Rabu, 16 Jun 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Hujan Iringi PM Terbang Awal ke Ibu Negara.

Posted: 16 Jun 2010 05:02 PM PDT

Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.


Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.
Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.

Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.

Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan.

Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Tok Pa terpaksa menggunakan Loud Hailer kerana
Sound System gagal berfungsi

Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus.

Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka.

Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.

Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.

Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat.

Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya.

Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh.

Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula.

Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'.

Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia.




Oleh: AnakSungaiDerhaka

PERKATAK

Posted: 16 Jun 2010 04:58 PM PDT

Siapa lagi mau join ?

Kelayakkan ;

1 - Anda Mestilah Seorang ADUN / MP
2 - Mempunyai Malasah Kewangan
3- Mempunyai Cita-Cita untuk Menjadi Exco
4 - Mempunyai Syarikat Berstatus MSC a.k.a Ali Baba
5- Mempunyai Hasrat Terpendam Untuk Menjadi MB
6- Ingin Dikenang Sebagai Hero Agama Islam (Tapi kena sokong judi bola)
7- Bersedia Untuk Tidak Dicalonkan Dalam PRU Akan Datang

(Kelayakkan Perkara 1 Adalah WAJIB)

Perlembagaan 1.0 : Presiden PERKATAK dipilih berdasarkan Ahli DUN atau MP yang mempunyai paras rupa dan potongan badan yang menyerupai seekor katak mengikut skala yang sesuai!

Rakyat waras tidak dapat terima mansuh biasiswa

Posted: 16 Jun 2010 03:25 AM PDT

Tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang dapat menerima keputusan kerajaan untuk menidakkan peluang pelajar cemerlang Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kekurangan sumber dana," kata Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) membantah keras keputusan kerajaan untuk memansuhkan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang secara berperingkat-peringkat seperti yang diumumkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, keputusan itu bercanggah dengan falsafah dan semangat yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-10.

"Dapsy merasakan keputusan ini sangat tidak adil kepada generasi muda Malaysia kerana pengurusan kewangan yang boros dan tidak berhemah oleh Kerajaan Barisan Nasional menyebabkan generasi muda Malaysia terpaksa menangung akibat dan implikasinya," katanya.

Beliau juga berkata, rakyat tidak dapat menerima keputusan kerajaan memansuhkan pemberian biasiswa itu sedangkan kerajaan mengumumkan cadangan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta dan kos pembinaan Istana Negara mencecah RM811 juta.

"Kerajaan mengatakan pemberian biasiswa ini tidak dapat diteruskan kerana pembiayaan kewangan yang tinggi dan kerajaan tidak mampu menanggungnya. Ini adalah satu asalan yang tidak boleh diterima sama sekali.

"Tatkala apabila kerajaan mengumumkan cadangan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta dan kos pembinaan Istana Negara mencecah RM811 juta, tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang dapat menerima keputusan kerajaan untuk menidakkan peluang pelajar cemerlang Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kekurangan sumber dana
," katanya.

Katanya, Dapsy turut mempersoal keikhlasan kerajaan dalam 'membentuk belia untuk menjadi pemimpin masa hadapan yang dinamik dan berinspirasi' seperti yang terkandung dalam RMK ke-10 yang dibentangkan.

"Apakah isi kandungan yang tertera dalam RMK10 yang dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri sekadar indah khabar dari rupa? Perdana Menteri semakin hari semakin dikenali sebagai 'Perdana Menteri flip-flop'. Namun kita tidak menjangkakan bahawa beliau begitu cepat 'flip-flop' dalam dasar yang dibentangkan oleh beliau sendiri di Parlimen kurang dari semingu yang lepas," katanya.

Sehubungan itu, katanya Dapsy menyeru kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa pemilih khas Parlimen untuk mengkaji semula secara menyeluruh setiap aspek pelaksanaan dan sistem pemilihan penerima biasiswa JPA termasuk dua cadangan iaitu memberikan biasiswa kepada semua pelajar cemerlang SPM yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Selain itu, penajaan biasiswa ke luar negara mengikut pengkhususan bidang pengajian hanya ditetapkan selepas menilai keputusan akademik di peringkat pra-universiti.

Masih Ada Waktu Dr M Ambil BA Syariah

Posted: 16 Jun 2010 03:14 AM PDT

"Mantan Perdana Menteri, Dr M dilaporkan setuju dengan pemberian lesen judi sukan. Beliau juga menyifatkan bantahan pembangkang dalam isu judi bukan kerana agama tetapi politik. Tun! Tun! Ingatkan umur ke hujung makin baik dan cuba fahami Islam, rupanya masih seperti dahulu. Sedikit pembaharuan ialah baru sekarang tahu jahatnya Yahudi.

Dahulu, kalau tak silap, beliaulah yang membawa masuk pasukan kriket negara haram Israel ke Malaysia, kononnya nak beri faham kepada mereka. Tun ada tanya pandangan bekas penasihat agama Tun dahulu sebelum beri pandangan ini? Atau ia hanya semata-mata datang dari akal 'bijak' Tun sahaja.
Judi tetap judi, walau apa namanya. PAS bukan hanya menolak judi sukan, bahkan semua judi ditolak.

Penjelasan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasarudin Hasan di akhir muktamar jelas. Pemuda PAS menolak semua bentuk judi, cuma fokus utama sekarang ialah judi sukan. Yang lain menyusul kemudian.

Saya ada mendengar huraian oleh felo IKIM dalam radio IKIM.fm berkenaan pro kontra judi ini. Beliau menghuraikan dari aspek logik dan kesan kepada masyarakat. Mudaratnya jelas lebih banyak dari manfaat. Bukankah penubuhan IKIM ini idea Tun. Ada Tun tanya kepada felonya tentang isu judi ini menurut perspektif Islam?

Perkara inipun sudah dijelaskan dalam artikel sebelum ini. Kalau Tun masih belum faham, saya syorkan Tun daftar nama masuk mana-mana IPT dalam Fakulti Syariah untuk lebih mengetahui, bukan sahaja judi tetapi pelbagai perkara khususnya hukum hakam Islam yang Tun banyak pertikaikan dahulu. Tun kan banyak duit. Masa Tun pun banyak sekarang, tak sibuk lagi jadi PM. Kesihatan Tun pun masih OK. Rambut nampak masih hitam. Sesi baharu IPT pun akan bermula tak lama lagi. Saya rasa IPT berkenaan akan berbangga menerima anak muridnya ialah bekas PM. Setuju cadangan saya Tun?

Tiada ulasan: