Justice For All |
- Kah..Kah Lawak, Walaupun Kalah, SUPP Masih Tak Nak Berubah
- Apa Nak Kecoh..Bung Mokhtar Pun Guna Jurunikah Tak Bertauliah
- Takkan Dah Selesai Hukuman Minum Arak Jika Kena Buat Kerja Sosial??
- Kapal Israel Sudah Berlabuh Di Malaysia Sejak 20 Mei Lalu
- Apabila Pensyarah Universiti Menjadi Kangkung...
- Dalam UMNO Ada 'Politik Sate'???
- Piala Dunia (8) : Jerman Menang Besar 4 - 0 Ke Atas Australia
- Piala Dunia (7) : Kemenangan Bergaya Ghana 1-0 Ke Atas Serbia
- Piala Dunia (6) : Akibat Kesilapan Penjaga Gol, Algeria Tewas 1-0 Kepada Slovenia
- Judi Haram Tak Bayar Cukai Diserbu, Judi 'Halal' Cukai Dibiarkan..1st Half, Algeria 0-0 Slovenia
- Piala Dunia (5) : Jom Semua Kita Sokong Algeria Malam Ni, Satu-Satunya Negara Islam Di World Cup
- Apa Cerita 3 Adun UMNO Perak Masuk PKR??? Senyap Je...
- UMNO Johor Tak Nak Judi Bola..Tapi Kerana Takut Rakyat Tolak UMNO, Bukannya Kerana Islam
- Siapakah Menteri Yang Beli Rumah Berharga RM 40 Juta Di London???
- Najib Layak Digelar Bapa Penipu...Berbohong Isu Prestasi Ekonomi Negara
- Dunia Dah Nak Kiamat..11 Gempa Bumi Hari Ini, Terbaru Di Jepun
- Satu Negara Lagi Menyaksikan Pembangkang Menang Pilihanraya..Adakah BN Akan Alami Nasib Yang Sama???
| Kah..Kah Lawak, Walaupun Kalah, SUPP Masih Tak Nak Berubah Posted: 13 Jun 2010 09:40 PM PDT ini berita baik buat pakatan..SUPP Masih tak berubah... Sabah & Sarawak: SUPP tidak ubah pendekatan kempen MIRI: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang gagal mengekalkan kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil baru-baru ini tidak akan mengubah pendekatan kempen yang diamalkan parti itu sebelum ini pada pilihan raya umum akan datang. Presidennya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, sebaliknya berpuas hati dengan pendekatan kempen yang digunakan SUPP di Sibu, walaupun calonnya tumpas di kerusi berkenaan. Beliau berkata, parti itu masih tidak serasi dengan pendekatan agresif dan ekstrim yang digunakan parti pembangkang khususnya DAP. "Kita masih yakin cara kempen di Sibu sesuai dengan kehendak rakyat Sarawak. Kita tak perlu agresif kerana saya yakin rakyat Sarawak cintakan keamanan di negeri ini. Mereka sudah serasi dengan cara kempen kita. "Jadi tidak perlu nak tiru cara pembangkang. Kita gunakan pendekatan kempen yang sesuai dengan cita rasa rakyat Sarawak," katanya kepada pemberita di pejabat SUPP di sini, semalam. Dr Chan yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Menteri Pelancongan dan Warisan berkata, pendekatan kempen yang digunakan parti pembangkang terlalu memainkan emosi. Beliau berkata, perkara ini tidak sesuai dengan cara SUPP yang lebih berlembut dan disenangi rakyat. "Saya yakin rakyat Sarawak boleh memahami cara SUPP, dengan berfikiran secara positif," katanya. "Ia bermakna kita tidak akan menggunakan pendekatan menghasut, memainkan emosi sebaliknya mengkehendaki rakyat berfikir secara waras ketika membuat sebarang keputusan atau penilaian," katanya. |
| Apa Nak Kecoh..Bung Mokhtar Pun Guna Jurunikah Tak Bertauliah Posted: 13 Jun 2010 08:54 PM PDT Bung Mokhtar pun guna jurunikah tak bertauliah..tak kecoh pun..siap lepas lagi... Pengantin Lombok' guna jurunikah tak bertauliah Pasangan kahwin lari gagal lapor di Pejabat Agama Mataram KUALA LUMPUR: Pejabat Agama Islam Mataram, Lombok, mendedahkan hampir keseluruhan rakyat Malaysia yang melarikan diri dan berkahwin dengan lelaki Lombok di daerah terbabit menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah bagi memudahkan proses pernikahan itu dilakukan. Ia berikutan, sehingga kini pihaknya tidak mempunyai maklumat atau data serta menerima sebarang permohonan daripada rakyat negara ini untuk melangsungkan pernikahan menggunakan jurunikah mereka. Jurucakapnya berkata, dipercayai hampir 500 rakyat Malaysia berkahwin dengan lelaki Lombok dan sebagai Pejabat Agama Islam di Mataram, pihaknya sepatutnya mempunyai data dan maklumat mereka yang berkahwin di sana. Namun, kebanyakan daripada mereka lebih gemar menggunakan jurunikah tidak bertauliah berikutan proses pernikahan mereka lebih mudah dilakukan tanpa sebarang syarat terutama membabitkan gadis bawah umur. Katanya, sehubungan itu, pasangan yang berkahwin dengan jurunikah terbabit tidak mempunyai sebarang sijil nikah seperti pasangan lain sehingga tampil membuat pengesahan dengan pejabatnya. "Sehingga kini, mereka yang berbuat demikian tidak tampil membuat pengesahan dengan kami walaupun hanya didenda pada harga 70,000 rupiah bersamaan RM25.93 untuk dinikahkan semula dengan jurunikah bertauliah dan dikeluarkan sijil nikah," katanya ketika dihubungi Berita Harian. Beliau berkata, pihaknya sedar sekiranya rakyat Malaysia terutama membabitkan gadis bawah umur yang bakal berkahwin dengan lelaki Lombok, beberapa syarat dikenakan menyebabkan mereka enggan berbuat demikian. "Syarat utama yang ditetapkan sekiranya membabitkan gadis bawah umur adalah mendapat restu daripada keluarga pihak perempuan tanpa kehadiran mereka bersama pasangan pengantin. "Namun, berikutan ramai yang berkahwin di sana adalah berstatus kahwin lari tanpa pengetahuan keluarga, sudah semestinya tidak mendapat kebenaran daripada pihak perempuan menyebabkan terpaksa menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah," katanya. |
| Takkan Dah Selesai Hukuman Minum Arak Jika Kena Buat Kerja Sosial?? Posted: 13 Jun 2010 07:54 PM PDT Takkan minum arak hukumannya buat kerja sosial je..budak plkn tak minum arak pun, buat kerja sosial juga... Kartika mahu bina hidup baru KARTIKA ketika hadir di pejabat Kosmo! Ipoh semalam. IPOH - Setelah dua bulan membisu sebaik selesai menjalani hukuman khidmat masyarakat selama tiga minggu pada April lalu, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 33, semalam tampil sambil menyatakan dirinya kini lebih tenang. Kali ini bekas model sambilan itu menyatakan mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga dan kerjaya. Walaupun Kartika masih tidak dapat melupakan pengalaman selama tiga minggu di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan tempoh hari namun ia menjadi azimat kepadanya meneruskan kehidupan. "Demi menjunjung titah Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah saya merelakan hati menabur bakti di sana meskipun ketika itu hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang tersirat di dalam hati ini. "Berpisah dengan dua anak termasuk salah seorang daripadanya anak istimewa sangat meruntun jiwa, namun saya percaya segalanya mempunyai hikmah tersendiri," katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui di pejabat Kosmo! di sini semalam. Hadir sama, bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib. Menurut Kartika, dia menamatkan hukuman khidmat masyarakat itu pada 22 April lalu dan kehadirannya sebagai sukarelawan di rumah kebajikan itu dialu-alukan kakitangan dan warga premis terbabit. Bagaimanapun, dia mengaku ada berlaku beberapa insiden yang mengejutkan semasa menetap di rumah tamu yang disediakan pihak pengurusan. |
| Kapal Israel Sudah Berlabuh Di Malaysia Sejak 20 Mei Lalu Posted: 13 Jun 2010 07:08 PM PDT Rupanya, bukan sebuah kapal Israel je masuk Malaysia..ada lagi kapal lain..ini beritanya Boikot kemasukan kapal Israel PELABUHAN KLANG – Seramai kira-kira 100 kakitangan Kesatuan Northport (Malaysia) Bhd (NMBSU) mengadakan perhimpunan secara aman semalam bagi membantah kemasukan kapal dagang Israel di pelabuhan negara ini. Mereka berkumpul sejak jam 12 tengah hari di hadapan pintu utama terminal CT (1) Pelabuhan Utara, di sini sambil membawa kain rentang serta sepanduk bagi menunjukkan bantahan mereka itu. Presiden NMBSU, Ahmat Abu berkata, mereka mahu kerajaan 'membuka mata' terhadap perkara ini yang dianggap begitu serius. "Kita (NMBSU) mendesak pengurusan North Port (Malaysia) Bhd, Westports Malaysia Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Klang untuk menolak kehadiran kapal dagang dari Israel untuk berlabuh di pelabuhan negara. "Mereka perlu menyatakan pendirian untuk memboikot atau melarang kemasukan kapal itu tidak kira untuk perdagangan atau lain-lain bentuk urus niaga, bukan saja di semua pelabuhan malah termasuk di kawasan perairan negara," katanya. Ahmat berkata, pihaknya turut kecewa dan terkejut dengan berita kehadiran beberapa kapal dagang Israel antaranya Zim Monaco, Zim Genova, Zim USA, Zim Kingston dan Zim Lovorno yang dilaporkan berlabuh dan berurus niaga di Pelabuhan Klang pada 20 Mei sehingga Isnin lalu. "Negara kita tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan menjadi satu tanda tanya kenapa kebenaran diberikan kepada mereka (Israel) untuk berada di negara ini? "Terbaru, kita memperoleh maklumat bahawa sebuah lagi kapal Israel dijangka akan masuk ke negara pada 20 Jun ini. Kita berharap kerajaan dapat mengeluarkan larangan tertentu bagi menghalang kemasukan kapal itu nanti," katanya. Beliau berkata, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil pihak kerajaan atau pihak terbabit, NMBSU tidak teragak-agak untuk mengadakan demonstrasi memboikot kemasukan kapal itu. Satu memorandum bantahan dua muka surat turut diserahkan NMBSU kepada wakil pengurusan North Port (Malaysia) Bhd, Fauzi Badli. Semua kakitangan NMBSU termasuk beberapa wakil dari Kesatuan Pekerja-pekerja Pembekal Perkhidmatan Sampingan Pelabuhan (Unepass) yang berkumpul membuat bantahan dengan membawa sepanduk antaranya berbunyi, 'Together We Boycott Israel', 'Go To Hell Israel' dan 'Kick Out Israel From Malaysia' dilihat beredar kira-kira satu jam kemudian selepas penyerahan memorandum |
| Apabila Pensyarah Universiti Menjadi Kangkung... Posted: 13 Jun 2010 05:45 PM PDT UMNO-BN terus menggunakan khidmat ahli-ahli akademik dari universiti-universiti tempatan untuk menaikkan imej mereka di mata rakyat. Maka bercakaplah golongan itu seperti burung tiong yang hanya tahu berkata-kata tentang perkara yang diajar tuannya sahaja. Taraf percakapan itu sama sahaja dengan para pencacai UMNO yang hanya tahu mengulang-ngulang benda yang sama sehingga orang UMNO sendiri pun jelak menatap dan membacanya. Hilanglah kualiti, kredibiliti, dan integriti mereka sebagai ahli akademik. Jika demikian keadaannya, orang ramai pun mempersoalkan mutu siswazah yang mereka hasilkan. Kita lihat kenyataan mereka kepada wartawan yang sentiasa ada agenda untuk membuka pekung di dada ahli-ahli akademik ini asalkan mereka beroleh berita, tak kiralah kandungannya bernilai atau sekadar sampah sahaja. PROFESOR DATUK DR. ZAINAL KLING (UPSI) PAS harus menggugurkan perkataan Islam berikutan keputusannya membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu pada PRU akan datang. PROFESOR DATUK DR. NIK ANUAR NIK MAHMUD (UKM) Dahulunya PAS merupakan pencabar utama BN tetapi kini sudah kehilangan taring selepas menyertai pakatan pembangkang. PAS merasakan mereka ketinggalan berbanding PKR dan DAP. Maka keputusan ini diambil agar mereka kembali terserlah dan bersuara dalam arena politik Malaysia. DR. MOHD. ZAINI ABU BAKAR (USM) Langkah PAS membenarkan calon bukan Islam bertanding dalam pilihan raya atas tiket parti itu menunjukkan PAS masih tidak yakin dengan kemampuan calonnya sendiri untuk meraih sokongan masyarakat di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu. Walaupun tidak bertentangan dengan perlembagaannya, tindakan berkenaan menjelaskan terdapat kelemahan dalam pentadbiran PAS yang menyebabkan bukan Melayu tidak mahu mengundi parti itu. ULASAN Ketiga-tiganya bercakap ikut sedap mulut sahaja. Kesemuanya mengambil jalan mudah untuk menjawab soalan wartawan yang ternyata mempunyai agenda tersendiri terhadap golongan yang gila glamor untuk mengulas. -Tintamutiara |
| Dalam UMNO Ada 'Politik Sate'??? Posted: 13 Jun 2010 04:48 PM PDT Dalam umno, semuanya ada..cah keting, bunuh karier politik, dendam..sekarang ni timbul pula isu 'politik sate'. Hentikan budaya 'politik sate' Oleh ZABRY MOHAMAD utusanpenang@utusan.com.my PULAU PINANG 13 Jun – Ahli UMNO perlu berhenti mengamalkan budaya 'politik sate' yang berleluasa dalam parti itu kerana ia boleh menyemai perasaan benci di kalangan mereka sehingga menimbulkan perpecahan. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebarang perselisihan pendapat seharusnya diselesaikan segera supaya tidak berlarutan sehingga ke satu peringkat yang tidak boleh diselamatkan lagi. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menjelaskan, semua organisasi tidak kira parti politik atau syarikat korporat mempunyai masalah masing-masing yang perlu ditangani secara bijaksana. ''Jangan amalkan politik sate. Sate ada daging sama ada ayam atau lembu, ada tukang cucuk daging, ada tukang bakar dan paling jahat tukang kipas kerana dia akan bakar daging untuk orang lain makan. ''Ini yang sedang berlaku dalam parti. Jangan ada ahli yang menjadi seperti tukang kipas dan tukang cucuk, kini adalah masanya untuk kita bersatu,'' katanya ketika berucap pada Program Kelestarian Rakyat anjuran UMNO Bahagian Bayan Baru di sini hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu; Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Azhar Ibrahim; Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan wakil parti-parti komponen Barisan Nasional (BN). Ahmad Zahid turut menasihatkan ahli-ahli supaya tidak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin secara terbuka kerana ia boleh dijadikan modal oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan parti. ''Bila benci, musuh akan kutip jadikan peluru untuk bunuh kita. ''Dalam politik, di kalangan sahabat ada musuh tetapi di kalangan musuh tiada sahabat. ''Kalau tidak suka pemimpin, jangan lontar kata-kata kesat hingga orang lain benci kerana bila pemimpin itu kalah, kita pun kalah juga,'' tegasnya. Mengenai perancangan untuk merampas semula Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, beliau memberitahu, sudah tiba masanya semua jentera dalam komponen BN bekerjasama bagi mewujudkan keakraban. ''Setiap parti komponen BN ada jentera masing-masing tetapi mereka ini jarang disatukan dalam mana-mana program. ''Selepas ini, saya cadangkan mana-mana parti yang buat program sama ada majlis rasmi atau tidak, jemput sama parti lain kerana keakraban itu lebih penting," ujarnya. ![]() |
| Piala Dunia (8) : Jerman Menang Besar 4 - 0 Ke Atas Australia Posted: 13 Jun 2010 03:56 PM PDT Piala Dunia: Jerman menang besar ke atas Australia DURBAN 14 Jun - Jerman menunjukkan persembahan terbaik dalam Piala Dunia setakat ini apabila membelasah Australia 4-0 untuk mengungguli Kumpulan D sekali gus memberi amaran kepada pasukan lain. Dua gol pada setiap separuh masa hasil jaringan Lukas Podolski, Miroslav Klose, Thomas Mueller dan pemain gantian Cacau hasil asakan sepanjang 90 minit memaksa Socceroos bertahan sepanjang perlawanan berlangsung. Australia terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Tim Cahill dibuang padang pada minit ke-56 setelah mengasai Bastian Schweinsteiger ketika kedudukan 2-0. Ini merupakan kad merah keempat daripada lapan perlawanan dan merupakan kad merah secara terus yang pertama dilayangkan oleh pengadil. |
| Piala Dunia (7) : Kemenangan Bergaya Ghana 1-0 Ke Atas Serbia Posted: 13 Jun 2010 09:56 AM PDT Ghana menjadi negara pertama dari benua Afrika mencatatkan kemenangan di Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Serbia 1-0 dalam saingan Kumpulan D di Stadium Loftus Versfeld, sebentar tadi. Gol kemenangan itu diperoleh menerusi sepakan penalti oleh Asamoah Gyan pada minit ke-85 selepas pertahanan Serbia memegang bola dengan tangan di kawasan penalti. Sebelum itu, Serbia terpaksa bermain 10 orang apabila Aleksandar Lukovic diperintah keluar padang selepas mendapat kad kuning kedua pada minit ke-74. Ini senarai pemain kedua-dua pasukan.Man of the match perlawanan ini ialah Asamoah Gyan Serbia: (4-4-2) Stojkovic; Ivanovic, Vidic, Lukovic Kolarov; Krasic, Stankovic, Milijas, Jovanovic; Zigic, Pantelic. Ghana (4-4-2) Kingson; Pantsil, Mensah, Vorsah, Sarpei; Annan, Asamoah, Ayew, Boateng; Asamoah Gyan, Tagoe. Referee: Hector Baldassi (Argentina) ![]() ![]() |
| Piala Dunia (6) : Akibat Kesilapan Penjaga Gol, Algeria Tewas 1-0 Kepada Slovenia Posted: 13 Jun 2010 07:15 AM PDT
Piala Dunia: Algeria 0 Slovenia 1 Slovania hanya bernasib baik apabila memperoleh mata penuh selepas menang tipis 1-0 ke atas Algeria. Gol Slovenia diperoleh kesilapan penjaga gol Algeria, Faouzi Gaouaoui yang cuai dan gagal menangkap kemas tendangan Robert Koren pada minit ke-79 selepas Algeria bermain 10 orang apabila Abdelkader Ghezzal mengutip kad kuning kedua pada minit ke-64. Buat peminat Algeria, mereka patut bangga kerana Algeria bermain dengan baik dan hanya kesilapan penjaga gol membolehkan slovenia malam ini. Sama seperti nasib England yang seri akibat kesilapan Robert Green. Man of the match pada malan ini ialah Robert Green, pemain tengah Slovenia. Hairan juga kita ya ramai pemain Algeria beragama islam, tapi rambut berwarna perang..patutlah kalah pun.. Apapun, ini barisan pemain Algeria dan Slovenia.. Algeria 01 Gaouaoui, 23 M'Bohli, 12 Bellaid, 14 Abdelkader Laifaoui, 18 Medjani, 06 Mansouri, 07 Boudebouz, 17 Guedioura, 20 Mesbah, 22 Abdoun, 09 Ghezzal, 10 Saifi Slovenia 12 Handanovic, 16 Seliga, 03 Dzinic, 06 Ilic, 19 Suad Filekovic, 22 Mavric, 07 Pecnik, 15 Krhin, 20 Komac, 21 Stevanovic, 09 Ljubijankic, 23 Matavz ![]() |
| Judi Haram Tak Bayar Cukai Diserbu, Judi 'Halal' Cukai Dibiarkan..1st Half, Algeria 0-0 Slovenia Posted: 13 Jun 2010 05:31 AM PDT Bagus PDRM. Jalan juga amanah anda, dapat gaji dari pembayar cukai. Baguslah, fokus pada judi sindiket haram..Sindiket judi halal oleh Sport Toto, tak payahlah sebab najib yang luluskan..takkan nak lawan tokey..lagipun ada geng anda dalam sport toto..jadi pengrah lagi..(sini) Bagi judi halal pula??? Penguatkuasa agama jabatan negeri perlu bertindak..jangan biarkan judi halal dibeli oleh umat islam Polis tahan dua sindiket judi bola sepak Piala Dunia PULAU PINANG - Dua lelaki yang dipercayai sindiket perjudian haram bola sepak Piala Dunia yang sedang berlangsung, ditahan secara berasingan dalam operasi Ops Soga di sini semalam. Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, melalui kerjasama pasukan khas memantau sindiket perjudian bola sepak yang dikenali sebagai Ops Soga (soccer games), polis melakukan intipan di sebuah pusat hiburan di Jalan Argyll di sini, setelah mendapat maklumat orang ramai. Menurutnya, hasil risikan awal, seorang lelaki berusia 34 tahun dipercayai ejen sindiket pertaruhan judi haram itu dikesan duduk dalam keadaan mencurigakan dan dilihat sibuk menerima panggilan telefon sambil tangannya mencatat angka dipercayai jumlah pertaruhan diterima pelanggannya. "Selepas yakin dengan aktiviti yang dijalankan suspek, polis menyerbu pusat hiburan berkenaan kira-kira jam 11.15 malam. Suspek terkejut dengan kehadiran polis tidak sempat melarikan diri," katanya ketika ditemui selepas program gotong-royong komuniti Kampung Melayu bersama polis Pulau Pinang di sini, hari ini. Polis turut merampas tiga helai kertas mengandungi angka pertaruhan dan perlawanan bola sepak, dua komputer riba yang pada skrinnya tertera laman 'IBCBET', wang RM950 dipercayai hasil pertaruhan yang diaturkan serta alat tulis. - Bernama Ini pula keputusan semasa piala dunia malam ini.. Piala Dunia: Algeria 0 Slovenia 0 (separuh pertama) POLOKWANE: Tamat separuh masa pertama pertemuan Algeria dan Slovena dalam saingan Kumpulan C di Stadium Peter Mokaba berkesudahan seri 0-0, sebentar tadi. ![]() |
| Piala Dunia (5) : Jom Semua Kita Sokong Algeria Malam Ni, Satu-Satunya Negara Islam Di World Cup Posted: 13 Jun 2010 03:26 AM PDT Jom semua, kita sokong negara Algeria..satu-satunya negara umat islam yang berada di Piala Dunia (baca lanjut). Jika sebelum ini, kita ada Arab Saudi, Turki dan Iran, tapi pasukan ini tak layak ke Piala Dunia 2010 Pasukan Algeria akan menentang Slovenia pada jam 7.30 malam ini (jangan lupa solat Magrib da Isya'). Saya menyokong penuh pasukan ini sekurang-kurangnya ulangi kejayaan turki dalam Piala Dunia 1998, iaitu layak ke Separuh Akhir.. Ini sedikit berita tentang skuad Afrika ini Semangat berpasukan Algeria tinggi Jurulatih Algeria, Rabah Saadane menegaskan keputusannya menggugurkan kapten Yazid Mansouri untuk pertemuan dengan Slovenia adalah yang terbaik buat Algeria. POLOKWANE, (PA Sports) - Jurulatih Algeria, Rabah Saadane menolak dakwaan pengguguran kapten Yazid Mansouri akan membahayakan pasukannya dalam pertemuan pertama Kumpulan C menentang Slovenia. Saadane membuat keputusan itu pada Khamis lalu kerana merasakan bekas pemain tengah Coventry yang berumur 32 tahun itu tidak berada pada tahap yang baik. Pemain pertahanan Antar Yahia akan menggalas cabaran sebagai kapten sementara Hassan Yebda akan bermain di bahagian tengah menggantikan Mansouri. "Kami sentiasa cuba untuk bermain dari perspektif psikologi dan teknikal sebagai pasukan dan akan bekerja sebagai satu pasukan di atas padang nanti," katanya. Pemain pertahanan Madjid Bougherra berkata mereka akan cuba memberikan sepenuh perhatian kepada perlawanan di Piala Dunia di sebalik kehilangan Mansouri. Sementara itu, jurulatih Slovenia, Matjaz Kek berasa tidak tertekan kerana memulakan kempen Kumpulan C sebagai pasukan bukan pilihan. Beliau menambah, pasukannya akan memberikan yang terbaik dan berasa bangga dengan motivasi yang ditunjukkan anak buahnya yang tidak gentar menghadapi sebarang cabaran. "Mana-mana kejohanan Piala Dunia adalah cabaran. Ini tidak memberikan tekanan kepada kami. Ia cuma memberikan cabaran yang lain dan motivasi yang lain," katanya lagi. |
| Apa Cerita 3 Adun UMNO Perak Masuk PKR??? Senyap Je... Posted: 13 Jun 2010 02:54 AM PDT Apa cerita ni?? kata nak buat sidang media pukul 1 petang tadi..tapi sekarang ni masih tak kedengaran pun cerita ni..check-chek Malaysiakini dan Harakah pun takde..ini bukan berita main-main..ini cerita bubar dun..isu kembalikan yang batil kepada haq..apa cerita PKR??? Kata ada 3 Adun nak lompat hari ini..mana sidang media nak buat jam 1 petang di Ipoh seperti anda beritahu sebelum ini..minta Anwar dan PKR jawab...Sinar Harian dah jawab dah... Dakwaan sertai PKR palsu: Nasharuddin IPOH – "Spekulasi mengaitkan nama saya bersama dua lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perak akan lompat parti ke Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya diumumkan esok (hari ini) hanya dakwaan palsu," kata Datuk Nasharuddin Hashim. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota itu turut mempersoalkan tindakan mengaitkan namanya sedangkan beliau langsung tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. "Saya terkejut bila nama saya dikaitkan. Kenapa pula saya perlu bersikap sedemikian sedangkan saya cukup hormat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. "Sudah banyak perubahan yang dilaksanakan dalam UMNO khususnya di bawah teraju Perdana Menteri dan saya begitu yakin reformasi dalam UMNO sudah menampakkan keberkesanannya," katanya ketika dihubungi, semalam. Nasharuddin berkata, PR sengaja mencipta publisiti murahan dengan mengaitkan beberapa ADUN BN kononnya akan lompat kerana mereka sudah kekeringan idea memandangkan kemelut politik negeri sudah selesai dan memihak kepada BN. Katanya, bukan prinsip dan pegangan beliau sebagai pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat untuk bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kepentingan rakyat. "Apa yang saya lakukan sebelum ini tidak akan berulang setelah melihat perubahan dalam UMNO Pusat dan negeri. "Malah saya cukup yakin dengan pemerintahan dan pentadbiran Perdana Menteri dan Menteri Besar dalam membawa perubahan yang lebih besar kepada negeri serta negara," katanya. Khabar angin ini wujud setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa akan menganjurkan sidang media khas hari ini mengenai ADUN BN lompat parti.(sini) |
| UMNO Johor Tak Nak Judi Bola..Tapi Kerana Takut Rakyat Tolak UMNO, Bukannya Kerana Islam Posted: 13 Jun 2010 01:19 AM PDT UMNO Johor tolak judi sukan???? Biar betul..apapun baguslah..tapi kenapa tak buat pengumuman sebelum world cup..kenapa baru sekarang nak umumkan selepas PAS luluskan usul mansuhkan lesen judi dalam muktamarnya. Pastu tunggu mesyuarat UMNO baru nak bersuara. Tu pun pasti agenda mesyuarat dalam hal-hal berbangkit..bukannya agenda utama mesyuarat ..dan paling kita sebagai umat islam terkejut, tolak judi sukan kerana berdasarkan reaksi rakyat Johor, kerana takut kalah pilihanraya akan datang, bukannya kerana islam melarang perbuatan judi..memang parti tu bertunjangkan nasionalisme macam bangsa yahudi..bukannya semangat islam sejati. Lepas ni jika BN luluskan lesen urut batin bukan muhrim dan rakyat suka akannya, maka sudah pasti UMNO takkan tolak keputusan kerajaan luluskan lesen urut batin itu...kerana rakyat suka..kerana politik dan bukannya semata-mata kerana islam. Dan satu lagi, yang paling kita terkejut ialah kenapa kerajaan negeri Johor tak buat pengumuman kata lesen judi bola di Johor tak dibenarkan, macam kerajaan negeri PR buat..Sekadar UMNO kata tak nak judi buat apa..macam kata nak bantu Palestin, tapi pada masa bersekongkol dengan Israel..sepatutnya Ghani Othman buatlah pengumuman rasmi negeri, bukannya parti. Ok..ok mungkin akan ada orang kata esok lusa buatlah pengumuman tu. Baik, kita cabar UMNO Johor dan Ghani Othman tarik balik kelulusan judi piala dunia dalam masa 48 jam lagi..barulah kita tabik spring dalam bab ini. Jika tidak, UMNO Johor ni bolehlah kita kata manusia spesis ayam berkokok berdegar-degar, tetapi ekor penuh bergelumang dengan tahi.. ini beritanya : Umno Johor tolak judi sukan 13/06/2010 3:16pm JOHOR BAHRU 13 Jun — Umno Johor hari ini menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak, kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Abdul Ghani Othman. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat anggota jawatankuasa badan perhubungan hari ini, Abdul Ghani berkata, pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini. "Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk pertaruhan dalam sukan. "Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu," katanya. Abdul Ghani, yang juga Menteri Besar Johor, berkata, beliau akan mengemukakan penolakan pertaruhan itu kepada peringkat tertinggi dalam masa terdekat ini. - Bernama |
| Siapakah Menteri Yang Beli Rumah Berharga RM 40 Juta Di London??? Posted: 13 Jun 2010 12:28 AM PDT Inilah lirik terakhir lagu warisan yang selalu dihafal dan dijadikan zikir oleh pencacai UMNO musnahkan melayu Kita sudah tiada masa Majulah dengan gagah perkasa Janganlah terlalai teruskan usaha Melayu kan gagah di Nusantara Melayu maju gagah perkasa di nusantara..kah..kah..nak maju sampai pergi beli rumah di Holland Park, London..yang dianggarkan berharga £8.5 juta pound sterling atau RM40.63 juta (RM 1 bersamaan £ 4.78)..tulah gila semangat melayu kiasu UMNO...sampaikan nak buktikan kat dunia, anak melayu kaya..sedangkan gaji menteri tak sampai pun tahap tu.. Mana menteri rasuah ni dapat duit..lulus lesen judi ke? Siapa MENTERI NI..Najib, Awang Adek atau Mohd Nor Yaakob..atau menteri-menteri UMNO lain (takkanlah menteri MCA yang berbangsa Cina, mestilah UMNO)??? Minta SPRM dan PDRM siasat..kalau tak nak siasat, kita minta Raja Petra di London untuk menyiasat (mana-mana yang kenal dengan RPK sila beritahu isu ini) Kalau ia fitnah..samanlah blogger pro UMNO yang penyokong tegar Perkose nih : anotherbrickinwall.blogspot.com.Dia yang mulakan cerita..: ![]() |
| Najib Layak Digelar Bapa Penipu...Berbohong Isu Prestasi Ekonomi Negara Posted: 12 Jun 2010 11:12 PM PDT Najib menipu??? Kaki pembohong no. 1 negara??? Ini hujahnya Dalam satu berita Malaysia semalam, Najib dilaporkan berkata : - (sumber) "Jangan sesiapa cuba perlekehkan kemampuan Malaysia. Jangan ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) nak memperkecilkan negara Malaysia kita ini. Kita lebih tahu apa yang dia buat," katanya sambil tersenyum. Bagaimanapun, melihat reaksi yang hambar kepada tindakannya untuk mengaitkan Anwar, Najib kemudiannya berkata prestasi Malaysia yang dimaksudkannya itu adalah berdasarkan indeks kompetitif yang ditunjukkan oleh negara. "Dalam senarai negara berdasarkan indeks kompetitif global, sebuah (firma) perundingan pengurusan membuat penilaian, dalam masa setahun, Malaysia telah melonjakkan kedudukan daripada kedudukan ke-18 ke tangga ke-10 terbaik di dunia," katanya. Tambahnya, mengikut penilaian berkenaan, prestasi Malaysia adalah lebih baik daripada negara yang dahulunya menjajah negara ini, malah lebih baik daripada negara Jepun. "Sekarang kita berada 13 mata lebih baik daripada Jepun. Dalam senarai 10 negara ini, tiada negara OIC lain, tiada negara NAM. Kita berada dalam senarai sepuluh buah negara yang kompetitif di dunia," katanya lagi. "Jangan takut kerana BN sudah ada di sini. Kita ada di sini untuk membantu belia melangkah ke hadapan. "Malaysia telah berjaya, orang dunia kata kita berjaya, pembangkang menidakkan kita tapi dunia kata Malaysia telah bangkit daripada kedudukan ke-18 hingga ke-10. Jangan ketua ranting mana, pembangkang mana atau mana kelompok pembangkang mana cuba nak menidakkan kita," katanya disambut tepukan hadirin. Katanya, kejayaan BN mentadbir negara ini juga dilihat dalam pencapaiannya merekodkan pertumbuhan ekonomi sebanyak lebih 10 peratus dalam suku pertama tahun ini. "Dalam suku pertama tahun ini kita pulihkan ekonomi Malaysia.Negara Greece, Spain, Portugal, hatta United Kingdom pun sekarang dalam keadaan tertekan, tapi dalam suku pertama tahun ini ekonomi kita pulih 10.1 peratus pertumbuhan. "Ini jasa siapa? Peranan siapa? Ini peranan BN yang disokong tuan-tuan sekalian," katanya lagi yang turut disambut tepukan. Jom kita tengok satu persatu penipuan Najib Montel nih.. 1) PENIPUAN PERTAMA "Dalam senarai negara berdasarkan indeks kompetitif global, sebuah (firma) perundingan pengurusan membuat penilaian, dalam masa setahun, Malaysia telah melonjakkan kedudukan daripada kedudukan ke-18 ke tangga ke-10 terbaik di dunia," katanya. Menurut laman web The World Economic Forum, sebuah badan bebas yang merupakan organisasi antarabangsa yang berbentuk sebuah yayasan non profit, Malaysia berada di tangga 24 dari kedudukan asal 21 tahun lepas..sila cuba klik website ini...tapi Najib montel kata Malaysia berada di kedudukan 10 terbaik dunia???? Melonjak dari tangga 18??? Siapa yang menipu, takan website ni berbohong. Sedangkan najib rujuk agensi kajian yang sama iaitu The World Economic Forum Country/ Economy Rank Score Rank 2009 United Arab Emirates 23 4.92 31 Malaysia 24 4.87 21 Ireland 25 4.84 22
Woooooi Montel...nak tipu agak-agaklah...orang zaman sekarang bukannya macam zaman Jepun..semua orang kata kita angguk je..tapi zaman sekarang orang mana spesis angguk-angguk tak geleng-geleng. Orang zaman sekarag, angguk-angguk, tetap geleg-geleng..kan lain tu. Ok kita tengok penipuan ke-2 si montel nih.. 2) PENIPUAN KEDUA Tambahnya, mengikut penilaian berkenaan, prestasi Malaysia adalah lebih baik daripada negara yang dahulunya menjajah negara ini, malah lebih baik daripada negara Jepun. "Sekarang kita berada 13 mata lebih baik daripada Jepun. Dalam senarai 10 negara ini, tiada negara OIC lain, tiada negara NAM. Kita berada dalam senarai sepuluh buah negara yang kompetitif di dunia," katanya lagi. Tengok website sama tadi, jelas Jepun berada di tangga ke 8 dunia, berbanding Malaysia tangga 24. Dah la menurun dari tangga 21 ke 24, katanya si penipu tu berada dalam senarai 10 terbaik dunia. Mana 13 mata? sebab Jepun dapat 5.37 mata, Malaysia hanya dapat 4.87 mata..mana datang 13 mata??? nak menipu agak-agaklah. Lagipun negara Jepun lagi maju dari Malaysia..Honda, Toyota, Suzuki semua datang dari sana?? Malaysia, hanya Proton dan Perodua yang cikai..Naza pula ambil kereta import pastu letak nama dia..lawak betullah.. Malaysia berada lebih baik dari negara NAM & OIC..woooi montel, Qatar (tangga 22) dan United Arab Emirates (23) bukan negara OIC ke?? Bahkan Qatar dan UAE serta Singapura (tangga ke 3) bukan negara NAM ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Pergerakan_Negara-Negara_Berkecuali) ke..memang Najib pembohong no 1Kalau kononnya UMNO kata itu kafir penipu, cuba pula buka kat websiti Kementrian Perdagangan & Antarabangsa, MITI..ini kenyataan Miti yang dipetik dari website Miti (sini) Malaysia in The Global Competitiveness Report 2009 - 2010
1. The Global Competitiveness Report covers 133 countries through its 12 pillars of competitiveness involving 110 indicators. 80 percent of these indicators (86) are based on Executive Opinion Survey and 20 percent (24) are quantitative in nature such as Gross Domestic Product (GDP), Government Spending, Inflation Rate, Expenditure on Education and Tax Rate. 2. The Global Competitiveness results for the top 10 countries of Switzerland, United States, Singapore, Sweden, Denmark, Finland, Germany, Japan, Canada, and Netherlands show a measurable decline in average score since last year, from 5.51 out of a maximum score of 7 to 5.45 this year. In the context of the current recession, the competitiveness performance of top-performing countries on average had declined. 3. Malaysia was ranked at 24th position, out of 133 countries with an index score of 4.87, slipping downwards by three positions from the previous year in the recently released Global Competitiveness Report 2009-2010 by the World Economic Forum. This decline is essentially the result of unfavourable assessment of institutional framework* which had been exhibiting a downward trend since 2007, causing Malaysia to fall from 17th to 43rd position in this dimension in just 2 years. Memang Najib layak digelar bapa pembohong Malaysia..judi dah dibohongnya..ekonomi pun dibohongnya..agak-agaknya, sumpah Najib bahawa dia tak kenal Althanthuya di masjid Permtang Pauh, satu pembohong ke tak??..macam sumpah Sayfoooooool, anak buah Najib kononnya Anwar meliwat beliau..najib..najib, memang suka berbohong. Lepas ni kalau Najib cakap, kita cuba check dulu, sebab dia ni anak beranak suka berbohong. Nasiblah Malaysia diperintah si montel yang berbohong..(kredit pada blog anje atas cetusan isu ini) |
| Dunia Dah Nak Kiamat..11 Gempa Bumi Hari Ini, Terbaru Di Jepun Posted: 12 Jun 2010 10:09 PM PDT Dunia sudah nak kiamat.hari ini sahaja..ada 11 gempa bumi. Antaranya di Pulau Nicobar, Selatan Califoria, Utara California, Lautan Hindi, dan terbaru di Jepun (boleh rujuk di sini). Ini rangkuman beritanya : BERITA 1 Gempa bumi sederhana melanda San Diego
BORREGO SPRINGS (California): Gempa bumi sederhana melanda kawasan gurun di timur San Diego, tetapi tiada laporan kerosakan harta benda atau kecederaan diterima sehingga kini. Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa pada magnitud 4.8 itu berlaku pada jam 8.08 malam (waktu tempatan) kira-kira pada jarak 16 kilometer utara Borrego Springs Penduduk di kawasan sekitar San Diego turut merasai gegaran itu. - AP BERITA 2 Strong quake jolts Japan
A 6.1 magnitude earthquake struck Japan on Sunday, according to the U.S. Geological Survey. The quake was 4.8 miles (7.7 kilometers) deep and struck near the east coast of Honshu, the largest island in Japan, the USGS said. There were no immediate reports of damage. Japanese authorities have not issued a tsunami warning. BERITA 3 Gempa bumi kuat landa Lautan Hindi PORT BLAIR, India 13 Jun - Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.5 melanda Lautan Hindi berhampiran Kepulauan Nicobar hari ini, mencetuskan amaran tsunami, kata pegawai Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat. Tidak ada laporan awal mengenai kematian atau kerosakan, bagaimanapun orang ramai lari ketakutan dari rumah mereka, kata saksi. Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami di semua kawasan Lautan Hindi termasuk India, Indonesia, Sri Lanka, Myanmar, Thailand dan Malaysia. - REUTERS Ini semua petunjuk daripada Allah..Semoga kita terus mendapat kerahmatan dariNya. insyaALLAH |
| Satu Negara Lagi Menyaksikan Pembangkang Menang Pilihanraya..Adakah BN Akan Alami Nasib Yang Sama??? Posted: 12 Jun 2010 09:22 PM PDT Satu lagi kerajaan pemerintah jatuh ke tangan pembangkang...adakah ini petanda bahawa kerajaan zalim BN akan turut tumbang dalam pru akan datang..selepas Belanda, Britain, Trinindad & Tobago, Filipina, Jepun serta US jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya, maka kini tiba pula giliran negara Slovakia, sebuah negara bekas jajahan Russia di Eropah..semoga Tsunami ini turut dirasai di negara ini, InsyaALLAH Pembangkang menang pilihan raya Parlimen Slovakia BRATISLAVA (Slovakia): Perkiraan keputusan pilihan raya Parlimen Slovakia yang hampir selesai menunjukkan parti pembangkang berhaluan kanan mencatatkan kemenangan. Pejabat Statistik, berkata parti berhaluan kiri Perdana Menteri, Robert Fico, adalah jelas pemenang keseluruhan dengan 35.3 peratus undi, atau 63 kerusi daripada 150 kerusi Parlimen daripada 5,644 undi bagi 5,929 pusat mengundi sudah dikira awal hari ini. Bagaimanapun, tiga parti pembangkang mungkin membentuk pakatan pemerintah dengan parti etnik Hungary mencatatkan majoriti 78 kerusi. - AP |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
.jpg)







.jpg)



















Tiada ulasan:
Catat Ulasan