Justice For All |
- Macam-Macam Nama Kucing Najib..Ada Cadang Bina, Rona, Gemuk..C4Tuya Pun Ada
- Isu 40 Ulama? Masuk UMNO : UMNO Sekali Lagi Tipu Rakyat
- Lawak : UMNO Sedang Mencari Ulama' Kelantan Pula
- Berahim Kataki Jalankan Agenda Mukhriz Jatuhkan Khairy??
- Datuk A Samad Said Merajuk Gara-Gara Politik Rais Yatim
- Macam2 Zaman Najib : Gara-Gara Nak Elak Kena Tangkap Khalwat, Polis Mati Jatuh Bangunan
- Piala Dunia (33) : Wakil Tunggal Afrika, Ghana Tewaskan USA 2 - 1 & Layak Ke Suku Akhir
- Piala Dunia (33) : Uruguay Menang 2 - 1 Ke Atas Korea Selatan, Layak Ke Suku Akhir
- Duit Biasiswa MARA Hasil Dari Judi??
- Piala Dunia (32) : Uruguay Dahului Korea Selatan 1 - 0
- Piala Dunia (31) : RTM Menipu Peminat Bolasepak
- Baguslah..Azmin Ali Nafi Bergaduh Dengan Khalid Ibrahim
- Benarkah Yang Dr Asri Tak Sempat Datang Semalam Serah Borang Masuk UMNO
- Jadual Piala Dunia Malam ini. Saya Memilih Pasukan Korea Selatan & Ghana Menang Malam Ini
- Blogger UMNO Kata Zahid Hamidi Munafik???
- Kimma, Parti Ala-ala Komponen BN Bergaduh Lagi..
- PAS & GMJ Setuju Batalkan Demo, Adakan Himpunan Di Stadium Pada 2 Julai
- Pas Jadi Orang Tengah Selesaikan Isu Azmin - Khalid
- UMNO Politikkan Bank Rakyat
| Macam-Macam Nama Kucing Najib..Ada Cadang Bina, Rona, Gemuk..C4Tuya Pun Ada Posted: 26 Jun 2010 09:12 PM PDT ![]() "Wamay," "Onemay", "Rona" dan Rakyat" adalah himpunan dari 547 nama cadangan buat kucing parsi yang dibeli najib di Pwtc tempohari. Ini telah dilaporkan oleh the star dan boleh dilihat dalam website Najib. Antara cadangan pelawat website najib ialah nama Melcindia" iaitu singkatan bagi Melayu, Cina dan India turut dicadangkan. Paling lawak, ada yang cadangkan Rona, gabungan nama Roswah dan Najib. Ada juga yang cadangkan GEMOK (aikk, macam kata kat roswah je)..Kuching Najib = "Ku-Jib" turut dicadangkan. Dan paling kelakar juga, ada bagi cadangan nama BIJAN, yang diterbalikkan dari nama NAJIB..kah..kah lawak betullah. Subky Latiff dalam ruangan 1,2,3 Lekup akhbar Harakah pula mencadangkan nama Alta atau Tuya diberikan kepada kucing Najib. Manakala blogger Kopitiam Bang Nan cadangkan C4 Tuya. Dalam banyak-banyak nama, saya setuju nama C4 Tuya, sebab ia kembalikan nostalgia lama cinta Najib. Pada masa sama sedarkan Najib yang kekasihnya dah mati dibom C4. Tapi tentu roswah tak setuju nama tu. Sebab tak nak masa tidur, abang bijannya..ops abang jib sebut nama kekasih gelapnya itu..
Tentu roswah akan pilih nama GEMOK..sebab najib lepas ni secara automatik akan anggap dia tak gemuk dah..sebab gelaran gemuk dah beralih ke kucing pula...memang lawak betul najib ni..konon nak ambil perhatian ramai dengan benda remeh-temeh nih..last-last kena atas batang hidung sendiri pula. Macam-macam nama dikaitkan dengan si kucing tak berdosa ini, terutamanya nama Althanthuya yang mati dibom C4 pada Oktober 2006 lalu.. Kucing sekarang dah pandai..surf internet & tengok blog pr je ![]() |
| Isu 40 Ulama? Masuk UMNO : UMNO Sekali Lagi Tipu Rakyat Posted: 26 Jun 2010 08:20 PM PDT UMNO memang kaki tipu...rakyat semua tertipu dengan UMNO..tengoklah tajuk besar Utusan Meloya, penyebar fitnah masyarakat. Kononnya perjuangan UMNO diiktiraf oleh ustaz-ustaz yang nak dapat J Qaf. Apapun ini fakta sebenar..umno, najib , shahidan memang kaki tipu..alamak tertipu sekali lagilah umat islam terutamanya orang Felda. Umno dalam usaha memperbodohkan minda orang2 melayu dengan kemasukkan ahli2 agama ini untuk penyucian imej mereka yang telah kotor dan berkarat hanya dengan mengunakan umpan perkataan "ULAMA" UMNO Menipu Dalam Isu Kemasukan 40 Ulama Ke UMNO
KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian. Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan. "Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan. "Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi. Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis. -Hrkh |
| Lawak : UMNO Sedang Mencari Ulama' Kelantan Pula Posted: 26 Jun 2010 07:44 PM PDT Kah..kah lawak betul berita nih..umno sudah gerakkan jentera untuk tarik ulama muda masuk UMNO, sebuah parti sekular. Tak apalah, mungkin UMNO dah sedar selama ini, yang perjuangan mereka dipelopori oleh kaki rasuah dan kaki maksiat semata-mata, bukannya golongan ulama' UMNO Kelantan dekati ulama muda KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihaknya kini berusaha mendekatkan diri dengan golongan ulama muda di negeri ini dan berusaha menarik mereka menyertai UMNO. Mustapa berkata, senario yang berlaku jelas menunjukkan ulama muda kini tidak lagi melihat Pas sebagai wadah perjuangan kelangsungan politik mereka dalam membawa Islam ke tempat sewajarnya. "Kita akan dekatkan diri dengan ulama ini dan pelajar yang baru pulang dari Timur Tengah. Kemasukan mereka ke dalam UMNO adalah sangat penting kerana ulama muda ini ada pengaruhnya yang tersendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu di sini, semalam. Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, berdasarkan situasi kini, lebih ramai golongan ulama akan menyertai UMNO tidak lama lagi. Sementara itu, beliau berkata, pihaknya kini mula mengatur strategi khusus memperkukuh kekuatan parti bagi mencapai matlamat kembali menguasai Kelantan dan merampasnya daripada Pas. Katanya, apa yang paling membanggakan ialah semangat dan kejituan dalam kalangan anggota UMNO kini berada di tahap terbaik dan mereka begitu bersemangat untuk merealisasikan hasrat tersebut. Ini pula kenyataan 'dalang' di sebalik isu ini Sertai UMNO dengan rela hati ALOR SETAR - Tindakan 40 ulama muda dari seluruh negara menyertai UMNO kelmarin bukanlah kerana mereka dipujuk mana-mana pihak, sebaliknya dibuat atas kerelaan hati setelah tertarik dengan pendekatan UMNO yang lebih berhemah dan berlembut. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, golongan ulama terbabit mengakui mereka selesa dan berpuas hati dengan politik yang diamalkan UMNO, yang menegakkan keadilan dalam berpolitik, selain tidak pernah menggunakan pendekatan kasar. "Kita tidak pernah memaki hamun pembangkang, walaupun mereka sering kali memaki hamun pemimpin kita. Tidak sangka pendekatan itu berjaya menarik minat ulama untuk sertai UMNO. Mereka memuji UMNO, tapi saya terkilan sebab orang dalam UMNO sendiri tidak nampak kelebihan UMNO," katanya pada media, selepas merasmikan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, semalam. Bekas Menteri Besar Perlis itu menafikan beliau perancang utama yang menghimpunkan semua ulama terbabit untuk menyertai UMNO, sebaliknya mendakwa usaha itu dibuat sendiri oleh ulama terbabit, tanpa ada unsur paksaan. "Saya tak pernah pujuk, ajak atau berkempen kepada ulama untuk masuk UMNO, walaupun saya berkawan rapat dengan mereka. Memang saya sering mengundang ulama untuk program agama di Perlis, namun tidak pernah menyuarakan cadangan itu," katanya ![]() |
| Berahim Kataki Jalankan Agenda Mukhriz Jatuhkan Khairy?? Posted: 26 Jun 2010 07:06 PM PDT Kah..kah berahim Ali..memang hangat pergaduhan ko dengan Khairy..Khairy ko kata sesuai jadi wakil tetap PBB..Khairy kata ko jaguh kampung dan kau nafikan dan kata lembu kampung..kah..kah Berahim, jalankan projek Mukhriz Mahathir untuk jatuhkan Khairy dalam pemilihan pemuda UMNO tahun hadapan..memang Berahim suka jadi katak..dan mungkin dah bertukar jadi lembu.. Khairy cuma penyibuk – Ibrahim KOTA BHARU 26 Jun – "Saya cadangkan kepada kerajaan supaya melantik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana dia sahaja yang faham globalisasi." Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung dan menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia. Ibrahim berkata, pertubuhan tersebut sememangnya 'jaguh kampung' kerana di kawasan tersebut terdapat ramai orang Melayu dan bumiputera yang memerlukan pembelaan. Katanya, Perkasa terpaksa memperjuangkan hak kaum pribumi kerana nasib mereka semakin dihimpit apatah lagi Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin Khairy semakin lesu. "Saya gembira (dengan kenyataan Khairy) sebab saya memang dibesarkan dengan nyamuk di kampung dan bukannya dilahirkan di Kuwait apatah lagi belajar di Oxford. "Maka sebab itu nasib orang kampung khususnya Melayu dan bumiputera perlu dibela kerana banyak isu yang dibangkitkan hari ini membabitkan kepentingan bumiputera. "Perkasa hanya mengisi ruang di atas kegagalan Pemuda UMNO yang semakin lesu di bawah pimpinan Khairy," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Khairy yang mendakwa pendekatan digunakan Perkasa terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia. Jawapan itu diberikan Khairy ketika ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu. Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Khairy turut dilaporkan berkata, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi. Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyibuk kerana apa yang dibangkitkan sebelum ini hanya membabitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputera dalam isu biasiswa. "Kenapa tiba-tiba dia pertahankan Ka Siong sedangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak keistimewaan Melayu kerana saya percaya laporan akhbar tidak silap. "Saya ingin bertanya di mana pendirian Khairy ketika Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dihentam kerana membela Melayu?," katanya. Beliau turut mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap UMNO dan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu. "Apakah Khairy faham konsep 1Malaysia, Perdana Menteri sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa konsep tersebut tidak sama dengan gagasan Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP kerana 1Malaysia masih di bawah payung Perlembagaan negara," katanya. Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bahawa ada pelajar Melayu tidak mendapat biasiswa walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. "Semalam seorang ibu menghubungi saya kerana anaknya, Muhd. Asyraf Fahmi Abdul Razak dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu yang mendapat 12A tidak mendapat biasiswa untuk ditempatkan ke universiti yang lebih baik. "Saya akan membawa kes ini mengikut prosedur tetapi sekiranya pelajar ini tidak diberikan biasiswa saya akan memulakan langkah untuk menyaman kerajaan," katanya. ![]() |
| Datuk A Samad Said Merajuk Gara-Gara Politik Rais Yatim Posted: 26 Jun 2010 06:36 PM PDT Kesian Sasterawan Negara, Dato A Samad Said yang terpaksa bawa karya seninya ke New Zealand, gara-gara politik murahan yang dimainkan kementrian pimpinan Rais Yatim, menteri yang sokong judi..mungkinkah kerana kelantangan A Samad Said dalam sesuatu isu seperti PPSMI, menyebabkan beliau dianak tiri oleh Kementrian yang jaga kesenian itu sendiri.. Samad Said merajuk mahu bawa karya seni ke New Zealand MELAKA: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berhasrat menempatkan khazanah sastera yang dimilikinya di sebuah rumah seni di New Zealand selepas kecewa terhadap layanan diberikan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam menyediakan penempatan untuk khazanah seni itu. Katanya, menerusi rundingan bersama beberapa temannya di Negara Kiwi itu, beliau mendapati New Zealand lebih menghargai segala usaha penggiat seni, termasuk sasterawan. Katanya, melalui pemerhatian bersama temannya yang bermastautin di negara itu juga mendapati golongan seni di sana lebih dihargai berbanding di negara ini yang disifatkan seperti tidak mahu kewujudan khazanah yang sudah dicipta menerusi golongan sasterawan. Saya sebenarnya sudah memberi peluang kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk terus menerima khazanah saya, namun nampaknya tiada sebarang tindakan yang boleh dipegang setakat ini. Mereka (kementerian) ada menghubungi saya sejak setahun lalu dan sudah melihat hasil kerja saya, tetapi sehingga kini tiada lagi hubungan (susulan) dilakukan. Saya menganggap bahawa mereka tidak mahu. Oleh itu, saya berpendapat pihak berkenaan berasakan khazanah ini tidak penting dan selepas ini jangan salahkan saya pula, katanya selepas majlis perasmian Pameran Kata Luhur anjuran Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Pelita House of Art di Muzium Sejarah dan Etnografi di Bandar Hilir dekat sini, semalam. Majlis dirasmikan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Wira Hamdin Abdollah dan Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas. Mengulas lanjut, A Samad berkata, beliau juga berasakan New Zealand sememangnya mempunyai kawasan penempatan untuk dibangunkan sebagai khazanah Melayu. Jika rundingan bersama teman saya berjalan lancar, tidak mustahil ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Jadi, selepas ini mereka berminat untuk mendekati atau mahu tahu mengenai hasil cipta, sumbangan, diari, manuskrip dan lukisan saya selepas ini, mungkin terpaksa ke sana, katanya. Sementara itu, A Samad berkata, pameran lukisan secara solonya bertajuk Kata Luhur yang menempatkan 64 hasil karya ciptaannya itu mula dipamerkan sejak 19 Jun hingga 31 Julai ini. Beliau berkata, semua karya yang dipamerkan itu dihasilkan dengan bahan berasaskan dakwat atas kertas melalui penggunaan elemen indian ink iaitu warna merah dan hitam yang turut disertakan puisi ciptaannya. Kata Luhur dalam pameran ini membawa maksud bercakap jujur dan ia penting dalam seni termasuk setiap tindakan dan sikap seseorang, katanya. |
| Macam2 Zaman Najib : Gara-Gara Nak Elak Kena Tangkap Khalwat, Polis Mati Jatuh Bangunan Posted: 26 Jun 2010 06:10 PM PDT Salah siapa?? Polis elak dicekup maut jatuh tingkat tiga hotel KOTA BHARU: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal maut selepas cedera parah dipercayai terjatuh daripada tingkat tiga sebuah hotel, di sini, awal pagi semalam. Mangsa yang bertugas di Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri ini meninggal dunia sebaik tiba di hospital akibat cedera parah di kepala. Difahamkan, mangsa yang dipercayai cedera di kepala, dijumpai penduduk berdekatan sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di bandar ini untuk rawatan lanjut. Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa dipercayai pergi ke sebuah hotel dekat sini untuk berjumpa seorang kenalannya sebelum didatangi sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK) yang membuat pemeriksaan. Ketika pemeriksaan dilakukan penguat kuasa JAHEAIK hanya menemui seorang wanita berada di dalam bilik hotel berkenaan. Bagaimanapun, penguat kuasa melakukan tinjauan di kawasan bilik itu mendapati seorang lelaki terbaring di jalan belakang hotel dipercayai akibat terjatuh. Sementara itu, isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3 pagi sebelum segera bergegas ke hospital. Katanya, sebaik tiba di hospital doktor memaklumkan bahawa suaminya yang mengalami pendarahan parah di dalam kepala gagal diselamatkan. Malam tadi suami tidak bertugas dan sempat memberitahu saya yang dia hendak keluar sekejap dan akan balik semula ke rumah. Bagaimanapun kira-kira jam 3 pagi, saya menerima panggilan telefon dari hospital menyuruh saya datang segera kerana suami terbabit dalam kemalangan, katanya. Wanita berkenaan yang bertugas sebagai jururawat memberitahu bahawa suaminya yang berasal dari Terengganu sudah bertugas di IPK sejak tiga tahun lalu. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. Selain itu, cubaan Berita Minggu untuk mendapatkan penjelasan daripada JAHEAIK gagal. |
| Piala Dunia (33) : Wakil Tunggal Afrika, Ghana Tewaskan USA 2 - 1 & Layak Ke Suku Akhir Posted: 26 Jun 2010 03:48 PM PDT Piala Dunia FIFA 2010: AS 1, Ghana 2 Ghana mara ke pusingan suku akhir selepas menundukkan Amerika Syarikat (AS) 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlanjutan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 apabila wisel tamat sepenuh masa ditiupkan di Stadium Royal Bafokeng di sini, sebentar tadi Gol Ghana dijaringkan Kevin Prince Boateng seawal minit ke-5 selepas menewaskan pemain tengah AS di tengah padang sebelum meledakkan tendangan kencang di sebelah kiri penjaga gol AS, TIm Howard. Selepas separuh masa kedua bermula, AS mula mengatur serangan dan memperoleh sepakan penalti selepas Dempsey dijatuhkan Jonathan (Ghana) di dalam petak penalti. Bintang bola sepak AS berusia 28 tahun, Landon Donovan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62 selepas mengelirukan penjaga gol Ghana, Kingson yang gagal membaca gerakan pemain tengah AS itu yang menghantar bola di sebelah kirinya. Selepas hanya tiga minit separuh pertama masa tambahan bermula, pemain Ghana, A Gyan menjaringkan gol pada minit ke-93 selepas merembat kencang dengan kaki kiri melepasi Tim Howard. Dengan kemenangan itu, Ghana mencipta sejarah layak ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu dan akan bertemu Uruguay pada 3 Julai nanti ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Piala Dunia (33) : Uruguay Menang 2 - 1 Ke Atas Korea Selatan, Layak Ke Suku Akhir Posted: 26 Jun 2010 09:09 AM PDT Piala Dunia: Uruguay 2 Korea Selatan 1 Uruguay muncul pasukan pertama melangkah ke pusingan suku akhir Piala Dunia apabila menumpaskan wakil Asia, Korea Selatan 2-1 pada pusingan kedua di Stadium Nelson Mandela, sebentar tadi. Uruguay mendahului Korea Selatan menerusi gol Luis Suarez pada minit ke-8, sebelum Korea Selatan menyamakan kedudukan menerusi Lee Cung Yong pada minit ke-68. Suarez bagaimanapun menyerlah menerusi gol keduanya pada minit ke-80 untuk menjadikan kedudukan 2-1. Luis Suarez turut dipilih sebagai man of the match dalam perlawanan ini. Apapun buat Korea Selatan, aksi mereka wajar dipuji kerana menguasai 56 % penguasaan bola. Cuma nasib sahaja tidak menyebelahi mereka.. |
| Duit Biasiswa MARA Hasil Dari Judi?? Posted: 26 Jun 2010 08:25 AM PDT Mungkinkah selama ini duit hasil judi, dicampur gaulkan oleh BN bersama dengan duit lain. Ini pendedahannya.. MCA cadang tabung khas kutip hasil judi KUALA LUMPUR 26 Jun - MCA hari ini mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan tabung khas bagi mengutip segala perolehan dan keuntungan daripada syarikat perjudian berlesen agar ia tidak bercampur dengan pendapatan lain. Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, sekiranya tabung itu diwujudkan, ia boleh digunakan untuk membiayai projek pembangunan yang membawa faedah kepada semua kaum di negara ini. "Sudah sampai masanya kerajaan membayangkan cukai-cukai kerajaan kutip dari lesen perjudian yang dibenarkan sejak dulu, seharusnya tidak masuk "consolidated fund"...tabung berlainan ini boleh digunakan untuk pendidikan, kebajikan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 Koperasi Serbaguna Malaysia Berhad (KSM) di Wisma MCA di sini, hari ini. Soi Lek mengulas keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascott Sports Sdn Bhd setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang majoriti daripadanya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan. Beliau berkata, selain itu, kerajaan seharusnya sentiasa meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap sebarang aktiviti perjudian haram di kalangan rakyat, khususnya pertaruhan perjudian dalam sukan. - Bernama Jika memang duit ini tak diasingkan, jelas ia satu bala buat orang Malaysia. Jalanraya dibina dari duit judi, menyebabkan kemalangan sentiasa berlaku. Duit judi diberi biasiswa buat mahasiswa, menyebabkan hati mereka gelap dan tak hairan ada kes mahasiswi buang anak. Dan mungkinkah hasil judi ini diberikan kepada seluruh kakitangan awam, menyebabkan anak mereka berperangai seperti yahudi, hasil makan duit gaji dari judi. Ini semua salah UMNO. Halalkan judi demi duit. Kalau mahader masih jadi pm, sudah tentu berjudi ni macam makan nasi sahaja. Bersepah orang berjudi kerana mahader suka judi. Apapun judi memang haram. Dan judi dengan umno ada kaitan. Jadi memang haram pangkah UMNO yang kaki judi itu. |
| Piala Dunia (32) : Uruguay Dahului Korea Selatan 1 - 0 Posted: 26 Jun 2010 07:56 AM PDT |
| Piala Dunia (31) : RTM Menipu Peminat Bolasepak Posted: 26 Jun 2010 06:41 AM PDT Dah jangka dah..mesti cacamarba punya jika RTM dapat hos piala dunia..kesian warga felda, tertipu sekali lagi.. Peminat kecewa liputan siaran langsung RTM [HARIAN METRO] – MUSIM Piala Dunia membuatkan stesen penyiaran terulung negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali mendapat perhatian. Bagaimanapun selepas seminggu Piala Dunia berlangsung, ramai tidak senang dengan RTM apabila mendakwa stesen televisyen itu membohongi rakyat kerana mereka tidak dapat menikmati siaran langsung seperti mana diuar-uarkan. Ramai menghantar kiriman emel kepada Arena Metro menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap RTM berikutan kegagalan menyiarkan semua perlawanan Piala Dunia secara langsung. "RTM membohongi kami. Daripada promosi di televisyen, mereka cakap macam siarkan semua perlawanan secara langsung, tapi banyak yang tidak. Malah perlawanan secara langsung yang disiarkan pula kebanyakannya tidak menarik," kata seorang pembaca. Seorang lagi pengirim berkata: "Saya berasa sungguh dukacita dengan RTM kerana tidak menyiarkan siaran perlawanan bola sepak Piala Dunia sebagaimana diiklankan yang mengatakan RTM1 dan RTM2 sebagai penyiar berlesen untuk siaran langsung. Kalau tidak mampu, mungkin lebih baik berikan kepada stesen televisyen lain. Jangan sampai RTM dicop pembohong." Diminta mengulas, Ketua Pengarah Penyiaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Ibrahim Yahya menjelaskan RTM sebagai penyiar berlesen cuma diberikan hak menyiarkan siaran secara langsung hanya untuk 35 daripada 64 perlawanan keseluruhan. "RTM bukan penipu. Kami sudah memaklumkan kepada masyarakat lebih awal mengenai perlawanan yang akan disiarkan sepanjang Piala Dunia. Kami lakukan promosi menerusi siaran radio RTM, TV1 dan TV2 serta iklan di akhbar. Tapi mungkin ramai peminat tidak tahu kerana mereka tidak mengikuti perkembangan," kata Ibrahim. "Kami hanya mendapat hak siaran berlesen untuk 35 perlawanan, 24 daripadanya disiarkan secara langsung, manakala 11 lagi siaran ulangan. Bagi mengatasi isu ini, kami memohon kepada peminat bola sepak agar merujuk kepada promosi di radio RTM, TV1 dan TV2 untuk mengetahui perlawanan mana yang kami siarkan. "Kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul, terutama bagi peminat pasukan tertentu kerana tidak dapat menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi. "Kami tiada hak memilih perlawanan mana yang mahu disiarkan, sebaliknya ketika undian dilakukan di Astro, kami tidak bernasib baik kerana banyak perlawanan berkualiti tidak dapat kami siarkan," katanya sambil memberi jaminan RTM tidak akan terlepas siaran separuh akhir dan akhir Piala Dunia. |
| Baguslah..Azmin Ali Nafi Bergaduh Dengan Khalid Ibrahim Posted: 26 Jun 2010 05:36 AM PDT Baguslah Azmin Ali dah bersuara..nafikan dia bergadh dengan Khalid Ibrahim.. Pemimpin PKR nafi ada pakatan tumbangkan MB Beberapa pemimpin PKR menafikan wujudnya pakatan untuk menumbangkan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam permukiman parti itu di Shah Alam hari ini. Bercakap di luar sesi permukiman parti itu di Shah Alam, seorang naib presiden parti itu Azmin Ali berkata soal menumbangkan Khalid tidak timbul sama sekali. Katanya, kritikan ke atas menteri besar itu telah disalahtafsirkan sebagai usaha menjatuhkan Khalid. "Tidak sama sekali. Saya menyokong sepenuhnya kepemimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya yang juga ahli parlimen Gombak. Bagaimanapun, kritikan daripada pemimpin parti ke atas Khalid menunjukkan kerajaan negeri perlu membuat perubahan bagi memastikan rakyat sentiasa menyokong Pakatan Rakyat. Khalid jalankan tugas dengan baik "Tidak ada penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah. Dari segi ini, Khalid telah menjalankan tugas dengan baik. "Maknanya pentadbiran beliau bersih... Tapi masalah birokrasi masih ada. Yang ini harus diperkemaskan," katanya lagi. Tambahnya, perkara utama yang dibincangkan dalam permukiman hari ini ialah persiapan untuk menghadapi pemilihan parti yang melibatkan jawatan di 218 cabang dan di majlis pimpinan tertinggi. Katanya, taklimat hari ini juga menyentuh mengenai latihan yang akan diberikan kepada petugas-petugas dalam pemilihan yang ditetapkan berlangsung selama lapan hari itu. "Kita sambut baik persiapan oleh sekretariat dan ada pegawai pilihan raya yang akan dilantik di setiap cabang" katanya lagi Sementara itu, ketua sekretariat wakil rakyat PKR Datuk Kamarul Baharin Abbas (kanan) pula menafikan pembabitannya mengetuai seramai 15 orang wakil rakyat bagi menjatuhkan Khalid sebagai menteri besar. "Saya dalam parti mengetuai sekretariat MP dan ADUN, itu betul. Tapi soal yang dibangkitkan media itu tidak ada dibincang secara khusus. "Tidak ada petisyen, tidak ada memorandum seperti yang dilaporkan. Kalau ada saya akan tahu," katanya kepada media ketika ditemui di permukiman parti itu. Buat spekulasi Ketika ditanya lanjut, beliau turut menafikan kewujudan 15 orang wakil rakyat berkenaan sebagai spekulasi yang ditimbulkan oleh media. "Siapa kata 15 (orang)? Yang kata 15 itu wartawan. Wartawan yang buat spekulasi. Kenapa 15 (orang) bukan 20, (sedangkan) ada 20 MP dalam PKR. "Jadi ini adalah nombor yang direka-reka oleh seseorag. Saya tidak bertanggungjawab tentang itu," katanya lagi. Sementara itu presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail (atas, kanan), ketika ditemui wartawan turut menafikan isu itu ditimbulkan dalam permukiman kali ini. "Tidak, kita telah keluarkan notis bahawa kita akan buat penilaian sebab kita ada pemilihan parti yang akan datang, dan kita bertemu (di permukiman). Apa yang isunya? Tidak ada isu." Turut ditemui, ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof yang berkata beliau langsung tidak mengetahui mengenai wujudnya "komplot" untuk menggulingkan Khalid. "(Bagi) saya, apa yang dikatakan komplot, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu perjumpaan hari ini adalah untuk memantapkan parti," katanya. Sejak kebelakangan ini, media menimbulkan desas-desus 15 ahli parlimen PKR akan cuba menggulingkan menteri bear Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerna didakwa tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya. |
| Benarkah Yang Dr Asri Tak Sempat Datang Semalam Serah Borang Masuk UMNO Posted: 26 Jun 2010 04:25 AM PDT Benarkah apa yang dikatakan oleh Shahidan ini??? Asri sokong UMNO KUALA LUMPUR - Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, masuk golongan penyokong UMNO walaupun tidak bersama 40 ulama muda yang menyerahkan borang keahlian kepada presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, malam tadi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Asri tidak sempat datang pada malam tadi kerana beliau masih dalam perjalanan dari Pulau Pinang dan dalam keadaan berteka-teki mengenai statusnya, namun kumpulan 40 ulama muda tetap datang ke majlis yang diadakan sebelum bermula mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. Kumpulan ulama tersebut diketuai Penasihat Agama Institut Jantung Neg:ara (IJN), Fathrul Bari Mat Jahya dan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman. Borang yang diserahkan kepada Perdana Menteri itu didaftarkan di bawah cawangan Dataran Merdeka. Pada sidang medianya, Shahidan menjelaskan kumpulan ini terdiri daripada ulama tulen dan tugas utama mereka dalam UMNO adalah untuk menegur perkara yang tidak baik, selain memperkukuhkan nilai Islam dalam parti. "Mereka sertai UMNO secara berperingkat. kumpulan mereka besar dan kebanyakan daripada yang menyertai UMNO malam ini (semalam) datang dari Kelantan. "Mereka tidak diupah, mereka masuk untuk berdakwah kerana mereka tetap pegang pada prinsip taat kepada Allah dan Rasul," katanya. Ditanya berkenaan reaksi daripada Pas yang mengatakan Ulama yang masuk UMNO seolah-olah menggali kubur sendiri, Shahidan berkata parti pertama yang menubuhkan Majlis Ulama adalah UMNO, tetapi golongan tersebut keluar dan mewujudkan Pas. "Sekarang ulama telah kembali kepada UMNO. Kita akan beri peranan besar kepada mereka. Mereka ini semuanya berkelulusan tinggi," katanya. Shahidan turut menyeru golongan ulama dalam Pas agar bersedia mengadakan pertemuan dengan ulama UMNO untuk membincangkan hal-hal agama dan membina bangsa. "Politik sekarang haru-birukan masa depan negara. Sebab itu kita perlukan ulama untuk menegur," katanya. Sementara itu, mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menggelar Shahidan sebagai penganut Wahabi, Shahidan berkata, beliau tidak tahu mengenai Wahabi dan tidak harus bercakap mengenainya. "Adakah kerana di Perlis kami tidak baca doa tahlil terus dilabel sebagai Wahabi. Kalau begitu semua rakyat Perlis dan Raja Perlis adalah Wahabi," katanya. |
| Jadual Piala Dunia Malam ini. Saya Memilih Pasukan Korea Selatan & Ghana Menang Malam Ini Posted: 26 Jun 2010 03:22 AM PDT Jadual Perlawanan Piala Dunia (Pusingan Kalah Mati) BERIKUT adalah jadual perlawanan peringkat kalah mati yang akan berlangsung pada malam ini dan awal pagi esok. Perlawanan pada jam 10.00 akan menyaksikan pertemuan di antara juara Kumpulan A, Uruguay dan naib juara Kumpulan B, Korea Selatan di Stadium Port Elizabeth. Perlawanan pada jam 2.30 pagi esok, juara Kumpulan C, Amerika Syarikat akan bertemu Ghana di Stadium Rustenburg. Malam ini Uruguay lwn Korea Selatan, 10.00 mlm
Awal pagi esok Amerika Syarikat lwn Ghana, 2.30 pagi
Saya memilih pasukan Korea Selatan & Ghana menang malam ini.. Ini pula perlawanan yang lain. Pusingan Kalah Mati Jerman lwn. England Argentina lwn. Mexico Belanda lwn. Slovakia Brazil lwn. Chile Paraguay lwn. Jepun Sepanyol lwn. Portugal |
| Blogger UMNO Kata Zahid Hamidi Munafik??? Posted: 26 Jun 2010 02:20 AM PDT Blogger UMNO serang Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi dengan kata beliau munafik..ini keluar dari tulisan parpukari (house pk) dan anti-zahid(dua dunia). Ini petikan tulisan mereka.. Kami terbaca tulisan Malaysia Instinct yang bertajuk Ada Tukang Cucuk Daging, Ada Tukang Bakar dan Paling Jahat Tukang Kipas. Baca berikut ini dahulu: Kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai amalan politik sate di kalangan pendokong parti itu patut mendapat perhatian serius semua pihak termasuk pemimpin dan mereka yang dipimpin dalam parti berkenaan. Sebenarnya amalan memburuk- burukkan pemimpin dalam parti UMNO sememangnya sudah berlaku beberapa tahun lalu tetapi tidak ramai yang ingin mengambil tahu. Pemimpin yang benar-benar bekerja untuk parti dan rakyat negara ini sering menjadi mangsa fitnah dan berjaya ditumbangkan dalam pemilihan pemimpin parti bila tiba masanya. Sesetengah ahli UMNO menganggap amalan dan budaya itu sudah sebati dan diterima pakai kebanyakan ahli parti. Ketika perpecahan orang Melayu dalam arena politik yang semakin meruncing di negara ini, saya menganggap kenyataan Ahmad Zahid harus diambil perhatian sebelum nasi menjadi bubur. Orang Melayu perlu bersatu, rasional dan tidak sentiasa melayani emosi negatif agar pencapaian pemimpin UMNO dalam Pilihan Raya Ke-13 nanti disegani masyarakat Malaysia. Saya bersetuju agar ahli UMNO berhenti mengamalkan budaya 'politik sate' yang berleluasa dalam parti itu kerana ia boleh menyemai perasaan benci di kalangan mereka sehingga menimbulkan perpecahan. Sebarang perselisihan pendapat seharusnya diselesaikan segera supaya tidak berlarutan sehingga ke satu peringkat yang tidak boleh diselamatkan lagi. Kita tidak boleh amalkan politik sate kerana unsur sate yang mungkin ada dalam parti UMNO pada masa kini boleh merosakkan kehidupan orang Melayu. Memang benar dalam proses membuat sate ada tukang cucuk daging, ada tukang bakar dan paling jahat tukang kipas kerana dia akan bakar daging untuk orang lain makan. Oleh itu ahli yang menjadi seperti tukang kipas dan tukang cucuk dalam UMNO adalah petualang parti yang mesti diketepikan sepanjang masa. Nasihat Ahmad Zahid agar ahli UMNO tidak menyuarakan rasa kurang puas hati terhadap pemimpin secara terbuka kerana ia boleh dijadikan modal pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan parti memang ada kebenarannya. Saya ingin mencadangkan supaya UMNO mengaktifkan Biro Pengaduan Awamnya di setiap bahagian agar semua perasaan tidak puas hati diluahkan di situ. Semua aduan hendaklah dilayan secara profesional dan ada pegawai berpengalaman mengendalikannya. Banyak masalah dan isu boleh ditangani dengan lebih berkesan sekiranya biro ini diuruskan dengan baik dan teratur. Pemimpin bertanggungjawab di peringkat bahagian hendaklah mengkaji dan meneliti aduan ahli UMNO sekurang-kurangnya sekali setiap minggu. Semua tindakan pula hendaklah dimaklumkan semula kepada pengadu dalam tempoh yang singkat iaitu tiga hingga lima hari pada tarikh aduan diterima. Memang anih artikel ini. Macam bagus saja bunyi. Apa yang sebenarnya berlaku adalah Zahid sedang kepanasan dan risau dengan kedudkan politiknya. Sebelum Mesyuarat Bahagian Bagan Datoh hari minggu lepas yang dirasmikan, Zahid sering dikritik Malaysia Instinct. Tiba-tiba kata-kata Zahid diterima seolah-olah ianya suatu nasihat yang bernas dan berisi. Sebenarnya, pandangan Zahid itu menyembunyikan masaalah dirinya yang sudah hilang populariti di kalangan bloger-bloger pro-UMNO. Dia dilihat sedang memberi umpan untuk pembangkang menembak Najib dalam isu-isu pertahanan. Nampak sangat dia menunjukkan dirinya tidak cekap dalam portfolio yang diberi kepadanya. Selain itu, Zahid juga menyembunyi pelbagai salahlaku. Yang kita tahu adalah Zahid sedang cuba untuk melengahkan proses kes saman terhadapnya dengan membuat rayuan demi rayuan ala Anwar Ibrahim. Pada tarikh mahkamah terbaru pada Jun 14hb, difahami Zahid masih cuba merayu ke Mahkamah Rayuan untuk mengenepikan saman Amir Bazli. Ini bakal berlanjutan ke Mahkamah Persekutuan dan dijangka memakan masa dua bulan. Dalam bulan Ogos kita tahulah apa perkembangan. Dalam bab-bab menyamun, ada banyak cerita yang ingin kami kongsi. Zahid bukan saja tamak nak menyamun di Kementah tapi Tabung Haji dan JAKIM pun dia mahu. Sampaikan dia mengarahkan Dato Jamil Khir usah membatalkan projek-projek yang telah diusahakanya. Kata-kata Naib Presiden tertinggi undi tidak boleh diketepikan begitu oleh Jamil. Apa yang boleh difahamkan dari itu adalah Zahid dah ambil wang pendahuluan komisyen dari projek-projek tersebut. Dalam Kementah pun ada cerita banyak mengenai rancangan untuk menyamun dan salahguna kuasa. KSU sudah dapat ditukar dan Zahid akan bermaharajalela. Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datoh pun ada cerita disebaliknya. Zahid sedang berhadapan dengan masaalah di kawasannya sendiri. Orang di bawah sudah menyampah dengan politik Zahid. Jangan hairan Zahid boleh kalah di Parlimen Bagan Datoh. Satu perkara yang membuat orang ramai menyampah dengan Zahid adalah politik tikam belakang yang diamalkan tapi dia bermuka-muka seperti dirinya bersih dengan menyalahkan orang lain. Ini politik ala Anwar Ibrahim. Zahid tidak boleh uruskan UMNO Pulau Pinang hingga kalah teruk di Permatang Pasir akibat dia salahpilih calun tapi dia pula nak menyibuk di Perak. Dia mahu melebihi Ketua Perhubungan, Dato Dr Zambery. Zahid adalah dalang yang sedang memecahbelahkan UMNO Perak untuk melemahkan sokongan kepada Zambery. Zahid tidak malu pula untuk bercakap mengenai pihak-pihak lain yang memecahbelah parti padahal dia adalah pesalah utama. Bukannya dia peduli masaalah yang dia timbulkan akan menyusahkan UMNO dan BN untuk hadapi pilihanraya akan datang. Tunggulah kami akan dedahkan satu persatu pelbagai salahlaku mutakhir Zahid si Munafiq.
|
| Kimma, Parti Ala-ala Komponen BN Bergaduh Lagi.. Posted: 26 Jun 2010 01:42 AM PDT BN..BN..Asyik gaduh je..takde kerja lain ke..kali ini KIMMA pula bergaduh sesama sendiri.. Kenyataan Syed Ibrahim didakwa bersifat peribadi KUALA TERENGGANU: "Itu bukan pendirian akar umbi!" Itulah yang dinyatakan Pengerusi Kongres Kesatuan India Muslim (Kimma) Terengganu, Salahuddin Mohammed Shahabuddin terhadap kenyataan yang dikeluarkan Presiden Malaysia Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader terhada p Barisan Nasional (BN) dalam sebuah akhbar bukan berbahasa Melayu, Rabu lalu. Sambil menyifatkan pendirian itu bukanlah daripada suara majoriti, beliau menyifatkan kenyataan Syed Ibrahim bahawa Kimma akan mengambil pendirian lain jika permohonan kali ketujuh untuk menyertai BN ditolak adalah satu perkara yang amat bercanggah dengan perjuangan mereka sebelum ini. "Sebagai orang Timur yang kaya dengan adat dan budaya kita tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sebegitu, malah kenyataan itu nyata tidak diterima ahli yang kini keliru dengan pendirian pucuk pimpinan. "Semua ahli menghormati Presiden, namun beliau harus sedar apa (kenyataan itu) yang dikeluarkan itu boleh mengakibatkan berlaku perpecahan di kalangan ahli parti terbabit," katanya kepada Harian Metro. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ramah mesra bersama Persuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini malam kelmarin. Menurutnya, dia percaya kenyataan yang dibuat Datuk Syed Ibrahim itu tidak akan mendapat sokongan mana-mana ahli Kimma kerana perkara sedemikian tidak pernah dibincang dalam sebarang mesyuarat yang diadakan. "Sebelum kemelut ini berlaku, ramai ahli lain sudah menyedari Datuk Syed Ibrahim adalah seorang bersikap keras kepala dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain dan kenyataan negatif yang dikeluarkan itu sudah menunjukkan dia seorang yang tidak berwawasan. "Sebenarnya, beliau tidak boleh sesuka hati memberi kenyataan dan ia perl "Ramai ahli Kimma yang bernaung di bawah persatuan ini sudah mula menjauhkan diri kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap parti dan semakin hari saya boleh lihat persatuan semakin berpecah,'' katanya. Sementara itu Setiausaha kehormat Persatuan India Muslim Kelantan, Mohammed Sultan Oli Mohammed berkata, ahli Kimma di pantai timur percaya jawatan Presiden Kimma yang dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Syed Ibrahim Kader pada 21 Jun lalu itu, sebenarnya tidak telus dan perlu dipertandingkan semula. |
| PAS & GMJ Setuju Batalkan Demo, Adakan Himpunan Di Stadium Pada 2 Julai Posted: 26 Jun 2010 12:40 AM PDT Bermula dari catitan Ustaz Nasruddin Tantawi dalam facebooknya, maka hari ini pemuda PAS dan GMJ bersetuju untuk laksanakan perhimpunan raikan kemenangan rakyat dan bukannya demontrasi..ini catitan ketua pemuda PAS itu..
Saya cadangkan GMJ teruskan himpunan 3 Julai 2010 kelak apabila Datuk Najib Isytihar Batal Lesen Judi sebagai Himpunan Menyambut Kemenangan Rakyat . Tdk perlu berarak ke Istana lagi sebab tujuan telah tercapai . Kita buat Himpunan Kemenangan Rakyat di Padang MPAJ ker atau mana - mana jer laa . Cam na Korang setuju tak cadangan ini ? Suhaizan Kayat : Berapa ramai agaknya boleh datang? Mujahid Zakaria : setuju boss.. Encik Ijak ambo : stuju gop Dan ini beritanya... Sambutan kemenangan ganti demo anti lesen judi Perhimpunan besar-besaran pada 3 Julai depan bagi membantah pemberian lesen judi sukan akan tetap diadakan tetapi dijadikan sambutan meraikan kemenangan. Bagaimanapun menurut Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ), mereka akan membatalkan hasrat untuk berarak ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong. Jurucakap GMJ, Suhaizan Kayat (kanan) berkata meskipun pihaknya mencatatkan kejayaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan malam semalam bahawa lesen judi berkenaan akan ditarik balik, namun momentum untuk berhimpun masih belum pudar. "Saya menerima banyak panggilan daripada orang ramai dari seluruh negara, yang masih mahu behimpun. Jadi, kami mungkin mengantikan perhimpunan itu sebagai sambutan meraikan kejayaan," katanya ketika dihubungi. Suhaizan juga berkata dia masih tidak yakin dengan pengumuman kerajaan itu dan akan mendapatkan penjelasan berhubung kesahihan keputusan penarikan balik kelulusan lesen judi seperti dilapor media semalam. Katanya, penjelasan itu perlu berikutan keputusan pembatalan hanya dibuat oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan ataupun jemaah menteri. "Keputusan seharusnya dibuat oleh kerajaan dan kabinet, dan bukannya hanya Umno," kata Suhaizan. "Siapa tahu, mungkin Umno tidak bersetuju tetapi kabinet masih boleh meneruskan supaya lesen (judi sukan) diberikan. "Kami mahu keputusan yang sahih daripada kerajaan," katanya. Sehubungan itu, menurut Suhaizan, GMJ akan mendapatkan penjelasan secepat mungkin daripada pihak kerajaan berkenaan kesahihan maklumat yang diterima memandangkan bahawa keputusan itu hanyalah dibuat oleh mesyuarat Umno, bukannya mesyuarat kerajaan persekutuan. "Pihak GMJ akan membuat mesyuarat tergempar pada hari Ahad, 27 Jun, jam 11 pagi di Kuala Lumpur untuk membincangkan tindakan selanjutnya," katanya. Justice4all : Ada pro dan kontranya cadangan raikan kemenangan ini. Kerana masih banyak lagi judi yang belum dihapuskan. Contohnya nombor 4 ekor dan special draw. Dicadangkan agar GMJ buat raikan kemenangan rakyat ini dengan sujud syukur pada 2 julai, dan pada masa yang sama, hantar memorandum mansuh judi yang lain atau minta Apco keluar dari bumi Malaysia.. Macamana pula ya dengan siri ceramah di bawah??? ![]() |
| Pas Jadi Orang Tengah Selesaikan Isu Azmin - Khalid Posted: 25 Jun 2010 11:54 PM PDT PAS elok jadi orang tengah selesaikan isu pengulingan Tan Sri Khalid. Dan buat PKR, biarkan Khalid jadi MB hingga PRU 13. Dan beri teguran dalam mesyuarat parti, bukannya buat kecoh sana sini. Kesannya amat negatif, rakyat tidak akan a PR lagi selepas ini.. Pas sedia jumpa Khalid SHAH ALAM - Pas Selangor akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, minggu depan, bagi mendapatkan maklumat terperinci dakwaan komplot menggulingkannya yang digerakkan 15 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seluruh negara. Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, satu mesyuarat melibatkan pimpinan Pas negeri itu akan diadakan Isnin bagi membincangkan perkembangan terbaru itu sebelum pertemuan tersebut diadakan. "Pas berharap keadaan ini dapat ditenangkan bagi mengelak ianya menjadi bahan manipulasi pihak lawan khususnya UMNO dan Barisan Nasional. Kita berharap diberi gambaran sebenar mengenai dakwaan tersebut dalam pertemuan itu nanti. "Kita tidak mahu spekulasi ini berlarutan sebaliknya Pakatan Rakyat Selangor perlu mengumpul seluruh tenaga untuk meneruskan program dan agenda yang telah dirancang untuk rakyat tanpa terganggu dengan khabar angin begini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor, kelmarin, yang mengesahkan wujud pakatan 15 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat untuk menggulingkan Abdul Khalid. Dr Hasan berkata, Pas tidak tahu menahu mengenai dakwaan tersebut sebaliknya mendakwa ia hanyalah cerita yang diada-adakan dan disensasikan media. "Saya percaya cerita itu sengaja dicipta musuh Pakatan Rakyat dan dibesar-besarkan media," katanya. Ditanya adakah Pas berpuas hati dengan pendekatan Abdul Khalid selepas lebih dua tahun mentadbir Selangor, Dr Hasan berkata, Pas menyokong Abdul Khalid dan tidak mempunyai banyak masalah dengan corak pentadbiran Menteri Besar itu. "Saya secara peribadi melihat banyak pencapaian beliau yang boleh dibanggakan rakyat di negeri ini, khususnya pada aspek peningkatan ekonomi," katanya. |
| Posted: 25 Jun 2010 10:13 PM PDT ![]() Betul ke Bank Rakyat balaci UMNO. Saya pernah dengar berita ni tak lama dulu. Dan terbaru, pendedahan bahawa Bank Rakyat di Jalan Tangsi, KL yang juga ibu pejabat Bank Rakyat, akan menyediakan satu tempat bangunan untuk orang-orang UMNO menjalankan aktiviti-aktiviti mereka sesuka hati. Pihak Bank Rakyat telah menyediakan satu tingkat yang khas untuk digunakan oleh Puak-puak gerombolan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perjumpaan SULIT dll. Dilaporkan juga Bank Rakyat turut taburkan duit untuk membantu kemenangan BN ketika Pilihan Raya (sini). Bahkan paling mengejutkan, satu masa dulu, warna korporat bank rakyat berwarna "terra cotta".
Tetapi masa bekas MT UMNO,Noraesah menjadi pengerusi, di tukarkannya kepada warna biru BN sampai sekarang..apalah, bank pun nak dijadikan cawangan UMNO.
Macam masjid ukm, dulu kubah warna emas, ditukar warna biru sebab kuat bn...bila warna kubah pudar , tukar balik warna emas..memang membazir gara-gara politik.. warna asal pembinaan tahun 1982 Ditukar ke warna biru Sekarang cat balik warna emas |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


.jpg)




.jpg)






.jpg)

























u merujuk dan berbincang dengan ahli lain terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang keterangan yang membabitkan hala tuju dan pendirian parti.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan