From Perak With Love |
- Anwar Bidas Wartawan RTM Kurang Ajar
- Tarikh PRU 13 'Mengejutkan Semua Pihak'
- 3 Orang 'Z' yang Bangang!
| Anwar Bidas Wartawan RTM Kurang Ajar Posted: 16 Jun 2010 11:23 PM PDT Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 17 Jun: Gara-gara mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan klip video berhubung sogokan RM2 juta yang membabitkan beberapa Ahli Parlimen Bebas sebagaimana yang dicabar oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohammed Hashim, seorang wartawan RTM yang dikenali sebagai Tukimin dinasihatkan supaya bersikap lebih profesional. "Kamu (Tukimin) tak jadi menteri lagi pun, kamu sudah begini. Sudah habis bertanya soalan, sudah habis tanya soalan, ok...kamu diam," kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang beliau kenali secara peribadi jauh lebih berakhlak dan beradab ketika berkomunikasi dengan beliau jika dibandingkan dengan wartawan terbabit. Disebabkan nasihat Anwar itu, wartawan terbabit terus berlagak agresif dan memperkecilkan nasihat Anwar lalu meninggalkan sidang media tersebut. Sebelum pada itu, Anwar didesak bertalu-talu untuk menjelaskan secara spesifik bila beliau bersedia menyahut cabaran Zahrain sebagaimana dibuat di Dewan Rakyat, semalam. Menjawab soalan itu, Anwar meminta wartawan terbabit mendedak RTM menyiarkan dahulu klip video konspirasi melantik hakim yang membabitkan Peguam VK Linggam sebelum ini. Ini kerana, menurut Anwar, RTM tidak pernah profesional dalam mendedahkan kepincangan para pemimpin Umno BN dalam mentadbir negara. Sehubungan itu, beliau berkata, soalan berunsur provokasi oleh wartawan terbabit tidak seharusnya dilayan. "Saya yang menentukannya (klip video RM2 juta), saya akan tetap mendedahkannya kelak. Kamu diam dan saya tidak perlu layan provokasi RTM," tegasnya. Turut menyertai Anwar ialah Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Pokok Sena), Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau). Sent From My iPad |
| Tarikh PRU 13 'Mengejutkan Semua Pihak' Posted: 16 Jun 2010 07:41 AM PDT Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau. Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak". Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di Tumpat hari ini, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya. "Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," katanya mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya kerana tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lalu. Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri. Sent From My iPad |
| Posted: 16 Jun 2010 05:50 AM PDT Masa lepak-lepak dengan member, dia cakap dia cukup panas hati dengan 3 ekoq Z. Dia kata kalau dia jumpa 3 Z ni dia nak maki hamun cukup-cukup. Dasar pengkhianat dan perompak!! Aku pun tanya dia kenapa marah sangat. Sapa 3 Z tu? Rupa-rupanya 3 Z tu ialah : Zahrain Zul Noordin Zambry Mugabe kah kah kah Aku kata betui jugak 3-3 orang tu memang pengkhianat dan perompak wang dan harta rakyat! Kalau jumpa 3 Z ni, baling kasut jamban kah kah kah Sent From My iPad |
| You are subscribed to email updates from From Perak With Love To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan