Jumaat, 25 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


'Mengapa kami sertai Umno'

Posted: 25 Jun 2010 09:37 AM PDT

Abdul Rahim Sabri

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.

Beliau mewakili kumpulan ulama tersebut menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Seramai 16 daripada mereka hadir manakala bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uarkan akan turut menyertai Umno tidak bersama kumpulan itu malam ini.

"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.

"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.

"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan yang dalam proses mendapatkan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Fadlan berkata daripada 40 orang ulama muda itu, ada yang bekerja sebagai pensyarah, penasihat agama, ahli motivasi.

Sementara itu Fthul Bari pula berkata Umno berjanji untuk mempastikan agamawan muda meneruska kerja-kerja dakwah.

Beliau menyifatkan ianya sebagai tawaran yang dinanti-nantikan dan peluang keemasan untuk berdakwah.

"Kebanyakan mereka ini berkelulusan dari Jordan, Madinah dan Mesir.

"Kalau ilmu mereka dinafikan untuk disampaikan kepada masyarakat, maka pengajian kami sia-sia," katanya.

Statistik Dan Keputusan Piala Dunia Kumpulan G

Posted: 25 Jun 2010 09:15 AM PDT

Group GDurban Stadium, Durban
17:54June 25

FTPortugal0 - 0Brazil

half-time(0 - 0)




referee :spectators :


Benito Archundia (Mexico)65,000

match details :

15'

L. Fabiano

25'Duda
Juan

31'Tiago


40'Pepe


43'

F. Melo

45'F. Coentrao


statistics :
shots on target : 2 - 5
shots off target : 8 - 7
possession (%) : 39 - 61
corner kicks : 4 - 7
offsides : 2 - 1
fouls : 10 - 16
yellow cards : 4 - 3
red cards : 0 - 0

Group GMbombela Stadium, Nelspruit
17:54June 25

FTKorea DPR0 - 3Ivory Coast

half-time(0 - 2)




referee :spectators :


Alberto Undiano Mallenco (Spain)34,763

match details :

14'
[0 - 1]Y. Touré

20'
[0 - 2]Romaric

82'
[0 - 3]S. Kalou

statistics :
shots on target : 5 - 12
shots off target : 4 - 14
possession (%) : 40 - 60
corner kicks : 0 - 7
offsides : 2 - 4
fouls : 10 - 16
yellow cards : 0 - 0
red cards : 0 - 0


Group GPWDLFAGDPts
1. Brazil32105237
2. Portugal31207075
3. Ivory Coast31114314
4. Korea DPR3003112-110

Ular Mark Terup Umno

Posted: 25 Jun 2010 09:00 AM PDT



gambar sekadar hiasan

kini umno lebih islamik dari pas

kini umno lebih bersih dari pas

kini umno lebih suci dari pas

kini najib lebih alim dari nik aziz


Calon-calon Ketua 'Ular Mark' UMNO

Posted: 25 Jun 2010 08:35 AM PDT



lantang di parlimen

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfBCUYWFuV7Z_tucuIxkhwHzcSbPUaFTt8qEzacHIsLJ8mAyIW31J7TMHFmj8RernfKwXhzuGApz9oDqAVpNNRw62XG-DgHAxlTHEKF_ShVsr_h4KaTKCkaTSIWq66VPe_Zwl5ZxyNmjo/s1600/Bung+Mokhtar+dan+Zizi.jpg

hahaha..ada bakat...


ciri-ciri gaya ular mark ada



pesaing terdekat untuk merebut ketua ular mark umno
cium jangan tak cium



Dr Asri Tidak Muncul! 'Ular Mark' 40 Orang Masuk Umno Jadi Kenyataan

Posted: 25 Jun 2010 08:15 AM PDT

Mohd. Asri Tak Muncul Serah Borang Umno

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Gembar-gembur bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai Umno tidak menjadi kenyataan apabila apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam ini.

Sebaliknya yang muncul pada majlis berkenaan, seramai 40 ulama muda menyerahkanborang keahlian kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam pada itu Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Mohd Asri akan menyertai Umno pada fasa keduasedikit masa lagi.

"Penyertaan golongan ulama muda ini adalah secara berperingkat...insyaAllah Dr Asri akan termasuk dalam peringkat kedua tidak lama lagi.

"Kita harus ingat, dalam Umno ada dua kategori, yang pertama adalah ahli Umno seperti saya dan yang kedua ialah penyokong Umno... buat masa ini Dr Asri ada dalam kumpulan itu (penyokong)," katanya padasidang media di lobi Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Kesemua ulama muda itu akan didaftarkan menjadi ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka.

Jadual Perlawanan Group H Awal Pagi Esok

Posted: 25 Jun 2010 08:00 AM PDT

Group HLoftus Versfeld Stadium, Tshwane/Pretoria
11:09June 25

20:30Chile? - ?Spain

half-time(? - ?)




referee :


Marco Rodriguez (Mexico)

Group HFree State Stadium, Mangaung/Bloemfontein
11:09June 25

20:30Switzerland? - ?Honduras

half-time(? - ?)




referee :


Hector Baldassi (Argentina)


Group HPWDLFAGDPts
1. Chile22002026
2. Spain21012113
3. Switzerland21011103
4. Honduras200203-30

Mahathir ‘pelupa’ PAS juga bantah judi zamannya

Posted: 25 Jun 2010 07:00 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan 'pelupa' apabila menuduh PAS hanya menentang judi bola sempena musim bolasepak Piala Dunia 2010 ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) berkata, tuduhan Dr Mahathir itu juga satu fitnah dan menyerlahkan kedangkalan mantan perdana menteri itu.

PAS katanya, sejak awal penubuhan lagi konsisten dengan perjuangan menentang sebarang bentuk judi yang diluluskan di negara ini termasuk pada zaman pemerintahan Mahathir.

"Beliau lupa bahawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yang beliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang hampir muflis," katanya.

Tegasnya lagi, sikap Mahathir sejak dahulu menyokong judi dan kini memberi sokongan pula kepada Datuk Seri Najib Razak, hanya membuatkan orang memandang rendah kepada beliau termasuk dari kalangan Umno sendiri.

Najib yang juga presiden Umno, katanya, kini sedang menerima tekanan kuat ekoran kelulusan lesen judi oleh kerajaan yang diterajuinya.

Ianya termasuk dari sayap pemuda dan Puteri Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Pahang.

"Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiran Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (syarikat judi terbesar negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noar Omar," katanya lagi.

Dalam pada itu, PAS katanya merakamkan ucapan tahniah kepada pihak polis yang berjaya menahan dan membongkar kegiatan bookie dan sindiket judi haram akhir-akhir ini.

"Gerak kerja polis akhir-akhir ini membuktikan bahawa kerajaan mampu menghapuskan sindiket judi haram dan tiada sebab mengapa judi harus dihalalkan dengan pengeluaran lesen," ujarnya.

Sementara itu, PAS mewajibkan seluruh ahlinya turun pada himpunan 100 ribu membantah judi pada 3 Julai ini yang dianjurkan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Organisasi PAS di semua peringkat diminta mengedar risalah kempen membantah judi dan mengadakan program penerangan berkaitan isu ini di kawasan masing-masing.

"PAS juga mengajak masyarakat Cina dan India turun beramai-ramai bagi menafikan dakwaan Mahathir yang mengatakan mereka adalah masyarakat yang suka berjudi.

"Pemimpin Umno disemua peringkat juga dicabar untuk turut serta bersama rakyat dan NGO yang membantah pemberian lesen judi ini," katanya.

Slug: Persiapan pilihanraya agenda utama "retreat" PKR.

Posted: 25 Jun 2010 06:30 AM PDT

Oleh Fazy Sahir

KUALA LUMPUR: Agenda utama yang bakal dibentangkan dalam pemukimam (retreat) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermula esok adalah untuk membincangkan persediaan parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Retreat yang dijadualkan berlangsung dua hari, membawa agenda penting parti dalam persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak yang dijadualkan hujung tahun ini di samping pilihan raya umum ke-13.

Bertempat di Hotel Quality, Shah Alam, retreat itu juga turut membincangkan mengenai strategi penting dalam menawan Putrajaya.

Menurut Pengarah Pilihanraya PKR Fuziah Salleh, objektif retreat ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan dan memperkuatkan parti.

Maka sepanjang retreat berlangsung pelbagai perbincangan, resolusi untuk kerja parti serta formula untuk persiapan pilihan raya ini turut diketengahkan.

"Kami sudah rancang retreat ini dah lama. Agenda utama kami adalah untuk membincangkan pelbagai strategi dalam mempersiapkan parti dalam pilihan raya akan datang.

"Selain itu juga hasrat untuk tawan Putrajaya akan dibincangkan nanti. Pelbagai resolusi serta program-program kerja parti turut diselitkan dalam retreat ini nanti,"

"Malah pembentangan setiap kertas kerja ini bakal dilakukan membabitkan ahli-ahli majlis tertinggi parti," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Pimpinan tertinggi PKR iaitu Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mempengerusikan mensyuarat bersama ahli majlis tertinggi parti, namun diadakan secara tertutup.

Sementara itu, Fuziah tidak menolak kemungkinan sekiranya isu membabitkan ketidakpuashati terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal diutarakan dalam retreat ini.

"Ia bukan agenda utama, namun saya tidak menolak kemungkinan ia akan dibentangkan dalam retreat ini nanti," katanya.

Hukum Memerangi Pemerintah Muslim

Posted: 25 Jun 2010 06:00 AM PDT

Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh isu keganasan. Persoalan saya, apakah hukumnya dalam Islam jika ada pihak yang membantah kerajaan orang islam yang zalim secara kekerasan. Apakah ini termasuk dalam jihad yang diperintahkan agama atau tidak. Tidakkah menentang kerajaan itu diharamkan oleh Islam?



Imran, Kuala Terengganu.



Jawapan DR MAZA:



Saudara, banyak isu keganasan yang cuba dikaitkan dengan umat Islam atau tokoh-tokoh Islam adalah mainan jahat pihak-pihak tertentu. Mereka ini samada mempunyai agenda politik tertentu, ataupun berkerja bagi pihak musuh umat Islam bagi mencemarkan imej Islam. Sebahagian pihak menggunakan isu ini untuk tujuan politik seperti menghapuskan gerakan Islam yang dilihat mengancam kedudukan politik mereka. Namun begitu, tidak dinafikan kemungkinan ada sesetengah kelompok yang telah salah tindakan dalam hal ini sehingga mencetuskan keganasan. Berhubung dengan pendekatan keras terhadap pemerintah yang zalim dan menyeleweng, maka ini fahami perkara berikut;



1. Perkara asas dalam hal ini boleh difahami daripada ingatan Nabi s.a.w.:

"Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)". Sahabah bertanya: "Tidakkah boleh kami perangi mereka?" Jawab baginda: "Tidak! selagi mana mereka bersolat"(Riwayat Muslim).

2. Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa bertegas dalam membenci dan membantah kemungkaran dan kezaliman pemerintah itu adalah tuntutan agama. Namun, Nabi s.a.w tidak membenarkan rakyat memerangi pemerintah muslim dengan senjata selagi mereka itu bersolat. Solat menjadi petunjuk bahawa pemerintah tersebut masih berpegang dengan ajaran Islam dalam kehidupan. Keluar memerangi pemerintah dengan senjata hanya akan menimbulkan kerosakan yang lebih besar.

3. Juga, perhitungan tindakan dalam Islam adalah di sudut kadar manfaat dan mudarat. Menumpaskan pemerintah zalim dengan senjata biasanya mengundang mudarat yang jauh lebih bahaya dibandingkan manfaat yang hendak dicapai. Sebab itu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) menyebut:

"kata ulama: alasan seseorang pemerintah tidak dipecat, atau pengharaman memeranginya kerana menyebab fitnah, penumpahan darah dan kerosakan yang nyata" (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim 12/40)

4. Juga, kebencian atau bantahan terhadap kemungkaran pemerintah tidak membolehkan rakyat menderhakai mereka dalam perkara yang baik atau makruf. Ini seperti yang ditegaskan oleh hadis. Sabda Nabi:

"Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknati kamu". Baginda ditanya: "Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?" Jawab baginda: "Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang seseorang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

5. Ini kerana setiap pemerintah mungkin akan ada kesilapan atau dosa yang dilakukan. Jika setiap kali pemerintah bersalah atau melakukan dosa diperangi dengan senjata, maka hancurlah keamanan masyarakat dan negara. Maka justeru itu, kita menentang kemungkaran pemerintah, tetapi tidak akan memeranginya dengan senjata.

6. Ini kerana antara tujuan berpolitik dalam Islam adalah menegakkan keadilan, keamanan dan hak rakyat. Peperangan saudara dalam negara hanya akan menghancurkan perkara-perkara tersebut.

7. Arahan pemerintah yang zalim atau mungkar dalam perkara-perkara kebaikan tetap wajib ditaati. Kata al-Khattabi (meninggal 388H):

"Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ia wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya" (al-Khattabi, Ma'alim al-Sunan, 2/ 357.)

Pendapat ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w :

"Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

8. Sekalipun kita dilarang memerang pemerintah dengan senjata, tetapi kita tetap disuruh untuk menasihati mereka dan mencegah kemunkaran mereka dengan perkataan atau perbuatan yang tidak menyebabkan pertumpahan darah seperti undi dalam pilihanraya. RasuluLah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (Riwayat Malik).

Juga sabda Nabi s.a.w:

"Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim". (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

9. Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:

"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.

10. Pengkaji politik Islam tidak boleh terlalu literalist. Politik bukanlah ibadah khususiah seperti solat dan puasa yang tidak boleh diubah tambah. Politik soal pentadbiran dan kaedah untuk menegakkan keadilan dan keamanan dalam kehidupan rakyat berdasarkan prinsip-prinsip umum Islam. Kaedah membantah atau menukar pemerintahan berbeza-beza berdasarkan sistem yang dipakai. Para ulama dahulu mengharamkan menumbangkan sesuatu pemerintah atas alasan bimbangkan penumpahan darah.

Namun, dalam dunia hari ini sesebuah pemerintah mungkin boleh diubah atau ditukar, atau ditumbang tanpa memerlukan penumpahan darah seperti dalam sistem demokrasi pilihanraya. Maka dengan itu penyertaan parti-parti politik dalam demokrasi pilihanraya tidak boleh dianggap sebagai melanggar kaedah Islam atau sebagai keganasan kerana sistem tersebut tidak sepatutnya menumpahkan darah.


http://drmaza.com/home/?p=1172

JI: Pegawai ILIM minta polis siasat maklumat bocor

Posted: 25 Jun 2010 05:45 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 25 Jun - Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin hari ini membuat laporan polis berhubung "kebocoran" maklumat taklimat sulit mengenai keselamatan negara berhubung isu Jemaah Islamiah (JI) yang diadakan Isnin lalu.

Pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia itu berkata, beliau membuat laporan agar polis melakukan siasatan terperinci bagaimana maklumat sulit boleh "dibocorkan" kepada pihak ketiga.
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

"Hari ini saya membuat laporan polis atas dua sebab iaitu bagaimana kebocoran maklumat sulit isu keselamatan negara boleh berlaku dan mahu polis menyiasat siapa yang bertanggungjawab membocorkan maklumat itu.

"Sebab kedua adalah atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah terhadap saya," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pegawai kanan bidang pemikiran Institut Latihan Islam Malaysia membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi dekat sinin petang tadi.

Zamihan berkata maklumat sulit itu tidak seharusnya sampai ke pengetahuan pihak media.

"Ia maklumat sulit, jadi bagaimana media boleh tahu perkara ini jika tiada siapa yang membocorkannya. Justeru saya mahu polis menyiasat secara terperinci mengenai perkara ini.

"Malah kenyataan yang dikeluarkan media adalah tidak benar dan sengaja direka untuk menimbulkan salah faham," katanya.

The Malaysian Insider difahamkan ketika sesi taklimat itu Zamihan dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitang dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Sebaliknya Zamihan mengakui ada "membangkitkan" nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini.

"Dakwaan itu adalah satu pembohongan, dusta dan khianat," kata Zamihan.

"Saya tidak pernah menyentuh ketiga-tiga tokoh itu mempunyai kaitan kecuali Asri, itupun berdasarkan analisis daripada buku-bukunya yang dilihat mempunyai pemikiran yang sama dengan JI," katanya.

Ketika membuat penjelasan di Dewan Rakyat semalam, Saifuddin menegaskan, polis tidak pernah mengaitkan empat tokoh di negara ini sebagai kumpulan pengganas.

"Sebenarnya pada 21 Jun lalu, ada dua taklimat... satunya diberikan oleh pihak Bukit Aman. Saya fikir taklimat ini adalah tepat dan tidak menimbulkan sebarang masalah dan saya akan mempertahankannya.

"Tetapi ada taklimat kedua. Ini yang saya dengar beberapa pihak mempersoalkannya kerana mengaitkan anggota Parlimen, bekas menteri besar, mufti dan bekas mufti," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang juga Naib Presiden parti itu.

Beliau berkata, tindakan mengaitkan Wahabi yang tidak pernah difatwa sebagai ajaran sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan kegiatan pengganas adalah satu perbuatan yang dilihat melampau.

"Saya juga mendapati orang yang memberi taklimat ini mempunyai masalah dengan bekas mufti Perlis. Jadi bagaimana boleh dikatakan masalah peribadi hendak dijadikan masalah keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata, tindakan mengaitkan agama dengan keganasan adalah berpunca daripada gejala Islamofobia yang banyak berlaku di negara Barat dan ia tidak sepatutnya dibawa ke negara ini.

Dasar "flip-flop" Sarawak tentang Sesco

Posted: 25 Jun 2010 05:27 AM PDT

Oleh Staf FMT

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Dominique Ng, mengkritik kerajaan negeri ekoran bersikap autokratik dalam berhadapan dengan pengurusan harta benda awam.

Ia ekoran sikap kerajaan negeri yang hanya 'flip-flop' berhubung isu penswastaan ke atas syarikat yang membekalkan elektrik di Sarawak iaitu Sesco.

Menurut Ng, Dewan Undangan Negeri meluluskan penswastaan Sesco pada 2004 namun dalam masa lima tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah mengubah fikiran.

"Kerajaan telah membuat penawaran tetapi kemudian menarik balik semua saham yang dimiliki Sarawak Energy Bhd," katanya.

Malah notis penarikan saham itu juga diberi melalui laman web dan akhbar harian tempatan pada 30 November dan 1 Disember 2009.

"Daripada pemilikan awam, ia diswastakan pada 2004; kemudian Kerajaan ambil alih pula pada 2009. Aset utama negeri ini telah 'digula-gulakan' tanpa sebarang perundingan mahupun perbicaraan awam," kata Ng.

Kerajaan Sarawak cukup angkuh

"Hak rakyat dinafikan. Kerajaan negeri cukup angkuh dalam menafikan suara rakyat dalam sebarang pentadbiran mahupun polisi awam yang jelas menunjukkan mereka tidak telus.

"Tanpa penjelasan kepada rakyat, kerajaan telah membeli semua saham Sarawak Energy secara sulit pada 2009," katanya.

Sesco Aset Kekayaan Sarawak

Ng menekankan bahawa Sesco merupakan aset kekayaan Sarawak.

"Adakah Sesco/Sarawak Energy kini, mengikuti penswastaan dalam 2004 dan dijadikan syarikat awam kembali pada 2009?" soal beliau.

"Ia sudah menjadi corak kebiasaan sikap autokratik kerajaan BN ini. Mereka jual, namun untuk membeli semula hanya satu khayalan kerana kerajaan menerima pandangan dan motivasi daripada individu yang tamak. Ini turut berlaku membabitkan hak tanah adat atau tanah kerajaan Kuching," ujarnya.

"Kerajaan BN dituntut memberi penjelasan kepada rakyat Sarawak. Kerajaan perlu mengemukakan kesemua laporan tahunan Sesco/Sarawak Energy dari tahun 2004 hingga 2009 agar orang awam dapat meneliti perkara tersebut.

Menurut Ng, ketika pengguna 'terseksa' ekoran hal itu, Sarawak Energy pula membuat keuntungan yang banyak. Pada tahun 2005 sahaja keuntungan sebelum cukai mereka ialah RM95 juta berbanding hanya RM75 juta tahun 2004.

"Kerajaan memberi Sesco kepada Sarawak Energy tanpa sebarang surat pembayaran, tetapi kerajaan terpaksa membayar satu jumlah yang tinggi ketika tawaran beli balik itu," katanya.

Khalid: Laporan 15 MP desak saya undur hanya spekulasi

Posted: 25 Jun 2010 05:08 AM PDT

KUALA SELANGOR, 25 Jun – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid hari ini menyifatkan laporan bahawa terdapat pakatan 15 anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendesak beliau melepaskan jawatannya, hanya satu spekulasi.

"Saya tidak menerima apa-apa daripada delegasi terbabit, jadi itu boleh jadi spekulasi sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hak milik tanah kepada penduduk di Kampung Sungai Yu di sini.

Laporan media menyebut kesemua anggota Parlimen PKR itu mahu Abdul Khalid berundur dan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Difahamkan, kumpulan sama juga akan menyampaikan cadangan itu kepada kepimpinan PKR semasa pemukiman parti itu di Shah Alam hujung minggu ini.

Ditanya apa tindakan beliau sekiranya diberikan surat mengandungi desakan kumpulan itu, Abdul Khalid berkata, "Saya akan terima dan baca".

Mengulas mengenai kemungkinan pakatan itu berupaya merombak kepimpinan PKR pada pemilihan parti hujung tahun ini, beliau berkata, "Saya tidak tahu." – Bernama

Lesen Pertaruhan Bola Sepak Boleh Kurangkan Judi Haram - LDP

Posted: 25 Jun 2010 05:00 AM PDT

SANDAKAN, 25 Jun (Bernama) -- Pemberian lesen pertaruhan judi bola sepak di negara ini wajar dilakukan bagi mengurangkan aktiviti perjudian haram, kata Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata perjudian haram, terutama pada masa sekarang membabitkan pertaruhan bola sepak Piala Dunia yang mencecah sehingga RM300 juta, tidak dapat dihapuskan biarpun tindakan tegas diambil untuk memeranginya.

Liew, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata jika kerajaan memberikan lesen itu, aktiviti perjudian haram dapat dikurangkan melalui pihak yang menawarkannya secara sah.

"Ia mampu mengurangkan perjudian haram membabitkan pertaruhan bola sepak yang berlaku setiap masa bukan sahaja ketika pertandingan Piala Dunia pada masa sekarang," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pasar Am pada hari Jumaat.

Beliau berkata menerusi pemberian lesen itu, kerajaan boleh memungut cukai dan boleh digunakan untuk tujuan pembangunan negara yang sesuai.

"Saya yakin kerajaan akan membuat keputusan yang baik untuk semua pihak dalam perkara ini," kata Liew.

-- BERNAMA

Tindakan Saman Felda, Peluang Dedah Penyelewengan

Posted: 25 Jun 2010 04:30 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM 25 Jun - Tindakan Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) untuk mengemukakan saman ke atas akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan juga beberapa pemimpin KEADILAN termasuk permimpin PAS dilihat sebagai satu peluang besar membongkarkan segala penyelewengan yang berlaku di dalam Felda.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim yang dihubungi memberitahu beliau mengetahu kenyataan tersebut dan sekarang hanya menunggu saman yang dikemukakan oleh Felda.

"Saya tahu dan kita menunggu saman tersebut, apa yang pasti tindakan saman yang dikemukan oleh Felda itu sebenarnya memberi peluang yang besar kepada kita untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di dalam Felda. Bagi saya ini tidak mengejutkan saya dan kita bersedia untuk menghadapi saman tersebut," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong juga memberitahu tindakan saman Felda itu merupakan langkah untuk kita melakukan pendedahan di dalam Felda.

"Kita sudah pasti mengganggap ini sebagai peluang untuk membongkar apa yang telah berlaku di dalam Felda, kenyatan saya pada sidang media di parlimen juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kenapa kedudukan tunai Felda boleh merosot dalam tempoh lima tahun.

"Selain itu juga alasan yang munasabah terhadap pembinaan bangunan baru Felda di kawasan yang kos tanah yang tinggi sedangkan Felda mempunyai tanah sendiri di Jalan Semarak. Perkara ini yang kita ingin penjelasan, dengan saman tersebut kita pasti kesemua persoalan dapat dibongkarkan," katanya.

Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN Pahang, Suhaimi Said yang turut dihubungi memberitahu kenyataan yang kita keluarkan di dalam akhbar Suara Keadilan adalah berhubung dengan apa yang telah diperkatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan semasa di Parlimen.

"Kita mengeluarkan kenyataan tentang apa yang telah diperkatakan oleh Ahmad Maslan di parlimen iaitu berkaitan dengan penyusutan kedudukan tunai Felda dalam tempoh lima tahun hampir RM3 bilion.

"Jika melihat pada senario sekarang sudah pasti dalam tempoh yang terdekat Felda akan bankrap, apa yang hendak kita mahu ialah perjalanan Felda itu perlu mengikut kepada matlamat asal penubuhan Felda.

"Jawapan Menteri yang menyatakan Felda mempunyai aset yang banyak, bagi saya itu bukan boleh diukur sebagai kedudukan tunai kerana aset tidak boleh di tukarkan kepada tunai bila kita memerlukan. Kedudukan sebuah syarikat bergantung kepada kedudukan tunai ataupun simpanan.

"Tanpa kedudukan tunai yang kukuh boleh membawa sebuah syarikat itu mengalami masalah mewangan yang amat terus sehinggakan membawa kepada berlakunya pinjaman dengan bank, jika bermulanya pinjaman bank dengan sendirinya Felda akan terus terikat dengan peraturan-peraturan intitusi kewangan.

"Secara jelas kedudukan tunai amat mengerunkan Felda di masa hadapan," kata Suhaimi.

Selain pemimpin KEADILAN, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut juga disebut terlibat dalam saman tersebut dan beliau juga memberitahu kenyataan yang dikeluarkan itu mengikut fakta yang tepat dan ia juga terkandung dalam soalannya di parlimen. Jika Felda mengambil tindakan saman beliau akan mencabar saman tersebut dan mendedahkan segala fakta yang berada padanya.

Felda yang mengeluarkan kenyataan tersebut pada satu sidang medianya di Anjung Felda, Jalan Semarak pagi tadi. Sidang media itu turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Selain pemilik permit, pihaknya akan turut menamakan Ketua Pengarang akhbar itu, wartawan-wartawan terbabit dan pemimpin KEADILAN iaitu Zaid Ibrahim, Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta seorang pemimpin PAS, Mohd Abdul Wahid Endut.

Suami: ‘Sudah pasti saya, Maya Karin akan bercerai’

Posted: 25 Jun 2010 03:25 AM PDT

Oleh G. Manimaran


Muhammad Ali ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam untuk mendaftar pengesahan pernikahan dengan Maya Karin, semalam.
KUALA LUMPUR, 25 Jun — Muhammad Ali Abdullah, suami pelakon dan pengacara terkenal Maya Karin, hari ini mengesahkan pasangan tersebut sedang menuju proses mengakhiri rumah tangga mereka dengan usaha mendaftar penikahan berusia dua tahun semalam adalah langkah awal.

"Sudah pasti kami akan bercerai. Yang saya kata 'tidak bercerai' semalam bermakna kami tidak bercerai semalam, tetapi kami sudah pasti kami akan bercerai," kata Muhammad Ali atau nama asalnya Steven David Shorthose kepada The Malaysian Insider hari ini.

Muhammad Ali memberitahu, oleh kerana pernikahan mereka yang berlangsung dua tahun lalu di Itali belum didaftarkan lagi, maka ia perlu disahkan sebelum mereka boleh bercerai secara rasmi.

"Permohonan cerai hanya akan dibuat selepas keputusan permohonan pengesahan pernikahan diketahui," kata guru sekolah antarabangsa ini.

Keputusan itu dijangka diketahui pertengahan bulan depan.

"Tiada keputusan semalam, saya jangkakan dalam dua minggu lagi keputusan akan dikeluarkan," kata beliau lagi.

Maya Karin, yang sejak awal tahun ini dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, semalam muncul di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk membuat pengesahan nikah selepas dua tahun berkahwin dengan Muhammad Ali.

Kedua-dua mereka hadir di mahkamah semalam, tetapi secara berasingan. Malah mereka meninggalkan pekarangan mahkamah secara berasingan.

Semalam, seorang pegawai mahkamah memberitahu Maya Karin hadir di mahkamah untuk mengesahkan perkahwinan mereka.

"Selain itu, mereka juga tidak berbincang apa-apa mengenai penceraian. Jadi status mereka masih suami isteri," kata pegawai mahkamah itu.

Awal tahun ini Maya Karin menafikan mereka akan bercerai.

Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.

Semalam, Maya Karin dan suaminya tidak memberi sebarang butiran lanjut mengenai kehadiran mereka di mahkamah.

"Tidak bercerai. Tanya Maya," kata Muhammad Ali sebelum meninggalkan mahkamah.

Maya pada mula enggan bercakap kepada wartawan tetapi selepas diminta dia berbuat demikian.

Menurut Maya Karin, adalah lebih baik baginya tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa mengenai perkara ini, adalah lebih baik saya diamkan diri.

"Setakat ini saya berpuas hati dengan pertemuan tadi. Tiada keputusan yang dibuat," katanya.

Akhir Februari lalu, Maya Karin berkata dia masih berusaha gigih untuk menyelamatkan rumah tangganya yang bergelora sambil mengakui ia berpunca daripada "kesilapan mereka sendiri."

Maya Karin berkata dia dan suaminya amat bersykur sekiranya perkahwinan mereka dapat diselamatkan.

Pelakon filem "Pisau Cukur" keluaran tahun lalu pernah digosipkan dengan Remy Ishak yang berlakon bersamanya dalam teater "Natrah" akhir tahun lalu.

Mengenai hubungan Maya Karin dan Remy, Muhammad Ali memberitahu The Malaysian Insider, dia memang ada mendengar tentang persahabatan mereka sejak akhir tahun lalu.

"Saya memang ada mendengar persahabatan mereka hujung tahun lalu tetapi saya tidak bertemu dengan Remy... tetapi kalau ada peluang untuk bertemu, saya akan jumpa beliau dan berbual, tiada masalah," katanya.

Ketika ditanya sama ada Maya Karin ada berbual dengannya di mahkamah semalam, Muhammad Ali: "Tiada sebarang kata-kata, tiada helo, tiada apa..."

Felda Mahu Saman Suara Keadilan

Posted: 25 Jun 2010 03:00 AM PDT

Oleh Frederick Luccas

KUALA LUMPUR 25 Jun - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menguruskan hal ehwal Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) menyatakan dalam satu sidang media yang diadakan di Balai Perdana Anjung FELDA, bahawa FELDA akan mengambil tindakan undang-undang menyaman akhbar parti KEADILAN, Suara Keadilan kerana mengeluarkan berita di muka hadapan yang berkata 'FELDA BANGKRAP'.

Suara Keadilan edisi 22 ke 29 Jun 2010 memaparkan berita muka hadapan berkenaan pengurangan tunai FELDA dan turut memaparkan beberapa berita lain berkenaan kewangan dan pengurusan FELDA.

"Suratkhabar ini digantung di mana-mana, menyatakan 'Felda Bankrap', bukan tanda soal. Kalau ia menyebut mungkin bankrap, lain ceritanya," kata Maslan sambil menunjukkan muka depan edisi terbaru Suara Keadilan kepada media.

Katanya lagi, walaupun rizab tunai FELDA telah berkurangan sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh empat tahun lalu, aset tetap dan aset semasa FELDA meningkat sebanyak RM6.2 bilion dalam tempoh yang sama.

Maslan juga menyatakan, FELDA merupakan antara syarikat pemilik ladang terbesar di dunia dengan pelaburan di pelbagai negara seperti Indonesia, Afrika selatan, China, Turki, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Australia, Thailand, Perancis, India dan Arab Saudi dengan kira-kira 23,000 pekerja pengurusan.

Tambah beliau, pihaknya akan menamakan ketua pengarang Suara Keadilan, kira-kira tiga wartawannya, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN Datuk Zaid Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Tan Kee Kwong dan seorang ahli KEADILAN, Haji Suhaimi Said.

Suhaimi merupakan seorang ahli KEADILAN yang telah membuat laporan polis pada 23 Jun lalu meminta polis menyiasat punca utama yang menyebabkan pengurangaa rizab tunai lebih 60% dalam masa lima tahun dan telah menamakan Najib dan Ahmad Maslan yang beliau syak telah berlaku salahguna kuasa dan penyelewengan.

"Sasaran berita ini ialah pada perdana menteri sendiri, dan FELDA juga merupakan kubu kuat Barisan Nasional. Mereka hendak pecahkan penguasaan BN," kata Maslan.

Pemimpin Pakatan, akhbar PKR disaman dakwa Felda muflis

Posted: 25 Jun 2010 02:30 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 25 Jun — Pengurusan Felda akan menyaman akhbar Suara Keadilan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnah lembaga tersebut sudah muflis.

Felda juga akan menyaman beberapa pemimpin lain iaitu ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim, Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa PKR Datuk Dr Tan Kee Kuang, Pengerusi Biro Felda Suhaimi Said dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Wahid Endut dari PAS.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

"Kita akan saman Suara Keadilan dan pemimpin yang mengatakan bahawa Felda bankrup. Felda ada aset RM12.2 bilion difitnah bankrup.

"Kita akan saman mereka, mungkin ratusan juta. Kita masih dalam perbincangan untuk menentukan berapa jumlah untuk menyaman mereka.

"Tindakan mereka memfitnah Felda memberikan kesan kepada warga Felda termasuk kakitangan dan peneroka. Kenyataan fitnah yang dikeluarkan itu adalah tidak tepat dan berniat jahat," kata beliau pada sidang media di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.

Turut akan disaman pemilik permit, penulis dan Ketua Pengarang Suara Keadilan.

Beliau berkata tuduhan Felda bankrup adalah keterlaluan selain mendakwa pembangkang mempunyai motif tertentu.

"Mungkin mereka (Pakatan Rakyat) kata Felda bankrup kerana ia diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mahu menyerang beliau.

"Selain itu, mungkin kerana Felda ini adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sebab itu mereka sengaja memfitnah semata-mata untuk memecahkan kubu ini.

"Mungkin juga mereka dengki melihat organisasi ini berkembang dengan baik sejak mula beroperasi kira-kira 54 tahun lalu," katanya.

Ahmad berkata, walaupun tunai Felda merosot RM2.73 bilion daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion tahun lalu tetapi aset semasa dan tetap Felda melonjak RM6.2 bilion daripada RM9.17 bilion kepada RM15.37 bilion pada tempoh yang sama.

"Dengan jumlah itu tentunya tidak memberikan gambaran bahawa Felda bankrup. Selain itu Felda adalah antara pemilik ladang yang terbesar di dunia.

"Felda juga memiliki 340,000 hektar ladang yang menghasilkan keuntungan bersih purata RM1.1 bilion setahun sepanjang enam tahun yang lalu.

"Felda juga mempunyai pelaburan di luar negara seperti Indonesia, Afrika Selatan, China, Turki, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Australia, Thailand, Perancis, India dan Arab Saudi.

"Kedudukan kewangan Felda sekarang sangat kukuh," katanya.

Jadual Perlawanan Group G Hari Ini

Posted: 25 Jun 2010 02:08 AM PDT

Group GDurban Stadium, Durban
11:09June 25

16:00Portugal? - ?Brazil

half-time(? - ?)




referee :


Benito Archundia (Mexico)

Group GMbombela Stadium, Nelspruit
11:09June 25

16:00Korea DPR? - ?Ivory Coast

half-time(? - ?)




referee :


Alberto Undiano Mallenco (Spain)

Group GPWDLFAGDPts
1. Brazil22005236
2. Portugal21107074
3. Ivory Coast201113-21
4. Korea DPR200219-80

Kalau Presiden PAS pengganas, sudah lama negara huru-hara

Posted: 25 Jun 2010 02:00 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Kalau Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seorang pengganas, maka sudah lama negara ini menjadi huru-hara, tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar).

Baginya, jika Tuan Guru Abdul Hadi pengganas, sudah pasti ada kejadian membakar dan mengebom bangunan seperti yang berlaku di Indonesia dan Thailand.

Katanya, pengikut PAS dan penyokong Tuan Guru Abdul Hadi ada di mana-mana di Malaysia ini.

"Boleh dikatakan bukan setakat umat Islam, bahkan bukan Islam pun ramai yang menjadi penyokong beliau. Populariti beliau lebih daripada Perdana Menteri sendiri.

"Beliau dikenali di dunia Islam antarabangsa, walaupun beliau bukan Perdana Menteri. Ucapan dan tulisan beliau disukai oleh setiap lapisan masyarakat, ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, semua tulisan dan ucapan beliau tidak pernah menjuruskan ke arah keganasan.

Tegasnya, beliau tidak pernah meminta umat Islam Malaysia berperang dengan kerajaan Malaysia.

Tambahnya, semua ucapan dan penulisan Tuan Guru Abdul Hadi adalah berbentuk dakwah dan tarbiyah yang menjurus persoalan akidah dan tauhid, akhlak dan syariat yang menjadi pedoman umat Islam.

Beliau berkata, Presien PAS itu selalu meluruskan umat Islam yang bengkok dan lari dari landasan perjuangan.

"Apakah kerana ketegasan Presiden PAS terhadap isu umat Islam di Palestin, Afghanistan, Iraq, Kashmir, Chehnya, Selatan Filipina dan Thailand ini dianggap sebagai pengganas?" tanya Nasrudin.

Sedangkan, ujarnya itulah sikap sebenar sebagai pemimpin umat Islam yang tulen di mana sewajarnya pemimpin umat Islam yang lainnya bersikap keras sekiranya ada negara-negara umat Islam yang diserang dan dicerobohi.

Beliau menegaskan, keganasan bukan sikap PAS dan cara PAS mendapatkan kuasa di mana sejak tahun 1951, PAS telah menyertai pilihan raya.

Katanya, kaedah demokrasi berparlimen yang diamalkan sekarang itulah yang diamalkan oleh PAS dan tidak pernah mengajak mana-mana ahli dan penyokongnya bertindak ganas dalam mana-mana aktivitinya.

" Mengaitkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan keganasan adalah satu penghinaan terhadap beliau, PAS serta pendokong dan penyokong PAS yang berjumlah hampir sejuta orang ini.

"Tindakan yang mengaitkan beliau dengan keganasan tidak lain hanyalah sikap manusia yang desperate serta dengki terhadap populariti beliau. Bahkan orang sebegini hanya bencikan pengaruh PAS yang semakin diterima oleh kelompok bukan Islam.

Beliau menjelaskan, Tuan Guru Abdul Hadi adalah pemimpin PAS sejak tahun 1980-an lagi yang pernah menjadi Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Timbalan Presiden sehingga kini menjadi Presiden PAS sejak tahun 2002, yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang di Terengganu.

Katanya, mana mungkin seorang pengganas bergerak atas platform rasmi negara.

"Semua aktiviti beliau diketahui sama ada dalam negara mahupun luar negara. Jadual beliau sendiri dimaklumkan kepada media.

"Pengganas tidak bersifat demikian. Seorang pengganas akan bertindak secara senyap-senyap dan tidak berani menzahirkan diri di khalayak. Beliau takut dirinya akan ditangkap. Segala aktivitinya juga tidak akan didedahkan," kata beliau lagi.

Justeru, Nasrudin menyeru pihak berkenaan supaya mengambil contoh beberapa figur yang dianggap pengganas dan segala aktiviti hidupnya yang tentunya sudah pasti amat jauh berbeza dengan peribadi Presiden PAS.

PAS sifatkan Najib takut kartun Zunar

Posted: 25 Jun 2010 01:30 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kasihan melihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketakutan melihat penerbitan kartun-kartun karya kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya hari ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan dan merampas buku kartun 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun.

Ketua Setiausaha Kementeri Dalam Negeri, Datuk Mahmud Adam berkata, buku yang diharamkan adalah Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun dan 1 Funny Malaysia.

Syarikat Penerbitan Kinibooks yang juga anak syarikat Malaysiakini yang menerbitkan buku berkenaan berhadapan dengan ancaman hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini Zunar juga dilaporkan pernah memohon untuk mendapatkan permit penerbitan Gedung kartun, tetapi pihak KDN menolak.

Pemimpin Umno-BN yang menguasai Kerajaan tidak dapat menerima secara terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi kartun-kartun ini. Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka.

PAS menyokong usaha Zunar dan Malaysiakini dalam memberikan gambaran alternatif kepada rakyat tentang Kerajaan yang selalunya digambarnya dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media mereka, kata Idris dalam kenyataannya.

Katanya, rakyat perlu tahu apa yang kerajaan sembunyikan dari mereka.

Zunar yang juga mantan Ketua Pengarang Suara Keadilan diakui ramai pihak sebagai pengkartun yang mempunyai daya kreativiti satira yang luar biasa dan mampu mengoyahkan kedudukan dan imej Najib.

Kes Kapal Selam, Dasar-dasar Najib, Pergaduhan Pemimpin Umno-BN, Kezaliman mereka, rasuah dan sebagainya adalah antara perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh Najib tetapi mudah diterjemahkan dalam bentuk kartun oleh Zunar.

Beliau juga antara pengkartun yang berjaya menelanjangkan kebobrokan Mahathir dan Pak Lah serta Menteri-menteri mereka seperti Rafidah, Samy Vellu dan sebagainya sebelum ini dalam bentuk kartun.

Kartun adalah antara karya seni yang menarik, mudah diterima dan difahami oleh pelbagai lapisan rakyat, khususnya golongan muda. Di negara-negara luar, kartun-kartun satira sebegini bebas di diterbit dan disiarkan sama ada dipihak Kerajaan atau pembangkang.

PAS melihat tindakan KDN ini membuktikan bahawa Najib, dan pemimpin Umno-BN cukup terasa dengan penangan kartun Zunar dan kawan-kawannya, kata Idris.

Ruangan kartun Senyum Kambing dalam Utusan serta kartun-kartun lain diakhbar milik Umno-BN pun tak mampu menyaingi apa yang dihasilkan oleh Zunar.

Dan jelas, KDN dipergunakan bagi menyekat pengaruh kartun-kartun satira demi untuk menyelamatkan Imej Najib dan Umno-BN yang kini dianggap sebagai pelawak sahaja, tambah Idris.

Idris berkata, PAS akan terus menyokong usaha Zunar dan rakan-rakan pengkartunnya. PAS berharap agar KDN bersikap terbuka dan realitik serta tidak tunduk pada tekanan pemimpin politik dalam BN dalam bertindak.

Jangan hina PAS, Hadi dengan dakwaan JI

Posted: 25 Jun 2010 01:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Dewan Pemuda PAS menegaskan tindakan sesetengah pihak mengaitkan Presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI) sebagai satu bentuk penghinaan terhadap kepimpinan beliau dan parti berusia enam dekad tersebut.

"Mengaitkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan keganasan adalah satu penghinaan terhadap beliau, PAS serta pendokong dan penyokong PAS yang berjumlah hampir sejuta orang ini," kata Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin juga berkata, tindakan yang mengaitkan Hadi dengan keganasan tidak lain hanya sikap manusia yang 'terdesak' dan dengki terhadap populariti beliau.

Malah beliau beliau, orang sebegini hanya bencikan pengaruh PAS yang semakin diterima oleh kelompok bukan Islam.

Nasrudin mengilas laporan mendakwa ada pihak yang cuba hendak mengaitkan PAS dengan pengganas, pemimpin seperti Hadi sebagai individu yang ada hubungan dengan pengganas.

"Presiden PAS adalah pemimpin PAS sejak tahun 1980-an lagi. Daripada menjadi Naib Yang Dipertua, Timbalan Presiden sehingga kini menjadi Presiden PAS sejak tahun 2002.

"Beliau juga adalah Ahli Parlimen dan seorang ADUN. Mana mungkin seorang pengganas bergerak atas platform rasmi negara.

"Semua aktiviti beliau diketahui sama ada dalam negara mahupun luar negara. Jadual beliau sendiri dimaklumkan kepada media," katanya lagi.

Nasrudin menegaskan, pengganas tidak bersifat demikian dan seorang pengganas akan bertindak secara senyap-senyap dan tidak berani menzahirkan diri di khalayak ramai.

"... takut dirinya akan ditangkap. Segala aktivitinya juga tidak akan didedahkan.

"Ambillah contoh beberapa pihak yang dianggap pengganas dan segala aktiviti hidupnya. Sudah pasti amat jauh berbeza dengan peribadi Datuk Seri Presiden PAS," kata beliau.

Ketua Dewan Pemuda PAS itu menambah, sekiranya Hadi seorang pengganas, maka sudah lama negara ini menjadi huru-hara.

"Sudah pasti ada kejadian membakar dan mengebom bangunan sepertimana yang berlaku di Indonesia dan Thailand berlaku.

"Pengikut PAS dan penyokong Datuk Seri Presiden PAS ada di mana-mana di Malaysia ini. Boleh dikatakan bukan setakat umat Islam, bahkan bukan Islam pun ramai yang menjadi penyokong beliau.

"Populariti beliau lebih daripada Perdana Menteri sendiri. Beliau dikenali di dunia Islam antarabangsa, walaupun beliau bukan Perdana Menteri.

"Ucapan dan tulisan beliau disukai oleh setiap lapisan masyarakat," katanya lagi.

Pun begitu kata beliau, semua tulisan dan ucapan Hadi tidak pernah menjurus ke arah keganasan.

Katanya, Hadi juga tidak pernah meminta umat Islam Malaysia berperang dengan kerajaan Malaysia dan semua ucapan dan penulisannya adalah berbentuk dakwah dan tarbiyah.

"Beliau menjurus persoalan akidah dan tauhid, akhlak dan syariat yang menjadi pedoman umat Islam. Beliau selalu meluruskan umat Islam yang bengkok dan lari dari landasan perjuangan.

"Apakah kerana ketegasan Presiden PAS terhadap isu umat Islam di Palestin, Afghanistan, Iraq, Kashmir, Chehnya, selatan Filipina dan Thailand ini dianggap sebagai pengganas.

"Sedangkan itulah sikap sebenar sebagai pemimpin umat Islam yang tulen. Sewajarnya pemimpin umat Islam yang lainnya bersikap keras sekiranya ada negara-negara umat Islam yang diserang dan dicerobohi," kata beliau.

Nasrudin juga menambah, keganasan bukan sikap PAS dan cara PAS mendapatkan kuasa.

"Sejak tahun 1951, PAS telah menyertai pilihan raya.

"Kaedah demokrasi berparlimen yang diamalkan sekarang itulah yang diamalkan oleh PAS.

"Tidak pernah PAS mengajak mana-mana ahli dan penyokongnya bertindak ganas dalam mana-mana aktivitinya," katanya lagi.

Laporan media menyebut nama bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, Hadi serta bekas mufti Perlis dan mufti semasa negeri itu dikaitkan dengan JI dan fahaman wahabi pada satu taklimat pihak berkuasa Isnin lalu.

Bagaimanapun dakwaan itu dipertikaikan oleh Asri dan mufti Perlis Dr Juanda Jaya sambil menegaskan, pendedahan wujudnya peranan JI sambil dikaitkan dengan tokoh-tokoh tokoh politik kemungkinan besar merupakan "mainan politik kotor kerajaan" untuk mengalih isu semasa.

"Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar.

"Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu," kata dua pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi semalam.

Asri merupakan bekas mufti Perlis dan tempatnya digantikan oleh Juanda.

Asri dan Juanda menambah, buktinya laporan media yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI Isnin lalu telah didakwa bahawa nama kedua-dua mereka bersama Hadi dan Shahidan serta ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

"Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah," kata Asri dan Juanda dalam kenyataan bersama.

Najib gagal melaksanakan misi Obama?

Posted: 25 Jun 2010 01:00 AM PDT

http://episodeperjuangan.blogspot.com

1.Umum mengetahui tahap dendam kesumat musuh - musuh Islam yang diketuai oleh al Musyrikin al Gharbiyyin [barat] khasnya Yahudi Alaihi Laknatullah terlalu tinggi dan tebal. [ realiti ini telah diakui oleh al Quranul Kareem ]

2. Kebimbangan mereka [ musuh Islam ] terhadap kebangkitan Islam di seluruh dunia jelas kelihatan melalui tindak balas mereka yang sungguh luar biasa .

3. Pelbagai tindakan , bermula dengan Ghazwatul Fikri [ serangan pemikiran ] , ancaman dan tekanan ke atas penganut Islam , tangkapan dan seksaan dilakukan kepada pejuang - pejuang Islam , label terrorist dan eksterimis dilemparkan kepada gerakan - gerakan Islam sebagai license to kill , propaganda untuk melemahkan perpaduan ummat Islam dengan kaedah divide and rule , melaga - laga pemimpin - pemimpin Islam dengan fitnah dan tohmahan licik , mencetus pertelingkahan sengit melalui perbezaan mazhab serta menjatuhkan kredebiliti ulama' dan pemimpin gerakan Islam .

4. Ianya adalah tindakan bersepadu antara Yahudi dengan faham zionisme dan Barat dengan gagasan New world Order untuk menundukkan dunia di bawah pengaruh dan penguasaan mereka , lantas Islam dilihat sebagai ancaman terbesar dalam usaha melunaskan hasrat dan cita - cita busuk mereka terutama selepas kejatuhan komunis .

5. Peristiwa 11 september benar - benar dimanafaatkan sebagai turning point untuk mereka menggunakan kekuatan senjata dan tentera ke atas ummat Islam sehinggalah hari ini . Mereka menjajah Afghanistan , Iraq , Palestine dan kini mereka tekun berusaha untuk melumpuhkan Iran dan membelasah mana - mana negara yang cuna melaksanakan Islam .

6. Biarpun bertukar Presiden , sehingga kini dasar dan prinsip Amerika Syarikat tetap memusuhi Islam dan gerakannya . Namun mereka bijak mengatur strategi agar kelihatan di satu sudut , Amerika berbakti dan berlunak dengan ummat Islam sementara dalam masa yang sama merekalah sekutu rapat Israel yang sedang membina penjara manusia terbesar dalam dunia di Ghazzah .

7. Malaysia sebagai sebuah negara yang subur untuk perkembangan Islam tidak terlepas dari kepongan dan pemerhatian musuh - musuh Islam antarabangsa juga rangkaian mereka di dalam negara . Tekad dan hasrat mereka hanya satu iaitu tidak mengizinkan Islam tegak dan berdaulat.

8. Mereka sanggup membunuh wanita , orang tua dan kanak - kanak , menyeksa tahanan , menyerang dan menghancurkan segala struktur pembangunan sesebuah negara tanpa tergambar belas simpati . Menyerang dan membunuh delegasi damai serta misi kemanusiaan yang membawa bekalan makanan , perubatan dan keperluan harian buat ummah yang tertindas. Merekalah terrorist [pengganas] dan merekalah ekstremis yang sebenarnya.

9. Dendam mereka sungguh dahsyat . Mereka turut merencana strategi untuk memburu pejuang - pejuang Islam dan alim ulama' yang berpotensi untuk meninggikan syiar agama . Mereka membina rangkaian yang cukup licik termasuk mewujudkan boneka dari kalangan bangsa yang menjadi sasaran mereka . Lebih ketara , mereka juga berjaya merekrut tokoh - tokoh agama untuk mencetus pertembungan antara alim ulama' dan tokoh pejuang Islam .

10. Perbedaan mazhab dan aliran pemikiran sekali lagi dijadikan turning point untuk mencetus pertelingkahan lalu terhasil label terrorist dan eksterimis , maka akhirnya menjadi asas kukuh kepada mereka [ musuh - musuh Islam ] untuk menangkap , memenjara dan membunuh para alim ulama' yang berjuang untuk menegakkan Islam .

11. Terbaru , melalui satu majlis taklimat khusus dan tertutup oleh pihak tertentu menghasilkan satu lagi kesimpulan dimana Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang Presiden PAS buat kesekian kalinya disenaraikan sebagai tokoh wahabi dan pengganas . [ Antara yang turut tersenarai ialah Dr Mohd Asri Zainal Abidin Mantan Mufti Perlis dan Dr Juanda Mufti Perlis sekarang ] .

12. Anehnya , bagaimana majlis taklimat yang disifatkan khusus dan tertutup pula melibatkan pihak keselamatan negara boleh terdedah kepada umum dan menjadi santapan media ? Kini perancangan mereka untuk mensabitkan tokoh - tokoh tertentu sebagai pengganas telah terdedah kepada umum sebelum mereka berjaya membuat tangkapan .

13, Tentunya pendedahan yang dibuat oleh pihak media menyukarkan mereka bertindak justeru mereka terpaksa berdepan dengan persepsi rakyat dan sebagai sebuah kerajaan yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum , pasti sahaja mereka terpaksa mengambil kira soal persepsi rakyat tersebut. Saya rasa , Barrack Obama sangat tidak senang hati atas kepincangan dan kegagalan anak buahnya di Malaysia menjalankan tugas untuk mensabit dan menangkap pengganas yang sangat dikehendaki oleh mereka.

14. Sebelum ini Menteri Pertahanan Israel sejurus bertemu dengan Dato' Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasminya bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang adalah pengganas yang sangat dikehendaki oleh mereka . Sebuah media di Britain sebelum ini juga telah menggambarkan Tuan Guru Presiden sebagai pengganas namun akhirnya mereka terpaksa akur dan meminta maaf kepada Tuan Guru apabila mereka tewas dalam satu perbicaraan mahkamah di London .

15. Kini lagu lama kembali kedengaran . Tuan Guru Hj Abdul Hadi disenaraikan antara pengganas bersama beberapa tokoh agama yang lain oleh pihak tertentu dalam satu taklimat tertutup yang melibatkan pihak keselamatan negara dan JAKIM .

16. Dewan Pemuda PAS Pusat semalam telah membuat keputusan sebulat suara , setelah menyedari perancangan jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi cemerlang seorang pejuang Islam yang hebat di peringkat nasional dan international sekaligus menyedari cita - cita mereka untuk melumpuhkan gerakan Islam di negara ini , maka Dewan Pemuda PAS Pusat bukan sahaja menafikan Tuan Guru Presiden PAS sebagai pengganas tetapi juga menentang keras niat dan tindakan jahat mereka yang menyenaraikan Tuan guru Hj Abdul Hadi sebagai pengganas .

17. Dewan Pemuda PAS Pusat mencabar supaya pihak - pihak tertentu yang telah melemparkan tuduhan atau tohmahan tersebut supaya bertanggungjawab dan tampil mengemukakan bukti kukuh kepada rakyat secara terbuka atas dakwaan yang telah mereka lemparkan .

18. Jika gagal berbuat demikian , mereka mestilah segera menarik balik segala tohmahan mereka dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi khasnya dan kepada PAS amnya sebagai sebuah gerakan Islam yang dipimpin oleh beliau , atau mereka terpaksa berdepan pula dengan tuduhan dari rakyat bahawa merekalah pengganas sebenar yang suka mencetus pertelingkahan dan melemparkan fitnah tanpa asas .


Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Pemuda PAS Pusat.

Mayat Norita Ditemui Hari Ini

Posted: 25 Jun 2010 12:30 AM PDT

LANGKAWI, 25 Jun (Bernama) -- Mayat Norita Dahari, 29, yang hilang ketika mandi di pantai Tengah di sini Rabu lepas, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada hari Jumaat.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kapten Abdul Rahim Abdullah berkata mayat Norita ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian pada pukul 8.45 pagi.

Jenazah Norita dihantar ke Hospital Daerah Langkawi untuk bedah siasat, katanya ketika ditemui di sini.

Pasangan suami isteri itu dihanyutkan arus ombak kuat ketika mandi bersama anggota keluarga lain di Pantai Tengah di sini. Mayat suami Norita, Yuhin Azlan, seorang bekas jurutera, ditemui terapung 500 meter dari lokasi kejadian pagi semalam.

Pasangan suami isteri dari Batu Caves, Selangor itu bersama 12 anggota keluarga lain sedang bercuti dan dijadual berada di sini sehingga Sabtu ini.

Abdul Rahim berkata adik ipar Yuhin, Azad Mohd Ghazali, 29, yang juga hampir lemas dalam kejadian itu kini dirawat di Hospital Daerah Langkawi.

Gerakan mencari yang diketuai APMM bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Gerakan Marin dan Jabatan Pertahanan Awam disambung semula pukul 7 pagi ini selepas dihentikan malam tadi.

Pasangan itu meninggalkan seorang anak, Mohd Akid yang berusia dua tahun.

-- BERNAMA

Awe Judi Kata Pakatan Cemburu Dengan Najib Bangunkan Negara

Posted: 25 Jun 2010 12:15 AM PDT

Pembangkang Cemburu Kejayaan PM Bangunkan Negara

PASIR MAS, 25 Jun (Bernama) -- Parti pembangkang sebenarnya cemburu dengan kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya membangunkan negara terutama memastikan golongan miskin terbela, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Awang Adek berkata apa yang dilakukan Najib itu sebenarnya tidak mampu dilaksanakan pembangkang yang diberi peluang untuk memerintah beberapa buah negeri selepas pilihan raya umum lalu.

"Pembangkang cemburu dengan Perdana Menteri dan sebab itu sanggup menaburkan fitnah agar rakyat mempercayai dakyah-dakyah mereka itu untuk memburukkan kerajaan.

"Tetapi akhinya percayalah rakyat akan membuat penilaian apa yang dilakukan pembangkang dan apa yang dilakukan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Klinik 1Malaysia Pasir Mas pada hari Jumaat.

Awang Adek berkata pelancaran Program Amanah Saham Wawasan 2020-Bandar (ASW-2020-Bandar) yang dilancarkan Najib semalam denngan peruntukan RM100 juta turut menyerlahkan keperihatinan Perdana Menteri itu dalam membela golongan miskin yang bukan sahaja di pedalaman tetapi di bandar-bandar.

Katanya program itu yang membabitkan semua kaum membuktikan keadilan dalam merasai nikmat pembangunan.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu juga yakin masyarakat yang satu ketika dahulu menolak kerajaan akan menerima semula BN dan ia akan dibuktikan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata rakyat Kelantan wajar berterima kasih kepada Najib yang banyak membantu membela nasib penduduk dengan terbaharunya melawat Kelantan baru-baru ini dan mengumumkan beberapa insentif membantu rakyat terutama kepada penduduk berbangsa Siam.

"Kata-kata Kelantan negeri kalah (kepada Barisan Nasional) dan tidak perlu dibantu sama sekali tidak benar sebaliknya banyak limpahan pembangunan dibawa untuk rakyat Kelantan," katanya.

-- BERNAMA

kalau bab judi halal haram awe adek la muftinya

Zahid Elak Namakan Pembida Projek Pembangunan Lapangan Terbang Sg Besi

Posted: 25 Jun 2010 12:00 AM PDT

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 25 Jun - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengelak menamakan dua buah syarikat yang membida projek untuk membangunkan Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia di Sungai Besi apabila diasak oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dalam parlimen semalam.

Ketika penggulungan perbahasan Azmin meminta Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan mengapa pengambilalihan lapangan terbang TUDM Sungai Besi tidak dibuat secara tender terbuka.

Beliau mempertikaikan jawapan menteri dengan ambil merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri yang berulangkali mengatakan projek penswastaan khususnya dalam penjualan aset negara dan penjualan tanah yang strategik akan dibuat secara tender terbuka.

"Mengapa dalam kes lapangan terbang Sungai Besi perkara ini tidak dilakukan. Jika ini dilakukan pastinya rakyat akan mengetahui berapa pendapatan kerajaan dalam urus niaga daripada ketelusan seperti ini.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamruddin Jaafar kemudiannya bangun mencelah meminta kepastian daripada menteri berhubung kedudukan sebenar lapangan terbang tersebut.

Beliau memetik laporan media pada bulan April lepas yang memetik Ahmad Zahid sebagai berkata tiada cadangan bangunkan tanah lapangan terbang itu sebagai hub komersial.

"Panglima Tentera Udara Di Raja Malaysia mengatakan pihaknya sedia mengosongkan kem Sungai Besi dan yang terkini pada 11 Jun, menteri mengumumkan kepada media bahawa lapangan terbang akan ditutup.

Menteri dalam penjelasannya kepada soalan yang dibangkitkan dalam ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata cadangan untuk membangunkan tanah lapangan terbang itu telah di bawa oleh 1Malaysia Development Berhad bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di samping cadangan dua lagi syarikat lain yang dikemukakan kepada kabinet.

Azmin kemudiannya mencelah meminta menteri menamakan dua lagi syarikat yang membida projek tersebut tetapi Ahmad Zahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung dua lagi pembida projek itu dan akan memberikan jawapan secara bertulis kepada beliau.

Beliau membidas jawapan menteri tersebut di mana Menteri dan Timbalan Menteri turut menggelak untuk menjawab atau pun beliau tidak mahu menjawab.

"Ada satu lagi kategori hari ini apabila menteri menjawab tidak ingat, saya rasa sebagai Menteri Pertahanan, Naib Presiden Umno yang paling kanan, mustahil beliau tidak ingat.

"Ini bukanlah perkara baru dan saya telah bangkitkan dalam perbahasan sebelum ini, saya telah membangkitkan siapakah pembida yang menyertai pembangunan ini.

"Sudah pastilah Kementerian menyediakan jawapan untuk menteri menjawab dan saya juga mahu tahu mengapa pegawai di kementerian tidak menyenaraikan dua lagi nama syarikat yang membida projek ini," soal Azmin lagi.

Azmi turut mempersoalkan apakah pengalaman 1Malaysia Development Berhad sebagai pemaju hartanah yang mempunyai pengalaman membangunkan tanah yang begitu strategik dan mahal.
Apabila ditanya berhubung penglibatan tiga individu iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin,
Datuk Desmond dan Datin Cindy berhubung projek tersebut, Ahmad Zahid berkata beliau tidak dapat
memastikan sama ada individu yang disebut Ahli Parlimen Gombak terlibat atau tidak.

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya menghentikan perbahasan usul selepas mendapati menteri yang diasak dengan soalan berhubung isu tanah lapangan terbang Sungai Besi TUDM oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas.

Tiada ulasan: