Khamis, 10 Jun 2010

From Perak With Love

From Perak With Love


Najib Terus Berbohong Mengenai Judi?

Posted: 10 Jun 2010 01:36 AM PDT



JUDI: SIAPA BERBOHONG – HAJI NAJIB ATAU HAJI VINSETAN?

Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Sabarlah Wahai Chua Jui Meng, ini lah Pengorbanan Berjuang bersama Pakatan Rakyat!

Posted: 09 Jun 2010 10:03 PM PDT

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".

Terharu...Rosmah Mansor Menangis ketika berucap...

Posted: 09 Jun 2010 09:36 AM PDT

Oleh : Anak Sungai Derhaka


Air Mata Plastik ialah satu istilah yang pernah digunakan dalam filem yang berjudul 'Kembara Seniman Jalanan' yang pernah ditayangkan dipawagam pada sekitar penghujung 80an kalau tak silap aku.. Maksudnya ialah seperti Bunga Plastik, ianya kelihatan seperti bunga sebenar walaupun ianya adalah palsu, begitulah juga dengan Air Mata Plastik ini, kelihatan seperti benar hakikatnya ianya adalah palsu. Ianya terhasil dari lakonan..

Air mata Plastik.. Itulah jenis air mata yang mengalir keluar dari mata Bini Najib, Rosmah Mansor yang kononnya sangat tersentuh dan naluri keibuannya bila membicarakan tentang sembilan orang rakyat Turki yang terbunuh akibat kekejaman Regim Zionis.



Beliau dirakamkan mengesat air mata oleh jurugambar dari Bernama yang berada di rumah Duta Turki ke Malaysia Serap Attay di Langgak Duta dimana Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak AS$45,000 (RM149,709) kepada keluarga sembilan rakyat Turki yang dibunuh tentera Israel dalam insiden kapal 'Mavi Marmara' minggu lepas.

Rosmah Mansor seorang isteri Perdana Menteri yang penuh penuh dengan naluri keibuan menangis bila mengenangkan nasib para sukarelawan yang terbunuh ditangan Komando Israel itu. Beliau dikatakan penuh dengan naluri seorang ibu walaupun beliau tidak datang menjenguk cucu sendiri yang baru dilahirkan..

Menangis konon… tak perlu nak berpura-pura simpati terhadap mangsa yang terbunuh tu..

Jangan jadi HIPOKRIT!!

Kematian orang yang berada nun jauh di Turki yang dia sendiri tidak pernah kenal dia tangisi.. mereka yang dibunuh berada beribu-ribu batu dari Malaysia. Mereka yang dibunuh bukanlah mereka yang mengenali Rosmah dari kecil lagi..

Yang mengenali Rosmah sejak dari kecil lagi ialah Ibu Saudaranya sendiri iaitu Allahyarhamah Sofiah Katas, kematiannya akibat dibunuh secara kejam sewajarnya ditangisi Rosmah..

Tetapi kematian Ibu Saudaranya itu yang dibunuh dengan secara kejam bersama tiga yang lain bukan saja tidak ditangisi malah untuk menjenguk jenazah merekapun dia tidak sudi.. sedangkan jarak dari Kuala Lumpur ke Kampung Batang Rokan, Gemenceh, Negeri Sembilan itu tak sampaipun 200 Batu rasanya..

Demi meraih populariti Rosmah Mengalirkan Air Mata Plastik dihadapan kamera..


Berita pembunuhan sila baca di SINI.


Sumber yang mengatakan Allahyarhamah Sofiah Katas itu Ibu Saudara Rosmah sila baca di SINI..

Berita Rosmah tidak menjenguk cucu sendiri sila baca di SINI




LovePerak : hahaha...aku taktau nak komen ape la...cucu dan anak sendiri pun dibuang...naluri keibuan konon...hahaha

Najib "Munafik Politik" - Mahfuz

Posted: 09 Jun 2010 09:05 AM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai munafik politik walaupun Perdana Menteri itu kelmarin telahpun membentangkan usul khas di Dewan Rakyat mengecam tindakan Zionis-Israel menghalang armada kemanusiaan masuk ke Gaza minggu lepas.


Kecaman Mahfuz itu gara-gara sebuah kapal misteri bernama Zim Genova milik Zim Israel Nevigation Company dilaporkan berlabuh di Perlabuhan Klang sejak semalam, sebagaimana dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Usul Perdana Menteri di Dewan Rakyat menunjukkan kemunafikan politik Najib kerana semalam Najib bersama-sama Ahli Parlimen Umno BN mengecam keganasan Israel tetapi, pada masa yang sama menjalinkan perdagangan komersial dengan negara haram itu.

"Dia (Najib) bersikap munafik dengan agamanya (Islam), munafik dengan bangsanya (Melayu) dan munafik seluruh rakyat dunia dan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan media di Lobi Parlimen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pendedahah tersebut sekaligus hampir menjawab pendedahannya semalam di Dewan Rakyat, iaitu kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) didakwa masih menjalinkan perdagangan komersial secara rahsia dengan negara haram Israel sebagaimana yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammed sejak 20 Mac 1996 lalu.

Ekoran kapal misteri itu juga, menurut beliau sekaligus hampir menjawab dua dakwaannya sebelum ini, iaitu kerajaan Malaysia terbabit membekalkan bahan kimia dan minyak kelapa sawit ke negara haram tersebut sejak Mac lepas.

Dari segi yang lain, beliau mendesak kerajaan mendedahkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit yang membekalkan komiditi tempatan pada Israel.

"Saya cabar Najib jelaskan di Parlimen berhubung siapa pembekal minyak sawit negara kepada negara haram itu kerana hanya Sime Darby dan Felda sahaja terbabit dalam perladangan komersial itu."

"Dua-dua (Sime Darby dan Felda) adalah GLC, Najib tak perlu bermunafik dengan saya," sindir beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, sifat munafik Najib sudah tentu mengguris para peneroka dalam kedua-dua GLC tersebut sekiranya para peneroka terbabit tahu realiti sebenar sifat munafik Najib, Umno dan BN.

Dalam perkara berkaitan, beliau turut mempersoal peranan kerajaan dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan tanah air.

"Takkan radar kapal selam Najib tak boleh kesal kapal milikan Israel ini sedangkan kapal ini bukan ada di dasar laut, wartawan Utusan pun boleh kesan," sindir beliau lagi.

Tuntas dari itu, beliau meminta Najib membentangkan semula usul mengecam zionis Israel dalam masa terdekat tanpa berwajah munafik seperti sekarang.

"Tidak ada Kerajaan Perpaduan - TG Nik Aziz

Posted: 09 Jun 2010 08:35 AM PDT

Isu idea kerajaan perpaduan yang mendominasi muktamar tahunan PAS lalu dua tahun berturut-turut kemungkinan besar tidak akan mendapat tempat kali sambil Abdul Aziz Nik Mat pula menegaskan, pihaknya tiada minat langsung untuk menerokai usaha tersebut.

"Tidak," kata Nik Aziz dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau, kebimbangan mengenai isu kerajaan perpaduan pernah wujud di peringkat awal selepas pilihan raya umum 2008 dan ketika Pakatan Rakyat dibentuk, tetapi kini tidak, di mana usaha ditumpukan untuk memperkukuhkan ikatan PAS-DAP-PKR itu.

Tolak Proksi Israel di Malaysia - Mat Sabu

Posted: 09 Jun 2010 07:54 AM PDT

Rakyat perlu tolak proksi zionis Israel di Malaysia

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 8 Jun: Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar)mengajak rakyat supaya menolak proksi zionis Israel di Malaysia sebagaimana dunia menolak kuasa haram itu di peringkat antarabangsa.

"Kalau zionis Israel yang jauh pun kita sebagai rakyat menyertai dunia mengecam kuasa haram itu di Dewan Rakyat dan di jalan raya, sepatutnya kita perlu menolak proksi-proksi mereka ini yang ada dekat di dalam negara," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, proksi zionis Israel yang dimaksudkan adalah mereka yang terbabit melantik firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC) sebagai syarikat perunding komunikasi penuh dalam membantu kerajaan menjayakan wawasan Satu Malaysia walaupun firma tersebut dibuktikan umum mempunyai hubungan langsung dengan kuasa zionis Israel.

Tambahnya lagi, proksi yang dimaksudkan termasuk juga mereka yang terbabit membawa masuk dua agen perisikan ketenteraan Israel ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melalui firma Asiasoft (M) Sdn. Bhd seperti yang dilaporkan oleh beberapa media sebelum ini.

Bagi beliau, selagi rakyat tidak menggunakan ruang demokrasi dengan menolak para pemimpin Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak, selagi itu negara akan terus dipimpin oleh mereka yang nyata mengikut telunjuk Amerika Syarikat serta seakan memelihara kepentingan negara haram Israel.

Beliau seakan turut menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dilihat tidak berani mengkritik Amerika Syarikat yang nyata bersikap bias pada zionis Israel.

"Malaysia baru sehari dua ini bercinta dengan Barrack Obama, sebab itu Perdana Menteri kita kurang menyerlah berbanding Amerika Syarikat yang nyata melindungi kepentingan negara Israel sekian lama," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan para pemimpin negara-negara umat Islam supaya tidak sekadar mencari populariti dengan bersandiwara menentang zionis Israel ekoran bantuan kemanusiaan sedunia dihalang masuk ke Gaza baru-baru ini.

"Tiba-tiba saja kita mendengar pemimpin itu dan ini menjadi juara menentang zionis hingga tenggelam kuasa-kuasa yang lantang seperti Iran dan Venezuela kerana populariti, sedangkan mereka ini ada yang diam-diam menyokong dasar-dasar Amerika dan Israel," jelasnya lagi.

Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa segelintir pemimpin Umno BN terbabit sanggup menggadai kepentingan negara demi memelihara kepentingan bersama Amerika Syarikat serta negara haram Israel sekiranya mereka terus menjadi kerajaan di Malaysia.

Lawak : Rafidah Kata Kenyataan Ibrahim Katak 2 Sen, Perkasa Pula Kata Rafidah Wanita Bernilai Kurang 2 Sen..

Posted: 09 Jun 2010 05:57 AM PDT

Hari ini, Majlis Perundingan Melayu (MPM) telah menempelak Tan Sri Rafidah Aziz dengan mendakwa Bekas Ketua Wanita UMNO itu menghina orang Melayu dengan menyamakan pandangan mereka sebagai "hanya berharga dua sen". Mereka turut mendesak bekas anggota Kabinet pusat memohon maaf secara terbuka.

Gabungan badan-badan bukan kerajaan (NGO) itu turut mendakwa kenyataan Rafidah telah memperlekehkan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera dalam mengemukakan tuntutan mereka menerusi kongres diadakan bulan lalu.

Ini semua gara-gara temu bual Rafidah dengan The Malaysian Insider minggu lalu, yang mana Rafidah menggesa kaum Bumiputera supaya memfokus terhadap aspek pertumbuhan dalam MEB tanpa hanya cuba mengetengahkan agenda peribadi sendiri.

Beliau menyifatkan mereka yang menentang inisiatif MEB sebagai tindakan yang boleh mengakibatkan kesan buruk dan golongan berfikiran sempit.

"Kumpulan-kumpulan seperti Perkasa, mereka hanya melihat MEB menerusi satu perspektif. Mereka menganggap ia sebagai hak mereka untuk meletakkan (pandangan) dua sen (dalamnya) tetapi ini boleh menyebabkan kesan berlawanan," kata Ahli Parlimen Kuala Kangsar ini.

"Saya juga seorang Bumiputera tetapi yang pertama dan paling penting sekali, saya percaya kita perlu mencapai pertumbuhan terlebih dahulu sebelum kita mengetengahkan agenda Bumiputera," kata bekas ketua Pergerakan Wanita Umno ini.

Malah menurut Rafidah, tentangan hebat yang datang daripada kumpulan seperti Perkasa tidak menggambarkan pandangan keseluruhan orang Melayu negara ini.

"Hanya media memberikan liputan kepada seorang. Jika anda bercakap kepada semua dalam Perkasa, saya pasti anda akan mendapati bahawa bukan semua berkongsi pandangan yang sama sebagaimana dikatakan oleh presiden mereka (Datuk Ibrahim Ali)," katanya.

"Ibrahim Ali hanya satu orang. Bukan semua mahu berkongsi pandangan yang sama seperti pemimpin mereka," katanya.

Ini tempelak Rafidah buat Ibrahim Ali. Memang jelas yang Ibrahim Ali cuba politikkan isu itu kononnya umat melayu terancam dengan MEB. Apapun ucapan Berahim ini tak lain untuk survival UMNO, bukannya kepentingan melayu. Ada perkara MEB yang baik seperti membantu orang miskin untuk memulakan perniagaan. Tapi oleh kerana politik perkauman, maka Berahim terus minta MEB ini dibatalkan. Apapun, jom kita tengok sikap melentinganya pemimpin Perkose apabila pandangan Berahim Ali dikatakan sebagai pandangan 2 sen. Sampaikan sanggup ada yang kata Rafidah Aziz sebagai wanita bernilai kurang 2 sen..memang kurang ajar..

1) Pengerusi Perkasa Selangor, Abdullah Mansor

Beliau menegaskan yang kenyataan Rafidah itu merupakan satu bentuk "penghinaan" kepada orang Melayu

"Dalam hal ini, bukan Perkasa atau Datuk Ibrahim yang bernilai dua sen, tetapi sebenarnya Rafidah yang bernilai kurang dua sen," katanya

"Sebenarnya Rafidah yang bernilai dua sen, bukan kami... saya berpandangan bahawa kenyataan ini tidak harus datang daripada seorang bekas menteri," katanya.

2) Naib Presiden Perkasa, Dr. Zubir Harun

Beliau mengecam Rafidah dengan memberitahu seluruh orang Melayu harus bersyukur kepada Allah kerana Rafidah tidak dilantik menjadi menteri dan telah ditolak oleh Wanita Umno sebagai ketua.

"Rafidah perlu sedar bahawa ramai Melayu sangat meluat melihat Melayu liberal yang sudah menikmati kekayaan dan kini tidak lagi ingin mempertahankan bangsa Melayu," katanya.

Kah..kah teruskan bergaduh..biar sesama UMNO bergaduh..dua-dua pentingkan periuk nasi mereka..bukannya orang melayu...jangan percaya kat golongan kiasu gila ini...

Bina Parlimen di Putrajaya Kerja Bodoh!

Posted: 09 Jun 2010 04:47 AM PDT

Oleh : C++

Memang macam gampang.... tak pasai-pasai gua kuar ayat maki nih.... mana tak macam gampang... kata negara nih akan bangkrap .... konon tak lama lagi bangkrap la... Idris Jala yang cakap.... gila babat punya hutang bertimbun... alih-alih ader plak cadangan bangang macam gampang yang nak bina bangunan Parlimen baru di Putrajaya...

Aper kejadahnyer nak bina bangunan Parlimen yang baru... buat mengabiskan duit jer... bukan duit mak bapak PM .. tapi duit kita semua sebagai pembayar cukai... ini statement macam gampang nih.. anak haram jadah mana yang buat keputusan memandai nih.... bangsat betul la....

Woi... giler aper dalam keadaan gawat nih nak buat bangunan Parlimen yang baru... lu ingat buat bangunan Parlimen nih macam buat tandas awam ker... murah.... pastue kena pangkah... Paling kurang mau beratus juta terbang.... silap-silap boleh jadi macam kes PKFZ dulu tue....

Ini cadangan nak pindahkan bangunan Parlimen nih... anak gampang mana yang punya idea nih.... macam celaka jer... sure dier dok pikir berapa banyak yang akan masuk kocek kroni dier nih.... bangsat betul la...

Woi... Parlimen England tak pernah pun berubah kedudukan dier.... walaupun dah beratus tahun.... tempat yang sama... design still Gothic lagie.... okey jer... takder masalah pon... ini aper pasai anak gampang mana tah buat cadangan pindahkan bangunan Parlimen ke Putrajaya...

Gua dengar khabar.. konon bajet dier sekitar RM800 juta... tapi gua tak percaya... biasanyer projek mesti overrun... kurang-kurang sekali ganda... sure tak pasai-pasai nanti jadi RM1.6 Bilion.... kalu jadi camnie... memang la memang.... macam gampang....

Tiada ulasan: