DIALOG RAKYAT |
- Usah dakwa ‘doktrin’ Asri pengaruhi JI, kata ulama muda Umno
- PAS mahu guna gandingan Azmin hadapi PRU-13
- Umno digesa ambil tindakan terhadap Mohd Zain
- Umno-BN dalangi cubaan guling MB Selangor
- Usul Tergempar Scorpene Ditolak Parlimen
- Mahkamah khas syariah dengar kes konflik agama
- Hakim jelaskan kenapa kerusi Tian Chua tidak lucut
- KDN keluar 10 surat teguran kepada akhbar
- ADUN PKR nafi laporan letak jawatan
- 16.5 juta saman bernilai RM2.7 bilion gagal dikutip
- Aset KDSB RM1b, kenapa tak boleh bayar cukai?'
- Dakwaan empayar RM3b, aduan SPRM dibuat
- Dr M: Abdullah, bukan Najib tolak bina jambatan
- SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London
- Tiada keputusan status permit Suara Keadilan
- SPRM panggil dua Adun PKR: Satu serangan baru
- Kerajaan perlu jelaskan usaha basmi Ah Long
- Timbalan Menteri enggan jawab isu JI di IPT
- Kaukus petroleum: PR jumpa Kuli hari ini
- Peneroka Felda dan polis serbu pejabat Suara Keadilan
- Dr Lo' Lo’ persoal penjelasan Nong Chik
- Umno takut kuasa undi anak muda
- 1:40 pengundi baru agenda politik Umno
- Kes ADUN Pel Kelang: Isterinya Dakwa Badrul Kawan Perempuan Jahat
- Faekah Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini
| Usah dakwa ‘doktrin’ Asri pengaruhi JI, kata ulama muda Umno Posted: 30 Jun 2010 01:51 AM PDT TERKINI ![]() Fathul Bari Mat Jahya mempertahankan Dr Mohd Asri Zainul Abidin daripada label mengaitkannya dengan kumpulan JI dan fahaman wahabi.- Gambar oleh Choo Choy May KUALA LUMPUR — Kumpulan 40 ulama yang menyertai Umno Jumaat lalu terkilan kerana masih ada pihak yang cuba mendakwa pemikiran bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyumbang kepada aktiviti kumpulan pelampau atau pengganas seperti Jemaah Islamiah (JI). Salah seorang daripada mereka, Fathul Bari Mat Jahya menegaskan, tindakan membuat tuduhan sedemikian merupakan jalan mudah untuk sesiapa sahaja mengaitkan seseorang dengan pihak atau kumpulan tertentu. "Itu jalan mudah untuk mengaitkan manusia dengan manusia yang lain... kalau nak mengaitkan seperti itu. Contoh mudah, kita solat, JI juga solat. Adakah kita pada hari ini JI? "Kita berusaha untuk mempertahankan Islam, JI juga berusaha untuk mempertahankan Islam. Adakah kita pada hari ini sama dengan JI? "Jangan dengan mudah menyamakan manusia sedemikian rupa," kata Fathul Bari kepada The Malaysian Insider dengan mempertahankan bahawa beliau dan Asri sudah lama menyentuh isu berkenaan dan menentang keganasan. "Kita telah mengkritik pengganas. Kita telah menghentam atau membetulkan kesalahfahaman terroris seperti ini. "Bahkan kita adakan seminar-seminar tentang terroris, kita buat di Perlis contohnya... saya sendiri menganjurkan program di Perlis," kata beliau yang berkhidmat sebagai penasihat agama di Institut Jantung Negara. ![]() Kerana Imam Abu Hanifah juga ahli sunah, Imam Malik juga ahli sunah.- Gambar oleh Choo Choy May Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider Khamis lalu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau tidak pernah mengaitkan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan kumpulan JI. Sehubungan itu, Zamihan dari Institut Latihan Islam Malaysia
"Orang dalam tahanan sel (di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri) pernah memberitahu saya dia berminat sangat dengan pemikiran Dr Asri... bila dia ditangkap oleh polis, dia (suspek) ada CD, buku-buku Dr Asri, jadi barang kes. "(Jika anda) tak percaya rujuk Bukit Aman... ada tangkapan, saya tak pasti yang mana satu, nak bukti boleh rujuk Bukit Aman. "Jadi saya tak sentuh pun Dr Asri dengan keganasan itu, yang sentuh itu pihak keselamatan dari Bukti Aman... sebab masa ditangkap suspek JI itu, pemikiran-pemikiran Asri dalam bentuk bukunya, CDnya ada," kata Zamihan yang kini menjadi tumpuan polemik isu fahaman wahabi dan JI. Sambil mendakwa ia satu bentuk kaitan yang salah, Fathul Bari memberitahu, jika hendak bercakap mengenai isu buku ditulis Asri, antara nukilan beliau sebenarnya bukan dari buku tersebut sebaliknya hanya berbentuk ulasan. "Cuma saya nak katakan perselisihan pandangan berkaitan adat, kemasyarakatan dan sebagainya, saya katakan perkara ini terbuka untuk kita bincang. "Sekarang kalau kita katakan kita al-sunah wal jamaah, Malaysia menerima aliran al-sunah wal jamaah, maka sepatutnya terbuka kepada perbincangan. "Kerana Imam Abu Hanifah juga ahli sunah, Imam Malik juga ahli sunah, Imam Syafie juga ahli sunah, Imam Ahmad juga ahli sunah," katanya lagi. Anak bekas mufti Perlis ini menambah, perbezaan pendapat juga wujud di kalangan mereka dan "mengapa mereka boleh hidup dalam keadaan harmoni?" "Mengapa Imam Malik boleh memuji Imam Abu Hanifah, mengapa Imam Shafie boleh berguru dengan Imam Malik. "Mengapa Imam Ahmad boleh berguru dengan Imam Shafie. Jadi kalau suasana harmoni itu dipraktikkan mereka (dulu), mengapa tidak kita pada hari ini?" soal beliau. Beliau berpendapat keadaan akan menjadi bercelaru apabila manusia tidak menerima pandangan orang lain, sebaliknya membuat tohaman dan fitnah terhadap orang lain. "Apabila kita kaitkan seseorang dengan keganasan, ini satu tuduhan yang amat berat. "Bahkan ia membawa kepada menghalalkan darah seseorang. Mengapa kerana Nabi sebut dalam hadis tentang golongan seperti ini yang mengkafirkan manusia kerana dosa-dosa besar. "Manusia buat dosa. Kita semua melakukan kesilapan dan kesalahan. Ada buat dosa besar, ada buat dosa kecil. Tetapi sebahagian manusia ekstremis. Mereka mengkafirkan manusia bila manusia melakukan dosa besar," katanya lagi. ![]() Apabila kita kaitkan seseorang dengan keganasan, ini satu tuduhan yang amat berat..- Gambar oleh Choo Choy May "Contoh apabila ada manusia yang tidak solat, oh ini kafir! Bila minum arak, oh ini kafir! Ini bukan sikap ahli sunah wal jamaah," kata beliau. Oleh itu menurut beliau, golongan tertentu yang mengatakan bahawa kumpulan tertentu ada kaitan dengan JI, bahkan dengan kumpulan pengganas, militan dan sebagainya, seolah-olah mereka berkata halal darah kelompok-kelompok ini. "Kalau dalam Islam, pengganas ini halal darahnya! "Kalau untuk kaitkan, ia tak tepat. Ini perselisihan pandangan dalam beberapa isu. Mungkin di sana mereka yang terlibat dalam terroris, ada beberapa perkara yang wujud kesamaan. Contoh dalam praktik ibadat seperti kita pada hari ini. "Anta pun sembahyang, orang lainpun sembahyang. Mungkin bila tengok cara solat, orang di sana sama. Ini terroris," kata beliau sambil berkata, ini adalah neraca timbang untuk menentukan orang ini pengganas ataupun tidak. Oleh itu katanya, ia adalah satu perkara yang tidak bersesuaian dengan sikap seorang ahli ilmu. Mengenai label wahabi kata beliau, ia juga langsung tidak tepat kerana dari beberapa sudut al-wahabiyah ini sebenarnya disandarkan kepada Muhammad Abdul Wahab. "Ia disandarkan kepada nama bapa dia," katanya. "Sepatutnya dia sandarkan nama gerakan dia al-Muhiddun. Bahkan sandaran kepada bapa dia pun tidak kena. "Kalau ikut kita katakan tatabahasa Arab, perkataan tersebut tak tepat, Abdul Wahab sepatutnya abdawi, bukan wahabi. Itu dari sudut bahasa Arab. "Yang kedua perkataan wahabi itu tidak pernah digunakan Muhammad Abdul Wahhab," kata beliau lagi. Fathul Bari menambah, negara yang dituduh mengamalkan aliran wahabi ini tidak pernah menggunakan perkataan ini untuk menyatakan mereka wahabi. "Sepatutnya kita sebagai ilmuwan, rujuklah kepada tulisan-tulisan, kitab-kitab, rujuklah kepada tulisan Muhammad Abdul Wahhab sendiri untuk kita kenal pasti cara pemikiran dia, metodologi pemikiran dia, sumber-sumber agama dia. "Dan, tentang Muhammad Abdul Wahab ini telah lama meninggal dunia. Di Arab Saudi beliau digelar sebagai reformis. Beliau bukan terkenal dalam aliran-aliran fiqh. "Perkataan-perkataan beliau juga kalau dalam penulisan-penulisan wahabi jarang sekali dinukilkan, oh ini pemikiran Muhammad Abdul Wahhab. "Saya yang belajar di Universiti Islam Madinah, kita belajar perbandingan mazhab. Kita gunakan kitab Ibn Rushd, yang bermazhab Maliki," katanya. Tambah beliau, meninggalkan pandangan sesuatu atau seseorang tidak bermakna "kita mengkritik pandangan seseorang tersebut." "Sekarang ini difahami oleh Ustaz Zamihan dan rakan-rakannya, apabila kita meninggalkan pandangan seseorang, mengkritik pandangan seseorang, bererti kita telah menghina dia, menjatuhkan maruah dia. "Ini perkataan tidak adil, dan kita pun tidak mengaku, siapa kata kita wahabi? Apa itu wahabi? Bahkan masyarakat setempat tidak kenal apa itu wahabi. Tak baca qunut wahabi. "Perkataan-perkataan seperti ini bertujuan untuk memecahbelahkan masyarakat," katanya lagi. Mengenai label sunah Perlis, Fathul Bari menjelaskan, Perlis merupakan satu-satunya negeri yang meletakkan Perlembagaan Persekutuan dan berpegang dengan mazhab ahli sunah wal jamaah. "Perlis satu-satunya negeri berbeza dengan negeri-negeri lain yang meletakkan mazhab Shafie sebagai pegangan. "Oleh kerana dakwah ahli sunah wal jamaah ini diterima bermulanya di Perlis, dan diterima secara rasmi oleh Raja-raja di negeri Perlis sendiri, dan oleh Perlembagaan, maka orang mula berkata ini sunah Perlis. "Kita tak nafikan ada beberapa perkara yang dipraktikkan di Perlis yang berbeza dengan negeri-negeri lain," katanya. Sebagai contoh kata beliau, di masjid-masjid negeri bila solat, mereka baca bismillah secara perlahan. "Tetapi sebahagian pihak menjadikan perkara seperti ini sebagai perpecahan. "Orang nak cuba ikut nabi, masing-masing berusaha. Mungkin dapat maklumat, mungkin tak dapat maklumat, mungkin jahil," katanya. Oleh itu jelas beliau, sandaran kepada sunah Perlis itu tidak tepat. "Sunah bukan milik Perlis. Kalau ada orang Perlis yang mengatakan dia sunah Perlis, itu satu perkataan yang tidak tepat. "Mungkin perkataan itu merujuk kepada, kami orang Perlis ini menerima ahli sunnah wal jamaah semua. Itu maksud mereka," katanya lagi. | |||||||
| PAS mahu guna gandingan Azmin hadapi PRU-13 Posted: 30 Jun 2010 01:51 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER ![]() Khalid (kiri) berjabat tangan dengan Azmin Ahad lalu selepas perubahan dalam kepimpinan PKR. Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata dengan rombakan kecil yang dilakukan PKR Ahad lalu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akan dapat menumpukan perhatian ke arah membangunkan Selangor dengan memberi fokus kepada agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES). "Kita mengalu-alukan pelantinkan Azmin sebagai Penegrusi Majlis Pimpinan PKR Selangor yang baru dan kita yakin Khalid akan dapat menumpukan lebih perhatian dalam membangungkan Selangor selepas melepaskan jawatan kepada Azmin. "Sesungguhnya Azmin memiliki pengalaman yang luas dalam bidang politik malah sudah menjalin hubungan kerja dengan PAS Selangor sejak beliau dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang diketuai Datuk Dr Hasan Ali ketika memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1999. "Justeru PAS Selangor akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada beliau selaku ketua PKR negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Ahad lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Azmin mengambil alih jawatan pengerusi negeri Selangor. Wan Azizah berkata, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan perhatian terhadap soal pentadbiran kerajaan negeri. Roslan Shahir berkata pihaknya akan mengaturkan pertemuan segera dengan Azmin bagi menyelaraskan gerak kerja politik antara kedua-dua parti. "Kita akan mengadakan pertemuan dengan beliau untuk menyelaraskan gerak kerja politik selain menantikan kehadirannya dalam mesyuarat Pakatan Rakyat peringkat Selangor. "Selain itu, kita juga akan mengadakan pertemuan dengan Khalid selaku menteri besar bagi menyatakan sokongan dan keyakinan PAS Selangor terhadap kepimpinan beliau," katanya. Beliau berkata PAS Selangor komited untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat bukan hanya dalam mempertahankan Selangor malah menyumbang ke arah kejayaan untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang. | |||||||
| Umno digesa ambil tindakan terhadap Mohd Zain Posted: 30 Jun 2010 01:44 AM PDT
Oleh Muda Mohd Noor Kemelut Umno Rantau PanjangRANTAU PANJANG: Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Abdullah Mat Yassim mahu Majlis Tertinggi (MT) parti mengambil tindakan ke atas bekas Ketua Bahagian Datuk Mohd Zain Ismail yang turut mengadakan mesyuarat walaupun keahliannya digantung sejak Ogos 2008. MT menggantung Mohd Zain kerana melakukan sabotaj terhadap calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 2008.
"Mohd Zain berani buat (mengadakan mesyuarat) kerana MT tidak mengambil sebarang tindakan walaupun beliau turut mengadakan mesyuarat bahagian pada tahun lalu. "Saya bimbang jika dibiarkan beliau akan mengadakan mesyuarat lagi pada masa depan dan bahagian lain akan ikut sama," katanya ketika diminta mengulas tindakan Mohd Zain yang turut mengadakan mesyuarat bahagian Rantau Panjang, Sabtu lalu. Mesyuarat Umno bahagian kumpulan penyokong Abdullah yang diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lubok Jong di sini telah dirasmikan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri oleh 325 perwakilan daripada 463 orang. Sementara mesyuarat bahagian itu anjuran Mohd Zain dirasmikan oleh beliau sendiri di dewan Umno bahagian itu. Tindakan Mohd Zain dilapor ke Ibu Pejabat Umno (tajuk kecil) Abdullah berkata, pihaknya telah menghantar laporan mengenai tindakan Mohd Zain itu kepada Ibu Pejabat Umno untuk diambil tindakan. "Ahmad Zahid telah singgah sekejap di dewan Umno dan beliau memberitahu Mohd Zain bahawa mesyuarat ini tidak sah," kata Abdullah. Ketika ditanya mengapa Mohd Zain mengadakan mesyuarat tersebut sedangkan keahliannya digantung, Abdullah berkata, 'untuk menjaga penyokong-penyokongnya di Rantau Panjang.' Abdullah juga mendakwa, Mohd Zain menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan mesyuarat tersebut. "Saya telah menghubungi Muhyiddin dan timbalan presiden Umno itu menafikan kenyataan Mohd Zain itu. "Muhyiddin juga memberitahu saya bahawa sesiapapun tidak boleh menggunakan namanya untuk kepentingan peribadi," kata Abdullah. Usaha Free Malaysia Today menghubungi Mohd Zain untuk mendapatkan penjelasan beliau mengenai perkara tersebut tidak berhasil. | |||||||
| Umno-BN dalangi cubaan guling MB Selangor Posted: 30 Jun 2010 01:41 AM PDT Oleh Fazy Sahir PETALING JAYA: Umno-Barisan Nasional (BN) dipercayai mendalangi usaha memecahbelah perpaduan di kalangan ahli-ahli politik di Selangor dengan menyebar khabar angin, yang terbaru kononnya empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berusaha menggulingkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ini berikutan kegagalan mereka untuk menjatuhkan Khalid dengan menggunakan isu kononnya 15 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) rasa tidak puas hati terhadap cara Khalid mentadbir negeri itu.
Empat ADUN yang dikaitkan dengan komplot ini ialah Haniza Mohamed Talha (Taman Medan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimi Shafie (Sri Muda). Bagaimanapun keempat-empat mereka menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut tetapi sebaliknya mendakwa wujud 'musuh' yang cuba menganggu-gugat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu. Haniza berkata, "saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Pandangan ini dikongsi oleh tiga rakan YB saya yang turut dikaitkan dengan isu ini. "Saya ingin melafazkan taat setia dan tidak akan mengkhianati perjuangan rakyat yang saya dokong. Saya minta seluruh pendokong perjuangan rakyat supaya tidak mempercayai berita palsu ini," tegas beliau. Beliau yang juga Timbalan Speaker Selangor berkata, "penyebaran berita palsu ini menggambarkan begitu terdesaknya pihak musuh yang cuba menimbulkan kekacauan dan keraguan dalam kerajaan PR. Cara pentadbiran baru Menurut Haniza, sokongan penuh terus diberikan kepada Khalid, serta menyahut baik langkah dibuat Khalid yang kini melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor bagi menumpukan tugas sebagai Menteri Besar. "Saya meyokong penuh kepimpinan Tan Sri sebagai Menteri Besar. Beliau merupakan seorang yang banyak berjasa kepada Selangor dari segi ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Selangor. "Malah peralihan jawatan Majlis Pimpinan Negeri Selangor kepada Azmin merupakan satu langkah yang baik bagi membolehkan beliau menumpu sepenuh perhatian kepada pentadbiran negeri," katanya. Pada 27 Jun lalu, Azmin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor menggantikan Khalid berkuatkuasa serta merta yang dimumkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti. Dalam pada itu, Khalid yang akan bercuti selama lima hari mulai hari ini, berkata kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor tanpa kuasa dalam parti di peringkat negeri, merupakan satu "cara pentadbiran baru." Khalid akan ke Singapura bagi menghadiri Persidangan Bandar Sedunia esok dan seterusnya ke Brisbane, Australia untuk menghadiri satu sesi perbincangan dengan para graduan terpilih University of Queensland. | |||||||
| Usul Tergempar Scorpene Ditolak Parlimen Posted: 30 Jun 2010 01:30 AM PDT TV SELANGOR Usul tergempar mengenai skandal pembelian peralatan senjata kapal selam KD Tunku Abdul Rahman oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan alasan perkara itu sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Tian Chua dalam sidang medianya di lobi parlimen menyatakan penghargaan terhadap speaker kerana memberitahu sidang parlimen bahawa kes itu sudah diambil tindakan oleh SPRM. Sebelum ini SPRM berdolak dalik ketika digesa Pakatan Rakyat supaya menyiasat kemungkinan terdapat penyelewengan dalam pembelian kapal selam buatan Perancis itu. "Kita mahu mengucapkan terima kasih kepada speaker kerana telah memaklumkan kepada kita bahawa kes ini sedang dalam siasatan. Kita tidak diberitahu pun sudah ada siasatan dibuat," kata Tian. Menurutnya, Pakatan Rakyat mengalu- alukan tindakan SPRM menyiasat kes yang menarik perhatian bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat antarabangsa. Tian mengesyorkan SPRM menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Perancis dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat serta bahan- bahan rujukan. Beliau juga menawarkan diri untuk membantu mengadakan jalinan kerjasama antara SPRM dengan kerajaan Perancis. "Jika perlukan bantuan, saya sedia membantu SPRM untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan Perancis dan saya sedia membantu mencari maklumat yang SPRM inginkan," ujarnya. | |||||||
| Mahkamah khas syariah dengar kes konflik agama Posted: 30 Jun 2010 01:29 AM PDT
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tan Sri Datuk Ibrahim Lembut berharap dengan adanya mahkamah tersebut, sedikit sebanyak kes-kes yang boleh menimbulkan konflik pertembungan agama, dapat diatasi secara berperingkat.
Menurutnya, Jemaah Menteri telah memberi persetujuan terhadap cadangan jabatan itu pada 23 Oktober tahun lalu. Ibrahim berkata panel hakim Mahkamah Rayuan Khas Syariah itu akan turut dianggotai oleh seorang Hakim Mahkamah Sivil. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas dalam muzakarah pakar bertajuk "Selepas 60 tahun kes Natrah: Di Mana Kita?" dari perspektif undang-undang di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ibunegara. Ibrahim berkata usaha tersebut adalah untuk "mempertingkatkan pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia". "Saya bagi pihak JKSM amat mengharapkan sokongan semua pihak dalam usaha mempertingkatkan sistem kehakiman syariah di negara ini terutama dalam mengatasi permasalahan kaum wanita di Mahkamah Syariah umpamanya dalam kes tuntutan nafkah. "Alhamdulillah kita telah ada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di semua Mahkamah Syariah Negeri," katanya. Dalam pembentangan itu juga, Ibrahim turut mengingatkan supaya "jangan hendak adanya di kalangan kita sendiri yang secara diam-diam mencari jalan untuk menenggelamkan institusi kehakiman syariah". "Mahkamah Syariah pada saya umpama sebuah masjid, sebagai lambang keagungan dan kemurnian agama Islam, dan sudah semestinya kita sama-sama memeliharanya atas tanggungjawab bersama," katanya. | |||||||
| Hakim jelaskan kenapa kerusi Tian Chua tidak lucut Posted: 30 Jun 2010 01:27 AM PDT
Dalam penghakiman 18 dokumennya, hakim itu memetik sebahagian penghakiman hakim Mahkamah agung, Tan Sri Gunn Chit Tuan yang berkata "Tidak kurang dari" seharusnya membawa maksud "lebih daripada". "Maka dengan berpegang kepada keputusan dalam kes Mahkamah Agung di atas, saya berpuas hati dan berpendapat bahawa denda RM2,000 itu tidak menjadikan perayu hilang kelayakan beliau secara automatik kerana denda untuk menjadikan beliau beliau hilang kelayakan adalah RM2,001 ke atas dan bukannya bermulka daripada RM2,000. "Keputusan Mahkamah Agung ini mengikat mahkamah rendah. Ia adalah autoriti kukuh yang boleh diguna-pakai oleh mahkamah ini," kata hakim Ghazali. "Oleh itu, saya berkeyakinan bahawa hukuman denda tersebut tidak akan memberi implikasi kepada satu pilihan raya kecil di kawasan Batu; maka niat saya yang ikhlas itu telah dizahirkan melalui hukuman denda tersebut, selain memberikan suatu amaran keras kepada perayu supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa hadapan," katanya.Keputusan hakim, Ghazali yang sebelum ini mengurangkan denda daripada RM3,000 dan enam bulan penjara kepada RM2,000 atau dua bulan penjara menimbulkan kontroversi sama ada ahli parlimen Batu itu telah hilang kelayakannya. Tian Chua didapati bersalah kerana mengiggit seorang konstabel polis ketika ditahan di sebuah protes di bangunan parlimen, tiga tahun lalu. Kontroversi timbul berikutan tafsiran Artikel 48, Perlembagaan Persekutuan berhubung istilah denda tidak kurang RM2,000 dan penjara tidak kurang setahun. Peguam yang mewakili Tian Chua berhujah berdasarkan keputusan Mahkamah Agung pada 1993, tafsiran itu membawa maksud RM2001. Bagaimanapun peguam kanan Karpal Singh, bersama bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Ahmad berpendapat tafsiran itu membawa maksud RM2,000. | |||||||
| KDN keluar 10 surat teguran kepada akhbar Posted: 30 Jun 2010 01:26 AM PDT
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati bahawa terdapat beberapa akhbar harian dan tabloid yang tidak mematuhi syarat permit, garis panduan penerbitan yang ditetapkan atau peruntukan yang terdapat di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
Bagi akhbar tabloid pula, Kementerian ini telah mengeluarkan sebanyak 19 teguran pada 2009 hingga bulan Mei 2010. Bagi tempoh yang sama, KDN telah mengeluarkan sebanyak enam surat teguran dan satu surat tunjuk sebab kepada surat berita parti politik. "Mengikut Seksyen 7 (1), AMCP 1984, apa-apa hasil penerbitan tidak boleh mengandungi perkara-perkara yang memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara," katanya. Apa-apa hasil pene
Zaitun berkata surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada penerbitan Suara Keadilan pada 28 Jun 2010 kerana telah menyiarkan berita yang menggemparkanfikiran orang ramai dan ini telah melanggar Seksyen 7 (1), AMCP 1984. Menurutnya berdasarkan pemerhatian, didapati beberapa penerbitan tabloid juga telah melanggar syarat-syarat permit khasnya bagi syarat-syarat berikut:
Bagi penerbitan surat berita parti politik, syarat-syarat berikut juga hendaklah dipatuhi iaitu pengedaran hendaklah dihadkan kepada anggota parti sahaja dan pengedaran dan penjualan hanya dibenarkan kepada anggota parti di pejabat urusan dan markas parti sahaja. | |||||||
| ADUN PKR nafi laporan letak jawatan Posted: 30 Jun 2010 01:25 AM PDT
"Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Pandangan ini turut dikongsi tiga rakan YB saya yang turut dikaitkan dengan isu ini. "Penyebaran berita palsu ini menggambarkan begitu terdesaknya pihak musuh yang cuba menimbulkan kekacauan dan keraguan dalam kerajaan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. | |||||||
| 16.5 juta saman bernilai RM2.7 bilion gagal dikutip Posted: 30 Jun 2010 01:21 AM PDT
Daripada jumlah itu, majoriti adala
"Bagi saman yang dikeluarkan tahun lepas sehingga kini, ia adalah saman aktif yang masih menjadi saman kitaran semula," katanya ketika menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Mohd Nor mahu tahu jumlah kutipan saman yang gagal dikutip kerajaan sehingga April tahun ini. Abdul Rahim berkata bagi memastikan saman tertunggak tersebut dikutip, beberapa pendekatan termasuk menyekat urusniaga seperti pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu berdasarkan peruntukan Seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.
"Kita juga menyediakan perkhidmatan online bagi pembatalan sekatan dan penyenaraian hitam di antara JPJ dan agensi lain khususnya PDRM dan mewujudkan pusat sehenti supaya pembayaran saman boleh dilakukan di mana-mana selain pembayaran secara online dan kad kredit," katanya. Sementara itu ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang mencadangkan supaya saman itu dihapuskan, Abdul Rahim berkata cadangan itu sukar untuk dipertimbangkan. "Kutipan saman bukan hanya bertujuan mendapatkan hasil tetapi juga bagi meningkatkan persepsi ditangkap di kalangan pengguna jalan raya agar mereka lebih berhati-hati," katanya. | |||||||
| Aset KDSB RM1b, kenapa tak boleh bayar cukai?' Posted: 30 Jun 2010 01:16 AM PDT
Pua menggesa LHDN menuntut segera RM328.4 juta daripada KDSB kerana PKA bertegas bahawa ia tidak berhutang apa-apa kepada syarikat berkenaan, dan obligasinya hanyalah kepada pemegang bon. Beliau juga mempersoalkan bagaimana KDSB yang berhutang cukai korporat selama 13 tahun, masih boleh beroperasi, malah turut memperolehi kontrak kerajaan. "Jumlah tersebut bukan kecil Mengapa mereka masih dibenar meneruskan perniagaan selama 13 tahun, tanpa perlu membayar cukai tertunggak?".
"Kita tahu bahawa IRB sangat efisien dalam memastikan setiap syarikat membayar cukai Mengapa mereka (KDSB) dibenarkan untuk meneruskan (perniagaan) selama 13 tahun tanpa membayar cukai?". Rabu lalu, LHDN mengarahkan PKA menghentikan bayaran kepada KDSB dan sebaliknya membayar RM328.4 juta kepadanya, yang didakwa jumlah cukai tertunggak KDSB kepada LHDN. | |||||||
| Dakwaan empayar RM3b, aduan SPRM dibuat Posted: 30 Jun 2010 01:15 AM PDT
Aduan dibuat kepada pegawai kanan SPRM, Ranjit Singh. Ini adalah aduan kedua yang dibuat berhubung perkara yang sama. Aduan pertama dibuat kepada SPRM di Kuching, semalam oleh Ahmad Nazib Johari. Menurut seorang daripada pengadu itu, Ting Chek Ming, proses membuat aduan berjalan lancar berbanding minggu lalu apabila beliau bersama Ahmad Nazib dan James Wong cuba mengemukakan aduan mereka. "Kali ini, kami datang dengan salinan laporan yang ditaip dan pegawai SPRM menandatangani mengesahkan penerimaan aduan berkenaan di salinan kami bagi memastikan tiad ada perubahaan dibuat terhadap aduan itu," katanya.
Hadir bersama menemani ketiga-tiga mereka membuat aduan hari ini adalah pemimpin wanita PKR, Rozaini Mohd Rosli bagi menzahirkan sokongan Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan. Ketiga-tiga pengadu berkenaan dinasihatkan bahawa mereka mungkin akan dipanggil kemudian bagi memberikan kenyataan terhadap apa yang diistilahkan oleh suruhanjaya itu sebagai 'kes besar'. "Kami d
Sarawakreport.org mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang disangsikan. Blog, yang dikendalikan oleh "rakyat prihatin' itu juga mempersoalkan pembabitan keluarga Taib dalam konglomerate terbesar negeri itu - Cahaya Mata Sarawak. Ia juga mendakwa 85 peratus saham CMS dimiliki oleh Taib dan keluarganya serta rakan-rakan karib mereka ketika syarikat berkaitan kerajaan itu diswastakan yang menimbulkan dakwaan salah guna kuasa. | |||||||
| Dr M: Abdullah, bukan Najib tolak bina jambatan Posted: 30 Jun 2010 01:14 AM PDT
Dr Mahathir sebaliknya menyalahkan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana menolak cadangan pembinaan jambatan tersebut. Dalam coretan di blognya hari ini, Dr Mahathir turut mengemukakan persoalan sama ada Najib terikat dengan janji yang dibuat oleh 'PM kelima' itu. "Yang menolak pembinaan jambatan ini hanyalah perdana menteri kelima (Abdullah) yang mendakwa rakyat Johor tidak mahu jambatan ini. "(Sedangkan) tiga hari sebelum kenyataan ini dibuat, timbalan perdana menteri ketika itu, iaitu perdana menteri ketika ini, telah mengesahkan bahawa jambatan berkenaan tetap akan dibina," katanya. Mahathir juga berkata, persoalan ini ditimbulkannya memandangkan rakyat tertanya-tanya mengapakah "Najib yang penuh berkuasa tidak sanggup meneruskan pembinaan jambatan ini." "Apakah beliau terikat janji dengan perdana menteri kelima (Abdullah)? Apakah status janji ini?," soalnya.
"Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini," katanya lagi. Tambahnya, bekas perdana menteri Singapura Goh Chok Tong juga menyetujui cadangan itu, melalui satu surat yang diterbitkan dalam sebuah buku berjudul "Water Talks - If Only It Could." "Goh tidak membantah pembinaan jambatan di perairan Malaysia jika itu dikehendaki oleh kerajaan Malaysia," tulisnya lagi. | |||||||
| SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London Posted: 30 Jun 2010 01:13 AM PDT
Sebaliknya, SPRM akan menulis soalan kepada Balasubramaniam dan meminta beliau menyerahkan affidavit berhubung perkara itu untuk tujuan penyelidikan. Syukri berkata langkah tersebut diambil selepas menimbang nasihat daripada Pejabat Peguam Negara. | |||||||
| Tiada keputusan status permit Suara Keadilan Posted: 30 Jun 2010 01:10 AM PDT
"Kami telah mendapat jawapan kepada surat kami bertarikh 28 Jun memohon penjelasan berhubung artikel mengenai Felda dan kita akan mengkajinya. Suara Keadilan telah mendapat permit surat berita parti politik dari KDN pada 2007 dan pernah digantung selama tiga bulan pada 2008. Minggu lalu, Suara Keadilan diberikan surat tunjuk sebab berhubung artikelnya yang mendakwa Felda bankrap.
Katanya, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat panel permit penerbitan yang diadakan dua kali seminggu dan dipengerusikan oleh ketua setiausaha, kementerian itu, Datuk Mahmood Adam. Zaitun berkata pihaknya juga sudah menerima sepucuk surat daripada peguam Suara Keadilan berhubung tiga surat yang dihantar sebelum 28 Jun. Semalam, ketua pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib memberitahu Malaysiakini peguam berkenaan memohon tiga salinan surat daripada kementerian yang didakwa belum diterima. | |||||||
| SPRM panggil dua Adun PKR: Satu serangan baru Posted: 30 Jun 2010 01:08 AM PDT
| |||||||
| Kerajaan perlu jelaskan usaha basmi Ah Long Posted: 30 Jun 2010 01:02 AM PDT
| |||||||
| Timbalan Menteri enggan jawab isu JI di IPT Posted: 30 Jun 2010 01:00 AM PDT
| |||||||
| Kaukus petroleum: PR jumpa Kuli hari ini Posted: 30 Jun 2010 12:59 AM PDT
| |||||||
| Peneroka Felda dan polis serbu pejabat Suara Keadilan Posted: 30 Jun 2010 12:58 AM PDT
| |||||||
| Dr Lo' Lo’ persoal penjelasan Nong Chik Posted: 29 Jun 2010 05:42 PM PDT
| |||||||
| Umno takut kuasa undi anak muda Posted: 29 Jun 2010 05:40 PM PDT
| |||||||
| 1:40 pengundi baru agenda politik Umno Posted: 29 Jun 2010 05:38 PM PDT
| |||||||
| Kes ADUN Pel Kelang: Isterinya Dakwa Badrul Kawan Perempuan Jahat Posted: 29 Jun 2010 05:32 PM PDT KELAB GREENBOC
Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mendakwa suaminya berkawan dengan perempuan jahat sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina selama 17 tahun sering dilanda masalah.Ramizah Mazlan, 39, juga mendakwa, suaminya turut menjalin hubungan dengan seorang wanita berusia 23 tahun semenjak Februari 2008, iaitu selepas dilantik menjadi ADUN. "Saya pernah menjumpai beberapa gambar. Saya juga pernah terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon yang ada menggunakan perkataan sayang dan rindu,' katanya menerusi afidavit keterangan yang diikrarkannya. Afidavit keterangan itu dikemukakan pada perbicaraan permohonan cerai secara fasakh oleh Ramizah selaku plaintif terhadap Badrul Hisham, 50, (defendan) di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini. Permohonan cerai secara fasakh difailkan mengikut Seksyen 53, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Selain itu, Ramizah yang mengangkat sumpah pada pukul 10.40 pagi juga mendakwa, Badrul Hisham telah berhubung semula dengan bekas tunangnya (yang dikenali sejak 25 tahun dahulu) pada tahun 2006. Bagi menyelesaikan isu tersebut, Ramizah yang merupakan seorang suri rumah telah mengadakan perbincangan bersama bekas tunang defendan rumah ibunya yang terletak di Kampung Jawa, di sini. Ramizah yang berkahwin dengan Badrul Hisham pada 31 Julai 1993 juga mendakwa, ibu mentuanya menyokong tindakan defendan berkawan dengan wanita-wanita tersebut sehingga menyebabkan dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu. Dia juga mendakwa telah tinggal berasingan dengan defendan sejak 4 Januari lalu selepas berlaku pergaduhan besar kerana mempersoalkan perbuatan defendan yang tidak pulang ke rumah selama empat hari bermula 29 Disember 2009. "Saya mendapat tahu bahawa dalam tempoh tersebut defendan telah pergi ke Thailand," tambahnya. Prosiding yang didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh berlangsung tanpa kehadiran Badrul Hisham, seorang Adun bebas yang menyokong Barisan Nasional selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat pada 29 Oktober tahun lalu. Pasangan itu mempunyai lima orang anak iaitu Dzarul Ashroff,16, Dzety Ashikin, 14, Dzureen Arysha, 10, Dzaleen Aryffa,9 dan Dzarif Ashakimi, 4 tahun. Selain itu, Ramizah yang pernah bekerja sebagai penjaga stor juga mendakwa, defendan telah bertindak menyakiti dan menjadikan kehidupannya menderita oleh perbuatan defendan. "Akibatnya saya mengalami tekanan perasaan yang teruk dan serius sehingga saya sering termenung dan bermurung," tambahnya. Dalam permohonan untuk membubarkan perkahwinan itu juga, Ramizah mendakwa suaminya cuai dalam menyediakan nafkah zahir sejak awal perkahwinan dan keadaan bertambah buruk selepas defendan tidak bekerja. Menurutnya, defendan yang bekerja di bahagian katering Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berhenti kerja selepas sembilan bulan berkahwin dan menganggur selama dua tahun sebelum kembali bekerja sebagai pegawai operasi di Syarikat Penerbangan Transmile. "Selepas defendan dilantik menjadi Adun dan perlu menghadiri majlis tertentu yang memerlukan saya hadir bersama, defendan akan menyediakan pakaian rasmi untuk saya. Bagaimanapun, pada kebanyakkan masa, defendan tidak pernah mengambil peduli," katanya. Sementara itu, Abdul Malik menetapkan 28 September ini sebagai tarikh sambung bicara bagi membolehkan saksi disoal balas oleh peguam defendan, Mohd Junid Ramali. Semasa disoal berhubung ketidakhadiran defendan, Mohd Junid memberitahu, anak guamnya menghadiri mesyuarat di kawasannya. -MSTAR | |||||||
| Faekah Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini Posted: 29 Jun 2010 05:30 PM PDT SHAH ALAM - Faekah Husin telah mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik yang baharu kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini. Beliau akan memulakan tugas secara rasmi pada Khamis ini, 1 Julai 2010. Faekah mengantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dlantik sebagai Pengarah Komunikasi KEADILAN. Selain Faekah, tiga lagi pegawai baharu juga mengangkat sumpah iaitu Dr Badrulamin Bahron sebagai Pengarah Penerangan Negeri Selangor serta dua Setiausaha Eksekutif, Azman Abidin dan Dr Razali Bolhi. Pelantikan beliau serta tiga pegawai tersebut diharap dapat membuka lembaran baru dengan menyumbang idea-idea membangun kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang ketika ini sedang giat membawa pembangunan ekonomi dan sosial kepada rakyat khususnya rakyat Selangor. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini kerajaan negeri yakin Faekah mampu menggunakan pengalamannya sebagai peguam selama hampir 20 tahun untuk meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang menjadi misi penting Kerajaan Selangor. Pengalaman beliau selaku Setiausaha Politik kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sejak 2003 akan memberi kekuatan tambahan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Beliau pernah memegang beberapa jawatan utama dalam KEADILAN Selangor dan pernah dipilih menduduki Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat pada 2001 hingga 2004. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





















SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menyifatkan langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil dua Adun PKR Selangor untuk memberikan keterangan sebagai satu lagi serangan baru kepada mereka.
Beliau berkata, kemerosotan ekonomi yang melanda Malaysia sejak beberapa tahun ini dan faktor kenaikan harga barangan, minyak dan perkhidmatan menjadikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah tertekan.
Pertemuan tersebut akan belangsung hari ini dalam satu majlis makan tengah hari di ibu negara.
Beliau mendakwa, pemilik serta pewaris Kampung Baru tidak pernah menyatakan persetujuan seperti dinyatakan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kepada Dewan Rakyat.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Pemuda Umno kononnya nisbah pengundi baru antara Melayu dan bukan Melayu sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu adalah 1 Melayu nisbah 40 bukan Melayu.
Beliau berkata demikian kerana SPR dilihat sengaja membiarkan isu nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU12 lalu adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40) berpanjangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan