Khamis, 17 Jun 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Hukum Makan Zirafah

Posted: 17 Jun 2010 07:44 PM PDT

Sebutan zirafah adalah di dalam Bahasa Melayu. Manakala di dalam Arab perkataan Zirafah disebut dengan Zarafah atau Zurafah.

Al-Imam al-Quzwini rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya al-A'jaib al-Makhlukhat bahawa kelainan di antara Zirafah dan binatang berkaki empat yang lain adalah bilamana Zirafah ingin memulakan langkah maka ia akan memulakan dengan kaki kiri bahagian belakang dan kaki kanan bahagian hadapan. Ini berbeza dengan haiwan berkaki empat yang lain.

Disebutkan di dalam kitab Tarikh Ibn Khallikan bahawa Muhammad bin Abdullah al-Utabi al-Basri al-Akhbari al-Sya'ir mengatakan bahawa Zurafah atau Zarafah ini berasal daripada gabungan tiga jenis haiwan. Ianya adalah gabungan daripada unta betina liar, lembu betina dan dubuk jantan. Menurutnya bilamana dubuk jantan melakukan hubungan dengan unta betina liar , jika anak yang dilahirkan adalah anak jantan maka kemudiannya anak tersebut pula melakukan hubungan dengan lembu betina maka akan lahirlah Zirafah.

Namun Al-Jahiz tidak bersetuju dengan pendapat ini malah beliau mengatakan bahawa pendapat seperti itu hanyalah keluar daripada kejahilan yang melampau. Ini kerana Allah taala berhak untuk mencipta apa sahaja binatang seperti kuda , himar dan sebagainya.

Maka saya agak bersetuju dengan kalam al-Jahiz walaupun beliau merupakan seorang yang beraqidah Muktazilah.

HUKUM MEMAKAN ZIRAFAH

Al-Imam al-Damiri rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Hayat al-Hayawan al-Kubra bahawa terdapat dua pendapat di dalam permasalahan hukum memakan zirafah.

Pendapat pertama mengatakan bahawa hukum memakan Zirafah adalah haram. Ini seperti yang dikeluarkan oleh al-Imam al-Nawawi rahimahullah (wafat 676 H) di dalam Majmu' Syarah Muhazzab dan al-Imam Abu Ishak al-Syirazi rahimahullah (wafat 467 H) di dalam al-Tanbih. Al-Imam al-Qadhi Abu al-Khattab al-Hanbali juga mengatakan bahawa zirafah haram dimakan. Sebahagian ulama mengatakan bahawa ini kerana dikatakan zirafah adalah binatang yang dilahirkan hasil persetubuhan binatang yang halal dan haram dimakan. Maka dengan menggunakan kaedah :


Pendapat kedua mengatakan bahawa hukum memakannya adalah halal. Ini berdasarkan fatwa al-Syeikh Taqiyuddin Ibn Abi al-Dam al-Hamwi dan beliau menukilkan daripada fatwa al-Qadhi Hussain al-Syafie. Al-Imam Ibn Rif'ah mengatakan bahawa pendapat ini yang muktabar sepertimana yang difatwakan juga oleh al-Imam al-Baghawi rahimahumullah.

Al-Imam al-Qadhi Hussain rahimahullah mengatakan bahawa : Aku mengatakan bahawa ianya halal dimakan kerana ianya lebih mirip kepada binatang yang halal dimakan iaitu Unta dan Lembu. Maka ini dalil yang mengatakan bahawa ianya adalah halal dimakan.

Tentu ramai tertanya-tanya mengapa al-Imam al-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa ianya haram dimakan?

Al-Imam al-Qadhi Hussain rahimahullah mengatakan bahawa ini berkemungkinan al-Imam al-Nawawi meletakkan hukum berdasarkan kepada penggunaan bahasa Arab terhadap binatang buas atau di sebut السباع . Maka bilamana al-Imam al-Nawawi mendengar bahawa Zirafah adalah termasuk di dalam haiwan jenis al-Siba'. Maka beliau mengatakan bahawa ianya adalah haram dimakan. Ini juga berkemungkinan bahawa al-Imam al-Nawawi tidak pernah melihat binatang yang bernama Zirafah ini.

Nah, cuba kita lihat betapa beradabnya para ulama kita sesama mereka. Tidak seperti sekarang, bilamana tidak sependapat atau tidak seperti apa yang dia ketahui maka akan dituduh orang ini melakukan bid'ah, khurafat, jahil murakkab dan sebagainya. Adab sebegini yang patut kita teladani dan santuni.

Al-Imam al-Damiri rahimahullah bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa ianya adalah harus untuk dimakan. Ini juga merupakan pendapat Mazhab al-Imam Ahmad dan al-Imam Malik serta al-Imam Abu Hanifah rahimahumullah.

Sumber rujukan: Ustaz Nasrul Nasir

-iklan-
-Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal-

Ratusan Ribu rakyat Kelantan Sambut PM Di Stadium Semalam,keh keh keh..

Posted: 17 Jun 2010 03:04 AM PDT

Sebelum itu.. kalau Puak-Puak UMNO Kelantan itu tidak boleh menerima dan menghormati TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan kerana dia dari PAS..
Hormatilah dia sebagai seorang Pemimpin dan juga sebagai orang yang lebih tua dari kita..
Dah tak tahu ADAT ka?

Dari Perisik Rakyat

Malam tadi sepatutnya berlangsung acara Gilang-Gemilang Perasmian Kelantan Fiesta di Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Kota Bharu Kelantan.
Sebelumnya pada sebelah siang:

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan EXCO-EXCO dan Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui Baginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Kerajaan Negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.Akibat daripada sikap "Kurang Ajar" pihak Red Karpet yang tidak menghormati perjanjian dan Tuan Rumah, sebelah malamnya:


Hujan turun dengan lebatnya seawal jam 8:30 malam. bukan setakat hujan lebat, malah angin juga cukup kencang sampai hampir terangkat khemah-khemah peniaga di Dataran Stadium. Siaran Langsung terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir walaupun berbagai persiapan yang maha hebat telah diusahakan sejak dari minggu lepas.Pembatalan Siaran Langsung sebenarnya bukan berpunca dari hujan lebat, tetapi lebih kepada cubaan menyembunyikan "sambutan dingin" rakyat Kelantan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan akan merasmikan Kelantan Fiesta malam tadi.

Beb... korang ingat TV nak siar ke laporan secara langsung kalau jumlah kehadiran tak sampai pun 500 orang untuk acara Gilang-gemilang macam ni..?




Kos untuk malam pembukaan tak mustahil mencecah ratusan ribu ringgit. persediaan untuk pentas untuk konsert je pun kita tau bukan sikit puluh-puluh ribu, tapi makan ratusan ribu ringgit. yang tu belum kira dengan kos bunga api lagi tu.



Jadual asalnya, perasmian akan dibuat oleh PM Malaysia Dato' Seri Murujib pada jam 9:00 malam tapi sampai jam 10:00 malam dewa Murujib gagal tiba. yang tiba akhirnya ialah seekor kambing hitam - Stopa Jeli...
Apa punya suwey Program malam tadi aku pun tak tau. sebaik Stopa sampai, bacaan doa dimulakan, sebaik saja doa habis dibaca, MC ambik alih microphone untuk teruskan majlis... baru cakap 2-3 patah - Zap...!!! BLACKOUT..!

Seluruh Stadium bergelap. betul-betul suwey 77. majlis diteruskan, Stopa Jeli akhirnya hanya berucap dengan menggunakan Heiler. aku tengok dah macam demonstrasi aman la pulak. apa kes majlis gilang gemilang pakai heiler..?
Habis ucapan, "dimaklumkan bahawa semua program pada malam ini dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan"...

-ijoks2009-
Mari kita lihat siapa yang kena..






Tiada ulasan: