D'Perbatasan |
- Yang Membuatkan Aku Berfikir
- Dasar Flip-Flop Yang Menguntungkan
- Akhirnya Kerajaan UMNO BN Membatalkan Kelulusan Lesen Judi Sukan !!
- Friends of Pakatan ditubuh di London
- Dr Mahathir kepala judi negara
- Dr Mahathir kepala judi negara
- Khairy Dah Menyerang..Mat Monggol dan Parpu Kari !
- Ahmad Maslan Mahu Tunjuk Jaguh
| Posted: 25 Jun 2010 06:21 PM PDT Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Buatkan aku berfikir...Dengan apa? Dan untuk apa? Terlalu kerap kita melihat hiburan itu ialah untuk berhibur. Sekerap itu jugalah kita ditipu dan dipermainkan oleh hiburan.Terlalu banyak ragam hiburan, sukan, muzik, filem, majalah, dan juga bahan bacaan membanjiri segenap ruang hidup sehingga memaksa saya bertanya berkali-kali,"berhibur untuk apa?" Sebelum menulis apa-apa,sering saya bertanya kepada diri sendiri,bagaimana cara terbaik untuk membuatkan insan berfikir? Inilah tugas penulis. Tidak hanya memikirkan tentang panglipur lara, jenaka kosong, atau kisah-kisah yang tiada apa-apa kepentingan untuk ditulis. Apabila al-quran dibuka,kita biasa menemui ayat-ayat yang diakhiri dengan "bagi kaum yang berfikir"atau"supaya kamu berfikir". Seorang Ustz pernah dalam laman webnya berkata Menulis bukan untuk memberiTAHU, tetapi ingin menyuntik MAHU, agar dapat berusaha mencapai MAMPU! MAHU apa? Mampu untuk apa? Mahu untuk berfikir,dan mampu untuk faham dan bertindak? Mungkin! Seandainya kita menyedari,islam mengajar kepada penganutnya,berhibur bukan hanya untuk merawat masalah hati. Islam mengajar berhibur juga boleh menyuntik perasaan mahu berfikir! Jika bangsa arab menjadikan syair itu sebagai hiburan dan alat media,maka datangnya islam telah melahirkan penyair-penyair yang mampu membuat insan berfikir akan kebesaran Allah swt,kebenaran agamanya,kehidupan yang sementara dan perjuangan. Dalam mukashafah al qulub(penenang jiwa) karya imam al-ghazali,terdapat banyak syair-syair yang ditulis yang membawa insan untuk berfikir. Antaranya ialah
Hati ibarat tanah, dia boleh gersang, hati gersang tidak akan menumbuhkan lagi pokok-pokok kebaikan. Hati gersang disebabkan tidak berzikir, hati tidak selalu mengingati mati. |
| Dasar Flip-Flop Yang Menguntungkan Posted: 25 Jun 2010 05:58 PM PDT Alhamdulillah, dengan kehadiran 40 ulama tong minyak ke dalam UMNO, maka DS Najib terus membatalkan pengeluaran lesen judi sukan serta merta.Difahamkan juga walaupun pada mulanya terdapat perbezaan pendapat, setelah perbincangan dalam mesyuarat tertinggi UMNO, akhirnya telah diputuskan sebulat suara bahawa pengeluaran lesen judi sukan tidak akan diteruskan. Di atas perkiraan agama dan perkembangan politik, keputusan positif ini dicapai. Beberapa parti komponen yang sebelum ini membodek menyokong perlaksanaan judi sukan sebagai tanda permuafakatan Barisan Nasional telah 'agak' terperangkap dengan flip-flop terbaru regim Najib. "Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya." - Najib Adakah kepentingan masyarakat diutamakan apabila kerajaan tidak berfikir terlebih dahulu sebelum mengumumkan cadangan pengeluaran lesen judi sukan? Adakah susuk-susuk yang mejadi menteri itu tidak cukup bijak apabila tiada ketetapan dalam isu judi sukan ini? Saya menyambut baik keputusan tidak meneruskan pengeluaran lesen judi sukan, namun dalam masa yang sama terkeliru dengan tahap kebijaksanaan kerajaan dalam isu yang sepatutnya tidak dibangkitkan sama sekali. Hari ini, kerajaan umpama bertindak bijak seolah-olah mengutamakan kepentingan rakyat sedangkan idea itu hadirnya dari sesusuk menteri! Pada masa yang sama, iaitu tergantung beberapa minggu lamanya masa yang diambil oleh seorang Perdana Menteri untuk menyemak dan menetukan satu keputusan demi kepentingan rakyat. Inilah kebijaksanaan yang tiada galang ganti. Rakyat Malaysia seharusnya boleh menghidu tujuan utama flip-flop ini dicanang-canang. Baca dan fahamilah rentetan situasi di bawah; 1. Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan GST. Kemudian setelah 6 bulan, kerajaan mengumumkan GST tidak akan dilaksanakan kerana kerajaan prihatin terhadap rakyat. - Apakah ada kredit untuk kerajaan daripada situasi ini? 2. Kerajaan mengumumkan kenaikkan mendadak harga minyak 78sen seliter. Kemudian setelah setahun, 5 peringkat penurunan harga minyak dilaksana (berkadar harga minyak dunia yang merundum secara mendadak) sedangkan naiknya harga minyak itu mendadak. Dengan penurunan harga minyak ini, kerajaan mengatakan ia dilakukan atas sebab mengenang nasib rakyat (sedangkan kerajaan juga yang menaikkan harga minyak) 3. Kerajaan mengumumkan akan menaikkan tol, kemudian membuat pengumuman harga tol tidak jadi naik kerana mengutamakan nasib rakyat. - apakah ada kredit untuk kerajaan? 4. Kerajaan mengumumkan akan menyerahkan projek pembangunan Kg Baru kepada bukan melayu. Kemudian apabila ditekan oleh seluruh pelusuk tanah air bahawa betapa tanah melayu terakhir di bumi Kuala Lumpur bakal tergadai, maka kerajaan membuat pengumuman secara besar-besaran bahawa kedudukan Kampung Baru di bawah pegangan bumiputra terjamin atas dasar membela nasib bangsa melayu (sedangkan yang cadang tanah ini dimajukan oleh bukan melayu adalah kerajaan itu sendiri). - maka di manakah kreditnya untuk kerajaan dalam isu serba flip-flop ini? 5. Kerajaan mengumumkan akan membina Parlimen yang baru di Putrajaya. Kemudian, di atas dasar menjimatkan perbelanjaan negara, kerajaan mengumumkan untuk hanya berpindah ke PICC. 6. Kerajaan mengumumkan pengeluaran lesen judi sukan atas alasan bodoh perjudian haram tidak dapat dibanteras, dan hari ini kerajaan mengumumkan pula, tiada lesen judi sukan akan dikeluarkan di atas perkiraan agama. Apakah Kerajaan UMNO-BN itu sebenarnya mahu rakyat melihat regim ini baik kerana membatalkan hasrat menghalalkan judi sukan, setelah dikenalpasti sebagai pelopor judi? Perhatikan semua situasi di atas. Mungkin ada banyak lagi situasi sama yang tidak sempat saya senaraikan. Pokoknya ialah, kerajaan bertindak flip-flop supaya dilihat menjaga kepentingan rakyat sedangkan ia sebenarnya ia merujuk kepada perkara-perkara yang harus dilakukan tanpa mengumumkan perkara yang membelakangkan rakyat. Contohnya judi sukan, ia tidak langsung perlu diperkenalkan malah judi sedia ada patut dibekukan dari pengeluaran premis baru. Dengan pengumuman hari ini (penangguhan perlaksanaan judi sukan), kerajaan UMNO-BN ingin dilihat sebagai pembela bangsa dan agama sedangkan merekalah petualang sebenar - di atas faktor-faktor yang saya sebutkan di atas. Syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana bertindak flip-flop demi survival UMNO dalam jasad kerajaan, yang tinggal separuh penggal untuk digadai segala yang ada. edyesdotcom |
| Akhirnya Kerajaan UMNO BN Membatalkan Kelulusan Lesen Judi Sukan !! Posted: 25 Jun 2010 05:51 PM PDT Walau pun agak terlambat mengeluarkan keputusan, namun kami ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan UMNO BN dibawah pimpinan PM Najib Razak kerana akhirnya akur akan kehendak rakyat agar tidak meluluskan lesen judi bola. Keputusan ini juga selaras dengan laungan keramat Najib bahawa "rakyat didahulukan". Mana yang baik kita perlu sokong, agar sekurang-kurangnya kerajaan yang ada peka dengan kehendak rakyat itu sendiri. Biarpun sebelum ini hanya pihak pembangkang (Pakatan Rakyat) sahaja yang beriya-iya benar mahu tindakan tegas diambil oleh kerajaan. Kini nyatakan bantahan tersebut telah mendapat sokongan daripada banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan juga dari kalangan parti UMNO sendiri. Malah, terbaru Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga mengeluarkan kenyataan yang sama terhadap isu ini. Sebelum itu UMNO Johor, Kedah dan Perak telah awal-awal lagi menyatakan bantahan mereka. Keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen judi bola kepada Ascort Sport Sdn Bhd itu telah dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Dalam satu kenyataan, Najib menegaskan bahawa memang terdapat perbezaan pendapat tentang isu ini sebenarnya namun akhirnya mereka perlu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Malah keraaan katanya bertindak membatalkan keputusan mengeluarkan lesen judi sukan tersebut berdasarkan kepada pertimbangan agama dan kesan politik jangka panjang parti itu. Dengan keputusan ini ia secara jelas mematikan suara mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang cuba untuk campur tangan supaya lesen judi bola itu diluluskan kepada proksinya Vincent Tan. Ia juga menjelaskan kepada kita bahawa isu ini bukanlah hanya untuk kepentingan politik semata-mata, malah ia menjangkau batasan agama dan peradaban sesuatu tamadun itu sebenarnya. Malah, memang tidak ada ajaran mana-mana agama di dunia ini yang membenarkan dan menggalakkan penganutnya berjudi. p/s:- Cuma, besarlah harapan kita agar keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini adalah ikhlas dan bukan sekadar retorik politik semata-mata. Kita tidak mahu nanti, ada keputusan lain "under table" yang diberikan kepada pihak yang berkenaan setelah mereka mengemukakan rayuan atau pun desakan oleh dalaman pemimpin karat UMNO seperti Mahathir, Rafidah dan lain-lainnya. Dengan pembatalan ini, maka adakah NGO Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan diteruskan pada 3 Julai ini agaknya. Adalah lebih elok ia ditanggungkan dulu untuk melihat perkembangan seterusnya. Apapun, kini terbukti apa yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat supaya kerajaan batalkan hasrat tersebut akhirnya diterima jua. Sekurang-kurangnya rakyat dapat melihat bahawa kerajaan UMNO BN kini sudah mula sedar betapa hebatnya suara rakyat. Sewajarnya dalam apa jua perkara pun, rakyat amat perlu didahulukan. Dari PDO |
| Friends of Pakatan ditubuh di London Posted: 25 Jun 2010 07:08 AM PDT Beliau yang baru sahaja pulang dari London berkata, persatuan tersebut adalah gabungan profesional rakyat Malaysia yang menginap dan bekerja di United Kingdom yang mewakili semua kaum Melayu , Cina dan India. Menurutnya, satu pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut telah diadakan di kotaraya London baru-baru ini sempena dengan lawatan beliau ke United Kingdom (UK). Katanya, majlis pelancaran Friends of Pakatan akan dilakukan pada awal Julai depan dengan dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Menurutnya, Friends of Pakatan adalah satu lagi perkembangan positif tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat. "Ini adalah kerana persatuan ini menggabungkan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa di luar negara," katanya kepada Harakahdaily. Tambahnya, dalam pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut, mereka telah memberikan komitmen yang cukup tinggi untuk bersama Pakatan bagi menyumbangkan kepakaran mereka membangunkan negara bersama dengan Pakatan. "Selepas dari UK, mereka bercadang untuk melebarkan lagi Friends of Pakatan ke negara-negara lain seperti di Eropah dan juga di Amerika Syarikat," ujarnya lagi. Menurutnya lagi, pengerusi jawatankusa penaja persatuan tersebut, seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan di UK memaklumkan bahawa setakat ini mereka telah berjaya menghimpunkan seramai tiga ratus penyokong dan yakin lebih ramai akan menyertainya selepas majlis pelancaran nanti. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok baru kembali dari lawatan selama seminggu ke UK bagi menghadiri beberapa siri jemputan organisasi Islam di sana.Beliau telah dijemput berucap pada seminar The Future of The Muslim Ummah; Hopes and Challenges anjuran Islamic Unity Forum di London. Nasharudin juga dijemput sebagai tetamu di Muslim Council of Britain di London. Timbalan Presiden PAS itu kemudiannya ke bandar Nottingham sebagai tetamu kepada sebuah badan kebajikan Islam yang dikenali sebagai Muslim Hands International. Di Nottingham, beliau turut diminta berucap di Masjid University of Nottingham. Ustaz Nasharudin juga turut ditemubual selama satu jam oleh TV Al-Hiwar, sebuah rancangan TV berbahasa Arab yang berpusat di London. |
| Dr Mahathir kepala judi negara Posted: 25 Jun 2010 06:54 AM PDT 1. Kenyataan yang angkuh , sombong dan bodoh ! Itulah yang boleh kita katakan kepada Tun Dr. Mahathir di atas kenyataan terbarunya berkait sokongan beliau terhadap industri judi dalam negara . 2. Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : " Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah [ judi ]..." 3. Satu kenyataan yang cukup biadab justeru ia bercanggah dengan Islam dan semua agama . Tidak syak bahawa judi adalah musibah dan malapetaka kepada negara dan rakyat. 4. Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Bermula dari sekecil - kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita . 5. Tidak hairan jika Tun Dr. Mahathir begitu teruja untuk terus menyokong industri judi dan perluasannya di dalam negara ini . Lagaknya bercakap tak ubah seperti dia masih Perdana Menteri sedang Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri hari ini jelas kelihatan teragak - agak untuk bercakap soal judi bila berdepan dengan penentangan dari rakyat . 6. Berbeza dengan sikap Tun Dr. Mahathir yang terus mempamerkan kejahilannya yang sukar dididik kepada umum , apabila menyamakan isu judi seperti isu babi yang perlu diluluskan oleh kerajaan untuk bukan Islam dengan alasan ianya tidak haram untuk bukan Islam . Dewan Pemuda PAS mencabar Tun Dr Mahathir menjelaskan agama mana dan agama apa yang menghalalkan judi ? atau agama apa yang dianut oleh Tun Dr Mahathir ? 7. Judi telah ditentang oleh pelbagai agama dan bangsa kerana menyedari kesan buruk dari judi selain ianya turut diharamkan oleh pelbagai agama termasuk kristian , budha dan hindu . Sebagai contoh , judi turut ditentang oleh Naib Setiausaha Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Goh Kean Seng, wakil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Ser Choog Eng dan dari Budaywan Bertindak, Lee Ban Chen . Mereka semuanya bergabung dalam satu wadah Gerakan mebantah Judi GMJ . [ semua mereka adalah chinese dan bukan Islam ] 8. Tidak cukup lagi kah pelbagai jenayah dan keruntuhan akhlak serta kepincangan sosial yang berlaku ekoran industri judi yang kian berleluasa . Sepatutnya sebagai orang tua negara , Tun Dr Mahathir sepatutnya lebih peka terhadap masa depan generasi muda dan keamanan atau kesejahteraan negara . Bukan terus mengheret rakyat khasnya generasi muda terjerumus dalam kancah perjudian yang hanya meletakkan mereka terus bergantung nasib di meja perjudian , tidak lagi menjadi warga negara yang berdikari dan berbakti kepada negara . 9. Negara masih mempunyai banyak pilihan untuk mencari dana dan meningkatkan upaya perolehan hasil negara tanpa menyuburkan industri judi yang turut membawa kesan buruk kepada pertumbuhan insan dan generasi dinamik masa depan . Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara . 10. Dewan Pemuda PAS menyeru supaya rakyat bangkit dengan tegas dan yakin untuk mendesak kerajaan agar tidak melangsungkan usaha mereka untuk menyuburkan lagi industri judi negara . Judi terbaru ialah melibatkan industri sukan . Selepas ini sukan tidak lagi menjadi riadhah atau aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan pemikiran dan jasad yang sihat sebaliknya menjadi aktiviti yang dipertaruhkan . Pertaruhan inilah akan menghasilkan kesan buruk kepada masyarakat . 11. Pertaruhan sering mendorong berlakunya pergaduhan . Yang menang dilihat menindas yang kalah sementara yang kalah menyimpan dendam tidak berkesudahan . Kekalahan pula membuatkan mereka terdesak lalu mereka akan terjebak dalam kancah jenayah ragut , curi , rompak dan bunuh serta bunuh diri . 12. Perjudian adalah satu penindasan . Hampir tiada yang berjudi menjadi kaya dengan hasil judi melainkan keuntungan besar hanya akan dikaut oleh tauke judi . Bahkan judi memerangkap penjudi menjadi hamba kepada nasib yang tidak menentu tanpa memiliki kudrat untuk bangkit berdikari mencari hasil dari sumber yang halal dengan keupayaan sendiri . Judi melahirkan generasi pemalas dan lemah upaya berdikari . 13. Justeru itu sekali lagi Dewan pemuda PAS menggesa supaya seluruh rakyat prihatin terutama generasi muda untuk turun bersama Gerakan membantah Judi [GMJ] menyertai Himpunan Aman 100K pada 3 hb Julai 2010 dan berarak ke istana negara untuk menyerahkan memorandum kepada Ke bawah Duli Yang diPertuan Agong . ____________________________________________________________________ Lampiran fakta - fakta berkait Aktiviti Judi dan Industri Judi yang disuburkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri . ____________________________________________________________________ UMNO hidup kerana wang judi dan judi hidup kerana UMNO a] Dari sudut ekonomi, judi adalah satu bocoran kepada aliran wang. Lebih 8 billion ringgit dibelanjakan di meja judi di Negara kita, samada judi kasino atau judi mesin slot, judi lumba kuda atau judi empat nombor ekor. Satu jumlah yang besar - lapan billion ringgit. b] Apabila lesen perjudian diluluskan, alasan yang sama sekali lagi digunakan. Untuk mengelakkan perjudian haram. 'haram' kepada 'halal' sahajalah penyelesaian kerajaan. Berjudi kepada tidak berjudi tidak pernah menjadi satu pendekatan. Seakan-akan Kerajaan bimbang rakyat berhenti berjudi kerana ia merugikan syarikat dan kerajaan. c] Raja-raja Melayu sebulat suara menentang rancangan penjajah lnggeris rnemulakan penghalalan judi di Negara ini 53 tahun yang lalu. Ini dapat dilihat dalam Minit Mesyuarat Persidangan Rajaraja Melayu ke 11 tlan 12 yang diadakan pada tahun 1950,53 tahun yang lalu. Ketika itu, Negara masih di bawah penjajahan Inggeris. d] Kasino pertama di Negara kita didirikan di Genting Highland. la diluluskan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun-tahun 1969 - 1970. Pada 31 Mac 1969, Tunku Abdul Rahman meletakkan batu asas pembinaan Highlands Hotel. Kagum di atas kemampuan syarikat Genting Highlands Berhad membina jalan dan hotel tersebut, Kerajaan meluluskan lesen kasino dan perjudian lain kepada Genting Berhad. e] Pertautan antara industri dosa ini dengan pemimpin UMNO telah dijalin pada hari pertama industri ini dikembangkan lagi. Tan Sri Khir Johari, bekas Menteri Pelajaran yang pertama yang bertanggungjawab melupuskan medium jawi dalam sistem pendidikan Negara kita pula sejak sekian lama terlibat dalam syarikat perjudian Magnum Berhad dan Magnum 4D sebagai pemegang saham dan ahli lembaga pengarah. Beliau mula dilantik selaku Timbalan Pengerusi Magnum sejak 1986 lagi. Sejak itu, beliau kekal sebagai ahli lembaga pengarah Magnum walaupun pemilik utamanya bertukar tangan. f] Pada tahun 1994, wang yang dibelanjakan untuk membeli tiket toto hanya RM 886 juta, tetapi kini, ia sudah mencecah RM 2.3 billion. Jumlah ini hanya untuk perjudian Sports Toto. Sebagai balasannya, senyap tak senyap, untuk tahun 2002, kerajaan memperolehi pendapatan dari cukai judi Sports Toto sejumlah RM 133 juta. Syarikat pula terus mengaut keuntungan lumayan, dari RM 272 juta pada tahun 2001; meningkat kepada RM 293 juta pada tahun 2002. Siapa kata Dr. Mahathir tidak mengembangkan tabiat perjudian di bawah pemerentahan beliau?.) g] Sikap mesra judi yang diamalkan oleh Kerajaan BN adalah amat jelas sekali. Dasar-dasarnya seiring dengan kepentingan syarikat perjudian. Ini dapat dilihat, terutama sekali dengan pelbagai insentif penurunan cukai yang diberikan oleh Kerajaan menerusi Menteri Kewangan, terutama sejak pertengahan 2001. Syarikat perjudian Tanjung, Magnum dan Sports Toto telah diberikan pengurangan cukai yang membolehkan syarikatsyarikat judi ini mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi. h] Pegangan kerajaan ke atas syarikat judi berlaku secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung, kerajaan memiliki saham dalam Genting International Limited, Resorts World Bhd. yang menguruskan kasino di Genting Highland, Berjaya Group Berhad dan Metroplex Berhad. Senarai ini boleh dilihat dalam buku Akaun Awam Persekutuan, di bawah Ba - Penyata Lengkap Pelaburan Am. i] Bagi Syarikat Metroplex umpamanya, kerajaan menipunyai 327,200 saham. Kerajaan mempunyai saham emas dalam Sports Toto. Bagi milikan tidak langsung pula, kerajaan terlibat dalam banyak cara. Sebagai contoh, menerusi menteri Kewangan diPerbadankan, kerajaan mempunyai saham dalam Kamunting Corporation yang merupakan pelabur utama dalam syarikat judi Magnum Corporation, saham dalam Malaysian Plantation Berhad yang merupakan pelabur kedua terbesar dalam syarikat judi Leisure Management Berhad, saham dalam Multi Purpose Holding yang merupakan pelabur ketiga terbesar dalam syarikat judi Leisure Management dan Magnum Corporation, saham dalam Golden Hope Limited yang mempunyai saham pula dalam syarikat judi Genting Berhad j] Bagi tahun 2001, Genting Berhad membuat pembayaran sejumlah RM 44.36 juta kepada pengarah dan ahli lembaganya. Pengerusinya, Tan Sri Lim Goh Tong mengaut RM 33.5 juta bayaran untuk tahun tersebut. Bayaran kedua tertinggi yang dibuat oleh Genting ialah RM 8.3 juta dan ini mungkin diperolehi oleh Tun Haniff Omar selaku Timbalan Pengerusinya! Tun Hanif memperoleh RM 2.5 juta lagi bayaran dari Resorts World. Pada keseluruhannya, Resorts World membayar sejumlah RM 24.21 juta kepada Pengarah dan ahli lembaganya bagi tahun 2001. Pengerusinya, sekali lagi Lim Goh Tong, mendapat RM 16.7 juta, diikuti RM 5.5 juta sebagai bayaran kedua tertinggi darl bagi ahli lembaga bukan eksekutif, dibayar di antara RM 2.5 juta hingga RM 2.55 juta k] Lebih memeranjatkan tentunya mengenai saham saham yang dimiliki oleh Tengku Adnan Tengku Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Setiausaha Kerja UMNO. Tentulah sesuatu yang mengaibkan bagi UMNO bila mengetahui lesen perjudian dikeluarkan kepada syarikat di mana tokoh UMNO mempunyai kepentingan. Apa lagi menjelang pllihanraya. l] Mengikut dokumen rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia, antara pemegang saham utama Bukit Tinggi Resort ialah Tengku Adnan Tengku Mahmud, selain Vincent Tan dan anak syarikat Kerajaan Pahang, Pasdec Corporation. Jumlah saham Tengku Adnan dan Pasdec ialah masing masing 63 juta dan 45 juta saham bernilai seringgit satu saham. Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. |

| Khairy Dah Menyerang..Mat Monggol dan Parpu Kari ! Posted: 25 Jun 2010 06:28 AM PDT Pemuda UMNO hari ini secara rasmi membantah cadangan supaya kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bola sepak di negara ini.Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, pengeluaran lesen judi seumpamanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini. "Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda UMNO membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut. Fulamek!!! ini baru betul pemuda berani................. Nampaknya setelah sekian lama Khairy di "tindas" dan di "buli" barulah nampak sekarang dia berani melawan dan melancarkan serangan keatas Mat Monggol dan Isteri Rosmah.Nampaknya ini satu perkembangan yang amat baik sekali. Kalau Tak dapat Geng semenanjung kini Khairy berjaya mengumpul geng - geng dari sabah untuk di jadikan sebagai satu lagi puak penentang dalam geng United MuNkEeE.Kini di lihat apa sahaja dasar mat monggol telah di bantah keras oleh khairy. Bila merasakan diri semakin terpinggir kerana Mat Monggol di lihat lebih suka "memanja" kan "Pahlawan Kotak" (Ezam mat Noor) daripada orang sendiri.Sekarang Khairy dah tahu kelemahan Mat Monggol pasal satu dunia dan satu eropah dah tahu kes Mat Monggol. Khairy ada duit, apa nak kisah.....Geng - geng puak penentang kini di kumpul dengan lebih ramai untuk menghasil gerakan penentang kepada mat monggol. Dah Pastinya Khairy akan gasak gilerr...babi.Apakah ada haram jadah yang pasti nya tak senang dengan kebangkita Khairy ini.Kalau ada yang tak senang kita pasti sudah tahu orang itu tak lan tak bukan adalah Salim si Parpu Kari,kerana selama ini dia lah yang paling anti sekali dengan Khairy dan akan menyekat khairy habis - habisan. Dalam pada masa yang sama satu lagi barua mat monggol yang tak lain tak bukan adalah berahim katak kini melancarkan konfrantasi dengan ketua puak penentang itu,yang mana berahim katak ini melalui PERKOSA telah mengingatkan Pemuda UMNO pimpinan Khairy Jamaluddin supaya jangan menjual bangsa sendiri, dengan mempertahankan ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang didakwanya mempersoalkan pemberian biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA. Semalam Khairy yang juga ahli parlimen Rembau membela Wee selepas 'diserang' oleh presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung isu biasiswa tersebut.Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu. "Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum "Kalau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikirimkan melalui SMS pagi tadi. Ibrahim yang juga pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata beliau mempunyai bukti berhubung kenyataan Wee itu dalam akhbar The Star yang bertarikh 16 Jun lalu. Akhbar berbahasa Inggeris itu memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, maka ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang dipromosi oleh kerajaan. Ibrahim menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik"."(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'. "Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya. Dalam satu sidang media di lobi Parlimen semalam, Ibrahim mengecam Wee berhubung kenyataannya itu. Berikutan itu, Khairy dan Wee kemudiannya dilapor mengadakan sidang akhbar masing-masing bagi menjawab isu tersebut Ketika mempertahan Wee, Khairy berkata ketua Pemuda MCA itu tidak mempersoalkan hak orang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan. Sebaliknya, kata Khairy, Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee. Manakala Wee pula menjelaskan bahawa pernyataannya tidak mempersoalkan biasiswa MARA. Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau tetap "tidak berganjak atas kenyataan terhadap ketua pemuda MCA" itu. "Siapa yang putar belit kenyataan kalau tidak Wee sendiri. Rujuk (akhbar The) Star pada I6 Jun (pada) muka 2. "PERKASA wajib sentiasa berdiri di atas kebenaran. Bukan main politik tak tentu arah. Pemimpin perlu ada kredibiliti, amanah dan bermoral. "(Pemimpin) yang ada masalah kredibiliti, tiada siapa percaya, ada dibayangi konflik dalaman diri....Saya akan terus bersuara tanpa peduli apa orang kata," katanya. Dari TKO |
| Ahmad Maslan Mahu Tunjuk Jaguh Posted: 25 Jun 2010 06:19 AM PDT Seolah-olah mahu menutup segala kelemahan dan kepincangan yang ada, maka hari ini Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bertindak menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat. Alasan yang diberikan kononnya pihak terbabit menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap organisasi terbabit pada minggu lepas. Dalam satu kenyataannya, Menteri UMNO yang menjaga Felda iaitu Ahmad Maslan (foto) berkata saman itu akan difailkan dalam masa terdekat melalui barisan peguam handalan yang akan dilantik (jangan guna Karpal Singh sudahlah). Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang disaman ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dan yang lainnya terdiri daripada Zaid Ibrahim (Ahli Majlis Tertinggi PKR), Suhaimi Said (Pengerusi Biro Felda), Dr.Tan Kee Keong (Pengerusi Biro Antarabangsa PKR) dan Wahid Endut (Ahli Parlimen K.Terengganu). Turut bakal disaman ialah pemilik permit dan Ketua Pengarang akhbar Suara Keadilan. Saman itu dikeluarkan berikutan satu artikel muka depan akhbar terbabit yang bertajuk "Felda Bangkrap" dan empat lagi artikel keluaran sama. Malah, Ahmad Maslan juga menegaskan bahawa kononnya pembangkan dengki dengan kejayaan Felda yang baginya merupakan projek pembangunan tanah bersepadu yang paling berjaya di dunia. beliau juga menegaskan Felda memilik ladang terbesar didunia dan menghasilkan keuntungan bersih purata RM1.1 bilion setahun dalam tempoh enam tahun lepas. p/s:- Apa yang pasti tindakan saman ini sememangnya amat dinantikan oleh kesemua yang terbabit. Ini kerana, banyak pendedahan dan bukti-bukti kukuh tentang "lingkupnya Felda" bakal dapat didedahkan secara lebih teratur lagi di mahkamah nanti. Tindakan saman ini sudah pasti akan membuka "pekong Felda" sebenarnya. Justeru itu, Ahmad Maslan harus berhati-hati biarpun beliau kini terdesak untuk mempertahankan agensi tersebut. Malah, kerugian Felda sehingga mencecah RM3 bilion seperti yang didedahkan oleh kementerian terbabit di parlimen baru-baru ini juga amatlah mengejut serta mengecewakan kita sebenarnya. Banyak lagi rahsia besar pasti akan didedahkan selepas ini. Dalang yang terlibat disebalik masalah yang melanda agensi itu perlulah dibawa ke muka pengadilan sebenarnya. Dari PDO |
| You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

.jpg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan