Isnin, 21 Jun 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Ulamak Dlm Umno Hanya dilayan Seperti Kertas Tandas

Posted: 20 Jun 2010 11:47 PM PDT

Assalamualaikum dan salam blogger,Ada ura-ura ulamak tersohor tanah air Dr.Asri Zainal Abidin (Bekas Mufti Perak)Dan lebih menarik, hampir 100 pensyarah, cendiakawan dan guru-guru agama dari seluruh negara akan turut bersama beliau.

Sebahagian besar cendiakawan itu memiliki tahap pendidikan Doktor Falsafah atau PHD dalam pelbagai cabang ilmu Islam.Dalam erti kata lain, mereka sudah mencapai taraf ulamak.

Apa yang lebih menarik, sebahagian besar daripada hampir 100 orang itu adalah individu-individu yang selama ini dilihat sebagai sangat cenderung kepada perjuangan PAS di negara ini.

Pada saya ulamak yang menyertai umno hanya merugikan dan memalukan diri sendiri dan agama disebabkan pemimpin-pemimpin umno terbukti hanya menjadikan ulamak untuk menyembunyikan kebusukan -kebusukan perangai dan akhlak serta salah laku mereka sahaja.Dalam ertikata lain ulamak dlm umno hanya dijadikan penghias sahaja untuk menggambarkan umno juga sebuah parti yang memperjuangkan Islam,sedangkan hakikat sebenar jauh berbeza.

Apa yang kita dapat lihat pemimpin-pemimpin umno sejak dulu hingga kini hanya menjadikan Ulamak sebagau kertas tandas untuk membersihkan najis-najis yang di buat oleh mereka sahaja.Pendapat saya jika Ulamak-ulamak besar ini menyertai UMNO walaupun dengan niat yang baikmereka bukan saja mencemarkan imej mereka bahkan Islam itu sendiri.

Di bawah ini pula saya petik kenyataan rasmi Dr.Asri dlm blog beliau.

Sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.

Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan di adakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas.

- dr mohd asri zainul abidin.

Dr.Asri Akan Sertai UMNO -Laporan mStar Online

Posted: 20 Jun 2010 06:26 PM PDT



PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebut-sebut akan menyertai Umno bersama 100 ulama muda lain Jumaat ini.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd. Rauf Yusof ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini berkata: "Ya, tunggulah Jumaat ini."

Sebelum itu, beliau berkata, barisan ulama berkenaan akan menyertai parti menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

"Perkembangan itu akan menyemarakkan keyakinan Melayu kepada Umno. Kita akan menuju Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan Umno yang lebih cemerlang," katanya ketika berucap pada mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang semalam.

Memetik laman web rasmi parti, Umno Online, Ab Rauf yang juga Ketua Bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, "dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia."

Sementara itu, Mohd Asri ketika dihubungi berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai isu berkenaan.

Tokoh agama muda berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sementara itu, dalam entri terkini dalam blognya, Mohd Asri berkata tidak akan membuat sebarang kenyataan media berhubung perkara berkenaan.

"Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini. Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas," tambahnya.

Sebelum ini, timbul desas-desus bekas Mufti Perlis itu akan menyertai parti politik dalam masa terdekat.

Beliau telah beberapa kali dilihat menghadiri majlis rasmi Umno dan PAS bagaimanapun sehingga kini tokoh agama itu tidak pernah mengulas mengenai penyertaan beliau dalam mana-mana parti politik.

Khurafat UMNO Tentang Agama Lain

Posted: 20 Jun 2010 04:11 PM PDT

"Dalam Malaysia kita ada tiga bangsa majoriti, Melayu, Cina dan India, (kebiasaannya) orang Melayu pegang ugama Islam, orang Cina pegang Buddha dan India pegang Hindu,

"pada fahaman saya, mana-mana agama pun tidak galakkan main judi, kalau ada yang menggalakkan, itu bukan dari ugama,

"orang yang tidak pegang ugama, mungkin dia sokong itu judi,"kata Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan PAS (DHPP) N.Balasubramaniam.

Beliau yang juga seorang penganut ugama Hindu berkata, ugama Hindu, sama seperti ajaran Islam, tidak membenarkan judi, tidak membenarkan mabuk (arak) dan juga hubungan seks tanpa nikah (zina).

N.Balasubramaniam berkata demikian selepas berucap dalam satu majlis ceramah di Batu Enam, semalam Jumaat, 19 Jun.Beberapa minggu lalu, seorang wanita Umno Terenggan berkata, lesen judi yang diluluskan adalah untuk bukan Islam (Kafir).
Oleh itu, Wanita Umno itu menambah, orang-oran Islam tidak perlu bimbang.
Pengeluaran lesen judi disokong oleh Mahathir yang berkata, judi untuk orang kafir sebab bagi orang kafir ia tidak haram.

Bercakap dengan pihak media selepas program Melayu Bangkit 14 Jun lalu Mahathr mendakwa bahawa judi adlah budaya orng Cina.

Dakwaan Mahathir diselar oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim.
Beliau seorang Cina yang juga berugama Buddha, menafikan sekeras-kerasnya kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

Teng berkata Mahathir, seorang Melayu yang bukan Melayu tidak layak untuk bercakap tentang orang Cina dan budya Cina.

"Dia (Mahathir), Melayu pun tak Melalyu, Mamak pun tak Mamak, jangan cerita tentang orang Cina,

"judi bukan budaya Cina, ia merupakan tabiat yang tidak baik, yang tidak digalakkan dalam masyarakat Cina,"katanya ketika menyampaikan ceramah di Pasar Cabang Tga, disini, 17 Jun lalu.

Rupa-rupanya, Mahathir dan parti 'purba' Umno mereka-reka satu dongeng atau mitos, bahawa judi adalah adalah untuk orang kafir dan meruapakan budaya kaum Cina.

Banyak lagi kepercayaan 'khurafat' yang dicipta Umno dan ditanamkan dalam minda orang Melayu Islam.

Tertmasuk dalam khurafat dan bid'ah yang direka oleh Umno sebagaimana kata Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Beliau berkata, mengasingkan politik daripada ugama juga termasuk khurafat dan Bid'ah yang direka oleh Umno.

Artis Malaysia - Antara bakat Dan Akhlak

Posted: 20 Jun 2010 03:31 AM PDT

Isu Santai


BERITA penangkapan Saiful Apek mencetuskan kejutan di kalangan peminat dan teman-teman artis sendiri. Saiful Apek ditahan Ahad lalu bersama lima rakannya kerana memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.Banyak respons terutamanya daripada rakan-rakan artis yang termenung dan terkedu mendengar berita tersebut.Sebahagian mereka malah mengenangkan bagaimana dengan nasib Saiful Apek selepas dia dibebaskan kelak.

Kontroversi mengaitkan penyalahgunaan dadah membabitkan Saiful Apek mendapat liputan meluas media setelah satu klip video membabitkannya tersebar di Internet beberapa tahun lalu.

Saiful Apek ketika itu menjelaskan video itu hanyalah rokok biasa dan tidak ada kaitan dengan bahan lain. Tambahnya, klip itu berniat jahat dan mahu mencemarkan reputasinya.


Sumber : kosmo.com.my

Tiada ulasan: