Selasa, 8 Jun 2010

Justice For All

Justice For All


Ini Mesti Najis Yang Ditinggalkan Khir Toyo

Posted: 08 Jun 2010 08:00 PM PDT

Ini mesti taik yang ditinggalkan oleh Khir Toyo ini..ia berlaku pada tahun 2005..dan kemungkiran kontrak berlaku pada awal 2007 dan 2008..ini semua kerja roswah UMNO...tak pasal-pasal rakyat dan kerajaan PR disaman hampir 700 juta...buat Khalid Ibrahim, dedahkan butir-butir kontrak ini..biar rakyat tahu, siapa yang bersalah dalam hal ini..

Kerajaan Selangor disaman RM682j

Obnet dakwa defendan ingkar syarat perjanjian

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat perkhidmatan jaringan jalur lebar menyaman kerajaan Selangor dengan menuntut ganti rugi hampir RM682 juta kerana didakwa enggan memenuhi terma perjanjian langganan yang ditandatangani pada 23 September 2005.

Obnet Sdn Bhd (dahulunya dikenali Intelligent Edge Solutions Sdn Bhd) memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam dekat sini, melalui Tetuan S Murthi & Accosiates pada 18 Mei lalu. Obnet selaku plaintif, menamakan kerajaan Selangor sebagai defendan

Dalam pernyataan tuntutannya, syarikat itu menuntut ganti rugi RM681,727,963 sehingga 31 Mac lalu dibayar kepadanya bagi menjelaskan kemudahan kewangan yang diambil daripada Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad untuk Projek Selnet.

Syarikat berkenaan turut menuntut faedah 8 peratus, kos dibayar defendan dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Obnet mendakwa menandatangani satu perjanjian dengan defendan pada 23 September 2005 yang mana antaranya, syarikat itu bersetuju membina, menyelenggara dan mengurus perkhidmatan jalur lebar di Selangor serta perkhidmatannya.

Katanya, defendan pula antaranya sebagai balasan kepada plaintif dalam perjanjian langganan itu, bersetuju melanggan perkhidmatan jalur lebar dari plaintif bagi kegunaan agensi kerajaan negeri, jabatan kerajaan, badan berkanun serta majlis tempatan untuk 20 tahun.

Sekitar Oktober 2007 syarikat itu sudah menyempurnakan sambungan kepada 20 pengguna tetapi gagal menyempurnakan pemasangan jalur lebar itu kepada baki 323 pengguna kerajaan negeri Selangor pada penghujung 2007 kerana defendan gagal membuatkan pengguna lain melanggan perkhidmatan yang disediakan oleh plaintif itu.

"Menjelang 2008 defendan sekali lagi menyatakan hasrat untuk meminda perjanjian itu dan sementara rundingan dijalankan, projek Selnet tergendala kerana keengganan defendan memenuhi kewajipan mereka mengikut perjanjian," katanya.

Kenapa Roswah Jadi Penaung Pandu Puteri, Bukannya Permaisuri Agong???

Posted: 08 Jun 2010 07:17 PM PDT

Roswah ni puteri ke???? Sampaikan jadi Penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia..alamak rosaklah budak sekolah yang sertai pertubuhan..iyalah, tentu mereka akan terikut-ikut dengan perangai buruk roswah..tak pakai tudung, peluk lelaki bukan muhrim di khalayak ramai, tampar pipi artis, menyanyi dan paling teruk, membawa berita buruk...tengoklah yang berlaku dalam BAM..kalah awal piala Thomas gara-gara Roswah..yang peliknya, kenapa Permaisuri Agong tak jadi Penaung Pandu Puteri, bukannya Roswah..sebab Permaisuri Agong adalah wanita pertama negara dan paling penting, berasal dari golongan raja..bukannya macam roswah yang berasal dari ceruk kampung..

Pandu Puteri perlu gerak seiring masa

2010/06/09

PUTRAJAYA: Persatuan Pandu Puteri Malaysia (Pandu Puteri) digesa bergerak seiring perkembangan semasa, selaras misi kewujudannya bagi memastikan ia kekal relevan sebagai badan beruniform untuk gadis dan remaja perempuan di negara ini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata ia penting memandangkan Pandu Puteri antara persatuan terawal ditubuhkan di negara ini, bagi membantu gadis dan remaja perempuan membangunkan potensi mereka sebagai warga berdisiplin serta bertanggungjawab.

"Pandu Puteri sudah ditubuhkan lebih 86 tahun lalu dan sewajarnya menjadi perintis dan pelopor dalam perkembangan serta pertumbuhan potensi anak gadis kita.

"Jadi, adalah satu cabaran untuk memastikan Pandu Puteri terus menjadi pilihan utama remaja perempuan di negara ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (Pandu Puteri) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri, Datin Seri Zalillah Mohd Taib.

Sehubungan itu, Rosmah yang juga Yang Dipertua Pandu Puteri berkata, Pandu Puteri mesti perlu bersedia menerima idea dan pemikiran baru serta terkini, selain tidak bersikap berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

"Kita perlu sentiasa berfikir secara bersama dan berani berfikir di luar kotak. Pada masa sama, kita juga perlu terus meningkatkan pencapaian dan prestasi persatuan ini hingga ke tahap yang lebih membanggakan," katanya.

Rosmah berkata, Pandu Puteri juga perlu lebih kreatif dan inovatif ketika merangka program dan aktiviti bersesuaian dengan keperluan semasa, kerana ia mampu menyerlahkan lagi persatuan di kalangan masyarakat serta mendekatkan diri mereka dengan masyarakat setempat.

Sementara itu, bagi menghargai sumbangannya kepada Pandu Puteri, Rosmah diumumkan sebagai penerima Anugerah `Golden Bow', yang disampaikan Zalillah.

Turut menerima anugerah, 47 Yang Dipertua Cawangan, Timbalan Yang Dipertua Cawangan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan, Ketua Pesuruhjaya Cawangan.

Masing-masing menerima anugerah Lencana Ahli Seumur Hidup manakala dua orang menerima Sijil dan Lencana Lesen Perkhidmatan dan Anugerah Pandu Puteri Raja (44) dan Anugerah Kepimpinan Asia Pasifik 2010 (13), yang disampaikan Rosmah.

Macam-Macam : Penagih Dadah Curi 400 Pakaian Dalam Wanita???

Posted: 08 Jun 2010 06:24 PM PDT

Macam-macamlah berlaku kat Malaysia ni..cerita macam ni pun ada..itulah balanya hukum Allah dihina oleh UMNO...rakyat dah jadi macam yahudi..ini semuanya salah UMNO yang halang pelaksanaan hudud di Terengganu dulu....ini mesti kes libatkan orang melayu islam..sebab kg. tempat lelaki tu tinggal, 100 peratus orang melayu. (saya tahu sebab saya selalu ke kg. tu)

Serbu cari dadah, jumpa 400 seluar dalam, coli

KUALA TERENGGANU 8 Jun - Seorang lelaki yang ditahan selepas dipercayai penagih pil kuda di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang hari ini benar-benar mengejutkan anggota polis yang menyerbu rumahnya.

Ini kerana dalam serbuan 'Ops Tapis' kira-kira pukul 2.45 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Marang menemui kira-kira 400 seluar dalam wanita terpakai pelbagai jenama dan saiz termasuk 10 helai coli.

Lelaki itu yang berusia 39 tahun bekerja sebagai pembantu kesihatan di sebuah klinik kesihatan di Marang, masih belum berkahwin dan tinggal seorang diri di rumah milik keluarganya.

Lebih mengejutkan, polis yang memeriksa lelaki itu mendapati dia memakai seluar dalam wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, polis menahan suspek kerana sebelum ini dia merupakan penagih pil kuda.

"Suspek pernah terlibat dalam dua kes dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kini dalam proses pendakwaan.

"Saringan air kencing yang dijalankan hari ini juga menunjukkan dia positif mengambil dadah," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, polis menemui ratusan seluar dalam di dalam almari lelaki itu dan ini menimbulkan kehairanan kerana suspek tinggal seorang diri dan masih bujang.

"Setelah disoal siasat, dia akhirnya mengaku mencuri sebahagian seluar dalam wanita berkenaan dari ampaian di kawasan perumahan tempat dia tinggal semasa bertugas di Dungun dan Marang.

"Suspek yang dilihat normal turut mengaku suka memakai seluar dalam wanita sejak di bangku sekolah menengah lagi," jelasnya

Untungnya Jadi Wartawan Utusan, Berbanding Blogger PAS

Posted: 08 Jun 2010 05:24 PM PDT

Kan dah kata..memang akan jadi polemik punya isu ini..ini tulisan saya semalam (di sini)..dan hari ini, ada blogger yang timbulkan isu yang sama..

JADILAH MEDIA UMNO, MUKTAMAR AKAN BAGI RUANG

[1] SATU

Petang tadi, seorang kawan yang merupakan blogger dari negeri kelantan ada telefon. Dia memaklumkan dengan katanya, "Siang tadi aku pergi ke PUTIK untuk dapatkan Pas Media, tapi hampa... kata pihak urusetia yang bertugas - pihak PAS tak sediakan Pas Media untuk blogger"

Dengan maksud, para blogger tidak diberi ruang untuk muktamar PAS pada kali ini. Keadaan ini berbeda sepertimana berlaku dalam kongres PKR baru-baru ini, yang juga dilakukan di Kelantan.

Memelikkan lagi, pihak muktamar PAS pada kali ini memberikan ruang terbuka kepada utusan untuk melaporkan sebarang perjalanan muktamar pada kali ini, disamping diberikan layanan istimewa.

Sebentar tadi, ada pula seorang sahabat yang bekerja dengan PAS, yang dia juga berada di Kelantan menghantar SMS. Kandungan SMSnya adalah seperti berikut;

"Akhbar Utusan sejak dulu, sebelum ini dan sekarang masih berterusan cuba memecah belahkan perpaduan di kalangan pimpinan PAS. Mingguan Malaysia beberapa minggu ini memberi focus kepad Muktamar PAS dari sudut amat negatuf. Sejak dulu lagi, anjuran boikot utusan telah dilancarkan. Bagi memberi sedikit 'tamparan' kepada akhbar utusan, sewajarnya akhbar tersebut tidak diberi ruang kepada muktamar kali ini. Layanan istimewa tidak seharusnya seperti yang diterima oleh akhbar-akhbar lain [walaupun teruk, tapi tidak seterus utusan]. TQ, sekadar cadangan rakyat Marhaen"

[2] DUA

sila baca laporan Utusan Meroyan seperti berikut;

Utusan Malaysia bebas buat liputan muktamar

KOTA BHARU 7 Jun – Wartawan Utusan Malaysia tidak akan dihalang untuk membuat liputan Muktamar Tahunan Pas kali ke-56 yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di sini mulai Rabu ini.

Pengarah Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk menerima kehadiran mana-mana wakil media bagi menjalankan tugas mereka.

"Kita parti yang matang," katanya ketika ditanya sama ada wartawan Utusan Malaysia akan dihalang membuat liputan sebagaimana yang berlaku semasa Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini.

[3] TIGA

Nampaknya, belum lagi bergabung dengan UMNO, sudah ada sifat-sifat UMNO. Geng anti-UG, dihalang habis-habisan daripada terlibat program-program parti, waima geng anti-UG itu orang PAS sekalipun.

Mana mungkin dikatakan UG ini sudah tutup rapat, sedangkan program jemaah di peringkat Universiti, puak-puak UG sedang memburukkan pimpinan PAS dan aktivis-aktivis PAS yang anti-UG.

Mana mungkin dikatakan UG ini sudah tutup rapat, sedangkan pada 26 Mei 2010 baru-baru ini, ada pertemuan sulit antara seorang pimpinan PAS dengan Mufti Perak, Mufti Harussani di *** ****, Jalan A****, Kuala Lumpur. [gambar pun ada. Sampai masa dan ketika, akan didedah gambar itu]

Mana mungkin dikatakan UG ini sudah tutup rapat, sedangkan ada seorang pimpinan PAS dari negeri Selangor berbalas-balas SMS dengan Noh Omar yang merupakan seorang pimpinan UMNO Selangor. Dalam SMS itu, pimpinan PAS terbabit mengeluh bahawa sebilangan besar ahli PAS di DUNnya menolaknya. Persoalannya, kenapa mengeluh kepada Pimpinan UMNO? [transkrip sms itu pun ada. Sampai masa dan ketika, ia akan didedahkan]

[4] EMPAT

Pesanan kepada pimpinan PAS yang sedang asyik menipu ahli-ahli PAS bawahan, jangan menganggap ahli-ahli PAS ini bodoh. Perlu diingat, ahli PAS bukan sedikit, sebaliknya terlalu ramai, sehingga menjangkau bilangan jutaan orang.

Justeru, sebarang pertemuan sulit yang dilakukan di hotel-hotel dan di mana-mana sekalipun, pasti akan ada ahli-ahli PAS yang terserampak, dan merakamkan segala perkara yang sempat mereka rakam.

Ahli-ahli PAS yang terserempak itu, bukan ahli-ahli PAS biasa, bahkan kadangkala mereka adalah pimpinan PAS di peringat cawangan-cawangan, malahan diperingkat kawasan.

Pesanan, cukuplah usaha hendak membodohkan ahli-ahli PAS yang dilakukan oleh sebilangan pimpinan PAS [bukan semua, tapi sebilangan].

[5] LIMA

Teringat kata seorang pimpinan PKR di Terengganu, "kalau PAS nak gabung dengan UMNO, PKR ada harapan nak jadi Menteri besar di Terengganu"

Ungkapan ini pelik, tetapi memberi seribu satu makna.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

ustaz_bakistani@yahoo.com

Senang cerita, tarik je pas media dari Utusan..beri pada blogger..mereka juga media dan turut mempunyai pembaca dan pengikut..bahkan media tanpa gaji..yang berblogging untuk kemenangan pakatan rakyat..jika inilah caranya, tak mustahil blogger akan merajuk dan menyampah dengan pakatan..

GAS Diancam Jika Adakan Perhimpunan Kali Ke-2

Posted: 08 Jun 2010 04:41 PM PDT

Kah..kah lawak betul Mu gilan nih...hari tu sasarkan 15 ribu datang himpunan GAS di The Mines, tapi hanya 5 ribu yang hadir..dan sekarang takde angin, takde ribut.tiba-tiba kata himpunan GAS batal..

Perhimpunan GAS kedua ditunda

PETALING JAYA 8 Jun – Perhimpunan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) kali kedua yang dirancang akan diadakan di Dewan Hamzah, Klang, Ahad ini ditunda atas faktor keselamatan.

Daripada buat himpunan, baik buat demontrasi, berarak dari Dataran Merdeka ke Pejabat MIC..itu lagi praktikal..ataupun demontrasi di hadapan Parlimen, desak Samy letak jawatan..daripada buat himpunan yang langsung tiada kesan, lebih baik buat demontrasi je..patung boleh dibakar time tu..ini nasihat saya..si Samy dan MIC jangan pula kata saya dalang di sebalik GAS. Saya takde kaitan pun dengan ini semua..saya hanya wakil GABAN..Gerakan Anti Barisan Nasional..

Cerai Pun Tunjuk 1 Malaysia???

Posted: 08 Jun 2010 03:52 PM PDT

Ini bukan satu Malaysia..ini satu talak..memang kurang ajar betul..dipermainkan benda yang harus tapi amat dibenci Allah..iaitu penceraian. Inilah bahanya ajaran yahudi masuk ke dalam kepala otal melayu islam..salam 1 Malaysia, ungkapan kafirun ciptaan yahudi, yang dipopularkan oleh Najib montel..pastu mungkin lepas ni..'aku ceraikan ko dengan talak satu Malaysia???

Nasiblah..sekali yahudi memimpin Malaysia..selagi itulah rakyat bawahan terus berperangai macam zionis haram itu..ini kisahnya cerai talak 1 Malaysia..

Radhi OAG, Shazlin sah cerai talak satu

PETALING JAYA 8 Jun - Setelah dua kali vokalis kumpulan Old Automatic Garbage (OAG), Radhi dan pasangannya, Shazlin Shariff disahkan sebagai suami isteri oleh mahkamah, akhirnya pasangan itu bercerai talak satu secara baik hari ini.

Hakim Syarie, Fadzil Che Hasan mengesahkan penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas beliau berpuas hati dengan lafaz cerai yang dibuat oleh Radhi, 31, di hadapannya pada pukul 3.05 petang.

''Saya, Muhammad Radhi Razali menceraikan Shazlin Shariff dengan talak satu,'' lafaz artis tersebut dengan tenang.

Fadzil membenarkan perceraian tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Beliau memerintahkan perceraian itu didaftarkan di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Sri Petaling dan sijil nikah dibatalkan.

Shazlin yang berdiri bersebelahan dengan peguam syarie yang mewakilinya, Rubiah Jaffar juga dilihat tenang.

Terdahulu, Rubiah menyatakan kepada mahkamah bahawa alasan perceraian pasangan itu adalah tiada lagi persefahaman.

Beliau juga memaklumkan kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian pada 16 Oktober tahun lalu berhubung perceraian secara baik, idah, mutaah dan nafkah anak.

''Antara terma yang dipersetujui ialah Radhi selaku defendan perlu membayar idah sebanyak RM3,000 kepada plaintif bagi tempoh tiga kali bersuci dan memberikan nafkah anak sebanyak RM460 setiap bulan.

''Radhi juga bersetuju membayar wang insurans pendidikan anak sebanyak RM200 sebulan serta RM1,000 setiap tahun untuk sambutan Hari Raya Puasa dan juga sambutan hari lahir anak,'' kata Rubiah.

Selain itu, menurut Rubiah, Shazlin pula bersetuju melupuskan tuntutan mutaah dan menghalalkannya.

Peguam syarie, Musa Awang yang mewakili Radhi kemudian mengesahkan perkara tersebut.

Pasangan itu bernikah pada 1 Januari 2005 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun, Rifdhi Muslim.

Shazlin ketika ditemui media di luar mahkamah melahirkan rasa lega dengan keputusan tersebut.

Radhi bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen, sebaliknya hanya menyanyikan sebuah lagu yang didakwa single terbarunya berjudul Limbo sambil berlalu pergi.

Shazlin sebelum ini mengemukakan dua permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap Radhi, bagaimanapun mahkamah yang sama tidak mensabitkan talak ke atas mereka.

Hishamuddin Berkerat Rotan Dengan Sepupunya, Najib Montel

Posted: 08 Jun 2010 07:45 AM PDT

Hishamuddin dah tak sekata dengan Najib..sepupu makan sepupu..najib kata lain..dia kata lain..tapi yang pasti, datuk dua-dua ni pengasas judi..boleh tengok di sini..

Apapun...untuk keterangan yang benar...siapa penipu sebenar..kita teliti kenyataan dua pupu ini..

Ini kenyataaan Najib bahawa lesen judi belum diluluskan..

Lesen belum dikeluarkan kepada Ascot Sports - PM

KUALA LUMPUR, 7 Jun 2010 (Bernama) - Kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari Isnin.

Ini pula kenyataan bercanggah 100 peratus daripada sepupu Najib..

Bantu kerajaan tangani isu judi bola sepak - Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 7 Jun 2010 (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara sukan termasuk bola sepak dengan mendakwa kerajaan menggalakkan perjudian.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen di sini, berkata lesen pertaruhan itu telah lama dikeluarkan.

Ini pula kenyataan TPM, yang tiada kaitan dengan dua pupu ni..

Kerajaan teliti lesen pertaruhan Piala Dunia

syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.

Siapa yang tipu???? tanya budak tadika Permata pun, mereka tahu jawapannya..

Adakah Ini Yang Buatkan Yahudi Marah Kat Anwar, Bukannya Najib Montel???

Posted: 08 Jun 2010 06:19 AM PDT

Adakah ini yang buatkan Israel bermusuh dengan Anwar, yang kini sedang menjalankan kempen peringkat antarabangsa secara besar-besaran untuk memburukan imej beliau...dan menggelarkannya anti semitik..manakala si auww, Najib, terus menjadi bintang kesayangan Israel hingga kini..sebab tu lah tak nak sertai demo anti Israel..

Anwar tokoh utama anti-Israel - Apco

Anwar Ibrahim berkata firma komunikasi pro-Zionis, Apco Worldwide kini sedang menjalankan kempen peringkat antarabangsa secara besar-besaran untuk memburukan imej dan peribadi beliau berikutan pendedahan mengenai hubungkait rapat syarikat tersebut dengan rejim Israel.

Anwar berkata Apco menjalankan rancangan rapi dikalangan pertubuhan Yahudi seluruh dunia dengan melabelkan beliau sebagai 'tokoh utama anti-Yahudi'.Khamis lalu pertubuhan pro-Israel tertua di dunia B'nai B'rith mengeluarkan kenyataan dengan melahirkan kebimbangan di atas kenyataan-kenyataan Anwar yang didakwa anti-Yahudi dan ancaman kepada kaum Yahudi.

Justeru itu badan tersebut menggesa kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, supaya mendesak Washington memutuskan semua hubungan dengan Anwar.

Mamat ni pula macamana?? Dengar khabar, Israel Malaysia, Najib pun sedang jalankan kempen singkirkan mamat ni..sebab tulah tak dapat jadi menteri..

PAS Minta Tambah 12 Ketetapan Bagi Buktikan Yang Najib Bukan Agen Yahudi

Posted: 08 Jun 2010 04:52 AM PDT

Kerajaan perlu tambah 12 ketetapan kutuk Israel

PAS telah melihat bahawa 15 tuntutan Kerajaan Malaysia berhubung isu keganasan Israel ke atas aktivitis yang terlibat dalam konvo Freedom Flotilia di Parlimen semalam sebagai tuntutan yang longgar dan tidak lengkap.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) mahu kerajaan menambah 12 ketetapan lagi agar selari dengan kehendak rakyat sebagaimana berikut:

1) Menggiatkan kempen anti Israel dan boikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat pelobi Israel di seluruh negara dengan menggunakan semua media dan organisasi kerajaan.

2) Mengharamkan kemasukan semua barang dan produk yang berkaitan dengan Israel atau yang mempromosikan negara berkenaan termasuklah dalam bentuk iklan dan filem yang dikeluarkan dari negara sekutu Israel seperti Amerika.

3) Membatalkan perkhidmatan dan menghalau semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Israel seperti APCO Worldwide yang ada di negara ini.

4) Malaysia juga perlu membatalkan semua lesen NGO dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti Freemason di negara ini.

5) Memutuskan hubungan dagang Malaysia-Israel yang dipersetujui secara sulit oleh kabinet dalam Kertas Kabinet bertarikh 20 Mac 1996. Kewujudan kertas ini turut disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Micha Harish dalam majalah Israel-Asia Trade bagi keluaran bulan Mac 1996.

6) Malaysia, Turki dan negara Islam lain menubuhkan satu jawatankuasa panel guaman khas secara bersama untuk mendakwa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), bukannya membiarkan Turki bersendirian melakukan pendakwaan ini.

7) Malaysia wajib menggesa mesyuarat tergempar OIC diadakan bagi mengambil ketetapan ke atas isu Palestin Israel termasuklah bagi menubuhkan pasukan pengaman OIC sendiri bagi melindungi kapal-kapal bantuan yang belayar ke Palestin dari serangan tentera rejim Israel.

8) Malaysia memimpin OIC bagi mendesak PBB mengenakan sekatan ekonomi ke atas rejim zionis Israel yang diketahui mempunyai program senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dalam bentuk senjata kimi dan Nuklear.

9) Malaysia juga wajib mendesak negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura serta negara Islam seperti Turki dan Mesir untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan Israel serta merta.

10) Malaysia juga harus menjadi negara pelobi utama gerakan anti Israel dan melobi negara Asean, China, Jepun, India dan negara Timur Tengah dan Afrika untuk menekan rejim Israel.

11) Malaysia juga harus memimpin gerakan untuk melobi sokongan untuk Palestin dan menjadikan negara ini sebagai hub pengumpulan dana bagi tabung bantuan Palestin di rantau Asean.

12) Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai Kerajaan Palestin yang sah bukannya wakil dari pergerakan Fatah dalam semua persidangan OIC dan program kerajaan-kerajaan dunia.

Persoalan besarnya, boleh ke UMNO BN Yahudi nak buat 12 perkara ini?? Rasanya memang sukar kerana UMNO dah lama bersekongkol dengayahudi..takka geng sendiri nak dilawannya...apapun., UMNO memang proksi yahudi..katalah gajah rimau sekalipun, fakta tak boleh diubah, Najib montel dan BN adalah proksi yahudi di asia tenggara ini..kalau nak saman saya, samanlah..boleh kita buktikan di mahkamah pula..

Fakta Jelas Yang Najib Montel Proksi Israel Laknatullah

Posted: 08 Jun 2010 03:49 AM PDT

Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu mengajak rakyat supaya menolak proksi zionis Israel di Malaysia sebagaimana dunia menolak kuasa haram itu di peringkat antarabangsa.

Antara proksi zionis Israel yang dinyatakannya ialah :

1) Proksi zionis Israel yang dimaksudkan adalah mereka yang terbabit melantik firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC) sebagai syarikat perunding komunikasi penuh dalam membantu kerajaan menjayakan wawasan Satu Malaysia walaupun firma tersebut dibuktikan umum mempunyai hubungan langsung dengan kuasa zionis Israel.

2) Tambahnya lagi, proksi yang dimaksudkan termasuk juga mereka yang terbabit membawa masuk dua agen perisikan ketenteraan Israel ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melalui firma Asiasoft (M) Sdn. Bhd seperti yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini.

3) Proksi lain ialah Najib montel yang dilihatnya tidak berani mengkritik Amerika Syarikat yang nyata bersikap bias pada zionis Israel.

Manakala menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula tidak ada gunanya Najib membentangkan usul mengecam zionis Israel di Dewan Rakyat semalam kerana Kabinet Malaysia secara rahsia masih menjalinkan perdagangan komersil dengan negara haram zionis itu.

Antara perdagangan komersil menurutnya ialah :

1) Sesiapa pun boleh memohon daripada kabinet Malaysia secara rahsia untuk apa jua komoditi yang mahu diperdagangkan dengan kerajaan haram zionis Israel ini," ujar beliau.

2) Kabinet Najib dilaporkan masih meluluskan perdagangan sejenis bahan kimia dengan negara haram tersebut secara rahsia sekitar Mac hingga April lalu.

3) Kabinet Najib juga secara rahsia dilaporkan masih bersetuju memperdagangkan minyak sawit kepada negara haram zionis Israel tersebut pada Mei lalu.

4) Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih menyimpan buku-buku penerbitan komersil zionis Israel di perpustakaan itu untuk tujuan perdagangan dan menggamit minat Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan negara zionis itu..

Nah Najib montel..memanglah koo ni spesis talam 2 muka..tak layak jadi pm negara yang didiami oleh umat islam ini...

Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen Sebijik Macam Mahkamah Universiti Pro BN

Posted: 08 Jun 2010 02:48 AM PDT

Hari ini, Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen yang membicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu 1Malaysia dengan konsep One Israel terpaksa ditangguhkan. Penangguhan ini kerana apabila Anwar meminta agar ahli parlimen dibenarkan hadir sebagai pemerhati dan dirinya diwakili peguam.

Tetapi oleh kerana permintaan anwar ini, maka jawatankuasa itu ditangguhkan kerana berlaku pertelingkahan dan dikatakan bercanggah dengan Peraturan Dewan 83 (7)(a) jawatankuasa hak dan kebebasan mempunyai hak membenarkan peguam kepada sesiapa yang dihadapkan kepadanya. Jawatankuasa berkenaan kemudiannya memutuskan bahawa peguam Anwar yang juga bekas ketua Majlis Peguam - S Ambiga dibenarkan hadir sebagai pemerhati tetapi beliau tidak benarkan mengambil bahagian.

Menurut Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata Anwar akan dipanggil semula pada tarikh yang ditentukan kemudian.

Paling menarik, jawatankuasa itu turut mengambil keputusan untuk mengarahkan firma perhubungan awam, Apco Worldwide datang ke Parlimen bagi memberi keterangan esok. Tentu persoalan sama ada Apco syarikat Israel atau tak, akan diketahui esok. Dan APCO sendiri disoal siasat oleh Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (PRK-Subang) yang menganggotai jawatankuasa itu bersama dengan 4 ahli Parlimen BN lain.

Pada perbicaraan ini nanti, Anwar akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel. Tapi kredibiliti Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen ini sebenarnya boleh dipertikaikan kerana hakimnya adalah Speaker sendiri dan bukannya hakim, manakala juri pula berat sebelah, 2 dari PR dan 4 dari BN. Jadi jawatankuasa ni tak ubah macam mahkamah Universiti, yang mana Timbalan Naib Canselor yang selalunya pro UMNO menjadi hakim, dan jurinya adalah pegawai HEP yang juga pro UMNO..sebab itulah bila seseorang mahasiswa dihadapkan ke mahkamah Universiti kerana sokong pembangkang, sudah pasti mahasiswa itu tahu hanya satu je keputusannya, buang universiti..

Samalah macam jawatankuasa ini..persoalannya, mana dia keadilan??

Kita Tunggu Khamis, Nak Lihat Sama ada PRK Kinabatangan Boleh Diadakan Atau Tak

Posted: 08 Jun 2010 02:04 AM PDT

Tentu berdebar-debar Bung..tunggu keputusannya hari khamis ini..kalau mahkamah kekalkan ko bersalah dan rayu lagi ke Mahkamah rayuan syariah..dan ko bung tetap kena penjara dan denda..yahooo, prk kecil akan diadakan di Kinabatangan..

Keputusan nikah Zizie, Bung Moktar, Khamis ini

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan 10 Jun ini untuk kes pengesahan dan pendaftaran pernikahan antara pelakon Zizie Izette dan suaminya, Bung Moktar Radin.

Pasangan itu hadir di mahkamah dengan ditemani peguam syarie, Zulkifli Che Yong dan Normawaddah pada jam 11.30 dalam kamar Hakim Kanan Syarie, Mohd Abdul Radzi Abd Latif.

Mereka memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan dan pendaftaran pernikahan pada 4 Jun lalu.

Dalam permohonan itu, pasangan berkenaan juga memohon pernikahan tersebut diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan selari dengan Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mereka bernikah pada 16 Disember tahun lalu di sebuah bumah banglo di Hulu Klang, Selangor Disember tahun lalu dengan mas kawin RM80 tunai dan hantar RM31,000.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan poligami tanpa kebenaran ke atas ahli parlimen Kinabatangan itu.

Bung Moktar juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran.

Najib Montel Bakal Digantung Keahlian Parlimen Kerana Berbohong??

Posted: 07 Jun 2010 11:30 PM PDT

Heret je si montel ini ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika dia benar-benar menipu di Parlimen. Gantung setahun kalau boleh..Kalaulah kes Anwar, tak sempat nak bersin, dah kena heret jawatankuasa tu walaupun BN gagal lawan hujah anwar.

Semalam najib kata yang lesen judi belum diluluskan dan ia keluar tajuk besar akhbar fitnah raktyat, Utusan. Tapi pada 12 Mei lalu, Berjaya milik vince tang beri notis kepada Bursa Malaysia yang menyatakan:

'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'

Jadi siapa yang berbohong??? mestilah si Najib montel..judi sukan tak beroperasi lagi sebab world cup 3 hari lagi..jadi memang najib talam 2 muka montel..memang suka berbohong..

Judi: Siapa berbohong - Najib atau BERJAYA?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'

Sesalinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka.

Muktamar 50 : Fokus Pakatan, Bukannya Perpaduang

Posted: 07 Jun 2010 10:08 PM PDT

Rasanya isu kerajaan perpaduan dah lapuk..baik timbulkan isu Pakatan Rakyat dan penambaikan 2 negeri PR..juga isu Dewan Himpunan Penyokong PAS serta jawatan Naib Presiden 4 buat muslimat..ini lagi penting..jika ada yang masih berdegil nak kerjasama dengan UMNO..barulah bangkitkan dalam muktamar..buat masa ni, macam takda je pemimpin PAS timbulkan isu ini...

Kerajaan perpaduan: Bukan isu tapi perwakilan PAS 'bebas' bangkit

KUALA LUMPUR, 8 Jun — PAS menganggap isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan PAS dan Umno-BN sejak selepas pilihan raya umum 2008 sudah selesai dan tidak akan menjadi antara agenda utama pada muktamar tahunan di Kelantan minggu ini.

Sebaliknya muktamar kali ini akan memberi tumpuan ke atas pendekatan memperkukuhkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, susulan hasil perbincangan mesyuarat tahunan DAP dan PKR baru-baru ini.

"Saya rasa tak akan timbul lagi... saya rasa (ia) sudah pun selesai, tak timbul lagi," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad ketika ditemui The Malaysian Insider ketika ditemui di sini.

Sehubungan itu kata beliau, pucuk kepimpinan juga tidak akan menghalang jika ada mana-mana perwakilan yang mahu membangkitkan semula isu berkenaan pada muktamar kali ini.

Malah katanya, PAS juga tidak akan menapis kandungan topik perbahasan para perwakilan.

"Isu itu tak timbul, kita (bersikap) terbuka," kata beliau lagi.

"Kami tidak akan tapis, mereka boleh menyentuh apa sahaja. Jika ada yang hendak membangkitkan... boleh, dan jika ada, kami akan menjawab... pemimpin-pemimpin akan menjawab jika ia disentuh.

"Jika ada perkara yang membabitkan lajnah saya, saya akan menjawab... tiada masalah," kata beliau.

Idris berkata, pihaknya menganggap perkara itu sudah selesai selepas pemimpin-pemimpin menjawabnya ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam, Jun lalu.

Sesi penggulungan ketika muktamar lalu dilihat menjadi 'panas' dengan isu kerajaan perpaduan.

Dalam ucapan dasarnya tahun lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat dan kerajaan Umno-BN sendiri menyokong gagasan kerajaan perpaduan yang dicadangkannya untuk menyelesaikan masalah negara yang berlaku.

"Semua pihak termasuk Pakatan Rakyat perlu memahami dahulu konsep secara terperinci kerana ini merupakan perkara yang baru di Malaysia dan untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

Antara lain, beliau menjelaskan bahawa PAS bergerak secara kolektif bersama Pakatan Rakyat kerana mempunyai tanggungjawab bersama untuk menangani krisis ekonomi, politik, global dan sosial yang berlaku di Malaysia.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk Hadi dan timbalannya.

Desakan Nik Aziz itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti berhubung isu kerajaan perpaduan walaupun dianggap sudah selesai Jun lalu.

Muktamar khas itu tidak diadakan, sebaliknya dilangsungkan seminar politik manakala jawatankuasa disiplin diarah menyiasat aduan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hasan Ali dan juga bekas timbalannya Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Saranan itu dikemukakan kira-kira empat bulan selepas pemilihan Jun 2009.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu menjadi perhatian semula sejak kebelakangan ini, sehingga kemungkinan dibangkitkan lagi dalam muktamar kali ini.

Ia antara lain ekoran penekanan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat

Isa pada majlis pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata Mac lalu.

Nasharudin dipetik berkata yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu PAS dan Umno terhenti di separuh jalan.

"Bagi sesetengah daripada kami, pendirian Nasharudin masih belum jelas (dalam isu kerajaan perpaduan).

"Isu kerjasama dengan Umno tidak ditangani dengan sepenuhnya," kata seorang lagi pemimpin PAS dengan merujuk kepada kenyataan Nasharudin yang menyentuh tentang hubungan PAS-Umno Mac lalu, pada majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun dalam penjelasan kepada The Malaysian Insider, menurut Idris, Nasharudin telah menjelaskan kepada pucuk kepimpinan konteks dan maksud ucapannya itu pada majlis tersebut.

Malah menurut Idris, konteks ucapan beliau telah disalahertikan sehingga menimbulkan suasana tidak senang di kalangan ahli parti.

Oleh itu tegas Idris, beliau berpendapat isu berkenaan bukan lagi satu agenda untuk dibangkitkan lagi.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Muslimat PAS pusat Nuridah Mohd Salleh ketika dihubungi memberitahu, sayapnya akan meminta pucuk kepimpinan parti meneruskan kerjasama politik dalam skop yang telah diterima bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, mengambil kira kekecewaan yang dialami PAS selama ini Dewan Muslimat tidak mahu kerjasama politik dengan pihak-pihak di luar Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kata beliau, PAS boleh mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak demi kesejahteraan rakyat jelata.

"Saya akan sentuh (dalam ucapan saya) berhubung peranan PAS dalam Pakatan Rakyat, kita sedia berbincang dengan mana-mana pihak tetapi bukan kerjasama politik, kecuali dengan komponen dalam Pakatan Rakyat... sebagaimana telah dipersetujui.

"Kita terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak untuk kesejahteraan rakyat, bukannya kerjasama politik," katanya lagi.

Tiada ulasan: