Sabtu, 5 Jun 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Cakap Tak Serupa Bikin

Posted: 05 Jun 2010 08:59 AM PDT

Bukan main bersemangat lagi UMNO dan BN bersuara menentang apa yang dikatakan keganasan kerajaan haram Israel ke atas rakyat Palestin terutama yang tinggal di Gaza. UMNO bukan saja mengutuk Israel dan berarak di jalan-jalan raya menunjukkan protes ke atas kejadian terbaru pembunuhan aktivis keamanan di atas kapal Mavi Marmara tetapi juga telah menghantar 1 konvoi keamanan bersama kapal kedua Rachel Corrie (yang ketika blog ini ditulis telah pun ditawan oleh tentera Israel).

Baguslah tu, buat kerja-kerja baik untuk rakyat Palestin. Cuma saya nak nasihat, kalau nak lawan Israel, lawan betul-betul. Jangan pula berdegar-degar kutuk Israel sana sini tapi di Malaysia dok buat perangai lebih kurang macam dia orang juga.

Pertama, kenapa masih pakai geng-geng Zionis APCO lagi untuk nak 'jual' Najib sedangkan dah tahu bekas kepala-kepala pengganas Zoinis yang mengawal APCO. Adakah imej Najib lebih penting daripada nyawa rakyat Palestin?

Kemudian tu, tegakkan demokrasi yang betul-betul tulus di negara ini. Jangan amalkan demokrasi hanya jika menguntungkan UMNO/BN, jika tidak untung batalkan, atau gunakan polis dan SPRM untuk menyakatnya.

Jikalau rakyat dah pilih kerajaan negeri yang bukan BN, terima hakikat ini atas semangat demokrasi yang luhur dan jalinkan kerjasama yang baik dan bertanggungjawab, bukan dengan mengujudkan kerajaan dalam kerajaan seperti penubuhan JKKP dan melengah-lengahkan peruntukan kewangan Persekutuan kepada negeri-negeri.

Jangan jadikan negara ini macam Negara Polis, di mana polis dan SPRM menjadi alat kepada pemerintah dan bukan sebagai badan yang bertanggungjawab dan menjaga keselamatan rakyat.

Kebajikan rakyat diuruskan secara berpilih-pilih dengan keutamaan kepada kroni dan suku-sakat BN. Rakyat yang menyokong pembangkang telah didiskriminasikan dan digertak dengan pelbagai ugutan sedangkan perlembagaan kita membenarkan hak semua orang untuk berpersatuan dan bersuara.

Nasihat saya kepada UMNO supaya baca dan renung betul-betul apa yang saya tuliskan supaya jangan nanti orang kata cakap tak serupa bikin, kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi!


p/s: Pi mai pi mai dok tang tu jugak!


Sumber Aktikel Disini

Dimana Sumbangan Dan Pengorbanan Kita?

Posted: 05 Jun 2010 07:15 AM PDT


Saya telah menyentuh sedikit berkenaan sumbangan dan pengorbanan dalam artikel lepas, tetapi merasakan tajuk ini memerlukan kupasan yang lebih terperinci lagi,lalu saya membuat keputusan untuk menulis entry khas mengenainya.

Apabila sejarah perjuangan Rasulullah saw digali untuk mengenal corak perjuangan baginda serta sahabah dan mengutip pengajaran yang cukup berharga buat ummat manusia kemudian, lalu disana kita sering dipertemukan dengan kisah-kisah hebat Rasulullah saw dan sahabah ridhuanullah dalam menyampaikan dakwah islam. Selalunya reaksi kita sebagai ummat akhir zaman ialah "itu rasulullah" atau juga "itu sahabat" dan diikuti dengan "mana mungkin sama dengan kita".

Di kanvas sejarah, tercatat terlalu banyak peristiwa hebat yang melibatkan Rasulullah saw dan para sahabah. Antaranya ialah ketika Ali ra mengantikan Rasulullah saw untuk tidur ditempat tidur baginda ketika peristiwa hijrah. Dalam sirah nabawiyah,Mustafa Sabaie menitipkan

Tindakan Ali ra tidur di tempat tidur Rasul s.a.w. pada malam Hijrah merupakan pengorbanan nyawa untuk menyelamatkan nyawa Rasulullah s.a.w.. Ini kerana ada kemungkinan pedang pemuda-pemuda Quraisy akan dihayunkan ke kepala Ali r.a. sebagai membalas dendam, ekoran beliaulah yang memudahkan Rasulullah s.a.w. menyelamatkan diri. Namun Ali r.a. tidak menghiraukan perkara tersebut. Cukuplah bagi beliau, jika Rasulullah s.a.w selamat, Nabi umat dan pemimpin dakwah terselamat.

Kemudian ingin saya memetik satu cerita dari bingkisan Fiqh Al-Sirah tulisan Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti,

Tahukah saudara siapakah Mus'ab bin Umair itu?Ia adalah satu-satunya putera 'Arab yang hidup dengan serba kemewahan, dengan pakaian yang serba mahal. Tapi bila saja beliau menganut agama Islam maka segala—galanya ditolak ke tepi. Dengan penuh semangat kelslaman beliau turut serta di barisan hadapan di belakang Rasulullah berda'wah dan menyeru manusia ke jalan yang sebenar. Dengan relahati pula beliau menerima siksaan kaum Quraisy dan beginilah keadaannya yang penuh dedikasi berkorban untuk Islam hingga ke titisan dan nafasnya yang terakhir. Di dalam peperangan Uhud ditaqdirkan beliau telah gugur syahid. Dengan pakaian yang sehelai ditubuh sahaja, baju labuhnya tidak mencukupi untuk menutup 'aurat jenazahnya sehingga kalau ditutup di bahagian kepalanya maka kakinya akan terjuntai keluar dan kalau ditarik ke kakinya maka kepalanya pula akan terdedah. Akhirnya mereka menceritakan kepada Rasulullah. Rasulullah menangis, teringat kembali betapa beliau sanggup menolak kemewahan duniawi semasa mudanya dahulu. Rasulullah pun bersabda: "Litupilah bahagian kepalanya dengan baju labuhnya itu dan tutuplah dua kakinya dengan daun kayu izkhur".

Apabila membaca cerita-cerita sebegini, satu persoalan yang harus ditanya ialah, apakah yang membezakan "mereka" dan kita? Mereka juga manusia sama seperti kita. Mereka memiliki otak yang membesar dan berfungsi sama seperti otak kita. Lalu dimanakah silapnya apabila kita pada hari ini terlalu jauh terpesong atau dipesongkan sehingga gagal mencapai tahap keimanan mereka?

Menyumbang dan berkorban untuk agama.

Apa yang saya lakukan disini hanyalah menyumbangkan masa untuk agama dan dakwah. Saya yakin, diluar sana terlalu ramai da'i yang bersedia bila-bila masa untuk menyumbang. Manakala bagi masyarakat awam yang terkontang-kanting mencari matlamat hidup, tajuk "menyumbang" pun masih terlalu "baru" bagi mereka. Sumbangan mereka masih berputar dan bergelut dengan elemen takbur dan riak.

Disaat kita hanya beredar dalam paradigma menyumbang, sejarah mencatatkan bahawa rasulullah saw dan sahabah telah beranjak ke paradigma berkorban. Disaat kita merangka strategi untuk sebuah anjakan paradigma yang cukup bermakna ini, sahabah telah membuktikan kepada kita bahawa, manusia biasa tetapi memiliki iman yang luar biasa bisa melakukannya.

Apabila saya membaca mukadimah Petunjuk Sepanjang Jalan tulisan As-syahid Syed Qutb, diawal tulisan beliau, beliau mengariskan beberapa faktor mengapa generasi agung ummat manusia iaitu generasi al-quran boleh dilahirkan. Generasi al-quran ialah satu kumpulan manusia yang cukup luar biasa yang memiliki desire (keinginan) yang cukup tinggi untuk melihat islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya (islamu desiya'lu wala yu'la alaih).

Biarlah diri sendiri terkorban, asalkan islam selamat. Bagi yang pernah membaca sejarah perang uhud pastinya mengetahui cerita sahabah menjadikan tubuh-tubuh mereka sebagai perisai kepada Rasulullah disaat tentera islam dikepung oleh tentera Musyrikin mekah. Mereka faham bahawa, jika rasulullah saw dibunuh (wafat) maka islam akan terbunuh,dan begitulah sebaliknya.

Lalu kita bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan menyumbang dan apakah pula makna berkorban? Berkorban ialah meletakkan kepentingan agama itu melebihi dari kepentingan diri sendiri. Manakala menyumbang pula ialah kepentingan diri sendiri selalunya lebih utama dari kepentingan agama.

Saya menulis disini disaat ada kelapangan. Apabila kesibukan mencelah,saya menghentikan kerja menulis. Bermakna saya hanya menyumbang. Bagi seorang hamba Allah yang menderma,jika dia menderma diwaktu kaya (senang) nya sahaja, maka dia hanya meyumbang dan bukan berkorban.

Kita Dimana?

Dalam perjalanan hidup ini, saya menemui ramai sahabat yang bercita-cita untuk mati syahid dijalan Allah. Dan dalam masa yang sama saya sendiri turut memasang angan-angan untuk syahid di jalan Allah. Saya selalu bertanya, adakah sesenang itu? Sedangkan diri sendiri masih terkial-kial untuk istiqamah dalam kerja dakwah yang hanya salah satu juzuk menyumbang,adakah layak untuk saya bercakap mengenai perngorbanan nyawa demi agama yang benar ini?

Dalam perbualan bersama rakan-rakan mengenai cita-cita untuk syahid, selalunya dimulai dengan ayat ini

"memangla semahunya nak mati syahid, tapi..."

lalu perbualan memasuki zon alasan yang tidak berkesudahan.

Alhamdulillah,masih ramai yang bercita-cita untuk syahid dijalan Allah. Tapi angka ramai tadi sering tidak berkadar terus dengan angka yang faham apakah erti cita-cita mereka sendiri. Jika sekarang ini kita masih teragak-agak untuk meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan sendiri, usah terlalu awal untuk hanya berangan-angan syahid dijalan Allah.

Hassan Al-Banna,Syed Qutb,Syeikh Ahmad Yassin,Aziz Rantisi berdiri antara mereka yang bukan sahabah yang telah membuktikan bahawa anjakan paradigma itu tidak mustahil,lalu untuk apa kita masih bermenung lalu berkata, "itu sahabat..mana mungkin sama dengan kita.."?

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
(segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kejahilan diriku sendiri)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

-AmirDarkJustice

Ucapan Khairy dihadapan RIBUAN peserta Demo Anti Israel anjuran BN

Posted: 05 Jun 2010 12:44 AM PDT

Khairy bertanya bagaimana jika dihantar beratus kapal bantuan? Adakah Israel mampu untuk menyerang?

Soalan yang boleh dianggap soalan bodoh.. Kalau dihantar beratus kapal pulak takkan Israel nak hantar Komando macam yang telah berlaku tu.. Israel nanti hantar Jet Pejuang pulak la ataupun Kapalselam mereka yang boleh menyelam.. itu pun tak tahu nak fikir..patutlah Najib tak melantik dia didalam kabinet Najib.. Bodoh rupanya Khairy ni!!

Dia sendiri nak himpun 200 orang pun tak dapat.. nak himpun beratus kapal pulak.. kah.. kah.. kah..Hang pandai buat lawak..

Khairy juga berkata sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini di SINI "Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel,"

Kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel?.. kah.. kah.. kah.. kita tu siapa?

Pemuda UMNO ke? Kalau Pemuda UMNO tu ke Lombok Indonesia tu berani la..

Ribuan??

Ribuan yang hadir?? Kah.. kah.. kah..

Saksikan... Ucapan Ketua Pemuda UMNO Haji Khairy Jamaludin dihadapan ribuan (Ribuan tu TV3 yang kata padahal tak sampai 200 orang pun…) yang menyertai Demonstrasi Anti Israel anjuran Pemuda UMNO yang Hipokrit.

Umno dan BN Kerajaan Gharqad

Posted: 05 Jun 2010 12:37 AM PDT

1. Apabila Israel kini dibantah oleh seluruh bangsa , agama dan kaum ekoran kekejaman tanpa batas Yahudi Zionis pastinya ia menjadi satu petanda bahawa Israel mula tidak mendapat sokongan popular masyarakat dunia .

2. Ia merupakan detik awal yang akan membawa kepada kejatuhan dan kehancuran yahudi Alaihi laknatullah sementara Nabi saw pernah menjanjikan kehancuran mereka .

3. Sabda Rasulullah saw : " Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah ummat Islam memerangi Yahudi dan membuatkan Yahudi lari bersembunyi di sebalik batu dan kayu . Lalu berkata batu dan kayu : Wahai Muslim , ini dia Yahudi dibelakangku , datanglah lalu bunuhlah ia . Kecuali pokok Gharqad sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada pokok Yahudi ."

4. Pokok Gharqad menyembunyi dan menyelamatkan Yahudi daripada ummat Islam yang memerangi mereka . Saat pokok lain memberitahu mengenai persembunyian yahudi dibelakangnya , Gharqad hanya mendiamkan diri bagai menyelamatkan yahudi sekaligus membenarkan apa yang diperjuangkan oleh yahudi.

5. Kini Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad justeru mereka yakin apa yang disebut oleh nabi saw adalah satu kebenaran yang pasti berlaku . Sebagaimana Nabi saw mendahului statementnya 13 tahun lebih awal mengenai kejatuhan Parsi sebelum ia benar - benar jatuh dan tersungkur di zaman Saidina Umar al Khattab . Nabi juga mendahului statementnya 875 tahun lebih awal mengenai kejatuhan Kerajaan Binzantiniyin [ Rome Timur ] yang menguasai kota Kostantinapel sebelum ia benar - benar jatuh dan binasa di zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al Faateh 557 tahun yang lalu .

6. Gharqad ialah nama pokok yang melindungi Yahudi dan menyelamatkannya dari ummat Islam . Dalam dunia ada kerajaan atau negara yang melindungi dan membela Yahudi dari dikecam oleh ummat Islam . Tentunya nama kerajaan atau negara itu ialah Kerajaan Gharqad atau negara Gharqad .

7. Saya kira , selagi mana kerajaan UMNO dan BN menyembunyikan APCO dan Asiasoft dalam negara ini dan tidak menghalau mereka keluar dari negara ini , maka Kerajaan UMNO dan BN juga adalah Kerajaan Gharqad iaitu Kerajaan yang melindungi kepentingan yahudi dan perjuangannya.

8. Selain kerajaan Gharqad , terdapat juga pemimpin Gharqad yang bukan sahaja sanggup bersengkongkol dengan Yahudi sebaliknya membantu Yahudi untuk menakluki Palestine dan Masjidil Aqsa .

9. Setengah ulama' menyebut bahawa tindakan untuk menghancurkan Yahudi mestilah turut sama membinasakan pokok Gharqad yang menjadi tempat berselindung para Yahudi tersebut . Maksudnya , bagi memastikan negara kita tidak diintip oleh yahudi dan mereka masuk menguasai sektor strategik negara seperti sistem komunikasi dan seumpamanya maka kita mesti juga menjatuhkan kerajaan Gharqad .

10. Gelombang kebangkitan ummat menetang kezaliman Yahudi turut tidak dapat dibebaskan dari kerajaan Gharqad justeru mereka sering melindungi Yahudi Zionis . Maka rakyat harus bijak mengambil kesempatan terluang ini untuk menelentangkan kerajaan Gharqad ini .

20 ribu orang dari Masjid Jame' Kampung Baru ke keduataan US , lebih seribu dari Masjid Tabung Haji ke kedutaan US , sekitar 200 orang di masjid negara , hampir penuh stadium di Kota Bharu Kelantan , ribuan yang bangkit membantah Yahudi di tawau Sabah dan di seluruh negara ummat Islam bangkit bermunajat agar Yahudi dibinasakan , maka ia juga sebagai satu signal bahawa rakyat tidak boleh menerima kerajaan Gharqad.


Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS.

Anwar Dalam Bahaya

Posted: 05 Jun 2010 12:28 AM PDT

Dato Seri Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa kental dimana beliau tidak menghiraukan ancaman dan dugaan yang menimpa beliau ketika ini. Beliau pemimpin yang unik kerana aura beliau boleh membuatkan orang ramai terpanggil untuk mendengar ceramah beliau. Beliau boleh menukarkan persepsi orang daripada tidak betul kepada fakta yang betul. Inilah pemimpin yang patut kita banggakan kerana beliau adalah rakyat Malaysia.

Secara peribadi saya amat kagum dengan Anwar Ibrahim kerana prinsip beliau amat tinggi sehinggakan musuh politik beliau tak putus-putus berusaha untuk memusnahkan karier politik beliau. Ini kerana pengaruh beliau serta prinsip beliau untuk melawan ketidak adilan di negara kita amat meresahkan orang-orang politik UMENO. Mereka takut hilang kuasa pada pilihan raya akan datang sebab itulah mereka berusaha untuk menyatakan bahawa Anwar bersalah dalam kes liwat Saiful Bukhari. Tetapi walau apapun yang benar tetap benar dan kita kena yakin bahawa kebenaran pasti akan tiba

Kepimpinan Dato Seri Anwar juga terbukti apabila dapat menggabungkan PAS, DAP, dan KeADILan dalam satu bumbung membuktikan kerjasama earat diantara mereka. Perkara inilah yang membuatkan kita rasa selesa dengan perpaduan kaum yang terjalin selama ini. Perkara inilah patut diteruskan walaupun Anwar di takdirkan tidak bersama kita lagi. Kita tidak tahu nasibnya, boleh jadi akan dipenjara semula ataupun tidak. Kita harap Anwar akan dapat bersama-sama kita berjuang untuk menawan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan dari pertubuhan kumpulan pro-Israel tertua B'nai B'rith menyatakan bahawa Anwar menjadi musuh utama mereka sekarang ini. Satu lagi tamparan hebar untuk beliau. Ini kerana beliau telah mendedahkan peranan APCO dalam kerajaan Malaysia. Perkara ini amat mengejutkan banyak pihak kerana kita tidak sepatutnya mengambil firma yahudi untuk menjadi penasihat negra kita. Kita sedia maklum bahawa yahudi adalah musuh kita. Dengan disebabkan perkara inilah Anwar mendapat mush baru dari puak pelampau yahudi. kini sekarang beliau sekarang bukan sahaja terima ancaman dari pemimpin UMENO, malah mendapat tentangan dari pihak yahudi pula sekarang ini. Perkara ini amat serius kerana yahudi mempunyai spy yang kurang hajar. Mereka sesuka hati sahaja boleh tembak orang di mana sahaja yang diorang suka. Apa yang kita harapkan sekarang, Anwar mesti lebih berhati-hati dengan ancaman yang terbaru ini. Saya menyanjung tinggi pemimpin yang berani seperti beliau. Beliau bukan sahaja berani di dalam negara malah di luar negara juga beliau berani melontarkan ketidak puas hati apa yang di lakukan oleh Israel kepada rakyat Palestin.

Apa yang kita harapkan adalah bersama-sama lah kita mendoakan agar Dato Seri Anwar selamat sehingga beliau menjadi perdana menteri kelak. Saya menaruh harapan kepada beliau supaya menjadi perdana menteri Malaysia satu hari kelak kerana beliau mempunyai jati diri yang amat hebat dan boleh memartabatkan agama Islam. Agama Islam telah lama tercemar di mata dunia dan harapan kita agar beliau dapat menigkatkan semula kekuatan orang-orang Islam. Saya yakin sekiranya Anwar menerajui OIC, pertubuhan ini akan dapat kekuatan yang baru untuk membela nasib orang-orang Islam. Sama-samalah kita mendoakan agar Dato Seri Anwar selamat sejahtera.

Demo Bantah Israel, Sokongan Berbeza Rakyat Terhadap Dua Demontrasi

Posted: 05 Jun 2010 12:10 AM PDT

Sungguh mengejutkan dan pastinya satu berita paling sensasi yang ingin kita lihat sebenarnya. Ia berkaitan dengan sokongan rakyat dan umat Islam terhadap satu demonstrasi yang sama di ibukota semalam. Demontrasi yang diadakan bertujuan membantah kekejaman dan tindakan Israel yang menghalang bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza baru-baru ini. Dalam kejadian Isnin lalu, misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tergendala apabila tentera dan polis Israel menyerang serta menahan aktivis yang menaiki kapal Turki Mavi Marvara. Malahan turut bersama ditahan adalah 12 orang rakyat Malaysia yang menyertai misi tersebut.

Seluruh dunia kecewa dan mengecam tindakan berkenaan. Namun anehnya, kerajaan Malaysia mengambil masa yang agak lama sebelum menyuarakan pendapat mereka. Inilah yang memusykilkan kita, apakah dek kerana perjanjian usaha sama APCO dengan 1Malaysia? Lantaran itu menyebabkan kerajaan takut mengutuk Israel?. Maka, petang semalam selepas solat Jumaat dua demontrasi untuk tujuan yang sama telah diadakan. Satunya adalah anjuran Pakatan Rakyat dan satunya anjuran UMNO Barisan Nasional. Apa yang menarik untuk diperkatakan ialah menerusi demontrasi itu pun, kita sudah boleh melihat sokongan rakyat terhadap UMNO sebenarnya. Umat Islam yang berada di Masjid Negara langsung tidak berselera untuk bersama Pemuda UMNO "memekik dan melolong" kononnya mereka ingin membela rakyat Palestin.
Khairy sedang menyampaikan ucapan semasa demontrasi UMNO semalam
dan dibelakangnya kelihatan si Lokman Noor Adam (petualang rakyat)


Lihat aksi pemuda UMNO yang berdemo tetapi tanpa mendapat sokongan
majoriti umat Islam yang bersolat Jumaat di Masjid Negara semalam
Amat menyedihkan apabila demo yang dipimpin oleh Khairy Menantu Pak Lah itu hanya disertai tidak kurang dari 200 orang peserta sahaja. Malah, bacaan doa yang dibuat oleh Exco Pemuda UMNO si Lokman Noor Adam langsung tidak mendapat perhatian dikalangan jemaah solat Jumaat yang lalu lalang disitu. Maka, terpekik-pekiklah puak-puak pemuda UMNO melaung "hancur Israel", "jahanam Israel" dan "selamatkan Palestin". Selain itu juga terdapat dikalangan mereka yang membawa sepanduk tertulis "justice for Gaza" dan "jaga negara sendiri, jangan jaga tepi kain orang".

Menariknya, himpunan UMNO itu hanya disertai oleh beberapa buah NGO yang menjadi proksi rapat parti itu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajara Melayu Semenanjung (GPMS), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) dan Gabungan Belia 4B Malaysia. Tidak kelihatan pun NGO Islam yang lain bersama puak-puak UMNO selamam. Mungkin mereka tahu bahawa perjuangan yang dibawa oleh puak-puak UMNO itu hanya retorik semata-mata. Sebaliknya dibelakang tabir puak-puak UMNO itu sendiri menyokong dan berkerjasama dengan Yahudi itu sendiri sebenarnya.

Lebih 10 Ribu Sertai Demontrasi Pakatan Rakyat

Ia berbeza dengan demontrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, apabila demo yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Jamek Kg.Baru selepas solat Jumaat semalam telah disertai oleh ribuan rakyat dan umat Islam (lebih 10 ribu).


Malah, perarakan bagi menghantar memorandum kepada Kedutaaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kawasan itu juga telah disertai oleh lautan manusia. Demo yang turut disertai oleh ramai pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari PAS dan DAP itu telah mendapat sambutan hangat dikalangan umat Islam. Malah, ramai dikalangan mereka yang berlari mengikut kumpulan terbabit secara spontan selepas melihat perarakan itu melalui kawasan mereka. Laungan slogan "hancur Israel" dan "khaibar ya Yahud" bergema di sepanjang perjalanan. Semuanya bersemangat untuk menentang campurtangan Israel terhadap halangan yang dibuat kepada misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.

Antara ribuan umat Islam yang menyertai demontrasi anjuran Pakatan
Rakyat di Masjid Jamek Kg.Bharu selepas solat Jumaat petang semalam

Mat Sabu, antara pemimpin yang berucap mengutuk Israel dan kelihatan
ribuan manusia berarak ke Kedutaaan Amerika untuk nyatakan bantahan

p/s:Daripada dua senario yang berbeza ini, membuktikan kepada kita bahawa keyakinan rakyat terhadap UMNO semakin luntur terutamanya dalam isu-isu yang berkaitan dengan membela umat Islam sebenarnya. Malah, rakyat tidak yakin dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO itu sejak dulu kini dan selamanya.

Isu APCO, serta berbagai lagi kerjasama dengan beberapa buah syarikat Yahudi membuatkan rakyat hilang keyakinan bahawa benarkan UMNO ingin membela Islam?. Malah, keengganan puak-puak UMNO mendesak kerajaan BN pimpinan UMNO sendiri membatalkan kebenarana lesen judi bola Piala Dunia jelas sekali menggambarkan bahawa orang Islam dalam UMNO tidak berminat untuk ke arah itu. Mereka tidak berminat untuk meletakkan Islam ke tempat asalnya. Mereka hanya menggunakan Islam semata-mata untuk memancing undi pilihanraya semata-mata.

Malah, mereka juga gagal melaksanakan undang-undang Islam terhadap kes jenayah Syariah seperti yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II yang sedang dilaluinya sekarang ini. Lantaran itulah rakyat melihat perjuangan puak-puak UMNO untuk membela umat Islam Palestin hanyalah "indah kabar dari rupa" semata. Mereka sebenarnya tidak mempunyai "roh perjuangan Islam sebenar" ke arah itu. Lantaran itulah kita tidak hairan demontrasi anjuran UMNO langsung tidak mendapat perhatian umat Islam semalam.

‘Bayaran Cash’ Untuk Tun Mahathir Dari Allah Swt

Posted: 04 Jun 2010 11:55 PM PDT

"Dr Mahathir berkata, orang Melayu perlu bersatu kembali untuk mengembalikan kuasa politik mereka kerana walaupun mereka kaum majoriti iaitu 60 peratus daripada rakyat Malaysia, mereka terpecah kepada tiga.Katanya, Melayu kini terpecah kepada tiga dan secara matematik UMNO hanya mewakili 20 peratus daripada 60 peratus Melayu, begitu juga dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dua puluh peratus bagi setiap parti orang Melayu dianggap lemah. Orang Melayu sudah hilang haluan ada yang dah masuk DAP. Ada orang Melayu pakai tudung bawa bendera roket (DAP) masa pilihan raya kecil Parlimen Sibu,"

Selama 22 tahun pemerintahannya , dan selepas 6 tahun beliau 'terpaksa' dan 'dipaksa' melepaskan semua jawatan dalam kerajaan sebagai PM dan dalam parti sebagai Presiden UMNO, semalam beliau menerima satu lagi balasan dari Allah swt secara COD – CASH ON DELIVERY , cuma Tuhan menangguhkannya , dan mengaggihkan nya satu persatu – satu sehingga nyawanya dipisahkan dari badannya yang masih sihat dan katanya tidak perlu bertongkat untuk berjalan.

Sehingga kini , sudah banyak hasil kerja tangan dan kerajinannya selama 22 tahun itu sudah berikan habuan yang setimpal , tanpa mengurangkan sedikit pun. Itulah keadilan Allah.

Beliau terpaksa menerima hakikat , hari ini orang – orang Melayu sudah terbelah bagi , sebenarnya bukan kepada tiga [ 3 ] , tetapi kepada dua [2]. Entah dimana beliau belajar metamatik tak tahu lah !!!

Adakah beliau jahil dalam ilmu politik Malaysia ?

20 % yang dikatakan dimiliki UMNO , kita tidak nafikan. Tetapi 20% kat dalam PAS dan 20% kat dalam PKR itu adalah milik satu pakatan , iaitu Pakatan Rakyat. Jadi daripada 60% orang Melayu tu , 40% sudah bersama Pakatan Rakyat , dan yang tinggal dengan UMNO cuma 20% sahaja.

Beliau sebenarnya tidak perlu susah hati , jangan risau lah , ini kerana 40% orang Melayu yang bersama PR jauh lebih berkualiti [ kecuali beberapa kerat pemimpin2 dalam PKR ] berbanding dengan 20% yang ada dalam UMNO. Orang – orang Melayu sebenarnya semakin bersatu , bukan dalam BN tetapi dalam PR.

Usaha beliau selama ini untuk meletakkan semua orang Melayu di bawah tapak kakinya , dan juga komponen parti dalam BN menemui kegagalan , seperti yang terbaru juga MIC baru sedar mereka adalah mangsa 'PEMBUNUHAN POLITIK' UMNO.

Kalau orang - orang Cina di Semenanjung sudah lari , Sarawak juga sudah memberikan isyarat jelas dan amaran keras dari Sibu , Sabah pun juga menunggu masa saja , begitu juga orang - orang India sudah mencampakkan MIC ke Lautan Hindi , adakah orang - orang Melayu akan kembali menyokong UMNO dan BN ?

Hakikatnya , itulah yang Mahathir rasai kini.

Tolong bagi tahu kat Mahathir , orang – orang Melayu Alhamdulillah semakin insaf dan sedar kini !!!

Tiada ulasan: