Khamis, 10 Jun 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Projek Mega Dalam RMK-10 Akan Kayakan Kroni, Kaum Kerabat Umno-BN

Posted: 10 Jun 2010 04:24 AM PDT

Rancangan Malaysia Ke-10 dijangka akan memberikan laba yang besar kepada kroni dan kaum kerabat Umno-Barisan Nasional hasil pengumuman projek mega yang terkandung dalam pembentangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua (Gambar)yang ditemui media selepas pembentangan itu berkata Najib mengumumkan banyak projek mega dalam RMK-10.

"Kita mendengar Najib sekali lagi mengumumkan projek mega seperti Keretapi Transit Ringan (MRT), Pusat Pameran Matrade, Bandar Baru Sungai Buloh dan projek di tapak Lapangan Terbang Sungai Besi.

"Pada masa yang sama, kerajaan Umno-BN tidak mengikut prinsip dalam Model Ekonomi Baru yang diumumkannya sebelum ini. Projek dalam RMK-10 sepatutnya dibuat secara tender terbuka.

"Apa yang diumumkan Najib hari ini berkata projek-projek tersebut akan diberikan secara rundingan terus kepada agensi kerajaan yang telah diswastakan.

"Kita khuatir dasar penswastaan ini akan mengulangi apa yang berlaku pada tahun 1980 dan tahun 1990 pada zaman era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Tony, apa yang saya yang kesalkan adalah tidak ada pembaharuan dalam RMK-10 seperti mana yang diharapkan.

"Najib hanya membentangkan apa yang disebut oleh bekas Perdana Menteri sebelumnya, Tun Abdullah Badawi dalam RMK-9," ujar beliau

Tambahnya lagi, program menghantar pensyarah keluar negara dan projek jalur lebar yang disebut pada beberapa tahun lepas telah diulangi sekali lagi dalam pembentangan RMK-10 hari ini di parlimen.

Jangan Khianat Kepercayaan Masyarakat Islam & Bukan Islam

Posted: 10 Jun 2010 04:10 AM PDT

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru Parti Islam Se-Malaysia untuk merapatkan barisan bersama komponen Pakatan Rakyat dan jangan sesekali menghampiri Umno-Barisan Nasional.Bercakap ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat malam tadi, Pas hanya membunuh diri sendiri jika ia mengkhianati amanah rakyat berbilang bangsa dan bersekutu dengan Umno-Barisan Nasional yang beliau sifatkan sebagai gagasan yang menentang nilai-nilai Islam.

Ucapan Nik Aziz dijangka menjadi panduan kepada halatuju muktamar ketiga-tiga dewan utama Parti Islam SeMalaysia hari ini, dan dikatakan bakal mempengaruhi sentimen 1,000 perwakilan di muktamar utama 11 Jun depan.
Nik Aziz dalam amanatnya menggesa ketiga-tiga dewan fokus kepada merangka strategi menawan 110 kerusi Parlimen majoriti penganut Islam dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Parti Islam SeMalaysia bagaimanapun diingatkan bahawa ia tidak akan kekal relevan jika ia mengabaikan denyut nadi masyarakat bukan Islam.

"Sejarah mencatatkan bagaimana pas diajak masuk bergabung dalam barisan nasional. pas pada masa itu menyambut tangan perpaduan dengan harapan kebaikan yang berpanjangan. rupanya bn adalah perangkap bagi Pas. Mereka merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah sebaik perancang,"

"Saya rakamkan disini bukanlah untuk mengungkit luka lama berdarah kembali, jauh sekali bara dendam untuk dimarakkan, tetapi sebagai peringatan dalam menongkah arus perjuangan. Ingin saya ingatkan disini bahawa sejarah mencatit bahawa Umno bukanlah rakan yang setia - tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melempar senjata,
"

Bagi tokoh politik veteran ini, kesinambungan hayat Pas sebagai pemangkin perjuangan para anbiya terjamin jika ia memperkukuh perikatan sedia-ada dalam Pakatan Rakyat.

Pas digesa supaya lebih berani bergerak dalam arus kepelbagaian, sepertimana wajah Islam sebenar yang menolak garis perkauman dalam menilai keperibadian individu.

Dihadapan ribuan yang hadir malam tadi, Nik Aziz menegaskan tanpa Islam, Pas hanyalah jasad yang besar tanpa roh.

"Kita mahu eratkan hubungan kita dengan DAP dan PKR, dan kita mahu rakyat berikan mandat pada kita. justeri itu kita harus berani tawarkan alternatif ini dan berikrar pada semua kaum bahawa kita akan membuang semua unsur kerosakan yang dibawa Umno-Barisan Nasional. Kita mahu gantikan dengan kerajaan yang berintegriti, yang adil, bermoral dan bertanggungjawab, kerana memang begitu ajaran Islam,"

"Strategi sebegini adalah penting kerana nilai perjuangan kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat. Lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang menimbulkan kekalutan pada rakyat dan pada negara
,"

Nik Aziz memberi perhatian khususnya kerana peranan Dewan Muslimah dan Dewan Pemuda dan menyarankan kedua sayap ini merencana strategi menarik sokongan wanita dan golongan muda kepada Pas, menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Beliau menyorot perhatian akar umbi bahawa tren para pengundi bukan Melayu dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini secara keseluruhan menolak Barisan Nasional.

"Saya suka mengingatkan kita agar memerhati perkembangan ini dengan serius. Pas sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Jangan dibiarkan orang Melayu terus diperbodohkan dengan pukauan Ketuanan Melayu, yang merupakan dongeng pemimpin Umno,"

"Mereka harus diingatkan bahawa keris yang dijulang pemimpin Umno digunakan untuk menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya adalah Kelantan dinafikan hak untuk royalti minyak yang diraih dari buminya sendiri
,"

Nik Aziz sekali lagi mengingatkan Dewan Muslimah dan Dewan Pemuda bahawa slogan Ketuanan Melayu menanam rasa cemas, takut dan dendam dalam jiwa anak-anak bukan Islam. Jika perasaan negatif ini disemai secara berterusan, maka permusuhan akan sentiasa menghantui rakyat Malaysia.

"Sudah sampai masanya kita lebih serius mewajahkan Islam yang telah disolek dengan buruk oleh Umno. Rakyat Malaysia harus disedarkan bahawa Islam telah diterima masyarakat India dan Cina lebih awal dari orang Melayu,"

"Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah diatas penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong Pas yang sedia berjuang bersama kita dan mendekatkan Islam pada golongan bukan Islam
".

Datuk Chua Jui Meng Diarah Pulangkan Darjah Kebesaran Negeri Johor

Posted: 10 Jun 2010 03:56 AM PDT

Terkadang terasa lucu juga melihat apa yang berlaku kepada Datuk Chua Jui Meng ini. Namun, apa boleh buat kerana beliau lebih rela kembali kepada rakyat daripada segalanya. Inilah nasibnya bila berada dalam negeri yang "totok UMNO", akhirnya atas desakan pemimpin BN negeri beliau mendapat arahan yang sedemikian rupa. Agaknya, selepas ini ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang akan ditarik balik gelaran mereka termasuk juga Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Nik Aziz dan ramai lagi.
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng (foto) telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri. Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi Setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkan semula darjah kebesaran itu hari ini. Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".

Tiada ulasan: