Sabtu, 19 Jun 2010

Justice For All

Justice For All


JPJ & Polis Tangkap Geng Sendiri Yang Merempit..

Posted: 19 Jun 2010 09:53 PM PDT

Apalah..ingatkan polis dan jpj yang tangkap mat rempit, rupanya polis dan jpj tangkap geng sendiri.

Anggota polis, JPJ kena tahan

Memandu secara bahaya, aksi zig-zag

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis dan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memandu secara melulu dan berbahaya selepas menonton aksi pasukan bola sepak England menentang Algeria pada pusingan Piala Dunia 2010, ditahan dalam operasi polis trafik di ibu negara, awal pagi semalam.

Kedua-dua penjawat awam itu bersama tiga lagi rakan mereka ditahan oleh Unit Kuat Kuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur yang berpakaian preman, selepas dilihat memandu laju dan melakukan aksi zig-zag di Jalan Raja Laut, di sini.

Ketua U3K Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, sebaik selesai menonton perlawanan bola sepak antara England menentang Algeria, kira-kira jam 4 pagi semalam, penjawat awam yang memandu kereta Honda Civic itu dikatakan memecut laju dan melakukan aksi berbahaya di Jalan Raja Laut, di sini.

"Aksi mereka memandu secara berbahaya itu dipantau anggota U3K berpakaian preman yang bertindak mengejar kumpulan berkereta itu.

"Lima lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu kemudian berjaya ditahan oleh anggota U3K terbabit," katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian berasingan, Azmi berkata, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan kerana melakukan aksi menunggang motosikal secara meniarap ala-Superman dalam sekatan jalan raya di Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (DUKE) di sini, semalam.

Beliau berkata, remaja lelaki itu ditahan kerana menunggang secara melulu serta membuat aksi zig-zag sebelum diekori anggota U3K berpakaian preman.

Azmi berkata, dalam operasi Cegah Samseng Jalanan bermula jam 10 malam hingga 5 pagi itu, pihaknya menyita lima motosikal.

"Semua enam lelaki yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana memandu secara melulu dan berbahaya kepada pemandu jalan raya lain.

"Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000," katanya.

UMNO Tipu : Dr Asri Sangkal Beliau Masuk UMNO Bukit Bintang

Posted: 19 Jun 2010 09:12 PM PDT

Dr. Mohd Asri, bekas mufti Perlis hari ini menafikan dengan keras bahawa beliau akan masuk UMNO. Ini satu pukulan keras buat UMNO yang sebelum ini dakwa Dr Asri dan 100 ulama' akan masuk UMNO Bahagian Bukit Bintang. Kah..kah UMNO, hanya golongan picisan sahaja yang masuk UMNO..mungkinkah 'ayam' yang bersepah kat bukit bintang masuk UMNO di bahagian itu, bukannya ulama'????

Ini kenyataan rasmi Dr Asri

Kenyataan & Penjelasan

Penyertaan Ke Dalam Parti Politik

Sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.

Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan di adakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas.

- dr mohd asri zainul abidin.

drmaza.com

Jom kita gelak ramai-ramai berita ini...

Dr Asri Dan 100 Ulama Akan Sertai Umno

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk Phd akan menyertai UMNO, Jumaat depan menerusi UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh, percaya penyertaan mereka itu akan menyemarakkan keyakinan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO.

"Perkembangan itu akan menyemarakkan keyakinan Melayu kepada UMNO, kita akan menuju Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan UMNO yang lebih cemerlang," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi.

Ab Rauf yang juga Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan UMNO lebih segar, "dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia."

Menyentuh mengenai perkembangan syiar Islam, beliau berkata, buat pertama kali di dalam sejarah mulai Perhimpunan Agung UMNO, Oktober ini, perwakilan akan menggunakan kemudahan bersolat Jumaat di PWTC. Urusan itu sudah diatur dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut menyediakan khatib mulai minggu depan.

Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu memuji usaha UMNO Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai UMNO.

"Saya berkawan dengan ulama ini sudah lama, tetapi tidak pernah saya dapat ajak mereka libat diri di dalam perjuangan (secara langsung di dalam parti) ini.

"Saya rasa kalau 100 ulama ini dapat kita terjemah sebagai 100 kekuatan luar biasa di dalam UMNO, Pas tidak akan tidur lena." -MediaUMNO

Ada Juga Yang Tak Puashati Titah Pemangku Sultan Kelantan

Posted: 19 Jun 2010 08:35 PM PDT

Nampaknya krisis istana Kelantan kembali semula..kali ini soal penarikan darjah kebesaran oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra

Sultan tidak perkenan tindakan Pemangku Raja Kelantan

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra tidak perkenan dengan tindakan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menarik balik pelantikan Jaksa Pendamai (JP) dan anugerah lain terhadap seorang keluarga diraja, Tengku Ahmad Zahiri Tengku Abdul Kadir.

Tengku Ahmad Zahari mendakwa, Sultan Kelantan kesal terhadap penarikan pelantikan tersebut selepas dimaklumkan mengenai tindakan itu ketika menghadap baginda di Istana Mahkota di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, beliau menghadap Tuanku Ismail selepas menerima surat itu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias pada 9 Mei lalu, beberapa hari selepas penarikan gelaran itu.

Beliau yang juga pegawai lantikan kontrak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berkata, penarikan balik pelantikan itu terhadapnya juga berkuat kuasa 9 Mei lalu.

"Selain JP, anugerah saya yang lain ditarik balik ialah Seri Kelantan (SK), Ahli Kelantan (AK) dan Pingat Taat (PT)," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar 17 Jun lalu melaporkan, Kerajaan Kelantan mengumumkan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran datuk daripada tujuh individu oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Pada masa sama, Tengku Muhammad Faris juga menarik balik pelantikan Jaksa Pendamai (JP) terhadap tiga individu lain.

Sebelum ini, 10 individu telah ditarik balik gelaran mereka. Ini beritanya :

10 Ditarik Gelaran Oleh Pemangku Sultan Kelantan

KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, semalam, menarik balik gelaran dan darjah kebesaran negeri daripada 10 individu termasuk tujuh Datuk Paduka dan tiga Jaksa Pendamai (JP). Tujuh Datuk Paduka yang ditarik balik pingat masing-masing adalah Ahli Dewan Negara (PAS), Senator Ahmad Rusli Iberahim; bekas Pegawai Kewangan Negeri, Shkori Mohamed; bekas Pegawai Jajahan Kota Bharu, Ismail Ghani dan empat ahli perniagaan iaitu Wan Hassan Wan Zin; Mohd Raihan Dr Eusuff Teh; Tan Huat @ Tan Liang Chong serta Ibrahim Ab Kadi

Tiga pingat JP yang ditarik balik adalah daripada kontraktor, Yusri Che Noh; bekas pegawai Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir dan pegawai bank, Tengku Abu Bakar @ Tengku Azman Tengku Ismail.

Jumaat lalu, tindakan sama diambil oleh Jumaah Majlis Diraja Johor apabila melucutkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada empat individu termasuk bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng yang kini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penjelajah solo ke Kutub Utara dan Kutub Selatan, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.

Dua lagi ialah adik ipar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, iaitu Komander Shaftdean Lutfy Rusland yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan seorang peguam, Hassan Yunos.

Pengumuman pelucutan gelaran dan darjah kebesaran negeri Kelantan itu dilakukan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohd Aiseri Alias pada sidang media di Kota Darul Naim.

Mohd Aiseri berkata, semua individu diambil tindakan terbabit sudah dimaklumkan mengenai keputusan penarikan balik pingat dan darjah kebesaran masing-masing menerusi surat.

"Penarikan balik pingat ini adalah hak Pemangku Raja Kelantan yang dibuat mengikut hemah dan budi bicara baginda," katanya yang enggan menjawab soalan daripada wakil media berhubung tindakan itu.

Sebelum ini, sumber memberitahu Berita Harian tindakan melucutkan pingat dan darjah kebesaran Kelantan itu diambil Tengku Muhammad Faris Petra berikutan kegagalan semua individu berkenaan menjaga integriti sebagai penerima darjah kebesaran negeri ini.

Dua daripada individu yang dikenakan tindakan terbabit juga sedang berdepan perbicaraan di mahkamah selepas didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Sumber - Berita Harian

300 Remaja Melayu Rosak Dengan Zina - UPM

Posted: 19 Jun 2010 08:00 PM PDT

300 remaja Melayu salah laku seksual, seks bebas

Pengaruh rakan sebaya punca utama gejala: Kajian UPM

KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk 'Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual' dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada 'dunia seksual' seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.

Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka.

"Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah 'buat selagi tidak mengandung'. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup.

"Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata 'enjoy dulu, nanti taubatlah'. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka.

"Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya," katanya kepada Berita Harian.

Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat 'ringan-ringan' seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.

Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama 'mencurah minyak ke dalam api' yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak.

"Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini.

"Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.

"Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan 'pemeriksaan fizikal' yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang 'tanda' berkaitan.

"Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan," katanya.

Saiful Apek Insaf..Minta Contohi Rasulullah S.A.W, Bukannya Artis

Posted: 19 Jun 2010 07:37 PM PDT

Baguslah Saiful Apek dah insaf..jangan ulangi lagi dahla perbuatan tu..memang betul kata Saiful Apek, yang perlu menjadi ikon sejati ialah Rasulullah SAW. Bukannya artis..memang benar nampak gaya Saiful dah insaf..artis yang hina Nabi dulu tu, si Rosnah dah insaf ke belum? Buat Saiful, teruskan hidup anda dan jauhkan diri dari dunia artis yang kotor ini..

Sayfoooool Bukhari Azlan bila lagi nak insaf ya..ingatlah maut datang tak dijemput, ajal datang tak bertempat..

Pelawak hasrat undur diri sementara selepas lalui pengalaman ditahan kerana dadah

KUALA LUMPUR: "Saya insaf! Saya percaya untuk menjadi manusia yang baik, saya perlu terlebih dulu melalui insiden buruk. Soal imej buruk atau sebaliknya, itu terpulang kepada masyarakat. Dengan rendah hati, saya mengakui tidak layak untuk diangkat sebagai ikon atau contoh kerana ikon sejati ialah Rasulullah SAW.

"Tiada siapa yang akan dapat menggantikannya dan Alhamdulillah, penahanan itu membawa fadilat tersendiri untuk saya rasai nanti," kata Saiful Apek, 41, dalam nada sebak yang sekali gus menyatakan hasratnya mengundur diri daripada industri hiburan untuk memberikan tumpuan kepada aktiviti kemasyarakatan.

"Saya berundur diri kerana ingin berehat dan mahu merasai nikmat hidup sebagai orang sihat serta bebas," katanya menerusi panggilan telefon, petang semalam.

Pelawak yang nama penuhnya, Mohd Saiful Azam Mohamad Yusoff berkata, pengalaman ditahan reman selama empat hari sebelum dibebaskan Khamis lalu, menimbulkan keinsafan dan membuatkan dia bersyukur kerana dapat kembali menghirup nikmat kebebasan seperti manusia lain.

Penahanan itu juga katanya, mencetuskan idea kepadanya untuk melancarkan kempen berjuang menentang penyalahgunaan alkohol, dadah serta penganiayaan.

Katanya lagi, penahanan itu turut membawanya melalui satu proses transisi, membuat dia lebih mengenali diri dan mengetahui siapa teman sejati dan lawan.Saiful Apek berkata, keputusan itu diambil bukan kerana insiden hitam yang dilalui sebaliknya dia ingin menyempurnakan sebuah hasrat yang sekian lama diimpikan.

Enggan mengulas panjang mengenai impian itu, Saiful Apek berkata, peluang itu juga dimanfaatkan untuk bersama keluarga kerana sebelum ini terlalu sibuk dengan urusan karier seni.

Dia bagaimanapun, mengakui masih berminat untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang hiburan dan akan kembali apabila tiba masanya.

"Saya sentiasa meletakkan diri sebagai seorang pelajar dalam menimba ilmu seni. Jadi tidak akan ada istilah bersara atau meninggalkan bidang hiburan selama-lamanya.

"Saya cuma mahu mengundur diri sementara. Saya pergi bukan kerana takut dengan persepsi negatif masyarakat. Saya juga tidak takut untuk bersemuka atau berdepan dengan kelompok minoriti yang cuba menjatuhkan nama baik dan karier.

"Saya akan manfaatkan masa itu dengan berjuang menerusi kempen antialkohol, penyalahgunaan dadah dan penganiayaan selepas melalui satu pengalaman tidak dapat dibeli dengan wang ringgit," katanya.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 itu juga berkata, dia tidak bimbang peristiwa penahanan bersama lima rakannya kerana mengambil dadah, Sabtu lalu membataskan peluangnya untuk terus aktif sebagai anak seni.

Baginya, rezeki setiap manusia ditentukan Allah dan dia sentiasa yakin apa juga musibah berlaku tidak sesekali menjejaskan semangatnya.

Ditanya kemungkinan penahanannya itu berlaku kerana penganiayaan, Saiful Apek enggan mengulas dan menyerahkan perkara itu kepada Allah.

Cukup katanya, dia berterima kasih dan menyatakan penghargaannya kepada pihak polis melayannya dengan baik sepanjang ditahan.

"Perkara lain berkaitan peristiwa penahanan tidak dapat saya jelaskan kerana semuanya masih dalam siasatan. Serahkan saja kepada polis untuk menyelesaikannya dengan bijaksana dan adil," katanya.

"Saya juga mahu berterima kasih kepada peminat sanggup mengumpul wang bagi membantu pembebasan saya. Mereka ini menjadi sumber kekuatan saya," katanya.

Polis Malaysia Macam Polis Israel - PBB

Posted: 19 Jun 2010 06:59 PM PDT

Polis Malaysia adalah Kejam - PBB

Polis Diraja Malaysia PDRM dinilaikan sebagai kejam dalam menangani masaalah tertuduh ketika dalam tahanan. Pendapat ini disampaikan oleh Pegawai HAM PBB yang meninjau keadaan para tahanan PDRM di Malaysia.

"Penyiksaan seolah sebagai satu prosedur standard ketika dalam tahanan. Keterangan ini diperoleh dari para tahanan yang ditemui oleh pasukan PBB itu semasa dalam kunjungan nya ke Malaysia," kata El Haji Malik Sow, Ketua Delegasi HAM PBB, Jumaat (18/6/2010) di Kuala Lumpur.

Para tahanan yang disiksa kebanyakan nya berkesalahan yang berkait dengan subversif, rusuhan, imigresyen, "Sebahagian tahanan mengaku dipukuli, ditendang, ataupun disiram air kotor," kata El Haji Malik Sow lagi. selaku ketua delegasi itu.

Beberapa tahanan ada yang dikurung dan dibiarkan kelaparan. Sebagian besar tahanan tidak diberikan kesempatan menghubungi keluarga atau peguam bela.

Sejumlah anggota polis turut terlibat dalam pembunuhan seorang fotomodel Mongolia yang diberitakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang di Malaysia. Fotomodel itu dihancurkan mati dengan kekuatan bom teknoloji tinggi C4.

Kes yang diduga berkait dengan pemberian 'bawah meja' dalam urusan pembelian kapal selam Perancis yang dilakukan Pemerintah Malaysia beberapa tahun lalu itu kini telah hilang dari pemberitaan.

Apa kesah dengan Anwar Ibrahim semasa ditahan, yang dilanyak oleh Ketua Polis sendiri.

Pihak Komisi HAM PBB, mengambil keterangan dari para tahanan dan mengatakan yang mereka lebih suka memilih berada di penjara lagi daripada berada dalam tahanan polis ataupun imigresyen dinegara ini.

Delegasi dari HAM PBB datang diatas undangan kerajaan Malaysia yang berusaha melakukan perubahan bahagian perundangan.

Raja Azahar Abdul Manap, seorang pegawai di Jabatan Dalam Negeri Malaysia, mengatakan, kerajaan berusaha memperbaiki kondisi tahanan. – komp/Reuters

Zul & Zahrain Katak Masuk Felda

Posted: 19 Jun 2010 05:57 PM PDT

Apa yang Zul Kulim dan Zahrain katak buat kat Felda Chini 04. Cari makanan ke kat dalam Felda. Tak..tak..Mereka sebenar penceramah khas dijemput UMNO dalam ceramah perdana "KISAH BENAR" diperkarangan tapak perniagaan Felda Chini 04.

Woi Zul dan Zahrain, orang Felda bolehlah ko tipu. Baik ko lepas ni bertanding kat felda pula. Jangan balik dah Bayan Baru dan Kulim Bandar Baharu. Kalau ko balik jugak, ko tentu dipijak ramai-ramai oleh pengundi di sana hingga mati katak. Baik ko bertanding di Felda. Biar bergaduh dengan pemimpin UMNO Felda pula yang terkenal dengan sikap cah keting dan ta'sub Felda...

Alahai Zahrain dan Zul Katak..sampai ke Felda ko dibayar UMNO untuk hentam Anwar..tunggulah balasan orang yang selalu menfitnah dan munafik ini..menyesal aku dulu duduk di surau 1 jam dengar ceramah bohong Zul Kulim ini..ingatkan wara', tapi rupanya spesis omnivor menipu..

Pelacur China Memang Dah Semakin Berani

Posted: 19 Jun 2010 04:58 PM PDT

Mereka ni dah berani..dekat pasaraya pun nak jaja tubuh..

KUALA LUMPUR - Golongan suami yang pergi ke pasar raya seorang diri perlu berfikir dua kali selepas ini kerana jika tidak kental perasaan setia kepada isteri mereka mungkin akan terkulai dengan godaan amoi China di hadapan tandas di sebuah pasar raya di Jalan Pudu di sini.

Selain dilatih khas untuk melacurkan diri, mereka juga pakar dalam memikat lelaki-lelaki gersang atau berjalan bersendirian dengan sapaan dan lirikan mata yang menggoda.

Jika dulu golongan itu menjalankan kegiatan persundalan ini dengan berselindung tetapi kini mereka semakin berani menjual diri secara terbuka di hadapan tandas pasar raya berkenaan.

Menurut seorang pekerja di pasar raya tersebut yang mahu dikenali sebagai Suhaimi, 20, dia sudah lali dengan pemandangan itu.

Isu PRK Batu : SPR Sebijik Macam Parti Komponen BN

Posted: 19 Jun 2010 04:35 PM PDT

Dalam kes Speaker DUN Perak melucutkan ADUN mereka kata beliau tiada kuasa dan ianya telah diputuskan Oleh Mahkamah Persekutuan manakala kes ADUN Kota Seputeh, Speaker DUN Kedah ada separuh kuasa mengantung dan melucut ADUN berkenaan manakala sebahagian lagi kuasa tergantung hingga kini sebab belum diputuskan oleh Mahkamah. Dalam kes Tian Chua pula mereka berdolak dalik..entah le SPR ni...sebijik macam parti komponen BN...

Notis Parlimen tentukan pilihan raya kecil Batu, kata SPR

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi Parlimen Batu, sekali gus memutuskan sama ada perlu memanggil pilihan raya kecil.June 19, 2010

Badan itu menyatakan pendirian ini ketika teka-teki sama ada negara akan menyaksikan pilihan raya kecil ke-12 dan yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak Mac 2008 masuk hari ketiga hari ini.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya hanya boleh menentukan tindakan susulan sama ada perlu mengadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya selepas menerima notis rasmi daripada Dewan Rakyat.

"Sekarang keadaan kurang jelas. Karpal (Singh) berkata kerusi itu sudah kosong, Tian Chua pula berkata beliau masih wakil rakyat sah bagi kerusi tersebut.

"Jadi dalam keadaan ini, kita akan menunggu notis makluman rasmi daripada speaker atau setiausaha Dewan Rakyat," kata Wan Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Wan Ahmad berkata pihaknya memutuskan demikian selepas penasihat undang-undang SPR meneliti implikasi keputusan mahkamah tinggi kelmarin.

"Oleh kerana perkara ini kurang jelas, maka berdasarkan Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan, kami menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan status kerusi itu," kata beliau. -tbo

Piala Dunia (23) : Cameron Tewas 2 - 1 Kepada Denmark, Ghana & Australia Seri 1 -1

Posted: 19 Jun 2010 03:47 PM PDT

Denmark 2, Cameron 1

Cameroon tersingkir daripada Piala Dunia 2010

Cameroon menjadi pasukan pertama tersingkir daripada pentas Piala Dunia 2010 apabila tewas 1-2 di kepada Denmark di Stadium Loftus Verfeld di sini awal pagi ini.

Samuel Eto'o bagaimanapun terlebih dahulu membuka jaringan buat Cameroon apabila menolak masuk bola hantaran gandingan penyerangnya, Pierre Webo melepasi penjaga gol Denmark, Thomas Sorensen pada minit ke-10.

Denmark pula membalas menerusi Nicklas Bendtner pada minit ke-33 dan Dennis Rommedahl pada minit ke-61.

Dengan keputusan itu, Belanda menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 setelah mengutip enam mata hasil dua kemenangan ke atas Denmark dan Jepun.

Piala Dunia: Ghana 1 Australia 1

Ghana melonjak ke kedudukan teratas Kumpulan D meskipun mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Australia di Stadium Royal Bafokeng, sebentar tadi.

Semua gol dijaringkan pada separuh masa pertama dengan gol awal oleh Australia menerusi Holman pada minit ke-11.

Ghana menyamakan kedudukan menerusi penalti oleh A Gyan pada minit ke-25.

Dengan keputusan itu, Ghana kini teratas dengan memperoleh empat mata, diikuti Jerman di tempatkedua yang berkongsi tiga mata dengan Serbia tetapi dipisahkan dengan kelebihan jaringan gol.

Piala Dunia (22) : Ghana Boleh Menang Malam Ni..

Posted: 19 Jun 2010 07:02 AM PDT

Saya sokong Ghana malam ni. Ada seorang pemain islam dalam skuad ni, Ibrahim AYEW yang bermain untuk Kelab Mesir, Zamalek.

Ghana Ingin Menang Bertemu Australia

RUSTENBURG: Ghana berharap bukan saja dapat berpesta untuk hari jadi, hari ini ketika cuba mengintai laluan ke pusingan kedua Piala Dunia dengan memastikan kejayaan ke atas Australia dalam saingan Kumpulan D.

Selepas penjaga gol Richard Kingson menyambut ulang tahun ke-32, Ahad lalu dengan persembahan cemerlang Black Stars menewaskan Serbia 1-0, giliran John Pantsil pula menyambut ulang tahun ke-29, Selasa lalu.

Jurulatih pasukan, Milan Rajevac kelahiran Serbia ketika mengulas laluan sukar Ghana kerana baru sekali menundukkan Australia daripada enam pertemuan berkata, skuadnya tidak boleh memandang ringan perlawanan itu kerana permainan mereka ketika menentang Jerman tidak memberikan gambaran sebenar.

"Bagi Australia, ini peluang terakhir mereka. Mereka mempunyai skuad yang mampu bersaing dan pasti mereka akan bermati-matian," katanya.

Apapun, dia sedar Ghana mempunyai peluang besar menjadi pasukan Afrika paling berjaya pada edisi Piala Dunia ini dan sekurang-kurangnya menyamai rekod mara ke suku akhir seperti yang pernah dikecapi Cameroon (1990) dan Senegal (2002). - Reuters

Piala Dunia (21) : Nasib Sebelahi Belanda Yang Menang 1 - 0 Ke Atas Jepun

Posted: 19 Jun 2010 06:34 AM PDT

Piala Dunia: Belanda 1, Jepun 0

Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi kumpulan E antara Belanda dan Jepun berkesudahan dengan keputusan Belanda menang 1 - 0 ke atas Jepun. Gol Belanda telah dijaringkan oleh Wesley Sneijder pada minit ke-53 apabila bola jabulani, tiba-tiba berubah arah dan ditampan masuk ke gawang sendiri oleh penjaga gol Jepun, Kawashima.

Dengan kemenangan ini, Belanda layak ke pusingan kedua dari kumpulan E ini. Wesley Sneijder telah dipilih sebagai man of the match perlawanan ini.

Muhyiddin Minta Pensyarah Pro Pembangkang Disingkirkan..1st half Wcup : Belanda 0, Jepun 0

Posted: 19 Jun 2010 05:39 AM PDT

Kan dah kata..ini semua politik..ada agenda nak singkirkan pensyarah pro islam dari universiti tempatan. Ini semua kerja yahudi. Kalau betul ada pensyarah JI, silalah dakwa ke mahkamah. Bukannya politikkan isu ini untuk kekang pensyarah pro pembangkang di universiti.

TPM arah saringan pengambilan pensyarah IPT diperketat

MUAR 19 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan institusi pengajian tinggi (IPT) memperketatkan saringan pengambilan para pensyarah bagi membendung pergerakan militan di institusi masing-masing.

Beliau berkata, langkah itu wajar dilakukan agar tidak ada pensyarah yang terpengaruh dengan kegiatan militan merekrut anggota di kalangan kakitangan dan penuntut IPT awam atau swasta berkenaan.

"Saringan yang lebih ketat wajar dilakukan supaya kegiatan seperti itu tidak berkembang dan memberi kesan kepada keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini.

Selasa lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilaporkan berkata, kini wujud cubaan untuk menghidupkan semula gerakan JI dengan merekrut pelajar institut pengajian tinggi.

Beberapa hari sebelumnya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dilaporkan berkata, kumpulan JI warga asing dikesan aktif menghidupkan JI dengan cuba merekrut golongan remaja termasuk pelajar institusi pengajian tinggi. - Bernama

Separuh Masa Pertama : Japan 0, Belanda 0

Senarai pemain Jepun

21 Kawashima

03 Komano

04 Tanaka

05 Nagatomo

22 Nakazawa

02 Abe

07 Endo

08 Matsui

17 Hasebe (Captain)

18 Honda

16 Okubo

Senarai Pemain Belanda

01 Stekelenburg

02 Van Der Wiel

03 Heitinga

04 Mathijsen

05 Van Bronckhorst (Captain)

06 Van Bommel

08 De Jong

10 Sneijder

23 Van der Vaart

07 Kuyt

09 Van Persie

Remaja Perempuan Beli Rokok Macam Beli Lipstik

Posted: 19 Jun 2010 03:35 AM PDT

Kos beli rokok RM15,000

Remaja perempuan berhabis wang 3 tahun untuk 'langsing'

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan sanggup membelanjakan hampir RM15,000 sepanjang tempoh tiga tahun bagi memenuhi ketagihan rokoknya dengan bersandarkan alasan mahu menghilangkan tekanan serta kekal langsing.

"Saya memperuntukkan kira-kira RM400 sebulan untuk membeli rokok. Saya merokok sejak berusia awal belasan tahun lagi dan ketika itu mahu meneruskan tekanan gara-gara dipaksa meneruskan persekolahan," kata gadis kecil yang mahu dikenali sebagai 'Aliya' ketika ditemui di luar sebuah pusat beli-belah di ibu negara, semalam.

Malah, tanpa segan silu, Aliya mengakui dirinya perokok tegar dengan paling kurang sekotak rokok sehari.

"Percubaan awal, saya hanya mampu menghabiskan sebatang rokok kerana merasa pening dan mual. Namun, beberapa bulan kemudian menjadi ketagih sehingga boleh menghabiskan sekotak rokok sehari.

"Biasanya saya hisap (rokok) selepas makan kerana ia menjadikan kepala ringan dan fikiran lebih tenang. Saya tak kisah pandangan jelek orang lalu-lalang asalkan ketagih terhadap rokok hilang," katanya.

Aliya berkata, sepanjang tiga tahun bergelar perokok, beliau berjaya menyembunyikan tabiat buruknya itu daripada pengetahuan keluarga. Malah, di kalangan kawan-kawannya tidak ramai tahu beliau seorang perokok tegar.

Gadis berkulit cerah itu turut mengakui mengamalkannya bagi mendapatkan bentuk tubuh langsing, selepas terpengaruh dengan rakan-rakan.

"Sebelum ini berat badan saya hampir mencecah 60 kilogram tetapi kini berat badan saya tidak pernah lebih daripada 57 kilogram. Mana tidaknya, setiap kali merokok, saya sentiasa kehilangan selera makan melainkan terpaksa mengamalkan minum air yang banyak bagi menghilangkan pahit mulut," katanya.

Aliya pernah terfikir berhenti merokok tetapi membatalkan hasratnya dan mendakwa pernah demam gara-gara ingin berhenti secara mengejut.

"Saya sebenarnya sentiasa rasa bersalah dan berazam membuang ketagihan ini.

Ya! jauh di sudut hati saya amat mengharapkan sokongan moral kawan-kawan dan keluarga. Saya yakin mampu berhenti juga suatu hari nanti, cuma bukan dalam masa terdekat ini," katanya tanpa menyembunyikan rasa kesal terjebak dengan perbuatan merokok seawal usia remaja akibat terpengaruh dengan rakan-rakan.

Seorang lagi gadis yang hanya mahu dikenali 'Syazwani' pula mengakui bergelar perokok ketika berusia 15 tahun dan pelajar di sebuah sekolah menengah di pinggir Kuala Lumpur.

"Tidak sukar untuk mendapat bekalan rokok kerana saya dan rakan berkongsi membelinya. Ketika itu, memanglah tak berani merokok secara terbuka kerana bimbangkan tindakan disiplin selain pandangan orang sekeliling.

"Hanya bila tamat sekolah barulah saya merokok secara terbuka memandangkan ramai juga remaja perempuan lain yang merokok di tempat awam," katanya.

Tanpa secalit rasa kesal terpancar di wajahnya, beliau menyifatkan tabiat merokok bukan sesuatu yang aneh, sebaliknya satu 'trend' yang diikuti ramai.

Malah, beliau mendakwa ibu bapanya mengetahui tabiat buruknya itu.

"Memang mereka berulang kali menegur perbuatan saya itu. Tetapi saya tidak mengendahkannya. Mereka turut memaklumkan saya fakta dan kesan buruk merokok, tetapi saya tidak ambil pusing," katanya dan mendakwa ibu bapanya akhirnya akur selepas beliau terus berdegil.

"Sukar untuk berhenti merokok, lebih-lebih lagi apabila melepak bersama rakan yang kebanyakannya perokok," katanya.

Seorang lagi remaja yang bernama Lina, 15, dari Ampang berkata, merokok membuatkan dirinya rasa hebat.

Hanya PPP & Munafik Sokong Najib Judi..Umat Islam Teruskan Bantahan

Posted: 19 Jun 2010 02:58 AM PDT

Ek ele PPP, sokong judi untuk ampu Najib..kah..kah Najib judi..najib + judi = NAJIS...memang kafir je sokong ko Najib..umat islam tak sokong pun..tunggulah bala Allah kat ngko najib..bapa judi Malaysia

Judi sukan: PPP sokong Najib

Dalam usaha untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikecam hebat oleh rakyat berhubung isu lesen judi sukan Kumpulan Berjaya, PPP hari ini mengambil pendirian yang sama dengan MCA, iaitu kelulusan berkenaan mesti diimbangi dengan peraturan yang ketat.

"Sebab utama bagi memberi lesen judi adalah untuk memastikan pertaruhan haram disekat dan bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa kepada sindiket judi haram, yang sehingga kini tidak berjaya dibanteras," kata presiden PPP, Datuk M Kayveas pada ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan parti itu pagi ini yang turut dihadiri oleh Najib.

"Negara kita telah lama membiarkan beberapa pertaruhan dan loteri dijalankan. Malah, tempat perjudian utama adalah di Genting Highlands.

"Hanya bdengan penguatkuasaan yang ketat, kita akan pastikan rakan-rakan Islam tidak terbabit dengan judi yang diberikan lesen itu," katanya.

Musa Hassan & Najib Ditempelak Sengaja Propaganda Isu Pengganas

Posted: 19 Jun 2010 02:23 AM PDT

Dakwa atau kamu hanya cuba burukkan Islam - SM Idris

Harakahdaily

PULAU PINANG, 18 Jun: Ketua Polis Negara digesa mendedahkan nama pengganas dan mendakwa mereka ke mahkamah atau didakwa "merekacipta dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam di negara ini."

Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, S. M. Mohamed Idris (gambar) dalam kenyataannya mengutuk sekeras-kerasnya propaganda hitam yang didedahkan oleh unit Polis Indonesia Detachment 88 dan disiarkan dalam media tempatan dengan tajuk utama yang menonjol bahawa ulama Indonesia yang dihormati Abu Bakar Bashir didakwa membantu membiayai dan menyokong sarang pengganas bersenjata di Acheh.

Kini, polis Malaysia pula mendakwa kononnya "pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan kenyataan polis itu dan mendesak agar kalau ada, mereka didakwa segera.

"Ketua Polis Negara Malaysia juga mestilah menjelaskan mengenai laporan berita dalam akhbar harian tempatan bahawa "pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang." kata SM Idris.

'Pengganas' itu didakwa kononnya mempunyai hubungan dengan Al Qaeda dan Jemaah Islamiah, organisasi yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai pertubuhan pengganas Islam.

Berita itu dipetik daripada 'sumber perisikan' yang tidak mendedahkan nama mereka dan ini merupakan taktik yang sering digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan Mossad Israel untuk menyebarkan propaganda hitam dalam media bagi memburuk-burukkan lagi imej Islam dan para penganutnya.

Lebih menarik lagi sasarannya adalah kuil Hindu yang menjadi tempat suci bagi orang India dan kuil Buddha bagi orang Cina, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Ia merupakan cara yang paling baik untuk menyalahkan Islam dan umat Islam sebagai pembekal keganasan di mata pengikut kedua agama ini.

"Berita" yang amat membimbangkan ini melainkan disokong oleh bukti yang konkrit akan menimbulkan ketegangan antara orang Islam, Hindu dan Buddha," kata SM Idris.

Menurut SM Idris, Detachment 88 diwujudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Australia yang menyediakan biaya dan latihan untuk pegawainya.

Atas alasan untuk memerangi keganasan, ia hanyalah merupakan alat kerajaan asing untuk mendakwa orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan maruah umat Islam dan kedaulatan negara Indonesia.

Abu Bakar Bashir, kata kenyataan itu, menjadi penghalang kepada Indonesia untuk menjadi negara yang tunduk kepada Amerika Syarikat dan juga kepada ejennya yang menyalahtafsirkan ajaran Islam dan mengutuk penentangan oleh umat Islam terhadap dominasi dan hegemoni asing.

Kerajaan Amerika Syarikat dan Australia, melalui ejen mereka di dalam pasukan polis, pentadbiran dan media cuba untuk membabitkan Abu Bakar Bashir dalam aktiviti keganasan, dakwa SM Idris lagi.

"Mereka mereka-rekakan bukti untuk mengaitkannya dengan pengeboman Bali yang tidak dapat dipertahankan terhadap penelitian mahkamah. Beliau didakwa sebagai pengkhianat tetapi dibebaskan kerana kekurangan bukti.

"Bagaimanapun, beliau didapati bersalah kerana melanggar peraturan imigresen dan dipenjara tiga tahun, jelas untuk memuaskan kerajaan Amerika Syarikat dan Australia tetapi mereka masih tidak berpuas hati dan mengkritik keputusan itu dan menekan kerajaan Indonesia supaya bertindak ke atasnya," katanya dalam kenyataan itu.

Sekali lagi, tambah SM Idris yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Detachment 88 dilihat mereka-rekakan bukti terhadap Abu Bakar Bashir untuk memenjarakannya bagi memuaskan hati mereka.

"Kami menggesa Pejabat Peguam Negara Indonesia agar tidak terperangkap dengan Detachment 88 dan agensi perisikan Amerika Syarikat dan Australia dan mendakwa ulama yang amat dihormati itu.

"Tindakan seperti itu adalah bertententangan dengan Islam dan bukan Islam yang amat menghargai keadilan," katanya.

Justice4all : Dakwa je di mahkamah atas tuduhan militan. Kenapa nak bising-bising kata ada pengganas kat Malaysia. Ini semua untuk tutup isu-isu besar melibatkan Najib..antaranya isu paling besar ialah isu ka[al israel berlabuh dan isu judi..sampai sekarang takde hitam putih isu tu..dahla tuduh mahasiswa dan pensyarah terlibat dengan JI, pastu nanti ditangkapnya mahasiswa dan pensyarah yang pro PAS..ini semua kerja propaganda yahudi..atas nasihat Apco..kalau benar ada, dakwalah di mahkamah, bukannya berdegar-degar bising kata ada pengganas..

Ahli Parlimen BN Bantah Hasrat Najib Pindahkan Parlimen

Posted: 19 Jun 2010 01:17 AM PDT

Reaksi berbeza syor Bangunan Parlimen baru

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dan pakar perundangan berbeza pendapat berhubung cadangan membina Bangunan Parlimen baru di kawasan sedia ada atau berpindah ke Putrajaya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Bangunan Parlimen sedia ada menjadi simbol demokrasi berparlimen dan kuasa perundangan negara ini perlu dipulihara dan dikekalkan bagi menghargai dan menghormati tradisi serta sejarah penubuhannya.

Beliau berkata ia juga sejajar hasrat Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail sewaktu merasmikan bangunan itu pada 21 November 1963, yang mahu kedudukannya kekal selama-lamanya di kawasan yang suatu ketika dulu dikenali sebagai 'Folly Hill West'.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abd Ghapur Salleh pula bersetuju Bangunan Parlimen dipindahkan kerana bangunan sedia ada kelihatan daif, namun berharap kerajaan membina bangunan baru di Kuala Lumpur.

"Bangunan sekarang tak sesuai... nampak daif. Namun, kalau Parlimen baru dibina di Putrajaya ia akan menimbulkan masalah bagi Ahli Parlimen sebab jauh," katanya.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd Mutalib bersetuju Bangunan Parlimen dipindahkan ke Putrajaya kerana kawasan sedia ada sudah sesak.

Sementara itu, pakar perundangan, Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi, berkata beliau tidak setuju bangunan Parlimen dibina baru atau dipindahkan kerana lokasi sedia ada sudah bersesuaian.

Justice4all : Senang cerita tak payah bazirkan duit pindah bangunan Parlimen. Kekalkan je kat situ dan lakukan pengubahsuaian..tengok macam England, dah beratus tahun parlimen mereka..tak pindah pun..banding dengan Malaysia, mereka lagi kaya. Tapi mereka lebih hargai nilai sejarah berbanding pemimpin taghut UMNO.

Anggota JPJ Dibelasah Di Hentian Bas Bukit Jalil

Posted: 19 Jun 2010 12:47 AM PDT

Anggota penguatkuasa pun dah tak selamat

20 dipercayai ulat tiket belasah anggota JPJ

SEORANG lelaki dipercayai ulat tiket mencabar anggota JPJ berpakaian awam dekat pondok polis apabila rakannya ditahan Hentian Bas Bukit Jalil, semalam.

Tak puas hati penguat kuasa enggan bebas rakan ditahan

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 20 samseng dipercayai ulat tiket bertindak nekad membelasah lima anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menahan seorang rakan mereka di Hentian Bas Bukit Jalil di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, lima anggota JPJ yang sebelum itu menahan seorang lelaki berusia 20-an kerana menjual tiket tanpa kebenaran dikepung kumpulan berkenaan secara tiba-tiba.

Difahamkan, kumpulan itu kemudian mendesak anggota JPJ berkenaan melepaskan ulat tiket yang diberkas bagaimanapun desakan itu tidak diendahkan anggota terbabit.

Tindakan anggota itu menyebabkan kumpulan berkenaan berang dan menyerang mereka.

Seorang anggota JPJ yang enggan dikenali memberitahu, ketika kejadian, mereka menjalankan operasi penyamaran untuk menangkap ulat tiket yang berleluasa di terminal berkenaan dan berjaya menahan seorang daripadanya.

"Dalam perjalanan membawa suspek ke pondok JPJ, kami didatangi kumpulan terbabit dipercayai berusia lingkungan 30-an yang bertindak menarik kolar baju seorang anggota kami dan memaksa membebaskan ulat tiket yang ditahan.

"Namun selepas diterangkan mengenai kesalahan menjadi ulat tiket, mereka menyerang kami. Kami diterajang dan ditumbuk sebelum mereka melarikan diri bersama lelaki yang ditahan itu," katanya.

Lima anggota JPJ yang terbabit dalam insiden berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 petang.

Khairy Jee Cabar Anwar Dedah Perasuah 2 Juta Dalam Tempoh 48 Jam

Posted: 19 Jun 2010 12:09 AM PDT

Oklah Khairy...lepas ni bila Anwar dedah semua tu..ko patut cabar pula SPRM siasat perasuah tu..tak kisahlah najib ke atau roswah..kami rakyat Malaysia nak tengok kejantanan ko dalam isu ini..

Khairy cabar Anwar dedah bukti imbuhan RM2 juta dalam 48 jam

2010/06/19

BAGAN DATOH: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa ahli Parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk meninggalkan parti itu.

Beliau berkata, sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu sehingga Isnin ini, maka ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh dianggap melakukan satu pembohongan besar kepada rakyat.

"Kalau ada bukti tunjukkan dengan segera, jangan meracuni pemikiran rakyat dalam ceramah dengan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terbabit dalam kes lompat parti," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini, malam tadi.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, tindakan kelima-lima ahli parlimen Bebas keluar PKR adalah disebabkan krisis dalaman parti itu sendiri, dan bukan didalangi UMNO atau BN.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Pemuda BN, berkata sayap berkenaan sudah bersiap-sedia mengemaskini jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada bila-bila masa. - Bernama

Isu ni apa macam bro..takkan senyap je..

Khairy gesa k'jaan segera beri penjelasan

Salhan K Ahmad

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan supaya segera membuat penjelasan berhubung pemberian lesen judi sukan kepada syarikat Berjaya.

Katanya, masyarakat perlu diberi penjelasan mengenai duduk perkara sebenar memandangkan perkembangan isu tersebut mengundang banyak laporan bercanggah.

"Itu sebab kita menyeru dan saya harap penjelasan ini dapat dibuat dalam masa terdekat sebab laporan bercanggah yang kita dapat daripada pihak kerajaan dan juga daripada syarikat berkenaan.

"(Berjaya dilaporkan berkata) persetujuan dah dapat tapi lesen belum dapat lagi.

"Jadi kita juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sudah tentu rakyat Malaysia pun nak tahu sekiranya betul (persetujuan diberikan)," kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau.

Tambahnya, pemimpin BN telah memberikan pandangan mereka melalui "saluran dalaman parti" berhubung isu tersebut.

"Jadi kita dah serahkan kepada perdana menteri pandangan daripada pimpinan parti dan terpulang kepada kerajaan untuk buat keputusan muktamad," katanya lagi.

Beliau bercakap demikian dalam sidang media selepas pelancaran program Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil petang ini.(sini)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Very nice post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that I have really enjoyed
browsing your blog posts. In any case I will be subscribing to your feed and I hope you write again soon!


Review my blog :: ranger forum

Tanpa Nama berkata...

I'm really impressed along with your writing abilities and also with the format in your weblog. Is this a paid subject matter or did you modify it yourself? Either way keep up the nice high quality writing, it's uncommon to peer
a great blog like this one these days..

Feel free to surf to my web site; Ford ranger