GoMalaysian |
| Ya, Berikanlah Apa Yang Orang Cina Mahukan Posted: 19 Jun 2010 02:50 AM PDT ![]() Ya, permintaan orang Cina tidak hanya terhad kepada judi bola sahaja. Itu hanya salah satu rayuan. Masih ada 17 rayuan lain, yang akan membawa kelebihan/kebaikan kepada Malaysia, Melayu dan Muslim. Mengapa kerajaan bertegas untuk menolak rayuan itu? NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin Judi: Kita juga kena jaga hak bukan Islam, kata Nazri KUALA LUMPUR, 19 Jun — Langkah pentadbiran Najib baru-baru ini untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan bertujuan "menghormati" hak-hak kaum bukan Islam negara ini, kata Datuk Seri Nazri Aziz. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu mengambil kira hak warganegara lain, bukan hanya golongan Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini. "Anda kena ingat negara tidak hanya milik golongan Muslim semata-mata. Ada juga kaum bukan Islam, sebagai contoh (mereka terlibat dalam) perjudian... ia adalah budaya mereka, cara hidup mereka dan kita perlu menghormati budaya mereka. "Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," kata Nazri (gambar) kepada The Malaysian Insider baru-baru ini. ************************************************************************************ Begitulah berita yang dilapokan oleh Malaysia Insider hari ini. Anda boleh membaca keseluruhan laporannya di http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/judi-kita-juga-kena-jaga-hak-bukan-islam-kata-nazri/. OK, Nazri telah mengingatkan kita bahawa Malaysia bukan hanya dimiliki oleh orang Melayu sahaja, tetapi juga orang Cina. Saya selesa dengan kenyataan tersebut kerana saya telah membincangkan isu ini sekian lama. Jadi kita harus menghormati keperluan, kehendak dan hak orang Cina bukan mempertahankan hak orang Melayu atau Muslim sahaja. Biar saya mencerita balik isu yang berlaku pada 16 Ogos 1999 apabila sebanyak 11 organisasi Cina telah menghantar memorandum yang mengandungi "17 kehendak pilihanraya" kepada kerajaan, iaitu 17 rayuan atau dinamakan Suqiu. 11 organisasi tersebut ialah United Chinese School Committees Association of Malaysia (atau digelar Dong Zong), the United Chinese Teachers Association of Malaya (Jiao Zong), the United Chinese Schools Alumni Association of Malaysia, Nanyang University Alumni Association of Malaysia, Taiwan Graduates Alumni Association of Malaysia, the Selangor Chinese Assembly Hall, the Federation of Guangdong Associations of Malaysia, the Federation of Guangxi Associations of Malaysia, the Federation of Sanjiang Associations of Malaysia, the Federation of Fuzhou Associations of Malaysia dan the Huazi Research Centre. Antara rayuan mereka ialah memperkenalkan dasar ekonomi yang lebih adil dan bersifat kepelbagaian kaum untuk memupuk perpaduan di antara kaum, pembangunan sekolah-sekolah Cina dan kampung baru Cina. Mereka juga menuntut supaya mengembalikan/memulihkan demokrasi berpelembagaan dan meningkatkan taraf pihak polis, menegakkan hak asasi manusia, memelihara hak wanita, pekerja dan orang asli dan menyediakan kemudahan perumahan untuk kesemua mereka. Selain itu, mereka juga menuntut kerajaan untuk membanteras masalah rasuah, meninjau semula dasar penswataan, melindungi persekitaran, mengubal akta ISA, dan mengembalikan kebebasan akhbar. Sebanyak 2,095 daripada 4,000 (jangkaan jumlah organisasi Cina berdaftar di Malaysia) organisasi Cina di seluruh Malaysia, tidak kira sebesar mana atau sekecil mana, telah menyokong 'rayuan' tersebut. MCA, Gerakan dan SUPP juga menyuarakan sokongan mereka terhadap 'rayuan' itu dan menghantar wakil mereka untuk membawa rayuan tersebut kedalam Kabinet atas nama organisasi tersebut. Presiden MCA, Ling Liong Sik, juga mengumumkan bahawa Kabinet telah kaji 'rayuan' itu dan telah melantiknya bertemu dengan organisasi yang terlibat. Dia juga mengatakan bahawa tidak timbul kontroversi atau rayuan itu ditolak oleh Kabinet. (The Star 23 September 1999). (Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai 17 rayuan Cina di sini: http://www.freeanwar.net/articles/article050101.html) Kini, mempertimbangkan judi bola juga merupakan salah satu rayuan orang Cina, jadi angkanya telah meningkat menjadi 18 rayuan seperti yang mereka katakan, dan kini kerajaan menasihati kaum Melayu dan Muslim supaya lebih peka terhadap keperluan orang Cina kerana kita tidak boleh hanya memikirkan orang Melayu atau muslim, maka kerajaan harus meneliti semula 17 rayuan yang terdahulu - yang saya mengangapnya 'rayuan yang mulia'. Ya, permintaan orang Cina tidak hanya terhad kepada judi bola sahaja. Itu hanya salah satu rayuan. Masih ada 17 rayuan lain, yang akan membawa kelebihan/kebaikan kepada Malaysia, Melayu dan Muslim. Mengapa kerajaan bertegas untuk menolak rayuan itu? Bahkan, kerajaan telah melabelkan mereka yang membuat 17 rayuan itu sebagai pro Komunis dan pengkhianat negara. Pemuda UMNO juga menyerang bangunan Chinese Assembly Hall di Kuala Lumpur dan mengancam untuk membakarnya sekiranya orang Cina tidak menarik balik 17 rayuan mereka. Kenapa mereka yang menyuruh kerajaan untuk mengatasi masalah rasuah, memulihkan demokrasi berperlembagaan dan mengembalikan keprofesional pihak polis, menegakkan hak asasi manusia dan keadilan, menegakkan hak-hak perempuan, pekerja dan orang asli, menyediakan perumahan untuk semua, untuk meninjau kembali dasar swasta, melindungi alam persekitaran, mengharamkan ISA, menjaga kebebasan akhbar, dan lain-lain, dianggap sebagai Komunis dan pengkhianat negara? Jadi, kini kerajaan mahu mendengar kehendak orang Cina sehingga meluluskan judi bola seperti mana yang dituntut oleh mereka mahu, mari kita meninjau kembali 17 permintaan itu dari orang Cina, dimana permintaan itu jauh lebih baik daripada perjudian, dan membenarkan kesemua kehendak itu juga. Original Post: http://malaysia-today.net/ |
| Judi Bola : Adakah Ia Patut Dihalalkan? Posted: 18 Jun 2010 08:20 PM PDT ![]() Tun Mahathir mengatakan judi adalah budaya orang Cina, jadi kita harus menghalalkan judi bola supaya Kerajaan boleh memperolehi keuntungan daripada tax ke atas judi bola, tetapi apa kata orang Cina mengenai isu ini? Biar saya membuat satu rumusan disini mengenai siapa yang sokong dan siapa yang bantah setakat ini: Sokong Judi Bola: 1) Tun Mahathir Dr M: Make sports betting legal 2) BN - MCA MCA backs legal sports betting 3) Datuk Seri Nazri Aziz Legal sports betting 'respects' non-Muslims' rights, says Nazri Bantah Judi Bola: 1) Pakatan Rakyat 2) Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang 3) Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah 4) Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor 5) Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan 6) Kerajaan Barisan Nasional Johor 7) Kerajaan Barisan Nasional Sarawak Apa kata pula ounguntan suara di surat akhbar utama Malaysia? 1) The Star ![]() Should Sport Betting legalised in Malaysia? Yes 51% No 29% Perhaps - Study need to be done 20% Total Votes: 11,169 votes http://polls.thestar.com.my/polls/result.asp?id=226&cid=2&cdesc=News 2) Nanyang.com ![]() Adakah anda bersetuju jika Judi Bola dilaksanakan? Ya 9.43% Tidak 90.21% Jumlah Undi: 35,056 http://beta.nanyang.com/Poll/PollResult.asp?secID=221&Catid=0&pollid=22 3) Kwong Wah Newspaper ![]() Judi Bola dihalalkan, Kebaikan lebih daripada keburukan? Ya 46% Tidak 54% Jumlah Undi: 435 http://www.kwongwah.com.my/poll/122.html 4) The Edge Will legalised Sport Betting reduce illegal betting?It encourage more gambling 49.5% Yes, It will 30% No, It won't 20.5% Total Votes: 1731 votes http://www.theedgemalaysia.com/component/poll/115-will-legalised-sports-betting-reduce-illegal-betting.html |
| You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan