Isnin, 7 Jun 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Bacalah gambar ini .....

Posted: 07 Jun 2010 07:45 AM PDT

"Tiny tar balls began washing up at Fort Walton Beach, Fla., over the weekend, marking the farthest east the oil has been detected. Okaloosa County Public Safety Director Dino Villani said lifeguards on Saturday's first patrol found a "very minor" set of fingernail-size tar balls on the western edge of Okaloosa Island."

Sumber di sini.

Panaskah Telinga Mereka pada 11-13 Jun ....?

Posted: 07 Jun 2010 06:15 AM PDT

Akan panaskah telinga-telinga mereka dalam
Muktamar PAS ke-56, pada 11-13 Jun ini?

Anwar terus dedah agenda jahat Umno BN

Posted: 07 Jun 2010 04:53 AM PDT

"KULIM, 7 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah setiap kampung dan daerah bagi menjelaskan kepada rakyat agenda jahat dan keburukan Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, esok.

Menurutnya, segala kejahatan dan keburukan yang sekian lama menjadi amalan kepimpinan Umno dan BN harus terus dirobek dan dimaklumkan kepada rakyat supaya mereka mendapat penjelasan yang sebenar mengenai tindak-tanduk pemimpin negara.

"Banyak perkara yang tidak direlakan oleh rakyat telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan yang ada sekarang. Arak dan judi semua ini membawa kesan negatif yang merosakkan akhlak dan kesejahteraan hidup rakyat, mereka tidak pedulikan walaupun ada bantahan dan bangkangan.

"Yang lebih teruk ialah sikap mereka yang tidak mempedulikan kritikan dan pembongkaran yang telah dibuat dalam Parlimen bahawa mereka mempunyai hubungan dengan negara Israel."

Sepenyhnya di sini.

Aduusss, pataahhh! Tak boleh masuuk ....?

Posted: 06 Jun 2010 11:35 PM PDT

Aduusss, pataahhh! Tak boleh masuuk piala duania ....?

Jawatankuasa Disiplin antara dibincang pada Muktamar PAS

Posted: 06 Jun 2010 09:27 PM PDT

"Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden PAS pernah mengutarakan cadangan agar keanggotaan jawatankuasa itu dipilih dari kalangan bukan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Ianya bagi mengelak sebarang tanggapan negatif semua pihak dan mahu jawatankuasa bukan sahaja membuat hukuman adil, tapi dilihat adil.

Selain isu jawatankuasa disiplin, isu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) turut akan diperbahaskan merangkumi aspek kedudukan dan ruang lingkup anggota dewan itu di dalam parti.

Isu-isu lain yang turut sama akan menghangatkan perbahasan termasuk isu perkhidmatan firma perunding APCO Worlwide dijangka turut akan menjadi perbahasan hangat perwakilan muktamar.

Selain APCO, isu kelulusan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia 2010 juga dikatakan bakal menjadi topik hangat perbahasan.

Ianya ekoran kerahan besar-besaran rakyat oleh Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) untuk Himpunan 100,000 Rakyat pada 3 Julai ini yang menuntut penyertaan seluruh ahli dan penyokong PAS."

Sepenyhnya di sini.

Mufti Selangor : Judi Harus Diperangi

Posted: 06 Jun 2010 05:30 PM PDT

"Mana-mana orang Islam yang menghalalkan kegiatan judi wajib ditentang kerana telah melakukan jenayah kepada agama dan ummah, begitu kata Mufti Selangor Dato' Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.

Menurut Mufti Selangor ini, tiada logik dan alasan yang munasabah untuk membenarkan kegiatan judi berleluasa kerana semua pihak akui bahawa judi membawa mudarat, walaupun keuntungan dari jenayah judi itu digunakan untuk tujuan kebajikan.

TV Selangor menghubungi Dato' Setia Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato' Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid untuk meminta panduan berhubung permintaan hartawan kaya Vincent Tan supaya kerajaan Selangor menarik-balik sekatan keatas pertaruhan judi bolasepak, yang diberi kepadanya oleh kerajaan Pusat.

Vincent Tan memberi jaminan bahawa beliau akan mendermakan RM525 juta hasil judi kepada badan-badan kebajikan."

Sepenyhnya di sini.

Tiada ulasan: