Justice For All |
- Akibat Judi...
- Cara Khir Toyo Perabihkan Duit Rakyat Untuk Puaskan Nafsunya..
- Isu Biasiswa : Ibrahim Kataki & GPMS Hentam Ka Siong, Khairy Membela Ketua Pemuda MCA Itu
- Pilihanraya Negeri Sarawak Sah Dijalankan Tahun Ini..
- Piala Dunia (28) : Jurulatih Perancis, Enggan Bersalam Dengan Jurulatih Afrika Selatan
- Rais Yatim Sokong Judi, Minta Tubuh Suruhanjaya
- Raja Dadah Merbahaya Di Dunia Diberkas
- Macam2 Zaman Najib : Harga Ayam Boleh Cecah RM 10
- Piala Dunia (27) : Jerman 1, Ghana 0. Australia 2, Serbia 1..Jerman & Ghana Layak Ke Pusingan Kedua
- Piala Dunia (26) : England 1, Slovenia 0, USA 1, Algeria 0. England & USA Layak Ke Pusingan Kedua
- Macam-Macam Zaman Najib : Duit Zina Didermakan Pada Masjid
- PKR Retak Menanti Belah..1st Half Wcup : AS 0, Algeria 0..England 1, Slovakia 0
- Walaupun Dituduh Pengganas, Shahidan Tetap Berharap Dr Asri & Dr Juanda Masuk UMNO Jumaat Ini
- Piala Dunia (25) : Jadual Perlawanan Malam Ini..Saya Memilih Algeria, England, Ghana & Australia Menang Malam Ini
- Politik UMNO Kotor, Tak Kenal Kawan & Lawan - Dr Asri & Dr Juanda, Mufti Perlis
- Marina Bay Sand Ditabalkan Pusat Judi Terbesar Asia
- Miskinnya Pemimpin UMNO Pulau Pinang. Sebab Tu Tak Lompat-Lompat
- Kes Saman 100 Juta : Khairy Ingkar Perintah Mahkamah...Peluang Mukriz Kenakan Khairy..
- GMJ Hantar Memorandum Pada Najib, Minta Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke 221 Bincangkan Isu Judi
- Saya Minta Orang UMNO Bertaubat - N Balasubramaniam
- BN Sarawak Bermesyuarat Hujung Minggu Ini..Signal Jelas Pilihanraya Negeri Sarawak Semakin Hampir
- Tok Guru Haji Hadi, Dr Asri, Dr Juanda & Shahidan Kassim Dituduh PDRM Sebagai Dalang Kepada JI & Wahabi
- Internet Toyyibah Di Kelantan??
- Terbaru : Dr Asri Dijangka Umumkan Kemasukannya Ke UMNO Jumaat Ini
| Posted: 23 Jun 2010 08:45 PM PDT Inilah akibat judi..nak tunggu juga kata Mahadet, Najib, Nazri, Rais Yatim dan pemimpin UMNO lain isu ini..walaupun isu kecil, inilah bahana judi yang diluluskan oleh UMNO yang majoriti dalam kabinet..ini kisahnya Kaki judi mati tikam diri sendiri Mangsa dipercayai tiada pekerjaan tinggalkan nota sesal terbabit pertaruhan KUALA LUMPUR: "Saya sudah tidak mahu berjudi lagi." Demikian nota ringkas yang ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui mati dengan lima kesan tikaman di dada dipercayai membunuh diri, akibat kekalahan teruk perjudian. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mayat mangsa, Liew Siew Meng, 33, ditemui rakan serumahnya di sebuah rumah kedai di Taman Segar, Cheras, di sini, dalam keadaan berlumuran darah di atas tilam bilik tidurnya. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata rakan serumah mangsa terhidu bau busuk sebaik memasuki rumah berkenaan dan memaklumkannya kepada polis. "Polis terpaksa memecahkan pintu bilik mangsa kerana ia berkunci dan menemui mayat mangsa dalam keadaan berlumuran darah, dipercayai sudah mati tiga hari lalu. "Pemeriksaan di sekitar bilik mangsa tidak menemui kesan pergelutan dan terdapat sebilah pisau berukuran 25 sentimeter (sm) (10 inci) berhampiran mangsa," katanya. Abdul Rahim Hamzah berkata, berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan suspek membunuh diri kerana mengalami kekalahan teruk dalam perjudian. "Ia berikutan penemuan nota yang membawa maksud sudah serik berjudi sehingga nekad membunuh diri. Rakan serumahnya memberitahu kali terakhir berjumpa mangsa pada Ahad lalu dan dia mengatakan tidak mempunyai pekerjaan serta ingin mati," katanya. Bagaimanapun, katanya, polis akan menyiasat kes itu dan meminta keluarga mangsa tampil untuk membantu siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat |
| Cara Khir Toyo Perabihkan Duit Rakyat Untuk Puaskan Nafsunya.. Posted: 23 Jun 2010 08:04 PM PDT Cara pemimpin Umno perabih duit rakyat ADUN Sri Andalas iaitu Dr. A. Xavier Jayakumar hari ini dedahkan dalam blog dia apa yang CEO PNSB Khairiyah Abu Hassan cerita masa inquiry Selcat ke atas syarikat milik kerajaan negeri Selangor tu berkenaan perbelanjaan "Lawatan Sambil Belajar" keluar negara. 1. "Lawatan sambil belajar" ke Jakarta dan Jogjakarta selama 5 hari pada 20-24 April 2003 melibatkan kos keseluruhan RM201,452 Rombongan tu bertujuan nak tengok perusahaan batik di Indonesia yang kononnya sebagai persediaan pembukaan satu kilang Batik di Selangor. Rombongan tu turut disertai isteri, anak perempuan dan pembantu rumah Dr. Khair. Kos untuk tambang penerbangan Dr. Khair, isteri, anak dan pembantu rumah - RM37,695 Lain-lain kos untuk ahli rombongan lain - RM37,695 Sewa 2 hari limousine / Mercedes Benz in Jakarta: RM5,800 Sewa 2 hari limousine / Mercedes Benz in Jogjakarta: RM5,800 2. "Lawatan sambil belajar" ke Maghribi dan Paris selama 8 hari pada 17-24 Dis 2004 (termasuk transit 4 hari di Dubai) melibatkan kos keseluruhan RM900,000 Rombongan tu untuk mengkaji senibina Islam untuk diguna pakai di Selangor. Rombogan ni jugak pi ke Parit Disneyland dengan tujuan cari idea untuk taman tema yang nak dubuat di Bagan Lalang Sepang. Selain dari 'deligasi' PNSB rombongan ni jugak disertai Dr. Khair, isteri, anak dan pembantu rumah dia. Katanya depa beli tiket masuk taman tema tu tapi tak pulak cuba nak jumpa wakil Disneyland. Kos rasmi rombongan - RM416,000 Tambang penerbangan - RM366,000 Ground arrangements: RM420,000 City travel: RM70,000 Perbelanjaan lain - RM43,000 3. "Lawatan sambil belajar" ke Honolulu (Hawaii) & Orlando (Florida) selama 9 hari pada 23 Dis 2007 hingga 1 Jan 2008 dengan kos keseluruhan RM646,841 tak termasuk tambahan tunai RM101,000 Katanya tujuan lawatan ni pun untuk 'technical study' untuk Taman Tema Bagan Lalang. Kali ni depa pi melawat Disney World. Sekali lagi, depa beli tiket masuk taman tema tu tapi tak pulak jumpa wakil Disney World. Sebaliknya depa gunakan pemandu pelancong. Kos luxury suite untuk Dr. Khair: RM110,000 Kos 6 single superior rooms untuk 'deligasi': RM171,000 Kos 1 twin-sharing room: RM24,800 Rombongan ni jugak disertai oleh Dr. Khair dengan keluarga dia. Khairiyah kata untuk trip ni Dr. Khair dan isteri dia guna penerbangan first class. Rombongan ni katanya jugak melibatkan lawatan ke Miami Beach, island tours, dinner cruises dan Honolulu city tour. Betapa mudahnya pemimpin Umno nak pi bercuti ke luar negara. Bagi nama "Lawatan Sambil Belajar" semua kos akan ditanggung oleh Syarikat kepunyaan kerajaan Negeri.-cenangau Justice4all : Memang UMNO suka perabihkan duit rakyat. Lawatan sambil belajar laki bini ke luar negara. Rakyat nak lawat tempat pelancongan sendiri puntak mampu. Tapi khir toyo laki bini pergi Disney world dan Us dengan penuh nafsu..memang UMNO perompak duit rakyat. Perompak tanpa senjata, yang sampai sekarang tak diheret ke mahkamah.. |
| Isu Biasiswa : Ibrahim Kataki & GPMS Hentam Ka Siong, Khairy Membela Ketua Pemuda MCA Itu Posted: 23 Jun 2010 07:23 PM PDT Isu biasiswa mengelegak ketika ini. Perang mulut berlaku antara Perkasa, GPMS dan MCA serta Khairy Jamaluddin..saya ada satu formula yang boleh selesaikan isu ini. Apapun kita tengok kata mengata antara mereka ini.. 1. Presiden Perk0se, Ibrahim Ali
Beliau berkata adalah tidak wajar Ka Siong terus mempertahankan kenyataannya yang jelas cuba membandingkan pengeluaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara). ''Isu pemberian biasiswa Mara tidak harus diheret ke dalam isu ini kerana ia adalah hak keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. Ibrahim turut mendakwa Ka Siong adalah seorang yang biadab dan kurang ajar serta tidak layak berada dalam Kabinet kerana telah mempertikaikan hak bumiputera untuk mendapatkan biasiswa. Kemarahan Ahli Parlimen Pasir Mas itu berpunca daripada kenyataan Ka Siong sewaktu mengulas pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa JPA akan menghentikan secara berperingkat pemberian biasiswa kepada 1,500 pelajar bagi mengikuti kursus ijazah sarjana muda di luar negara mulai tahun depan. Akhbar The Star pada 16 Jun lalu melaporkan Ka Siong mempersoalkan adakah program biasiswa Mara untuk pelajar bumiputera turut dihentikan seperti biasiswa JPA. Kata Ketua Pemuda MCA itu, jika kerajaan hanya melakukannya kepada biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dipromosikan kerajaan. 2. Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh
Beliau berkata bahawa Kerajaan perlu mengambil tindakan memecat Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong kerana bersikap biadab mempertikaikan pemberian biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada pelajar bumiputera. Beliau berkata, Ka Siong seharusnya maklum biasiswa Mara melibatkan soal hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan. "Orang seperti Ka Siong yang biadab dan tidak mahu menghormati Perlembagaan dengan menafikan hak dan maruah bumiputera, tidak sepatutnya berada dalam Kabinet. "Sehubungan itu, GPMS Selangor memohon perhatian kerajaan untuk memecat Ka Siong yang ternyata biadab dan tidak menghormati Perlembagaan," katanya. Ini pula pembelaan dari Khairy Jamaluddin 3. Khairy Pertahan Kenyataan Wee Berhubung Isu Biasiswa
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaludin berkata kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berhubung isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak berunusr perkauman sebaliknya bertujuan mempertahankan pemberian biasiswa itu. Beliau berkata dakwaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kononnya Wee mempersoalkan kontrak sosial dan tidak menghormati perlembagaan persekutuan adalah tidak berasas. Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, beliau mempertahankan kenyataan Wee kerana telah mendengar sendiri rakaman asal kenyataan itu dan daripada penjelasan yang diberikan juga beliau mendapati tiadanya unsur perkauman dalam kenyataan itu. "Apabila saya mendengar kenyataan asal yang direkodkan dan daripada penjelasan Wee, saya rasa tak ada ruang nak buat tafsiran bahawa kenyataan itu adalah kenyataan perkauman yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, hak serta kedudukan bumiputera. "Wee buat contoh, biasiswa JPA ini adalah satu-satunya peluang untuk pelajar-pelajar bukan bumiputera dapat biasiswa dari kerajaan. Jadi dia kata, apakah perasaan masyarakat bumiputera sekiranya biasiswa dan pinjaman Mara itu ditarik balik," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen yang turut dihadiri Wee. Khairy berkata Ibrahim mungkin tidak sedar bahawa tindakan Wee mempertahankan biasiswa JPA itu sebenarnya turut mempertahankan biasiswa untuk kaum Melayu kerana majoriti mereka yang memperoleh biasiswa adalah kalangan orang Melayu. "Jadi saya tak faham mengapa ini dipersoalkan. Mungkin cara kenyataan itu dilaporkan boleh menimbulkan persoalan tapi apabila saya mendengar kenyataan asal yang direkodkan dan daripada penjelasan Wee, saya rasa tak ada ruang nak buat tafsiran bahawa kenyataan itu adalah kenyataan berunsurkan perkauman," katanya. Ini pula kenyataan Wee Ka Siong
'Saya tidak pertikai hak orang Melayu' ''Saya telah dihentam dan dituduh sebagai kurang ajar oleh Ibrahim semata-mata kerana pendirian saya yang menentang cadangan kerajaan untuk menghentikan secara berperingkat pengeluaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). ''Kenyataan yang saya buat sebelum ini tidak sekali-kali mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan saya tidak pernah menyebut bahawa kerajaan perlu memansuhkan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan keras Ibrahim semalam bahawa Ka Siong adalah seorang yang biadab dan kurang ajar serta tidak layak berada dalam Kabinet kerana telah mempertikaikan hak bumiputera untuk mendapatkan biasiswa. Dalam pada itu, Ka Siong berkata, mana-mana pihak yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan seharusnya merujuk kepada transkrip asal kenyataan beliau yang telah dibuat dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Melayu dan Mandarin. ''Saya juga kesal kerana pihak berkenaan tidak mendapatkan penjelasan daripada saya terlebih dahulu sebaliknya cuba mencipta isu perkauman bagi menarik perhatian umum dan menjadi juara hak-hak Melayu," katanya. Justice4all : Nah BN..siapa yag bersalah..memang dua-dua salah, dua-dua perkauman. Hanya satu je jalan penyelesaian. Bagi je biasiswa pada mereka yang layak seperti di Arab Saudi atau pinjaman tanpa riba bagi universiti swasta. Takkan ada timbul kaum melayu dapat lebih, cina kurang. Ini tanggungjawab sosial sesebuah kerajaan. Macam jalan raya, mana ada kaum cina tak boleh lalu jalan ni, melayu tak boleh jalan Cina. Tapi ini semua tak mampu dibuat oleh BN. Hanya PR sahaja yang mampu buat, dan telah terkandung dalam manifesto mereka. Apa tunggu lagi rakyat Malaysia, tolaklah BN dalam Pru akan datang. |
| Pilihanraya Negeri Sarawak Sah Dijalankan Tahun Ini.. Posted: 23 Jun 2010 06:35 PM PDT Sah..pilihanraya negeri Sarawak dah dekat.. Pilihan raya Sarawak akan diadakan tahun ini Semua wakil rakyat hadiri retreat BN dua hari di Mulu KUCHING: Pilihan raya Negeri Sarawak dijangka diadakan dalam tahun ini, dengan semua pemimpin dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dipanggil untuk menghadiri retreat BN Sarawak di Royal Mulu Resort, di Mulu, utara Sarawak, kelmarin dan semalam. Retreat dua hari dua malam itu diketuai sendiri Ketua Menteri, Tan Sri A Difahamkan Abdul Taib sudah mengarahkan semua jentera BN supaya bersiap sedia sepenuhnya untuk pilihan raya negeri akan datang. Biarpun tiada indikasi mengenai tarikh sebenar pilihan raya itu, Abdul Taib dikatakan memberi bayangan ia akan diadakan pada bila-bila masa saja. Semua pemimpin empat parti komponen BN, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP); Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) hadir pada retreat berkenaan, selain semua 62 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Sarawak. Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), membabitkan 62 kerusi BN, DAP (enam), Bebas (dua) dan satu kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdasarkan keputusan pilihan raya negeri 2006. Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Stephen Rundi Utom, yang dihubungi di Mulu, mengesahkan retreat BN diadakan di Mulu kelmarin dan semalam, namun enggan mengulas lanjut apa yang dibincangkan. Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Jemut Masing, yang turut "Ia tidak bermakna pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat, cuma Ketua Menteri minta kita semua bersiap sedia sepenuhnya," katanya kepada Berita Harian. Masing juga menafikan Ketua Menteri ada memanggil mesyuarat BN pada hujung minggu ini seperti dipetik BERNAMA dan retreat juga cuma diadakan dua hari bukan mulai Isnin hingga Jumaat seperti dilaporkan BERNAMA. Sementara itu, sumber lain berkata, biarpun Pengerusi BN Sarawak itu tidak memberikan indikasi bila pilihan raya negeri akan diadakan, bayangan yang diberikan menunjukkan ia akan diadakan dalam tahun ini. "Semua wakil rakyat juga diminta supaya 'masuk gear lima' dan bersiap sedia sepenuhnya," kata sumber berkenaan. Tempoh DUN Sarawak akan berakhir pada 24 Julai tahun depan, dengan sejarah lalu menyaksikan pilihan raya negeri kebanyakannya diadakan dalam tempoh antara enam bulan hingga setahun sebelum tempoh DUN berakhir. |
| Piala Dunia (28) : Jurulatih Perancis, Enggan Bersalam Dengan Jurulatih Afrika Selatan Posted: 23 Jun 2010 06:10 PM PDT Memang sudah dijangka
DOMENECH (kanan) mengelak untuk bersalaman dengan jurulatih Afrika Selatan, Carlos Parreira. BLOEMFONTEIN - Prestasi buruk Perancis pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 memang sudah dijangka. Ramai yang sudah meramalkan skuad Les Blues itu akan tersingkir seawal peringkat kumpulan. Mereka layak ke Afrika Selatan atas 'bantuan' pengadil yang membenarkan jaringan kontroversi Thierry Henry pada perlawanan playoff menentang Ireland. Selain prestasi yang terumbang-ambing sepanjang kempen kelayakan, persiapan mereka juga tidak begitu lancar ekoran terlalu banyak masalah dalaman yang melanda pasukan. Isu jurulatih, cara pemilihan pemain serta kurangnya persefahaman di kalangan pemain dalam pasukan dilihat merencatkan persiapan mereka. Masalah itu berlarutan sehingga menyaksikan penyerang, Nicolas Anelka di hantar pulang awal kerana berselisih faham dengan jurulatih, Raymond Domenech. Isu Anelka terus menjejaskan reputasi Perancis yang memegang reputasi sebagai naib juara Piala Dunia 2006. Untuk memburukkan lagi keadaan, pemain hilang selera untuk meneruskan perjuangan sehingga bertindak memboikot latihan menjelang perlawanan terakhir menentang Afrika Selatan. Akibatnya, Perancis gulung tikar dan ditunjuk jalan keluar dari Afrika Selatan. Kelmarin, Perancis menamatkan kempen Piala Dunia 2010 dalam suasana yang memalukan. Bukan sekadar tewas kepada Afrika Selatan tetapi jurulatihnya, Domenech enggan bersalaman dengan jurulatih Afrika Selatan yang menewaskan mereka 2-1. Meskipun Afrika Selatan menang, tetapi ia belum cukup untuk membawa mereka melangkah ke pusingan kedua. Wakil Kumpulan A ke pusingan kedua menjadi milik Mexico dan Uruguay. Pada penghujung perlawanan, reaksi Domenech menjadi tumpuan apabila enggan bersalaman dengan Carlos Parreira. "(Kata-kata Domenech kepada saya) 'Saya tidak mahu bercakap dengan anda kerana anda melontarkan kata-kata tidak elok terhadap pasukan kebangsaan saya'. Untuk seketika, saya tidak ingat apa yang telah saya katakan," kata jurulatih kelahiran Brazil berusia 67 tahun itu. Menurut Parreira, penolong jurulatih Perancis memberitahu, dia memberi komen yang mengatakan 'pasukan Perancis tidak sepatutnya berada di Afrika Selatan selepas kejayaan Thierry Henry membantu pasukannya menang ke atas Ireland pada perlawanan playoff. "Saya tidak ingat bila saya mengeluarkan kata-kata sedemikian." Perancis yang muncul naib juara pada Piala Dunia empat tahun lalu tersingkir setelah mencatat keputusan satu seri dan dua kekalahan sebelum terlibat dalam perselisihan dalaman yang mengakibatkan penyerangnya, Anelka dihantar pulang. Diasak dengan pertanyaan jika ada di antara pemain yang enggan turun beraksi dengan pasukan tuan rumah di Stadium Free State, Domenech berkata: "Enggan? Tidak, Eric Abidal berada dalam keadaan tidak sihat dan dia datang memberitahu saya, jadi saya lebih selesa dia hanya duduk di kerusi simpanan." Domenech turut mengadakan pertemuan secara perseorangan dengan media sebelum perlawanan berlangsung untuk memberi komen terhadap kontroversi yang melanda pasukannya. Dalam pertemuan itu, dia menjelaskan punca anak-anak buahnya enggan menjalani sesi latihan bukan disebabkan oleh tanda protes terhadap penyingkiran Anelka, tetapi dia menyifatkan ia berlaku kerana mereka 'terlupa'. - Reuters |
| Rais Yatim Sokong Judi, Minta Tubuh Suruhanjaya Posted: 23 Jun 2010 05:25 PM PDT ![]() Ini memang menteri judi... Cadang tubuh suruhanjaya bebas KUALA LUMPUR 23 Jun – Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mencadangkan agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk memantau kegiatan perjudian berlesen di negara ini. Menurutnya, penubuhan suruhanjaya itu dapat mengawal dan mengurus semua kegiatan perjudian berlesen termasuk aktiviti perjudian haram seperti yang dilaporkan membawa pulangan berjumlah RM10 bilion setahun. Kata beliau, sekiranya kegiatan itu dapat dilaksanakan dengan betul mengikut peraturan tertentu, kerajaan akan secara langsung dapat membanteras perjudian haram. "Kegiatan ini mesti dikawal, tidak boleh ada diskriminasi. Kita perlu objektif dan mengenal pasti hak sosial masyarakat bukan Islam di negara ini. "Kerajaan boleh menggunakan hasil yang diperoleh untuk pembangunan sosial masyarakat bukan Islam di negara ini," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjung hormat 12 wartawan dari Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) Sumatera Barat di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri di sini hari ini. Tambah Rais, kegiatan judi perlu difahami sebagai keperluan masyarakat bukan Islam di negara ini malah aktiviti itu sudah menjadi amalan biasa dalam masyarakat Tionghua terutama ketika perayaan Tahun Baru Cina. "Jika di Kelantan, Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menggunakan slogan membangun bersama Islam juga meluluskan lesen judi untuk golongan bukan Islam, jadi bukanlah sesuatu yang pelik apabila Kerajaan Persekutuan membuat keputusan yang sama kerana kita tahu ia untuk golongan mana," katanya. Ditanya mengenai peraturan yang akan dikenakan terhadap kegiatan perjudian itu, Rais menjelaskan, peraturan sedia ada terhadap judi nombor ekor, lumba kuda dan Sports Toto sudah mencukupi. Justice4all : Woooi menteri dinosaur, buat apa bazir duit rakyat bayar gaji suruhanjaya bebas untuk benda haram? Dahla nak halalkan perkara haram, pastu nak tubuh suruhanjaya pula. Menteri ni memang kaki judi, sama macam mahadetmamak, nazri, murujidb dan lain-lain, yang sokong secara terbuka judi ini diluluskan. Buat malu orang islam je. Sedarlah sikit wahai menteri, kamu ni kafir atau islam? Kenapa lulus dan sokong judi. Pastu kata Tok Guru lulus judi..weiii kamu ada bukti ke? Minta tok guru ajar si kaki judi ni..Dulu masa Pas perintah Terengganu, lesen judi yang diluluskan 'ulama UMNO', Tan Sri Wan Mokhtar telah dikurangkan oleh pas dan sekarang, langsung tiada kedai sport toto di Terengganu. Dulu memang teruk judi di Terengganu hinggakan premis judi wujud di sebelah bank islam. Itu di Terengganu dan di Kelantan tentu lagi hebat benteras judi. Apapun buat UMNO a.k.a yahudi, jawablah dengan Allah kelak di padang mashyar..buat penyokong dan pengundi UMNO, takkan nak syer sama saham judi dan api neraka??? |
| Raja Dadah Merbahaya Di Dunia Diberkas Posted: 23 Jun 2010 05:10 PM PDT Raja dadah Jamaica serah diri KINSGTON - Raja dadah yang menjadi punca keganasan sehingga meragut puluhan nyawa di Jamaica, Christopher 'Dudus' Coke akhirnya ditangkap selepas dia menyerah diri kepad Disifatkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) sebagai antara raja dadah paling berbahaya di dunia, Coke, 42, menyerah diri di sebuah balai polis di pinggir bandar raya ini, kelmarin dengan diiringi seorang paderi. Raja dadah itu kini ditahan di balai polis berkenaan dengan kawalan ketat sementara menunggu untuk diekstradisi ke AS berhubung jenayah pengedaran kokain dan penyeludupan senjata. Sekurang-kurangnya 73 orang maut sepanjang pertempuran bersenjata empat hari pada bulan lalu, apabila pasukan polis dan tentera menyerbu kawasan setinggan Tivoli Garden, dalam usaha mereka menahan Coke. Pada minggu ini, pemerintah Jamaica menawarkan ganjaran lumayan sebanyak AS$60,000 (RM194,174) semata-mata untuk memperoleh maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan Coke. - Agensi Justice4all : Nasib baik takde penjenayah ni kat Malaysia. Kalau ada, sudah tentu pening PDRM. Bila takde pengganas macam raja dadah ni, PDRM pula yang tuduh orang lain pengganas. Kalau jadi pengganas betul-betul, baru ko tahu langit tinggi ke rendah.. |
| Macam2 Zaman Najib : Harga Ayam Boleh Cecah RM 10 Posted: 23 Jun 2010 04:35 PM PDT Ini semua salah BN. Hapuskan lesen menyebabkan peniaga ayam sesuka hati naikkan harga ayam. Memang betul BN nih..barang naik..rakyat Malaysia tak nak berfikir lagi ke?? Harga ayam boleh cecah RM10
Oleh SUHANA VERU berita@kosmo.com.my HARGA ayam boleh meningkat lebih tinggi daripada RM7 sekilogram menjelang musim perayaan dan cuti sekolah jika ia tidak lagi dikawal kerajaan. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Ayam mungkin jadi sajian golongan berkemampuan sahaja selepas ini jika keputusan kerajaan mengeluarkannya daripada menjadi barangan kawalan mendorong kepada lonjakan harga khususnya menjelang musim perayaan dan cuti sekolah. Kebimbangan itu dikongsi oleh beberapa persatuan pengguna yang menjangkakan tidak mustahil harga ayam yang kini sekitar RM7 sekilogram boleh naik sehingga RM10. Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, tindakan memansuhkan daging ayam sebagai barangan kawalan menjadi berita yang ditunggu-tunggu oleh peniaga. "Jika keputusan itu kekal, maka kerajaan perlu ada mekanisme khas bagi memantau bekalan dan turun naik harga ayam,'' katanya ketika dihubungi semalam. Beliau diminta mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memansuhkan lesen runcit bagi ayam, besi (bar bulat keluli lembut) dan simen berkuat kuasa 15 Julai ini. Tujuan langkah itu diambil adalah bagi mengelak ketirisan bekalan barangan kawalan ke sempadan negara. Kebimbangan Jacob mengenai kenaikan harga ayam itu turut dikongsi oleh Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Shaani Abdullah. Menurut beliau, isu ketidakstabilan harga ayam akan berlaku lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. "Bila pasaran yang menentukan harga, pemborong dan peniaga terdorong mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan lebih dan akhirnya pengguna menjadi mangsa," katanya. Bagaimanapun, Perunding Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia, Dr. Abdul Rahman Md. Salleh pula berpendapat, pasaran wajar dibiarkan untuk menentukan harga ayam tetapi pada masa yang sama kerajaan memantau di peringkat peruncit. |
| Piala Dunia (27) : Jerman 1, Ghana 0. Australia 2, Serbia 1..Jerman & Ghana Layak Ke Pusingan Kedua Posted: 23 Jun 2010 03:43 PM PDT Jerman, Ghana mara ke pusingan kedua JOHANNESBURG, 24 Jun — Jerman menewaskan Ghana 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D untuk menempah tempat ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 dan akan bertemu England di peringkat kalah mati tersebut. Ghana walaupun tewas turut mara mengiringi Jerman, berikutan Serbia gagal mencatat sekurang-kurangnya keputusan seri selepas tewas kepada Australia 1-2 dalam perlawanan yang diadakan serentak. - AP GROUP D TEAMS W D L GD PTS Germany 2 0 1 4 6 Ghana 1 1 1 0 4 Australia 1 1 1 -3 4 Serbia 1 0 2 -1 3
Piala Dunia : Australia 2, Serbia 1 ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Piala Dunia (26) : England 1, Slovenia 0, USA 1, Algeria 0. England & USA Layak Ke Pusingan Kedua Posted: 23 Jun 2010 09:19 AM PDT England dan Amerika Syarikat layak ke pusingan kedua Piala Dunia. Ini kedudukan akhir kumpulan C TEAMS W D L GD PTS USA 1 2 0 1 5 England 1 2 0 1 5 Slovenia 1 1 1 0 4 Algeria 0 1 2 -2 1 Piala Dunia: AS 1, Algeria 0
Pertemuan Amerika Syarikat dan Algeria dalam Kumpulan C berakhir dengan keputusan Amerika menang 1 - 0. Gol Amerika Syarikat telah dijaringkan oleh Landon Donovan pada minit akhir permainan. Dengan kemenangan ini, Amerika dan England layak ke pusingan kedua Piala Dunia: Slovenia 0, England 1
England menewaskan Slovenia 1-0 dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay sebentar tadi. Gol kemenangan England dijaringkan Jermain Defoe pada minit ke-23 hasil hantaran James Milner. Kemenangan itu membolehkan England mara ke pusingan seterusnya. |
| Macam-Macam Zaman Najib : Duit Zina Didermakan Pada Masjid Posted: 23 Jun 2010 08:38 AM PDT
Duit maksiat jamu jemaah PUTRAJAYA: Dua beranak ditahan di sebuah kondominium di Puchong, dekat sini, kerana menawarkan khidmat urut badan ke badan kepada pelanggan lelaki ketagih seks beberapa hari lalu, mengaku menggunakan 'wang panas' hasil kerja haram itu bagi menjamu jemaah masjid di Petaling Jaya, pada setiap Jumaat. Pengakuan mengejutkan ibu dan anak masing-masing berusia 45 dan 25 tahun itu didedahkan selepas mereka ditahan dalam serbuan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kondominium milik wanita terbabit yang turut digunakan bagi menawarkan pakej seks dan urut badan ke badan selepas Maghrib sehingga tengah malam. Wanita terbabit ditahan selepas dikesan sedang menawarkan pakej khas membabitkan seks dan urut ghairah berkenaan kepada seorang pelanggan yang juga kakitangan kerajaan berusia 30-an, kira-kira jam 12 tengah malam. Ketika disoal siasat, mereka mengaku meraih keuntungan lumayan antara RM150 hingga RM300 bagi setiap khidmat urut istimewa mengikut pakej disajikan kepada pelanggan kebanyakannya menghadapi masalah rumah tangga atau lelaki ketagih seks. Setiap hari, dua beranak dipercayai melayan beberapa pelanggan. Malah, lebih mengejutkan si ibu mengaku kepada pegawai penguat kuasa Jais, bahawa mereka menggunakan wang hasil urut dan seks istimewa itu di jalan baik, iaitu dengan bersedekah dan menjamu jemaah masjid kononnya bagi menghapuskan dosa maksiat yang dilakukan bersama anaknya. Ibu tunggal itu membuat pengakuan pelik kepada Pengarah Perancangan dan Strategik Jais, Shahrom Maarop, yang turut serta dalam serbuan di rumahnya didapati turut menyediakan bilik khas bagi memudahkan dua beranak itu melayan pelanggan. Sambil mengakui terkejut dengan pengakuan wanita terbabit, Shahrom berkata, serbuan dibuat selepas Jais mendapat maklumat mengenai kegiatan tidak bermoral beranak itu. Malah, beliau tidak menolak kemungkinan ramai lagi tukang urut berahi yang menawarkan servis badan ke badan selain memberi layanan seks kepada pelanggan, turut menggunakan pendekatan sama iaitu menderma dan menganjurkan jamuan menggunakan wang haram diperoleh di masjid kononnya bagi mendapat pahala. Menurutnya, perbuatan itu jelas menunjukkan kecetekan pengetahuan agama golongan terbabit kemungkinan turut memperoleh dan mempelajari ilmu salah daripada 'tok guru songsang'. "Kumpulan wanita jenis ini dari segi akhlak memang sudah jauh tersasar kerana bagi mereka wang segala-galanya walaupun dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (walaupun untuk sumber rezeki tetapi caranya haram dan ia tetap haram). "Mereka perlu ingat setiap daging tumbuh hasil benda haram, maka api neraka yang akan membakar diri mereka," katanya, semalam. Oleh itu, Shahrom berkata, pengurusan masjid yang menyedari sumber haram itu wajar tidak menerima wang berkenaan terutama bagi menjamu jemaah selain untuk pengurusan masjid. Beliau berkata, dua beranak terbabit bakal dihadapkan ke mahkamah syariah mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor atas kesalahan maksiat dilakukan mereka. -hmetro- |
| PKR Retak Menanti Belah..1st Half Wcup : AS 0, Algeria 0..England 1, Slovakia 0 Posted: 23 Jun 2010 08:05 AM PDT PKR retak menanti belah?? janganlah bergaduh, selesailah cara elok. Mana semangat reformasi kalangan pemimpin PKR??? Azmin letak jawatan pengarah PKNS, dipercayai 'protes' MB Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 23 Jun — Naib Presiden PKR Azmin Ali melepaskan jawatan pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), anak syarikat kerajaan negeri, perkembangan dipercayai sebagai memprotes kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Keputusan ini diumumkan empat hari menjelang parti itu dijadual mengadakan sesi pemukiman. Malah keputusan itu diumumkan beberapa bulan menjelang pemilihan pucuk kepimpinan parti. Sumber rapat dengan Ahli Parlimen Gombak itu mengesahkan maklumat yang Azmin telah mengemukakan surat letak jawatan kepada Pejabat Menteri Besar pada puku 12.30 tengah hari tadi. "Ya, saya boleh mengesahkan beliau sudah menghantar surat letak jawatan sebagai pengarah PKNS tengah hari ini. "Tunggu sehingga pengumuman rasmi kerajaan," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Tindakan ini dilihat sebagai sebahagian daripada pemberontakan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor. Sumber memberitahu, keputusan Azmin itu bertujuan melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap cara Khalid mengendalikan pentadbiran negeri. "Tan Sri Khalid telah mengecewakan beberapa pemimpin PKR kerana apabila beliau membuat keputusan, beliau tidak mengadakan perbincangan dengan mana-mana pemimpin PKR," katanya. Sebagai contoh kata sumber, keputusan berkaitan dengan pelantikan setiausaha politik yang baru, yang diumumkan semalam. "Ia cuma salah satu sebab telah menyebabkan tuntutan letak jawatan," katanya. Setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Faekah Husin akan menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai setiausaha politik Menteri Besar Selangor mulai bulan depan. Perubahan tersebut sah dengan penganjuran majlis perpisahan di Shah Alam malam tadi. "Saya mengucapkan tahniah kepada Nik Nazmi atas pelantikan beliau sebagai ketua komunikasi," kata Khalid pada majlis itu. SEPARUH MASA PERTAMA Piala Dunia: AS 0, Algeria 0
Tamat separuh masa pertama, kedudukan pertemuan Amerika Syarikat dan Algeria dalam Kumpulan C terikat 0-0. Piala Dunia: Slovenia 0, England 1 (separuh masa pertama)
PORT ELIZABETH, Afrika Selatan: England mendahului Slovenia 1-0 pada separuh masa pertama perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay. Gol dijaringkan Jermain Defoe pada minit ke-23. ![]() ![]() |
| Walaupun Dituduh Pengganas, Shahidan Tetap Berharap Dr Asri & Dr Juanda Masuk UMNO Jumaat Ini Posted: 23 Jun 2010 06:49 AM PDT ![]() Mana yang satu betul ni..kalau Dr Asri nak masuk juga UMNO, jawablah dengan tuhan kelak..tapi kita semua doakan, agar ulama' su (ulama' jahat) yang serah borang masuk UMNO kepada Najib jumaat ini, bukannya ulama; yang baik. Apapun, nak masuk UMNO ke tak, kita tunggu jumaat ni.. Shahidan enggan sahkan Asri, Juanda akan sertai UMNO 23/06/2010 7:09pm KANGAR 23 Jun – Minat yang kini ditunjukkan golongan ulama terhadap UMNO adalah perkembangan yang sihat dalam parti, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini. Menurutnya, kira-kira 40 ulama yang berkelulusan Ph.D dijadual akan menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga Presiden parti pada Jumaat ini termasuk dua ulama dari negeri Perlis. Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada dua ulama itu bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Juanda Jaya. Shahidan, bekas Menteri Besar Perlis, dan Mohd. Asri adalah dua rakan karib. "Sama ada Dr. Mohd. Asri menyertai UMNO atau tidak pada Jumaat ini, beliau tetap kawan saya," kata Shahidan. Sebelum ini, media massa melaporkan bahawa Mohd. Asri akan turut menyertai UMNO Jumaat ini, namun beliau belum membuat sebarang kenyataan. Shahidan yang juga Ketua UMNO bahagian Arau berkata, jika dua ulama Perlis itu menyertai UMNO, mereka akan dilantik menduduki jawatankuasa bahagian itu dan salah seorang daripadanya akan dilantik menjadi Pengerusi Biro Agama. – Bernama |
| Posted: 23 Jun 2010 06:15 AM PDT Jadual Piala Dunia Malam Ini & Awal Pagi Esok BERIKUT adalah jadual perlawanan Piala Dunia yang akan berlangsung malam ini dan awal pagi esok. Terdapat empat perlawanan yang akan diadakan serentak. Dua perlawanan pada jam 10.00 malam ini melibatkan AS bertemu Algeria manakala Slovenia menentang England. Sementara itu, dua perlawanan lagi akan mempertemukan Australia dan Serbia manakala Ghana bertemu Jerman masing-masing pada jam 2.30 pagi esok. Malam ini Amerika Syarikat (AS) lwn Algeria, 10.00 mlm
Slovenia lwn England, 10.00 mlm
Awal pagi esok Australia lwn Serbia, 2.30 pg
Ghana lwn Jerman, 2.30 pagi
Saya memilih pasukan England, Algeria dari Kumpulan C dan Ghana serta Australia dari Kumpulan D menang malam |
| Politik UMNO Kotor, Tak Kenal Kawan & Lawan - Dr Asri & Dr Juanda, Mufti Perlis Posted: 23 Jun 2010 05:42 AM PDT Politik yang amat terdesak dan kotor sekali Tulisan di bawah disalin dari blog Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis): 1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu. 2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah. 3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang "tolerance" dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini. 4. Bagi kami YB Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini. 5. Demikian Dato Seri Shahidan Kassim. Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu. 6. Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai. 7. Pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini. Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf. Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan. 8. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas. 9. Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu. 10. Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni. 11. Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit. Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya (Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford University, UK) Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis, Pensyarah Pengajian Islam USM |
| Marina Bay Sand Ditabalkan Pusat Judi Terbesar Asia Posted: 23 Jun 2010 04:59 AM PDT ![]() ![]() Kompleks Kasino Singapura, Marina Bay Sands ditabalkan sebagai kompleks judi terbesar di Asia...malu betul terkenangan negeri melayu, Temasek jadi pusat judi..ini gara-gara tindaka Tunku Abdul Rahman dan UMNO yang bodoh gadai Singapura Asian gaming demand greater than five Las Vegases: US tycoon AFP – Asians' love of gambling is so strong that the equivalent of five Las Vegases in the region will not be enough to satisfy demand, US gaming tycoon Sheldon Adelson said Wednesday. The chairman of Las Vegas Sands said at a press conference at the company's massive Singapore casino complex, Marina Bay Sands, that the "propensity" to gamble was part of Asian culture.
"I believe we can put the equivalent of five plus Las Vegases, with 140,000 hotel rooms each in five different locations in Asia, and it still won't saturate the demand," he said. Marina Bay Sands will primarily target customers from Singapore, Malaysia and Indonesia, with an eye on other Southeast Asian countries like Thailand and Vietnam, Adelson added. "In my opinion there's more than enough business for us to succeed within a two, two and a half hours' flight from here. I think there's more than enough business and that's not counting large volumes of people from China or Hong Kong." Adelson was speaking at an event marking the opening of all the Marina Bay Sands 2,560 hotel rooms, plus shops, restaurants and exhibition facilities. The casino and part of the hotel started operating in April. Marina Bay Sands chief executive officer Thomas Arasi said the casino had already attracted close to 500,000 people in June alone. "We're very happy with where we're at," Arasi said. Adelson said Sands expects to attract between 125,000 and 150,000 people a day when it is fully open, adding that the project would help dispel Singapore's lingering image as a staid place. "It's going to change Singapore by providing entertainment amenities that were not here before," he said. "This will be for the Asian people a very major attraction, and will change the conservative perception of what Singapore has in the night time." On competition with Macau, where Las Vegas Sands also has a huge presence, Adelson said it was still unclear if Singapore had stolen some business from the Chinese territory but stressed that they were aiming at different markets. "Macau is serving Hong Kong, Taiwan and southeast China… They are two different markets and they appeal to two different constituencies." Despite concerns over its social impact, Singapore gave the green light for casino gambling in 2005 in a bid to increase tourist arrivals and cash in on a growing trend in Asia. The Singapore Tourism Board says visitor arrivals this year could range from 11.5 million to 12.5 million, compared to 9.7 million in 2009, thanks in part to the casinos and the economic recovery in the region. The target is 17 million arrivals by 2015 — more than three times the current population of Singapore.
Dua kali 5 je dengan Najib bapa judi..
![]() ![]() ![]() |
| Miskinnya Pemimpin UMNO Pulau Pinang. Sebab Tu Tak Lompat-Lompat Posted: 23 Jun 2010 03:45 AM PDT Miskinnya pemimpin UMNO Pulau Pinang nih..patutlah Zahrain katak lompat, sebab UMNO kan miskin..memang benar slogan ini..'kekayaan diutamakan, rakyat didungukan'..pikiaq la sendiri...(gambar dari era pasca) 1. MELAYU -KETUA PEMBANGKANG PULAU PINANG ![]() 3. MELAYU-BEKAS TIMBALAN KETUA MENTERI P.PINANG.. TAKDE DUIT NAK TAMBAH KHEMAH LAGI.. KESIAN 4. MELAYU-BEKAS EXCO.. _TIANG TALIPON NAK JATUH DA TU... TAKDAK DUIT NAK REPAIR.. 5. MELAYU - ORANG KUAT PAKLAH PUN LIM GUAN ENG PINGGIRKAN... 6. MELAYU - RUMAH PERTAMA KECIL JE... ADA LAGIK SEBIJIK LEBIH BESAR.. KESIAN... 8. MELAYU- ORANG KUAT PENYOKONG TEGAR JUDI BOLA... 9. MELAYU - DAH TUA, TAK CUKUP SELESA LAGI RUMAH NI,... KESIAN... 10. MELAYU - BEKAS EXCO... TAK DE DUIT NAK PENUHKAN PARKING LAGI... KESIANNYA... 11. MELAYU - SEMAK SAMUN DAH RUMAH.... SAMPAI TAK NAMPAK RUMAH YANG KECIK TU... ISK..ISK..ISK
13. MELAYU - RUMAH KECIL NIH EMPUNYA OLEH KRONI UMNO... SEORANG MELAYU TULEN.... KESIAN DIA..... 600 PERMIT TEKSI DIA YANG PUNYA.... |
| Kes Saman 100 Juta : Khairy Ingkar Perintah Mahkamah...Peluang Mukriz Kenakan Khairy.. Posted: 23 Jun 2010 03:10 AM PDT Kah..kah Khairy, ingkar arahan mahkamah, tak pasal-pasal kena rayu untuk kes saman sivil 100 juta Anwar ke atas KJ. Khairy, Anwar diarah kemuka rayuan saman malu RM100 juta KUALA LUMPUR: Peguam bagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diperintah untuk mengemukakan hujah bertulis berhubung rayuan Khairy dalam kes saman malu bernilai RM100 juta oleh Anwar terhadapnya. Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nazri Yahya menetapkan 19 Julai untuk pengurusan kes seterusnya selepas menemui peguam di kamarnya hari ini. Khairy memfailkan notis rayuan terhadap penolakan permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Anwar terhadapnya dalam saman malu itu. Pada 31 Mei, Nazri menolak permohonan Khairy untuk mengetepikan permohonan itu dengan kos untuk mengetepikan keputusan penghakiman ingkar oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Disember, 2008 selepas Khairy gagal memasukkan kehadiran dalam kes itu. Nazri memutuskan bahawa serahan writ saman kepada Khairy adalah sah dan tidak ada merit dalam kenyataan pembelaan Khairy. Anwar, 63, memfailkan saman terhadap Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu berhubung kenyataannya dalam satu ceramah di Lembah Pantai di sini sekitar 20 Feb 2008 dan membawa kepada penyiaran klip video di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com., bertajuk "Anwar and kin no threat". Anwar mendakwa perkataan fitnah itu, antara lain, bermaksud beliau terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam, tidak mempunyai perwatakan baik dan tidak layak memegang jawatan politik atau jawatan lain. - BERNAMA Justice4all : Nah ko Khairy, fitnah je memanjang. Kan kena saman 100 juta. Silap haribulan, kena adakan prk Parlimen Rembau pula kerana denda lebihi 2 ribu..macam Tian Chua. Padan muka ko KJ, sape suruh mulut celupar sangat. Buat Mukhriz, pergilah bisik ayahnya si mamak kutty agar beli hakim macam lingam. Jika KJ kena denda, sudah pasti imejnya KJ tercalar. Dan Mukriz ada harapan untuk menang jawatan Ketua Pemuda UMNO nanti..Memang inilah masa yang sesuai untuk Mukhriz bertindak ke atas musuh politiknya itu..kalau dua-dua tertangkap pun lagi bagus.. |
| GMJ Hantar Memorandum Pada Najib, Minta Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke 221 Bincangkan Isu Judi Posted: 23 Jun 2010 02:34 AM PDT Lebih 40 NGO serah memorandum kepada PM bantah lesen judi PUTRAJAYA: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang diwakili lebih 40 badan bukan kerajaan (NGO) dan individu, hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendesak kerajaan supaya tidak memperbaharui atau meluluskan sebarang lesen judi di negara ini. Penyerahan memorandum itu, yang diketuai Pengerusi GMJ, Mohd Azmi Abdul Hamid, diterima oleh Penolong Setiausaha Pejabat Perdana Menteri, Nasrul Hakim Jamaludin di luar Bangunan Putra Perdana di sini, kira-kira 3.30 petang. Mohd Azmi berkata GMJ, yang merupakan pertubuhan mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, mendesak kerajaan supaya sebarang lesen judi termasuk judi sukan yang telah dikeluarkan, dibatalkan. Beliau berkata GMJ membantah perkara itu kerana judi akan hanya menyebabkan kesan yang negatif kepada masyarakat. "Kami membuat pendirian tidak setuju dengan sebarang lesen judi. Semua bangsa dan agama menolak judi," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan. Memorandum yang sama juga akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 3 Julai ini. - BERNAMA Justice4all : Syabas GMJ. Sedarkan raja-raja melayu akan isu ini. Sekarang ni raja-raja Melayu sedang bermesyuarat di Istana Negara hari ini. Yang dipengerusikan oleh Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-221 ini. Jadikan isu ini diperbincangkan. Biar Najib ditempelak dalam mesyuarat itu. Marilah kita cabar raja yang bermaruah, yang juga Ketua Agama untuk buat ketetapan dalam isu ini. Biar raja kembali dihormati, bukannya dicaci maki. Memang UMNO dah gila nak buat judi ini. Sampaikan Mahader mamak yang berkata jika ia jadi pm, dia akan luluskan judi bola (sini). Ini satu tindakan kurang ajar. Tak cukup ke selama 23 tahun jadi PM, beratus ribu judi diluluskan. Nak mati pun nak lulus judi lagi. Kepada raja-raja melayu, jadikan mesyuarat MRR ini sehebat mesyuarat pertama yang menentang Malayan Union. Buat keputusan untuk lawan anasir penjajah kafirun yang boleh rosakkan umat islam di negara ini.. |
| Saya Minta Orang UMNO Bertaubat - N Balasubramaniam Posted: 23 Jun 2010 12:48 AM PDT "saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong 'direct' sama (kepada) Parti PAS, "Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS..sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau ugama.."saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong 'direct' sama (kepada) Parti PAS,"kata N. Balasubramaniam, " - Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS |
| BN Sarawak Bermesyuarat Hujung Minggu Ini..Signal Jelas Pilihanraya Negeri Sarawak Semakin Hampir Posted: 23 Jun 2010 12:16 AM PDT Gendang pilihanraya negeri Sarawak sudah dipalu..Pakatan Rakyat, bersiap siagalah dalam realisasikan hasrat rakyat Malaysia untuk lihat kerajaan zalim BN berkubur.. BN Sarawak dijangka bermesyuarat hujung minggu ini, timbulkan spekulasi KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) Sarawak dikatakan akan bermesyuarat pada hujung minggu ini yang segera menimbulkan spekulasi bahawa kerajaan negeri mula bersiap sedia bagi kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal sebelum penggal sekarang berakhir pada Julai tahun depan. Beberapa pemimpin BN mengesahkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan hujung minggu ini. Namun mereka menutup mulut tentang agenda mesyuarat. "Ya, kami akan bermesyuarat munggu ini, tetapi ia bukan untuk liputan media," kata seorang pemimpin negeri. Namun sumber parti memberitahu, mesyuarat itu akan memfokuskan kepada persediaan ke arah kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri pada tahun ini, selepas Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) iaitu parti terbesar dalam komponen BN Sarawak, selesai berkampung atau melakukan retreat di Mulu yang bermula Isnin lalu dan berakhir Jumaat ini. PBB memiliki 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diikuti oleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sebanyak 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebanyak sembilan kerusi dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sebanyak lapan kerusi. Hanya SUPP dan PRS hilang kerusi DUN kepada pembangkang dalam pilihan raya negeri terakhir sebelum ini pada 2006 sementara PBB dan SPDP menang semua kerusi. SUPP diperuntukkan 19 kerusi, tetapi hilang lapan kerusi terutama kepada DAP sementara PRS yang diperuntukkan 10 kerusi, kalah kerusi Ngemah kepada Bebas. Sarawak mempunyai 71 kawasan DUN. Sejak akhir-akhir ini timbul cakap-cakap bahawa pilihan raya DUN mungkin diadakan tahun ini juga walaupun BN baru sahaja tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu apabila calon SUPP gagal mempertahankan kerusi berkenaan setelah tewas kepada calon DAP. Cakap-cakap itu menjadi lebih hangat diperkatakan selepas Ketua Menteri dan Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada minggu lalu berkata bahawa "beliau telah memutuskan pilihan raya negeri akan datang akan diadakan pada `satu hari Sabtu'' tanpa mengulas lanjut maksudnya itu kepada pihak media. Namun beliau menolak spekulasi bahawa pilihan raya akan diadakan pada Oktober berikutan terdapat beberapa pendapat dari pakar feng shui bahawa angka 10/10/10 atau 10 Oktober 2010, iaitu hari Ahad yang sesuai untuk diadakan pilihan raya negeri Sarawak. Sudah pasti ramai pihak yang menunggu-menunggu hasil mesyuarat pada hujung minggu ini. - BERNAMA |
| Posted: 22 Jun 2010 11:09 PM PDT Tok guru haji hadi, Dr Asri, Dr Juanda dan Shahidan Kassim, telah dituduh sebagai dalang kepada wahabi dan Jemaah Islamiah (JI). Tuduhan itu dilemparkan oleh PDRM satu taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Jadi buat mereka semua ini, pasang peguam dan saman pemfitnah itu. Macam tok guru haji hadi yang menang saman 50 juta ke atas sebuah akhbar Britain, Daily Mirror yang menuduh beliau sebagai pemimpin Al-Qaeda. Tuan Guru akhirnya menang saman tersebut, namanya dibersihkan dan beliau juga mendapat pampasan dari fitnah tersebut. Mungkinkah ini jalan yang sama perlu dilalui oleh tok guru, Dr Asri, Dr juanda dan Shahidan??
Dr Asri, mufti: Mengapa kerajaan BN bohong? 1:08pm Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Selain Dr Juanda dan Dr Asri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan. "Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. "Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka. Menurut mereka, Abdul Hadi dan Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. "Beliau (Abdul Hadi) ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. "Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Demikian (juga) dengan Datuk Seri Shahidan, (yang juga) bekas MB Perlis dan kini ahli Majlis Tertinggi Umno, naib presiden PERKIM dan akvitis berbagai (pertubuhan) kebajikan rakyat. "Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya Umno dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," tambahnya. Walaupun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai JIM, tegas mereka, "namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. 'Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," tegas Dr Mohd Asri dan Dr Juanda. Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai satu fitnah rambang. Mereka juga meminta pihak polis supaya menyiasat individu yang membuat tuduhan tersebut. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan individu tersebut, tambah mereka, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri "seakan-akan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas". "Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu. "Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. "Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit," tambah mereka. |
| Internet Toyyibah Di Kelantan?? Posted: 22 Jun 2010 10:35 PM PDT Kerajaan PAS Kelantan sekali lagi melakukan reformasi pentadbiran negeri pimpinan Tok Guru. Kali ini cadangan penggunaan internet toyyibah di seluruh Kelantan. Kaji wajibkan penggunaan Internet Toyyibah KOTA BHARU 22 Jun - Kerajaan negeri akan mengkaji cadangan mewajibkan semua sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan dan semua agensi kerajaan agar melanggan perisian Internet Toyyibah untuk mengelakkan penyalahgunaan Internet. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abd. Rahman berkata, penggunaan perisian itu amat berguna untuk mengelakkan sebarang akses kepada laman web pornografi serta yang tidak memberikan faedah kepada masyarakat. "Anak syarikat kerajaan negeri telah memperkenalkan perisian ini yang boleh digunakan oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira usia, namun kita masih belum mewajibkan penggunaannya. "Saya akan bawa cadangan ini ke mesyuarat Exco akan datang untuk dibincangkan dan akan mengumumkan kemudian," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam. Beliau menjawab soalan lisan Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong) yang meminta kerajaan menjelaskan mengenai usaha memperluaskan penggunaan internet di seluruh negeri. Internet Toyyibah merupakan perisian komputer yang membolehkan pengguna mengakses internet pada bila-bila masa, bagaimanapun ia terhad kepada laman web yang mempunyai maklumat berguna sahaja. Perisian itu juga sesuai digunakan di rumah untuk mengawal penggunaan internet oleh anak-anak. |
| Terbaru : Dr Asri Dijangka Umumkan Kemasukannya Ke UMNO Jumaat Ini Posted: 22 Jun 2010 09:47 PM PDT Betul ke ni..atau Dr Asri nak buat islah umno dari dalam macam Anwar lakukannya dahulu.. Ulama, pensyarah antara 50 ikut Asri sertai Umno? Posted by Anak Sungai Derhaka at 11:53:00 AM KUALA LUMPUR, 23 Jun — Kira-kira 50 orang yang dikategorikan sebagai golongan ulama, dengan kebanyakannya kakitangan akademik, dipercayai akan mengikut langkah bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin jika masuk Umno minggu ini. The Malaysian Insider difahamkan mereka turut terlibat dalam perbincangan bersama Asri yang disebut-sebut akan menyertai parti utama Barisan Nasional itu, Jumaat ini. "Ya, saya bersama sekitar 50 orang ulama sedang adakan perbincangan (dengan Umno)... kebanyakan mereka ini merupakan ahli-ahli akademik, sudah memutuskan untuk menyertai Umno, tapi perbincangan masih dijalankan," kata seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi. Perbincangan itu termasuklah peranan yang bakal mereka hendak bawa jika menyertai Umno, kata beliau. Pensyarah itu yang enggan namanya disiarkan atas alasan perbincangan dengan kepimpinan Umno masih dijalankan berkata, kira-kira 70 hingga 80 peratus itu merupakan ahli akademik. "Sebahagian besar adalah ahli akademik, kebanyakannya bertugas di Lembah Klang, yang lain dari luar Lembah Klang," kata beliau lagi. The Malaysian Insider difahamkan ada kemungkinan sesetengah mereka tidak akan menjadi ahli tetapi akan membantu Umno sebagai golongan ulama. "Jadi peranan mereka mungkin dari dalam dan dari luar Umno," kata beliau sambil mengaku mahu membantu Umno. Mereka dilihat sebagai golongan ulama muda yang memperlihatkan pandangan progresif mengenai hukum syariah dan undang-undang Islam. "Kami memutuskan untuk menyertai Umno dan membantu mereka dalam pembangunan Islam di negara ini... kami berpendapat kami boleh membantu Umno mengikut kapasiti kami," kata sumber itu ketika ditanya alasan bagi mereka mahu menyertai parti politik Umno. Asri dijangka akan mengetuai urusan penyertaan dalam Umno Jumaat ini apabila ia mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi. Bagaimanapun Asri setakat ini belum mengesahkan ataupun menafikan laporan awal Ahad lalu yang mengatakan beliau akan menyertai Umno. Asri dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya berkata beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Oleh itu Asri berkata, beliau mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini. "Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini," katanya. Asri walaupun masih belum mengesahkan sama ada akan menyertai Umno ataupun sebaliknya Jumaat ini, tetapi rakan-rakannya berpandangan beliau harus kekal dengan kedudukan semasa sebagai "cendekiawan berkecuali." The Malaysian Insider difahamkan sebahagian besar mesej SMS dan e-mel serta panggilan telefon diterima beliau memintanya agar tidak menyertai mana-mana parti politik. Selain rakan dan peminat beliau juga berpandangan Asri harus kekal sebagai tokoh yang bebas memberikan pandangan dalam isu-isu berkaitan dengan agama. "Saya boleh katakan hampir 90 peratus mereka yang hubungi Dr Asri meminta jangan masuk Umno, bermakna parti-parti politik... mereka mahu Dr Asri kekal berkecuali seperti sekarang dengan memberikan pandangan kritikal dengan bebas," kata seorang kawan Asri yang dihubungi The Malaysian Insider. Sementara blog pro-Umno menyambut baik laporan Asri akan masuk Umno, beberapa laman dan blog propembangkang dan juga rakan beliau menulis bekas mufti itu tidak akan menyertai Umno. |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







berada di Mulu semalam mengesahkan retreat BN yang diadakan itu berkisar kepada persiapan menjelang pilihan raya. 





.jpg)
















.jpg)










.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)





















.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan