Selasa, 29 Jun 2010

Dunia Berwarna Luna Version 2

Dunia Berwarna Luna Version 2


TGNA: Bertasbih Tapi Menghalal Yang Haram?

Posted: 28 Jun 2010 08:45 PM PDT

Di antara perkara yang sangat-sangat menggembirakan saya ialah apabila pimpinan PAS yang tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi (termasuk yang tidak berpendidikan formal dalam bidang agama) telah menunjukkan kemampuan dalam menghurai sesuatu dalam konteks Islam dengan begitu baik. Yakin sungguh di hati kecil saya, inilah kesan daripada perjuangan PAS yang dipimpin golongan ulama'.


Hasilnya, golongan dilihat telah mampu memahami dan menghuraikan aspek kehidupan dari perspektif Islam dengan jelas. Ia merupakan hasil didikan dan tarbiyah yang diperolehi di dalam PAS. Berbeza dengan UMNO yang dilihat membekukan golongan ulama'. Jika tidak, mana mungkin sesuatu yang haram seperti judi, boleh dilesenkan sebagai halal.

Saya menyentuh begini kerana ada peristiwa menarik hati saya sewaktu penggulungan perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tempoh hari (9 Rejab 1431/22 Jun 2010). Ia adalah sidang kali ke-2 bagi tempoh penggal ketiga DUN Kelantan yang Ke- 12.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS menghuraikan falsafah solat begitu tepat sekali, walaupun tidak mendapat pendidikan agama yang tinggi secara formal. Jika boleh saya nukilkan kembali bagaimana YB Haji Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) menyebut betapa peliknya sesetengah Muslim yang sewaktu rukuk dan sujudnya menyebut tasbih meninggikan Allah SWT, tetapi di dalam masa yang sama menyokong judi dihalalkan.

Tidakkah terdetik di hati kecil mereka betapa salahnya apa yang mereka lakukan. Dahi sujud kepada Allah membisik tasbih, memuji Allah SWT dengan mengaku bahawa Allah SWT yang Maha Tinggi, tetapi di luar solat mengangkat tangan bersetuju dengan judi. Tidakkah terdetik rasa malu kepada Allah SWT?

Saya ingin menambah dalam coretan ringkas ini. Sebenarnya Kerajaan UMNO/BN melesenkan judi untuk meraih pendapatan yang lebih. Dalam erti kata lain untuk mendapat kemakmuran. Sedar atau tidak, persoalan kemakmuran telah disebut jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Jika saya diberi peluang berkuliah kepada pimpinan UMNO, ingin sekali saya membaca ayat daripada Surah Al A'raf, ayat 96 yang bermaksud:
"...Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya..."

Sudikah kiranya pemimpin UMNO yang beragama Islam mengambil sedetik dua masa untuk menelaah ayat ini? Jika sudi, perhatikanlah bagaimana janji Allah untuk melimpahkan segala macam berkat hanya apabila manusia beriman dan bertakwa.

Kemakmuran ialah satu keberkatan. Kemakmuran bukannlah bermakna kemewahan semata-mata. Hidup kaya raya tetapi hati susah bukan makmur namanya. Negara mendapat pendapatan yang lebih, tetapi kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat jelata begitu teruk. Itu bukan makmur namanya. Sedangkan kami di Kelantan percaya bahawa keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT, dan atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan.

Sayangnya, pimpinan UMNO pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran di atas. Barangkali, jika masih ada golongan ulama' yang berminat mahu berada di dalam kubang UMNO, saya hanya mampu untuk bersimpati.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Mursyidul Am PAS
-dari blog tokguru

Kes Tian Chua : Pandangan Prof Aziz Bari..Malaysia Jadi Bahan Ketawa.

Posted: 28 Jun 2010 08:31 PM PDT

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengekalkan hukuman ke atas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua telah menimbulkan kontroversi. Ia menjadi perdebatan ramai ekoran keputusan mahkamah mengenakan denda RM2,000 ke atasnya selepas didapati bersalah mengigit seorang penjawat awam yang bertugas. Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, menjelaskan kelayakan seorang ahli Parlimen gugur jika beliau dihukum penjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2,000 dan tidak mendapat keampunan.

Bagi menjelaskan kontroversi ini, TARMIZI MOHD JAM mendapatkan pengamatan pakar perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkenaan simpang-siur isu ini.

Apa pandangan profesor terhadap kedudukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu?

PROF. DR ABDUL AZIZ BARI: Saya fikir isu ini mudah dan tidak sepatutnya menjadi perbahasan. Kalau kita lihat undang-undang ia cukup jelas di mana Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 48(1)(e) jelas menyebut bahawa Tian Chua hilang kelayakan kerana beliau telah disabitkan dengan satu kesalahan dan dihukum denda tidak kurang daripada RM2,000. Dalam kes ini, Tian Chua didenda RM2,000 jadi apa yang tidak jelas? Saya setuju dengan pandangan yang sama yang dinyatakan oleh YB Karpal Singh dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Dato' NH Chan. Malaysia menjadi bahan ketawa dunia kerana bertengkar dalam soal yang cukup jelas. Orang biasa yang tak belajar undang-undang pun tahu maksud "tidak kurang daripada dua ribu". Apa yang hendak dibelit lagi?

Kalau begitu apa yang jadi kelam kabut dan timbul macam-macam pandangan tentang sama ada Tian Chua masih atau telah terbatal kedudukannya sebagai ahli parlimen?

Saya rasa kita tahu kenapa jadi begitu. Kita tahu kenapa Tian Chua diseret ke mahkamah dan disabitkan. Tetapi selepas kekalahan di kubu mereka di Sibu, Barisan Nasional (BN) jadi takut. Kita boleh faham kenapa SPR sendiri dengan tiba-tiba macam tidak begitu berminat mengadakan pilihan raya. Dan saya sendiri pelik kenapa soal mengelakkan pilihan raya kecil disebut oleh Hakim Dato' Ghazali Cha.

Apakah Profesor menganggap kenyataan hakim berkenaan tidak betul?

Saya tidak fikir hakim berkenaan patut berkata begitu. Kita kena sedar bahawa kes Tian Chua ialah kes jenayah dan dengan itu ia perlu ditangani mengikut undang-undang jenayah. Kalau beliau bersalah beliau perlu dihukum mengikut undang-undang. Pada saya hakim tidak perlu mengambilkira kesan hukuman itu; itu pertimbangan politik bukan undang-undang. Macam juga kes Bung Mukhtar yang berpoligami tanpa kebenaran. Hukumlah mengikut undang-undang yang berkenaan. Jangan kaitkan benda yang tidak relevan. Dan saya amat prihatin dengan kenyataan YB Tian Chua yang menyebut bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tidak melayan hujahnya yang mahukan keterangan yang diterima oleh majisteret dalam mensabitkan dirinya. Ini cukup penting bagi saya; yakni sama ada benar Tian Chua menggigit anggota polis berkenaan sebagaimana yang dituduh atau sebaliknya.

Mengandaikan Profesor menjadi hakim dalam kes Tian Chua ini, apa yang akan Profesor akan lakukan?

Kalau saya duduk di situ, saya akan timbangkan hujah Tian Chua yang mempertikaikan bukti-bukti yang diterima dalam mensabitkan beliau. Kalau majisteret itu betul, kekalkan hukuman yang dikenakan ke atas Tian Chua. Kalau tidak batalkan keputusan majisteret itu dan bebaskan Tian Chua. Apa kaitan dan relevannya soal pilihan raya kecil? Di sinilah kesalahan hakim mahkamah tinggi itu. Mungkin dia tidak baca dengan teliti peruntukan perlembagaan tadi walaupun beliau hendak mengelakkan pilihan raya kecil. Apa pun saya sudah katakan tadi, ini tak betul kerana tak ada kaitan. Kalau Tian Chua bersalah dia perlu dihukum; soal sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan atau tidak tidak ada kaitan. Kerana kesilapan hakim itu seluruh negara jadi kelam kabut sebab isu yang kecil ini. Kita semua jadi bodoh kerana membincangkan satu benda yang cukup jelas; yang tidak ada keraguan.

Apa yang menyebabkan kelam kabut ini timbul?

Pada saya mudah sahaja. Inilah yang berlaku apabila kehakiman sudah tidak bebas. Walaupun ada pihak yang akan menafikan, kita tahu, berdasarkan kes-kes yang dibawa ke mahkamah, undang-undang dibaca dengan pelik dan ganjil. Saya tidak fikir kita tidak tahu mengapa Tian Chua dibawa ke mahkamah. Dan kita tahu mengapa beliau disabitkan atas keterangan yang begitu dipersoalkan. Saya tak nampak logiknya Tian Chua menggigit anggota polis. Lainlah kalau kita memang anti Tian Chua dan sentiasa mencari jalan untuk membatalkan kerusi parlimen yang disandangnya.

Profesor menyebut kehakiman yang tidak bebas; boleh huraikan lebih lanjut khususnya dalam konteks kes Tian Chua ini.

Pertama bebas atau tidak itu adalah soal tanggapan, soal persepsi. Tetapi ini kita rumuskan berdasarkan apa yang berlaku di depan mata kita. Dalam kes Tian Chua ini seperti yang saya katakan tadi ia perlu diputuskan berdasarkan undang-undang; khususnya undang-undang jenayah dan undang-undang keterangan. Bukan kerja hakim untuk mengatakan bahawa pilihan raya kecil patut diadakan atau tidak. Hakim patut mengelakkan dari dari meletakkan mahkamah dalam kontroversi. Sekarang ini kita lihat ada dua aliran; yang pertama kes-kes diputuskan dengan cara membaca undang-undang melalui cara yang ganjil dan luar biasa dan yang kedua kita lihat hasil akhirnya sering memihak kepada Barisan Nasional (BN). Saya tak fikir ini satu kebetulan. Semacam ada sesuatu yang dirancang. Apalagi bila undang-undang tidak dibaca dengan betul.
 
-Kerabu

Mengapa Jemaah Anak Muda Menentang Umno?

Posted: 28 Jun 2010 07:10 PM PDT

Dari FB : Pemuda PAS Pjs

Selepas muzakarah ilmu dengan pelajar2 Malaysia seluruh alam dan anak-anak muda di Malaysia.


HEBAHAN INI DIPERCAYAI AKAN MENGAKIBATKAN KECEDERAAN TERUK DI DALAM LOKAP , NAMUN KAMI SANGGUP CEDERA UNTUK ISLAM DAN KEBENARAN)

ABSTRAK/TEORI

Fenomena politik dan pelaksanaannya di dalam UMNO

-Terlalu banyak fenomena namun kenyataannya adalah insiden2 terbaru dan kita lihat perjalannya sama..dan rentak tarinya sama.

Insiden pertama - 2 Orang wakil rakyat PKR dituduh Rasuah --- Fakta
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Isu_Exco_Perak_ditangkap_2008>
- Seterusnya 2 Orang wakil PKR yang diruduh rasuah melompat meyokong UMNO
- Akhirnnya Kes itu selesai

Insiden Kedua - pada bulan Mac 2010 Fathul Bari Mat Jahya telah ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan dan polis kerana mengajar di N.Sembilan tanpa tauliah
- Seterusnya Seorang lagi ulama Fathul Bari Mat Jahya, 29, berkata langkah mereka menganggotai Umno itu berikutan janji Umno untuk memastikan pihak ilmuan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah mereka.
- Akhirnya adakah kes itu akan diselesaikan

KONSPIRASI

Sebelum ini banyak lagi kes2 besar yang berpunca dari orang dalam UMNO masih belum dapat diselesaikan diantaranya

1) Kes Percaturan hakim (Video Lingam..corect3x)
2) Kes Pembunuhan Model Altantuya
3) Kes Penyerahan Blok Minyak Kepada Brunei
4) Lagi dan lagi

SKANDAL

Undang-undang di malaysia adalah petunjuk keharmonian dan ketelusan kepimpinan Kerajaan sendiri , Namun undang-undang bukanlah milik mutlak Perdana Menteri atau sesiapa sahaja di Malaysia.

Namun mengapa setelah beberapa individu telah diselamatkan dari hukuman setelah menyertai umno?

Apa yang Rakyat ingin tahu , Jika Hakim sendiri yang diberikan kuasa untuk menjatuhkan hukuman di aturkan (lihat Video Lingam)

Adakah undang2 dimiliki oleh seseorang?

ULAMA MUDA MASUK UMNO

Kita sedia maklum , usaha yang baik patut disokong, namun kita sangsi dengan cara ulama' itu memasuki umno, Setelah ditangkap mengajar tanpa tauliah pada bulan 3 dan pada bulan 6 menyertai umno...Yang mana undang2 paling besar?..mengajar tanpa tauliah atau bekerjasama dengan umno?

MANGSA

Kita lihat releven : Anwar ibrahim , kepala besar di dalam ABIM , penggerak Anak Muda Cintakan Islam , masuk umno untukmemperbaiki umno dari dalam , Akhirnya? lihat sini < http://www.youtube.com/watch?v=Nw2l_GSV-qA>

Dr masyitah , Penceramah bebas ..masuk umno untuk menjadi wakil rakyat akhirnya mengeluarkan kenyataan yang menguntungkan umno dalam bab hudud dengan menjual prinsipnya sebagai penceramah dan pensyarah yang disegani dengan mengeluarkan kenyataan menghina hukum Allah disini < http://www.youtube.com/watch?v=SmGoTY4TB2g>

PERSEPSI

UMNO kini mencipta persepsi , dan mengadakan rebranding dalam pelbagai peringkat walaupun ianya adalah kosmetik namun usaha ini harus berjalan , kerana persepsi akan mendatangkan imej yang melonjak kerana persepsi lebih luas keuntungannya.

PENASIHAT UTAMA NEGARA

Kita sedia maklum bahawa sultan ialah Payung negara Pemegang Rasmi Mohor Islam dan Bapa kepada seluruh anak-anak melayu

Namun adakah kita menyangkal kenyataan ini? < APCO secures key Malaysian contract> disini < http://www.publicaffairsasia.com:12080/publicaffairsasia/NewsView.do?id=782>

MENGAPA KAMI ANAK-ANAK MUDA MENENTANG UMNO?

JAWAPANNYA SEMUA DIATAS! DAN JIKA ANAK -ANAK MUDA ATAU ANAK -ANAK TUA MASIH MENYOKONG UMNO , ANDA ADALAH ORANG PALING BERUNTUNG SELAGI UMNO MASIH HIDUP!

Tiada ulasan: