Selasa, 8 Jun 2010

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Idris Jala Kata Bankrap,Najib Pula Kata Tidak

Posted: 08 Jun 2010 09:54 PM PDT

Sound Direct:Fuyoooooooooooooooooooooo tie merah!!!!!!!!!!!!

Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan bahawa PM Malaysia yang menjawab soalan di Parlimen iaitu Malaysia tidak akan bankrap.

Hal ini kerana defisit negara telah pun berkurangan.

Apa sudah jadi?Hari itu gempar kata Malaysia akan bankrap seperti Greece,sekarang ini tidak pula.Dah sahlah kerajaan BN ini cuma mengacah.

Apa-apa pun,PM dah kata akan mengkaji semula subsidi dan akan memperkenalkan GST.

Yang hairannya,dalam surat khabar,dalam televisyen,sibuk canang Malaysia ada banyak pelaburan masuk,berdaya saing,dan sebagainya.Selain itu,nak berbelanjakan berbilion untuk bina loji nuklear.Itu baru belanja bina loji,upah pakar belum masuk lagi,dengarnya 200 orang pakar akan diupah,ada pula duit.

Bersiap-sedialah.

Sekian,

Wallahu'alam

5 Bekas MP PKR Tubuhkan PKR Baru!

Posted: 08 Jun 2010 01:42 AM PDT

Sound Direct:tu dia power rangers... ahahahahahahaa macam2 la...yang seko ikut sejarah kena pecat ngn DAP...yang seko lagi kena buang dari PKR..nak menjilat PAS..kena marah ngn mahfuz...nak masuk DAP..tan seng giaw lak tak mau...yang tiga eko lagi...aku tak tau la....apa kes..Gamba ni aku cilok..dari webiste..ada aku kisah..bapak aku bertahun2 langgan BH ni..dulu kini dan selamanya.. ahahahaha dari aku baby lgi tau..


Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan bahawa 5 MP bebas telah menubuhkan konsensus bebas.Konsesnsus bebas ini saya faham seperti sebuah kumpulan yang mempunya kesepakatan sesama mereka.

Kononnya kumpulan ini tidak akan menyebelahi pihak pembangkang mahupun kerajaan(boleh caya ka?).Konsensus bebas ini disertai 5 MP yang merupakan bekas MP PKR.Apa-apa pun,saya melihat mereka ini lebih kepada konsensus katak,PKR baru iaitu PengKhianat Rakyat,Pasukan Katak RosWah(ayat bagindaR),dan sebagainya.

Apa-apa pun,MP Pasir Mas tidak pula menyertai mereka ini,maklumlah,umum sudah mengetahui beliau itu parti PERKASA,parti serpihan ciciran UMNO(macam cirit).

Boleh juga mereka ini kita panggil,konsensus anjing tersepit,konsensus lalang dan sebagainya.

Mereka turut menyatakan bahawa misi mereka merupakan menyuarakan suara rakyat.Oh,mungkin dulu semasa di PKR,suara mereka disekat.

Kalau mahu menutup salah,seribu alasan boleh dibagi.Lompat tetap lompat,khianat tetap khianat,yang tertipu?Rakyat.

Nampaknya juga,MP Kulim-Bandar Bharu telah pun menjumpai parti barunya yang memperjuangkan Melayu dan Islam bersama-sama yang lain(ahahahahahahaha termasuk tibeng ngn cukiong).

Sekian,

Wallahu'alam


Tiada ulasan: