Khamis, 10 Jun 2010

hamirdin

hamirdin


HARGA MERDEKA

Posted: 09 Jun 2010 07:12 PM PDT

Assalamualaikum,

Kita bersyukur kerana negara kita telah merdeka, sudah lebih setengah abad. Semua kita tahu bahawa kemerdekaan itu kita kecapi bukan dengan cara yang free dan mudah, tetapi juga dengan beberapa harga yang kita bayar. Merdeka daripada cengkaman penjajah tidak semestinya membebaskan kita daripada segala belenggu, tapi merdeka itu juga kadang kala memerlukan kita membelenggu diri sendiri dengan belenggu baru.

Sebabnya ialah apabila kita merdeka, kita telah menerima pakai konsep konsep yang dimajukan oleh revolusi Peranchis. Antara konsep yang kita terima pakai, ialah konsep warganegara. Dalam konsep ini mereka yang dikira berhak diberi satu pengiktirafan iaitu mereka dikira sebagai warga atau ahli kepada negara yang berkenaan. Apabila mereka dikira dan diterima sebagai warga, maka akan bergayut bersama dengan mereka hak hak yang dijamin oleh negara.

Sebelum merdeka, penduduk negara ini adalah rakyat. Tuan kepada negara ini ialah sultan sultan. Tetapi oleh kerana kuasa sebagai tuan ini telah diserahkan kepada penjajah, maka tuan ialah penjajah. Orang Melayu adalah penduduk teramai di Tanah Melayu, tetapi mereka adalah rakyat sehinggalah ke tarikh merdeka.

Apabila rakyat meminta semula status tuan kepada penjajah, maka harga yang telah ditetapkan oleh penjajah ialah mesti menerima pakai konsep warganegara. Apabila tok tok yang merundingkan kemerdekaan ini setuju dengan konsep tersebut, maka dengan sendirinya orang Melayu surrenderkan gelaran tuan tadi kepada gelaran warganegara. Dalam konsep warga negara ini, semua yang diiktiraf sebagai warganegara mempunyai hak yang sama yang ditentukan oleh perlembagaan. Artikel 153 perlembagaan Malaysia tidak mengubah sedikit pun konsep warganegara ini, ia hanya menyatakan beberapa keistimewaan orang Melayu.

Sebab itu dalam pilihanraya umum 1955, jumlah pengundi Melayu sangat tinggi, tetapi dalam pilihanraya selepas merdeka statistik ini berubah secara drastik.

Perlembagaan Malaysia tidak mengiktiraf siapa tuan Malaysia. Perlembagaan Malaysia mengiktiraf siapa warganegara Malaysia.

Yang ini pun tak boleh paham?

Tiada ulasan: