkata, adalah sesuatu yang boleh difahami apabila sesebuah parti politik takut kehilangan kuasa. Jikalau dilihat beberapa negeri yang dikuasai PR, Pulau Pinang dimiliki DAP, Kedah dan Kelantan pula dalam genggaman PAS. Apa yang ada untuk PKR hanyalah Selangor.
"Sekiranya kita melihat keadaan Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan), yang tidak diendahkan sesiapapun selepas Gerakan kehilangan Pulau Pinang, kita akan memahami realiti ini. Malah, MCA yang dipandang rendah sehingga hari ini (sejak PRU ke-12), antara faktornya adalah kerana parti ini tidak menguasai mana-mana negeri, yang boleh digunakan sebagai gelanggang untuk mengembalikan sokongan," jelas Josh Hong.
Oleh yang demikian, Josh Hong (gambar kiri) menganggap bahawa kita tidak perlu terlalu bimbang dengan pergelutan kuasa yang berlaku dalam PKR. Beliau menganggap perebutan semestinya berlaku dalam tahun pemilihan. Malah, beliau menganggap rakyat seharusnya mengambil kesempatan untuk mengamati dan meneliti apa yang berlaku dalam parti ini, dan memilih mereka yang berkebolehan dalam PRU yang akan datang, memastikan penggerak reformasi mampu untuk menempah tempat dalam parti ini.

Perbezaan latar belakang

Selain itu, tindak tanduk Azmin Ali kali ini dibaca umum sebagai bertujuan untuk merebut lebih sumber, agar diagihkan kepada sektanya, supaya membuka jalan dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung. Sebagaimana yang diketahui, Timbalan Presiden, Syed Husin Ali dijangka tidak akan mempertahankan jawatannya menjelang pemilihan, dan Azmin Ali yang dilihat berpeluang untuk mara selangkah ke depan, mungkin sedang mencaturkan orangnya ke dalam Majlis Pimpinan Pusat.

Sumber bisa mengekalkan kesetiaan penyokong. Demikianlah andaian yang digunakan untuk menjelaskan motif Azmin Ali. Namun demikian, penyaluran sumber dari kerajaan ke dalam parti adalah amalan yang dikritik sekian lama ini, dan kini, PKR dilihat bakal mengulangi amalan ini.

Memandang kepada realiti politik di Malaysia, Josh Hong menganggap parti politik tempatan telah membiasakan diri dengan model pengagihan sumber sedemikian, iaitu terbelenggu dengan mentaliti bahawa "siapa perintah dialah yang menguasai sumber".
Josh Hong cuba mengulas isu pergelutan kuasa ini dengan mengimbas sejarah parti ini, bahawa ramai yang berjuang sejak zaman reformasi, yang sudah tentunya melalui keadaan yang paling menderita. Tidak kurang yang berdepan dengan keganasan polis, sementara ramai pula yang dikurung dalam penjara kerana perjuangan parti ini.
Jadi, timbul pandangan bahawa sudah tiba masanya pejuang-pejuang ini mendapat sedikit pampasan, setelah PKR memerintah di Selangor. Namun demikian, tiada perbincangan secara terbuka dalam isu pengendalian sumber, misalnya garis yang harus diletakkan antara parti dengan kerajaan, kata Josh Hong.

"Oleh yang demikian, Khalid yang menyertai PKR beberapa tahun kebelakangan ini, mungkin tidak memahami apa yang difikirkan golongan seperti Azmin Ali, kerana tidak melalui proses yang dialami Azmin Ali dan penyokongnya sejak zaman reformasi. Khalid mentadbir seolah-olah seorang CEO (Ketua Pengawai Eksekutif), ini perbezaan budaya pengurusan," jelas Josh Hong.

Lapisan generasi baru

Pergelutan PKR kali ini mungkin menimbulkan ketidaksenangan di kalangan penyokong PR, yang memberi persepsi bahawa tiada bezanya antara UMNO dengan PKR. Josh Hong mencadangkan agar tumpuan rakyat dipanjangkan ke masa depan, meletakkan harapan ke atas bahu lapisan pimpinan generasi muda PKR seperti Nurul Izzah, Nik Nazmi, Yusmadi Yusoff dan sebagainya.

Josh Hong menganggap fokus kini terlalu ditumpukan kepada Azmin Ali, yang dulunya berasal dari UMNO, sehingga mengabaikan sesetengah penggerak perubahan dalam parti, misalnya Pengarah Pilihan Raya Pusat, Fuziah Salleh yang berdepan dengan rintangan dalam parti apabila beliau cuba mereka mekanisme perlantikan calon pilihan raya.
Untuk Josh Hong, perebutan kuasa adalah sesuatu yang lumrah dalam parti menjelang pemilihan, tetapi beliau masih sempat melihat sesuatu yang positif daripada pergelutan ini, iaitu kritikan terhadap Khalid berasaskan kemampuan pentadbirannya, dan bukan bertitik tolak daripada "siapa lebih mempertahankan kepentingan kaum atau agama".
"Ini merupakan satu anjakan paradigma (dalam politik)," kata Josh Hong.

Anwar nafi adanya usaha mahu gulingkan MB Selangor

Posted: 28 Jun 2010 02:27 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 28 Jun —Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal laporan wujudnya 'pemberontakan dalaman' terhadap kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menegaskan, isu berkenaan langsung tidak dibangkitkan ketika sesi pemukiman dua hari yang berakhir semalam.

Malah menurut penasihat PKR itu, tiada ahli Parlimen parti yang mengemukakan petisyen ataupun melahirkan hasrat mahu Khalid digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor.

"Saya ada dengar (perkara ini). Saya telah menelitinya tetapi secaar serius tiada siapa yang membawa isu ini, malah tiada sebarang perbincangan di mana-mana peringkat termasuk ahli-ahli Parlimen (didakwa) membuat tuntutan sedemikian," kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Penasihat PKR itu menyalahkan khabar angin 15 ahli Parlimen dengan usaha Umno yang mahu mengalih perhatian daripada masalah dalaman Barisan Nasional.

"Saya merasakan ada usaha untuk mencetuskan masalah sedemikian, sebahagiannya untuk mengalihkan masalah-masalah dihadapi oleh Umno khususnya APCO, Sungai Besi... hanya boleh dialihkan dengan ini," kata Anwar.

Anwar menekankan tujuan utama sesi pemukiman kali ini ialah membuat persiapan menghadapi pemilihan parti akhir tahun ini.

Brehem Ali Bangga

Posted: 28 Jun 2010 02:00 AM PDT

Ibrahim gembira dapat 'anugerah' berganda Khairy


KUALA LUMPUR, 28 Jun — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menganggap dirinya sebagai "jaguh kampung yang berani" sekarang ekoran label terbaru 'gedebe politik' diberikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin semalam.

"Selepas dianugerah jaguh kampung dapat pula anugerah gedebe politik... selang sehari dapat dua anugerah.

"Gedebe dalam loghat Kelantan bermakna berani dan tak pernah takut.

"Jadi kini saya jaguh kampung yang berani," kata Ibrahim, anak kelahiran Kelantan dalam respons terbaru terhadap Khairy hari ini.

Kedua-dua ahli Parlimen ini terlibat dalam 'perang respons' berhubung isu biasiswa selepas Khairy selaku Ketua Pemuda Barisan Nasional mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong minggu lalu.

Ibrahim, wakil rakyat Bebas Pasir Mas berkata, yang membezakan beliau dengan Khiary ialah pemimpin Umno itu "syok sendiri dengan diramal masa depannya muram" dalam politik.

"Orang macam ini merosakkan parti sendiri, memalukan bangsa sendiri dan malah tidak malu pada diri sendiri... ringkasnya Khairy pemimpin muda yang cacar marba," kata beliau sambil mendakwa gedebe dan cacar marba amat berbeza maksud.

Semalam, Khairy menganggap Presiden Perkasa itu sebagai 'gedebe politik' ekoran pendirian pemimpin itu mengecamnya dalam isu biasiswa.

Sehubungan itu tegas Khairy, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.

Selain kaum-kaum lain, Khairy berkata, sebahagian besar orang Melayu juga kurang senang dengan pendekatan agresif Ibrahim dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

Kelmarin, Ibrahim ulang mempertikai kepimpinan Khairy dengan berkata, beliau sebenarnya "bangga dengan label jaguh politik kampung" yang diberikan oleh ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Wee.

"Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis," kata Ibrahim.

Khairy menegaskan Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana "beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno.

Tun M jangan tempah nama bapa judi

Posted: 28 Jun 2010 01:30 AM PDT

Oleh Mohd Rashidi Hasan

SETIAP insan yang bergelumang dalam dunia politik, atau mereka yang bergelar ahli politik, kebiasaannya bertekad untuk memberikan khidmat terbaik untuk rakyat.

Khidmat orang politik yang menjadi pemimpin dalam negara, mahu pun dalam sesebuah organisasi, kebiasaannya akan tercatat dalam sejarah, sama ada dalam bentuk simpanan atau pun dijadikan silibus pendidikan.


Untuk jangka panjang jasa-jasa pemimpin dan stail politiknya akan menjadi panduan kepada generasi yang akan datang.

Oleh sebab itu, tiada ahli politik yang mahu namanya tercemar atau dibusukkan atas sesuatu perkara, sama ada berpunca dari orang lain atau dari dirinya sendiri.

Malangnya sesetengah ahli politik, barangkali oleh kerana merasakan kedudukannya terlalu hebat, idea-ideanya bagus, maka dia sering mengeluarkan pelbagai kenyataan, tanpa menyedari akhirnya kenyataan-kenyataan tersebut akan 'memalitkan najis ke mukanya sendiri.'

Contoh klasik ialah, seorang ahli politik yang cukup ternama dalam negara, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa pun persepsi rakyat terhadapnya, lebih 22 tahun pemerintahan Mahathir, dianggap cukup hebat, malah beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia Moden.

Selepas bersara dari parti dan kerajaan pada November 2003, beliau diberikan penghormatan sebagai negarawan yang banyak berjasa dalam negara.

Kebiasaannya bagi orang yang sudah bersara, mereka tidak mencampuri urusan parti dan kerajaan yang telah diwariskannya kepada orang lain.

Namun Dr Mahathir adalah spesies yang berbeza. Beliau jenis tidak duduk diam, rajin bercakap, rajin menulis, walaupun sudah bersara, tetapi beliau tetap bersuara.

Memang tiada halangan untuk beliau bersuara. Selaku negarawan, beliau berhak bercakap soal kepincangan dalam kerajaan, soal wawasan negara, soal politik, ekonomi, perpaduan dan sebagainya.

Ketepi soal politik kepartian, ketepi soal perkauman, memang pun, sebagai generasi muda, kita amat memerlukan nasihat-nasihat orang yang banyak jasa dan pengalaman seperti Dr Mahathir.

Namun kadang-kadang, terlalu banyak bersuara ada juga tidak baiknya. Tidak dalam semua perkara nasihat atau pandangan orang seperti Dr Mahathir boleh diterima.

Pada penulis kenyataan Dr Mahathir mengenai judi, amat tidak boleh diterima sama sekali, sebaliknya memalukan dirinya sendiri.

Dalam reaksi beliau mengenai judi sukan dan wujudnya banyak penentangan rakyat terhadap kelulusan judi sukan, Dr Mahathir memberikan respon, "Jika saya jadi kerajaan, saya luluskanlah."

Apakah wajar sebagai seorang Islam, Dr Mahathir mahu judi sukan dihalalkan? Tidak mengapalah penulis tidak mahu menyentuh soal hukum hakam.

Soal agama dan hukum, ramai ulama-ulama Umno yang ada di sekeliling beliau. Tanggungjawab mereka menasihatkan pemimpin Umno dalam urusan tersebut, jangan jadi ulama bisu pula.

Namun, rakyat juga bertanya, mengapa Dr Mahathir beriya-iya menyokong judi sukan atau menyokong kelulusan lesen untuk membenarkan sukan diperjudikan.

Adakah kerana beliau hendak menyatakan sokongan kepada PM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, yang menghadapi tekanan dalaman Umno yang kebanyakannya menentang kelulusan judi sukan?

Atau adakah beliau menyokong kerana tauke judi Tan Sri Vincent Tan, merupakan sahabat karib beliau dulu, kini dan selamanya?

Aktiviti perjudian yang dilesenkan dalam negara sudah cukup banyak. Berlambak-lambak dipaparkan urusan perjudian di dalam akhbar dan kedai-kedai judi tepi jalan bersepah-sepah dalam negara.

Judi sudah cukup banyak. Tidak payah dilesenkan lagi. Tidak usahlah kita beritahu kepada dunia bahawa masyarakat berbilang kaum dalam 'negara Islam' Malaysia ini, adalah masyarakat yang 'gila judi'.

Justeru dalam soal ini, penulis berpendapat, Dr Mahathir tidak payahlah cakap hal-hal judi, banyak lagi perkara yang beliau boleh suarakan. Malu pada anak cucu cicit nanti.

Pada usia extra-emas, Tun (Dr Mahathir) sudah cukup matang dan seharusnya sudah memahami akibat buruk daripada gejala perjudian.

Judi dan tabiat berjudi, memang buruk kepada masa depan anak bangsa, tanpa mengira dia Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan atau sebagainya.

Nama Tun dalam sejarah negara sudah cukup baik. Gelaran Bapa Pembangunan Malaysia Moden akan dikenang sepanjang zaman oleh generasi yang akan datang.

Justeru, oleh kerana itu, usahlah Tun calarkan sejarah peribadi Tun, dengan menerima gelaran 'Bapa Judi Negara' pula. Moga muhasabah ini memberi manfaat buat Tun.

Bala Tolak Syarat SPRM Tidak Benarkan Peguam Pada Sesi Soal Siasat

Posted: 28 Jun 2010 01:04 AM PDT

Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM 28 Jun - Americk Sidhu, peguam kepada penyiasat persendirian, P Subramaniam berkata beliau menolak syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang tidak membenarkan kehadiran peguam semasa sesi soal siasat yang dicadangkan SPRM di London bulan depan.

Dalam satu emel yang dihantar kepada Suara Keadilan, Americk berkata pegawai penyiasat SPRM, Abdul Rahman Bachok memberitahu beliau melalui surat bertarikh 21 Jun 2010 bahawa agensi tersebut tidak membenarkan kliennya membawa peguam ketika memberi keterangan.

"Saya ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan. Ini kerana klien saya mempunyai hak seperti mana yang ditetapkan Perlembagaan untuk mempunyai peguam ketika disoal siasat dan hak ini mengatasai mana-mana protokol yang dirumus oleh pihak SPRM.

"Walau bagaimanapun Pengarah Penyiasatan SPRM, Mustafar Ali akhirnya telah berbesar hati untuk membenarkan kehadiran peguam semasa soal siasat seperti yang dilaporkan dalam artikelThe Star bertarikh 26 Jun 2010," kata Americk.

Menurut Americk Bala dijadualkan memberi keterangan pasukan penyiasat SPRM di Holiday Villas, Leinster Gardens, Bayswater, London pada 5 Julai depan pukul 10.00 pagi.

"Kami juga ingin memaklumkan bahawa Bala akan membawa bersama beliau semua dokumen berkaitan yang kena mengena dengan kes siasatan," jelas beliau lagi dalam emel.

Kaffarat Melanggar Sumpah

Posted: 28 Jun 2010 12:00 AM PDT

www.iLuvislam.com
Ustaz Dr. Abdullah Yasin
Dihantar Oleh: PencariKetenangan*
Editor: b_b

Firman Allah:

(سورة المائدة)(٨٩)
لاَ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَـكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُواْ أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


TERJEMAHAN

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja. Maka kaffarat (melanggar) sumpah ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukumNya agar kamu bersyukur (kepadaNya).

(Al-Maaidah 5:89)

SEBAB TURUN AYAT

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir daripada Ibnu Abbas (ra) katanya: Ketika turun ayat 87 Surah Al-Maidah (Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas), lalu kaum yang dulunya telah mengharamkan ke atas diri mereka menggauli isteri-isteri mereka dan mengharamkan ke atas diri mereka dari makan daging, mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah yang kami patut lakukan terhadap sumpah-sumpah yang telah kami ucapkan itu? Maka turunlah ayat di atas (Al-Maaidah 5:89).


TAFSIRAN AYAT

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah),

Maksudnya: Allah tidak akan menghukum kamu disebabkan sumpah yang kamu ucapkan sedangkan kamu tidak bermaksud bersumpah, seperti kata seseorang yang tidak bermaksud sumpah: Tidak, demi Allah; Memang betul, demi Allah. Kata-kata sumpah yang tidak bermaksud sumpah seperti ini tidak ada hukumannya, iaitu di dunia tidak perlu dikaffarat, dan di akhirat tidak akan diseksa oleh Allah.


tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja.

Maksudnya: Tetapi Allah akan menghukum kamu jika sumpah yang kamu ucapkan itu benar-benar dengan maksud sumpah dan kamu bertekad akan melaksanakannya lalu kamu langgar ketetapan sumpah itu.


Maka kaffarat (melanggar) sumpah ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak.

Maksudnya: Jika sumpah tersebut dilanggar atau bercadang untuk melanggarnya maka orang yang bersumpah itu mestilah membayar kaffarat sebagaimana berikut:

1. Memberi makan sepuluh orang miskin. Ukuran makanan tersebut ialah seperti makanan yang biasa kita berikan kepada keluarga kita. Tidak memadai jika lebih rendah mutunya atau kadarnya dan jangan pula berlebih-lebihan seperti jamuan Hari Raya. Menurut Imam Abu Hanifah: Juga boleh kalau memberi makan untuk seorang miskin selama 10 hari.

2. Memberi pakaian sepuluh orang miskin. Keadaan pakaian berbeda-beda menurut negeri masing-masing. Oleh itu, kebiasaan ('urf) dalam masyarakat bolehlah dijadikan sebagai ukuran umpamanya: Seluar dengan kemeja, sarung dengan baju kurung dan sebagainya.

3. Memerdekakan seorang hamba sahaya. Para Fuqahaa berbeza pendapat tentang hamba (budak). Imam Malik, Syafi'I dan Ahmad mensyaratkan budak tersebut mestilah beriman. Sedangkan Abu Hanifah berkata: Memadai walaupun budak itu kafir.

Catatan: Ketiga-tiga jenis kaffarat di atas tidak diwajibkan tertib tetapi kita bebas memilih salah satu daripadanya. Tetapi yang afdhal ialah jika dimulai dari bawah, iaitu memerdekakan seorang hamba atau memberi pakaian sepuluh orang miskin atau memberi mereka makan. (Lihat hadis di bawah)

Barangsiapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari.

Maksudnya: Barangsiapa tidak sanggup melakukan salah satu daripada tiga jenis kaffarat di atas maka diwajibkan ke atasnya berpuasa selama tiga hari berturut-turut.

Ibnu Mardawiyah meriwayatkan dari Ibnu Abbas (ra) katanya: Ketika ayat kaffarat di atas diturunkan, Huzaifah bertanya: Ya Rasulullah, kami diperbolehkan memilih? Jawab Rasul (sallallahu alaihi wasalam):

"Kamu boleh memilih, jika kamu merdekakan seorang hamba, jika kamu mahu berikan pakaian, jika kamu mahu berikan makanan. Dan bagi yang tidak memperolehinya maka wajib ke atasnya puasa selama tiga hari berturut-turut".

Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu.

Maksudnya: Demikianlah kaffarat sumpahmu jika kamu bersumpah dengan nama Allah atau dengan salah satu daripada Nama-namaNya lalu kamu langgar atau bercadang hendak melanggarnya. Dan peliharalah sumpahmu, janganlah dia digunakan dalam perkara yang remeh-remeh dan janganlah banyak bersumpah, lebih-lebih lagi jika sumpah tersebut mengandungi unsur-unsur dusta. Jika kamu telah bersumpah, jangan kamu lupakan sumpahmu itu. Dan jangan kamu langgar sumpah itu kecuali karena darurat ataupun jika ada kemaslahatan yang nyata di balik pelanggaran itu.

Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukumNya agar kamu bersyukur (kepadaNya).

Maksudnya: Demikianlah Allah menerangkan hukum-hakam agamaNya dan selok-belok syariatNya supaya kamu dapat mensyukuri nikmat-nikmatNya dengan cara yang disukai dan diredhaiNya. Dan selanjutnya berhak mendapat tambahan kurnia dan ihsan daripadaNya.

SUMPAH DAN PERSOALANNYA

Sumpah dan kaffarat melanggarnya merupakan salah satu cabang ilmu dalam Islam yang wajar diketahui oleh setiap penganutnya supaya mereka boleh beragama dengan lebih sempurna. Di antara persoalan yang patut kita ketahui antaranya ialah:

1. Dilarang bersumpah dengan selain Nama-Nama Allah atau Sifat-SifatNya. Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:

"Barangsiapa yang bersumpah, janganlah ia bersumpah kecuali dengan (Nama atau Sifat) Allah".

[HR Bukhari dan Muslim]

Termasuk juga dalam larangan ini bersumpah dengan Nabi, Ka'bah, Wali, Nenek moyang dan lain-lain lagi.

2. Diperbolehkan kita melanggar sumpah jika difikirkan lebih membawa kebaikan tetapi wajib membayar kaffarat sumpah. Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam):

"Jika kamu bersumpah, lalu kamu berpendapat selainnya adalah lebih baik, maka ikutilah mana yang lebih baik dan tunaikan kaffarat (melanggar) sumpah itu".

[HR Bukhari dan Muslim]


Dan dalam lafaz hadis yang lain pula:

"…maka tunaikan kaffarat melanggar sumpah, kemudian ikutilah mana yang lebih baik itu".

[HR Abu Daud dan An-Nasaai]


Berdasarkan kedua-dua hadis di atas kita diperbolehkan menunaikan kaffarat samada sebelum melanggar sumpah ataupun sesudah melanggarnya.


3. Jika ditinjau dari sudut "apa yang disumpahkan" maka sumpah terbagi kepada beberapa bahagian:

Pertama: Bersumpah ke atas perbuatan yang wajib dilakukan atau haram meninggalkannya. Sumpah jenis ini lebih menguatkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Maka sumpah jenis ini haram dilanggar, malahan jika dilanggar maka haramnya akan berganda seperti bersumpah tidak akan meninggalkan solat atau tidak akan berzina.

Kedua: Bersumpah meninggalkan yang wajib atau melakukan yang haram. Sumpah ini wajib dilanggar karena sumpah jenis ini adalah haram. Umpamanya bersumpah akan memutuskan silaturrahim, dan sebagainya.

Ketiga: Bersumpah akan melakukan perkara sunat (mubah) atau akan meninggalkan perkara makruh. Ini adalah sumpah taat. Sunat hukumnya ditunaikan dan makruh jika dilanggar. Umpamanya: Setelah bersumpah tidak akan makan makanan tertentu lalu sumpahnya dilanggar kerana menghormati tetamu.

4. Sumpah ada tiga jenis: Sumpah Laghaa, Sumpah Mun'aqad, Sumpah Ghamuus.

Sumpah Laghaa: Bersumpah tetapi tidak dengan maksud sumpah. Seperti kata seseorang: Demi Allah, kamu mesti hadir. Sumpah jenis ini tidak dihukumkan sumpah.

Sumpah Mun'aqad: Sumpah dengan sengaja dan memang bertekad kuat akan melaksanakannya. Sumpah jenis ini jika dilanggar wajib membayar kaffarat seperti kehendak ayat di atas.

Sumpah Ghamuus: Dinamakan juga dengan Shaabirah, iaitu "Sumpah Dusta". Sumpah ini bertujuan hanya untuk menipu dan khianat. Sumpah jenis ini termasuk dosa besar. Ghamuus maknanya: melemaskan atau membenamkan, kerana pelakunya akan dibenamkan ke dalam api neraka. Wal-iyadzu Billah.


Firman Allah:

"Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kaki (mu) sesudah kukuh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan (di dunia) kerana kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan bagimu azab yang besar.

(An-Nahl 16:94)


Rujukan:

1. Fiqhus Sunnah Jld III – Said Sabiq
2. Tafsir Al-Maraghi – Imam Al-Maraghy
3. Zaadul Masiir Fii 'Ilmit Tafsir Jld. II – Ibnu Al-Jauzy

Umur Saidatina Aisyah Ketika Berkahwin Dengan Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi wasallam

Posted: 27 Jun 2010 10:00 PM PDT

Oleh : Ustaz Muhammad Husni Ginting

Seorang ulama di india yang bernama Habibur Rahman Shiddiqi al-Kandahlawi telah menulis sebuah buku tentang umur Sayyidah Aisyah kawin dengan Rasulullah s.a.w. mungkin tujuan orang tersebut baik, tetapi jika dilihat dari efek negatifnya lebih besar dan menghancurkan sendi agama islam, kenapa saya katakan demikian? sebab beliau telah membuat orang islam ragu dengan kesohihan kitab Sohih Bukhari, sebahagian teman yang membaca permasalahan ini hanya memikirkan tentang satu permasalahan akal dan adat kebiasaan, tetapi permasalahannya adalah mencakup keberadaan pembesar-pembesar ulama islam yang telah dipercaya berabad-abad untuk di ikuti, hal ini dianggap mempermainkan sunnah dan menolak kitab Sohih Bukhari, kita masih ingat tentang hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam permasalahan di sihirnya Rasulullah s.a.w. ada sebahagian orang yang tidak mempercayai hal tersebut dan bahkan menolak hadis tentang tersihirnya Rasulullah adalah hadis yang dibuat-buat, tetapi ulama ahli sunnah wal jama`ah telah menolak seluruh dakwaan mereka dan menjelaskan bahwa hadis itu sohih, terlebih-lebih terdapat di dalam sohih Bukhari, yang jelasnya anda perlu melihat kembali kedudukan Sohih Bukhari didalam pandangan ulama ahlu Sunnah wal Jama`ah, Bagaimana pendapat anda jika seorang tidak percaya dengan Sohih Bukhari, saya kira orang tersebut tidak pantas di gelar ahlu sunnah wal jama`ah, mari kita lihat komentar Imam al-Hafizh Ibnu Hajar di dalam kitabnya al-Isobah fi Tamyizi Sohabah :
Berkata al-hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani :

" Aisyah binti Abu Bakar as-Shiddiq - telah terdahulu nasabnya didalam biografi ayahandanya Abdullah bin Abu Qahafah r.a, ibunya bernama Ummu Rumman binti `Aamir bin Uwaimir al-Kinaniyyah, dilahirkan setelah diutusnya Rasulullah s.a.w. sebagai Rasul empat tahun atau lima tahun, telah tsabit didalam Sohih al-bukhari bahwa Rasulullah saw telah mengawininya ketika beliau berumur enam tahun, menurut satu pendapat tujuh tahun, dan mungkin dapat digabungkan perselisihan pendapat ini dengan cara bahwa umur beliau telah sempurna enam tahun dan masuk kepada tujuh tahun, dan Rasulullah tinggal serumah dengan Sayyidah Aisyah ketika umurnya sembilan tahun


( lihat Isobah fi Tamyizi as-Sohabah : 4 / 478 ).

lihat juga ungkapan al-hafizh Ibnu Katsir seorang ulama yang sangat benci dengan syi`ah :

" adalah umur Sayyidah `Aisyah ketika kawin enam tahun, kemudian Rasul serumah dengannya ketika beliau ( Aisyah ) berumur sembilan tahun"

. ( lihat Bidayah Wa an-Nihayah : 8 /85 , terbitan Darul Manar Cairo ).

Lihat juga ungkapan dan nukilan Imam al-Hafizh Ibnu Abdul Bar ( wafat 463 H ) di dalam kitabnya al-Isti`ab :

" Aisyah Binti Abu Bakar shiddiq r.a. isteri Nabi Muhammad s.a.w., telah terdahulu kisah ayanya didalam bab yang khusus, ibunya Ummu Rumman binti `Aamir bin Uwaimir bin Abdu Syamsi bin`Attab bin Adzinah bin Saba` bin Dahman bin al-Harits bin Ghanam bin Malik bin Kinanah.

Rasulullah saw mengawininya di Makkah dua tahun sebelum hijrah, ini adalah pendapat Abu Ubaidah, sementara pendapat yang lainnya mengatakan tiga tahun sebelum hijrahnya nabi, ketika itu beliau ( Aisyah ) masih berumur enam tahun, dalam satu pendapat mengatakan tujuh tahun, dan Rasulullah mulai hidup bersamanya di kota Madinah ketika beliau berumur sembilan tahun, Aku tidak pernah mengetahui adanya perselisihan pendapat diantara ulama dalam permasalahan ini ( permasalan tinggal bersamanya Rasul beserta Aisyah ).

( Lihat al-Isti`ab Fi Asma`i al-Ash-Hab :4 /171 , terbitan Maktabah Mesir ).

Penulis ( Muhammad Husni Ginting ) cukupkan nukilan tiga orang tokoh ahli sejarah dan ahli hadis yang profesional dan terpercaya dalan nukilannya, agar anda melihat siapa yang sebenarnya berbicara dengan fakta yang nyata, tidak perlu menggunakan akal dan adat karena adat berbeda setiap saat, waktu dan tempat, sementara akal membenarkan terjadinya pernikahan Rasulullah.

Didalam ungkapan Imam al-hafizh Ibnu Abdul Bar sangat nyata sekali bahwa beliau memutuskan tidak adanya perbedaan pendapat didalam masa tinggal bersamanya Rasulullah dengan Aisyah di kota Madinah.


Setelah itu mari kita lihat hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam Sohihnya, adapun sebab saya belakangkan riwayat Sohih Bukhari karena kita mesti melihat komentar ulama besar yang hidup setelahnya, adakah disana terdapat kritikan dalam masalah tersebut atau tidak, ternyata seluruh ulama sepakat dengan kesohihan hadis yang terdapat di kitab Sohih Bukhari, perlu kita ketahui bahwa Imam Bukhari telah menyebutkan tentang permasalahan ini didalam kitabnya lebih dari enam tempat diantaranya :

1- Kitab Manaqib al-Ansor, Bab Tazwiji an-Nabi saw Aisyah Wa Qudumiha Ila al-Madinah Wa Bina`ihi Biha, hadis nomor 3894.

2 - Kitab Manaqib al-Ansor Bab Tazwiji an-Nabi saw Aisyah Wa Qudumihi Ila al-Madinah Wa Bina`ihi Biha, hadis nomor 3896.

3 - Kitab an-Nikah , Bab Inkahi ar-Rajul Waladahu as-Shighar, nomor 5133.

4 - Kitab an-Nikah, bab Tazwiji al-Abi Ibnatahu Min al-Imam, nomor 5134.

5 - Kitab an-Nikah, bab Man Bana Bi Imara`atihi wahiya binti Tis`a Sinin, nomor 5158.

Mari kita lihat salah satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari :

قال البخاري : حدثنا محمد بن يوسف : حدثنا سفيان عن هشام، عن أبيه ،عن عائشة رضي الله عنها : أن النبي صلى الله عليه وسلم تزوجها وهي بنت ست سنين ، وأدخلت عليه وهي بنت تسع، ومكثت عنده تسعا

Artinya : Berkata Imam Bukhari : Menceritakan kepada kami Muhammad bin yusuf, berkata ia : Menceritakan kepad kami Sufyan dari riwayat Hisyam, dari riwayat ayahnya, dari riwayat Aisyah r.a : Bahwasanya Nabi s.a.w. menikahinya ketika umur beliau enam tahun, dan hidup serumah dangannya ketika umur beliau ( Aisyah ) sembilan tahun, dan beliau hidup beserta Rasul selama sembilan tahun.

( H.R Bukhari : 5133 ) .

Adapun pendapat Syeikh Habibur Rahman al-Kandahlawi mengenai hadits yang telah Imam Bukhari sebutkan bukan hadis Rasul sehingga boleh di tolak lihat kata-kata beliau :

Berkata Habibur Rahman al-Kandahlawi :

" Kami telah mengkaji dengan terperinci hadis yang di riwayatkan oleh Hisyam. Untuk kajian ini kami telah mengumpulkan bukti-bukti dari pada kitab Sohih Bukhari, Sohih Muslim , Sunan Abu Daud, Jami` Tirmidzi, Sunan Ibnu Majah, Sunan Darimi dan Musnad al-humaidi, setelah menela`ah kitab-kitab tersebut, sesuatu kemusykilan telah timbul, sebahagian perawi mengatakan riwayat tersebut sebagai kata-kata Aisyah, sedangkan setengah yang lain mengatakannya sebagai kata-kata Urwah. Yang pasti ia bukan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. ia sama ada kata-kata `Aisyah ataupun kata-kata Urwah yang merupakan seorang tabi`in, jika riwayat ini adalah perkataan Urwah , ia tidak mempunyai apa-apa nilai dalam Syari`ah. Dan kita juga tahu bahwa apabila berlaku perbedaan pendapat sama ada suatu riwayat itu Muttashil ( bersambung ) atau Mauquf ( terputus ) ulama hadis pada umumnya akan mengatakan ianya sebagai Mauquf. Berdasarkan prinsif ini bolehlah disimpulkan bahwa riwayat ini adalah cerita sejarah oleh Urwah ( dan bukan hadis ) dan tidak berdosa menolak kata-kata Urwah.



Komentar penulis ( Muhammad Husni Ginting ) : Hadis ini sebenarnya telah diriwayatkan oleh Urwah dan disandarkan ceritanya kepada Sayyidah `Aisyah sebagimana yang tertulis didalam Sohih Bukhari dan telah diceritakan oleh Urwah juga tanpa menyandarkan cerita itu kepada `Aisyah, cerita yang telah diungkapkan oleh Urwah bukanlah Mauquf tetapi Mursal sebab cerita ini ada kaitannya dengan Rasulullah s.a.w. karena setiap hadis yang bersangkut paut dengan perkataan, perbuatan, keadaan sifat dan sebagainya yang diriwayatkan oleh Tabi`in tanpa menyebutkan sahabat dihukumkan Mursal oleh ulama hadits, sementara didalam riwayat yang lain Urwah telah menyandarkan riwayat tersebut kepada `Aisyah, dengan begitu jadilah riwayat Mursal tadi menjadi Mausul ( bersambung ), sebab itulah Imam Bukhari keluarkan didalam kitabnya, bukan seperti apa yang di ungkapkan oleh Syeikh Habibur Rahman, kalaupun ungkapan itu adalah kata-kata `Aisyah tetap saja hadis itu dihukumkan hadis Marfu` sebab hadis ini menceritakan hal keadaan Rasulullah.

Anda mesti memahami kaedah yang telah ulama hadis tentukan dalam memahami muttashil atau munqathi`nya tersebut, sebahagian dari kaedah tersebut adalah :

1 - Jika seorang perawi meriwayatkan hadis yang terdapat didalamnya cerita atau kejadian, maka jika yang diriwayatkan terjadi diantara Nabi s.a.w. dan para sebahagian sahabat, sementara si perawi seorang sahabat dan menyaksikan kejadian tersebut maka hukumnya adalah Muttashil.

Kaedah ini seperti kejadian diatas, perawinya `Aisyah, kejadian tersebut diantara Nabi dan `Aisyah, dan `Aisyah menyaksikan kejadian tersebut.

2 - Jika perawinya Sahabat tetapi tidak menyaksikan kejadian tersebut maka dihukumkan Mursal Sahabat, dan mursal sahabat boleh di jadikan hujjah.

3 - Jika perawinya seorang Tabi`in maka dihukumkan Munqati` (terputus sanadnya).

4 - Jika perawi seorang Tabi`in meriwayatkan dari pada seorang Sahabat dan ia menyaksikan kejadian tersebut maka dihukumkan Muttashil, jika perawi tidak menyaksikan kejadian tersebut tetapi kejadian tersebut disandarkan kepada seorang sahabat maka hukumnya hukum Muttashil.

5 - Jika perawi seorang Tabi`in yang tidak menyaksikan kejadian dan tidak menyandarkan kejadian tersebut kepada sebahagian sahabat maka hukumnya hukum Munqati`.

( Lihat al-Mulah Min Masa`ili al-Musthalah : 126, DR. Nasir Abdul Aziz al-Kamar ).

Dari kaedah ini kita mengetahui betapa jauhnya dugaan Syeikh Habibur Rahman al-Kandahlawi.

Dengan begitu hadis yang telah diriwayatkan oleh Urwah dihukumkan Muttashil sebab beliau telah sandarkan kepada Sayyidah `Aisyah.

Adapun hujjah Syeikh Abdur Rahman al-Kandahlawi yang menyatakan bahwa yang meriwayatkan dari Hisyam adalah ulama-ulama Kufah, sementara ulama -ulama terkenal dengan aqidah mereka yang Syi`ah maka jawabanya sebagai berikut:

Penulis ( Muhammad Husni Ginting ) : Adapun ulama yang meriwayatkan hadis ini dari Hisyam adalah :

1 - Sufyan Bin Unayyah : beliau adalah ulama besar yang agung dan terpercaya seluruh ulama islam memuji dan memulyakannya, berasal dari kufah tetapi tinggal di Makkah, lahir 107 hijriyah meninggal dunia di Makkah tahun 198 hijriyah.

Berkata Imam Syafi`i : Kalaulah tidak karena Imam Malik dan Imam Sufyan niscaya hilanglah ilmu hijaz. Berkata Imam al-`Ijli : Ahli Kufah yang Tsiqah, Tsabat dalam hadis, bagus hadisnya, dia tergolong orang bijaksana dari golongan ahli hadis. berkata Imam `Ali al-Madini : tidak ada diantara muridnya Imam az-Zuhri yang lebih profisional dari Imam Ibnu Uyainah. Berkata Imam Ahmad : Tidak pernah ku lihat seorang ahli fiqih yang lebih mengetahui al-Qur`an dan sunnah kecuali Beliau . ( Tahdzibu at-Tahdzib : 2 / 721 ).

2 - Sufyan Bin Said at-Tsauri : Beliau adalah ulama besar dan kepercayaan umat, meninggal dunia pada tahun 161 hijriyah. Berkata Imam Syu`bah, Ibnu Unayyah, Abu `Ashim, Ibnu Ma`in dan selain mereka : " Sufyan Amirul Mukminin didalam ilmu Hadis. Berkata Imam Ibnu Mahdi : Imam Wahab lebih mengunggulkan Sufyan ats-Tsauri dari Imam Malik dalam hafalan. Berkata Abdullah bin Mubarak : Aku menulis hadis dari seribu seratus Syeikh, tidak ada yang paling afdhol kecuali Sufyan ats-Tsauri. ( Tahdzib at-Tahdzib : 2 / 715 ).

Berkata al-Hafizh adz-Dzahabi : Beliau seorang Yang Tsiqah, Tsabat dan al-Hafizh ( al-KAsyif : 1 / 379 )

3 - Ali bin Mushir
4 - Abu Mu`awiyah al-Farid.
5 - Waki` bin Bakar .
6 - Yunus bin Bakar.
7 - Abu Salamah.
8 - Hammad bin Zaid.
9 - Abdah bin Sulaiman.

Dan lain-lainnya.

Penulis hanya menyebutkan dua orang ulama saja dengan biografi mereka, sebab mereka berdua adalah ulama umat yang telah sepakat seluruh ulama ahlussunnah dalam keagungan dan ke tsiqahan mereka berdua, bagaimana boleh Syeikh Habiburrahman menuduh mereka dengan pendustaaan dan penipuan, tidak ada satupun ulama islam yang menyebutkan bahwa mereka berdua bermazhabkan syi`ah, bahkan mereka berdua adalah pemimpin ulama ahlussunnah.


Sampai disinilah dulu pembahasan dalam masalah perkawinan Sayyidah `Aisyah r.a., insyaallah akan saya sambung kepada hujjah yang berikutnya.

Rujukkan :

1 - al-Jami` Sohih Bukhari terbitan Darus Salam Riyadh.

2 - Kasyif karangan Imam adz-Dzahabi, cetakan Darul Kutub Hadisah, Kairo.

3 - Tahdzibu at-Tahdzib Fi Rijali hadis, karangan al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani, Darul Kutubu al-Ilmiyyah Bairut.

4 - Fathu al-Baari , karangan al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani, terbitan Dar al-Manar, Cairo.

5 - al-Isti`ab Fi Asma`i al-Ash-Hab, karangan al-Hafizh Ibnu Abdul Bar cetakan Maktabah Mesir Kairo.

6 - al-isobah Fi Tamyizi Sohabah, karangan al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqolani, terbitan Maktabah Mesir Kairo.

Sumber : Http://Allangkati.Blogspot.Com

Jawapan kepada Awang Selamat- KSU mana lebih berkuasa?

Posted: 27 Jun 2010 09:30 PM PDT

Awang Selamat dalam kolumnya Mingguan Malaysia 27/6/2010 membangkitkan isu KSU yang sangat berkuasa di sebuah Kementerian. Kuasa KSU tersebut mungkin lebih berkuasa dari Menterinya sendiri kerana mengikut Awang Selamat KSU tersebut begitu berkuasa sehingga banyak membuat percaturan mengikut kesukaan beliau.

Ada yang mendakwa KSU tersebut bijak memanipulasikan keadaan agar segala keputusan memihak kepada beliau. Dalam kata lain inilah contoh terbaik Napoleon Kecil.
Jika kita memperkatakan sejauhmana kekuasaan seseorang itu harus juga diingat seluas mana kementerian yang beliau kuasai. Kelau size kementeriannya besar maka besarlah kuasanya begitulah sebaliknya.

Size sesebuah kementerian itu juga memberi ruang kuasa kepada KSU tersebut menterjermahkan kuasanya yang ada. Terdapat juga size sesebuah kementerian yang kecil sehingga langsung peranan KSUnya malah Menterinya tenggelam begitu sahaja tanpa publisiti.

Apabila DS Najib dinobatkan sebagai PM beliau membuat pengstrukturan semula dan rombakan cabinet dan ada kementerian yang beliau mansuhkan dan ada kementrian yang beliau satukan.

Kementerian yang paling besar disatukan di mana tiga kementerian disatukan menjadi satu ialah Kementerian Penerangan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.Ketiga-tiga kementerian ini disatukan menjadi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Dengan penyatuan ini bidang kuasa dan kuasa yang paling besar ialah KSUnya mengatasi Menteri kerana "Menteri datang Menteri pergi @ Minister come Minister go and I am here to stay". Menteri dipilih rakyat dalam pilihanraya, dengan suasana politik yang tidak stabil sekarang menteri pun seperti telur dihujung tanduk tetapi KSU kekal sehingga pencen. Menteri pun bukannya tahu sangat kuasa-kuasa pentadbir.

Sebelum pencen mestilah ada perancangan selepas pencen. "Bila lagi nak kampoi? sebelum pencen la, besok kuasa den dah habis artis cantik pun dah tak pandang den lagi dahhhhhh" kata rakan dari Seremban.

Meminjam kata-kata akhir pojok Awang Selamat "Terserah kepada tafsiran masing-masing".

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Wakaf Bharu Kelantan

Posted: 27 Jun 2010 09:15 PM PDT

Kuliyah Jemputan Ustaz Azhar Idrus

Lokasi: Masjid Wakaf Baru, Kota Bahru, Kelantan

Tarikh: 8hb Julai 2010

Masa: 8.00 Malam

Muslimin muslimat dijemput hadir beramai-ramai

Kenapa kaum Cina Kelantan sokong Tok Guru?

Posted: 27 Jun 2010 09:00 PM PDT

Oleh: Rossem

Satu-satunya di Malaysia negeri yang paling unik dalam soal hubungan antara kaum ialah Kelantan. Lihat saja di bandar-bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Machang dan bandar-bandar jajahan lain, orang Melayu minum kopi dan makan nasi berlauk atau nasi kerabu di restoran-restoran Cina sudah menjadi lumrah, bahkan sudah menjadi tradisi masyarakat di sini sejak sekian lama.

Keakraban hubungan antara orang Melayu - Cina bukan saja terbatas di kedai-kedai kopi atau di jalanan, malah boleh disaksikan di pasar-pasar besar seperti Pasar Siti Khatijah. Mereka berjualan sebelah menyebelah antara satu sama lain dengan aman dan saling hormat menghormati.

Di jalan Suara Muda, persimpangan Jalan Dato' Pati atau lebih dikenali dengan Dataran Ilmu terdapat sebuah pasar tradisi kaum Cina yang wujud sejak puluhan tahun dan masih beropersi hingga sekarang. Pasar ini di kalangan orang Cina dikenali dengan nama Pasar Pokok Pinang. Disamping menjual sayuran, ikan dan barangan keperluan dapur, juga daging Babi. Dari jauh sudah nampak daging kerbau pendek itu bergantungan. Namun orang Islam Kelantan tidak pernah memprotes kewujudan pasar tersebut, walhal di sebelahnya adalah stesen kereta sewa yang sentiasa dipenuhi pengunjung, manakala pada setiap pagi Jumaat pula ribuan umat Islam membanjiri kawasan tersebut untuk mengikuti kuliah mingguan yang disampaikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pernah orang mengatakan, kalau berkunjung ke Negeri Serambi Mekah, orang Cina tidak akan dapat merasaikan keenakan makanan tradisional kegemaran mereka iaitu Bah Ku Teh, kerana makanan ini tidak dibenarkan dijual di sini disebabkan bahannya daripada daging babi. Tuduhan itu tidak tepat. Datanglah ke Kelantan dan nikmatilah hidangan Bah Ku Teh di restoran-restoran Cina di sini.

Pembinaan rumah-rumah ibadat juga dibenarkan oleh Kerajaan Kelantan yang dipimpin ulamak. Rumah-rumah ibadat atau tokong bebas menjalankan aktiviti keagamaan tanpa ada sekatan oleh pemerintah yang dipimpin oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antara tokong yang terbesar ialah Tokong Mek yang berusia 200 tahun terletak di perkampungan Cina terbesar di Kelantan iaitu di Kg. Cina, Kota Bharu. Selain itu, di kampung yang sama terdapat dua buah lagi tokong, iaitu Tokong Na Eng Kong dan Tokong Leng Eng Tian. Di Jalan Hamzah juga terdapat sebuah tokong bernama Tokong Tau Mu Kong.

Dengan kata lain, di setiap bandar jajahan atau kampung-kampung yang ramai dihuni masyarakat Cina terdapat rumah ibadat mereka. Contohnya yang sedang dalam pembinaan di Pasir Tumboh, di mana lokasinya sangat menarik, di tepi Sungai Pasir Tumboh.

Pada awal pemerintahan PAS di Kelantan (1990), kaum Cina mahukan bangunan Dewan Perniagaan Cina yang terletak di Jalan Kebun Sultan diubahsuai pada ruang depannya kepada konsep yang berekabentuk tradisional Cina. Kerajaan PAS Kelantan kemudiannya mengizinkan, sedangkan sebelum PAS mengambilalih pemerintahan negeri itu, kaum Cina sudah beberapa kali memohon kebenaran, namun tidak dibenarkan oleh kepimpinan BN-UMNO ketika itu. Kerajaan yang dipimpin Tok Guru membenarkan atas dasar tidak menjadi satu kesalahan kaum Cina mengunapakai rekabentuk tradisional budaya mereka. Kerana masjid-masjid di Cina juga dibina berkonsepkan senibina Cina, justeru kenapa hal yang serupa disekat kerajaan BN-UMNO?

Sebagai menghargai keagungan serta kehebatan senibina tradisi Cina yang menjadi kemegahan mereka sejak turun temurun, kerajaan Kelantan telah membina sebuah masjid yang berkonsepkan senibina Cina di Rantau Panjang. Masjid yang dikenali dengan Masjid Biejing itu sudah siap sepenuhnya dan sudah digunakan untuk solat sejak beberapa tahun lalu. Imam juga didatangkan dari Yunan, China. Sementara akitek dan pekerja-pekerja mahir yang membangun masjid itu didatangkan khusus dari China dan Uzbektan.

Demikian juga dengan praktik budaya lainnya, kaum Cina bebas mempersembahkan budaya mereka seperti tarian naga dan sebagainya. Bahkan setiapkali sambutan Tahun Baru Cina, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, exco-exco dan Ahli-Ahli Undangan Negeri serta kepimpinan yang lain turut hadir meraikan sambutan itu.

Sesuatu yang sangat menarik dan mungkin tidak dapat dinikmati di tempat-tempat lain ialah, Kerajaan Kelantan juga sering menganjurkan perjumpaan-perjumpaan tertentu dengan kaum Cina di Kelantan dalam majlis-majlis keraian yang turut dihadiri bersama orang Melayu, Siam dan India. Sanario ini tentunya dapat mengakrab lagi hubungan antara kaum di bumi warisan ulamak ini.

Bahkan membuat asyura, iaitu sejenis bubur tradisonal orang Melayu untuk menyambut setiap kali bulan Muharam juga disertai oleh kaum Cina, malah orang Cina sendiri yang membuatnya.

Kaum Cina juga bebas untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka, kerana di Kelantan banyak terdapat sekolah aliran Cina. Antara sekolah tertua dan terbesar ialah Sekolah Rendah / Menengah Chung Hwa dan Chung Chin di Kota Bharu. Kerajaan Negeri Kelantan juga komited membantu dengan meluluskan tanah seluas 1,000 ekar kepada sekolah persendirian Chung Hwa di Kok Lanas, Ketereh. Kerajaan Kelantan juga tidak pernah menceroboh hak setiap kaum atau merampas tanah kepunyaan mereka.

Di sektur perniagaan dan perekonomian, Kerajaan Kelantan tidak pernah menyekat aktiviti mereka. Kaum Cina bebas menjalankan perniagaan masing-masing, kecuali berhubungkait dengan perjudian dan pusat-pusat hiburan. Kerana aktiviti yang merosakkan itu diharamkan di Negeri Serambi Mekah. Sementara orang Cina (bukan Islam) masih dibenarkan minum arak di rumah kediaman mereka, di restoran Cina atau di tempat bukan tempat awam.

Kemimpinan ulamak sangat prihatin dan telah melakukan yang terbaik untuk kesejahteraan masyarakat Cina. Mengambil berat segala aspek kehidupan mereka. Membantu mengekalkan amalan budaya dan adat resam mereka terus menerus.
Untuk tujuan itu, Menteri Besar Kelantan, dengan dibantu seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum (DUN Kota Lama) dilantik khusus untuk mengurus masyarakat Cina dan non-Muslim. Tokoh yang tidak asing lagi bagi kuam Cina Kelantan itu iaitu YB Dato' Haji Anuar Tan.

Seperti pernah diucapkan YB Dato' Haji Anuar Tan " Kaum Cina di Kelantan boleh menerima dasar Membangun Bersama Islam yang praktikkan di negeri ini kerana disamping dasar itu, ternyata orang-orang Cina bebas menjalankan aktiviti perniagan, menganut agama tradisi dan mengamalkan budaya sendiri. Contoh penerimaan kaum Cina ini ialah, pada PRU ke 12, di DUN Kota Lama, kita menang sampai 5,000 majoriti. Ini gambaran jelas bahawa mereka cukup puas hati dengan corak pentadbiran yang dipimpin Tok Guru".

Peranan YB Haji Anuar Tan adalah sebagai jambatan yang menghubungkan antara Kerajaan Negeri dengan komuniti kaum Cina dan lain-lain kaum minoriti negeri ini agar kehidupan antara kaum di negeri Serambi Mekah terus harmonis dan saling bantu mambantu.

Untuk mengekalkan terus menerus kerharmonian antara kaum dan memudahkan menyampaikan sebarang bentuk bantuan, Kerajaan Kelantan, sejak mengambilalih pemerintahan negeri ini 20 tahun lalu (Oktober 1990) telah melantik penghulu- pemghulu tanpa mukim di seluruh Kelantan dari kalangan kaum Cina, Siam dan India. Sekarang jumlahnya 34 orang. Juga melantik ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan lantikan politik bertugas di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN).

Skim Takaful Kifalah (warga emas) untuk rakyat Kelantan yang merusia 60 tahun ke atas, yang diperkenalkan kerajaan negeri bertujuan membantu ahli keluarga sekiranya meninggal dunia, juga tidak mengabaikan kaum Cina dan lain-lain kaum minoriti. Mereka mendapat hak yang sama dengan orang Melayu iaitu RM2,500, bertujuan meringankan beban keluarga ketika urusan pengkebumian jenazah.

Selain itu, kaum Cina juga dilibatkan dengan Ladang Rakyat dan ap-apa juga pemberian dari kerajaan negeri seperti bantuan saguhati kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Maka kita pun bertanya, untuk apa lagi kaum Cina, Siam dan India di Kelantan memerlukan BN-UMNO memerintah Negeri Serambi Mekah, kerena segala-galannya diperolehi dari Kerajaan PAS?

Festival Ramadan – Burung terbang usah dipipiskan lada

Posted: 27 Jun 2010 08:30 PM PDT

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorang pun untuk melepaskannya sesudah itu dan dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Ayat 2, Surah Faathir)
***

ALHAMDULILLAH penulis baru kembali daripada menunaikan umrah. Apabila suasana kurang selesa (jet lag) perjalanan balik Jeddah-KLIA berkurangan, penulis membaca akhbar-akhbar lama yang dibeli anak-anak untuk mengikuti kembali perkembangan semasa di tanah air.

Selepas hampir dua minggu tidak mengikuti sebarang berita tempatan, tersentak hati penulis apabila membaca laporan bahawa Kementerian Pelancongan bercadang memperkenalkan Festival Ramadan yang antara lain akan cuba menarik kedatangan pelancong Arab ke sini bagi melihat keunikan orang Malaysia menyambut bulan puasa. Festival Ramadan yang dicadangkan itu sebenarnya tidak lama lagi. Sekarang bulan Rejab, tidak lama lagi Syaaban dan selepas itu Ramadan.

Orang Malaysia apabila diperkatakan tentang Ramadan, satu aspek sejak turun temurun tidak dapat dipisahkan daripada mereka adalah soal makanan. Seolah-olah Ramadan dan pesta makanan sudah sinonim. Sebelum Ramadan orang sudah bercakap mengenai tapak bazar Ramadan dan menu serta bufet Ramadan bagi santapan di hotel-hotel. Di masjid dan surau pula, tok siak dan petugasnya sibuk mengatur menu berbuka puasa dan moreh manakala imam dan ustaz sibuk mengedar borang mengajak jemaah menyumbang bagi majlis tahlil dan sebagainya.

Mungkinkah aspek ini (Ramadan dan pesta makanan) hendak dipromosikan bagi menarik pelancong ke Malaysia. Antara sasarannya orang Arab yang terkenal dengan poket tebal, yang sesetengah pihak mendakwa ada melihat mereka di kota-kota hiburan dunia seperti Bangkok bagi melempiaskan nafsu masing-masing.

Betullah, pada Ramadan yang penuh barakah itu alangkah beruntungnya jika dapat ditukarkan destinasi mereka daripada ke Bangkok ke Kuala Lumpur, jadi tidaklah mereka terlalu bebas untuk bermaksiat. Namun benarkah andaian itu? Dan betulkah kita akan mendapat manfaat besar daripada penganjuran Festival Ramadan terutama bab berkaitan pesta makanan itu?

Orang Islam yang peka apabila bercakap mengenai keuntungan, akan mengiranya daripada aspek dunia dan akhirat. Kita tidak mahu untung di dunia tetapi rugi di akhirat, tetapi mahukan kedua-duanya sekali sesuai dengan salah satu bacaan doa setiap kali selepas solat.

Adakah Festival Ramadan termasuk pesta makan-makan itu sesuai dengan kehendak Islam? Berdasarkan tujuan dan falsafah berpuasa yang mahu mendidik jiwa untuk taat kepada perintah Allah SWT termasuk sama-sama menyelami kelaparan dan orang miskin dan melarat, adalah tidak relevan sama sekali mengaitkan puasa dengan pesta makan-makan. Puasa adalah bulan untuk menahan diri daripada makan berlebihan dan bukan untuk memuaskan nafsu makan.

Tetapi perkara itulah yang berlaku dalam masyarakat kita. Tempat menjual makanan termasuk bazar bertambah setiap tahun, manakala sebahagian makanan yang ditawarkan seperti tahi itik dan badak berendam, tidak mudah didapati pada bulan-bulan lain. Apabila Ramadan dikaitkan dengan pesta makan-makan dan pada peringkat lebih besar Festival Ramadan, maka secara automatik nilai ibadah merosot teruk.

Jika amalan buruk kita (pesta makan-makan dan aneka kegiatan lagi seperti membeli belah, membuat kuih termasuk yang tradisional seperti dodol, mahu ditonjolkan kepada pelancong luar terutama Arab, dikhuatiri kita memberi gambaran yang salah berhubung ibadah puasa sebagai Rukun Islam ketiga.

Pada bulan puasa, surau dan masjid di tanah air kita digemakan dengan solat tarawih dan tilawah al-Quran dan apa yang dibimbangi pengenalan Festival Ramadan akan menjejakan kegiatan peribadahan ini sebaliknya menonjolkan perkara yang tidak terkandung dalam ajaran agama.

Festival Ramadan akan menjadi salah satu acara budaya, lambat laun dikhuatiri ia akan mengembalikan masyarakat ke zaman jahiliah. Ya, dengan semakin bersemaraknya majlis-majlis berbuka puasa sekarang ini termasuklah yang diadakan di hotel ternama, budaya santai makan sepuas hati akan berkembang dan tidak dapat lagi disekat.

Perhatikanlah apa yang berleluasa pada majlis berbuka puasa, jarang ditekankan sama ada hadirin berpuasa atau tidak, soal sembahyang atau menutup aurat dan bebas pergaulan lelaki-perempuan. Malah ada majlis berbuka puasa disertakan nyanyian, kebanyakannya dengan alasan dendangan lagu-lagu nasyid. Sekalipun puasa itu adalah tuntutan agama (Rukun Islam ketiga) tetapi nampaknya kehendak agama diketepikan sebaliknya budaya baru yang muncul termasuk dari segi komersial diketengahkan.

Sehubungan itu, apakah kerosakan ini hendak kita tonjolkan kepada pelancong asing, termasuk orang Arab? Apakah orang Arab yang 'terbang' dengan pesawat ke kota hiburan seperti Bangkok mahu kita alihan tumpuan mereka ke festival baru yang mahu kita ada-adakan itu? Benar mereka bagaikan burung yang terbang, yang didambakan 'duit yang mereka bawa' tetapi wajarkah tanpa memikirkan kesan dunia dan akhirat, kita sudah memipiskan ladanya?

Berdasarkan pemerhatian penulis di Tanah Suci baru-baru ini, pantang saja hari cuti termasuk hari Jumaat sebagai cuti mingguan, orang Arab begitu bersemangat bersolat di Masjid Nabawi dan Masjidilharam. Mereka akan membawa keluarga, termasuk bayi untuk sama-sama berada dalam masjid, mungkin bagi tempoh sehari suntuk. Jadi keadaan masjid pada hari Jumaat begitu sesak sedangkan hari lain, jemaahnya agak kurang.

Demikian juga kesesakan ketara pada bulan Ramadan. Jemaah dari seluruh dunia Arab termasuk negara jauh seperti Mesir dan Iraq turut berpusu-pusu untuk beribadat di Tanah Suci. Seperti kebanyakan orang Islam dari seluruh dunia, menjadi impian orang Arab untuk beribadat di Tanah Suci terutama di Masjidilharam pada bulan Ramadan. Ini kerana ganjaran pahala dijanjikan Allah SWT berlipat kali ganda, apatah lagi dengan adanya Lailatulqadar. Beribadat dalam Masjidilharam dijanjikan 100,000 kali ganjaran dan jika dilakukan pada bulan puasa, tentunya manfaatnya lebih besar lagi.

Demikianlah hebatnya tawaran Allah SWT kepada insan-insan yang mahu menyerah dan membersihkan diri mereka di Tanah Suci. Penulis percaya insan Arab yang mahu melarikan diri ke kota hiburan seperti Bangkok hanya segelintir saja. Oleh itu, untuk memikat orang Arab ke Malaysia, menyaksikan Festival Ramadan, terasa bagai usaha sia-sia apatah lagi untuk mendapat sedikit sebanyak wang daripada poket mereka, mungkinkah tindakan kita itu menepati peribahasa burung terbang dipipiskan lada?

http://lanh14.blogspot.com/

Azmin dapat hadiah saguhati, sediakan pentas untuk pertempuran

Posted: 27 Jun 2010 08:08 PM PDT

Harapan beberapa khalayak bahawa pemukiman Parti Keadilan Rakyat akan menumbangkan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan menobatkan MB yang baru tidak kesampaian. Pihak yang menyerang seorang demi seorang menafikan penglibatan mereka. Tian Chua, MP Batu mengugut hendak mengambil tindakan terhadap mereka yang berhasrat menumbangkan Khalid. Atas kuasa apa beliau hendak bertindak tidak pula diketahui. Khalid sendiri menjangkakan pemukiman itu akan menjadi panas, lantas mengelakkan diri daripada hadir.

Namun akhirnya semua jangkaan tidak kesampaian. Tidak ada pergaduhan. UMNO Selangor dan YB Seksyen 7, Ezam Mohd Nor tentu paling kecewa.

Kompromi tampaknya berjaya dicapai di saat akhir. Lantas Khalid bergegas untuk Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat dan Sidang Akhbar. Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa dan MP Gombak, yang tidak pernah kalah dalam setiap pilihanraya yang disertainya berpuas hati dengan hadiah saguhati menjadi Pengerusi Keadilan Selangor. Kedudukan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS belum diketahui, mungkin Lembaga menolak perletakan jawatan beliau, mungkin juga beliau akan terkeluar daripada PKNS.

Khalid berkompromi melepaskan jawatan Pengerusi Keadilan dan mengekalkan jawatan MB. Kedua-dua mereka kehilangan sesuatu dalam kompromi. Yang mengaut untung ialah Zaid Ibrahim yang menjadi Pengerusi Wilayah Persekutuan. Jasamu dan bankmu tetap dikenang Zaid.

Azmin berpuas hati dengan jawatan Pengerusi dan sekaligus menyediakan pentas untuk pertempuran yang lebih hebat. Sebagai Pengerusi parti, Azmin nanti akan punya tanggungjawab 'berat' dan 'pahit' untuk menyampaikan kehendak parti kepada Menteri Besar. Azmin akan terpaksa menyuarakan suara hati parti dan mengkritik MB jika melakukan kesilapan. Dengan kata lain Azmin akan menjadi 'Pengawas' atau 'Guru Besar' kepada Khalid.

Sekiranya Khalid terus 'berdegil' dengan sikapnya, maka si Guru Besar terpaksa mendisplinkan Khalid. Jika tetap juga degil maka 'Guru Besar' akan terpaksa memikul beban besar sebagai calon MB yang baru dalam menghadapi Pilihanraya Ke-13 semata-mata demi untuk memastikan keADILan dan Pakatan Rakyat dapat mempertahankan Selangor.

Bukan kehendak Azmin untuk menjadi MB, tetapi semata-mata untuk menyelamatkan keadaan.

Ketika itu pertempuran yang lebih besar akan berlaku. Baru lah padan Pengerusi lwn. MB. Jika sekadar sebagai ADUN, MP, Ketua Whip, Pengarah PKNS, Ketua Cabang, Naib Presiden belum tentu sesuai bertempur dengan MB, Pengerusi, ADUN, MP (yang kerusinya di sebelah Anwar dalam Dewan Rakyat), Ketua Cabang dan Ahli Biro Politik.

Atau apakah mungkin pentas sedang disediakan untuk pertempuran merebut jawatan di dalam parti menjelang akhir tahun ini? Apakah Naib Presiden paling kanan yang saban kali pemilihan mendapat undi paling banyak sudah memulakan percaturan dan gerakan?

Nampaknya YB Seksyen 7 terpaksa menunggu lagi dan bekerja keras untuk memangkinkan pertempuran di dalam keADILan. Kerja YB, ganjaran sudah diberi.


http://azakiyamani.wordpress.com/2010/06/28/azmin-dapat-hadiah-saguhati-sediakan-pentas-untuk-pertempuran/

Tiada ulasan: