Khamis, 17 Jun 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Tanpa Muzik Mungkinkah?

Posted: 17 Jun 2010 06:38 AM PDT

Salam sahahat dikasihi... hari ni teringin nak ajak sahabat sembang-sembang tentang sauasana semasa. Suasana hari ini yang di sana sini penuh dengan muzik. Muzik muzik muzik. Anti muzik ke saya ni ye??? Hehe. Takdelah... sesekali kaki terhenjut juga dengan sendiri... Bila alunan irama terkena dengan rasa.

Cuma, bukan apa... sejak dua tiga hari cuti sekolah ni dan kira berpuluh jugalah jemputan kawin yang saya terima... semuanya mesti ada muzik. Ada jemputan di kawasan kampong, kawasan felda dan kalau di bandar-bandar besar tu almaklum ajelahkan. Huhu. Muzik seolah-olah satu dari menu wajib untuk semua majlis.

Bukan di majlis perkahwinan sahaja... baru-baru ni ketika perayaan sambutan hari guru, kat sekolahpun macam tu juga. Amboi majlis pembukaan ala-ala anugerah era gitu. Hebat anak-anak kita liok lentuknya memang setanding... Terkasima juga dibuatnya.Hehehehe.

Sesetengahnya mengalahkan Inul gitu. Saya tidaklah mengatakan muzik itu haram secata total... tidak. Muzik adalah suara alam. Kicauan burung di angkasa juga merupakan laungan muzik semulajadi ciptaan Allah. Geselan dedaun bahkan suara ombak memecah pantai juga adalah muzik...

Dah, kalau bukannya haram secara total... kenapa nak dirisukan??? Bukankah banyak lagi perkara yang lebih besar. Erm... Entah. Cuma sering tertanya perlukah ia menjadi main menu di setiap program kita. Seolah tanpanya majlis kita tidak berseri. Majlis kita majlis yang mati.

Agaknya, ada ke sahabat-sahabat yang ingin berziarah atau bertolong bantu gotong royong melakukan kerja andai majlis itu sepi sahaja... yang ada hanyalah laungan bacaan Quran dan alunan Asma Allah. Atau mungkin kita sendiri akan merasa rendah diri untuk mengadakan majlis yang hanya seperti ini... lantas kita akan bersama dengan tuntutan semasa yang menjadikan muzik sebagai menu utama!!!

Opsssss atau mungkinkah satu hari nanti majlis-majlis keagamaanpun akan terikut sama dengan suasana dan budaya yang seolah telah diterima pakai ini!!!!!! Mungkin sahabat ada jawapannya...???

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri.Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

-AmirDarkJustice

Tian Chua 'selamat', kekal MP Batu

Posted: 17 Jun 2010 05:59 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.

Berikut keputusan itu, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan itu tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.Hakim Datuk Ghazali Cha ketika membacakan penghakimannya berkata pihaknya tidak akan mengubah keputusan bersalah yang dijatuhkan oleh Mahkamah Masjistret.

"Walaupun hukuman ditentukan oleh majistret, namun ini adalah kesalahan pertama."

"Membiarkannya beliau hilang kelayakan akan menyebabkan satu lagi pilihan raya kecil dan ini akan membabitkan dana yang besar
."

Tian didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya

Beliau yang baru tiba dari Paris, pagi ini hadir di mahkamah bersama kira-kira 20 penyokongnya termasuk ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Beliau diwakili oleh peguam Ranjit Singh, Amer Hamzah Arshad dan Razlan Hadri Zulkifli.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof, sebelum itu berhujah bahawa keputusan sepatutnya dikekalkan.

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Tian Chua, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Mahasiswa berjaya halang UKM

Posted: 17 Jun 2010 05:53 AM PDT

Empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya mendapat perintah injunksi sementara bagi menghalang pihak universiti meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.Keempat-empat mereka (gambar) adalah Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza yang merupakan pelajar dari jurusan Sains Politik.

Menurut laporan Bernama, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas kedua-dua pihak bersetuju melanjutkan perintah injuksi sebelah pihak yang diperoleh pelajar itu pada 1 Jun lalu, sehingga pelupusan saman pemula mereka.

Pada 1 Jun lalu, mereka memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Malaysia, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM, bagi mencabar tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas mereka.

Mereka dituduh atas kesalahan melanggar perkara 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana terlibat dalam politik kepartian.

Mereka juga memohon deklarasi bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU, adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Seksyen itu menyebut bahawa tiada seorang pun pelajar universiti boleh menyatakan atau melakukan apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar negara.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 9 Julai ini bagi mendengar saman pemula itu.

Pengganas: K'jaan cuba alih tumpuan rakyat

Posted: 16 Jun 2010 11:09 PM PDT

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan hari ini kerana cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu nasional kepada kononnya kegiatan pengganas di negara ini pada tahap membimbangkan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional dan Umno cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu seperti judi sukan, pembabitan Israel melalui firma antarabangsa Apco Worldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta.

"Tindakan pengganas tidak boleh dipertahankan dalam apa cara sekalipun tetapi mereka mesti matuhi undang-undang," kata Anwar.

"Di mana bukti bahawa terdapat kegiatan pengganas? Jika ancaman sebegitu mengugatkan mengapa suspek berkenaan diekstradisi tanpa didakwa?" soalnya.

Anwar tetap dedah klip video RM2 juta

Posted: 16 Jun 2010 10:59 PM PDT

Gara-gara mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan klip video berhubung sogokan RM2 juta yang membabitkan beberapa Ahli Parlimen Bebas sebagaimana yang dicabar oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohammed Hashim, seorang wartawan RTM yang dikenali sebagai Tukimin dinasihatkan supaya bersikap lebih profesional.

"Kamu (Tukimin) tak jadi menteri lagi pun, kamu sudah begini. Sudah habis bertanya soalan, sudah habis tanya soalan, ok...kamu diam," kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang beliau kenali secara peribadi jauh lebih berakhlak dan beradab ketika berkomunikasi dengan beliau jika dibandingkan dengan wartawan terbabit.

Disebabkan nasihat Anwar itu, wartawan terbabit terus berlagak agresif dan memperkecilkan nasihat Anwar lalu meninggalkan sidang media tersebut.

Sebelum pada itu, Anwar didesak bertalu-talu untuk menjelaskan secara spesifik bila beliau bersedia menyahut cabaran Zahrain sebagaimana dibuat di Dewan Rakyat, semalam.

Menjawab soalan itu, Anwar meminta wartawan terbabit mendedak RTM menyiarkan dahulu klip video konspirasi melantik hakim yang membabitkan Peguam VK Linggam sebelum ini.

Ini kerana, menurut Anwar, RTM tidak pernah profesional dalam mendedahkan kepincangan para pemimpin Umno BN dalam mentadbir negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, soalan berunsur provokasi oleh wartawan terbabit tidak seharusnya dilayan.

"Saya yang menentukannya (klip video RM2 juta), saya akan tetap mendedahkannya kelak. Kamu diam dan saya tidak perlu layan provokasi RTM," tegasnya.

Turut menyertai Anwar ialah Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Pokok Sena), Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau).

Kenyataan Najib petanda PRU sudah dekat

Posted: 16 Jun 2010 10:52 PM PDT

PAS menganggap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung tarikh pilihan raya umum (PRU) yang didakwa "akan mengejutkan semua pihak" sebagai petanda PRU ke-13 akan berlaku dalam masa terdekat sebelum genap tempoh lima tahun penggal ini.

Mengulas kenyataan Najib itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, kemungkinan PRU ke-13 akan berlaku serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak awal tahun hadapan.

"Ini petanda bahawa PRU ke-13 akan dibuat awal sebelum tempoh asal tamat.

"Saya jangka dibuat pada awal tahun 2011 bersekali dengan pilihan raya negeri Sarawak
," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Ditanya asas kepada jangkaan itu beliau menjelaskan, Umno kini mengetahui angin perubahan sedang berlaku di Sarawak di mana rakyatnya kini mula beralih menyokong Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN.

Jika Umno ditakdirkan kalah pada pilihan raya Sarawak katanya, sudah tentu akan memberi kesan besar kepada pengundi di Semenanjung dalam pilihan raya umum nanti.

Jelasnya, oleh kerana Sarawak adalah talian hayat Umno BN, maka mereka akan cuba menyekat penumpuan Pakatan Rakyat di Sarawak dengan mengumumkan pilihan raya serentak.

"Umno tahu Pakatan Rakyat mampu tumbangkan mereka di Sarawak pada pilihan raya negeri itu nanti berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Sibu.

"Mereka akan berisiko jika mengadakan pilihan raya Sarawak berasingan dengan pilihan raya umum kerana Pakatan Rakyat akan tertumpu di Sarawak.

Berbeza jika kedua-dua pilihan raya diadakan serentak
, maka katanya tumpuan Pakatan Rakyat akan dibahagikan ke seluruh kawasan di seluruh negara.

Najib semalam ketika diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya berkata, tarikh PRU ke-13 yang akan diumumkannya akan mengejutkan semua pihak.

PAS melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali pada Mei lalu juga, pernah mengemukakan jangkaan bahawa PRU ke-13 akan diadakan pada April 2011 berserentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Sementara itu, PAS akan melancarkan Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS) pada 20 Jun ini di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali ke arah persediaan menghadapi PRU ke-13.

Semua pemimpin utama PAS bermula dari Ahli Majlis Syura dan AJK PAS Pusat hinggalah Pengarah Majlis Tindakan Dun dan jentera pilihan raya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan berkumpul pada majlis itu yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

ILPAS ditubuhkan oleh Jabatan pilihan raya PAS Pusat untuk memberikan latihan pengendalian kempen pilihan raya kepada semua jentera pilihan rayanya.

Tiada ulasan: