Selasa, 8 Jun 2010

IkutSukaAku - Isa

IkutSukaAku - Isa


Perkara "Taboo" Bagi Pasangan Melayu

Posted: 08 Jun 2010 04:19 PM PDT

Lu orang nak bedal dan bamboo gua... itu lu orang punya pasal..., tapi ini adalah pelajaran yang bermanfaat kepada pasangan suami isteri. Yang belum bernikah secara sah... jangan dok gatai nak baca... syooohhh.. pi main jauh2... toksah dok gatai meghelah... ha..ha..ha....

Selalunya... atau masih ramai lagi pasangan suami isteri terutamanya melayu amatlah taboo untuk berbicara soal ini walau dah berbelas tahun hidup bersama... gua pun tak tahu kenapa ekkk... berkemungkinan malu agaknya.. perkara ini juga menyumbang kepada ketidakpuasan pasangan masing2 dan penyebab berlakunya kes seperti suami nak poligami, makan luar, isteri cari jantan lain dan ntah apa2 lagi lah alasannya yang berakhir dengan perceraian...

Bunyi macam lucah... tapi satu perbincangan yang membina, disulami dengan gurau senda yang mungkin membuatkan lu orang terhibur dan ketawa sorang2...

Khusus untuk perbincangan orang2 dewasa sahaja... harap maklum.

Jom layan di sini... klik link.

Buat Pesakit Gout... Haji Hadi Wajib Baca..!!!

Posted: 08 Jun 2010 05:56 AM PDT

Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan.

Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang.

Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga.

Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal, yang lebih di kenali sebagai penyakit Batu Karang.

Ahaa... nanti kita sambung pula berkenaan penyakit Batu Karang dan Sifu Sheikh Teluk Intan Dan Laptopnya pasti ternanti2 cerita berkaitan penyakit Batu Karang ini.

Gua berharap tiada sesiapa yang pergi berjumpa bomoh untuk perawatan penyakit gout dan batu karang... nanti di katanya kena buatan orang.... aaahhhhaaaaaaaaa....ahahahahaha..... buta2 kena kencing dengan tok bomoh tu....

Sepol Azlan "Like Father Like Son's"... wakakakakaaa....

Posted: 07 Jun 2010 07:15 PM PDT



Ini posting dari blog che gu bard (di sini) kalau benarlah posting ini, jelas terserlah bahawa Sayfoooooooooool berasal dari keluarga porak peranda.. ayahnya suka berjudi.. bahkan sanggup buat apa saja.. termasuk lacurkan ibunya..

Jadi tak hairan kalau dia me'mak nyah'kan Sayfoooool...untuk tuduh Anwar liwat beliau..semua keterangannya di mahkamah..hanyalah tipu belaka..tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati..sama-samalah kita nantikan berakhir cerita konspirasi ini..semoga Allah tunjukkan, siapa yang dalang di sebalik ini..ini kisahnya...

Artikel di bawah dipetik dari email pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Dr.Hiadayah Jr. Semua dijemput membaca dan menilai tulisan tersebut. Saya minta sesiapa untuk cetak dan berikan artikel ini pada Saiful untuk bertanyakan kebenarannya.

Azlan Mohd Lazim (gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.

Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama.

Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.

Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insuran AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati. Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.

Halina meninggal beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten.

Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insurannya, begitu juga rumah mereka di yang beralamat di No 78, Jalan 7/6, Bandar Utama, Damansara, PJ. Hasil insuran ibunya juga, Saiful dan Tati mendapat RM2000 setiap orang setiap bulan. Saiful dan Tati bakal mendapat RM 1 juta setiap orang hasil insuran tersebut.

Tati, pada umur 19 tahun berkahwin dengan anak Tan Sri Sulaiman Sujak, bekas Panglima Tentera Udara. Mereka ada chalet di Terengganu, tetapi akhirnya bercerai.

Pada 17 Mei 2008, Saiful bertunang dengan Janna Shariza (sebelah Sayfooool, yang berambut perang), anak kepada Mumtaz Jaafar, bekas pelari pecut tahun 70'an. Ketika itu, Saiful beliau bertugas di pejabat Anwar. Mumtaz adalah setiausaha peribadi kepada Rosmah. Apabila mengetahui Saiful bekerja dengan Anwar, maka konspirasi pun dirancang melibatkan puluhan juta ringgit. Dan ketika ini, Azlan yang sudah lama menghilangkan diri muncul kembali.

Ingat, di awal rencana dinyatakan Azlan sanggup melakukan apa saja untuk mendapat wang, walau pun cuba memaksa isteri jadi pelacur. Menggunakan anak untuk memfitnah Anwar adalah peluang pendapatan lumayan bagi Azlan. Ketika inilah berlaku pertemuan di Putrajaya dalam bilik bacaan melibatkan Najib, Rosmah, Mumtaz, Saiful dan seorang lagi yang tidak dikenali.

Antara tugas upahan Saiful yang diberi oleh Najib ialah:
Mendapat maklumat dan fail mengenai MP Umno/BN yang ingin menyertai PR. (Dan dia berkaya menyeludup sekurang-kurangnya 5 fail kepada Najib).
Mengaku diliwat untuk menghalang Anwar dari bertanding dalam PRk Permatang Pauh
Mengaku diliwat bagi menghalang Anwar menjadi PM
Mengaku diliwat memastikan Anwar terpenjara.

Tidak lama selepas itu, iaitu pada 28 Jun, Saiful pun membuat laporan polis kononnya beliau diliwat. Dan pada ketika ini Azlan muncul di khalayak ramai, iaitu dalam masjid Wilayah dan berlagak sebagai 'Bapa Mithali'.

(Anehnya, pertunangan Saiful dengan Janna masih kekal walau pun Saiful mengaku diliwat).

Berapakah wang yang diperolehi oleh Saiful dan Azlan untuk melakukan kerja kotor ini? Allah Maha Kaya. Dengan petunjuknya, akan didedahkan kemudian.

Tiada ulasan: