Rabu, 9 Jun 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Sekeping Gambar "Lucah" Sempena Muktamar!

Posted: 08 Jun 2010 11:22 PM PDT

Seronok sangatkah dapat bergambar dengan Najib dan Muhyiddin, wahai Presiden dan Timbalan presdien PAS? (Gambar dirakam sewaktu sidang parlimen tatkala Najib meraikan aktivis Rachel Corrie baru-baru ini - ehsan TMI)

Bukankah gambar ini boleh dimengertikan oleh sesiapa juga bahawa UG itu masih hidup segar? Lihat sahaja rawak muka Najib dan Muhyiddin, yang begitu gembira dengan kehadiran pemimpin PAS (Nasyaruddin dan Hadi yang turut kelihatan gembira) bergambar sama.

Mengapakah begitu pantas 2 pemimpin PAS ini menerima pelawaan pemimpin UMNO yang kemudiannya kedua-dua itu "ditipu" apabila sebenarnya yang hendak diutamakan ialah bergambar sama untuk menunjukkan keakraban UMNO-PAS demi menghancurkan Pakatan Rakyat?

Mengapakah tidak belajar dari peristiwa-peristiwa lalu? Mengapa pemimpin PAS kita terlalu lemah untuk berfikir supaya tindak-tanduk mereka tidak mengelirukan orang lain?

TGNA pernah ditipu oleh Najib sewaktu kunjungan Najib di Kelantan di mana wakil Najib telah menjemput TGNA ke lapangan terbang untuk "menyambut" Najib. Gambar kedua-dua pemimpin itu kemudiannya dimanipulasikan namun telah dijawab oleh TGNA bahawa kerjasama yang dikehendaki oleh Kelantan ialah diantara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Bukan PAS dengan UMNO. Gi jahanam dengan UMNO - tegas TGNA.

Anda hentam pemimpin UMNO sepuas-puas di rostrum ceramah Pakatan Rakyat, tetapi lain jadinya apabila anda bertemu mereka di tempat lain. Sama juga UMNO dengan Israel. Dihentam sepuas-puasnya yahudi itu di Parlimen, tetapi kelingking masih berkait dengan APCO. Itu CURANG namanya. Ini bukan fitnah tetapi hakikat yang terang dan nyata. Zahirnya lain batinnya lain!

Jangan salahkan rakyat, jangan disalahkan ahli PAS, jangan salahkan blogger - jika PAS terus ditimpa musibah di setiap kali keputusan pilihanraya yang melibatkan PAS selepas ini.

Nik Aziz Takkan Dengar Cakap UMNO

Posted: 08 Jun 2010 10:51 PM PDT

Teka-teki pelan peralihan kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum terurai dengan penegasannya hari ini — beliau tidak akan berundur selagi Umno mendesaknya agar berhenti daripada menjadi Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz yang genap 20 tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, yang kelihatan ceria dan tenang sebelum merasmikan muktamar tahunan ketiga-tiga sayap PAS di sini malam ini berkata, Umno memang mahukan beliau berhenti sekarang tetapi ahli-ahli PAS pula berpendirian sebaliknya.

"Umno memang hari-hari suruh saya berhenti tapi PAS tak bagi (benarkan). Saya orang PAS, bukan orang Umno," kata beliau dengan disusuli ketawa besar.

"Saya ulang sekali lagi, Umno hari-hari minta saya berhenti tapi PAS tak bagi saya berhenti dan oleh kerana saya orang PAS, saya ikut orang PAS, bukan Umno," kata Nik Aziz dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di sini, pagi ini.

Nik Aziz, 79, yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkongsi pendekatan mudah dalam isu pelan peralihan kepimpinan khususnya ekoran desakan parti pembangkang di negeri itu.

"Satu kaedah kita berjuang, kaedah kita berjuang sama ada berniaga, politik atau main bola, kita tengok mengapa musuh kita marah... yang itu kita buat.

"Mengapa musuh kita buat, yang itu kita buat. Kaedahnya begitu... macam kita bertumbuk. Bila kita bertumbuk, bila nampak merah di sini (muka), di sini kita tumbuk, tumbuk, sampai dia rebah.

"Begitu juga Umno... apa yang Umno hendak pada saya, itu yang saya lawan. Dia suruh saya berhenti, saya tidak berhenti. Itu kaedah kita berlawan,"
katanya.

Apabila ditanya terus bila akan berundur, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menjawab:

"Mana tahu?" kata beliau dengan penjelasan bahawa akan kekal, dan tidak akan tunduk kepada desakan Umno.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di sini malam tadi, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, peranan Menteri Besar Kelantan itu masih diperlukan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Pada pandangan saya, Datuk Nik Aziz perlu (perlu) kekal (memimpin negeri)," kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan itu ketika ditemui selepas ceramah di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa dekat sini malam tadi.

"Jika boleh, saya berharap Datuk Nik Aziz akan kekal selepas pilihan raya umum nanti," kata beliau dengan merujuk kepada ketokohan Nik Aziz yangmenerajui kerajaan sejak 1990.

Nik Aziz berkecimpung dalam politik Kelantan lebih empat dekad lalu.

Nik Amar menjelaskan, PAS Kelantan masih memerlukan kepimpinan Nik Aziz, ikon politik negeri itu, dan yakin akan mengetuai parti itu dan Pakatan Rakyat di negeri Pantai Timur dalam pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini pernah ada cadangan supaya Nik Aziz juga dilantik sebagai ketua umum Pakatan Rakyat pendaftarannya diterima kelak.

Tahun ini genap 20 tahun Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mengetuai kepimpinan kerajaan negeri sejak PAS menang pilihan raya umum 1990.

PAS dilihat mengadakan Mutkamar Tahunan PAS kali ini di Putik sempena memperingati 20 tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Malam ini buat pertama kali dalam sejarah, Nik Aziz akan merasmikan serentak muktamar tahunan ketiga-tiga sayap parti itu — Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama.

Antara yang disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Aziz ialah Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun sebelum ini beliau dipetik berkata, belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz pernah membayangkan yang beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang.

Sejak akhir tahun lalu timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.

Selain Ahmad, dua lagi nama yang sering disebut-sebut mungkin dipilih menggantikan Nik Aziz ialah Mohd Amar sendiri dan seorang lagi Exco Kelantan iaitu Datuk Husam Musa.

Kedua-dua merekan juga merupakan Exco. Ahmad, Husam dan Mohd Amar masing-masing merupakan timbalan pesuruhjaya PAS I, II dan III Kelantan.

Berhubung rancangan atau wawasan menerajui Kelantan, Nik Aziz menjawab: "Masa depan itu biar dulu. Kamu boleh tengok 20 tahun, saya buat."

Kata Nik Aziz, beliau tidak suka bercakap tentang masa depan tetapi akan melakukan apa yang diperlukan untuk rakyat.

"Saya tak suka cakap (pasal) masa depan. Tetapi sebagaimana saya hendak kata, saya sudah kata.

"Sebagaimana saya hendak fikir, saya sudah fikir. Benda ini, kawan-kawan saya dalam parti, Exco saya sudah tengok. Bila saya sudah tiada di dunia, bila saya berundur diri, maka orang itu boleh tiru.

"Tak tiru saya pun tak apa, tiru Nabi Muhammad... cukup," katanya.

Ditanya sama ada kepimpinan kalangan PAS Kelantan sudah cukup mantap untuk mengambil alih apabila berundur, Nik Aziz menjawab: "Masa saya mula-mula masuk dulu, saya sendiri macam tak ada orang yang boleh saya kenal kerana ketika itu saya baru kan."

Bagaimanapun sekarang menurut beliau, sudah ramai pemimpin yang layak dengan memiliki kelayakan profesional dalam PAS Kelantan.

"Dulu, masa PAS timbul (ditubuhkan) pada tahun 1951, tok guru pondok (yang) sokong. Golongan bijak pandai tiada, orang (yang keluar) universiti tiada, tiada yang sokong PAS.

"Tetapi sekarang semakin ramai, semakin ramai. Exco saya sekarang ini semua kelulusan universiti, semua Exco saya kelulusan universiti.

"Ada bekas guru, ada bekas pakar ekonomi, ada doktor... macam-macam ada," katanya.

Mengenai pelan peralihan kepimpinan negeri, Nik Aziz berkata, pelan peralihan tidak boleh dirancang.

"Peralian ini tidak boleh dibuat pelan. Takut tak jadi, kadang-kadang kita merancang, sampai masa tak boleh jadi.

"Sebab itu saya tidak mahu cakap (tentang) masa depan. Pelan, saya hanya membetulkan diri saya... percakapan saya, saya jaga; perbuatan saya, saya jaga supaya orang lain tiru. Jadi bila berundur kerana sakit, kerana letih, orang lain boleh ambil alih dengan senang," katanya.

Nik Aziz berkata, dalam PAS Kelantan sudah ada hirarki, yang mana mereka boleh menjalankan tugas dengan baik.

"Ada timbalan... saya ada timbalan tiga orang, dalam Dewan Harian saya ada setiausaha, orang ini pandai lah, mereka boleh buat.

"Masa saya ambil alih dulu, tiada siapa yang mengajar saya... mereka bernasib baik," katanya lagi. -TMI



Pemimpin PAS harap Nik Aziz kekal ketuai Kelantan PRU-13

Sementara pelbagai pihak melihat Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mengumumkan pelan peralihan kepimpinan dalam waktu terdekat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, peranan Menteri Besar Kelantan itu masih diperlukan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Pada pandangan saya, Datuk Nik Aziz perlu (perlu) kekal (memimpin negeri)," kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan itu ketika ditemui selepas ceramah di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa dekat sini malam tadi.

"Jika boleh, saya berharap Datuk Nik Aziz akan kekal selepas pilihan raya umum nanti," kata beliau dengan merujuk kepada ketokohan Nik Aziz yangmenerajui kerajaan sejak 1990.

Nik Aziz berkecimpung dalam politik Kelantan lebih empat dekad.

Nik Amar menjelaskan, PAS Kelantan masih memerlukan kepimpinan Nik Aziz, ikon politik negeri itu, dan yakin akan mengetuai parti itu dan Pakatan Rakyat di negeri Pantai Timur dalam pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini pernah ada cadangan supaya Nik Aziz juga dilantik sebagai ketua umum Pakatan Rakyat pendaftarannya diterima kelak.

Tahun ini genap 20 tahun Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mengetuai kepimpinan kerajaan negeri sejak PAS menang pilihan raya umum 1990.

PAS dilihat mengadakan Mutkamar Tahunan PAS kali ini di Putik sempena memperingati 20 tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Nik Aziz, 79, yang imejnya lebih terserlah sebagai seorang ulama dengan memegang jawatan Mursyidul Am PAS dianugerahkan oleg Gerakan Rakyat Anti Korupsi sebagai Menteri Besar memiliki rekod paling bersih dan tahun lalu diletakkan antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia.

Malam ini buat pertama kali dalam sejarah, Nik Aziz akan merasmikan serentak muktamar tahunan ketiga-tiga sayap parti itu — Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama.

Antara yang disebut-sebut sebagai bakal meng gantikan Nik Aziz ialah Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun sebelum ini beliau dipetik berkata, belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz pernah membayangkan yang beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang.

Sejak akhir tahun lalu timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.

Akhir tahun lalu, Mohd Amar sebelum ini pernah mencadangkan agar Nik Aziz mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS negeri.

Selain Ahmad, dua lagi nama yang sering disebut-sebut mungkin dipilih menggantikan Nik Aziz ialah Mohd Amar sendiri dan seorang lagi Exco Kelantan iaitu Datuk Husam Musa.

Kedua-dua merekan juga merupakan Exco.

Ahmad, Husam dan Mohd Amar masing-masing merupakan timbalan pesuruhjaya PAS I, II dan III Kelantan.

Turut berucap pada ceramah malam tadi ialah bekas naib presiden Mohamad Sabu, yang kini merupakan ahli jawatankuasa PAS pusat. -TMI


1Malaysia-One Israel: Anwar mahu peguam wakilinya

Posted: 08 Jun 2010 10:43 PM PDT

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berganjak dengan tuntutannya agar dia dibenarkan mengguna khidmat peguam bagi mewakilinya ketika dihadapkan ke Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen.

"Saya belum dimaklumkan berhubung keputusan permohonan supaya saya diwakili oleh seorang peguam yang akan hadir dan terbabit pada mesyuarat itu," katanya.

"Pada mulanya, jawatankuasa itu memutuskan membenar S Ambiga untuk bersama tetapi tidak dibenarkan mengambil bahagian...tetapi apabila saya meninmggalkan bilik mesyuarat, beliau tidak dibenarkan langsung untuk masuk," kata Anwar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Apco Worldwide, Brad Staples hadir di mesyuarat itu hari ini sebagai saksi.

Apco Worldwide - adalah firma perunding pergubungan media antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan, yang didakwa oleh Anwar mempunyai hubungan dengan Israel.

Selain wakil Apco, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga dipanggil menghadap jawatankuasa itu.

"Saya masuk sebentar tadi untuk sekali lagi memohon supaya peguam saya dan hadir dan jawatankluasa itu akan menelitinya," kata Anwar.

Ketua umum PKR itu juga melahirkan kekecewaannya kerana tidak dibenarkan hadir untuk mengikuti keterangan dari perwakilan Apco itu dan juga daripada Nazri.

"Menurut jawatankuasa itu, ia hanya inkuiri biasa, tertuduh tak perlu hadir.

"Tetapi jika tuduhan itu membabitkan hukuman dan dalam kes ini termasuk digantung dari parlimen, saya sepatutnya dibenarkan masuk untuk mendengar apa yang diperkatakan mereka," kata Anwar. -MK


1Malaysia-One Israel, CEO Apco Beri Keterangan, Anwar Tidak Berganjak

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berganjak dengan tuntutannya agar dia dibenarkan mengguna khidmat peguam bagi mewakilinya ketika dihadapkan ke Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen.

"Saya belum dimaklumkan berhubung keputusan permohonan supaya saya diwakili oleh seorang peguam yang akan hadir dan terbabit pada mesyuarat itu," katanya.

"Pada mulanya, jawatankuasa itu memutuskan membenar S Ambiga untuk bersama tetapi tidak dibenarkan mengambil bahagian…tetapi apabila saya meninmggalkan bilik mesyuarat, beliau tidak dibenarkan langsung untuk masuk," kata Anwar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Apco Worldwide, Brad Staples hadir di mesyuarat itu hari ini sebagai saksi.

Apco Worldwide – adalah firma perunding pergubungan media antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan, yang didakwa oleh Anwar mempunyai hubungan dengan Israel.

Selain Apco, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga dipanggil menghadap jawatankuasa itu.

"Saya masuk sebentar tadi untuk sekali lagi memohon supaya peguam saya dan hadir dan jawatankluasa itu akan menelitinya," kata Anwar.

Ketua umum PKR itu juga melahirkan kekecewaannya kerana tidak dibenarkan hadir untuk mengikuti keterangan dari perwakilan Apco itu dan juga daripada Nazri.

"Menurut jawatankuasa itu, ia hanya inkuiri biasa, tertuduh tak perlu hadir.

"Tetapi jika tuduhan itu membabitkan hukuman dan dalam kes ini termasuk digantung dari parlimen, saya sepatutnya dibenarkan masuk untuk mendengar apa yang diperkatakan mereka," kata Anwar.-mk


'Yahudi & Judi': Empat pemimpin PAS ditahan

Posted: 08 Jun 2010 06:42 PM PDT

Polis menahan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Ridzwan (gambar) dan tiga lagi pemimpin akar umbinya di tapak ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves, Selangor.

Hasbullah berkata beliau ditahan kerana enggan bersurai apabila polis mengarahkannya supaya berbuat demikian, ketika berkumpul bersama kira-kira 20 orang yang lain di perkarangan Dewan Kompleks Muhibbah di Taman Bolton.

Turut ditahan dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam tadi ialah ketua pemuda PAS bahagian Gombak Syarhan Humaizi Halim, setiausaha Damanhuri Dol dan ketua penerangannya Afyan Mat Rawi.

Ketiga-tiga orang tersebut ditahan kerana menghalang tugas polis, kata Hasbullah lagi ketika dihubungi lewat malam tadi.

Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah Gombak dan dibebaskan pada kira-kira jam 11.50 malam dengan jaminan polis.

Hasbullah mendakwa, ceramah bertema kan 'Yahudi dan Judi' anjuran lajnah penerangan PAS itu pada awalnya dijadualkan diadakan di tempat berkenaan terpaksa dipindahkan ke Stadium Selayang, hampir 10 kilometer daripada tempat itu.

"Polis menutup tempat itu jadi kami terpaksa ambil tempat alternatif ke Stadium Selayang.

"(Polis) kata sebab penganjuran ceramah ini tidak ada permit, dan mereka kata (Dewan Kompleks Muhibbah) itu kawasan terbuka.

"Hakikatnya tempat itu berbumbung dan sememangnya berada dalam kawasan berpagar," kata Hasbullah lagi.

Di stadium berkenaan, ceramah oleh pemimpin kanan Pakatan Rakyat, antaranya oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang turut disertai peserta flotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel baru-baru ini.

Walaupun berlaku pertukaran tempat di saat-saat akhir, hampir 2,000 orang menyertai ceramah tersebut.

Sementara itu menurut Harakahdaily ceramah malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Versi internet akhbar organ PAS itu melaporkan majlis itu tidak dapat diteruskan di situ kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya. -mk


Ceramah 'Yahudi dan Judi' dipindah ke Stadium Selayang
Harakahdaily
GOMBAK, 8 Jun: Ceramah 'Yahudi dan Judi' yang melibatkan pemimpin utama Pakatan Rakyat di Kompleks Muhibah Taman Bolton, di sini, malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Majlis yang sepatutnya dibuat di sebuah dewan tidak dapat diadakan kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.

Ekoran itu, beberapa orang ditahan iaitu dua anggota Unit Amal, Alfian dan Damanhuri, Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah dan Ketua Pemuda Gombak, Ustaz Sharhan.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Selayang.

Majlis ceramah yang melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Datuk Mahfuz Omar dipindahkan ke Stadium Selayang.

Turut menyampaikan ceramah ialah sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Gaza yang ditahan tentera rejim Israel iaitu Mustafa Mansor (Mapim) dan Jamuliddin Elias (Yayasan Amal) pada majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad itu.

Walaupun tempat ceramah terpaksa dipindahkan pada malam ini juga dalam jarak lebih kurang 15 kilometer, namun sekitar 5,000 orang sudah berada di dalam stadium pada kira-kira jam 10.30 malam ini

GOMBAK, 8 Jun: Ceramah 'Yahudi dan Judi' yang melibatkan pemimpin utama Pakatan Rakyat di Kompleks Muhibah Taman Bolton, di sini, malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Majlis yang sepatutnya dibuat di sebuah dewan tidak dapat diadakan kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.

Ekoran itu, beberapa orang ditahan iaitu dua anggota Unit Amal, Alfian dan Damanhuri, Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah dan Ketua Pemuda Gombak, Ustaz Sharhan.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Selayang.

Majlis ceramah yang melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Datuk Mahfuz Omar dipindahkan ke Stadium Selayang.

Turut menyampaikan ceramah ialah sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Gaza yang ditahan tentera rejim Israel iaitu Mustafa Mansor (Mapim) dan Jamuliddin Elias (Yayasan Amal) pada majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad itu.

Walaupun tempat ceramah terpaksa dipindahkan pada malam ini juga dalam jarak lebih kurang 15 kilometer, namun sekitar 5,000 orang sudah berada di dalam stadium pada kira-kira jam 10.30 malam ini. -harakahdaily


Nazri Dan APCO Worldwide Beri Keterangan Esok

Posted: 08 Jun 2010 07:40 AM PDT

Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen yang sepatutnya mendengar Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri kerana kenyataannya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel terpaksa ditangguhkan.

Penangguhan itu kerana jawatankuasa berkenaan menolak permintaan Anwar supaya ahli parlimen dibenarkan hadir sebagai pemerhati, manakala peguamnya walaupun dibenarkan mengikuti prosiding itu tetapi kuasanya tidak jelas.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata Anwar akan dipanggil semula pada tarikh yang ditentukan kemudian.

Mesyuarat jawatankuasa itu hari ini juga mengambil keputusan untuk mengarahkan wakil firma perhubungan awam, Apco Worldwide untuk tampil memberi keterangan esok.

Selain itu, Pandikar Amin yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata mesyuarat jawatankuasa yang bersambung esok akan juga memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai saksi.

Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai jawatankuasa itu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (PRK-Subang) memaklumkan wartawan berhubung keputusan penolakan itu.

"Anwar dinafikan haknya untuk hadir bersama seorang peguam, keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa berkenaan. Saya dan Sivarasa menentangnya tetapi empat yang lain tidak mahu berganjak," katanya.

Menurut Karpal, di bawah Peraturan Dewan 83 (7)(a) jawatankuasa hak dan kebebasan mempunyai hak membenarkan peguam kepada sesiapa yang dihadapkan kepadanya.

Anwar hari ini tiba pada jam 12.35 tengah hari, sejam selepas jawatankuasa itu bermesyuarat tetapi diarahkan meninggalkan bilik itu.

Ini kerana jawatankuasa yang bersidang belum membuat keputusan berhubung permintaannya supaya perbicaraan diadakan secara terbuka dan dia dibenarkan diwakili oleh peguam.

Beberapa ahli parlimen - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Loh Gwo-Burne (PKR-Kelana Jaya) cuba memasuki bilik mesyaurat sebagai pemerhati tetapi juga diarahkan keluar.

"Ia adalah jelas. Menurut peraturan, hanya ahli parlimen dibenarkan masuk, tetapi apabila kita membuat bantahan, mereka sedang mempertimbangkannya," kata Gobind.

Jawatankuasa berkenaan kemudiannya memutuskan bahawa peguam Anwar yang juga bekas ketua Majlis Peguam - Datuk S Ambiga dibenarkan hadir sebagai pemerhati tetapi beliau tidak benarkan mengambil bahagian.

Pada perbicaraan ini, Anwar akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.

Beliau yang juga ketua umum PKR sebelum ini berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel.

Berikutan itu, pada 22 April lalu, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa tersebut.

Selain Karpal dan Sivarasa anggota parlimen lain yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) dan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong)-mk

Lesen Judi : Najib Perlu Diheret Ke JK Hak Dan Keistimewaan Parlimen Kerana Menipu

Posted: 08 Jun 2010 03:48 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kelulusan lesen judi bola sepak yang diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan Najib yang juga Menteri Kewangan I semalam telah menyelewengkan Dewan Rakyat apabila menyatakan kerajaan masih mengkaji permintaan Berjaya Corporation Bhd berhubung lesen judi tersebut.

"Semalam, dalam jawapan berhubung lesen judi sukan, Najib menafikan telah meluluskan tetapi pada masa yang sama di dalam laman sesawang Kumpulan Berjaya telah mengumumkan bahawa kelulusan itu telah diberikan.

"Hari ini bila kita periksa pengumuman berhubung lesen judi tersebut, nampaknya rekod itu telah dipadamkan.

"Kenyataan ini mengarut kerana kerana Kementerian Kewangan sebenarnya sudah pun meluluskan lesen tersebut kerana kalau tidak kenapa Berjaya Corporation membuat pinjaman RM614 juta untuk mengendalikan operasi judi sukan ini.

"Najib sepatutnya dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana memberikan kenyataan mengelirukan," kata beliau.

Menurutnya, Berjaya Corporation membuat pengumuman pada 12 Mei berhubung kelulusan lesen judi sukan yang menyebabkan saham syarikat tersebut melonjak naik pada hari tersebut.

Pengumuman itu menyatakan Menteri Kewangan telah memberikan kelulusan kepada Ascot Sports lesen untuk mengendalikan operasi judi sukan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan yang baru dilantik, Senator Datuk Donald Lim ketika ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan kerajaan tidak muktamad dan masih menunggu maklumbalas semua pihak.

Ketika diminta mengulas itu, beliau enggan menjawab kerana menurut beliau keputusan itu bukan di tangannya dan mengatakan Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan lanjut isu tersebut. -SK

Lesen Judi : JAKIM Dan Majlis Fatwa Jadi Syaitan Bisu

Posted: 08 Jun 2010 02:15 AM PDT

Lesen judi sukan: Akar umbi Umno mulai gelisah

Bibit-bibit protes mula kedengaran hari ini daripada kem penyokong kerajaan berhubung isu pemberian lesen judi sukan.

Tentangan tersebut mula dikesan pada satu sidang mesyuarat cawangan Umno di Teluk Intan yang mengusulkan supaya kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut.

Usul tersebut dikemukakan oleh seorang pemimpin akar umbi, Yuzaile Yusof ketika mesyuarat Umno Cawangan Lorong Masjid, Teluk Intan pada 22 Mei lalu.

Yuzaile berkata, pergerakan pemuda Umno sebelum ini tidak mampu untuk menepis isu judi kerana ia sememangnya memberi kelebihan kepada golongan yang bukan penyokong BN.

"Keadaan begini memberi ruang kepada (pro-Pakatan Rakyat) untuk bersuara.Jadi pemuda Umno tidak boleh menepis isu ini, sebab judi sememangnya haram walaupun lesen itu sah atau tidak," katanya.

"(Jadi) kami menggesa agar kerajaan menarik balik lesen judi bola sepak," kata Yuzaile yang juga ketua pemuda bahagian Teluk Intan.

Katanya lagi, selain isu judi, mesyuarat cawangan kali ini dilihat tidak mengandungi banyak perkara berbangkit untuk diutarakan.

Ini disebabkan, cawangan-cawangan lain masih tidak menyerahkan usulnya ke mesyuarat negeri, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mesyuarat tahunan peringkat cawangan itu bermula Sabtu lalu di seluruh negara hingga 15 Jun depan.

Ini akan diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai sebelum perhimpunan agung dari 28 hingga 30 Oktober depan.

Ulasan GB

Seingat GB cuba dua orang mufti yang tampil untuk menyatakan dengan berani bahawa langkah kerajaan menluluskan judi itu adalah salah di sisi agama.

Manakala mufti-mufti lain membisu. Begitu juga JAKIM.

Perlu dimaklumkan bahawa rakyat melihat kebisuan mufti-mufti dan JAKIM terhadap isu tersebut sebagai sesuatu yang mendukacitakan dan mereka yang membisu itu tidak lain dari kalangan yang bernama "syaitan bisu" - satu gelaran yang diberikan oleh Rasulullah terhadap ulamak-ulamak yang berdiam diri terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah.

Mufti-mufti, Majlis Fatwa Kebangsaan dan JAKIM akan terus menjadi institusi yang tidak akan dihormati oleh umat Islam di negara ini apabila terus-terusan mendiamkan diri terhadap kemunkaran yang berlaku secara terang-terangan yang dilakukan oleh pemerintah.



Tiada ulasan: