Isnin, 28 Jun 2010

Justice For All

Justice For All


Penyokong England Kutuk Pasukan Sendiri, Pengadil

Posted: 28 Jun 2010 09:39 PM PDT

Peminat kecam England kalah

SEJUMLAH peminat England menonton perlawanan dengan Jerman menerusi skrin besar pada satu festival muzik dekat Pilton, Britain kelmarin.

LONDON - Pasukan bola sepak England dikecam hebat kelmarin setelah dibelasah Jerman 4-1 dalam pusingan kalah mati yang menyaksikan mereka pulang awal dari Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kecaman itu dibuat walaupun tindakan pengadil dari Uruguay, Jorge Larrionda turut dikritik peminat bola sepak England kerana tidak mengiktiraf gol jaringan Frank Lampard semasa Jerman mendahului 2-1 di sebuah stadium di Afrika Selatan kelmarin.

Sorakan gamat peminat-peminat setia yang mengiringi pasukan England bertukar menjadi maki hamun dan cacian selepas pasukan digelar Tiga Singa itu tewas 4-1 di Bloemfontein, Afrika Selatan.

"Mereka (pemain-pemain England) bermain macam sampah," kata seorang pelajar, Charlie Menage.

Pelajar berusia 21 tahun dari Leeds itu berang dengan kekalahan England kerana dia telah membelanjakan banyak wang dengan membeli tiket penerbangan ke Afrika Selatan bagi memberikan sokongan kepada anak buah Fabio Capello itu.

Para peminat England menganggap jurulatih dari Itali itu 'makan gaji buta' kerana gagal membawa kegemilangan kepada pasukan mereka walaupun dia dibayar gaji £6 juta (RM29.1 juta).

"Saya membayar £5,000 (RM24,290) untuk datang ke Afrika Selatan tetapi anda menampilkan pasukan yang tidak berguna," kata seorang peminat England ketika Capello menghadiri satu sidang media selepas perlawanan memalukan itu.

"Anda patut malu untuk menggelar diri anda sebagai seorang jurulatih," tambahnya.

Pada perlawanan tersebut, England mempamerkan prestasi yang mengecewakan negara mereka sekali gus menyebabkan peminat mendesak supaya Capello meletak jawatan.

Namun, Persatuan Bola Sepak England terpaksa membayar ganti rugi berjumlah £12 juta (RM58.2 juta) seperti yang terkandung dalam kontrak sebelum ini jika mahu memecat Capello. Sementara itu, penyokong-penyokong yang memenuhi pub dan kelab malam di seluruh Britain untuk menonton perlawanan penting itu tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka.

Peminat-peminat setia pasukan Tiga Singa itu mengalir air mata berikutan Jerman akhirnya dapat membalas dendam kekalahan 5-1 di tangan England pada perlawanan kelayakan Piala Dunia di Munich, sembilan tahun lalu.

"Pasukan kali ini tidak layak memakai jersi England. Saya pernah melihat pasukan bawah 12 tahun bermain jauh lebih baik," kata seorang jurutera, Francis Killeen.

Kemarahan jurutera berusia 45 tahun itu dikongsi seorang suri rumah, Julie Botham yang menganggap pasukan England tidak tahu bermain bola sepak walaupun dibarisi beberapa pemain handalan seperti Steven Gerard, Frank Lampard, Wayne Rooney, John Terry dan Jermain Defoe yang menerima gaji antara termahal dalam Liga Perdana Inggeris.

Gerard yang merupakan ketua pasukan England dan bintang Liverpool, diintai seteru mereka, Chelsea yang menawarkan bayaran £30 juta (RM145.5 juta) bagi mendapatkan pemain tengah itu pada musim liga depan manakala Lampard yang bermain untuk Chelsea dibeli dengan yuran perpindahan £11 juta (RM53.4 juta) dari West Ham United pada 2001.

Rooney dibeli daripada pasukan Everton pada harga £25.6 juta (RM14.2 juta) pada musim panas 2004 untuk menyertai Manchester United.

Bayaran mahal itu dianggap tidak setimpal dengan prestasi mereka di Piala Dunia.

Liga sama bagaimanapun, menampilkan beberapa bintang antarabangsa yang menyerlah pada Piala Dunia kali ini seperti penyerang Sepanyol, Fernando Torres, pemain hadapan Ivory Coast, Didier Drogba dan penyerang Argentina, Carlos Tevez.

Di beberapa tempat di Britain, pergaduhan turut tercetus ekoran sejumlah peminat tidak dapat membendung kemarahan mereka dengan seorang peminat ditahan polis.

Di Newcastle, peminat-peminat membaling botol selepas Jerman menjaringkan gol ketiga kelmarin.

"Saya memiliki bendera St. George (bendera pasukan England) yang besar di rumah. Saya akan membuang salib merah pada bendera itu dan membiarkannya menjadi bendera putih kerana kami telah menyerah kalah kepada Jerman," kata seorang pemuda selepas kekalahan England, Phil Hoyle, 35.

Sementara itu, seorang peminat Jerman turut terlibat dalam pergaduhan kecil dengan beberapa peminat England di Dataran Leicester, London semasa menonton perlawanan itu.

Pergaduhan kecil juga berlaku melibatkan beberapa peminat England di sebuah pub di Melbourne, Australia. - Agensi

Sindir gol England di Internet

BOLA (dalam bulatan) tendangan Frank Lampard melepasi garisan gol semasa perlawanan menentang Jerman di Stadium Free State, Bloemfontein, Afrika Selatan kelmarin.

LONDON - Terdapat pihak yang menyindir dan mempersendakan kemenangan Jerman di Internet ekoran gol kontroversi Frank Lampard yang dinafikan pengadil dari Uruguay, Jorge Larrionda, lapor sebuah akhbar semalam.

Sindirian itu dilakukan dengan cara pengubahsuai imej satu garis putih bagi menunjukkan bola yang ditendang oleh Lampard belum melepasi garisan gol walaupun sebenarnya ia sudah melepasi garisan gol.

Semasa perlawanan tersebut tendangan Lampard itu yang sudah melepasi garisan gol tidak diiktiraf oleh pengadil semasa kedudukan Jerman mengatasi England 2-1.

Sementara itu, seorang pengguna Internet di laman sosial Twitter yang menggunakan nama Queen UK menyatakan: "Cari dari manakah asal pengadil tersebut dan dapatkan selaras senapang M16 (agar ditembak sahaja)."

"Saya mahu tahu apa yang pengadil dan penjaga garisan lihat. Jelas sekali mereka tidak melihat permainan dengan teliti," tambahnya.

"Kita perlukan penjaga garisan dari Rusia," celah seorang lagi peminat pasukan England.

Sindirian itu seakan-akan mengesahkan perasaan jutaan peminat England yang berang terhadap keputusan pengadil yang tidak mengira gol Lampard sehingga menyebabkan Jerman menang 4-1 pada pusingan kedua kelmarin.

Pengadil itu sebelum ini pernah digantung selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Uruguay dan penjaga garisan turut dibuu oleh penyokong England di stadium.

Seorang pemain judi profesional berusia 37 tahun dari Oldham, Richard Carter berkata: "Saya duduk jauh dan boleh nampak bola itu masuk.

Sementara itu, pengacara televisyen, Jonathan Ross tergamam apabila gol Lampard itu tidak dikira.

"Bola sudah jauh masuk hinggakan saya boleh nampak tanpa perlu memakai kanta lekap!" katanya. - Agensi

UMNO Derhaka Sultan..Biarkan Projek Bina Istana Cacamarba

Posted: 28 Jun 2010 08:27 PM PDT

UMNO Derhaka Sultan, biarkan kontraktor sakit bagi membina istana baru yang membazir itu. Dahla kontraktor sama yang bina Stadium Runtuh Sultan Mizan, nak bina istana untuk didiami Sultan Mizan pun guna kontraktor tu jugak. Silap hari bulan boleh runtuh macam stadium tu. Dan semalam, wujud pula berita yang kontraktor ini tak bayar gaji 1,000 pekerja. Ini kerja bahaya..tak ke bahaya kalau pekerja mogok, dibinanya stadium itu tak ikut spesifikasi betul..kesian Sultan, bab nak buat istana pun UMNO sanggup derhakai..apatah lagi bab lain..

Senaraihitam kontraktor Istana Negara baru jika tidak bayar pekerja asing: Shaziman

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya bercadang menyenaraihitam kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan Istana Negara di Jalan Duta jika terbukti tidak membayar gaji kepada pekerja-pekerja asing.

Menteri berkenaan Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, beliau telah mengarahkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

"Saya bersimpati dengan pekerja asing walaupun masuk haram, tetapi mereka telah diketepikan hak kebajikan. Saya telah minta CIDB pagi tadi supaya segera menyiasat jika kebenaran ini ada dan mengikut data-data dari Kementerian Dalam Negeri.

"Jika benar syarikat-syarikat yang melaksanakan projek ini, walaupun projek ini merupakan projek design and build, maka kementerian tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan supaya kontraktor disenarai hitam pada masa akan datang," katanya semasa menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab celahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang membangkitkan isu kontraktor tidak membayar tiga bulan gaji 1,000 pekerja yang terlibat dengan pembinaan Istana Negara, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.

Mengenai pertambahan kos hiasan dalamannya yang dianggarkan sebanyak RM150 juta hingga RM200 juta seperti yang ditanya Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Shaziman berkata, tidak berlaku pertambahan kos sebanyak itu.

Berkenaan isu siling Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang runtuh, Shaziman berkata, mengikut laporan asal yang diterimanya tidak berlaku keruntuhan siling, sebaliknya hanya berlaku kebocoran paip.

"Apabila berlaku kebocoran paip, syarikat yang mengendalikan kerja-kerja baik pulih telah tukar paip dan meletakkan pelekat dan dalam masa yang sama meminta paip tidak dibuka dalam tempoh tertentu supaya ia benar-benar melekat.

"Malangnya telah berlaku masalah komunikasi apabila paip digunakan sebelum batangnya melekat, maka telah berlaku kebocoran dan ia kena buat satu lubang besar pada siling yang ada untuk melihat sendiri apakah punca-punca," katanya menjawab celahan M Manogaran (Teluk Intan-DAP).

Buah Pingang & Alat Sulit Hancur Gara-Gara Larikan Anak Dara Orang

Posted: 28 Jun 2010 07:59 PM PDT

Semoga kita ambil iktibar kisah ini. Itulah bila undang-undang islam tak diterapkan, maka orang bebas buat jenayah termasuk bukan islam. Dan juga bila undang-undang kafir buatan manusia di negara ini dirasakan tidak efektif, maka orang yang singkat pemikirannya guna undang-undang di tangan sendiri..semuanya salah pemerintah sekular, UMNO..

Hukuman larikan anak orang

JOHOR BAHRU: Akibat melarikan anak dara jiran yang masih di bawah umur untuk dijadikan isteri, seorang kelindan lori kini bertarung nyawa selepas dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai saudara gadis berkenaan sehingga buah pinggang rosak dan kemaluannya hampir hancur.

Kejadian berlaku beberapa hari selepas mangsa bersama gadis berusia 14 tahun yang juga kekasihnya melarikan diri dari rumah mereka di Tebong, Melaka ke kediaman seorang kenalan di Jementah, Segamat, untuk melangsungkan perkahwinan secara rahsia.

Ibarat mencurah minyak ke dalam api, keluarga gadis berkenaan yang terkilan dengan perbuatan pasangan kekasih itu bertambah berang apabila mendapati mereka sudah berkahwin.

Difahamkan, mangsa, R Vijendren, 20, dan gadis berkenaan dibawa pulang ke kampung halamannya di Melaka sebelum dibelasah kira-kira 30 lelaki pada minggu lalu.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Segamat sebelum dipindahkan ke Hospital Muar. Abang mangsa, R Suresh, 26, berkata keadaan adik bongsu daripada lima beradik itu kini masih kritikal.

Menurutnya, ketika kejadian, dia turut berada di tempat kejadian, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana kumpulan terbabit seolah-olah hilang kawalan ketika membelasah Vijendren.

"Kami tidak menyangka keluarga gadis berkenaan menyerang adik secara tiba-tiba. Saya cuba menghalang, tapi turut mengalami kecederaan sehingga terpaksa menerima enam jahitan di kepala.

"Gadis berkenaan dibawa pergi oleh keluarganya manakala adik saya ditinggalkan dalam keadaan menyayat hati," katanya.

Suresh berkata, lebih membimbangkan, Vijendren kini terpaksa bergantung pada rawatan dialisis buah pinggang seumur hidup berikutan kecederaan parah pada organ berkenaan.

Katanya, buat masa ini, adiknya masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan keluarganya sudah membuat dua laporan polis, masing-masing di Balai Polis Segamat, pada 17 Jun lalu dan kelmarin pula di Balai Polis Muar.

"Selain buah pinggang, kemaluan adik saya juga hampir hancur. Kami akui kesilapan adik melarikan gadis berkenaan namun tindakan pihak terbabit melampaui batas menyebabkan masa depannya hancur," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohd Nasir Ramli mengesahkan menerima laporan daripada keluarga mangsa.

"Kejadian berlaku di Melaka namun keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Muar dan kes itu kini dirujuk ke Balai Polis Melaka untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, semalam.

Berahim Katak Serang KJ Lagi..Kata KJ Petualang

Posted: 28 Jun 2010 07:10 PM PDT

Ibrahim kataki semakin menggila..saban hari ada je serangan peribadi pada Khairy..kali ini si katak tu kata KJ syok sendiri, petualang, perosak parti..Pemuda UMNO perlu fikir, Ibrahim Ali ni siapa..kenapa nak suruh orang bersifat katak campuri urusan mereka. Tentu ada agenda halus nak jatuhkan Khairy..dan memenuhi rancangan Mahader untuk lihat anaknya yang slow dan takut berdebat, si Mukriz jadi Ketua Pemuda UMNO. Bukannya kerana semangat melayu kiasu gila UMNO

Khairy syok sendiri, perosak parti: Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seorang pemimpin muda yang `caca-marba dan dianggap perosak parti selain memalukan bangsa Melayu.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berkata, rakyat dapat menilai sendiri siapa sebenarnya pejuang dan siapa sebenarnya petualang.

KJ (Khairy) adalah seorang pemimpin yang syok sendiri, naik dan kaya kerana bertenggek dan diramal mempunyai masa depan yang muram.... orang macam ini merosakkan parti sendiri, memalukan bangsa sendiri, malah tidak malu pada diri sendiri, katanya mengulas tindakan Khairy menarik balik perkataan `jaguh kampung yang diberi kepada Ibrahim, sebaliknya menggantikannya dengan `gedebe politik.

Selain enggan menarik balik kenyataannya terhadap Ibrahim yang disifatkan sebagai penghalang konsep 1Malaysia, Khairy dilaporkan berkata, gelaran terhadap Ibrahim itu memang tepat berdasarkan tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas selama ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi terhadap Ibrahim yang disifatkan sebagai penyibuk selepas Khairy mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ibrahim turut memperjelaskan makna `gedebe politik yang dirujuk sebagai samseng politik oleh Khairy itu sebenarnya merujuk kepada sikap berani dan tidak pernah takut.

Katanya, gelaran `gedebe politik diberikan selang sehari selepas menerima gelaran `jaguh kampung menjadikan beliau sebagai jaguh kampung berani.

Kes Liwat II : Anwar Rayu Ke Mahkamah Persekutuan, Gara-Gara Pendakwaraya Main Kotor

Posted: 28 Jun 2010 06:38 PM PDT

Anwar kemuka rayuan di Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA 28 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan semua kenyataan termasuk daripada pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan selepas Mahkamah Rayuan menolak usahanya itu minggu lalu.

Rayuan kepada mahkamah tertinggi itu difailkan oleh peguamnya Karpal Singh tengah hari ini.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei tahun ini yang menolak rayuan Anwar bagi mendapatkan dokumen-dokumen itu.

Anwar, 63, mahukan kenyataan-kenyataan yang mendakwa wujud percanggahan dalam keterangan Mohd. Saiful semasa perbicaraan dan dakwaan liwat yang dibuat ke atasnya.

Katanya, Mohd. Saiful telah memberi keterangan bahawa dakwaan liwat terhadapnya berlaku tanpa kerelaannya tetapi beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu mengadakan hubungan seksual secara rela.

Perbicaraan kes liwat bersambung 14 Julai ini. - BERNAMA

Justice4all : Bagus Anwar. Rayu hingga peringkat paling atas. Kerana jelas bahawa pihak Sayfoool iaitu pendakwaraya bawah Ghani Patail jelas nak main wayang dalam isu ini. Mereka nak menipu setelah keterangan Sayfooool bercanggah dengan pendakwaan. ini yang mereka takut jika anwar dapat bahan bukti itu dan sudah pasti pihak Sayfoooooool, akan sedaya upaya halang dokumen itu diberikan.

Apa masalahnya jika bahan bukti itu diserahkan. Bukannya boleh ubah sesuka hati bahan bukti itu. Ini semua kerana Najib & Sayfooooooool takut kalah kes itu. Sebab dipergunakan semua hakim bodoh di bawah jagaan Zaki Azmi, peguam UMNO untuk nafikan keadilan. Macamana nak dapat keadilan jika bahan bukti pun disorokkannya. Memang nasib berada di negara yang jakun dan stupid ini.

Adun Katak Pelabuhan Ada Skandal Dengan 2 Perempuan, Abai Nafkah Zahir

Posted: 28 Jun 2010 05:47 PM PDT

Patutlah si Adun Pelabuhan Klang ni jadi katak..kerana tak cukup sifat jadi manusia normal. Ada ke tak bagi nafkah zahir, pastu jalinkan hubungan sulit dengan 2 perempuan. Nauzubillah..baguslah keluar dari PR dan masuk lubang najis, UMNO. Ini bukan fitnah, ini keterangan bersumpah isteri beliau di Mahkamah Syariah

ADUN Pelabuhan Klang didakwa cuai beri nafkah

KLANG 28 Jun - Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini bahawa suaminya cuai dalam menyediakan nafkah zahir secara konsisten sejak mereka berkahwin 17 tahun lalu.

Berikutan itu, Ramizah Mazlan, 39, mendakwa, dia terpaksa menggunakan wang gajinya untuk membeli dan menyediakan makan minum serta keperluan lain bagi diri sendiri, anak-anak dan Badrul Hisham.

Ramizah yang bertindak sebagai plaintif berkata demikian melalui afidavit yang diikrarkan bagi menyokong permohonannya membubarkan perkahwinan secara fasakh.

Menurut plaintif, keadaan menjadi lebih teruk apabila suaminya tidak bekerja selama dua tahun serta mula berkawan dan menghabiskan wang untuk perempuan lain.

Dakwanya, defendan tidak pernah mengambil peduli untuk menyediakan pakaian melainkan pakaian rasmi untuk menemaninya menghadiri majlis tertentu selepas dilantik sebagai ADUN.

Di samping itu, Ramizah yang tidak lagi bekerja sejak 2006 turut mendakwa, Badrul Hisham menjalinkan hubungan dengan dua perempuan bukan muhrim termasuk bekas tunangnya.

Katanya, dia pernah menjumpai beberapa keping gambar serta terbaca kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada wanita berkenaan di telefon bimbit suaminya yang mengandungi perkataan 'sayang' dan 'rindu'.

"Kami pernah ke pejabat agama untuk menyelesaikan masalah rumahtangga namun tidak berhasil. Defendan masih tetap dengan sikapnya yang suka menjalinkan hubungan dengan wanita bukan mahram, mengabaikan nafkah dan langsung tidak menghargai pengorbanan saya.

"Sepanjang tempoh perkahwinan, saya telah banyak bersabar dengan sikap defendan, namun defendan tidak pernah berubah sehingga saya tidak lagi mempunyai kasih sayang terhadapnya dan tidak berhasrat untuk bersama serta meneruskan hubungan sebagai suami isteri," katanya.

Terdahulu, peguam syarie Mohd. Junid Ramali yang mewakili Badrul Hisham memohon agar perbicaraan ditangguhkan kerana beliau baru sahaja dilantik selain ingin membuat pindaan pada pernyataan pembelaan anak guamnya.

Peguam syarie yang mewakili Ramizah, Ahmad Nazib Johari bagaimanapun membantah permohonan tersebut kerana kes itu telah ditangguhkan sebanyak dua kali bagi memberi peluang kepada defendan memfailkan pembelaan sebelum ini.

Hakim Syarie Abdul Malik Soleh membenarkan bantahan tersebut dengan alasan mahkamah telah memberi masa yang cukup selain menasihati defendan agar melantik peguam sejak Februari lalu sekiranya dia tidak mampu menjalankan sendiri kesnya.

Perbicaraan bersambung 28 September ini untuk membolehkan peguam yang mewakili defendan meneliti afidavit keterangan Ramizah sebelum menyoal balas plaintif.

Ramizah memfailkan tuntutan cerai secara fasakh daripada Badrul Hisham di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 4 Februari lalu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan itu bernikah pada 31 Julai 1993 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata, Dzarul Ashroff, 16; Dzety Ashikin, 14; Dzureen Arysha, 10; Dzaleen Aryffa, 9; dan Dzarif Ashakimi, 4.

Badrul yang dahulunya ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) selepas beliau keluar daripada parti itu pada 29 Oktober tahun lepas.

Subhanallah..Awan Berbentuk Keranda Di Kelantan

Posted: 28 Jun 2010 05:10 PM PDT

Inilah satu lagi kekuasaan Allah di Kelantan, selepas hujan ribut yang mengagalkan program maksiat fiesta Kelantan anjuran UMNO

Awan berbentuk jenazah

BENTUK awan aneh menyerupai jenazah yang sempat dirakam di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.

Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut.

KDN Kuda UMNO..Suka Main Ugut-Ugut

Posted: 28 Jun 2010 04:36 PM PDT

KDN memang spesis kuda. Kuda tungangan BN. Kalau Suara Keadilan buat fitnah, saman dan gantunglah akhbar tu. Bukannya main ugut tak tentu hala. Janganlah gantung permit sesuka hati, sebab KDN bukannya hakim. Nak tuduh akhbar buat fitnah. Memang KDN kuda umno. Digunakan UMNO untuk sekat kebebasan bersuara di negara ini

Suara Keadilan Diberi Tempoh Seminggu Jawab Isu Felda Muflis

PUTRAJAYA: Akhbar Suara Keadilan akan diberikan tempoh selama tujuh hari bermula hari ini untuk memberi penjelasan berhubung laporan berita yang mendakwa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutun (Felda) telah muflis.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam berkata, selain penjelasan berhubung isu berkenaan, akhbar itu juga diminta memberikan keterangan berhubung kegagalannya menjawab tiga surat tunjuk sebab yang dihantar pada Januari, Februari dan April tahun ini.

Penjelasan bagi ketiga-tiga surat itu katanya, harus diberikan tidak lewat dari pukul 5 petang esok di kementerian berkenaan jika gagal akan berhadapan dengan tindakan tegas.

"Antara tindakan yang boleh diambil termasuk menggantung atau membatalkan permit mereka," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan beliau dengan editor akhbar berkenaan, Dzulkarnain Taib berhubung dengan keputuan Felda untuk menyaman akhbar itu ekoran laporan muka depannya pada keluaran Bilangan 237 bertarikh 21 hingga 29 Jun 2010.

Ketika ditanya mengenai kandungan tiga surat tunjuk sebab berkenaan, beliau berkata surat tunjuk sebab pada Januari dan April, masing-masing melibatkan kegagalan syarikat akhbar berkenaan untuk mematuhi peraturan KDN iaitu menghantar lapan salinan akhbar itu pada setiap keluaran kepada kementerian.

"Setiap akhbar kena hantar lapan salinan kepada KDN, bermula dari waktu ia dicetak untuk setiap keluaran. Kalau akhbar harian hantar setiap hari dan macam dia (Suara Keadilan) seminggu dua kali. Dia tak pernah buat...(ia) tak pernah berlaku," kata Mahmood.

Surat tunjuk sebab pada Februari, katanya mengenai tiga artikel dalam akhbar berkenaan yang bertajuk Umno dan BN Ketagih Hasil Petronas, BN Bolot Jualan Saham Pernas serta Umno dan BN Merosakkan Institusi Perubatan.

"Saya rasa anda semua faham mengenai tanggungjawab ini, janganlah berdegil sangat. Kita hantar peringatan dan berulang kali mengingatkan (mereka)...degillah dan kita panggil (dia) hari Jumaat lepas, dia tak datang juga dan dia keluarkan kenyataan pada kita, jadi tak eloklah keluar kenyataan macam tu kan," tambahnya.

"Ini kali pertama KSU (Ketua setiausaha) panggilkan, KSU tak pernah panggil sebelum ini," katanya.

Ketika ditanya sama ada penjelasan itu perlu dijawab melalui surat atau secara lisan oleh editor, Mahmood berkata segalanya terserah kepada budi bicara pihak akhbar itu untuk menentukannya.

"Terpulang kepada dia. Kami memerlukan penjelasan mereka dan selepas itu kita akan bermesyuarat untuk melihat sama ada penjelasan itu boleh diterima pakai atau tidak.

"Dia janji dia akan datang. Itu sangat adil kerana kita dah bagi dia surat ingatan. Alasan dia kata dia tak terima (surat) jadi itu sangat mustahil," katanya.

Sementara itu, Dzulkarnain ketika ditemui selepas pertemuan itu mendakwa, ketiga-tiga surat tunjuk sebab berkenaan dihantar ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya sedangkan pejabat operasi akhbarnya di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

"Mungkin (ada kesilapan) dari segi komunikasi sebab pejabat operasi Suara Keadilan terletak di Seksyen 13, Shah Alam dan surat itu dihantar ke ibu pejabat parti di Tropicana.

"Kita perlu lihat surat itu dan kita akan patuh serta telah memberi jaminan untuk beri sepenuh kerjasama kepada KDN," katanya.

Beliau berkata, surat jawapan itu akan dihantar esok manakala surat tunjuk sebab berhubung isu Felda akan dihantar pada kadar segera, seboleh mungkin menjelang Rabu ini.

"KSU mahu kami hantar surat ini secepat mungkin, kalau boleh menjelang 30 Jun kerana mereka juga dalam masa yang sama sedang meneliti permohonan kami untuk memperbaharui permit yang akan tamat pada tarikh yang sama, 30 Jun.

"Permohonan untuk memperbaharui permit itu telah kami hantar tiga bulan lepas," tambahnya.

Dzulkarnain juga mendakwa, beliau telah memohon sedikit masa kerana perlu meneliti tiga artikel yang disebut dalam surat tunjuk sebab berkenaan tetapi Mahmood bertegas agar jawapan bagi ketiga-tiga surat diberikan esok.

Beliau juga menarik perhatian berhubung kegagalan syarikat mematuhi peraturan untuk menghantar lapan salinan akhbar kepadanya bagi setiap keluaran, katanya. - BERNAMA

 

Keputusan Piala Dunia : Belanda 2, Slovakia 1, Brazil 3, Chile 0. Belanda & Brazil Layak Ke Suku Akhir

Posted: 28 Jun 2010 03:48 PM PDT

Brazil & Belanda layak ke suku akhir

Piala Dunia: Belanda 2, Slovakia 1

Belanda menewaskan Slovakia 2-1 pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Durban malam tadi.

Gol Belanda dijaringkan Arjen Robben pada minit ke-18 dan Wesley Sneijder pada minit ke-84.

Slovakia memperoleh sepakan penalti pada minit keempat masa kecederaan dan Robert Vittek menyempurnakannya.

Dengan kemenangan itu, Belanda mara ke peringkat suku akhir dan akan bertemu dengan Brazil yang menewaskan Chile 3-0.

Piala Dunia: Brazil 3 Chile 0

Juara dunia lima kali, Brazil semakin hampir untuk memenangi satu lagi Piala Dunia selepas menewaskan Chile 3-0 dalam pusingan kedua, di Stadium Ellis Park, awal pagi tadi.

Dengan keputusan itu, Brazil akan bertemu Belanda yang sebelum itu menewaskan Slovakia 2-1.

Gol Brazil dijaringkan oleh Juan dan Luis Fabiano pada separuh masa pertama sebelum Robinho menambah derita Chile untuk gol ketiga Brazil pada separuh kedua.

Kerajaan BN Sarawak Dah Terdesak, Ugut Ketua Kaum

Posted: 28 Jun 2010 07:19 AM PDT

Politik balas dendam berlaku di Sarawak. Kali ini ugutan berhentikan ketua kaum jika sokong pembangkang. Apa punya perangai si Mahmud Taib & The Gang..kerajaan negeri PR tak pernah pun pecat Pengerusi JKKK yang totok umno..

Ketua kaum di Sarawak dihentikan jika sokong pembangkang

SAMARAHAN - Mana-mana Ketua Kaum yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang akan ditamatkan perkhidmatan serta-merta kerana ia adalah satu tindakan salah laku yang amat serius, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin.

"Ketua Kaum adalah ejen kerajaan, yang membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dan bukannya menentang kerajaan," kata pada majlis penyerahan surat pelantikan dua Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh dan Melayu di sini, hari ini.

Di Sarawak, jawatan Temenggong yang mewakili kaum tertentu di peringkat bahagian adalah hirarki tertinggi sistem pentadbiran setempat diikuti Pemanca di peringkat daerah, Penghulu dan akhir sekali Ketua Kaum.

Manyin berkata, oleh kerana pilihan raya negeri Sarawak semakin hampir, semua Ketua Kaum perlu meningkatkan usaha untuk membantu kerajaan memberi maklumat mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan negeri terutama sekali membawa pembangunan ke kawasan pedalaman kepada penduduk setempat.

"Bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian kerajaan, kerajaan negeri mahu Ketua Kaum bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan cadangan," katanya.

Beliau berkata, jawatan Ketua Kaum kini bukan kekal sepanjang hayat dan telah dihadkan tempoh selama empat tahun.

"Tidak ada undian atau pilihan raya untuk melantik Ketua Kaum kerana sistem yang dilaksanakan sekarang adalah berdasarkan lantikan mengikut persetujuan yang disahkan oleh Pegawai Daerah, Residen Bahagian dan Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya.

Bekas guru Robert Sulis Ridu, 75, dilantik menjadi Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh manakala Chek Bujang, 59, seorang bekas guru agama, dilantik Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Melayu.

Temenggong Bidayuh akan memimpin seramai 152 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum berbangsa Bidayuh manakala Temenggong Melayu akan memimpin 111 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Samarahan.

UMNO Yang Lulus Judi, Pastu Batalkan..Mana Ada Baik

Posted: 28 Jun 2010 05:52 AM PDT

Boon Chye: UMNO Lulus dan Batal lesen judi sukan

(28 Jun, Ipoh) Naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Lee Boon Chye berkata, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan kepada Ascot Sports, ini adalah atas desakan suara rakyat dan kemenangan bantahan rakyat terhadap polisi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak transpirasi dan telus.

Beliau juga berkata, ini jelas menunjukkan bahawa lesen judi sukan adalah hasil ataupun idea UMNO yang memulakan dan memutuskannya, perkara ini bukan diputuskan melalui mesyuarat kabinet ataupun Dewan Rakyat tetapi melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak melibatkan mana-mana parti komponen yang lain.

"Kita boleh melihatkan siapakah yang cuba menggadaikan nasib rakyat dengan cara memperkayakan syarikat-syarikat gergasi."

Beliau berucap sedemikian dalam siri ceramah "Selamatkan Malaysia" di Kampung Baru Kuala Kuang.

Dr Lee juga sebagai Ahli Parlimen Gopeng mengkritik Perdana Menteri bahawa, beliau ingin mendapatkan pandangan dan cadangan rakyat ketika memelihara seekor kucing, akan tetapi, polisi kerajaan yang menjejaskan hidupan rakyat tidak pernah ditanyakan sesekali pun.

Beliau menambah, Perdana Menteri bukan sahaja tidak berani berhadapan dengan rakyat, tetapi juga tidak berani berhadapan dengan wakil rakyat dengan membawakan isu tersebut kepada perbincangan dalam Dewan Parlimen.

Beliau menyifatkan kerajaan BN terutamanya bawah pimpinan Najib Razak selalunya mengamalkan Flip-Flop Policy yang amat tidak menyakinkan rakyat.

UMNO Auta & Tipu Lagi

Posted: 28 Jun 2010 04:49 AM PDT

Ini mesti kerja UMNO..ataupun kerja blogger s*wel UMPCO..

4 Adun Nafi Keluar PKR

KUALA LUMPUR, 28 Jun 10: Hari ini wujud spekulasi baru mendakwa empat ADUN PKR akan keluar kerana Tan Sri Khalid Ibrahim masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Mereka ialah Haniza Mohd Talha dari kawasan Taman Medan, Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Sri Muda) sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Khabar angin mendakwa keempat-empat mereka akan keluar PKR sebagai tanda protes pucuk kepimpinan memutuskan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar. Khabar angin ini mula tersebar sejak pagi tadi.

Selain SMS, beberapa panggilan yang diterima oleh berbagai pihak. SMS itu berbunyi "empat ADUN PKR Selangor dikhabarkan akan meletak jawatan kerana tidak bersetuju Khalid kekal sebagai MB." Nik Nazmi merupakan bekas setiausaha politik Khalid. Beliau digantikan oleh setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa bulan depan.

Amirudin memberitahu The Malaysian Insider, beliau dan rakan-rakannya menghormati keputusan pucuk kepimpinan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar. "Tidak, tidak... sebelum saudara tanya saya jawab soal dulu, tidak. Setakat ini tiada apa-apa, kami kekal dengan PKR," kata Amirudin sebaik sahaja dihubungi The Malaysian Insider.

"Semuanya sudah bersetuju, kami menghormati Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi PKR Selangor manakala Tan Sri Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor... ini diumumkan pada pertemuan Majlis Pimpinan Pusat semalam dan semua terima" kata Amirudin sambil menambah, beliau dan Nik Nazmi makan malam tadi bersama dan tidak membincangkan apa-apa, kononnya "akan keluar PKR."

"Saya tidak tahu mengapa secara tiba-tiba benda ini wujud balik," kata Amirudin lagi.

Menerusi ruangan twitter, Nik Nazmi berkata: "saya baru terima panggilan daripada pemberita, bertanya sama ada saya salah seorang daripada empat ADUN berkenaan yang mahu meletakkan jawatan."

"Satu lagi penipuan besar," katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi juga melahirkan pandangan yang sama dengan berkata tidak tahu-menahu apa-apa cerita sebenar. "Ini kali kedua saya mendengar benda yang sama.

"Saya menafikan... perang saraf biasanya macam inilah," kata beliau.

Di akhir sesi pemukiman dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR petang semalam, Naib Presiden Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi Selangor manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik meneraju Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Pelantikan itu berkuat kuasa petang semalam.

Wan Azizah ketika membuat kenyataan itu berkata pelantikan Azmin adalah bagi menggantikan Khalid yang juga Menteri Besar Selangor. "(Tindakan) ini setelah dipohon oleh Tan Sri yang mahu menumpukan tenaga beliau kepada pentadbiran negeri Selangor berkuat kuasa serta-merta," katanya semalam. Sebelum ini Azmin mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Khalid yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut menafikan tindakannya berundur daripada mengetuai PKR Selangor disebabkan tekanan daripada pihak tertentu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. (Sumber: The Malaysian Insider/AK)

Piala Dunia (36) : Jadual Perlawanan Malam Ini..Saya Memilih Pasukan Brazil & Belanda Layak Ke Suku Akhir

Posted: 28 Jun 2010 03:38 AM PDT

Jadual Piala Dunia Malam Ini & Awal Pagi Esok (Peringkat Kalah Mati)

BERIKUT adalah jadual perlawanan peringkat kalah mati yang akan berlangsung pada malam ini dan awal pagi esok.

Perlawanan malam ini akan menyaksikan pertemuan di antara juara Kumpulan E dan naib juara Kumpulan F.

Sementara itu, juara dunia lima kali, Brazil yang juga juara Kumpulan G akan bertemu naib juara Kumpulan H, Chile awal pagi esok.

Malam ini

Belanda lwn Slovakia, 10.00 mlm

Awal pagi esok

Brazil lwn Chile, 2.30 pagi

Saya menyokong pasukan Belanda dan Brazil untuk menang perlawanan ini.

PKR Dinasihatkan Jangan Jadi Macam UMNO

Posted: 28 Jun 2010 03:07 AM PDT

PKR Jangan jadi macam UMNO. Nak dana parti, carilah dengan jalan bermaruah..

Salah Minta Guna Peruntukkan Wang Negeri Untuk Bantu Parti - Fuziah Salleh

SHAH ALAM: Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh membidas tindakan segelintir Ahli Parlimen parti itu yang membelakangkan parti bagi menyuarakan kepincangan yang wujud terutamanya melibatkan kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan menggunakan saluran media bagi melakukan sebarang pendedahan menggambarkan kumpulan berkenaan tidak berpegang kepada prinsip politik baru yang diamalkan parti.

Malah katanya, tanggapan bahawa timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin peringkat cabang dan ranting di Selangor kononnya ekoran tiada peruntukkan bagi mengerakkan aktiviti parti, perlu diubah.

Menurut beliau, PKR tidak pernah dan tidak sepatutnya menggunakan wang kerajaan negeri untuk menggerakkan aktiviti parti.

"Parti tak pernah digerakkan menggunakan wang kerajaan negeri, itu adalah salah... salah kalau ada pihak anggap wang kerajaan boleh digunakan untuk menggerakkan pentadbiran parti.

"Parti sentiasa digerakkan oleh wang parti, tak ada pernah guna duit kerajaan negeri, kalau tak ada duit itu perkara biasa kerana PKR memang tak ada duit," katanya.

"Saya percaya kita mahu bergerak ke hadapan ke arah politik baru... kita perlu bincang setiap perbezaan pendapat secara terbuka (dalam parti), dan jangan ikut jalan belakang.

"Jangan pergi kepada media tanpa berbincang kepada pemimpin parti, sampai pemimpin parti pun tak tahu siapa anda," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya program pemukiman PKR di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan wujudnya kumpulan terdiri 15 Ahli Parlimen parti itu yang merancang untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun Fuzaih yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, laporan berkenaan tidak berasas kerana tiada bukti jelas yang mengaitkan mana-mana Ahli Parlimen dalam pakatan berkenaan.

"Saya pun pening kepala... malah kita tak dapat nak namakan (siapa) mereka, media yang mulakan," katanya.

Sementara itu Fuziah turut menyangkal dakwaan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam yang mendakwa Abdul Khalid dan barisan ahli exconya gagal melakukan perubahan di Selangor terutamanya berkaitan hal ekonomi.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, beliau kecewa kerana selepas sebulan teguran dibuat semasa Kongres PKR di Kota Baru baru-baru ini, tiada tindakan proaktif diambil oleh Abdul Khalid.

"Saya tak setuju dengan dakwaan itu, semasa kongres, Menteri Besar sudah berjanji untuk perbaiki banyak perkara, contohnya beliau berjanji untuk lakukan perubahan dari segi penerangan Kerajaan Negeri Selangor.

"Kita dapat lihat selepas sahaja kongres PKR di Kota Baru, beliau telah melantik seorang pengarah penerangan, ini tandanya progres sedang berlaku... saya fikir dakwaan itu sangat tak berasas apabila dikatakan tak ada tindakan progres, (sebenarnya) tindakan sedang diambil," katanya.

Susur Galur Politik Azmin Ali

Posted: 28 Jun 2010 02:11 AM PDT

Azmin bakal mengganti Khalid lagi?

28 Jun — Azmin Ali! Pemimpin muda PKR yang tidak asing dalam arena politik tempatan. Perkembangan mutakir melatakkan pemimpin berusia 46 tahun ini menjadi tumpuan Selangor.

Malah tidak keterlaluan beliau menjadi tumpuan keseluruhan PKR mulai sekarang.

Awal minggu lalu, beliau melepaskan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) secara tiba-tiba, anak syarikat kerajaan negeri, yang diterajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR.

Kini sudah diketahui umum, Azmin dilantik menggantikan Khalid sebagai Pengerusi PKR Selangor.

Nama Azmin, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi sebutan dalam setiap percaturan politik di negeri Selangor sejak Mac 2008. Nama beliau memang disebut-sebut sejak sepanjang satu dekad lalu tetapi tsunami politik 2008 membawa Azmin lebih dekat dengan Selangor.

Mengimbas kembali tulisan-tulisan blog dan cakap-cakap sejak pertengahan 2008, banyak pihak mendakwa yang Azmin bercita-cita untuk menerajui kerajaan negeri. Bagaimanapun Azmin sudah banyak kali menafikan dakwaan-dakwaan ini.

Yang terakhir kelmarin. Azmin menegaskan beliau secara peribadi tidak pernah mendesak Khalid agar melepaskan jawatan sebagai menteri besar. Melainkan katanya, hanya meminta agar Khalid membetulkan pendekatan pentadbiran kerajaan negeri.

Mengumumkan perubahan kecil semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, "(langkah) ini setelah dipohon oleh Tan Sri yang mahu menumpukan tenaga beliau kepada pentadbiran negeri Selangor berkuat kuasa serta-merta."

The Malaysian Insider sebenarnya difahamkan Khalid patut berbuat demikian ketika pertemuan di Kota Baru bulan lalu.

Berdasarkan kenyataan umum dikeluarkan semalam, Khalid selaku Menteri Besar dikatakan berhadapan dengan banyak aktiviti pentadbiran negeri telah membataskan masa beliau untuk memberi tumpuan ke atas usaha-usaha memantapkan parti itu.

"Saya ada banyak kerja. Saya memang banyak aktiviti seperti pelaburan yang saya kena," kata Khalid. Antara projek khas yang ingin Khalid memberi tumpuan ialah mengambil alih operasi air di Selangor dan projek pembersihan Sungai Klang yang perlu menggemblengkan modal pelaburan di dalam dan luar negara.

Pun begitu, beliau dengan rendah diri mengatakan "boleh jadi pengalaman saya daripada segi politik tidak berapa ada juga, tetapi untuk menumpukan kepada pelaburan itu adalah usaha penting untuk kejayaan parti dan parti berpendapat saya ada pengalaman."

Di atas faktor itu, kata Khalid, beliau mencadangkan kepada pucuk pimpinan untuk memberi peluang kepada orang lain meneraju PKR Selangor bagi memastikan negeri tersebut kekal dikuasai PKR dan pakatan pembangkang.

Khalid sekali lagi tidak menamakan penggantinya tetapi serahkan kepada pucuk kepimpinan. Pucuk kepimpinan menamakan Azmin - melangkah dari Wilayah Persekutuan ke Selangor.

"Saya serahkan kepada Presiden untuk menamakan mereka (penggantinya) supaya kita dapat teruskan usaha ini," kata Khalid.

Khalid dan Azmin menjadi tumpuan selepas timbulnya desas-desus mengatakan wujud gerakan dalam PKR Selangor yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan menteri besar. Kumpulan ini juga dikatakan mahu mendesak Khalid agar melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.

Cakap-cakap bahawa adanya usaha hendak mengetepikan Khalid mendapat liputan besar kira-kira seminggu sebelum sesi pemukiman atau temu rapat PKR kali ini.

Pokoknya, cakap-cakap ini sudah kedengaran menjelang Kongres Nasional Keenam PKR akhir bulan lalu di Kota Baru, yang diadakan sebulan selepas pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Kerusi Hulu Selangor dimenangi PKR pada Mac 2008 tetapi gagal dipertahankan pada 25 April lalu. Dalam pilihan raya kecil ini, jentera pilihan raya diketuai oleh Khalid selaku menteri besar. Ia pilihan raya kecil pertama bagi Khalid selaku menteri besar.

Difahamkan laporan bedah siasat pilihan raya itu antara lain mengesyorkan agar jentera kepimpinan negeri dirombak sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Berada dalam senarai di atas ialah Khalid.

Ada pandangan yang mengatakan bahawa Khalid tidak wajar memikul dua tanggungjawab - sebagai menteri besar dan juga sebagai pengerusi PKR negeri meskipun di parti-parti lain, formula dua kepimpinan menjadi amalan biasa.

Bagaimanapun orang dalam PKR berpandangan sebaliknya. Mereka menggesa agar Khalid melepaskan jawatan pengerusi PKR negeri dan hanya memberi tumpuan terhadap tanggungjawab sebagai menteri besar.

Ucapan dasar Presiden PKR ketika kongres bulan lalu juga banyak menekankan perkembangan di Selangor dengan kepimpinan kerajaan negeri itu ditegur dengan nama Khalid disebut beberapa kali. Perwakilan-perwakilan yang membahaskan ucapan dasar juga mengambil kesempatan dengan banyak menekankan senario Selangor.

Mengambil kira tumpuan perbahasan seolah-olah PKR hanya hendak memberi tumpuan kepada Selangor. Bagaimanapun beberapa menafikan tanggapan sedemikian, sebaliknya menekankan mahu menjadikan Selangor sebagai model politik kepada PKR.

Tidak dapat dinafikan bahawa Selangor negeri penting, sehingga Umno-BN hendak melakukan apa sahaja untuk mendapatkan balik negeri ini.

Kepimpinan PKR negeri memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya tidak beranggapan hendak mengetepikan kepimpinan Khalid sama sekali.

Seorang pemimpin kanan PKR Selangor beranggapan bahawa mereka mahukan Khalid memberi tumpuan ke atas pentadbiran kerajaan negeri Selangor manakala Azmin pula memfokus terhadap jentera politik negeri.

Pemimpin itu menegaskan, Azmin tidak menyasarkan jawatan menteri besar sebagaimana didakwa oleh banyak pihak termasuk Umno-BN sendiri.

Bagaimanapun beliau mengakui ada pihak dalam PKR Selangor mengambil kesempatan serangan daripada Umno-BN untuk menekan Khalid.

"Umno Selangor masih diterajui oleh Datuk Seri Najib (RazaK), dengan Datuk Seri Noh Omar sebagai timbalan beliau, mereka bawa masuk (bekas ketua AMK) Ezam Mohd Noor," katanya.

Baru-baru ini Ezam dilantik sebagai senator dan dilihat sebagai antara senjata untuk menyerang kepimpinan PKR khususnya di Selangor. Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri mahu Selangor ditawan semula dalam apa jua cara.

"Jadi Umno meneruskan tekanan mereka ke atas Khalid, jadi ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mahu memastikan jentera politik tidak terjejas dalam serangan Umno-BN... maka, kami merasakan orang paling sesuai ialah Azmin," kata beliau dengan merujuk Azmin sebagai ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa.

"Dari segi prestasi Khalid, kami tidak ada sebarang pertikaian... malah Khalid telah menjalankan tugas dengan lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh Umno-BN sepanjang lima dekad lalu," katanya lagi.

Sehubungan ini, Khalid dikatakan 'cemerlang' dalam menguruskan kerajaan negeri tetapi berada di ruang yang jauh bertentangan dalam hal-hal berkaitan dengan politik parti khususnya politik PKR.

"Kelemahan ini yang tidak wajar dibiarkan berterusan," kata pemimpin itu dengan merujuk kepada insiden pemberontakan kepimpinan ahli jawatankuasa bahagian Kuala Selangor yang dipimpinnya.

Bagaimanapun pemimpin PKR ini enggan terus-terang sama ada langkah membawa masuk Azmin menerajui jentera PKR Selangor bertujuan menghadapi pemilihan parti November ini.

"Ya benar Azmin semakin berpengaruh dan kuat dalam PKR, tetapi sama ada Azmin mahu tanding jawatan timbalan presiden, saya tidak pasti... tetapi apa yang saya tahu semua orang bercita-cita untuk memegang jawatan lebih tinggi," kata beliau.

The Malaysian Insider difahamkan meskipun Khalid tidak pernah menyatakan dengan terbuka hasrat untuk mencuba nasib dalam pemilihan timbalan presiden, tetapi ada yang mengatakan beliau sudah mula melangkah ke arah itu.

Apakah rombakan kecil ini mencatatkan pergerakan beliau ke arah itu? Azmin pernah dicalonkan bertanding kerusi itu tiga tahun lalu tetapi beliau membatalkan hasrat itu.

Dalam pertemuan sempena dua tahun menjadi Menteri Besar Selangor Mac lalu, Khalid pernah berkata, beliau hampir-hampir hendak melepaskan jawatan itu awal tahun lalu apabila ada pihak mendakwanya mengamalkan rasuah ekoran sumbangan lembu korban dan kos penyelenggaraan kereta peribadinya atas nama urusan kerajaan negeri.

Rombakan kecil sudah dibuat tetapi percaturan politik PKR Selangor belum berakhir.

Sudah pasti pemilihan pucuk kepimpinan parti hujung tahun ini akan memperlihatkan satu lagi pusingan yang menarik untuk dilihat dalam PKR.

Dan, perkembangan seterusnya akan lebih menarik untuk dilihat dalam pemilihan calon PKR Selangor. Pengasingan kuasa antara menteri besar dan pengerusi negeri akan menguji keberkesanan kemantapan PKR di Selangor.

Azmin, kini Ketua Whip di Dewan Undangan Negeri Selangor, dilihat bakal menggantikan kedudukan Khalid lagi selepas ini. Sekali lagi persepsi politik mengatasi pengurusan dan perjalanan PKR selaku komponen Pakatan Rakyat walaupun banyak penafian, penjelasan dan pendekatan remedi dilakukan

G Maniamaran, TMI

Hugo Chavez Lebih Jantan Dari Najib

Posted: 28 Jun 2010 12:23 AM PDT

Alangkah indahnya ada PM seberani Hugo Chavez..berani lawan Israel walaupun sesama bukan islam. Najib bila lagi nak berani macam Chavez. Nak tunggu ayam jantan bertelur ke atau kucing bertanduk???

Hugo Chavez terus kecam Israel

CARACAS 27 Jun - Presiden Venezuela, Hugo Chavez sekali lagi mengecam Israel dengan menggambarkan rejim Zionis itu sebagai sebuah negara yang melakukan pembunuhan kaum dan bertindak sebagai pembunuh bagi Amerika Syarikat (AS).

Chavez yang menerima kunjungan Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam meramalkan rejim zionis tersebut akan ditundukkan suatu hari nanti.

Presiden berhaluan sosialis itu kerap mengkritik Israel dan AS dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel selepas menuduh rejim Yahudi itu melakukan 'holocaust' dengan melancarkan kempen serangan ke atas Genting Gaza pada awal tahun lepas.

"Israel sudah menjadi cawangan pembunuhan bagi AS. Ia menjadi ancaman kepada kita semua," kata Chavez pada sidang media bersama Assad.

Chavez turut melahirkan sokongan terhadap perjuangan Syria untuk mendapatkan kembali Bukit Golan, yang ditawan oleh Israel pada 1967.

"Wilayah itu akan kembali ke tangan Syria suatu hari nanti. Sudah tentulah kita mahu usaha itu dilakukan secara aman kerana kita tidak mahu perang tercetus lagi," katanya.

Beliau menganggap usaha AS untuk memencilkan Syria dan mencorakkan semula Asia Barat sebagai gagal, dan Israel pula semakin kehilangan sekutu.

Chavez yang sangat popular di dunia Arab kerana pendirian antiimperialis beliau disambut sebagai wira semasa melawat Syria pada 2006.

Assad tiba di Venezuela kelmarin dalam rangka lawatan ke Amerika Latin dan beliau juga dijadual melawat Argentina, Brazil dan Cuba.

Syria sudah mula meningkatkan profilnya di pentas antarabangsa sejak beberapa tahun lalu, tanpa mempedulikan usaha Barat untuk melemahkannya dan menjalinkan hubungan dengan bekas musuh, Turki serta Rusia dan negara-negara Amerika Latin. - Reuters

UMNO Memang UMNgOk..Ada Ke Lulus Usul Mansuh Subsidi

Posted: 27 Jun 2010 11:20 PM PDT

UMNO...UMNO..tak habis-habis nak menyusahkan rakyat. Memang mereka parti untuk perut kenyang..langsung tiada niat untuk bantu rakyat. Ade ke AGM Umno Bahagian Selayang lulus usul hapus subsidi..mereka memang dah UMNgok

Hapus subsidi cara berjadual

SELAYANG – Mesyuarat UMNO Bahagian Selayang kali Ke-22 yang bersidang semalam mengusulkan desakan agar penghapusan subsidi berjumlah RM74 bilion bagi 2009 dilakukan dengan cara terpilih dan berjadual.

Penghapusan subsidi berkenaan terutamanya bagi sektor pendidikan dan kesihatan (RM42.4 billion), minyak dan tenaga (RM23.5 billion) serta infrastruktur (RM4.8 billion).

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Selayang, Azman Yusof berkata, usul dibentangkan dengan harapan supaya kesan penghapusan subsidi tidak menyebabkan bebanan kepada masyarakat akibat kos sara hidup yang meningkat secara mendadak ketika ini.

Katanya, ia juga akan menyebabkan berlakunya inflasi disebabkan kenaikan harga barang keperluan lebih tinggi dari kenaikan pendapatan seisi rumah.

"Yang paling teruk terjejas adalah orang Melayu atau Bumiputera yang berpendapatan seisi rumah lebih rendah berbanding kaum lain iaitu RM2,722 sebulan, berbanding Cina RM4,435 sebulan dan India RM3,456 sebulan.

"Kita juga mendesak agak takrif syarikat Bumiputera dikekalkan dan pengagihan projek atau kontrak untuk orang Melayu atau Bumiputera diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan usul politik dan ekonomi bagi mewakili UMNO Bahagian Selayang dalam mesyuarat perwakilan berkenaan yang berlangsung di Kelab Golf Perangsang Templer, di sini.

Dalam pada itu, pihaknya juga menggesa supaya Model Ekonomi Baru (MEB) perlu bagi menjamin kepentingan Bumiputera.

Menurutnya, gesaan ini bagi menjamin kepentingan peniaga dan kontraktor Melayu dan Bumiputera serta mensasarkan pegangan 30 peratus harta dan ekuiti serta penglibatan dalam sektor ekonomi diteruskan.

"Dasar pegangan harta 30 peratus dan ekuiti Melayu atau Bumiputera hendaklah ditambah kepada 50 peratus menjelang 2020 dan ini perlu diperjelaskan melalui konsep 1Malaysia.

"Kami juga ingin mendesak agar kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus ruang dan peluang perniagaan diperuntukkan untuk orang Melayu atau Bumiputera, terutamanya dalam syarikat gergasi seperti Tesco, Giant, Carrefour, Air Asia, Berjaya Group dan GLC," katanya.

Terdahulu, dalam usul yang sama, orang Melayu dan Bumiputera di negeri ini dikatakan masih jauh ketinggalan daripada segi ekonomi, pendidikan, pemilikan harta dan ekuiti.

Katanya, untuk itu pihak kerajaan hendaklah membentuk dan menambah nilai serta melaksanakan dasar-dasar baru yang dapat memperkukuhkan orang-orang Melayu dan Bumiputera terutamanya dalam sektor ekonomi.

Usul ini dipersetujui semua perwakilan yang hadir pada mesyuarat itu.

Macam2 Zaman Najib : Anak Melacur Kerana Pengaruh Ibu

Posted: 27 Jun 2010 10:26 PM PDT

Ibu desak jual tubuh

KUALA LUMPUR: "Jika bukan kerana desakan ibu mengatakan kerjaya melacur saka dan warisan keturunan kami, tak mungkin saya sanggup menjual tubuh pada usia muda," kata seorang pelacur jalanan yang menjalankan kegiatan sambilan di sekitar ibu kota.

Dia yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu pada harga RM30 untuk sekali perkhidmatan sejak tiga tahun lalu mendakwa dipujuk ibu supaya tidak segan-silu melakukan kerja terkutuk itu dengan alasan ia tidak akan merugikan apa-apa pun.

Gadis terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ila, 21, hanya berjaya dipujuk membuka mulut dan mendedahkan pengalaman hidupnya selepas diyakini wartawan yang menemuinya ketika berpeleseran mencari pelanggan di hadapan sebuah hotel murah di Jalan Raja Laut di sini, semalam.

"Saya tak salahkan ibu kerana dia selama ini menghantar saya ke sekolah dan membesarkan kami adik beradik selepas bapa lari dari rumah ketika saya masih di bangku sekolah.

"Ibu mendakwa ayah seorang penagih dadah tegar dan sering keluar masuk pusat serenti sebelum hilang dari rumah sekitar 2002 dipercayai ada kaitan dengan samseng dadah yang mahu memungut hutang," katanya.

Menurut Ila, sejak ketiadaan bapa, ibu kerap keluar waktu Maghrib dengan alasan pergi bekerja di kilang elektronik di Keramat sebelum pulang ke rumah sekitar jam 3 atau 4 pagi setiap hari.

"Mulanya saya percaya dia pergi bekerja, namun lama kelamaan saya mula mengesyaki ada yang tidak kena apabila kerap kali ibu dihantar pulang lelaki berasingan.

"Malah, pakaian seksi lengkap dengan kasut tumit tinggi digunakan ibu setiap kali keluar rumah jelas tidak menunjukkan langsung ciri penampilan seorang operator pengeluaran kilang," katanya.

Namun, menurutnya, misteri pekerjaan ibunya terjawab apabila dia diminta menghantar wanita itu dengan kereta ke sebuah bangunan rumah kedai usang di Jalan Petaling di sini, empat tahun lalu. "Ketika itu saya yang sudah berhenti sekolah dan mempunyai lesen memandu tergamam apabila ibu memperkenalkan saya kepada seorang lelaki Cina serta beberapa wanita berusia hampir separuh abad didakwa rakan 'sekerjanya'.

"Selepas 10 minit memerhati baru saya sedar, ibu seorang pelacur yang menjual tubuh kepada lelaki yang memasuki rumah usang terbabit melalui pintu belakang. Ibu hanya perlu menunjukkan tiga jari tangannya sebagai simbol harga RM30 ditawarkan untuk perkhidmatan seks," katanya.

Ila berkata, ibunya mungkin tidak mahu lagi menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuannya kerana dia sudah dewasa, apatah lagi pernah terlanjur beberapa kali dengan teman lelaki juga jirannya di Sentul.

"Namun, ibu tak pernah memaksa saya mengikut jejak langkahnya sehinggalah setahun selepas itu apabila dia mula kerap kali sakit akibat darah tinggi. Saya sebaliknya disuruh menjual tubuh di pusat pelacuran murahan itu bagi menggantikannya.

"Mulanya saya enggan kerana jijik, namun ibu mengatakan saya tiada pilihan kerana itu saja pekerjaan yang mampu menanggung kehidupan kami sekeluarga. Malah, dia mendakwa pekerjaan itu tidak ubah seperti saka yang perlu saya ikuti generasi demi generasi," katanya.

Menurut Ila, walaupun tertekan, dia terpaksa akur selepas didesak berulang kali selain diminta melapor diri untuk bertugas dengan bapa ayam yang menyelia rumah pelacuran terbabit.

Dia yang bertubuh sedikit gempal mendakwa meletakkan syarat awal dengan hanya mahu melayan lelaki tempatan dan muda saja berikutan hilang selera dengan bau badan lelaki asing.

"Dengan RM40 dikenakan kepada setiap pelanggan, saya memperoleh bahagian RM30 ringgit. Jika bernasib baik dan ramai pelanggan, saya mampu memperoleh sehingga RM2,000 sebulan.

"Bagaimanapun, selepas dua tahun dijaga bapa ayam, saya mengambil keputusan bergerak bersendirian dengan menawarkan seks di kaki lima setiap waktu petang dan malam," katanya.

Namun, menurutnya, tindakan tegas anggota polis Kuala Lumpur yang berterusan menggempur dan menahan puluhan pelacur dan pondan di kawasan terbabit beberapa bulan lalu menyebabkan pendapatannya kini terjejas teruk.

Pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari Kata UMNO Pemandu Mabuk

Posted: 27 Jun 2010 09:31 PM PDT

Masalah perlembagaan bertulis

Negara kita ada perlembagaan. Tetapi sejak beberapa tahun ini macam-macam masalah timbul. Sudah ada yang menyamakan Malaysia dengan Zimbabwe. Negara lain yang mengamalkan sistem ini tak ada masalah macam kita pun. Jadi nampak macam kita ini gagal menggunakan manual yang orang lain dapat gunakan dengan baik.

Perlembagaan Malaysia, baik Perlembagaan Persekutuan dan tiga belas perlembagaan negeri, bertulis. Apa yang dikatakan perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikanunkan dalam satu buku sebagaimana yang kita lihat.

Sifat itu tidak ada pada perlembagaan tidak bertulis; yakni perlembagaan yang tidak dikanunkan dalam sebuah buku sebagaimana yang dikatakan tadi. Perlembagaan tidak bertulis ini bertaburan dalam bentuk konvensyen (atau amalan), statut biasa dan juga adat dan resam politik yang dianggap sebagai peraturan yang penting meskipun tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang.

Boleh dikatakan semua negara memiliki perlembagaan bertulis. Dan kebanyakan orang menganggap Perlembagaan Amerika Syarikat sebagai perlembagaan bertulis yang pertama. Ada juga sarjana, khususnya Muhammad Hamidullah, yang berpendapat bahawa perlembagaan bertulis yang pertama ialah Sahifah Madinah. Terpulanglah bagaimana hujah itu dikemukakan. Perlembagaan Amerika mempunyai ciri-ciri moden sedangkan sahifah yang ditulis berdasarkan arahan baginda Rasulullah s.a.w. itu lebih merupakan perjanjian yang mengatur kehidupan dan perhubungan antara kumpulan dan kaum di Madinah pada awal kurun ketujuh Masehi itu. Dan saya rasa ada beberapa persamaan antara sahifah itu dengan Kanun Melaka yang ditulis pada kurun ke 15 Masehi. Kanun tersebut pada hakikatnya ada dokumen perlembagaan Kesultanan Melayu Melaka. Perlembagaan Amerika – yang ditulis pada kurun ke 18 – mempunyai ciri dan sifat perlembagaan. Bagaimanapun kalau dibandingkan dengan perlembagaan kita yang ditulis pada kurun ke 20 ia juga sudah agak ketinggalan dalam beberapa aspek. Dengan kata lain setiap perlembagaan perlu dinilai dalam konteks dan kehendak masyarakat yang hendak ditanganinya. Sesebuah perlembagaan tidak harus dinilai dalam konteks zaman atau masyarakat yang lain. Ini kerana setiap perlembagaan itu unik dan istimewa dalam konteks dan zamannya sendiri.

Antara negara yang perlembagaannya tidak ditulis ialah United Kingdom. Dengan itu apabila orang di sana bercakap mengenai perlembagaan mereka tidak merujuk kepada sebuah dokuman atau kanun tertentu sebagaimana kita di sini. Mereka sebaliknya merujuk kepada, antara lain, undang-undang dalam isu berkenaan. Atau amalan yang sudah diterimapakai berabad-abad lamanya dalam soal itu. Sebab itu apabila mereka menyebut tentang keperluan Ratu Elizabeth – sebagai raja berperlembagaan – bertindak atau mengikut nasihat kerajaan yang memerintah mereka tidak merujuk kepada peruntuukan perlembagaan sebagaimana dalam konteks Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga dengan kelebihan atau kata putus yang diberikan kepada House of Commons sekiranya ia berkonflik dengan House of Lords atau dewan atasan. Kedua-dua isu ini ditangani oleh perlembagaan kita dengan cara memasukkan peruntukan tertentu yang menanganinya.

Saya berpendapat dalam perlembagaan bertulis sebenarnya ada aspek-aspek yang tidak bertulis. Ini sukar dielakkan kerana bukan semua isu dapat ditangani oleh peruntukan perlembagaan. selain itu fenomena itu juga timbul oleh kerana masalah baru yang tidak wujud ketika perlembagaan itu ditulis. Sebagai contohnya perlembagaan ada menyebut siapa yang diberi kuasa membubarkan dewan. Tetapi perlembagaan tidak menyebut dengan jelas bagaimana kuasa membubar itu perlu atau harus digunakan. Ini perlu dihurai dengan melihat kepada praktis atau amalan yang berkenaan. Tetapi amalan itu bukan amalan sembarangan; amalan itu perlu selaras dengan objektif dan falsafah perlembagaan.

Saya bangkitkan soal perlembagaan bertulis dan tidak bertulis ini kerana saya hendak menunjukkan betapa perlembagaan bertulis tidak semestinya berkesan dan menghasilkan natijah yang baik. Berbalik kepada apa yang saya sebut mula-mula tadi apa yang berlaku sejak merdeka, khususnya dua tahun kebelakangan ini, jelas menunjukkan betapa perlembagaan bertulis, yang sepatutnya mendisiplinkan kita dan mempermudah perjalanan sistem demokrasi dan pemerintahan negara, telah menjadi alat yang dibaca sesuka hati untuk memenangkan dan menjaga kepentingan tertentu.

Kalau diibaratkan sebuah kereta, perlembagaan kita adalah sesuatu yang diimport dari United Kingdom. Dalam konteks ini saya merujuk kepada peruntukan yang berkaitan dengan parlimen, kerajaan dan sebagainya. Saya tidak merujuk kepada peruntukan yang memang berasal dari negara ini seperti institusi beraja, kedudukan Islam, bahasa dan seumpamanya.

Di United Kingdom, dan juga beberapa negara lain seperti Australia dan India, kereta perlembagaan ini berjalan dengan baik dan cantik. Tidak seperti di Malaysia. Krisis politik di Perak yang melibatkan istana, mahkamah dan DUN tidak berlaku di tempat lain.

Apa yang berlaku di Malaysia mungkin berpunca pemandu yang cuai, mabuk atau sengaja enggan mengikut manual yang dibekalkan penjualnya. Apa yang berlaku di Perak, di Parlimen dan juga badan kehakiman menyebabkan negara ini ditertawakan oleh orang di luar negara.

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang lebih 20 tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.