Khamis, 10 Jun 2010

Justice For All

Justice For All


Isu 'Katak' Akan Panas Diperbahaskan Dalam Muktamar Kali Ini

Posted: 10 Jun 2010 08:18 PM PDT

Tok guru Haji Hadi dalam ucapan dasar Presiden sebentar tadi menyebut tahniah kepada adun dan ahli parlimen yang tidak lompat parti..yang sedar akan dosa dan pahala..dan mungkinkah ini isu yang akan hangat dalam muktamar ini..

Dan tentu isu ini panas kerana usul yang telah dibuat oleh Pemuda PAS dan Dewan Ulama'..mungkinkah PAS akan desak kerusi ADUN dan Parlimen yang melompat diberikan kepada Pas, satu-satunya parti yang tiada katak (berahim ali tak termasuk)..sama-samalah kita nantikannya..

Lompat parti: Pemuda PAS gesa formula kerusi Pakatan dikaji

Oleh G. Manimaran June 11, 2010

KOTA BARU, 11 Jun — Dewan Pemuda PAS menggesa parti itu mengkaji semula perjanjian pembahagian kerusi ekoran tindakan wakil-wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP keluar parit, perkembangan yang disaksikan sepanjang dua tahun ini.

Usul itu dibawa oleh Dewan Pemuda PAS kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang.

"Perjanjian pembahagian kerusi dikaji semula atas dasar isu melompat parti," kata usul itu yang diluluskan lewat malam ini.

Usul yang diluluskan tanpa bahas ini menyebut, Dewan Pemdua PAS mengambil berat perkembangan terdapatnya ramai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti rakan-rakan Pakatan Rakyat melompat parti.

Malah menurut usul itu, tindakan melompat parti boleh menyebabkan imej Pakatan Rakyat terejas dan kesan melompat parti telah menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Perak, yang menteri besarnya ketika itu merupakan wakil PAS.

Jentera pilihan raya akan menjadi lemah akibat perbuatan lompat, kata usul itu lagi.

"Hanya Ahli Parlimen atau Adun daripada PAS sahaja yang tidak melompat parti," kata usul itu menjustifikasikan keperluan tindakan tegas menangangi masalah lompat parti dalam Pakatan Rakyat.

Oleh itu, Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil ketetapan bahawa Pakatan Rakyat perlu ada mekanisme untuk mencari calon pilihan raya yang setia kepada parti.

Pakatan Rakyat perlu menampilkan calon-calon yang benar-benar berketrampilan dan berkualiti.

"PAS perlu memberi panduan yang bersesuaian kepada parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mempunyai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan undangan Negeri yang melompat," katanya.

Usul serupa juga diluluskan oleh Dewan Ulama PAS Pusat pada muktamar mereka di Machang semalam.

Dewan Ulama PAS berpendapat parti-parti komponen Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dalam memilih calon mereka.

"Walaupun ia tidak melibatkan kami tetapi apabila ada wakil rakyat komponen Pakatan Rakyat keluar, ia menjejaskan imej kesemua parti dan menjejaskan tahap keyakinan rakyat terhadap Pakatan," kata Naib Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed kepada The Malaysian Insider di akhir muktamar mereka.

Kata beliau, komponen Pakatan Rakyat boleh menggunakan mekanisme kriteria ketat yang digunakan oleh PAS, yang membabitkan empat peringkat termasuk keputusan akhir oleh Majlis Syura.

"(Bagaimanpun) ini tidak boleh dianggap sebagai campur tangan PAS dalam hal ehwal parti komponen tetapi nasihat sebagai rakan komponen," katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat memberitahu The Malaysian Insider bahawa walaupun masalah ini tidak membabitkan PAS, jelas beliau, adalah wajar pihaknya membuat pendirian itu atas semangat Pakatan Rakyat.

Sejak awal tahun lalu 10 wakil rakyat PKR, masing-masing lima Adun dan Ahli Parlimen PKR telah keluar parti itu.

Seorang lagi membabitkan DAP dari Perak.

Tiga Adun, masing-masing seorang dari DAP dan dua dari PKR telah keluar parti mereka, sekali gus membawa kepada jatuhnya kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat.

Selain kriteria pemilihan ketat, lazimnya PAS juga menggunakan pendekatan angkat sumpah baiyah bagi mengelakkan wakil rakyat yang terpilih keluar parti.

Perkara mengawal melompat parti menjadi tumpuan ketika kongres PKR dua minggu lalu.

Ketika ditemui wartawan pada sidang media semalam, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hasan Al-Tantawi berkata, pihaknya mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pemilihan calon untuk pilihan raya umum ke-13 dan berharap pimpinan parti memandang serius isu lompat parti yuang berlaku masa kini.

"Calon yang akan bertanding dalam pilihan raya adalah merupakan seorang bakal pemimpin dan ia semestinya melalui proses pentarbiyahan yang mantap terlebih dahulu dan berdasarkan merit," ujar beliau lagi.

Beliau juga berkata, isu lompat parti berlaku kerana calon mahupun wakil-wakil rakyat tersebut tidak mempunyai prinsip perjuangan yang kukuh dan disebabkan ketiadaan tarbiyah yang kukuh.

Anwar, Lim Kiat Siang Hadir Muktamar..Termasuk Tamrin Ghafar Baba

Posted: 10 Jun 2010 07:22 PM PDT

Dipetik dari siaran live dari muktamar, kehadiran ramai pemimpin besar ke muktamar kali ini..antaranya Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang..dan tak terkecuali Tamrin Ghafar Baba, anak Tan Sri Ghafar Baba..dan ada tetamu dari Hamas serta gerakan islam lain

muktamar baru je bermula dalam 30 minit yang lalu..sekarang ni tok guru haji hadi awang sedang berucap..

Anwar, Lim Kit Siang Hadir Ke Muktamar PAS

KOTA BHARU, 11 Jun: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang menjadi antara tetamu penting dalam muktamar PAS ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dekat sini.

Kedua-duanya berjalan masuk bersama para pemimpin utama PAS yang diketuai Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta lain-lain pimpinan utama.

Turut sertai muktamar kali ini adalah para pemimpin kanan gerakan Islam seluruh dunia termasuklah dari Hamas yang sedang berdepan dengan tentera Zionis Israel sekarang.

JKKK UMNO Buat Hal..Kucar Kacirkan Kampung

Posted: 10 Jun 2010 06:27 PM PDT

Inilah padahnya lantik pengerusi JKKK dari orang UMNO..menyeleweng duit, tak nak serah harta bukan miliknya dan gila pangkat, sinonim dengan JKKK Umno ini. Jom kita baca surat pembaca warga Pahang.

Kesal proses serah tugas JKKK Kampung Batu Papan kecoh

SAYA mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Pahang kerana baru-baru ini melantik ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Papan, Pahang yang baru.

Sememangnya pelantikan baru anggota JKKK itu telah lama dinantikan oleh penduduk kampung ini.

Syabas juga saya ucapkan kepada barisan JKKK yang baru kerana dilihat proaktif merangka dan menjalankan pelbagai program serta projek demi kebaikan dan kebajikan penduduk kampung.

Sejak pelantikan itu, mesyuarat mingguan dan bulanan rancak dilakukan oleh pengerusi dan anggota JKKK bagi membincangkan pelbagai agenda serta aktiviti yang hendak dilaksanakan untuk menaik taraf kehidupan penduduk kampung.

Namun, apa yang dikesalkan, walaupun pelantikan barisan JKKK telah diputuskan oleh kerajaan negeri, proses peralihan kuasa antara JKKK baru dan lama tidak dapat dilaksanakan dengan licin sebagaimana diharapkan.

Proses menyerah tugas antara JKKK lama kepada JKKK baru dicalarkan dengan insiden memalukan apabila timbul kekecohan dan ketegangan antara kedua-dua pihak.

Ia berpunca daripada JKKK lama yang enggan bekerjasama dalam proses serah menyerah tugas itu.

JKKK lama juga enggan menyerahkan barangan hak milik kerajaan yang diterima mereka selain laporan kewangan yang tidak lengkap.

Segala resit pembayaran yang dibuat tidak dicatat atau direkodkan dengan sempurna dan teratur.

Sebelum ini, boleh dikatakan setiap minggu barangan kelengkapan disewa tetapi penerimaan kewangan tidak direkodkan.

Sehubungan itu, saya menyarankan pihak berkuasa dapat menyiasat masalah ini dengan segera kerana bimbang wujud penyelewengan yang boleh memalukan imej penduduk kampung.

Wakil Bukan Islam Bersuara Lantang Di Muktamar Muslimat

Posted: 10 Jun 2010 05:20 PM PDT

Ini wajah Kumutha yang bertanding wakili PAS di Johor dalam Pru lalu..beliau sedang berbahas dalam muktamar Dewan Muslimat semalam. memang benar keadilan islam, keadilan untuk semua. Semoga ia terus memberikan motivasi buat pimpinan PAS, untuk mengukuhkan pakatan dan menghancurkan barisan..

Ini Mesti Imam UMNO Yang Salah Baca

Posted: 10 Jun 2010 04:33 PM PDT

Ini mesti imam UMNO..sebab ia bertugas di Pahang, negeri UMNO..kalau Imam PAS, sudah lama kena pecat

Tangani segera kualiti bacaan imam

SETIAP kali apabila tiba giliran Imam Satu bertugas untuk mengimamkan solat Jumaat di sebuah masjid di negeri Pahang ini, ramai ahli kariah menunaikan solat ke masjid lain.

Kebanyakan yang bersolat Jumaat di masjid tersebut ialah pendatang asing dan kanak-kanak.

Fenomena sedemikian telah berlarutan sejak sekian lama di kariah ini.

Semuanya gara-gara kelemahan imam terbabit terutama dari segi bacaan selain bacaan khutbahnya yang berbau politik.

Saya difahamkan pelantikan imam dilakukan selepas proses menemuduga mengikut saringan tertentu.

Antara yang dititikberatkan dalam proses itu ialah mengenai kualiti bacaan sebelum seseorang imam dilantik.

Apa yang menghairankan, adakah Imam Satu masjid di kariah ini tidak melalui proses temuduga memandangkan tahap bacaannya yang mengecewakan dan khutbahnya yang berbau politik.

Masalah ini pernah disiarkan dalam ruangan Rakan Pahang kira-kira sebulan yang lalu tetapi mengapa pihak yang berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung.

Pihak yang berkenaan tidak sewajarnya membiarkan masalah ini berlarutan bagi mengelak timbulnya keresahan di kalangan penduduk kampung - Utusan wilayah Pahang

Macam-Macam : Minta Hujan Untuk Tengok Bola

Posted: 10 Jun 2010 03:37 PM PDT

Macam-macam bila dah gila bola..tapi jangan gila judi bola dahlah..macam Najib dan Vincet tang

Peminat Piala Dunia di Nepal harapkan hujan

10/06/2010 5:45pm

KATMANDU 10 Jun - Para peminat bola sepak di Nepal berdoa agar musim hujan tiba bagi membolehkan potongan bekalan elektrik negara dapat dihentikan supaya mereka boleh menonton Piala Dunia.

Negara itu bergantung sepenuhnya kepada tenaga elektrik hidro dan 28 juta rakyat negara itu kini berhadapan dengan pemotongan tenaga sehingga 18 jam sehari sehingga musim hujan tiba bulan ini.

Ini membolehkan membekalkan air mencukupi untuk memenuhi permintaan terhadap bekalan elektrik di negara itu.

Para peminat telah membuat rayuan kepada pihak berkuasa agar elektrik tidak dipotong ketika perlawanan utama berlangsung tetapi permintaan mereka tidak dilayan.

"Agak mustahil untuk mengurangkan potongan tenaga ketika Piala Dunia berlangsung kerana kami tidak dapat memenuhi permintaan," kata Sher Singh Bhat, salah seorang pegawai Lembaga Elektrik Nepal.

"Kami hanya boleh melakukannya apabila musim hujan tiba."

Bola sepak semakin digemari di negara miskin itu sejak kebelakangan ini dan ia turut disiarkan di televisyen.

Sebahagian kawasan berpenduduk lebih kaya menubuhkan kelab untuk membeli generator bagi menyaksikan Piala Dunia tetapi ramai di antara peminat bimbang tidak dapat menyaksikannya bersama-sama dan mereka menyalahkan kerajaan atas kesulitan yang dialami. - AFP

Utusan Dah Main Kotor..Perlekehkan Tok Guru Atas Penolakan Muslimat Terhadap Penubuhan Muslimat Muda

Posted: 10 Jun 2010 06:41 AM PDT

Utusan dah mula main kotor..mereka nak malukan tok guru..apa, takde berita lain ke nak siarkan..tunggulah PAS, Utusan akan serang muktamar lepas ini

Perwakilan sebulat suara tolak usul tubuh Muslimat Muda

10/06/2010 7:02pm

KOTA BHARU 10 Jun – Dewan Muslimat Pas hari ini menolak usul menubuhkan sayap baru Muslimat Muda, biarpun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat menyarankan agar sayap baru itu ditubuhkan bagi menarik golongan muda.

Penolakan usul itu, yang dibawa oleh perwakilan Pengkalan Chepa, Zaharah Mohd itu, dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat di sini.

Zaharah mencadangkan usul Muslimat Muda itu supaya disertai wanita muda berusia bawah 40 tahun sebagai menampung pertambahan ahli membabitkan generasi muda dan langkah menarik golongan muda.

Bagaimanapun, ketika membahaskan usul berkenaan, Perwakilan Ipoh Timur, Diana Mohd. Sani membantah usul itu.

Beliau berkata, masanya belum tiba bagi Dewan Muslimat Pas menubuhkan sayap baru itu meskipun sudah menjangkau 50 tahun penubuhannya.

Malam tadi, Nik Abdul Aziz ketika merasmikan muktamar tahunan itu, memberikan lampu hijau agar Dewan Muslimat Pas membawa usul penubuhan sayap baru yang dinamakan Muslimat Muda bagi menarik golongan muda serta menjadikan sayap itu sebagai pelapis pemimpin untuk muslimat. – Utusan

Tok Guru Nik Aziz Kata 'Konsensus Bebas' Proksi UMNO

Posted: 10 Jun 2010 03:45 AM PDT

Tok Guru kata, 5 Ahli Parlimen bebas yang tubuhkan 'konsensus bebas' sebagai proksi UMNO. Isnin lalu, 5 'katak', Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru) telah mengumumkan pembentukan "Konsensus Bebas" .. Kononnya untuk bertindak dengan lebih efektif, berkecuali dan tidak memihak mana-mana parti. Sedangkan menurut tok guru, mereka ni proksi UMNO untuk kekalkan dominan di Parlimen..ini beritanya

Align Left

Nik Aziz says independents are Umno supporters in disguise

KOTA BARU, June 10 — PAS has criticised the announcement of an Independent Consensus (Konsensus Bebas) by five ex-PKR-turned independent MPs as a "mere ruse" to help Umno maintain its dominance in Parliament.

PAS spiritual advisor Datuk Nik Aziz Nik Mat said that the five ex-PKR lawmakers were not really independent as they were really Umno supporters in disguise.

"They are only independent but (at the same time) they are with Umno...Umno wants these people around," explained Nik Aziz.

In an interview with The Malaysian Insider this week, Nik Aziz said that the only right thing for the five lawmakers to do would be to resign and relinquish their posts.

He described their actions in going ahead as MPs despite leaving PKR as "sinful" and "illegal" as their constituents had elected them as representatives from Pakatan Rakyat (PR) in the first place.

"This is immoral and not right. You had only won because people voted you as representing a party.

"Once you run away from that, it is tantamount to treason. You should resign," said Nik Aziz.

The Kelantan Mentri Besar said that the ex-PKR lawmakers should have contested as independents if they wanted to be treated as truly "independent".

He believed the formation of the bloc would only serve to reinforce Umno's "vested interests in Parliament."

On Monday, five ex-PKR-turned Independent MPs announced the formation of an Independent Consensus (Konsensus Bebas) in Parliament, in a move that could benefit Barisan Nasional (BN) because of their animosity toward Pakatan Rakyat (PR).

Bayan Baru MP Datuk Seri Zahrain Hashim, Nibong Tebal MP Tan Tee Beng, Bagan Serai MP Mohsin Hj. Samsuri, Kulim-Bandar Baharu MP Zulkifli Noordin and Wangsa Maju MP Wee Choo Keong claimed that the consensus will be a "third force" whereby it offers "the rakyat an effective voice in Parliament."

PKR had been rocked with a spate of defections in less than two years, with lawmakers who left citing disillusionment and dissatisfaction with the party's top leadership.

But Nik Aziz remained optimistic of PR's future despite the mass defections.

"PR is a new coalition, its only been around since 2008. Look at PAS when it was first formed, we had similar problems where people jumped parties and shifted allegiances.

"The situation is similar to being a child. When you are grown up you will become more mature then," said the PAS spiritual advisor

Muslimat Bakal Duduki Kerusi Naib Presiden PAS

Posted: 10 Jun 2010 02:45 AM PDT

Dah jadi usul pula..tentu menarik 2 -3 hari ini..akan perbahaskan usul dewan muslimat ini

Muslimat Pas lulus usul wanita dilantik Naib Presiden parti

KOTA BAHARU - Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas pusat meluluskan usul agar diwujudkan satu jawatan Naib Presiden untuk disandang ahli wanita parti itu.

Usul berkenaan, yang turut mencadangkan diwujudkan jawatan Pesuruhjaya IV peringkat negeri untuk disandang oleh wanita, telah dibentangkan oleh wakil Kubang Kerian, Nurliza Yahya, yang berpendapat jawatan-jawatan itu sebagai satu pengiktirafan kepada sumbangan muslimat terhadap parti.

Semasa perbahasan wakil Selangor, Noraini Hussin, bagaimanapun membantah usul itu kerana berpendapat bahawa selama ini pun Pas tidak pernah meminggirkan muslimat dalam urusan parti.

"Saya bantah usul ini untuk diterima kerana selama ini Pas telah iktiraf kekuatan muslimat sama dengan Naib Presiden," katanya.- Sinar

Live Muktamar : Pemuda PAS Minta Jangan Pilih Pemimpin Tangkap Muat

Posted: 10 Jun 2010 01:43 AM PDT

Jangan ada pemimpin berstatus 'muka rajin' tapi tak ikut amal islami dan amal jamie

Elakkan Pemimpin 'Tangkap Muat' - Ketua Pemuda

Khamis, 10 Jun 2010 16:19 Ditulis oleh intan

KOTA BHARU, 10 Jun - Pemuda PAS mendesak agar pemilihan pemimpin parti perlulah mengutamakan merit dan keutamaan adalah kepada mereka yang telah melalui proses pentarbiyahan yang mantap.

Pemilihan yang dilakukan secara "Tangkap muat" atau"tunjuk muka"hendaklah dihapuskan ketika membuat pemilihan calon dalam pilihanraya bagi mewakili PAS.

Bagi mengisi ruang ini, Pemuda PAs mestilah memastikan proses mengilang dan menhasilkan saff manhaj dan modul tarbiyah parti dapat diuruskan dengan sistematik.

Nasrudin berkata Akademi Tarbiyah Pemuda wajar dibentuk agar menjadi sebuah pusat yang terancang untuk melahirkan penggerak tarbiyah.

"Harapan saya pada pemilihan parti yang akan datang, Dewan Pemuda PAS tidak segan untuk mengangkat muka apabila mampu mengemukakan pemuda yang layak membarisi kepimpinan PAS di peringkat pusat"ujarnya lagi.

Pemuda PAS juga berharap gerakan Islam PAS menjadi satu gerakan yang tidak sekadar untuk memenangi kerusi pilihanraya tetapi juga membawa mesej perjuangan suci sekali gus menawan seramai mungkin pengundi agar menerima Islam.

"Kemenangan tetap dicari dalam setiap pilihanraya tetapi ia juga perlu mengekalkan wajah asalnya sebagai gerakan Islam yang berpolitik dan berjuang untuk membebaskan manusia dari neraka Allah swt"katanya.

Bagi merealisasikan gerakan Islam ini, Nasrudin menyeru agar semua peringkat bekerja keras dalam melahirkan pemuda Ansoorullah.

Beliau juga menggariskan kriteria pemuda yang boleh menjadi pejuang seperti sentiasa siap sedia menyahut seruan perjuangan, menjunjung segala peraturan dan arahan jemaah, mempunyai kualiti dan tahap piawaian serta mewarisi kemuliaan akhlak Rasulullah saw dalam menguruskan perjuangan tahaddiyat(tentangan), Memiliki aqidah perjuangan yang mantap, Bersedia menggerakkan perubahan dalam negara, Aktif menyertai aktiviti amal Islami, Pemuda yang tidak membazirkan masa dalam bertelagah sesama sendiri, sentiasa peka terhadap keperluan jemaah serta sentiasa berlapang dada dan merendah diri.

Kes Pembunuhan Kejam Adik Aminulrasyid Disebut Pada 22 Jun Ini

Posted: 10 Jun 2010 12:51 AM PDT

Kes pembunuhan kejam adik aminulrasyid akan disebut pada 22 Jun ini. Kes ini akan disebut di Mahkamah Sesyen untuk tujuan penyerahan dokuman dan tetapkan tarikh perbicaraan. Sudah tentu kes ini menarik perhatian rakyat Malaysia, seperti kes Anwar kerana ia libatkan ketidakadilan buat mangsa..buat tertuduh, jika benar ko bersalah, ko terimalah nasib selepas ini...

Kes kematian Aminulrasyid disebut semula 22 Jun

10/06/2010 11:18am

SHAH ALAM 10 Jun — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 22 Jun ini untuk menyebut semula kes melibatkan seorang koperal polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dalam satu kejadian tembakan ketika remaja itu sedang memandu kereta di Seksyen 11 di sini dua bulan lepas.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan tarikh itu bagi tujuan penyerahan dokumen dan menetapkan tarikh perbicaraan.

Ketua Unit Pendakwaan Selangor Ruslan Abu Bakar dan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam hadir bagi pihak pendakwaan manakala peguam M.Athimulan dan Salim Bashir mewakili Kpl Jenain Subi.

Pada 10 Mei lepas, Jenain, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

* tapi ada juga yang cuba bela mamat ni..siap ada facebook lagi (sini)

Pilihanraya Belanda Bakal Dimenangi Pembangkang..Signal Buat BN

Posted: 09 Jun 2010 11:31 PM PDT

Adakah Belanda akan senasib dengan Filipina, Britain, Trinidad & Tobago, Amerika..iaitu akan menyaksikan Pembangkang menguasai kerajaan dan memerintah negara..Inilah mungkin jawapannya..

PM Belanda letak jawatan ketua parti

2010/06/10

THE HAGUE: Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende (gambar) meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Kristian Demokrat (CDA) selepas parti pimpinannya memperoleh undi merosot pada pilihan raya umum.

Parti CDA pimpinan Balkenende merosot 20 kerusi daripada 150 kerusi yang dipertandingkan di peringkat Parlimen, kedudukan keempat selepas undi ditutup jam 9 malam semalam waktu tempatan. "Saya sudah memaklumkan kepada pengerusi CDA untuk mengundurkan diri berkuat kuasa serta-merta," kata Balkenende, 54.

"Pengundi sudah membuat pilihan dan keputusannya amat jelas," katanya sambil menegaskan keputusannya itu muktamad demi kestabilan politik negara itu.

Ketika ini parti berhaluan kanan, Liberal dan Buruh masing-masing terikat memperoleh 31 kerusi Parlimen Party and Labour, manakala Parti anti pendatang asing, PVV memotong CDA di tempat ketiga dengan 22 kerusi. - AF

Jelas bahawa rakyat Belanda akan memperolehi kerajaan yang baru..fenomena dunia hari ini, menyaksikan banyak kerajaan jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya..adakah trend ini akan menular ke Malaysia..sama-samalah kita doakannya, InsyaALLAH

UMNO Dalang Di Sebalik Gelaran 'Datuk' Chua Jui Meng Ditarik Balik

Posted: 09 Jun 2010 10:27 PM PDT

Kerajaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tak pernah pun nak hasut Sultan dan Yang di Pertua Negeri masing-masing tarik gelaran daripada pemimpin UMNO..tapi bila UMNO..memang perangai macam Israel..biarlah rakyat nilainya sendiri..saya tak kata Sultan , tapi UMNO itu sendiri..

Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".- Malaysiakini

Tiada ulasan: