Ahad, 13 Jun 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


PAS Perlu Kerjasama Dengan Bukan Islam

Posted: 13 Jun 2010 08:01 AM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.

Katanya, Nabi Muhammad - yang diibaratkannya sebagai "pemandu pertama" ajaran Islam - juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.

Mengaitkannya dengan politik semasa di mana PAS bergabung bersama parti bukan Islam seperti DAP, Nik Aziz berkata, tahaluf atau kerjasama politiknya dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah itu.
"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP.

"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini.

Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu.

Walaupun ditentang banyak sahabatnya, tindakan itu akhirnya membawa banyak faedah kepada kerajaan Islam yang baru bertapak di Madinah ketika itu.

Tahniah Mr. Vicent Tan

Posted: 13 Jun 2010 07:47 AM PDT

Sudah 2 hari Piala Dunia berlalu, maka secara rasmilah judi bola sepak versi halal telah berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang sekatan oleh pihak kerajaan. Kalau dahulu kerajaan melarang keras sebarang bentuk perjudian dalam bola sepak.

Langkah kerajaan pada suatu ketika dahulu memang amat-amat wajar kerana dalam sesebuah negara Islam memang tidak seharusnya berlaku kerana dalam Islam judi adalah haram. Tidak kira apa bentuk pertaruhan sekalipun hatta pertaruhan sabung ayam pun dikira haram, inikan pula pertaruhan bola? Implikasi daripada kesan pertaruhan bola banyak dia punya kesan buruknya. Saya yakin ia akan menjadi barah dan suatu hari nanti barah tersebut akan menjadi lebih parah. Tidak mustahil selepas ini kerajaan meluluskan judi di peringkat liga perdana, EPL, La Liga Sepanyol, Liga Jerman, dan Serie A Itali. Maka tersenyum banggalah Mr. Vincent Tan kerana sudah pasti dia akan menjadi lebih kaya dan rakyat mesti akan menjadi lebih miskin.

Mengapa kerajaan kita tidak mengambil sebarang tindakan kepada tokei-tokei judi ini? Tetapi kalau rakyat biasa didapai bersalah berjudi akan dikenakan tindakan. Seharusnya tokei-tokei judi inilah yang kena tangkap dahulu. Tapi apakan daya kita, negara kita mengamalkan undang-undang rimba. Satu cara sahaja untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menukar kerajaan. Sudah semestinya Mr. Vicent Tan ini akan kepanasan buntut kalau kerajaan bertukar tangan. Mana tidaknya, business mereka akan bungkus. Pakatan Rakyat telah mengeluarkan pendirian mereka untuk menentang judi sekeras-kerasnya. Oleh yang demikian, kuasa rakyatlah yang akan menentukan segalanya. Tetapi sekiranya rakyat masih lagi memilih UMENO untuk menjadi kerajaan pada masa akan datang, maka judi ini akan terus berkembang. Cuba kita lihat apa kelebihan judi yang akan rakyat perolehi:

1) Kepada orang yang beragama Islam yang terlibat sama dalam pertaruhan judi mereka akan dapat merasi nikmat makan duit haram. Duit haram ini akan menjadi darah daging dan Allah telah menjanjikan akan membakar daging-daging yang haram di neraka kelak.

2) Kes pergaduhan dan pembunuhan pasti akan meningkat. Ia berlaku apabila ada orang meminjam dengan along dan pertaruhan mereka kalah maka hutang tidak akan dapat dibayar. Kalau pihak along, tak dapat bayar hutang nyawa jadi taruhan.

3) Kerajaan akan mendapat imbuhan yang tinggi hasil daripada duit haram judi tersebut. Duit haram itu bolehlah digunakan untuk pembangan negara. Maka banyaklah bangunan akan runtuh kerana Allah tidak akan memberkati duit haram tersebut. Kesannya semua kepada rakyat.

Dengan ini ucapan segulung tahniah kepada Mr. Vicent Tan atas kejayaan beliau memonopoli perniagaan judi yang banyak merosakkan rakyat Malaysia. Kepada kita semua, pastikan pilihanraya akan datang kita tukarkan kerajaan yang ada sekarang dan kita ramai-ramai singkirkan Vicent Tan dari muka bumi Malaysia




Oleh: mikidookie/TKO

Tiada ulasan: