Ahad, 27 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Statistik Dan Keputusan Terkini German Menentang England

Posted: 27 Jun 2010 08:48 AM PDT




Round of last 16Free State Stadium, Mangaung/Bloemfontein
17:49June 27

FTGermany4 - 1England

half-time(2 - 1)




referee :spectators :


Jorge Larrionda (Uruguay)40,911

match details :

20'M. Klose [1 - 0]

32'L. Podolski [2 - 0]

37'
[2 - 1]M. Upson

48'A. Friedrich


67'T. Müller [3 - 1]

70'T. Müller [4 - 1]

82'

G. Johnson

statistics :
shots on target : 8 - 7
shots off target : 8 - 6
possession (%) : 49 - 51
corner kicks : 4 - 6
offsides : 3 - 2
fouls : 7 - 6
yellow cards : 1 - 1
red cards : 0 - 0

UMNO – ini bukan caranya!

Posted: 27 Jun 2010 07:30 AM PDT

Kalau ini cara UMNO maka saya secara peribadi kata – itu cara yang tidak tepat untuk berhujah, malah ia satu kedangkalan. Kalau ini bentuk-bentuk perang saraf pembangkang saya katakan ini tidak budiman dan UMNO tidak perlu termakan dengan cara ini.

Lihat FB diskusi ini :

Image


satu diskusi dibuka dalam Face Book

Mula-mula saya tertarik untuk melihat cara penyokong UMNO mahu menjawab isu Tarmizi Mohd Jam yang berhujah mengenai judi, APCO, Felda dan beberapa isu lain. Namun membaca hujah – hujah dalam komen tersebut saya akhirnya melihat komen-komen dari mereka yang dikatakan penyokong UMNO. Saya terpanggil untuk menasihati mereka dengan mengatakan ini bukan caranya – dan sepatutnya penyokong-penyokong UMNO berhujah dengan lebih bernas dari sudut fakta dan bukan membawa budaya yang tidak sihat. Saya lihat keadaan ini tidak membantu UMNO dan UMNO sendiri perlu lebih banyak membuat penjelasan yang berfakta agar mereka yang menyokong UMNO tahu menjawab dengan cara yang lebih berhemah lagi. Saya rasa sudah sampai masanya kepimpinan penerangan UMNO melakukan sesuatu yang positif agar UMNO tidak dilihat daif dalam menjawab isu. Saya benar-benar berharap agar kepimpinan UMNO memulakan langkah dengan membuat strategi yang lebih baik – dalam menangani isu di Internet kerana apa yang ada hari ini hanya menunjukkan kedaifan malah akan menjadikan UMNO itu sendiri terpalit dengan persepsi negatif. Ketua Penerangan UMNO dan jentera penerangan UMNO, akan berhadapan dengan kegagalan lagi – khususnya dalam media siber sekiranya ini berterusan berlaku. Kita nilai apa yang ada ini :

Image

Image

Image

Image

Sampai bila kepimpinan UMNO mahu sedar bahawa persepsi pembaca sekarang sudah berubah, mereka akan menilai penulis dengan tulisan dan ini secara tidak langsung akan memburukkan UMNO. Saya juga sudah berkali-kali cuba menasihati UMNO agar melakukan sesuatu yang konklusif – dalam menangani media Internet yang akan menjadi penentu kepada pola pemikiran rakyat. Kalau media alternatif ini tidak dapat di tangani dengan berkesan – impaknya adalah pada UMNO dan PRU akan datang.


http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=767&Itemid=58

JI, militan: Penutup tempayan budu kerajaan

Posted: 27 Jun 2010 07:00 AM PDT

Hasanhusaini

Awal millenium, pasca kekalahan besar parti pemerintah di dua negeri Pantai Timur selepas ditiup gelombang reformasi, desas desus militan bakal mengamuk timbul. Heboh diperkatakan di seluruh tanah air, dada-dada akhbar terpampang tajuk-tajuk dengan tulisan gemuk hitam. Sekolah Agama Rakyat (SAR) menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas itu.

Tidak sedikit guru-guru dari SAR berpindah khemah mendaftarkan diri ke Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak sedikit juga jumlahnya pelajar yang sedang khusyuk dilentur dan diasuh di bawah teduhan atap zink lusuh yang menjadi atap SAR dipindahkan ke sekolah kementerian oleh ibu bapa yang melatah dengan isu tersebut. Yayasan Islam Kelantan bagaikan lumpuh seketika. Gergasi pendidikan Kelantan, Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan juga merasai tempias itu. Saya yang masih berada di pondok tahfiz juga tidak terkecuali. Sanak-saudara yang 'nipis akidahnya' mendesak ibu agar memindahkan sahaja saya dari 'pondok militan' ke sekolah kementerian.

Tangkapan ISA dikenakan kepada beberapa individu yang tidak berdosa. Kebanyakan mereka adalah pimpinan mahasiswa dan pelajar lepasan Timur Tengah. Ustaz Nik Adli Nik Abdul Aziz adalah salah seorang mangsanya.

Itu kisah awal Millenium. Kisah selepas parti pemerintah terdesak dengan kekalahan besar di dua negeri. Kisah selepas gelombang reformasi menggegarkan kerusi empuk memanda Perdana Menteri.

Kisah hari ini

Awal 2009, seorang MP Pakatan Rakyat mendedahkan adanya benih-benih idea dan pemikiran Israel dalam pentadbiran negara. Pembuktian dan pembongkaran bermula dengan proses pembelian Jet Sukhoi, krisis helikopter Nuri, kapal selam dan beberapa lawatan pimpinan negara ke Amerika Syarikat serta pertemuan Menteri Pertahanan Malaysia bersama Ehud Barak, pemimpin kerajaan haram Israel pada Jun 2009 di Perancis.

Hasil dari itu, satu gerakan besar-besaran dijalankan untuk membasuh [baca: menutup] tuduhan itu. Kursus-kursus seliaan kerajaan [parti kerajaan] pastinya akan mendoktrinkan pemahaman yang tidak menyenangkan kepada para peserta. Saya teringat sebuah kursus yang saya hadiri di sebuah negeri Pantai Barat. Fasilitator mencucuk jarum kebangsaan dan menayangkan klip-klip video 'kajian' yang membuktikan bahawa beberapa orang figur parti oposisi berkait langsung dengan Yahudi, zionis, Israel serta Amerika.

Saya tak suka dicucuk hidung. Saya lebih suka mengkaji sendiri. Mencucuk hidung saya bermaksud mengajar saya untuk memusuhi anda!

Beberapa bulan kemudian, satu kenyataan yang mengejutkan semua pihak dibuat oleh MP PR tersebut. Malaysia telah melantik Israel melalui proksinya Apco Worldwide melalui Ethos Consulting untuk memberi tunjuk ajar serta nasihat kepada kerajaan tentang perkara-perkara tertentu. Kenyataan itu seakan terbukti benar apabila PM melancarkan slogan One Malaysia yang dikaitkan langsung dengan One Israel tidak lama sebelum itu. Selesai.

Sebulan yang lepas, 29 Mei 2010. Lebih sepuluh rakyat Malaysia ditahan oleh tentera Israel di perairan antarabangsa selepas Kapal Mavi Marmara diserang secara haram lagi zalim oleh tentera Israel. Beberapa hari kemudian, tangkapan kedua dibuat selepas Kapal Rachel Corrie ditahan dengan cara yang sama oleh tentera Israel. Kedua-dua kapal tersebut sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Gaza bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Serangan dan penangkapan itu mendapat kecaman hebat dari seluruh dunia. Malaysia agak malu-malu menyatakan kutukan. Amerika pula mengambil masa lebih 10 jam untuk menyatakan pendirian. Tak seperti negara-negara lain yang lebih awal menyatakan pendirian penentangan terhadap serangan tersebut. Lebih menjanggalkan, kedua-dua kapal yang diserang dan ditawan serta dirampas Israel itu dinaiki sama oleh rakyat Malaysia!

Lebih menghairankan lagi, tidak sampai sebulan selepas serangan Israel ke atas Kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie, Malaysia mengisytiharkan perang ke atas Jemaah Islam dan militan di Malaysia. Beberapa individu penting terlibat dengan tuduhan sembrono termasuk Dr. Asri, Dr. Juanda dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Saya berkira-kira, apakah tujuannya isu JI dan militan ini dibongkar semula secara besar-besaran? Dua jawapan bermain di kepala. Ia sama ada kerana mendapat nasihat dari Israel melalui Apco mahupun Amerika disebabkan ketegasan sesetengah rakyat Malaysia dalam isu kezaliman Israel ke atas Gaza ataupun sebagai penutup isu-isu besar yang sedang berlegar di minda rakyat Malaysia hari ini. Isu Apco, kerugian Felda, kerugian telaga blok M dan L, enjin jet, kapal selam, rampasan royalti Kelantan, kewangan defisit negara, kezaliman polis serta judi bola dan pelbagai isu-isu lain. Justeru, jangan mudah tenggelam dengan isu JI dan militan.

Namun, persoalan seterusnya timbul, siapa militan...? Siapa pula JI...? Militan dalam Kamus Dewan Bahasa ialah:

- Bersedia untuk berjuang.

- Bersemangat dan jati diri yang tinggi.

- Aktif dalam perjuangan.

Maka, saya juga ingin mengaku sebagai militan kerana saya bersemangat, saya sememangnya sentiasa aktif berjuang di dalam dakwah Islam dan saya mempunyai jati diri yang tinggi. Saya juga ahli Jemaah Islam kerana saya adalah muslim yang tegar dengan syahadah dan aqidah. Saya thabat dengan Islam sebagai deen dan perlembagaan hidup. Apakah saya juga akan ditangkap...?

Namun di sudut lain pula, andai skrip di awal millenium digunapakai pada hari ini, maka sasarannya adalah golongan agama. Sekolah agama, pelajar agama, persatuan agama, guru agama dan institusi agama dan institusi ulama.

Maka, bersiap sedialah wahai golongan yang menjadikan Islam sebagai panduan hidup, anda mungkin termasuk dalam senarai JI atau militan di Kementerian Pertahanan Malaysia.

Para pimpinan dan penggerak Pakatan Rakyat umumnya dan PAS khususnya perlu bersedia. Para pimpinan mahasisawa dan Persatuan Mahasiswa Islam di kampus-kampus juga perlu berhati-hati. NGO-NGO Islam juga harus beringat-ingat. Pelajar-pelajar Timur Tengah juga tidak akan ketinggalan. Mesir, Syria, Jordan, Saudi, Yaman dan yang sewaktu dengannya. Tidak kurang juga kepada rakan-rakan yang berorganisasi [militansi?] dengan cara Islam di negara-negara Eropah. Anda semua mungkin sasaran Israel!!

Anda akan dijadikan penutup tempayan budu yang berulat kerajaan. Menutup isu-isu besar negara dari pandangan rakyat bawahan.

Hasanhusaini,

Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

Khairy: Ibrahim Tidak Sopan Dan Suka Cari Gaduh!

Posted: 27 Jun 2010 06:45 AM PDT

Khairy: Ibrahim Ali 'gedebe politik', pentingkan diri


REMBAU, 27 Jun — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap Presiden Pergerakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali sebagai `gedebe politik' ekoran pendirian pemimpin itu mengecamnya dalam isu biasiswa.
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Sehubungan itu tegas Khairy, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.

Selain kaum-kaum lain, Khairy berkata, sebahagian besar orang Melayu juga kurang senang dengan pendekatan agresif Ibrahim dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

"Dia (Ibrahim) tidak sopan dan suka cari gaduh dengan orang lain. Sekiranya kita tidak jauhkan diri daripada Ibrahim, Barisan Nasional (BN) akan terkena tempiasnya," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau dekat sini hari ini oleh Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Mohamad Hasan.

Serang-menyerang kedua-dua wakil rakyat ini bermula sejak Rabu lalu berhubung kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dalam soal biasiswa.

Semalam, Ibrahim sekali lagi mempertikaikan kepimpinan Khairy dengan berkata, beliau sebenarnya "bangga dengan label jaguh politik kampung" yang diberikan oleh ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Wee.

"Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung... sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang 'asli'.

"Sebab itu, saya boleh menghayati perjuangan nenek-moyang dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah," kata Ibrahim dalam respons balas kepada kenyataan Khairy kelmarin, yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung kerana mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau.

"Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.

Ibrahim mendakwa orang Melayu berharap hanya Mara yang dapat membantu mereka dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

"Orang kampung hanya mengharapkan pada Mara... sebab itu saya bangga menjadi jaguh kampung," kata beliau lagi.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana "beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno."

Ibrahim menggesa Khairy meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah "menggadaikan maruah bangsa" semata-mata kerana mempertahankan Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional berkata kesediaan 40 ulama muda mengganggotai Umno menunjukkan mereka berminat untuk bergerak bersama sayap Pemuda parti.

"Saya percaya dengan penyertaan mereka, kita boleh menganjurkan lebih banyak program berunsur kerohanian terutamanya di kawasan-kawasan isu-isu politik sering dikaitkan dengan agama," katanya.

Beliau berkata perkembangan terbaru itu satu tamparan hebat kepada PAS yang selama ini menganggap ia parti politik pilihan golongan ulama.

Azmin Ganti Khalid Sebagai Pengerusi MPN Selangor, Zaid Terajui Wilayah Persekutuan

Posted: 27 Jun 2010 06:15 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM 27 Jun - Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN yang berakhir petang tadi mengumumkan rombakan barisan pimpinan parti yang membabit beberapa pimpinan di peringkat negeri termasuk Naib Presiden, Azmin Ali yang kini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tempat Azmin di ganti oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Zaid Ibrahim yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan yang baru.

Seorang lagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Badrulamin Bahron dilantik menjadi Pengarah Penerangan di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Semasa mengumumkan perubahan pada barisan pimpinan Selangor dan Wiyajah Persekutuan, Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata rombakan ini dibuat bagi memberi ruang kepada Abdul Khalid menumpukan perhatiannya kepada pembangunan Selangor

"Tan Sri Khalid sendiri memohon perubahan ini dibuat suoaya beliau boleh menumpukan perhatian dan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," kata Dr Wan Azizah.

Sementara itu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata perubahan yang dibuat adalah bagi mengukuh serta memantapkan struktur organisasi dan pentadbiran parti menjelang PRU-13.

"Rombakan terbaru ini adalah bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan memantapkan persediaan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak," kata Anwar yang mempengerusikan mesyuarat MPP setelah berakhirnya program pemukiman KEADILAN petang tadi.

Program Temu Rapat dan Bengkel Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat sepanjang dua hari yang berakhir dengan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN dipengerusikan oleh Anwar.

Dalam sidang media, Anwar berkata perubahan seperti ini akan berlaku dari semasa ke semasa, secara berperingkat dan akan melibatkan keseluruhan kepimpinan di peringkat negeri dan cabang.

Sehubungan itu Abdul Khalid berkata Setiausaha Politik Menteri Besar yang baru, Faekah Husin akan mengangkat sumpah pada hari Selasa depan manakala dua pegawai khas akan dilantik bagi membantu Dr Badrulamin.

Pakatan Rakyat Yakin Tawan Negeri Sembilan Pada PRU-13

Posted: 27 Jun 2010 06:00 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

SEREMBAN 27 Jun - Konvesyen Pakatan Rakyat yang julung kalinya diadakan di Negeri Sembilan merupakan satu wadah dalam usaha meningkatkan perhubungan antara parti di dalam gagasan itu serta memupuk semangat perjuangan tanpa batas sempadan bagi persediaan mengambil pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dalam ucapan aluannya pada perasmian konvensyen berkata tujuan ia diadakan adalah untuk mengeratkan semangat perpaduan, setiakawan dan ukhwah antara pimpinan Pakatan Rakyat dan pemimpin akar umbi yang berbilang kaum.

"Mari kita lupakan apa jua perbezaan, kita bersatu di bawah satu pakatan yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mengubah arena politik dominasi kerajaan terkini yang masih dikuasai oleh satu kaum sahaja.

"Pakatan Rakyat Negeri Sembalan kini bertambah mantap, kesederhanaan sikap pemimpin setiap parti menjadi tunjang kepada keakraban dan ini memudahkan setiap perbincangan dan mencari titik persamaan.

"Dimana-mana program rakyat, ketiga-tiga pemimpin parti akan turun bersama berganding tangan bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat. Oleh yang demikian tidak menghairankan di mana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat kini menerima pertambahan anggota parti secara mendadak dan ini merupakan satu perkembangan yang amat membanggakan serta mencerminkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan," kata beliau di hadapan lebih 300 perwakilan pagi tadi.

Beliau berasa yakin Pakatan Rakyat akan berjaya di dalam usaha untuk menawan mengambil alih kerajaan negeri Negeri Sembilan dan seterusnya melangkah ke Putrajaya pada pilihan raya umum nanti.

"Namun begitu, kita jangan alpa di dalam situasi sebegini pemimpin disemua parti dan peringkat harus bekerjasama dengan lebih erat lagi di dalam memenangi hati rakyat majmuk.

"Kita juga harus memastikan jentera parti sehingga ke peringkat akar umbi diperkukuhkan dan ini bukan sahaja dari segi meramaikan petugas bahkan perlu menyediakan sistem pengurusan yang baik serta sistem pentadbiran parti yang cekap," tegas Kamarul lagi.

Kamarul berharap gerak kerja pendaftaran pemilih baru dan jentera pilihan raya hendaklah diperhebatkan terutamanya kepada anggota parti yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Beliau juga yakin konvesyen kali ini akan terus mendapat respons yang baik dari rakyat selain memastikan hayat politik Barisan Nasional adalah yang terakhir pada kali ini.

Berpolitik: GAMIS mahu pensyarah diambil tindakan

Posted: 27 Jun 2010 05:30 AM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mahu pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil tindakan tatatertib kepada seorang pensyarah universiti itu yang menyertai Umno Jumaat lalu.

Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff
dalam satu kenyataan berkata, UKM perlu adil dan konsisten apabila sebelum ini turut mengambil tindakan tatertib terhadap empat pelajar Sains Politik yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor lalu kerana di dakwa melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"GAMIS mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan pendirian kepada seorang pensyarahnya Fadlan Mohd Othman yang secara jelas dan terang menyatakan kepada umum menyertai parti UMNO," katanya.

Empat pelajar UKM yang dikenakan tindakan tatatertib sebelum ini ialah Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin, dan Azlin Shafina Mohamad Adza.

Mereka kini berjaya mendapat perintah injunksi sementara dari Mahkamah Tinggi bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.

"Bagaimana pula dengan seorang pensyarah yang terlibat dengan parti politik? Adakah ia dilepaskan oleh kerana menyertai parti politik kerajaan? Ataupun dia dilepaskan kerana dia adalah seorang pensyarah, dan bukan pelajar?" soalnya lagi.

Jumaat lalu, pensyarah UKM, Fadlan Mohd Othman bersama 39 orang lagi yang didakwa berlatarbelakang agama dilaporkan telah menyertai Umno.

Laporan sebelum itu mendakwa 100 orang ulama akan menyertai Umno termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dr Asri bagaimanapun semalam menafikan penyertaannya ke dalam Umno seperti yang dispekulasikan banyak pihak sejak awal minggu lalu.

Retreat PKR berakhir tanpa sentuh ‘nasib’ MB Selangor

Posted: 27 Jun 2010 05:00 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

SHAH ALAM, 27 Jun — Retreat dua hari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berakhir hari ini tidak membangkitkan secara langsung mengenai kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi hanya menyentuh soal kelemahan penerangan PKR terutamanya di Selangor.

PKR mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat petang ini selepas retreat berakhir tengah hari tadi.

Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor, yang disebut-sebut menjadi sasaran digulingkan kepimpinan oleh 15 Ahli Parlimen parti itu, tidak menghadiri retreat yang bermula petang semalam.

Beliau yang tiba tengah hari ini tidak menemui wartawan.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, kepimpinan Khalid tidak dibangkitkan dalam retreat itu cuma membincangkan mengenai kelemahan penerangan di negeri Pakatan Rakyat terutamanya Selangor.

"Untuk memperkukuhkan serta memantapkan parti kita perlu meningkatkan soal penerangan parti kerana ia masih lagi lemah.

"Jadi dari segi organisasi soal penerangan ini memang perlu dipertingkatkan di semua kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya Selangor.

"Jika penerangan lemah sukar untuk kita bekerjasama, jadi ia perlu diperbaiki dan dipertingkatkan," kata beliau ketika ditemui selepas retreat PKR dekat sini.

Beliau berkata penerangan dan penglibatan anggota parti di peringkat cabang dalam perhubungan negeri perlu dipertingkatkan.

"Ini kerana anggota peringkat cabang perlu tahu apa perhubungan negeri buat begitu juga sebaliknya.

"Jadi semua kepimpinan parti perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki keadaan di Selangor.

"Ini kerana apa yang merisaukan adalah kerajaan yang kita menang tidak menunjukkan kekuatan dan kegagahan kita, apabila bercakap mengenai Selangor parti tertinggal di belakang," katanya.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata bukan Khalid seorang sahaja yang bertanggungjawab dalam persoalan ini tetapi semua kepimpian parti patut bersama-sama untuk menyelesaikan masalah itu.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata sesi retreat itu membicangkan untuk memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya Selangor.

"Kita tidak bincangkan secara terperinci mengenai pentadbiran Selangor.

"Isu yang paling penting adalah bagaimana untuk memperkukuhkan prestasi negeri Pakatan Rakyat yang mana Selangor merupakan sebahagian daripadanya," katanya.

Beliau berkata retreat itu turut menyentuh soal konsep, prinsip, hala tuju dan strategi yang mana setiap kelemahan dan kekuatan perlu diambil kira.

"Resolusi hari adalah mengenai aspek pengukuhan parti, penerangan dan formula kemenangan.

"Semuanya telah dikupas dengan mendalam hari ini dan akhirnya kita berjaya merangka satu kerangka ke Putrajaya.

"Kita juga membincangkan mengenai kelemahan dan kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat yang mana Selangor adalah sebahagian daripadanya," katanya.

Difahamkan sesi pemukiman yang dihadiri kira-kira 80 orang pemimpin parti itu membincangkan mengenai persiapan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang dan pemilihan jawatankuasa tertinggi PKR November ini.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata Khalid juga telah menunjukkan perubahan dalam sistem pentadbiran selepas ditegur ketika kongres parti itu.

"Beliau (Khalid) telah menunjukkan perubahan dalam sistem pentadbiran dengan mengemaskini penerangan Selangor.

"Selain itu beberapa tindakan lain sudah diambil Khalid bagi mengemaskini sistem pentadbiran negeri," katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan wujudnnya konpirasi untuk menjatuhkan Khalid.

"Apabila ditanya mengenai konspirasi itu saya sendiri pening kepala memikirkan siapa 15 ahli parlimen itu.

"Saya percaya media yang memulakannya, ia satu dakwaan yang tidak berasas," katanya.

GMJ anjur Himpunan Tak Nak Judi, luaskan desakan mansuh judi

Posted: 27 Jun 2010 04:30 AM PDT

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Susulan keputusan kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi sukan, Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan mengadakan Himpunan Tak Nak Judi pada 3 Julai ini bagi memperluaskan usaha bagi mendesak pihak berkuasa memansuhkan judi-judi lain.

Sempena Himpunan Tak Nak Judi ini GMJ akan melancarkan kempen bagi tujuan tersebut.

Himpunan Tak Nak Judi menggantikan Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi — perhimpunan aman di ibu negara yang sepatutnya telah dirancang untuk diadakan pada tarikh itu bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun GMJ mengubah rancangan ekoran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam kelmarin bahawa kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi sukan kepada Ascot Sports, syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan.

"Dalam mesyuarat hari ini, kami memutuskan untuk membatalkan Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi Sukan dengan Himpunan Tan Nak Judi bagi memperluaskan usaha kita mendesak kerajaan memansuhkan judi-judi lain, yang banyak jumlahnya pada masa sekarang," kata Setiausaha GMJ Suhaizan Kaiat ketika dihubungi hari ini.

Suhaizan yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS memberitahu, dalam kempen yang akan dilancarkan pada 3 Julai ini GMJ akan meminta kerajaan memansuhkan judi-judi lain secara berperingkat-peringkat dengan mendidik orang ramai.

"Kami akan memberi satu tempoh kepada kerajaan supaya memansuhkan judi-judi lain... jika usaha itu tidak berjaya baru kami akan menetapkan sama ada perlu atau tidak mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan tempoh yang akan ditetapkan oleh pihaknya agar kerajaan memansuhkan judi-judi lain.

Ketika ditanya sama ada GMJ menyambut baik keputusan Najib kelmarin, Suhaizan memberitahu, ia bukan soal menyambut baik ataupun sebaliknya kerana pihak berkuasa sudah wajar menarik balik kelulusan untuk lesen judi sukan.

"Sebab sebahagian besar rakyat membantah dan menjadi tugas kerajaan membatalkan keputusan memberi lesen judi," katanya.

Beliau mendakwa usaha terbaru ini turut mendapat sokongan semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi Sukan.

Pada Rabu lalu, GMJ yang diwakili lebih 40 badan bukan kerajaan dan individu serta parti politik Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda DAP menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri mendesak kerajaan supaya tidak memperbaharui atau meluluskan sebarang lesen judi di negara ini.

GMJ, yang merupakan pertubuhan mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, mendesak kerajaan supaya sebarang lesen judi termasuk judi sukan yang telah dikeluarkan, dibatalkan.

Ia membantah perkara itu kerana judi akan hanya menyebabkan kesan yang negatif kepada masyarakat.

Ku Li sedia jadi saksi tuntutan royalti minyak

Posted: 27 Jun 2010 04:00 AM PDT

GUA MUSANG, 27 Jun — Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau sedia menjadi saksi bagi pihak kerajaan negeri Kelantan sekiranya kerajaan negeri itu membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata tawaran itu dibuat kerana beliau lebih mengetahui mengenai perkara itu berikutan pernah dilantik sebagai orang bertanggungjawab dan ditugaskan menubuhkan Petronas serta terbabit dalam penyediaan Akta Petroleum.

"Saya boleh jadi saksi mengenai perkara itu kerana Akta Petroleum yang dipakai sampai sekarang adalah adil untuk kerajaan negeri terbabit membuat tuntutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Iba Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2, dekat sini, hari ini.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Royalti Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri Kelantan akan membawa isu royalti minyak ke mahkamah pada 30 Ogos nanti.

Kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Kerajaan pusat setakat ini telah menyerahkan wang ihsan sebanyak RM25 juta kepada penduduk Kelantan.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata Akta Petroleum memberi hak kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak menuntut hak royalti minyak.

Bagaimanapun, katanya beliau menyerahkan kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membawa kes royalti minyak ke mahkamah dan beliau bersedia menjadi saksi. — Bernama

Isu Felda: KDN panggil editor Suara Keadilan esok

Posted: 27 Jun 2010 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan surat panggilan kepada pihak pengurusan dan editor kanan akhbar Suara Keadilan untuk hadir esok memberi keterangan berhubung penyiaran artikel

berunsur fitnah terhadap Felda.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Ahmad Fuad Ab Aziz berkata surat panggilan itu dikeluarkan kerana pihak terbabit menyatakan secara lisan tidak dapat hadir ke KDN pada Jumaat lepas atas sebab-sebab tertentu.

"KDN memerlukan penjelasan lengkap mengapa tabloid berkenaan tidak dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada keluaran bertarikh 22-29 Jun lepas menyiarkan berita utama di muka hadapan bertajuk "Felda Bankrap" dan empat lagi artikel di dalam keluaran sama.

Ahmad Fuad berkata KDN memandang serius mengenai perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan di bawah Seksyen 7, AMCP 1984.

Katanya, artikel berkenaan didapati secara jelas berpotensi menggugat ketenteraman awam dengan menyiarkan laporan berita dari sumber yang tidak sahih.

Malah, ia juga tidak mematuhi syarat-syarat permit (Kaedah-Kaedah Mesin Cetak dan Penerbitan (lesen dan permit) 1984) yang melarang akhbar itu dijual kepada bukan ahli parti dan diedarkan luar daripada markas parti.

Premis judi: Tindakan Pulau Pinang betul

Posted: 27 Jun 2010 03:14 AM PDT

Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 27 Jun: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan lesen judi bola membuktikan apa yang diputuskan oleh Pulau Pinang betul apabila mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengeluarkan lesen premis judi itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, keputusan kerajaan negeri jelas menjaga nama baik negara sebagai 'negara Islam' yang dilaungkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) walaupun mendapat kritikan hebat kepimpinan BN termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun selain kritikan, beliau juga menerima pujian daripada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat serta sebahagian daripada komponen BN yang tidak sebulu dengan kenyataan Mahathir yang mendakwa masyarakat Cina suka berjudi.

"Sah apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang benar apabila mengarahkan semua PBT tidak keluarkan lesen premis judi dan sesuai sebagai langkah menentang sebarang bentuk perjudian yang merugikan masyarakat," ujarnya di Dewan Audiotorium F, Aras 5, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ketika meraikan rombongan Pasti Negeri Sembilan petang semalam.

Perjudian, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih bukan amalan masyarakat Cina sebaliknya kesukaan pemimpin BN kerana hasil perjudian boleh diambil untuk membina negara.

Menurutnya, langkah drastik beliau mengarahkan semua PBT di Pulau Pinang pada mulanya menimbulkan keraguan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS.

"Pemimpin PAS ada yang terkejut dan menghubungi saya beberapa kali untuk mendapatkan kesahihan betulkan apa yang saya dah buat. Saya kata memang betul kerana judi merupakan amalan yang tidak baik dan merosakan kebahagiaan sesebuah keluarga serta negara," tambahnya.

Katanya, ramai yang terkejut kerana kerajaan pimpinan DAP sanggup melakukan tindakan yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Rombongan Pasti Negeri Sembilan seramai 90 orang itu diketuai oleh pengarahnya, Ustaz Nazri Zainuddin. Turut mengiringi rombongan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab.

Enam kali isteri lari tinggalkan suami

Posted: 27 Jun 2010 03:00 AM PDT

KALAU cerita suami tinggalkan anak-anak kita dah biasa dengar, tapi kali ini isteri pulak lari tinggalkan anak-anak, bukan seorang tapi dua, bukan sekali tapi enam kali dia lari. Pelik tapi benar. Begitu cerita Khairi dalam e-melnya dan ketika kami berbual panjang di telefon yang terputus beberapa kali terhenti kerana tangisan anaknya.

''Saya kenal dengan Shira 9 tahun lalu ketika sama-sama mengambil kursus jangka pendek dalam bidang ICT di sebuah institut latihan di bandar utara tanah air. Perkenalan itu membawa bibit-bibit percintaan. Namun saya terpaksa menjarakkan diri setelah tahu dia sudah bertunang dengan penjawat awam pasukan beruniform.

''Habis kursus saya balik ke rumah tiba-tiba Shira datang cari saya seminggu kemudian. Keluarganya dapat tahu terus telefon suruh saya hantar Shira balik. Memikirkan dia anak dara orang, saya patuh dan hantar Shira balik nun dia utara. Apa lagi saya dimaki hamun dan dituduh larikan anak dara orang, walaupun anaknya yang lari ikut saya. Mereka tuduh saya mahu batalkan pernikahannya yang tak sampai dua bulan lagi.

''Walaupun saya cuba menjelaskan keadaan, tetapi saya dituduh guna ilmu pikat Shira. Malangnya bila saya balik Shira tetap lari lagi tinggalkan keluarganya. Kena maki lagi. Tapi kali ini saya nekad menikahi Shira. Kami nikah di Songkhla.

''Saya fikir masalah tamat setelah kami nikah, sebaliknya menjadi lebih teruk. Keluarga Shira tetap mahu kami bercerai. Untuk menyelamatkan keadaan saya daftarkan perkahwinan di Perlis, fikirkan senang, rupanya susah.

''Lepas sebulan saya datang bertanya tentang pendaftaran nikah kami, malangnya semua pegawai dan petugas beritahu mereka tak terima permohonan saya, walaupun saya tunjukkan reset penerimaan dari mereka. Tapi semua geleng kepala kata tak tahu. Kata mereka tak ada rekod penerimaan. Pelik sungguh.

''Lagi sakit hati bila mereka sindir saya katanya inilah padahnya larikan tunang orang. Kerana marah saya buat aduan di pejabat Pengaduan Awam. Peliknya di situ pun saya kena sindir. Banyak betul kontek keluarga Shira kat negeri ni.

''Selepas siasat terbongkar rahsia, semua masalah ini rancangan keluarga Shira dan saudara terdekatnya yang bekerja di pejabat agama. Mereka mahu kami bercerai.

''Saya ambil keputusan tinggalkan kampung pindah ke ibu kota, mungkin di sini rezeki kami. Tak sampai tiga bulan saya terima surat dari pejabat agama minta kami hadir ke mahkamah untuk tujuan perbicaran pengesahan perkahwinan kami. Lega!

''Tapi sangkaan kami meleset, sebaliknya ustad ini suruh kami masuk ke pejabatnya bukan mahkamah syariah. Dalam bilik tersebut tersedia menuggu keluarga Shira. Ustad itu paksa saya lafazkan cerai sebanyak 3 kali. Katanya penting untuk pengesahan perkahwinan kami nanti. Tapi saya bukan bodoh. Saya keluar tinggalkan ustad dan keluarga Shira ternganga.

''Hidup kami tambah bahagia bila dikurniakan anak sulung yang sihat. Tetapi masalah baru timbul, tiba-tiba aja Shira mendakwa dia berdosa tak ikut cakap keluarga kerana berkahwinan dengan saya. Belum pun anak berusia setahun dia lari tinggalkan anak dan saya balik ke kampungnya. Nasib ada ibu yang mahu membantu saya jaga anak.

Dihalau

''Saya pergi kampung Shira pujuk dia balik, sebaliknya saya dihalau dan diherdik macam haiwan oleh keluarga Shira. Tak sampai seminggu Shira pulang ke pangkuan kami.

''Namun episod sedih Shira lari tinggalkan saya terjadi lagi ketika anak kami berusia 2 tahun. Sekali lagi saya pujuk, berulang lagi maki hamun saya terima. Kali kedua Shira lari 3 minggu tinggalkan kami.

Sangkaan saya Shira akan berubah setelah usia meningkat, tetapi tetap buat kelakuan yang sama. Dia kembali kepada saya tiga minggu kemudian.

''Kali keempat dia lari tinggalkan kami meninggalkan kesan cukup perit. Saya terkejut bila pulang rumah saya lihat perabut rumah Shira sudah jual kepada jiran tetangga. Lagi pelik kali ini dia tak lari balik kampung, tapi lari ke rumah keluarga angkatnya.

''Ketika itu anak sulung kami berusia 5 tahun yang kedua tak sampai pun setahun. Dan dia baru hamil. Tetapi kemudiannya dia gugurkan kandungannya. Kerana menurut keluarganya kalau hamil menyulitkan proses perceraian. Kerana ketika itu anak kedua masih kecil, saya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga mereka.

''Enam bulan kemudian Shira balik ke rumah. Saya benar-benar keciwa, tetapi kerana anak saya terima apa juga yang terjadi. Lagi pun Shira berterus terang kepada saya dia lari kerana tidak bernafsu kepada saya, walaupun ketika itu saya baru berusia 30 tahun. Dia cuma muda dua tahun sahaja daripada saya.

''Shira mengajak saya pergi berubat. Demi keluarga saya ikutkan kehendaknya. Tukang ubat pulak kata keluarga Shira tetap mahu kami bercerai. Macam-macam. Tak lama kemudian dia lari lagi untuk kali kelima.

''Saya cukup menderita bila tak ada pekerjaan. Hidup umpama kais pagi makan pagi, untung ada ibu dan saudara mara mahu membantu. Saya cuba pujuk Shira kembali tapi kali ini dia sudah banyak berubah. Laman Sembang Sosial menjadi kegemaran dan hobinya nombor satu. Kata orang dalam laman itu dia mengaku masih gadis, dengan meletakkan gambarnya untuk tatapan ramai. Nampaknya lebih suka hidup bebas.

''Keluarga Shira gembira dengan perubahannya. Malah mereka menyediakan apa sahaja keperluannya, sama ada pakaiannya, makan minum dan wang ringgit semua sedia. Asalkan tidak bersama saya. Apakah hina sangat saya pada pandangan mereka?

''Saya cuba pujuk Shira kembali. Tapi kakaknya suruh saya ceraikan Shira. Sejarah 9 tahun lalu diungkit kembali, menyalahkan saya 100 peratus membawa adiknya lari. Kini yang jelas Shira semakin ligat dan bebas ke mana sahaja. Makan angin ke KL jadi perkara biasa. Keluarga Shira menasihatkannya, jangan risau pasal anak-anak, bila besar nanti taulah mereka cari emaknya.

''Saya sudah letih memujuk, namun bersyukur kini saya dapat pekerjaan yang baik, walaupun terpaksa mengejar waktu menjaga anak-anak. Kakak bantu saya menghantar anak-anak ke sekolah dan ke tadika. Yang sulung sudah bersekolah.

''Baru-baru ini saya pujuk Shira sekali lagi, melalui telefon tetapi dia minta diceraikan. Saya minta dia supaya fikir masak-masak. Katanya dia sudah lama sedia diceraikan. Saya betul-betul hiba mendengar permintaannya ketika itu di sebelah saya anak sulung kami, sementara yang kecil duduk di riba saya. Hanya air mata menjadi teman saya.

''Kini hancur sudah mahligai yang kami bina selama 9 tahun di atas dasar cinta dan terlalu banyak pengorbanan telah saya lakukan.

''Saya dengar banyak cerita pasal Shira di kampungnya, maklum pekan kecil, semua orang kenal antara satu sama lain. Kerana itulah saya cuba memulihkan nama baiknya, saya mahu dia jadi isteri yang baik.

''Tetapi keluarganya sentiasa menghalang, apakah saya ini begitu hina pada pandangan mereka? Hinggakan anak-anak saya juga tidak di terima? Apakah mereka terlalu agong?'' demikian cerita Khairi panjang lebar tenang kehidupannya yang sentiasa dibenci oleh keluarga isterinya.

Hairan juga kerana biasanya setiap ibu sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anaknya setelah berumah tangga dan membantunya apabila menghadapi musibah, bukannya mendoakan mereka supaya bercerai berai. Apa lagi menjadi dalang dan penghasut.

Coli Cut Tari bahan bukti

Posted: 27 Jun 2010 02:30 AM PDT

http://www.hmetro.com.my/articles/ColiCutTaribahanbukti/pix_middle

JAKARTA: Polis Indonesia dilaporkan masih bingung kerana belum menemui coli hitam dan cincin milik Cut Tari untuk dijadikan bahan bukti dalam isu penyebaran video aksi lucahnya bersama vokalis Peterpan, Ariel.

"Ya, kami sudah menggeledah rumah Cut Tari di Pondok Kelapa tetapi belum ada apa-apa pun yang disita," katanya.

Menurut jurucakap itu, mereka mencari bahan berkenaan selepas menyelidik rakaman video berkenaan.

Malah, katanya, Cut Tari, 32, juga mengaku memakai blaus tanpa lengan warna hijau muda serta coli hitam ketika dia mengadakan hubungan seks.

"Masalahnya, Cut Tari tidak ingat di mana dia menyimpan coli berkenaan," katanya.

Nama Cut Tari tiba-tiba melonjak naik apabila dia dikaitkan dengan rakaman aksi lucah bersama Ariel baru-baru ini.

Ia didedahkan hanya beberapa hari selepas Ariel, 28, didakwa mengadakan hubungan intim dengan kekasihnya, Luna Maya.

Seperti Luna Maya, 26, Cut Tari adalah pengacara televisyen selain terbabit dalam sinetron tempatan.

Dalam perkembangan bekaitan, polis menyatakan akan menggeledah pejabat Luna Maya.

Kata jurucakap itu, polis perlu terus mencari bahan bukti dan antara lokasinya adalah tempat yang sering didatangi ketiga-tiga tokoh berkenaan.

"Siasatan masih dijalankan dan setakat ini suspek masih Ariel seorang," katanya.

Sementara itu, kajian menunjukkan kejahatan seksual di kalangan remaja Indonesia meningkat 20 peratus, dipercayai akibat penyebaran klip video berkenaan.

Menurut Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, peningkatan itu dicatat dalam tempoh seminggu.

"Lebih membimbangkan, ia juga menjadi isu utama perbualan kanak-kanak," kata aktivis badan itu. - Agensi

UMNO Bakar Akhbar Rasmi Keadilan

Posted: 27 Jun 2010 02:15 AM PDT

'FELDA Bankrap': Umno bakar Suara Keadilan

Umno bahagian Kota Raja hari ini mengadakan majlis membakar akhbar organ PKR Suara Keadilan yang terbaru ekoran laporannya mendakwa Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) bankrap.

Majlis itu diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam di perkarangan Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang pada jam 1.40 petang.

Turut membakar akhbar tersebut adalah ketua bahagian itu Kamaruzzaman Johari dan ketua penerangannya Datuk Razak Dawood.

Upacara tersebut turut disaksikan kira-kira 50 perwakilan yang hadir sambil diiringi dengan laungan "hancur PKR" beberapa kali.

Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapannya sewaktu merasmikan mesyuarat agung tahunan Kota Raja berkata tuduhan akhbar PKR itu adalah "tidak berasas dan mengelirukan rakyat jelata".

"Sehubungan itu saya menyokong tindakan FELDA mengambil tindakan (saman) terhadap PKR dan kepada akhbar tersebut," katanya.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, Mohd Ali berkata tindakan mereka membakar Suara Keadilan merupakan kemuncak rasa tidak puas hati ahli akar umbi Umno.

"Tindakan itu wajar. Tidak ada sebab Umno tidak boleh bakar akhbar dia.

"Dulu dia bakar surat khabar orang, sekarang orang lain bakar surat khabar dia pula," katanya.

Mohd Ali berkata tindakan kerajaan mengheret akhbar tersebut ke muka pengadilan adalah tindakan yang " tepat" berbanding tindakan lain seperti menghantar memorandum bantahan.

Katanya, tarikh sesuai bagi mengambil tindakan undang-undang itu terpulanglah kepada pihak FELDA sendiri.

Umno Kelantan Akui Krisis Umno Bah. Rantau Panjang Sangat Serius

Posted: 27 Jun 2010 02:00 AM PDT

KOTA BARU: Umno Kelantan menyifatkan kemelut dalaman Umno Bahagian Rantau Panjang yang telah berlarutan hampir 20 tahun adalah serius dan perlu ditangani segera.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, satu mekanisme perlu dirancang bagaimana untuk menyelesaikan kemelut itu.

"Ini suatu peristiwa yang agak tidak menyenangkan dan keadaan di Rantau Panjang adalah serius yang sukar untuk kita tangani sejak 20 tahun dulu.

"Apa pun Umno Kelantan akan cuba menanganinya segera walaupun sukar dan untuk itu satu pendekatan akan diambil bagi mengatasi sebarang masalah di situ," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan staf Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, hari ini.

Lebih 200 staf USM hadir pada pertemuan itu termasuk Pengarah Kampus Kesihatan USM Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed dan Pengarah HUSM Datuk Dr Zaidun Kamari.

Semalam dua puak dalam Bahagian Rantau Panjang mengadakan persidangan perwakilan serentak iaitu yang diketuai Ketua Bahagiannya Abdullah Mat Yasin di Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan satu lagi yang diketuai bekas ketuanya Datuk Mohd Zain Ismail di dewan Umno bahagian itu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merasmikan mesyuarat bahagian itu turut singgah di mesyuarat yang diketuai Mohd Zain atas arahan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengatasi masalah tersebut.

Ahmad Zahid ketika ditemui semalam turut meminta pemimpin di bahagian itu mengelakkan perbalahan seterusnya bersatu demi perpaduan Umno yang akan menghadapi pilihan raya umum nanti.

Mengulas lanjut isu itu, Mustapa berkata beliau sudahpun mendapat laporan mengenai masalah bahagian itu dan seterusnya akan membuat laporan bertulis kepada Ibu Pejabat Umno.

"Di bahagian lain di Kelantan jika ada pun (masalah) tidak besar seperti di Rantau Panjang," katanya lagi.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau akan melawat penjawat awam di Kelantan bagi menerangkan dasar kerajaan dan isu-isu semasa agar perkara itu tidak dieksploitasikan oleh parti pembangkang.

"Di Kelantan ada 80,000 penjawat awam yang lebih 50,000 daripadanya merupakan guru dan staf kesihatan yang perlu didampingi bagi menerangkan dasar-dasar penting kerajaan," katanya. ZBI ZBI RHM

Rumusan Pemukiman KEADILAN Sediakan Parti Hadapi PRU-13

Posted: 27 Jun 2010 01:35 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

SHAH ALAM 27 Jun - Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya berkata semua rumusan daripada perbincangan di dalam program pemukiman parti yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang akan bersidang petang ini dijangka menyediakan tapak kukuh bagi parti menghadapi pilihan raya umum ke 13 kelak.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka menghadiri mesyuarat tersebut sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa ketidakhadiran beliau pada program pemukiman dua hari itu disebabkan masalah dalaman.

Latheefa menjelaskan Abdul Khalid, yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor sibuk dengan pelbagai program anjuran kerajaan negeri.

Beliau menjelaskan program 'retreat' ini tidak ada kena mengena dengan keputusan yang melibatkannya, bahkan Khalid sendiri akan hadir dalam mesyuarat

Majlis Pimpinan Pusat yang akan diadakan petang ini.

"'Retreat' ini adalah program pemantapan parti peringkat pusat. Jadi, untuk negeri Selangor, pimpinan KEADILAN negeri tersebut akan tentukan formula mereka sendiri. Sebab itu kita sebut program ini adalah 'retreat'. Rumusan secara keseluruhan, kita akan maklumkan selepas mesyuarat petang ini.

"Antara dapatan yang diperolehi sepanjang sesi perbincangan yang boleh boleh dirumuskan, adalah berkenaan kaedah penerangan, pemantapan organisasi parti dan formula kemenangan dalam pilihanraya umum ke-13," kata beliau kepada media pada sesi rehat tengahari tadi.

Beliau memaklumkan bahawa dalam bengkel kursus ini, setiap peserta 'retreat" dipecahkan kepada sembilan buah kumpulan kecil yang terdiri daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majis Pimpinan Pusat.

Mereka ditugaskan untuk merumuskan perbincangan dan kembali semula ke dalam mesyuarat bagi membentangkan kertas kerja kumpulan masing-masing.

Ketika ditanya mengenai persoalan dan permasalahan yang dibangkitkan dalam sesi tersebut yang disambung hari ini, Latheefa memaklumkan banyak perkara yang diutarakan dan ada sebahagiannya merupakan idea yang baru.

Dalam sesi mesyuarat petang ini, setiap ahli dibenarkan untuk mengkritik, dan memberikan pandangan konkrit masing-masing terhadap setiap pembentangan kertas kerja.

Pesona khasiat delima

Posted: 27 Jun 2010 01:00 AM PDT

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0627/Utusan_Malaysia/Kesihatan/kn_04.1.jpg


UNTUK mendapatkan kulit yang sihat sebenarnya amat dekat dengan diri kita. Bahan-bahan semulajadi yang sering digunakan di ruang dapur misalnya buah-buahan dan sayur-sayuran antara penawar mudah diperoleh selain menjimatkan.

Apa kata minggu ini kita tinjau khasiat buah delima yang selalu di kawasan rumah dan mudah juga dibeli di pasar raya.

Dari sudut kesihatan dan kecantikan, buah delima diakui kaya dengan anti oksida. Kandungan gula di dalamnya mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

Cuba resipi skrub biji delima dan buat sendiri di rumah.

Bahan-bahan

½ cawan biji delima

½ cawan gula putih

2 sudu besar minyak (boleh gunakan minyak zaitun, sayuran, avokado atau bunga matahari).

2 titik pati minyak (pilihan)

Dalam mangkuk kecil, gaul biji delima dan gula. Tekan bahan-bahan tersebut menggunakan bahagian belakang sudu. campurkan minyak dan kacau rata.

Biji-biji delima akan mengeluarkan haruman segar apabila dihancurkan tetapi tidak salah jika anda ingin tambah pati minyak haruman kegemaran.

Urut bahan skrub tadi pada kulit perlahan-lahan. Resipi ini cukup untuk urutan keseluruhan badan. Lebihan skrub boleh disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk tempoh sebulan.

Selain untuk kecantikan, delima juga enak dicampurkan dalam teh yang mempunyai khasiat unik untuk kesihatan. Buah delima sememangnya dikenali untuk membantu kardiovaskular dan mendapatkan tekanan darah yang seimbang. Ia juga mengandungi sumber vitamin menakjubkan.

Teh delima boleh dibuat dengan menggabungkan jusnya dan teh segar yang dibuat sendiri di rumah. Terpulang kepada anda untuk memilih teh yang digemari - sama ada teh hijau atau herba.

Cuci bersih biji-biji delima dan tapis sebelum dikisar sehingga hancur. Berhati-hati kerana kesan delima sukar untuk dihilangkan.

Tapis bahan tersebut sehingga mendapatkan jusnya. Untuk mendapatkan rasa segar dan melegakan cuba campur jus delima ke dalam teh chamomile. Anda juga boleh cuba mengabungkan jus tersebut dengan pudina atau ekstrak serai.

Keluarkan uncang teh atau tapis minuman tersebut sebelum diminum. Terpulang kepada anda untuk mencampur sebanyak mana jus delima ke dalam minuman. Ia bergantung juga kepada teh yang anda pilih.

Untuk menikmati kesegaran teh delima, tambah ketulan ais dalam minuman anda. Bagi menambah keenakan, perah sedikit jus lemon, anda pasti terpesona.

Parti-parti politik utama berlumba-lumba daftar pengundi muda dan baru

Posted: 27 Jun 2010 12:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Berikutan terdapat kira-kira empat juta pengundi yang layak memilih masih belum berdaftar, parti-parti politik utama kini berlumba-lumba untuk mendaftarkan mereka sebagai pemilih sebelum pilihan raya umum akan datang yang dijadualkan pada 2013.

Kebanyakan daripada mereka ialah golongan muda yang telah mencecah umur 21 tahun dan layak untuk menjadi pengundi. Tetapi kebanyakan mereka masih tidak berbuat demikian kerana mereka biasanya tidak ambil kisah untuk mendaftar. Malaysia kini mempunyai 11 juta pemilih berdaftar daripada kira-kira 27 juta populasi.

Penganalisis politik Ong Kian Ming berkata secara keseluruhannya antara 25 dan 30 peratus pengundi di Malaysia dikatakan berumur bawah 35 tahun menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Ini amat penting jika diambil kira daripada jumlah besar mereka yang layak mengundi tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi di Malaysia. Juga akan terdapat kira-kira dua juta penduduk yang layak mengundi buat pertama kali dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah tambahan kepada empat juta pemilih yang layak mengundi, ramai daripadanya dipercayai berumur bawah 30 tahun, yang tidak mendaftar bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008. Secara keseluruhannya, kita bercakap mengenai kira-kira enam juta pengundi berpotensi, yang kemungkinan besar, terlalu yakin dengan pendapat mereka, suka melayari Internet dan bersikap idealistik," katanya.

Menurut Khaw Veon Szu, pengarah eksekutif Socio-Economic Development and Research Institute (SEDAR), pengundi muda dan pertama kali memainkan peranan penentu dalam pilihan raya umum lepas dan mengakibatkan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga dalam Parlimen. SEDAR ialah kumpulan pemikir Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

"Jika kita dilanda satu lagi gelombang seperti yang berlaku pada 2008, ini akan mengubah landskap politik Malaysia. Jika parti-parti politik mengabaikan pengundi muda dan belum berdaftar ini, mereka akan menanggung risikonya," katanya.

Khaw berkata Gerakan telah mengguna pakai beberapa strategi, termasuk berusaha mendaftarkan golongan muda dan layak sebagai pemilih, tanpa mengira kecenderungan politik mereka.

"Setiap parti komponen cuba mendekati, cuba menyatakan sesuatu kepada golongan muda ini. Mereka melakukan "serangan" dalam dunia siber. Daripada maklum balas yang kami kumpulkan, ia masih merupakan tugas sukar bagi kami (untuk mendekati mereka)," katanya.

Oleh yang demikian, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kebanyakan parti politik telah meningkatkan usaha untuk mendaftarkan pengundi baru di seluruh negara berikutan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pada tahun lepas sahaja, UMNO mendaftarkan jumlah pengundi baru paling banyak iaitu 24,818, diikuti DAP (17,756) dan PAS (16,987).

Apabila usaha itu semakin membuahkan hasil, beberapa parti politik telah menggandakan usaha mereka, contohnya PAS yang mensasarkan untuk mendaftarkan 5,000 pengundi baru di bawah program pendaftaran sepanjang tahun SPR.

Parti politik lain seperti DAP mensasarkan pertambahan kira-kira 10 peratus di setiap kawasan dengan menjalankan program pendaftaran malahan di pasar malam dan komplek beli-belah.

"Sebagai contoh, di kawasan di mana terdapat 50,000 pengundi, kami patut dapat sekurang-kurangnya 5,000 pengundi baru," kata Ketua Pemudanya, Anthony Loke.

Perlumbaan untuk mendaftarkan lebih banyak pengundi semakin sengit, terutama di negeri-negeri yang kini diperintah pembangkang atau "Pakatan Rakyat". Sebabnya amat jelas — setiap daripada parti politik berkenaan berharap untuk mendaftarkan lebih banyak pengundi untuk menyokong mereka dan memastikan terus berkuasa.

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu mendedahkan di Selangor sahaja, terdapat lebih 700,000 pengundi yang layak di negeri itu yang masih belum berdaftar manakala di dua lagi negeri yang diperintah pakatan pembangkang, Kedah mempunyai 300,000 dan Pulau Pinang pula 200,000 pengundi yang belum berdaftar.

Ini bermakna mana-mana parti yang berjaya mendaftarkan penyokong mereka akan mempunyai kelebihan, katanya.

Seorang lagi Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, mengakui negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mungkin akan jatuh semula ke tangan BN jika pakatan pembangkang gagal untuk menarik pengundi muda.

Bagaimanapun, penganalisis politik lain seperti Dr Sivamurugan Pandian menyatakan walaupun pengundi muda dan baru begitu signifikan dalam menentukan keputusan pilihan raya umum lepas, beliau masih percaya bahawa tidak semua enam juta pengundi yang masih belum berdaftar akan berbuat demikian.

"Landskap politik semasa memainkan peranan dalam pemikiran mereka kerana sesetengah golongan muda berpendapat alternatifnya masih sama," katanya dan menurutnya mungkin belum ada faktor yang cukup kuat untuk mendorong mereka berdaftar sebagai pengundi.

"Selagi pengundi tidak berdaftar ini tidak melihat yang ahli-ahli politik boleh dijadikan contoh dan teladan, masih sukar untuk menyakinkan mereka untuk mendaftarkan diri dan mengundi dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Malahan, Dr Sivamurugan mengingatkan parti-parti politik supaya turut memberikan tumpuan kepada pengundi yang lebih tua, khususnya mereka yang mengundi pada pilihan raya umum lepas.

"Misalnya, mereka perlu faham bahawa terdapat dua kumpulan pengundi yang berbeza — bandar dan luar bandar. Tidak boleh bergantung kepada pengundi muda sahaja. Parti-parti politik juga perlu bekerjasama dengan NGO (badan bukan kerajaan) dan kumpulan lain yang menggelar diri mereka sebagai "kuasa ketiga" yang memainkan peranan sebagai faktor penentu," katanya. — Bernama

Mati Pucuk: Enggan akui kelemahan

Posted: 27 Jun 2010 12:30 AM PDT

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0627/Utusan_Malaysia/Kesihatan/kn_01.1.jpg

DR. Ismail menunjukkan empat Siri Celik yang mengetengahkan pelbagai isu kesihatan seksual dan perkahwinan.

TIDAK mahu dikatakan tidak subur atau lemah, lelaki mungkin berdiam jika berhadapan masalah tersebut. Bukan mudah untuk berkongsi cerita dalam sesetengah perkara berbau peribadi sekalipun dengan orang yang dirasakan boleh dipercayai. Lebih-lebih lagi rahsia itu melibatkan kesihatan seks iaitu mati pucuk atau Erectile Disfunction (ED). Langkah berdiam diri mungkin dirasakan pilihan terbaik daripada berterus terang yang dirasakan hanya akan membuka pekung di dada.

Akhirnya, masalah yang membelenggu diri itu terus berlarutan tanpa noktah hanya kerana mahu menjaga ego.

Punca ED

Laporan media baru-baru ini mengenai kaitan lelaki sakit jantung dengan mati pucuk memang menarik perhatian. Benarkah pesakit jantung akan mengalami ED? Bahkan laporan tersebut melaporkan 75.7 peratus daripada 111 pesakit jantung tersebut mengalami ED.

Kefahaman dan maklumat perlu diberi agar golongan lelaki sedar tentang situasi itu. Mereka perlu memahami punca sebenar ED tanpa memberi alasan tertentu.

Itulah yang cuba disampaikan Pakar Sakit Tuan, Dr. Mohd Ismail Mohd Thamby.

Kata beliau, mati pucuk merupakan masalah lelaki dan merupakan istilah yang tidak selesa buat golongan tersebut.

Ramai beranggapan mereka yang mengalami masalah itu tidak berkemampuan dari segi seksual.

"Kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai masalah ini disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Misalnya, mereka tidak bersenam, obesiti dan mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

"Berdasarkan kajian tersebut, rupa-rupanya lelaki yang ada masalah kolestrol juga mengalami masalah ini. Kolestrol ini menyebabkan salur darah sempit. Justeru itu, darah tidak dapat mengalir masuk ke dalam zakar. Masalah saluran darah ini juga menyebabkan sakit jantung atau masalah kardiologi," jelasnya.

Dalam konteks ini, orang ramai perlu faham sakit jantung bukan tanda-tanda ED. Antara faktor utama ialah gaya hidup tidak sihat menyebabkan kolestrol, tekanan darah serta gula dalam badan meningkat. Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya.

Tambah Dr. Ismail, faktor gaya hidup juga penting. Merokok misalnya boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan darah tinggi. Meminum minuman beralkohol secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah boleh memburukkan lagi masalah tersebut.

Semakin meningkat

Tambah Dr. Ismail, bilangan lelaki Malaysia yang menghadapi masalah ED semakin meningkat saban tahun dan kini mencecah lebih 3.5 juta orang.

Masalah kelakian itu agak membimbangkan dengan bilangan penghidapnya hanya 1.7 juta pada 1997, meningkat kepada 2.3 juta pada 2003 dan 3.5 juta pada tahun lalu.

"Perkara itu membimbangkan kerana ramai di kalangan lelaki tidak mengetahui mereka menghadapi masalah berkenaan. Pada tahun, 1997, hampir satu juta orang dikatakan mengalami ED peringkat awal. Cuba bayangkan pertambahan jumlah tersebut. Ia akan terus meningkat kerana umur dan bilangan lelaki juga bertambah," ujarnya.

Lebih merumitkan, jika sebelum ini masalah psikologi yang berpunca daripada tekanan itu sering menghantui golongan lelaki berusia 40 tahun ke atas, ia kini turut menjadi igauan 'ngeri' lelaki yang lebih muda.

Misalnya, ramai remaja yang tidak tahu tentang pendidikan seks yang betul. Misalnya, kesan melakukan onani pada usia remaja.

Jelas Dr. Ismail, onani boleh menimbulkan masalah klimaks berlaku dengan cepat.

Kesan negatif ED

Tidak dinafikan, masalah ED mungkin menjejaskan komunikasi antara suami dan isteri.

"Kurangnya komunikasi antara pasangan dan pakar penjagaan kesihatan lambat laun boleh membawa kesan negatif. Masalah lemah tenaga batin boleh menjejaskan perhubungan suami isteri. Jika isteri mengetahui bahawa suaminya menghadapi penyakit tersebut, dia boleh membantu dengan menggalakkan suaminya membicarakan perkara tersebut secara terbuka.

Ketika inilah peranan pasangan penting dalam membantu merawat masalah lemah tenaga batin. Namun, ramai pasangan tidak mahu membincangkan masalah ini kerana malu dan terikat dengan budaya," kata beliau.

Namun, bukan kesan ED yang perlu diketengahkan masyarakat. Apabila seseorang mengalami ED, Dr. Ismail menjelaskan, kemungkinan dia mengalami masalah kesihatan lain seperti yang dibincangkan sebelum ini.

Rawatan

Ramai yang salah anggapan kerana mencuba rawatan tradisional atau pil viagra untuk memulihkan ED.

Hakikatnya, amalan perubatan asas termasuk sejarah perubatan dan seksual, pemeriksaan fizikal yang ringkas dan mengukur tekanan darah adalah perkara biasa yang perlu dilakukan oleh doktor ke atas pesakit lemah tenaga batin. Namun, dalam konteks urutan zakar untuk memperbaiki ED, ia sebenarnya ibarat mitos.

Menurut Dr. Ismail, setiap orang perlu tahu tidak semua bahagian yang perlu diurut. Misalnya leher dan zakar.

"Justeru itu, sebarang masalah yang melibatkan kesihatan seksual perlu dirujuk pada doktor pakar. Walaupun masyarakat ada kesedaran, perasaan malu masih ada. Ibarat nasi sudah menjadi bubur, jika kes itu menjadi teruk, barulah masing-masing sedar. Perlu diingat, mati pucuk adalah masalah kesihatan. Pengambilan pil viagra pula mestilah melalui pemeriksaan dan nasihat doktor kerana ia mempunyai kesan sampingan. Lebih berbahaya jika pesakit ED mempunyai penyakit kronik lain," katanya.

Sebaik sahaja, seorang lelaki mengadu mengalami ED, mereka akan dinasihatkan melakukan pemeriksaan kesihatan seterusnya.

Dr. Ismail menambah, kemung-

kinan pesakit turut menghidap penyakit lain.

Justeru itu, lelaki atau wanita yang berumur 40 tahun ke atas perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekali dalam enam bulan.

Dalam pada itu, maklumat mengenai masalah seksual dan kesihatan lelaki perlu tepat. Antara inisiatif yang dilakukan Dr. Ismail ialah menerbitkan empat siri video, Siri Celik yang kini telah pun berada di pasaran.

Politik dan Piala Dunia

Posted: 27 Jun 2010 12:00 AM PDT

Oleh Johardy Ibrahim

TERDAPAT sebilangan peminat kejohanan bola sepak Piala Dunia yang sangat anti terhadap skuad England. Mereka seronok bila dua perlawanan awal England hanya mampu seri, masing-masingnya dengan Amerika Syarikat dan Algeria. Kemuncak manifestasi sentimen tersebut adalah pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan C, England bertemu Slovenia pada Jumaat lalu.

Tatkala Perancis menjadi pasukan 'besar' pertama gulung tikar sehari sebelum itu, senda gurau (termasuk kutukan) meluas mengatakan Perancis akan bertemu dengan England pada pagi Sabtu, bukan di atas padang tetapi 'di lapangan terbang untuk pulang ke negara masing-masing'. Bila England layak ke pusingan kalah mati, masih ramai yang mencemuhnya kerana berada di bawah Amerika Syarikat dalam kumpulan C. Mereka juga mengatakan Jerman akan menewaskan England jam 10 malam ini waktu Malaysia. ''Maka pesawat yang patut berlepas pulang semalam, masih menunggu pada pagi Isnin''.

Semangat anti skuad England agak aneh. Tinjauan rambang terhadap kenalan-kenalan yang melafazkan doa seumpamanya mendapati ia lebih menjurus kepada persepsi. Skuad England dikatakan hanya dipenuhi dengan pemain bola sepak playboy, dibayar melampau-lampau, bongkak, terlebih promosi dan entah apa-apa lagi, tetapi tidak pandai bermain bola dan maka itu, tidak akan mara memenangi Piala Dunia, apalagi melepasi Jerman malam ini.

Maka saya lontarkan soalan tambahan, bukankah anda juga sebulan sebelum itu sibuk mengisytiharkan diri sebagai penyokong Arsenal ataupun Manchester United dan Chelsea, tatkala kedua-duanya merebut takhta kejuaraan Liga Perdana Inggeris? Ada yang menjawab, kedua-dua pasukan dipenuhi pemain import, maka kelab bola sepak Inggeris itu sekadar negara angkat. Lagipun, di peringkat Piala Juara-juara Eropah, pasukan Itali iaitu A.C Milan yang memenanginya. Logikkah jawapan tersebut?

Dan jika dinilai atas dasar meritokrasi iaitu prestasi permainan, rasanya Perancis dengan Itali yang bungkus beg awal, tidak menerima cemuhan seteruk England, sedangkan Perancis terutamanya, membentuk nukleus yang tinggi dalam skuad Arsenal dan Chelsea. Penyerang utama Chelsea, Nicholas Anelka dituduh sebagai dalang memporak-porandakan Perancis. Patrick Evra dari Manchester United dimalukan apabila disuruh duduk diam di bangku simpanan pada perlawanan akhir kumpulan.

Namun England juga tetap menjadi cemuhan walaupun Jermaine Defoe menjaringkan gol kemenangan. Berbeza dengan Piala Dunia Jerman empat tahun lalu, satu aspek negatif yang merosakkan imej mereka ialah WAGS iaitu istilah sinikal untuk isteri dan teman wanita, yang membayangi liputan untuk pasukan. Bila direnungi, itulah sebenarnya punca rasa menyampah iaitu liputan berlebihan oleh media. .

Dari satu sudut sains sosialnya, kemaraan England dalam Piala Dunia mampu menjadi inspirasi kepada penyatuan yang diperlukan oleh negara itu. Tidak kira Jermain Defoe yang berkulit hitam atau Steven Gerrard yang menjaringkan gol, semua etnik pendatang dan penduduk asal United Kingdom bersatu meraikannya. Malaysia menyedari potensi ini.

Emosi memang bersimpang-siur sepanjang temasya Piala Dunia ini. Ramai yang marah dan menyorok semula jersi Itali dan Perancis yang mereka beli. Mereka terpaksa mengisytihar pasukan negara lain sebagai pilihan hati. Bayangkan apa akan terjadi jika England tewas malam ini.

Luar biasa

Semua ini membentuk pancaroba Piala Dunia. Ia membuktikan bola sepak adalah sukan nombor satu di dunia, mengatasi mana-mana sukan secara individu mahupun sebagai satu temasya khusus seperti Sukan Olimpik. Semua ini adalah usaha luar biasa dua peneraju Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) iaitu Joao Havelange dan Sepp Blatter yang menggabungkan elemen komersial kepada Piala Dunia sehingga menjadi kalendar wajib bagi syarikat-syarikat korporat dan perdagangan global untuk menyertai pengiklanannya.

Satu kisah popular yang mengaitkan pengaruh besar yang dimiliki oleh pemegang jawatan FIFA adalah pada 1998 bila Havelange ditanya apakah dia menganggap dirinya lelaki paling berkuasa di dunia.

Ia adalah soalan yang wajar ditanya kepada Presiden Amerika Syarikat tetapi Havelange tidak teragak-agak untuk menjawabnya. ''Saya sudah ke Rusia dua kali, dijemput oleh Presiden Boris Yeltsin. Di Itali, saya bersua Pope John Paul II tiga kali. Bila saya ke Arab Saudi, Raja Abdullah Fadh menyambut meriah kedatangan saya. Apakah anda fikir seorang ketua negara akan memberikan masa sedemikian untuk sesiapa saja? Itu namanya penghormatan. Mereka memiliki kuasa dan saya juga mempunyainya iaitu kuasa bola sepak, yang merupakan kuasa paling hebat pernah ada."

Di kebanyakan negara di dunia, bola sepak dan politik bercampur aduk setiap masa. Piala Dunia begitu kuat pengaruhnya hinggakan mampu menghentikan perang saudara di Ivory Coast selepas skuad bola sepaknya melayakkan diri ke Piala Dunia 2006. Begitu juga bila Iran layak pada 1998 yang menyaksikan jutaan rakyatnya meluru ke jalan raya merayakan kemenangan. Bila Iran menewaskan Amerika Syarikat, ada akhbar negara itu mengaitkan kemenangan itu dengan menewaskan syaitan imperialis dunia. Dan tentunya paling tragis dalam sejarah bola sepak rusuhan semasa perlawanan El Salvador dengan Honduras pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 1969 mencetuskan perang yang mengorbankan lebih 2,000 nyawa.

Iran tewas kepada Korea Utara pada sesi kelayakan Piala Dunia 2010. Perlawanan tersebut dipenuhi panahan politik. Ia berlangsung sejurus sahaja pilihan raya kontroversi di Iran di mana beberapa pemain yang didapati melilit kain hijau telah dibuang daripada skuad. Mereka tewas, mungkin tidak mahu kemenangan itu dijadikan modal oleh pihak tertentu di negara Parsi tersebut.

Di pihak Korea Utara tidak kurang hebatnya. Tatkala pemimpin negara itu Kim Jong-il dipaparkan sebagai komunis gila, termasuk dituduh menenggelamkan kapal peronda Korea Selatan, keupayaan skuadnya menjaringkan gol semasa menentang Brazil, menjadi kebanggaan negara itu di persada dunia. Mimpi Cinderella itu berakhir apabila Portugal membelasah mereka dalam margin terbesar setakat ini (7-0).

Berjaya

Kejayaan Sepanyol menewaskan Chile bukan sahaja melegakan tetapi berjaya melenyapkan sekejap isu kewilayahan antara Catalonia di timur negara itu. Wilayah ini yang terkenal dengan kelab bola sepak Barcelona, cenderung untuk melihat diri mereka bukan mewakili Sepanyol. Mereka memiliki bahasa pertuturan sendiri iaitu Catalan yang jika bagi orang luar, bunyinya seperti adunan bahasa Perancis, Sepanyol dan Portugis disatukan. Tonggak tengah Sepanyol, Xabi atau nama penuhnya, Xavier Hernandez i Creus berasal dari Catalonia.

Seorang ahli sejarah Perancis, Laurent Dubois yang menulis buku bertajuk Soccer Empire: The World Cup and the Future of France memberi penjelasan munasabah semasa ditanya mengapa bola sepak adalah cara terbaik untuk melihat kepada politik identiti nasional.

Menurutnya, secara asasnya, pasukan kebangsaan membentuk sebuah negara dalam cara sangat berkuasa kerana 11 pemain di atas padang secara mutlak menentukan sama ada sesebuah negara itu adalah yang terbaik atau tidak, di dunia.

Mengambil contoh Perancis, terdapat kalangan rakyat yang merasakan pasukan itu bukan mewakili mereka, terutama bila ia membabitkan pemain yang merupakan migran dan golongan yang tersisih dalam masyarakat. Kebanyakan pemain Perancis khususnya berkulit hitam, adalah pendatang dari negara bekas jajahan Perancis. Ikon legendanya, Zinedine Zidane berasal dari Algeria.

Kemaraan Amerika Syarikat kali ini juga menarik perhatian. Negara di mana bola sepak dipanggil soccer, bukan football kerana ia merujuk kepada ragbi Amerika, mempunyai pemahaman aneh

mengenai bola sepak. Walaupun ia dimainkan di sekolah-sekolah, pasukannya dianggotai oleh campuran lelaki dan perempuan. Semakin ramai ibu bapa menggalakkan anak mereka bermain sukan bola sepak berbanding ragbi Amerika yang disifatkan sukan berlaga badan yang hanya boleh dimainkan oleh kaum lelaki.

Pemilihan Afrika Selatan yang sekali gus menjadi lokasi pertama di benua Afrika sebagai tuan rumah Piala Dunia sarat dengan mesej politik. Daripada segi bola sepak itu sendiri, ia suatu pengiktirafan FIFA terhadap Persekutuan Bola sepak Afrika. Pada 1966, benua Afrika memboikot Piala Dunia kerana ketika itu, mereka tidak diperuntukkan jaminan walau satu slot pun dalam pertandingan itu.

Selain itu, Afrika Selatan mengambil peluang sekali lagi untuk membersihkan imej silamnya. Negara ini pernah diboikot semasa era aparteid bila ia enggan membariskan pemain berbilang kaum ke kejohanan Piala Negara Afrika. Kini selepas 16 tahun aparteid ditamatkan, Afrika Selatan berpeluang mempamerkan identiti negara yang telah terbentuk sejak era itu, serta bunyi bingit dari alat vuvuzela.

Bila saya kemukakan soalan yang merujuk England dalam laman facebook, ramai yang pantas melabel saya sebagai penyokong negara itu. Mungkin benar tetapi tidak tepat. Pilihan saya adalah mana-mana pasukan yang memiliki pemain Liverpool di dalamnya. Ini merangkumi England, Argentina, Sepanyol, Belanda, Denmark dan Slovakia yang menumpaskan Itali dengan penuh keyakinan Khamis lalu. Anda, bagaimana?

Henti bunuh potensi pelajar

Posted: 26 Jun 2010 11:30 PM PDT

CADANGAN supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan mengundang pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju, tidak kurang juga meminta supaya sistem penilaian sedia ada dikekalkan.

Wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK meninjau pandangan pakar pendidikan, Anuar Ahmad berhubung cadangan tersebut. Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, sudah tiba masanya sistem penilaian peringkat rendah dan menengah yang terlalu berorientasikan peperiksaan dirombak.

Presiden Persatuan Ibu dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan mempunyai pandangan yang sama. Ketika ditemubual HAFIZAHRIL HAMID, beliau menekankan tentang pentingnya memastikan setiap pelajar menguasai kemahiran asas iaitu Menulis, Membaca dan Mengira daripada terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan semata-mata.

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0627/Utusan_Malaysia/Rencana/re_01.1.jpg

Anuar Ahmad

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0627/Utusan_Malaysia/Rencana/re_01.2.jpg

Mohd. Ali Hassan

MINGGUAN: Adakah anda bersetuju UPSR dan PMR dimansuh?

ANUAR AHMAD:

Bagi saya bukan mansuh tetapi rombak. Ini kerana memansuhkan sesuatu sistem penilaian akan mengakibatkan kita kehilangan satu aspek penting dalam kurikulum. Dalam setiap kurikulum mesti ada pengajaran dan pembelajaran (P&P), serta penilaian. Kalau tidak ada penilaian akan mencacatkan subjek kurikulum. Dari sudut teori pendidikan semua mengakui bahawa dalam diri manusia ada banyak potensi. Cumanya sebab UPSR terlalu berorientasikan pencapaian akademik, maka potensi-potensi lain walaupun dikembangkan dalam sistem pendidikan rendah tetapi tidak diutamakan. Misalnya dalam bidang sukan, kebudayaan, perbahasan, bahasa komunikasi, interpersonal. Walaupun semua itu penting tetapi oleh kerana sistem pendidikan kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan maka keperluan itu dikesampingkan.

Saya percaya peperiksaan perlu dirombak supaya semua elemen potensi manusia ini digabungkan semula. Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada 1983, memang sudah mengambil kira semua perkara itu. Cumanya apabila dijadikan dalam bentuk penilaian, penilaian itu telah menjadikan struktur pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan.

Peringkat mana sebenarnya penilaian itu penting?

ANUAR AHMAD: Memang perlu ada dua tahap penilaian iaitu di peringkat rendah dan menengah. Itu mesti wujud. Tetapi untuk sekolah rendah, penilaian mesti dilakukan secara berterusan. Falsafah pendidikan sekolah rendah adalah pelajar menguasai perkara asas. Tidak boleh mana-mana pelajar ditinggalkan walaupun dikategorikan sebagai lemah, atau pendidikan khas iaitu menguasai kemahiran Menulis, Membaca dan Mengira. Oleh itu mungkin pada peringkat paling awal iaitu Tahun 3, guru perlu menilai dan memastikan membuat laporan pencapaian pelajar sama ada telah menguasai perkara asas atau tidak. Untuk Tahun 5 dan 6 kita kena buat intervensi. Jika pelajar tidak boleh menulis, membaca dan mengira dengan baik maka guru mesti ada intervensi untuk menyelesaikan masalah pendidikan asas.

Henti bunuh potensi pelajar

Mohd. Ali Hassan

MINGGUAN: Apa pandangan Datuk tentang isu pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR?

MOHD ALI: Mungkin sudah terlalu lama sistem pendidikan kita terlalu menekan kepada peperiksaan semata-mata. Kita sebenarnya perlu menghasilkan pelajar yang tidak bergantung kepada peperiksaan tetapi belajar untuk sepanjang hayat. Jelas bahawa perubahan yang mahu dilakukan adalah betul-betul menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Ini termasuklah dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan saya tambah satu lagi iaitu semangat sosialisasi yang baik.

Ini membantu melahirkan pelajar yang mempunyai kecerdasan fizikal (PQ), emosi, (EQ), rohani (SQ), intelek (IQ) dan saya tambah FQ atau kecerdasan kekeluargaan. Semua ini penting dalam keadaan masyarakat majmuk seperti Malaysia dan lebih penting kita tidak mahu anak-anak kita hanya berjaya dalam akademik semata-mata. Ini juga selaras dengan dasar yang mahu dibawa oleh Kementerian Pendidikan iaitu satu pelajar satu sukan. Ini bagus kerana apabila pelajar mempunyai badan yang sihat otak mereka juga sihat. Ini membantu pelajar apabila meningkat dewasa tidak hanya bergantung kepada kerja-kerja yang bersifat akademik dan fakta semata-mata.

Jika kita lihat sekarang ini para pelajar sebenarnya terlalu tertekan dengan peperiksaan. Selain itu pelajar juga dilihat agak ketinggalan dalam bidang bahasa. Jika kita bandingkan dengan penguasaan bahasa pelajar di Singapura misalnya pelajar kita ketinggalan dari segi komunikasi mahupun dalam menyampaikan buah fikiran.

Bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini?

MOHD ALI: Bagi saya adalah penting para pelajar terutama di peringkat rendah mahupun di sekolah menengah benar-benar memahami dan menguasai kaedah 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Ini kerana perkara ini adalah asas dalam pembelajaran. Tanpa mereka menguasai 3M, bagaimana mereka hendak meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi lagi selain meningkatkan tahap mentaliti dan pemikiran mereka.

Oleh itu kita perlu memperhebatkan lagi proses 3M ini untuk mereka memajukan tahap pemikiran mereka dan kemudian dapat terus membudayakan sifat membaca kerana ia mengasah minat mereka sama ada dalam bidang sains, teknologi, pengiraan, sastera dan sebagainya. Sekarang ini selepas sahaja habis peperiksaan tidak ada budaya membaca kerana mereka belajar hanya untuk peperiksaan dan budaya inilah yang akan meningkatkan pemahaman dan kecenderungan mereka. Kalau kita lihat di negara-negara maju budaya membaca adalah asas yang sangat penting.

http://www.utusan.com.my

Dua mayat berulat

Posted: 26 Jun 2010 11:15 PM PDT

Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
anbia@hmetro.com.my

SUNGAI BULOH: Dua sahabat yang maut dirempuh kereta api ketika cuba melintasi landasan berhampiran Stesen Kereta api Tanah Melayu (KTMB) Sungai Buloh di sini, ditemui dalam keadaan berulat pagi semalam.


Mayat mangsa hanya ditemui orang ramai pagi semalam sejurus terhidu bau busuk luar biasa yang datang dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komosioner Arjunaidi Mohamed yang dihubungi berkata, kedua-dua mayat mangsa ditemui orang awam pada 11.30 pagi semalam.


Menurutnya, polis yakin kedua-dua mangsa rakyat tempatan itu cuba melintas landasan namun tidak menyedari kehadiran kereta api yang dalam perjalanan ke arah Utara, menyebabkan mereka dilanggar.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak dan maut di tempat kejadian berikutan cedera parah di kepala dan anggota badan.

"Siasatan awal mendapati mangsa mungkin dirempuh kereta api pada waktu malam apabila maklumat mengatakan pemandu kereta api KTMB pernah membuat aduan berasa sangsi apabila melanggar sesuatu objek di kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun, selepas diperiksa, polis bantuan dari KTMB gagal mengesan sebarang objek atau mangsa di lokasi kejadian hinggalah penemuan dua mayat lelaki itu pagi semalam," katanya.

Menurutnya, kedua-dua mayat kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Difahamkan, polis mengenal pasti identiti mangsa berdasarkan penemuan Mykad pada mayat yang reput.

Arjunaidi meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membuat pengecaman.

Bahaya gerakan Zionis

Posted: 26 Jun 2010 11:00 PM PDT

PADA 27 Disember 2008, ketika tirai Maal Hijrah 1430 H baru terbuka dan ketika umat Islam menyambutnya dengan sinar dan harapan baru, dunia dikejutkan dengan serangan ganas tanpa perikemanusiaan yang telah dilakukan oleh Rejim Zionis Israel terhadap penduduk Gaza.

Dua tahun kemudian, rejim ganas ini bertindak semakin liar. Kali ini, aktivis keamanan antarabangsa pula menjadi senarai terbaru dalam senarai keganasan mereka.

Seramai 19 orang sukarelawan kemanusiaan terbunuh dan mujurlah wakil dari Malaysia terselamat. Rakyat Malaysia juga berpeluang untuk mendengar serta melihat video keganasan terbaru oleh puak-puak binatang bertopengkan syaitan ini.

Di Gaza pula, rakyat Palestin tidak pernah aman. Tentera yahudi terus-terusan menggunakan segala kecanggihan dan alat kelengkapan perang untuk mengganyang wilayah miskin berkepadatan tinggi itu. Serangan dilakukan tanpa henti siang dan malam.

Begitu juga tanpa memilih sasaran sebaliknya secara rambang, dihalakan segala bentuk peluru yang terkini dan termoden ke sekolah, masjid, pasar, rumah kediaman termasuk juga hospital dengan dakwaan dan tuduhan bahawa ia digunakan oleh Hamas untuk menyimpan peluru.

Ini dasar mereka yang berkonsep matlamat menghalalkan cara tanpa mengendahkan seruan dan kecaman antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan lain-lain.

Tambah memilukan, sikap talam dua muka kuasa besar dunia yang membatalkan setiap usul untuk mengecam Israel. Kuasa veto yang dimiliki digunakan sepenuhnya untuk melindungi dan mengiakan segala tindak-tanduk rejim Zionis yang zalim itu.

Serangan sengit tanpa henti-henti telah mengakibatkan ribuan jiwa terbunuh. Semoga Allah SWT mengurniakan mereka syahid. Mereka yang tercedera angkanya melebihi lapan ribu jiwa. Kalau ini masih lagi berlangsung tanpa ada sebarang usaha untuk menyekat tindakan kebinatangan serta kezalimannya maka ia akan menjadi sejarah yang paling pahit, kejam dan zalim pada kurun ini, melebihi apa yang berlaku di Sabra dan Syatila1.

Segala tindakan biadab rejim Zionis ini tidak menghairankan lagi kerana sudah sedia tercatat dalam sejarah bahawa kezaliman mereka ini memang tiada tolok bandingnya. Siri-siri kezaliman itu pula bukan hanya membabitkan kabilah dan bangsa lain tetapi lebih parah lagi, nabi-nabi mereka sendiri sanggup mereka bunuh.

Mereka juga bertanggungjawab menyemarakkan api permusuhan di kalangan manusia seperti mana yang terjadi di Madinah al-Munawwarah, tetapi dapat dipadamkan oleh Rasulullah SAW .

Dalam buku Mughalatat al-Yahud, ada disebut bahawa orang Yahudi menganggap diri mereka bangsa pilihan Allah, anak-anak dan kekasih-Nya. Di samping itu, mereka menganggap semua manusia lain sebagai binatang dan tunggangan untuk mereka serta menamakan diri mereka sebagai goyim iaitu perkataan Hebrew yang bermaksud puak atau kaum.

Antara dakwaan mereka ialah rakyat Israel merupakan bangsa pilihan dan bumi Kan'an ialah milik mereka tanpa boleh dipertikaikan. Merekalah semulia-mulia makhluk dan bangsa yang suci. Allah tidak memilih Nabi-Nabi dan orang soleh kecuali daripada kalangan mereka.

Buku Palestin Tak Pernah Gentar! Fatwa Kontemporari dan Penyelesaiannya terbitan Telaga Biru ini dikemukakan supaya umat Islam dapat menyedari akan bahayanya gerakan Zionis dan betapa rakusnya mereka dalam misi memusnahkan Islam dan umatnya.

Mereka begitu bernafsu untuk memperhambakan seluruh umat agar tunduk dan patuh kepada agenda mereka. Bahasa yang paling sesuai digunakan untuk mereka adalah perang dan jihad seperti mana yang diusulkan para ulama dan juga pemimpin Islam seperti mana kaedah disebut "Pedang hendaklah diselesaikan dengan pedang."

Ini kerana makin dilarang, dikeji dan dicerca semakin menjadi-jadi tindakan kekejamannya. Semoga umat Islam bangkit begitu juga masyarakat dunia, bagi menyekat kezaliman Israel di muka bumi ini.

Semoga buku ini menjadikan kita kasih kepada bumi Palestin dan warganya di samping semangat ukhuwah Islamiah serta taa'wun dapat disuburkan lagi. Menjadi harapan kita semua agar umat Islam sentiasa mendapat pemeliharaan Allah SWT dan Baitulmaqdis menjadi milik umat Islam kembali. Amin.

Buku berharga RM20 ini boleh didapati di pelbagai kedai buku terkemuka, stesen Petronas terpilih, kedai-kedai buku agama dan kedai maya Stormreaders. Sila layari www.telagabiru.net.my untuk mengetahui mengenai buku ini dengan lebih lanjut.

Obama, Lady Gaga bersaing tarik peminat di Facebook

Posted: 26 Jun 2010 10:45 PM PDT

WASHINGTON: Penyanyi berpakaian unik terkenal, Lady Gaga dan Presiden Barack Obama mempunyai kerjaya berbeza tetapi masing-masing kini berlumba mencatat rekod peminat paling ramai di Facebook.

Pegawai publisiti Facebook memberitahu Cable News Network (CNN), Lady Gaga dan Obama memiliki bilangan peminat hampir sama dan kini berlumba mencatat manusia pertama mempunyai 10 juta peminat di Facebook.
Sehingga Jumaat lalu, Obama mendahului tipis dengan 9,058,881 peminat manakala
Lady Gaga sedikit ketinggalan dengan 9,023,966 peminat.

Mereka masih jauh untuk mencabar Reja Pop, Michael Jackson yang mempunyai 13,285,811 peminat. Jackson meninggal dunia setahun lalu.

Laman Obama di Facebook dikendalikan oleh Organizing for America, dan menyiarkan gambar lawatannya ke negeri dekat Teluk Mexico baru-baru ini selain ada sambungan kepada ucapannya dalam sidang akhbar.
Laman Obama menyatakan hobi beliau sebagai menonton perlawanan bola keranjang, menulis, menghabiskan masa bersama keluarga dan antara buku paling digemarinya sebagai The Bible, lagu Song of Solomon oleh Toni Morrison dan hikayat sedih oleh Shakespeare.
Laman Facebook Lady Gaga pula menunjukkan promosi konsertnya akan datang selain artikel kerjayanya sebagai penyanyi berusia 24 tahun itu. Facebook mempunyai lebih 400 juta pengguna aktif. Agensi
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.