D'Perbatasan |
- Pemimpin tunduk kehendak luar bahayakan negara
- YB Zul Tidak Ketahuan Dah
- Terima kasih untuk Vincent?
- PKR yang di rombak apasal UMNO yang terlompat - lompat?
| Pemimpin tunduk kehendak luar bahayakan negara Posted: 29 Jun 2010 06:03 PM PDT ![]() Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tindakan pemimpin Umno BN yang begitu tunduk kepada kehendak negara luar membahayakan keselamatan negara. Justeru, pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) dilihat menjadi agen kepada Brunei dan Singapura apabila tidak tegas dalam tindakan untuk mendapatkan blok L dan M serta tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Tanjung Pagar. "Secara jelas saya katakan bahawa ramai di kalangan pemimpin Umno sebenarnya adalah agen Brunei dan agen Singapura dan ini dilihat sangat bahaya kepada masa depan negara kita apabila pemimpin-pemimpin negara kita ini lebih menjadi agen Brunei dan Singapura," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam. Di dalam dewan sebelum itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Anak Jaem ketika penggulungan Rancangan Malaysia Ke-10 peringkat kementerian gagal menjawab soalan beberapa wakil Pakatan Rakyat mengenai isu Pulau Batu Putih, pemberian blok L dan M kepada Brunei, dan tanah KTMB di Tanjung Pagar, Singapura. Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, kerajaan ternyata tidak konsisten dalam hal berkaitan kedaulatan negara dan dengan mudah menyerahkan milik negara kepada negara asing. "Jelas daripada jawapan timbalan menteri tadi kerajaan tidak konsisten dalam hal-hal berkaitan persoalan kedaulatan negara. Contohnya, bila jawab tentang Pulau Batu Putih tadi memperlihatkan ketegasan kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan negara di samping menjaga hubungan baik dengan negara jiran supaya penyelesaian dibuat secara aman tapi tidak berbuat demikian dalam kes tanah KTMB di Tanjung Pagar," katanya. Ujarnya, kerajaan begitu bangga apabila berjaya mendapatkan Pulau Batu Putih tetapi dengan mudah menyerahkan blok L dam M dan tanah KTMB Tanjung Pagar yang jauh mendatangkan keuntungan kepada negara dan yang lebih penting melibatkan kedaulatan negara. "Tadi secara jelas yang dibanggakan adalah batuan tengah yang dikatakan keputusan mahkamah yang menunjukkan kemenangan kepada Malaysia. "Apa yang kita nak pertahankan batuan tengah yang hanya bagi hasil untuk tangkapan ikan tapi kalau dapat pertahankan blok L dan M, hasilnya sangat lumayan kepada negara," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf (Gambar Kanan)yang juga kesal dengan jawapan timbalan menteri itu berkata, isu blok L dan M yang ditimbulkan mereka bukan isu ekonomi semata-mata tetapi turut melibatkan keselamatan negara."Isu blok L dan M bukan isu ekonomi semata-mata tetapi adalah berkenaan keselamatan negara kerana apabila Ahli Parlimen Kota Belud bangun mempertahankan atas dasar keuntungan yang sanggup menggadaikan maruah negara contohnya dalam isu lesen judi. "Dalam isu pertindihan di sempadan kita mempunyai hak kedaulatan di mana kita lihat pendekatan yang berbeza dalam isu pertindihan dengan Thailand yang diselesaikan mantan Menteri Luar Negara, Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie dengan mengadakan perbincangan sehingga membentuk satu 'Joint Authority' yang memberikan keuntungan di samping menjaga maruah negara," ujarnya. Yusmadi juga membidas sikap pemimpin Umno BN yang hanya mementingkan keuntungan negara yang menyebabkan banyak lagi kawasan bertindih negara akan tergadai. "Kerajaan Umno BN nampaknya mengamalkan sikap dan dasar yang salah dengan menyerahkan kedaulatan negara yang merugikan negara. "Sisi berfikir kerajaan ialah untung dahulu baru maruah. Kita mengambil sikap menyerahkan itu bagi saya satu dasar yang salah sikap yang salah dan akhirnya merugikan kita," katanya. |
| Posted: 29 Jun 2010 05:48 PM PDT SEKALI lagi TV3 suku malam tadi menampilkan MP dari Kulim Bandar Baru sebagai pengulas undangan tentang peristiwa politik PKR di Selangor. Maka, tanpa berlengah lagi `firaun besar' Kulim ini pun bercakap gaya seorang lawyer tapi ternampak seperti `loyar buruk' saja. Dia bercerita agak panjang juga sampai dua kali disiarkan wajah `firaun besar' ini dan mengulas benda yang sama.Semakin lama dia mengulas, semakin nampak seorang `loyar buruk' yang seperti bukan seorang politikus tetapi seperti tikus. Memang beliau ni bersifat seperti tikus, berani menggigit apa saja jika tiada sesiapa di sekelilingnya. Apabila diajak berdebat oleh YB Khalid MP Shah Alam, terzahirlah sifat penikusnya. Di depan TV3 suku, beliau menunjukkan jantannya sehingga terjongket kopiah firaun besarnya itu. MP Kulim Bandar Baru yang dipecat oleh PKR itu berkata depan TV 3 suku bahawa perlantikan YB Azmin sebagai pemimpin utama PKR di Selangor memberi gambaran MB Khalid tidak lagi diperlukan. Apa ertinya menjadi MB Selangor jika kuasa politik sudah tiada, tambah beliau. Jadi, MB Khalid mesti berundur katanya lagi. Maksudnya, YB Azmin tentunya lebih berkuasa dari MB Selangor dan ini menunjukkan DS Anwar mahu YB Azmin menjadi MB Selangor. Dan, Khalid mestilah sedar isyarat ini. Begitulah andaian si`loyar buruk' yang pernah ditolak oleh PAS itu. Nampaknya komen dari firaun besar Kulim tersebut bercanggah pula dengan mantan MB Selangor iaitu anak Toyo. Anak Toyo berkata pula, walaupun YB Azmin dilantik mengetuai PKR di Selangor namun yang masih mempunyai kuasa adalah Khalid selaku MB Selangor. Jadi, Khalid masih boleh menentukan projek atau tender kepada kroni-kroninya, kata anak Toyo doktor gigi yang kaya raya itu. Beliau sangka, MB Khalid sama sepertinya yang memelihara kroni seperti memelihara babi apabila menjadi MB Selangor. Nampaknya komen firaun besar dari Kulim dengan komen doktor gigi yang kaya itu sama sekali bercanggah, walaupun niat masing-masing sama untuk menjahanamkan PR di Selangor. Kita jangan pelik kenapa firaun besar dari Kulim tidak mahu pula ulas perihal yang sama di Terengganu. Di Terengganu, MB nya adalah Said. Tetapi, siapa yang menerajui Umno di Terengganu? Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu adalah Hishamuddin, orang dari Johor. Jika ikut kata-kata bodoh dari firaun besar, tentulah MB Terengganu Said kena berundur kerana apa guna jadi MB jika kuasa politik di Terengganu dipegang oleh orang lain, bahkan orang itu luar dari Terengganu? Mengapa firaun besar berketayap putih itu tidak mahu ulas? Jawapannya mudah, ia adalah kerana di Terengganu Umno yang berkuasa, jadi buat apa firaun besar mahu ganggu. Bukankah Umno itu pujaan hatiku? Oleh WFauzdin NS/TKO.com |
| Posted: 29 Jun 2010 05:41 AM PDT Terkini, Vincent menyalahkan Pakatan Rakyat kerana menyebabkan kerajaan BN menarik balik keputusan mengeluarkan lesen judi sukan kepada syarikatnya minggu lalu.Menyalahkan tindakan PR bermaksud membenarkan tindakan BN. Dia pernah memerli PAS dengan katanya, "Adakah kerana mereka tidak boleh bertaruh?" apabila PAS secara jelas membantah pemberian lesen judi tersebut. Bagi Vincent, tindakan PR membantah judi adalah salah sementara tindakan BN memberinya lesen itu adalah betul. Sifir mudahnya ialah, BN + Judi = Betul. Vincent taikun judi. Samada judinya dilesenkan atau tidak, itu tidak menjadi soal. Judi tetap diteruskan walau pun tanpa lesen. Cuma, kerajaan tidak turut mendapat hasil apabila judi itu tidak dilesenkan. Dan, Vincent pula mengaut keuntungan judi secara 'haram'. Vincent mahu judi dilesenkan untuk membolehkannya menyumbang kepada kerajaan BN. Kerana kemaruk duit, judi itu pun bersedia dilesenkan. Bagi kerajaan BN, asalkan dapat duit, rakyat rosak binasa pun tidak mengapa. Vincent juga tahu, judi merosakkan. Tetapi orang bisnes sepertinya tidak memikirkan itu semua. Duit lebih penting. Untuk menjustifikasikan perniagaan judinya, dia meuar-uarkan untuk menyumbang hasil judi itu untuk membela rakyat susah. Kerajaan BN pula bersedia rakyatnya yang susah disenangkan dengan duit judi yang melimpah-ruah itu. Akhirnya, tanpa berfikir panjang, lesen pun bersedia dikeluarkan. Mujurlah rakyat Malaysia lebih cerdik. Walau pun mereka susah, mereka tidak rela senang dengan wang judi Vincent. Mereka tidak rela memenuhkan poket mereka dengan wang 'halal' judi berlesen Vincent. Vincent lupa, bantahan judi bukan datang daripada orang PR sahaja tetapi daripada semua orang. Apabila dia marahkan PR kerana membantah lesen judi, sebenarnya dia marahkan rayat Malaysia. Inilah 'faedah' judi. Judi mengayakan kerajaan yang zalim dan taikunnya. Judi tidak pernah mengayakan orang susah. Judi tidak pernah mengeluarkan rakyat mana-mana negara pun daripada kemiskinan tegar. Taikun judi menjadi kaya dengan mencekik leher dan menghisap darah kaki judi. Tanpa sedar, kaki judi berasa mereka bakal kaya dengan judi, padahal mereka sebenatnya mengayakan taikun judi. Orang ramai boleh berterima kasih kepada Vincent. Tindakannya menyalahkan PR mendedahkan pekung sebenar Umno. Rupa-rupanya Umno sangat berharap agar negara ini berpeluang kaya dengan duit judi Vincent. Bagi Vincent tindakan kerajaan negeri pimpinan PR tidak membenarkan judi sukan adalah tindakan zalim. Dalam rayuannya dia berharap kerajaan PR bersikap adil dalam isu ini. Maksudnya, dia memuji negeri BN yang bersikap adil dengan membenarkan judi sukan beroperasi di negeri-negeri tadbiran mereka. Pernahkah perompak memuji polis? Apabila perompak memuji polis, tentu ada yang tidak kena dengan polis. Tetapi apabila perompak marah dan menyalahkan polis, itu tandanya polis berada di pihak yang benar. Ironinya, apabila Vincent, taikun judi marah dan menyalahkan PR, maknanya PR berada di pihak yang benar. Vincent tidak marahkan Umno, tidak menyalahkan Umno dalam isu ini. Mengapa? |
| PKR yang di rombak apasal UMNO yang terlompat - lompat? Posted: 29 Jun 2010 02:07 AM PDT Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri."Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya. Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan. Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di Wilayah Persekutuan itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi. Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR. Dalam menjawab segala penipuan yang di gembar - gemburkan oleh Media - media pro - UMNO yang mana Azmin cuba nak gulingkan Menteri Besar adalah satu fitnah dan tohmahan dari UMNO dan Barisan Nasional. Ini Kerana pada ketika Azmin Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan. Namun katanya, beliau bukan seorang sahaja yang menyuarakannya. "Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR," katanya. Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir Azmin Ali berkata soal menumbangkan Khalid tidak timbul sama sekali. Katanya, kritikan ke atas menteri besar itu telah disalahtafsirkan sebagai usaha menjatuhkan Khalid seperti penipuan yang di mainkan oleh Media - Media UMNO. "Tidak sama sekali. Saya menyokong sepenuhnya kepemimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya yang juga ahli parlimen Gombak. Bagaimanapun, kritikan daripada pemimpin parti ke atas Khalid menunjukkan kerajaan negeri perlu membuat perubahan bagi memastikan rakyat sentiasa menyokong Pakatan Rakyat. Ketika ditanya lanjut, beliau turut menafikan kewujudan 15 orang wakil rakyat berkenaan sebagai spekulasi yang ditimbulkan oleh media."Siapa kata 15 (orang)? Yang kata 15 itu wartawan. Wartawan yang buat spekulasi. Kenapa 15 (orang) bukan 20, (sedangkan) ada 20 MP dalam PKR. "Jadi ini adalah nombor yang direka-reka oleh seseorag. Saya tidak bertanggungjawab tentang itu," katanya lagi. Sementara itu presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail (atas, kanan), ketika ditemui wartawan turut menafikan isu itu ditimbulkan dalam permukiman kali ini. "Tidak, kita telah keluarkan notis bahawa kita akan buat penilaian sebab kita ada pemilihan parti yang akan datang, dan kita bertemu (di permukiman). Apa yang isunya? Tidak ada isu." Turut ditemui, ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof yang berkata beliau langsung tidak mengetahui mengenai wujudnya "komplot" untuk menggulingkan Khalid. "(Bagi) saya, apa yang dikatakan komplot, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu perjumpaan hari ini adalah untuk memantapkan parti," katanya.Sejak kebelakangan ini, media menimbulkan desas-desus 15 ahli parlimen PKR akan cuba menggulingkan menteri bear Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerna didakwa tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya. Seperti Biasa UMNO akan membangkitkan perkara - perkara yang langsung tak berhubung - kait dengan dengan rombakan semula PKR oleh itu segala cerita - cerita penipu mahu di hebohkan pada 1 malaysia yang kononnya kita mahu mengguling MB sedangkan ramai di antara kita telah di beritahu dengan jelas kita kongres nasional yang lalu yang mana kelemahan pentadbiran Tan Sri Khalid di kritik oleh ahli - ahli PKR sendiri. Inilah reformasi yang cuba di bawa oleh PKR yang mana ahli - ahli PKR berhak mengkritik kiranya terdapat kelemahan dalam sesuatu pentadbiran atau kepimpinan.Tidak seperti UMNO dan Barisan Nasional,jika terdapat mana - mana ahli yang cuba mengkritik pentadbiran dan kepimpinan mereka maka ahli itu di cantas dan di cemuh. Bermula dari itu budaya politik bunuh - membunuh yang ada dalam UMNO mesti di hapuskan dalam PKR.UMNO akan membunuh mana - mana ahlinya yang cuba mengkritik atau cuba tunjuk pandai tetapi KR memberi peluang mana - mana ahli menegur kepimpinan jika ada kelemahan. Dan kini tindakan di ambil hasil dari teguran itu untuk memperbaiki organisasi dan memperkasa kan parti.Rugi lah rakyat 1 malaysia kalau tak pilih PKR dalam PRU - 13 nanti kerana kami lebih telus dan adil berbanding UMNO. p/s:-PKR telah sedar dari kesilapan dan kini mengatur semula semua saf - saf dan rejimen tempurnya,ini amat tak di senangi oleh geng United MuNkEeE yang kini berdepan dengan dengan pertempuran Najib - Mahathir,ibrahim ali - Khairy . apabila PKR mengatur semula semua rejimen - rejimennya maka united MuNkEeE semakin bimbang dan cuba menyorok di sebalik jubah ulamak - ulamak upahannya.......... itu pun dah sampai hari ni diorang habis idea apa nak kelentong pada 1 malaysia..kah..kah..kah..kah...kah..kah |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan