Fakulti Siyasah Syar'iyah |
- Siapa TerLondeh ni ....?
- Pertubuhan Yahudi mahu Amerika putuskan hubungan dengan Anwar
- PAS ziarah keluarga wartawan Awani
- Activists send new boats to challenge Israel's blockade
- 50 Aktivis Turki Dibebaskan Israel
- Israel mula bebaskan sukarelawan konvoi ke Ghaza
- Kes Konspirasi Kedua Ditangguh Kerana Mahkamah Silap Kunci
- Kabinet Senator
- Bla bla blur blum 2011 ...?
| Posted: 02 Jun 2010 06:32 AM PDT |
| Pertubuhan Yahudi mahu Amerika putuskan hubungan dengan Anwar Posted: 02 Jun 2010 04:37 AM PDT Menurut surat B'nai B'rith International's, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu. Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B'nai B'rith International's itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar. Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat. Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic. Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel." Sepenuhnya di sini. |
| PAS ziarah keluarga wartawan Awani Posted: 02 Jun 2010 12:48 AM PDT Demikian yang terjadi kepada Wan Mahfuzah Wan Jamil, ibu kepada wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, 26, yang ditahan bersama-sama dengan 12 rakyat Malaysia, Isnin lalu. Wan Mafuzah ketika dikunjungi di rumahnya di Lorong Kampung Pisang, Jalan Kanchut, dekat sini dapat mendengar sendiri lintas langsung melalui siaran Astro Awani di mana Ashwad sedang melaporkan keadaan di sempadan Jordan yang mana rakyat Malaysia yang ditahan telah dibebaskan. Kira-kira 15 minit selepas itu, Ashwad sendiri telah menelefon ibunya itu dan sempat berbual kira-kira lima minit bersama Wan Mahfuzah dan bapanya, Ismail Yaakub. Wan Mafuzah dan Ismail mengucapkan syukur dengan keadaan anak mereka dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan. Terdahulu, pimpinan PAS diketuai Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar menziarahi Wan Mafuzah dan Ismail di kediaman mereka dan mengadakan majlis bacaan Yaasin dan doa selamat." Sepenuhnya di sini. |
| Activists send new boats to challenge Israel's blockade Posted: 01 Jun 2010 10:15 PM PDT A second boat carrying about three dozen passengers is expected to join it. She said the two boats would arrive in the region late this week or early next week. "This initiative is not going to stop," she said from the group's base in Cyprus. "We think eventually Israel will get some kind of common sense. They're going to have to stop the blockade of Gaza, and one of the ways to do this is for us to continue to send the boats." In other developments, Israeli ministers have agreed today to release all foreigners detained in the Gaza flotilla raid. Those seized during the raid will be deported in accordance with Israeli law, a government spokesperson told Fox News. The deportation will begin today and is expected to take up to 48 hours. Meanwhile, Egyptian President Hosni Mubarak last night ordered the opening of the Rafah border crossing to allow humanitarian aid into the Gaza Strip." Full story here. |
| 50 Aktivis Turki Dibebaskan Israel Posted: 01 Jun 2010 09:49 PM PDT "Kumpulan pertama terdiri 50 negara Turki sudah meninggalkan penjara Beersheva menggunakan bas ke Lapangan Terbang Ben Gurion, dekat Tel Aviv sebelum pulang ke tanah air mereka," kata pegawai kerajaan Israel. - AFPa" Dipetik dari http://tvselangor.com/v2/news-section?t=3424 |
| Israel mula bebaskan sukarelawan konvoi ke Ghaza Posted: 01 Jun 2010 09:31 PM PDT yang lain dalam masa 48 jam. Menurut jurucakap Perdana Menteri Israel jumlah sukarelawan yang dimaksudkan ialah seramai 682 orang dari 35 buah negara yang kebanyakannya tiada hubungan diplomatik dengan Israel. |
| Kes Konspirasi Kedua Ditangguh Kerana Mahkamah Silap Kunci Posted: 01 Jun 2010 07:20 PM PDT Kondominium di Desa Damansara itu adalah penting untuk peguam Anwar membuktikan pertuduhan liwat terhadap beliau telah direka cipta sekali lagi dan tidak disokong dengan bukti. Perbicaraan ditunda kepada Khamis dengan pendakwaraya menyoal pakar-pakar yang memeriksa pengadu Saiful Bukhari Azlan dan mendapati tidak ada bukti tusukan menunjukkan Saiful mangsa liwat. Hakim Mohamad Zabidin Md Diah, pasukan pendakwaraya dan pasukan peguam bela melawat kondominium ini diiringi oleh polis. Namun mereka terkejut apabila dimaklumkan oleh pasukan polis bahawa mereka tersalah membawa kunci. Pemeriksaan unit berkenaan adalah penting untuk membuktikan Anwar sedang mempengerusikan sebuah mesyuarat di unit berkenaan ketika pengadu Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat di sebuah unit kondominium berasingan." Seterusnya di sini. |
| Posted: 01 Jun 2010 06:49 PM PDT "Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini," jelas beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Tropicana lewat petang tadi. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mencadangkan Najib supaya mengadakan pilihan raya kecil dengan meletakkan para senator yang baru dilantik bertanding dan menjadi Ahli Parlimen bagi menggantikan segelintir ahli parlimen BN yang sedia ada. "Elok Datuk Seri Najib adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli parlimen, ganti mana-mana ahli Parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak," ujar beliau yang juga Ketua Umum PKR. Sebelum pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Najib melantik banyak senator untuk menganggotai kabinet baru beliau. Dengan perlantikan tersebut, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, langsung tidak mencerminkan sebuah 'Kabinet Rakyat'." Seterusnya di sini. |
| Posted: 01 Jun 2010 05:48 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from Fakulti Siyasah Syar'iyah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan