keAZAManMalaysia |
| Posted: 25 Jun 2010 08:20 PM PDT Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan;(sudah diringkaskan) KUALA LUMPUR: Seramai 40 ulama muda profesional, termasuk berkelulusan sarjana dan doktor falsafah (PhD) menyertai UMNO malam tadi, bagi membantu menyemarakkan gerak kerja dakwah dalam parti itu dan di negara ini. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata penyertaan kumpulan pertama itu akan diikuti lebih ramai ulama dalam masa terdekat ini dengan menjadi ahli. "Ulama tulen ini akan tegur perkara tidak benar dan sebut perkara yang benar. Ulama tulen meletakkan agama sebagai prinsip perjuangan, tidak memihak kepada mana-mana. "Mereka ini punyai pengikut yang ramai dan UMNO menyediakan platform kepada mereka untuk melaksana aktiviti dakwah khususnya kepada generasi muda," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan borang keahlian ulama muda di Ibu Pejabat UMNO di sini, malam tadi. Borang keahlian itu diserahkan wakil ulama diketuai Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, UMNO memberi mereka platform untuk bergerak bebas mendekati masyarakat serta menasihati perkara yang mungkar, termasuk kepada pemimpin. "Kami tidak mempunyai tujuan politik, niat kami ikhlas untuk berdakwah kepada masyarakat dan peluang ini harus kami terima," katanya. Ketika ditanya mengapa tidak memilih parti Melayu lain seperti PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fathul berkata, UMNO mendekati mereka untuk memberi peluang dalam melakukan kerja berdakwah. Kerataan akhbar tajuk yang lain pula;(diringkaskan juga) KANGAR: Pendakwah tempatan perlu bebas daripada pengaruh ekstrem yang merosakkan imej Islam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, pengaruh dan tindakan berunsurkan ekstremis bukan saja tidak mencerminkan imej sebenar Islam, malah bertentangan dengan ajaran al-Quran yang menjadi sumber rujukan utama agama. 1.Ulama tulen?Ulama tulen hanya memperjuangkan Islam dan bukannya Melayu dan Islam. 2.UMNO berdakwah?Lihat sahaja isteri PM,dan datin-datin UMNO,dakwah kepada mereka dahululah.Mungkin bagus juga,mereka ini mungkin boleh dinasihati.Jangan masuk kanan keluar kiri sudah lah. 3.Patutlah,salah seorang ulama tersebut merupakan pensyarah UKM.Sebelum ini mungkin anda perasan PM dan TPM selalu ke UKM.Seperti pensyarah UUM yang selalu membela kerajaan dan UMNO di TV,rupa-rupanya mahuu dinaikkan pangkat sebagai Naib Canselor UUM. 4.Kelakarnya,ulama tersebut menyatakan masuk UMNO untuk tujuan dakwah.Selama ini di TV,ramai lagi ustaz-ustaz yang lebih patut digelarkan ulama dalam dakwah mereka tidak pula menyertai mana-mana parti boleh menyampaikan dakwah sehingga menusuk kalbu.Saya pasti ustaz-ustaz Halaqah,Al-Kuliyyah dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam lebih bagus daripada mereka ini dari konsep dakwah.Maksudnya,perlukah dakwah menggunakan paltform politik.Boleh diterimakah?Boleh turunkah kadar rasuah? 5.Tidak hairan selepas ini MCA akan buka mulut.Mereka ini lebih Islamofobia daripada DAP. 6.Dr.M pula menyatakan dakwah tidak perlu ekstrem,adakah ini bermaksud dakwah ulama UMNO ini kelak cuma seperti kelabu asap.Laju bertiup,lalu menghilang.Maknanya tidak berkesan langsung. 7.Dakwah ekstrem hapuskan imej Islam?Jadi umat Islam tetapi tidak serupa umat Islam lagi menjahanamkan imej Islam. 8.Berlandaskan Al-Quran dan Sunnah?Lihat sendiri pada cara pentadbiran Dr.M Sekian,Wallahu'alam JANGGUT SEJEMPUT KAT DAGU DAH KIRA ULAMA LA!!!!!!!!? |
| UMNO Halalkan Judi untuk Siapa? Posted: 25 Jun 2010 06:07 AM PDT Fiction from the PhotoRais:wang besar wang besar!!!!!!!!!!!!!!!!! Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan bahawa suruhanjaya pemantau judi dicadangkan penubuhannya untuk memantau dan mengurangkan aktivit judi. 1.Adakah suruhanjaya pemantau judi ini akan menjadi seperti SPRM,memantau dan mengurangkan sahaja aktiviti judi,bukannya memberi kesedaran kepada pelaku untuk insaf. 2.Menteri Penerangan juga menyatakan bahawa hasil judi akan disalurkan kepada bukan Islam untuk bantuan.Kelakarnya.Adakah hasil cukai judi ini akan disimpan dalam tabung khas?Malahan lagi,boleh percayakah hasil cukai judi itu akan disalurkan kepada rakyat bukan Islam?Sedangkan zakat pun para menteri melesap. 3.Presiden GPMS menyatakan bahawa Malaysia belum BERSEDIA.Adakah Presiden GPMS ini merelakan judi cuma belum bersedia sahaja.Kononnya,Malaysia bakal menjadi negara hub judi.Hub judi atau tidak,kasino besar sudah lama bertapak di Genting Highlands,dan mereka langsung tidak mahu bersuara. 4.Timbalan Presiden sebuah persatuan masyarakat Cina pula awal-awal telah mencadangkan supaya ahli-ahli NGO yang bakal menjadi ahli suruhanjaya itu.Awal-awal lagi dah bagi idea.Mesti mahu hantar calon-calon daripada merekalah tu.Presiden MCA dan Presiden MIC pun boleh jadi.Sebab mereka bukan menteri,kan? 5.Kesimpulannya,UMNO merelakan aktiviti haram.Siap ada suruhanjaya lagi. Sekian,wallahu'alam |
| You are subscribed to email updates from keAZAManMalaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan