Rabu, 23 Jun 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Rupanya Islam Hadhari Ada Juga Di Dubai

Posted: 23 Jun 2010 07:17 PM PDT

DUBAI: Wartawan Arab Saudi, Nadine Al Bedair(gambar kiri) dan Ketua Pengarang, Magdy Al Galad akan dipanggil pihak berkuasa Mesir atas dakwaan menghina Islam.

Langkah itu adalah atas arahan Ketua Pendakwa Raya Mesir, Abdul Majeed Mahmoud kepada pegawainya di selatan Kaherah.

Nadine sebelum ini dikecam hebat berhubung rencananya yang disiarkan akhbar harian Mesir, Al Masry Al Youm, menggesa ulama mengeluarkan fatwa untuk membenarkan wanita berkahwin empat.

Dalam tulisannya itu, Nadine berkata, jika lelaki dan wanita itu diiktiraf setaraf, wanita juga perlu diberi keistimewaan untuk mempunyai empat suami.
Sebahagian besar umat Islam di Mesir mengecam tulisan itu.

Pendakwa raya, Khalid Fouad Hafez berkata, dia menanti sejak dua minggu lalu untuk mendapatkan arahan menyoal siasat Nadine dan Ketua Pengarang akhbar itu.
Sejak kes itu difailkan, Nadine tidak kelihatan di khalayak ramai.

Menurut  majikan lamanya, Tv Al Hura, memberitahu, dia mungkin berada di Lubnan.

Perkataan Haram-Jaddah Biasa Di sebut di Masjidil Haram.?

Posted: 23 Jun 2010 04:58 PM PDT

-Mari bersantai di pagi hari-
Pada satu hari semasa seorang hamba Allah, org Malaysia berada di Masjidil Haram, semasa di station teksi terdengar olehnya perkataan yang sangat tidak menyelerakan telinganya.

Setelah diamatinya terpandang olehnya seorang driver teksi menjerit 'Haram jaddah,
Haram Jaddah!'.Aik pandai cakap melayu pulak pak arab ni,tapi kenapa mencarut pulak fikirnya dlm hati.

Pak Arab tu makin kuat menjerit ,Haram Jaddah!!, haram Jaddah !!,  pada setiap jemaah yang lalu
Apekehelnya Pak arab ni baru belajar bahasa melayu ke,sape pulak yang ajar Pak arab ni mencarut..

Rupanya dia tanya sapa nak pergi dari Masjidil Haram ke Jeddah...
Sekarang baru saya tahu asal-usul perkataaan haram jadah yng diguna pakai oleh orang Melayu.Cuma maknanya yang berlainan dengan  perkataan Arab.keh keh keh


-Iklan-
-Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal-

Guna Isu Pengganas Islam Untuk Kepentingan Politik

Posted: 23 Jun 2010 09:09 AM PDT

Kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional dipercayai menggunakan Jemaah Islamiah untuk menekan bekas Mufti Perlis Dr Muhd Asri Zainul Abidin dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang memaksa mereka supaya tunduk pada pemerintah.

Pakatan Rakyat mengesyaki usaha Institut Latihan Islam Malaysia yang berada di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengaitkan kedua tokoh agama itu kepada gerakan pengganas adalah strategi untuk menakutkan mereka dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Spekulasi sebelum ini kuat mengatakan Asri akan memasuki parti pemerintah itu bersama beberapa golongan ulama, dalam usaha Umno untuk menarik sokongan penganut Islam menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Pemerhati politik bagaimanapun berpendapat ulama berfahaman moderan itu tidak mungkin memasuki Umno, yang bertanggungjawab meluluskan kegiatan undi sukan dan ketegangan agama sekitar isu Kalimah Allah.

Baca lagi disini  :    
http://greenboc.blogspot.com/2010/06/guna-ji-untuk-paksa-sertai-umno-bn-go.html

Sementara itu Dr Asri menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dlm JI
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.
Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Selain Dr Juanda dan Dr Asri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan.

"Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

Pesanan Ayatullah al Uzma Ali Khamenei

Posted: 23 Jun 2010 02:12 AM PDT



Anak muda yang dikasihi, pasanganmu adalah seseorang yang telah menghubungkan hati, jasmani dan nasibnya. Dengan sepenuh hati, saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang saya kasihi sekalian. Saya berpesan, hendaklah kamu mencurahkan kasih sayang kepada pasanganmu. Setialah dengan mereka dan selaraskan dirimu dalam urusan satu sama lain.


Hindarilah kerumitan hidup bersama, dengan mengabaikan kekusutan kecil dan tidak penting. Semoga Tuhan menganugerahkan padamu kesejahteraan, kegembiraan dan ketinggian rohani. Moga dikurniakan kepadamu tumpuan kehidupan; yakni anak-anak tercinta yang sihat, soleh serta menjadi penyinar." - Ayatullah al Uzma Ali Khamenei.

Tiada ulasan: