Selasa, 8 Jun 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


APCO: Sidang panel Parlimen ditangguh, bincang permohonan Anwar

Posted: 08 Jun 2010 02:15 AM PDT

"KUALA LUMPUR, 8 Jun — Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, yang bersidang bagi menyiasat dakwaan bahawa APCO dilantik pentadbiran Najib ada hubungan dengan Yahudi, menerima permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau dibolehkan diwakili seorang peguam.

Bagaimanapun panel itu akan mendengar dan menghalusi permohonan Ketua Umum itu kemudian.

Justeru, sesi pendengaran hari ini ditangguhkan ke tarikh baru yang akan ditentukan kemudian.

Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar selepas keluar dari dewan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Hari ini lebih kepada perkara prosedur. Saya meminta kehadiran peguam ketika prosiding dan walaupun ia diterima, tetapi tiada keputusan yang jelas mengenai peranan peguam (yang dilantik).

"Jadi adalah sukar bagi kami untuk meneruskan (prosiding), maka Speaker berbaik hati untuk mengatakan bahawa jawatankuasa memerlukan masa untuk menghalusi perkara ini," kata Anwar kepada pemberita."

Sepenuhnya di sini.

4 wakil Hamas sertai Muktamar PAS

Posted: 08 Jun 2010 01:58 AM PDT

"KOTA BHARU, 8 Jun: Empat wakil Hamas bakal hadir ke Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Jun ini di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini.

Juga dijangka akan hadir ialah tetamu jemputan dari Maldives dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) serta beberapa tokoh Islam dari luar negara.

Pengarah Muktamar PAS ke-56, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), berkata kehadiran tetamu luar amat dialu-alukan terutama dalam isu Palestin yang kini hangat diperkatakan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan perjalanan muktamar yang bakal berlangsung dua hari lagi.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu satu usul tergempar berhubung sokongan PAS terhadap pergerakan Palestin akan dikemukakan.

Menyentuh tentang perjalanan muktamar, katanya ianya akan dimulai oleh muktamar dewan-dewan bermula pada 10 Jun ini."

Sepenuhnya di sini.

Pergelutan kuasa dalam parti

Posted: 07 Jun 2010 09:46 PM PDT

"Kehilangan lapan kerusi DUN oleh SUPP dalam pilihan raya negeri pada tahun 2006 telah mencetus pergelutan kuasa dalam parti itu sendiri. Dari tahun 2007 hinggalah tahun 2009, Wong Soon Koh menggunakan pelbagai taktik untuk menghapuskan puak musuh dalam parti dan memperkukuhkan kedudukan dirinya dalam parti. Tindakan ini tidak dihalang, malah George Chan selaku Presiden hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri.

Dari pergelutan kuasa dalaman parti, hinggalah pengabaian kepentingan rakyat, memberhentikan peruntukan, mendiamkan diri apabila berdepan dengan dasar yang tidak memihak kepada masyarakat Cina, bahkan menghalang pembangkang untuk bersuara."

Sedutan dari sini.

Kabinet Najib masih amalkan polisi ‘pro-Israel’

Posted: 07 Jun 2010 07:55 PM PDT

"Katanya, perdagangan komersil dengan rejim haram Israel masih terjalin sehingga kini sebagaimana yang diperkenalkan sejak Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri Malaysia dahulu.

"Sia-sia usul kecaman zionis Israel kerana bagi saya bahawa Najib masih meneruskan polisi yang ditinggalkan oleh Tun (Dr Mahathir) iaitu sesiapa pun boleh memohon daripada kabinet Malaysia secara rahsia untuk apa jua komoditi yang mahu diperdagangkan dengan kerajaan haram zionis Israel ini," ujar beliau.

Mahfuz yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat berkata, kabinet Najib dilaporkan masih meluluskan perdagangan sejenis bahan kimia dengan negara haram tersebut secara rahsia sekitar Mac hingga April lalu.

Tidak cukup dengan itu, katanya kabinet Najib juga secara rahsia dilaporkan masih bersetuju memperdagangkan minyak sawit kepada negara haram zionis Israel tersebut pada Mei lalu.

Sehubungan itu, Najib dicabar menafikan kedua-dua pendedahan tersebut atau diminta menghentikan sikap hipokrit dalam isu keganasan zionis Israel dalam menghalang bantuan kemunusiaan sedunia ke Gaza yang sedang dikecam oleh dunia dan rakyat Malaysia sekarang."

Sepenuhnya di sini.

Kerajaan perpaduan: Bukan isu tapi perwakilan PAS ‘bebas’ bangkit

Posted: 07 Jun 2010 06:30 PM PDT

"KUALA LUMPUR, 8 Jun — PAS menganggap isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan PAS dan Umno-BN sejak selepas pilihan raya umum 2008 sudah selesai dan tidak akan menjadi antara agenda utama pada muktamar tahunan di Kelantan minggu ini.

Sebaliknya muktamar kali ini akan memberi tumpuan ke atas pendekatan memperkukuhkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, susulan hasil perbincangan mesyuarat tahunan DAP dan PKR baru-baru ini.

"Saya rasa tak akan timbul lagi... saya rasa (ia) sudah pun selesai, tak timbul lagi," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad ketika ditemui The Malaysian Insider ketika ditemui di sini.

Sehubungan itu kata beliau, pucuk kepimpinan juga tidak akan menghalang jika ada mana-mana perwakilan yang mahu membangkitkan semula isu berkenaan pada muktamar kali ini.

Malah katanya, PAS juga tidak akan menapis kandungan topik perbahasan para perwakilan.

"Isu itu tak timbul, kita (bersikap) terbuka," kata beliau lagi.

"Kami tidak akan tapis, mereka boleh menyentuh apa sahaja. Jika ada yang hendak membangkitkan... boleh, dan jika ada, kami akan menjawab... pemimpin-pemimpin akan menjawab jika ia disentuh."

Sepenuhnya di sini.

Anwar Desak Najib Jelaskan Isu Lapangan Minyak

Posted: 07 Jun 2010 06:23 PM PDT

"Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendesak kerajaan UMNO-Barisan Nasional untuk menjelaskan kepada rakyat kenapa ia menyerahkan tuntutan ke atas pelantar minyak bernilai lebih RM 320 bilion kepada Brunei.

Anwar akan meminta penjelasan itu di Parlimen esok kerana hasil rundingan isu dua pelantar minyak berkenaan dan tuntutan Brunei ke atas Limbang tidak dilakukan secara telus walaupun ia membabitkan kepentingan nasional.

"Saya akan respon kenyataan Menteri Luar mengenai Blok L dan M ini kerana kita ada maklumat tepat di bawa hujah tetapi tidak cukup waktu hari ini untuk saya ulas".

"Itu adalah perkara serius juga kerana nampaknya buat pertama kali pengakuan bahawa isu itu sememangnya dipertikaikan, dia menyerah kepada Brunei tanpa membuat apa-apa pengumuman" tambahnya lagi.

Anwar berkata Perdana Menteri Najib Razak harus tampil member penjelasan kerana beliau adalah timbalan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bersetuju menyerahkan dua pelantar minyak itu pada tahun 2009."

Sepenuhnya di sini.

Tiada ulasan: