Khamis, 17 Jun 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Selepas Tony Phua, Nurul Izzah Cerita Pengalaman Isu Borang SPR

Posted: 17 Jun 2010 08:15 AM PDT

Selepas rungutan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula menceritakan pengalaman beliau berdepan situasi kekurangan borang pendaftaran pemilih baru kepada TV Selangor.

"Saya minta (borang) untuk tiga program di peringkat Lembah Pantai. Saya minta borang untuk mendaftarkan pengundi baru. Saya mahu 1,000 borang kerana kita buat taklimat besar-besaran untuk membantu SPR mendaftarkan pengundi baru," katanya


Semalam, Tony Phua mendedahkan, SPR Selangor hanya memberi 1,000 borang kepada penolong pendaftar di Selangor bagi membantu memudahkan tugas SPR mendaftarkan pengundi baru di negeri itu.

Tony Phua juga mendakwa, ia ada kaitan rapat dengan usaha mengekang kemaraan pengundi baru di Selangor.

"Memang jelas ada satu langkah yang dibuat oleh SPR untuk mengehad jumlah borang kepada ahli parlimen dan parti pembangkang kerana apabila Umno membuat program, mereka mempunyai banyak borang untuk digunakan," katanya.

Kata Nurul Izzah, beliau difahamkan borang yang sudah siap diisi juga adakalanya tidak sampai ke tangan SPR.

"Kita mesti faham, daripada borang yang diberi di peringkat kerajaan Selangor, pendaftaran pengundi, borang yang diberi di peringkat wilayah dan parti pembangkang, tidak ada jaminan bahawa 100 peratus akan diterima SPR," katanya.

Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar pula berkata, SPR gagal mengotakan kata-katanya dengan tidak menyediakan borang secukupnya walaupun kerap menghebahkan, ramai pengundi baru belum mendaftar sebagai pemilih.

"Seringkali SPR menyebut beberapa angka, ratusan ribu gagal mendaftar sebagai pemilih. Jadi, saya yakin Pakatan Rakyat berusaha dengan pelbagai cara melalui saluran parti masing-masing untuk mendaftar.

"Selaku pengarah pilihanraya, saya kesal dan rasa tidak puas hati. Sepatutnya, SPR boleh menyediakan seramai mungkin, sebanyak mungkin borang untuk keperluan parti di seluruh negara," katanya.

Di Selangor, kira-kira 2 juta pengundi baru belum mendaftar. Sehubungan itu, Kerajaan Selangor sejak tahun lalu menganjurkan kempen Jom Daftar Undi.TVSelangor

Keputusan Dan Statistik Perlawanan Argentina Dengan Korea

Posted: 17 Jun 2010 08:00 AM PDT

Group BSoccer City Stadium, Johannesburg
16:55June 17

FTArgentina4 - 1Korea Republic

half-time(2 - 1)




referee :spectators :


Frank De Bleeckere (Belgium)82,174

match details :

10'

K. Yeom

16'C. Park (o.g.) [1 - 0]

33'G. Higuain [2 - 0]

34'

C. Lee

45'
[2 - 1]C. Lee

55'J. Gutiérrez


55'J. Mascherano


74'G. Heinze


77'G. Higuain [3 - 1]

80'G. Higuain [4 - 1]

statistics :
shots on target : 11 - 4
shots off target : 9 - 4
possession (%) : 57 - 43
corner kicks : 6 - 2
offsides : 4 - 0
fouls : 15 - 14
yellow cards : 3 - 2
red cards : 0 - 0

Isteri 'Imam' Kena Rompak

Posted: 17 Jun 2010 07:00 AM PDT

Isteri Mohamad Sabu dirompak


Normah Alwi, 55, isteri kepada AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini dirompak di perkarangan tempat letak kereta berdekatan Bank Islam cawangan Pusat Bandar Shah Alam.

Menurut Harakahdaily, anak kedua Mohamad, Nurul Huda memberitahu bahawa rompakan tersebut dilakukan oleh dua suspek pemuda.

"Yang masuk kereta rompak mak, baju kelabu, yang pandu motor berbaju merah," kata beliau sebagaimana memetik aduan polis yang dibuat oleh ibunya.

Disebabkan rompakan itu, beliau memaklumkan bahawa ibunya kehilangan wang tunai RM4,000, kad kredit, telefon bimbit serta beberapa dokumen peribadi bapanya.

Beliau berkata, pihak polis sedang memburu dua suspek di persimpangan tol berdekatan Damansara.

"Sarjan Hamzah (pegawai penyiasat) kata ada nampak suspek bahagi-bahagi duit di simpang tol Damansara menaiki motosikal," katanya.

Mohamad turut dihubungi kemudian untuk mendapat maklum balas berhubung insiden tersebut, tetapi gagal.

Beliau sekarang di universiti Frankfurt dan Berlin, Jerman untuk membentangkan kertas kerja akademik berkaitan demokrasi, dunia Islam dan Gaza.

Najib bubar Parlimen, mestikah kita bubar DUN?

Posted: 17 Jun 2010 06:45 AM PDT

Padang permainan tak sama rata telah menguasai pilihanraya Malaysia sejak UMNO mewarisi negara ini dari penjajah.

Sebahagian sebab kemenangan UMNO/Perikatan dan UMNO/BN selama ini ialah kerana mereka menguasai semua instrumen penting untuk menjadikan proses pilihanraya sentiasa menyebelahi mereka.

Setiap dua kali pilihanraya, mereka mengubah sempadan pilihanraya ikut corak yang membolehkan mereka menang mudah dengan ramuan berubah-ubah peratusan Melayu-Cina-India dan beberapa faktor lain.

Kali ini, hingga kini, mereka tidak lagi boleh berbuat demikian kerana majoriti dua pertiga yang telah hilang buat pertama kalinya.

Apa lagi unsur pilihanraya yang boleh diubah untuk menjadikan padang lebih sama dan rata?

Bagaimana dengan tarikh pilihanraya?

Najib dengan nada yakin memberitahu kita, tarikh pilihanraya hanya berada dalam tangan beliau. Beliau telah berjanji menjadikan tarikh pilihanraya sesuatu yang mengejutkan. Itu yang diucapkan beliau di Kelantan semalam.

Pilihanraya mengejut bertujuan memerangkap pembangkang dan mencari satu masa di mana pembangkang belum bersedia atau sedang mengalami pusingan ke bawah. Termasuk dengan media stage yang mereka atur.

Jika itu janji Najib dan kita hanya mengikut, sekali lagi tangan UMNO berada lebih atas.

Jika Najib dengan berani menunjukkan bahawa beliau 'in command', apa pilihan kita untuk membolehkan Najib berfikir dua kali?

Apa kata empat negeri Pakatan menetapkan tarikh pilihanraya DUN lebih awal?

Sebelum Najib membubarkan Parlimen, kita mengumumkan tarikh pilihanraya kita sekarang.

Tak semestinya tarikh pilihanraya itu awal tetapi penetapan tarikhnya diumumkan awal.

Ini bermakna, tarikh pilihanraya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan.

Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan.

Pilihanraya DUN dan Parlimen tidak berjalan serentak, kecuali mereka menjadualkan sama dengan jadual kita.

Ada dua kemungkinan. Pertama, mereka ikut tarikh kita atau mereka berunding bersama untuk menetukan tarikh lebih awal dan terbuka seperti yang selama ini kita kehendaki. Ini bermakna, tarikh pilihanraya bukan lagi teka-teki dan memberikan kelebihan kepada mereka semata-mata. Atau, mereka terus berdegil dan membubarkan Parlimen tak bersamaan tarikh dengan kita.

Namun, kita telah mulakan satu precedent baru iaitu tarikh pilihanraya ditetapkan secara terbuka. Bukan bermisteri dengannya. Bukan pula dijadikan senjata yang menguntungkan parti pemerentah semata-mata.

Tindakan begini bertujuan menghapuskan monopoli penentuan tarikh pilihanraya. Tindakan demokratik untuk kesaksamaan kepada semua pihak.

Pilihan tarikh itu boleh atas berbagai asas. Jika nak genapkan lima tahun, bermakna DUN empat negeri Pakatan hanya akan dibubarkan awal 2013. Jika empat tahun nak digunakan sebagai asas, DUN boleh dibubarkan pada awal 2012. Akhir 2012 boleh juga dipilih untuk memberikan masa yang cukup untuk negeri ini ditadbir tanpa terlalu banyak politiking pilihanraya.

Paling penting, Najib perlu tahu, mengejut atau tidak, bukan beliau seorang sahaja berhak untuk tentukan.

http://cetusan-hati.blogspot.com/

Anwar Hilang Sabar? Memang Patut RTM Kena Ajar!

Posted: 17 Jun 2010 04:45 AM PDT

Anwar hilang sabar, arah wartawan RTM 'diam'

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hilang kesabarannya apabila diasak oleh seorang wartawan bagi mendedahkan bukti berhubung dakwaannya yang beberapa ahli parlimen PKR disogok RM2 juta dan juga ditawarkan kontrak supaya berpaling tadah.

Walaupun berulang kali berkata beliau akan mendedahkan perkara itu apabila tiba masanya, wartawan dari RTM itu terus mendesak hingga Anwar mula tidak selesa.

Diasak wartawan radio stesen kerajaan itu yang hanya dikenali sebagai Tukimin, Anwar sebaliknya berkata, pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan.

"Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan?

"Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya," katanya.

Suasana di lobi parlimen itu hangat seketika apabila wartawan RTM itu cuba mengasak Anwar dengan alasan masyarakat luar mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan sogokan berkenaan.

"You tanya Menteri you, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab, you tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan?

Tukimin yang masih berdegil akhirnya dicabar oleh Anwar supaya mengeluarkan kenyataan beliau berhubung beberapa skandal rasuah yang masih belum selesai.

"Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya... ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka...keluarkan PKFZ, apa tindakan? Keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal Eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?"

Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau akan memberi keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta- juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya.

Tian Chua Kekalkan Kerusi Parlimen Batu

Posted: 17 Jun 2010 04:32 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua hari ini mengekalkan kerusinya selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengurangkan hukuman denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara berhubung tuduhan menganggu tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu.

Berikut keputusan itu, Tian kekal kerana hukuman yang dijatuhkan itu tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Tian Chua, 46, yang juga Pengarah Strategik KEADILAN didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Tarik balik Datuk: Chua akan adakan sidang media

Posted: 17 Jun 2010 04:14 AM PDT

Anggota Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng akan mengadakan sidang akhbar Sabtu ini berhubung penarikan balik dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Menurut satu kenyataan biro komunikasi PKR, Dr Chua akan mengadakan sidang akhbar tersebut di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya.

Chua sebelum ini menerima anugerah tersebut daripada Almarhum sultan Johor, Tuanku Mahmud Iskandar.

Anugerah berkenaan membawa gelaran 'Dato Paduka Makhota Johor' dan juga 'Seri Paduka Mahkota Johor".

Dr Chua yang juga bekas ahli parlimen Bakri selama penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.

Chua bagaimanapun masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.

Anwar Cabar RTM Apa Tindakan Terhadap Video VK Lingam Sebelum Dedah Video Lompat Parti

Posted: 17 Jun 2010 04:00 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 17 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak seorang wartawan radio daripada RTM supaya tutup mulut dan bersikap profesional apabila petugas stesen televisyen kerajaan Umno-BN itu menekan Anwar mengenai video skandal lompat parti yang didedahkan beberapa minggu lalu.

Wartawan yang hanya dikenali dengan Tukimin itu mendesak Anwar memberi tarikh yang tepat bila beliau membuat pendedahan berkaitan video skandal lompat parti yang melibatkan ahli parlimen Bebas yang membabitkan sogokan RM2 juta serta imbuhan kontrak.

Anwar dengan nada yang tegas mengarahkan Tukimin diam serta bersikap profesional selain bertanya apa akan dilakukan bila video itu didedahkan dan apa yang telah berlaku kepada video konspirasi melantik hakim yang melibatkan peguam VK Lingam sebelum ini.

"Kamu dari media mana (RTM), jelas sikap Umno itu belum jadi menteri kamu sudah bersikap sedemikian. Sudah habiskah soalan kamu nak tanya. Ok kamu boleh diam dan jawab apa yang saya ingin katakan ini.

"Kamu balik tanya kepada menteri kamu apa yang sudah terjadi dengan pendedahan yang saya lakukan dulu berkenaan kes VK Lingam, selepas itu beritahu saya. Saya akan dedahkan video skandal sogokan RM2 juta, kemudian tanya apa tindakan yang menteri kamu akan ambil.

"Saya berkomunikasi dengan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim lebih beretika dan jauh lebih beradab daripada kamu. Apa yang saya katakan tunggu masa yang sesuai untuk saya dedahkan dan tak perlu saya nyata bila, kamu tidak perlu mendesak saya kerana itu hak saya untuk menyatakan bila saya dedahkan. Saya nasihatkan kamu supaya lebih beretika dan profesional," tegas Anwar pada sidang media di lobi parlimen tengahri tadi.

Disebabkan tidak puashati dengan nasihat dan sanggahan Anwar, wartawan terbabit meninggalkan sidang media tersebut selain memperkecilkan nasihat Anwar.

Menurut beberapa petugas media yang mmebuat liputan sidang parlimen, sikap Tukimin yang dipercayai berasal dari Sabah amat cenderung kepada Umno-Barisan Nasional sekali gus merosakkan kredibiliti beliau sebagai seorang wartawan.

"Elok kalau beliau masuk Umno sahaja dan tidak bekerja sebagai wartawan upahan Umno. Sikap ini menjijikan kami golongan media yang mahu bersikap profesional sebaik mungkin," kata seorang pengarang media cetak.

Sementara itu Anwar berkata beliau akan membuat pendedahan itu pada masa yang sesuai.

"Saya menyahut cabaran Zahrain tetapi tunggu masa yang sesuai untuk saya dedahkan, apa yang saya mahu tahu apa tindakan yang kerajaan akan ambil bila pendedahan itu dilakukan.

"Saya yang akan menentukan bila video RM2 juta itu akan didedakan bukannya media pro-Umno, RTM tidak pernah profesional dalam memdedahkan kepincangan para pemimpin Umno-Barisan Nasional dalam mentadbir negara. Tindakan yang dilakukan oleh wartawan RTM itu bersifat provokasi dan tidak harus dilayan," katanya lagi.

Tahniah! Hadiah Najib Kepada Rakyat P.Pinang

Posted: 17 Jun 2010 03:28 AM PDT

Kadar Tol Jambatan Pulau Pinang Bakal Naik RM9.40

KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong hari ini meminta penjelasan daripada Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak berhubung jawapan lisan kadar tol yang meningkat daripada kadar asal RM7 kepada RM9.40 sehala.

Dalam sidang media di lobi parlimen pagi tadi, Chin Tong berkata perlaksanaan kadar tol itu jelas membebankan rakyat dan tidak munasabah sama sekali

"Adakah kerajaan Umno-Barisan Nasional akan melanjutkan konsesi jambatan Pulau Pinang yang tamat konsesi pada tahun 2013 atau melanjutkan konsesi dan menaikkan kadar tol ?.

"Menurut jawapan lisan daripada menteri terbabit menjelaskan kadar tol jambatan Pulau Pinang Kedua berdasarkan 7 kelas pada tahun 2013 setelah siap operasinya merujuk pada kelas 2 iaitu bagi kereta, teksi, van dan ganda empat roda kecuali MPV adalah RM9.40.

"Kadar tol semasa adalah RM7 bagi kelas yang sama ini menunjukkan kenaik.kan ketara dan persoalannya adakah disebabkan jumlah pelaburan RM4.5 billion maka kerajaan Umno-BN akan melanjutkan konsesi dan menaikkan kadar untuk menampung kos jambatan kedua.

"Pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk di Pulau Pinang tetapi juga penduduk di kawasan sekitarnya. Kerajaan perlu bertolak ansur dalam soal ini agar kadar tersebut tidak membebankan rakyat apatah lagi dengan isu subsidi yang akan ditarik balik.

"Nampak gayanya, jambatan pertama dan kedua akan dikenakan kadar tol yang mahal dari sekarang"

Dalam satu jawapan lisan yang lain, Chin Tong meminta penjelasan berhubung tahap kerja yang telah disiapkan dan mengapa terdapat peningkatan kos pembinaan sebanyak RM4.5 billion daripada kos asal iaitu RM4.3 billion pada tahun 2008 .

Namun katanya jawapan Menteri Kewangan itu mengelirukan yan menjelaskan bahawa jumlah kos pembinaan tidak meningkat dan kekal pada kos asal iaitu RM4.5 bilion yang dijangka dapat disiapkan menjelang September 2013.

Tambahnya Chin Tong, tujuan pembinaan jambatan kedua ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di samping bagi tujuan merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan tetapi nampaknya tujuan tersebut telah lari daripada matlamat asal.

Zahrain Punyai Nilai Moral Rendah Sebagai Pemimpin

Posted: 17 Jun 2010 03:00 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 17 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Ahli Parlimen Bayan Baru supaya mengemukakan bukti sekiranya dakwaan beliau mengenai kewujudan video lucah yang kononnya dikaitkan dengan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Anwar membuat gesaan itu ketika ditanya media mengenai kenyataan Datuk Zahrain Mohd Hashim semalam tentang video lucah yang didakwa melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Anwar memberitahu perkara tersebut adalah soal peribadi seseorang dan tidak perlu mengaibkan Exco tersebut.

"Tentang soal Elizabeth itu tidak perlu kita ungkitkan, kalau ada bukti dedahkan kepada kita untuk diambil tindakan. Kes tersebut telah lama berlaku dan selama itu kita menunggu bukti tetapi sehingga sekarang tiada siapa yang dapat memberi bukti tersebut terutamanya video tersebut.

"Saya melihat tindakan Zahrain ini hanya bersifat peribadi, beliau bertanya kepada saya tentang video tersebut, saya tidak pernah lihat apa yang diperkatakannya. Zahrain ini bila masuk Umno baru melihat video luncah sepatutnya beliau yang perlu keluarkan video tersebut, apa bukti kemukakan untuk kita ambil tindakan.

"Menyerang seseorang pemimpin tanpa ada pembelaan adalah satu sikap yang tidak adil, jika kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin juga ia menggambarkan nilai moral yang rendah kepada seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Saya sendiri pun tidak mahu layan dengan kenyataan yang bersifat tidak bertamadun itu dan itulah sikap seseorang bila berada di dalam kumpulan Umno," kata Anwar lagi.

Kabinet Penuh Dengan 'Sampah Sarap'

Posted: 17 Jun 2010 02:35 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan Dewan Negara kini seperti dipenuhi dengan 'sampah sarap' apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik ke dalam Kabinet terlalu ramai Senator yang sebenarnya tidak pun dipilih dan diperlukan oleh ahli parti mereka sebagai pemimpin.

"Sebagai contoh, G Palanivel yang tidak dilantik sebagai calon bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor dan digantikan dengan p Kamalanathan. Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan kemudiannya dilantik pula sebagai Timbalan Menteri. Persoalannya mengapa bukan Kamalanathan yang dipilih," kata Salahuddin.

Beliau mendedahkan bahawa MIC telah melakukan satu kajian dan hasil daripada analisis tersebut merumuskan sekiranya Palanivel masih dipilih sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor, Barisan Nasional akan kalah.

"Jadi mengapa kerajaan masih melantik orang yang tidak diyakini oleh parti yang diwakilinya, yang mana minda dan pandangannya tidak lagi diperlukan untuk menggerakkan dan memimpin parti. Kebiasaannya kita akan buang benda-benda yang tidak berguna, yang akhirnya menjadi 'sampah sarap"," tegas beliau lagi.

Salahuddin turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang melantik terlalu ramai Senator dari kalangan MCA seperti mana yang berlaku dalam rombakan terbaru Kabinet.

"Jika kita lihat kepada pelantikan tersebut, saya rasa rakyat Malaysia tidak yakin dengan barisan Kabinet Perdana Menteri hari ini, katanya.

Mustapa Tak Pandai Pacak Hari

Posted: 17 Jun 2010 02:08 AM PDT

KALAU mengikut amalan dan kelaziman orang tua-tua di Kelantan zaman dulu kalau mereka hendak mengada sesuatu kerja atau 'bewah' (big work kata orang putih) si tuan kerja atau tuan rumah akan pergi menghadapi ahli falak atau pun tuan-tuan guru untuk memilih hari dan tarikh yang sesuai. Mereka sangat percaya memilih hari yang tepat akan membawa tuah keberkatan kepada majlis yang akan diadakan itu.

Selain itu tujuan memilih hari dan hari bulan supaya kenduri itu meriah, mendapat berkat dan akan di kunjungi orang ramai serta tidak akan dilanda mala petaka di luar dugaan dan ketentuan akal manusia. Itu amalan orang-orang dahulu yang kini sudah dilupai. Kalau tidak kena hari bulan dan pacak hari menyebabkan kenduri itu menjadi sebam, berlaku petaka dan orang tak akan datang.

Nampaknya amalan ini tidak diperlukan oleh Tok Empat Umno Kelantan, Mustapa Mohamed dalam meletakan hari dan memilih hari bulan mengada Fiesta Kelantan di perkarangan stadium Sultan Mohamad Ke IV yang berlangsung malam tadi. Gara-gara kurang berhati-hati dan membelakangankan kelaziman itu menyebabkan Fiseta yang sepatut berjalan lendik itu jadi berkucar baral.

Seperti mana dilaporkan semalam majlis itu sepatutnya di rasmikan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra. Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat bersama Exco dan pegawai kerajaan juga dijangka akan hadir. Tetapi disebabkan kerana sikap degil dan keras kepala Mustapa yang tidak mahu membenarkan Nik Aziz berucap walaupun diminta oleh Takiyuddin Hassan menyebabkan majlis itu rosak. Mengikut perjanjian dan acara awal Nik Aziz akan berucap sama.

Tetapi setelah acara ditukar dan Umno seakan mahu memonopoli majlis itu menyebabkan Nik Aziz ambil keputusan tidak mahu hadir. Serentak itu juga Tengku Faris membuat keputusan untuk tidak sama berangkat.

Semalam waktu mencatat posting di bawah saya kira Najib Razak hadir untuk melakukan perasmian majlis berkenaan. Saya tidak tahu sama sekali yang Najib Razak rupa-rupa juga tidak hadir dan terpaksa terbang pulang awal tanpa menjejak kaki ke tempat berkenaan.Jadi tepatlah kalau saya tulis dalam posting semalam dengan tajuk Kunjungan Najib Ke Kelantan Buang Masa.
Acara merasmikan Fietsa berkenaan adalah acara kemuncak dalam siri kunjungan itu.Katanya semalam Mustapa sendiri yang berdiri dalam hujan meramsikan Fiesat berkenaan. Kalau ada hanya ada 300 orang yang hadir Fiesta apa namanya itu? Biasanya Fiesta akan dihadiri ribuan orang. Gara-gara hujan dan Najib tidak jadi, krew RTM yang sudah sedia hendak memprogandakan crowd di Fiesta berkenaan kononnya rakyat Kelantan berduyun-duyun ke stadium untuk memberi sokongan kepada Najib juga jadi sasau dan kempunan.

Iya apa yang berlaku itu semuanya kuasa Allah taala belaka. Allah yang menentukan segala-galanya. Bagaimana pun kalau kita diawal lagi bermunajak kepada-Nya, yakin kepada-Nya dan bersih hati untuk membawa apa saja demi rakyat mungkin hujan tidak turun sekejam itu.Tengku Faris juga akan sudi mencemar duli berangkat dan Najib bolehlah duduk sepentas dengan Nik Aziz.

Tetapi kerana manusia merasakan dia hero, dia wira, maka peringatan dan suruhan Allah agar berdoa dan memohon kepada-Nya dengan penuh berlapang dada dialpakan begitu saja. Jadi kalau Tuhan juga lupa kepada kita semalam dengan menurunkan bala bencana, jangan salahkan sesiapa pun.Mustapa bersama ahli badan perhubungan Umno Kelantan terutamanya Fatmi Che Salleh hendaklah menanggung dan membayar atas apa-apa kerugian maruah ditanggung Umno atas musibah itu.

Dalam kaca mata saya mereka berdualah yang memainkan peranan penting dalam usaha mengeksploitasikan kunjungan Najib ke Kelantan demi untuk membantu Umno.Sudah pasti dengan musibah yang berlaku semalam ia akan menjadi buah mulut orang Kelantan bahawa bumi Cik Siti Wan Kembang itu tidak mudah untuk menerima Najib. Kejadian semalam akan dikait dan dipolitikkan bahawa Najib hilang keramat di Kelantan.

http://msomelayu.blogspot.com/

Gambar: 15 Ribu Rakyat Kelantan Hadir Majlis Perasmian Fiesta Umno Kelantan!

Posted: 16 Jun 2010 06:00 PM PDT



gempak!



15 ribu yang hadir. yang tak dapat masu stadium hampir 5 ribu orang



pengunjung yang rata2 anak muda penuh di atas padang



pertunjukkan bunga api dalam hujan



salah sorang artis 60 an melambai tangan kepada peminat yang berasak-asak membanjiri stadium



walau pun mike RTM disediakan tapi artis tua ni memilih untuk menggunakan healer. sebab bangang!



hujan rahmat turun sambil mengajar kepada sang manusia yang zalim dan durjana akan kehebatan ALLAH mengatasi perancangan manusia!

Shhhoooooooo................................ Umno P main jauh2! Jangan Hampiri negeri kelantan

kredit gambar kat abang poji

Husam Musa: Hujan Iringi PM Terbang Awal

Posted: 16 Jun 2010 05:00 PM PDT

Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.

Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.

Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.

Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.

Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan.

Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Tinggal-lah anak buah terkial-kial, bagai kucing jatuh ke air. PM perlu dielak atau patut mengelak dari tempias peristiwa upset ini. Biarlah hujan menguasai malam dan sejarah dirakam seperti kehendak Pencipta.

Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus.

Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka, tersurat atau tersirat.

Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.

Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.

Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat.

Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya.

Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh.

Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula.

Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'.

Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia.

Kunjungan Najib Ke Kelantan Buang Masa

Posted: 16 Jun 2010 04:13 PM PDT

WAKTU catatan ini diperbuat dilaporkan di Kota Bharu hujan sedang turun dengan lebatnya. Katanya hujan disertai dengan kilat. Malam ini Perdana Menteri, Najib Razak dijangka akan merasmikan Fiesta Kelantan 2010. Pada mulanya Fiesta itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Putra. Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada mulanya juga dijangka hadir.

Malangnya semua tidak menjadi seperti mana dirancangkan. Perancangan Allah lebih baik dan ideal dari perancangan manusia. Semuanya sudah 'berkucar lana' jadinya. Fiesta Kelantan itu adalah anjuran bersama di antara kerajaan Kelantan menerusi PMBK dengan kerjasama Kementerian Pelancongan. Pengendalilnya Red Carpet Woldwide sebuah syarikat milik anak kroni Umno.

Kegagalan Fiesta itu berjalan dengan lancar telah cuba diambil kesempatan oleh Umno untuk memburukkan kerajaan Kelantan. Umno cuba menerangkan kepada orang ramai yang kerajaan Kelantan memulau Fiesta berkenaan. Inilah kerja Umno. Tetapi tidak semudah itu rakyat akan mempercayainya. Rakyat dan orang ramai akan mencari sebab musababnya dan mengkaji kenapa majlis itu jadi harubiru.

Saya juga hairan bila mendapat tahun pesta yang mulanya disusun dan diatur dengan baik tiba-tiba jadi 'kucar bara' apabila menjelang saat ia hendak berlangsung. Sebelum hari, semalam susun aturnya masih tidak berubah. Pemanngku Raja akan berangkat merasmikan, MB Kelantan juga akan hadir. Tetapi alih-alih mulai pagi tadi naik banner mengatakan majlis itu akan dirasmikan Perdana Menteri. Saat inilah ia mula memeningkan kepala. Nama Pemangku Raja tidak ada langsung hilang lenyap dalam gong gendang!

Saa percaya Tengku Faris tidak berkecil hati kalau gambarnya tidak dipampangkan di tiang-tiang eletrik. Tetapi apabila memanda menterinya (Nik Aziz) tidak diraikan sepatutnya menyeabkan baginda terasa hati dengan apa yang berlaku. Adalah tidak patut kalau baginda hadir tetapi memanda menterinya tidak berucap. Adil dan kenalah bagi baginda untuk tidak ikut berangkat.

Maka gara-gara pertukaran jadual itu atau apa yang disebut Exco Kanan, Takiyuddin Hassan bahawa Red Carpet Wordwide memungkir janji dan syaratlah menyebabkan kerajaan Kelantan memulaukan Fiesta berkenaan. Kerajaan pulau bukan kerana bencikan Najib tetapi kerana sikap tidak jujur anak buahnya di Kelantan.

Persoalannya siapakah permain licit di sebalik perubahan mendadak ini? Apakah ia dari pihak kerajaan negeri yang menjadi penganjur bersama. Tidak? Tidak mungkin kerajaan negeri jadi sebodoh itu majlis yang dianjurnya tetapi diboikot.

Apa yang berlaku merugikan siapa? Kerja ini sudah tentu daripada pihak Umno. Ada laporan menyatakan orang yang beriya agar Nik Aziz tidak berucap ialah Mustapa Mohamed. Mustapalah orang bertanggungjawab. Tindakan Mustapa ini kurang bijak dan membuka kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin. Harapnya selepas ini beliau akan membuat penjelasan atas apa yang berlaku.

Sepatutnya Mustapa tidak berkeras untuk halang Nik Aziz berucap. Beliau patut biarkan Nik Aziz berucap sama. Beliau tidak perlu rasa takut kepada sesuatu yang berbagar-bagar dalam kepalanya. Katanya Mustapa takut untuk beri Nik Aziz bercakap, bimbang Nik Aziz akan menghentam Najib seperti Nik Aziz hentam Abdullah Baawi semasa pelancaran Koridor Raya Pantai Timur (Ecer) tidak lama dulu.

Pendek sangat akal Mustapa kalau dia berfikir begitu. Memang ada 'kuliha' apa yang dibimbanginya. Tetapi bukankah Mustapa boleh minta salinan ucapan Nik Aziz, check dan periksa dulu. Kalau ada mana-man ayat atau pantun da syair menyindir Najib boleh diminta Nik Aziz potong atau tidak bacakan. Rasanya Nik Aziz juga manusia yang tahu adat dan budibahasa. Saya tidak merasa Nik Aziz akan mencerca Najib di hadapan raja.

Nampaknya Mustapa tidak peka kepada isyarat yang Nik Aziz berikan dalam muktamar Pas minggu lalu. Di situ Nik Aziz sudah marah kepada perwakilan yang mempersenda dan memanggil dengan panggil jelek kepada Najib. Apakah erti dan makna marah Nik Aziz itu. Sebab itu sekali sekali Mustapa kena baca juga akhbar Harakah untuk mengetahui apa suara pemimpin Pas dan jangan bertalik buta kepada rtm dan Utusan saja.

Mustapa jelas tidak pandai mengambil kesempatan untuk mempertemukan dua tokoh atas satu pentas. Sepatutnya beliau bijak laksana. Beliau tidak melepas peluang itu untuk merapatkan silaturahim antara dua pemimpin besar. Tetapi apa boleh buat kerana kebodohan dan rasa takut yang melulu maka terlepaslah peluang keemasan itu. Bayangkan betapa hebatnya kalau malam ini bersemayam di atas pentas sama Menteri Besar dengan Perdana Menteri yang mana di tengah-tengah Pemangku Raja. Hebat.

Sayangnya minda Mustapa tumpul gelebek untuk mencipta sejarah itu buat dirinya dan rakyat Kelantan. Rasa takut tidak bertempat menyebakan peluang itu sia-sia saja. Pada saya kegagalan mempertemukan atau meletakkan Nik Aziz bersama Najib satu kerugian besar kepada Umno Kelantan khasnya dan rakyat Kelantan amnya.

Inilah jadinya kalau sesutau organisasai itu dipimpin oleh orang yan cetek ilmu, terlalu penakut dan bekerja menggunakan kepalanya sendiri. Umno Kelantan tidak akan berubah bulu kalau ianya dipegang oleh orang penakut tidak bertempat seperti Mustapa Mohamed. Dalam hal ini saya nampak Annuar Musa lebih berani dan geliga dari Mustapa.

Kesimpulanya kunjungan Najib ke Kelantan yang ditunggu-tunggu hari ini hanya membuang masa saja. Bukan saja beliau tidak berkesempatan bersua dengan Nik Aziz, tetapi beliau juga mendapat malu apabila Fiesta itu dipulau oleh rakyat Kelantan. Apalah hebatnya pemimpin kalau beliau ditinggalkan terkontang kanting atas pentas dalam kilau kilat dan hujan lebat!

Mungkin dari peristiwa yang berlaku hari ini, sampai masa untuk Najib menilai semula kedudukan dan peranan Mustapa Mohamed selaku ketua Umno Kelantan. Kalau orang seperti Mustapa diharapkan untuk membaikpulihkan Umno Kelantan, ibarat kata parti itu akan kempunan lagi dalam pilihan raya akan datang.

Namapaknya kedua orang Bachok (Mustapa dan Awnag Adek) bukan memabawa tuah, tetapi membawa tulah kepada Umno. Kerana itu saya katanya Mustapa hanya layak jadi Tok Empat Umno. Sudahlah Mustapa bebal begitu, Awang Adek pula sudah dicap sebagai kaki judi oleh rakyat Kelantan. Aduhai..

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: