DIALOG RAKYAT |
- Seorang pelajar MTD disingkir, empat lagi digantung pengajian
- Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari dan Sahabatnya
- Kemasukan 40 Ulama Bukan Atas Kerelaan Mereka?
- PKR TENOM TERUS MENCARI AHLI BARU
- Cabang Kuala Selangor sokong Khalid selaku MB Selangor
- SPRM temu PI Bala di London minggu pertama Julai
- Industri perikanan rugi sekitar RM1b setahun akibat nelayan asing
- Surat tunjuk sebab tiga ahli SUPP
- Wanita PKR Selangor: Khalid & Azmin Lengkap Melengkapi
- UiTM Tawar Peluang Pendidikan Kepada Golongan Pekerja
- 35,000 naik koc wanita setiap hari
- Kakitangan PERKESO tangguh piket hari ini
- Lantik Azmin: Tiada agenda tersembunyi, kata Anwar
- Shaziman: Parlimen tidak akan dipindahkan
- Ong: Kes PKFZ masih jauh dari penyelesaian
- Tian Chua: peluru berpandu Scorpene 20% lebih mahal
- Batal judi sukan: BERJAYA lepaskan Ascot
- Ulama terkenal hanyut, mampukah ulama muda?
- Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno
- Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda
- Pemuda PAS harap Australia bersikap toleransi
- Rizab Felda: Anak cabar Ahmad debat terbuka
- Rumusan Pemukiman KEADILAN Sediakan Parti Hadapi PRU-13
- Isu FELDA: Mazlan Aliman Cabar Ahmad Maslan Debat
- ‘Jom Kawan’ Anjur Konsert Islami Untuk Palestin
| Seorang pelajar MTD disingkir, empat lagi digantung pengajian Posted: 28 Jun 2010 05:08 AM PDT BERITA HARIAN ONLINE KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (MTD) yang disyaki terbabit mengakibatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, dipercayai dibuli dan didera di maktab itu Rabu lalu, disingkir serta-merta daripada pengajiannya. Empat lagi rakannya digantung pengajian sehingga siasatan kes selesai. "Pihak maktab membuat keputusan untuk menyingkir pelajar tersebut serta-merta. Kes saman sivil juga akan dikenakan. Dia akan berdepan tindakan daripada tentera, kami (kementerian) dan polis," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil kepada petugas Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2010) di sini hari ini. Ahmad Zahid berkata, kementerian memandang serius kes buli di sekolah dan tindakan perlu diambil bagi membendung gejala itu serta mengelak perkara sama daripada berulang. Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, yang juga Pengerusi MTD, berkata kementerian menyerahkan siasatan kes berkenaan kepada polis. Katanya, sebelum ini maktab itu pernah mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan MTD, termasuk kes buli, dengan mengasingkan pelajar itu atau menyingkirkannya terus dari maktab. Beliau berkata, kawalan ketat akan dilakukan termasuk warden dikerah bertugas pada waktu malam bagi mengelak insiden sama berlaku. "Kejadian ini membuatkan kita berhati-hati dan memandang serius dengan gejala buli di sekolah," katanya. Mohammad Naim meninggal dunia Rabu lalu di Pusat Perubatan Angkatan Tentera di Kem Sungai Besi selepas tidak sedarkan diri dipercayai akibat dibuli. Pada 25 Jun lalu, polis menahan kelima-lima pelajar tingkatan lima kolej itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori. - | |||||
| Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari dan Sahabatnya Posted: 28 Jun 2010 04:19 AM PDT DETIK DAILY Murabbi yang ana kasihi, Penyertaan ustaz ke dalam UMNO, bukanlah suatu yang sangat mengejutkan ana kerana ana sedia maklum hubungan ustaz dengan UMNO sebelum ini. Ana tahu ustaz, bahawa UMNO sedang mempergunakan ustaz dan geng- geng ustaz sebagai alat politik mereka. Kita boleh menutup mata bila berdepan dengan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah menipu kita. Lihat apa yang terjadi kepada saudara Anwar Ibrahim. Mereka sangat memerlukan undi Melayu pada saat ini kerana pilihanraya semakin hampir. Cumanya pada kali ini, ana memilih untuk berlaku naif. Ana bukannya tidak dapat membaca tindakan politik UMNO yang ana benci, tetapi kethiqahan ana kepada Ustaz menyebabkan ana terasa ingin menasihati ustaz. Oleh kerana parti adalah wasilah dan segala jamaah adalah wasilah , oleh sebab itulah wasilah- wasilah ini dengan realiti yang ada sentiasa berijtihad bahawa cara ustaz antara cara terbaik. Kita tahu bahawa parti politik hanyalah sebuah wadah perjuangan dan hukum menyertai UMNO bukanlah bermaksud menjadi kafir atau murtad. Kita bersetuju sekiranya kemasukan ke UMNO itu adalah dengan niat untuk berdakwah dan mengubah keburukan menjadi kebaikan dengan cara mendekati penyokong UMNO. Itu adalah bidang ijtihad yang tiada siapa berhak menghukum dosa dan pahala kecuali Allah SWT. Jujurnya memasuki pada waktu genting seperti ini membawa beberapa tanggapan yang bercampuk aduk ketika ini. Memasuki UMNO ketika UMNO sangat pro- Amerika dlm pendirian praktis dan lisan menyebabkan ustaz akan ditimpa masalah imej dikalangan rakyat. Sedangkan menerima hadiah daripada pemerintah pun dielak oleh salafussoleh agar mulut mereka tidak takut menegur kesalahan pemerintah. Ana mengharap para ustaz yang masuk kali ini, oleh kerana mereka banyak menegur dan membasmi kejahatan walaupun bid'ah yang kecil dalam ceramah mereka sebelum ini(satu perkara yang baik), maka kalau ustaz membisu dengan kemaksiatan yang nyata dilakukan oleh UMNO, kedudukan ustaz akan terhina di sisi umat. Syeikh yang ana kagumi, Ana ingin mencabar ustaz menggunakan wasilah yang ada untuk membasmi kezaliman UMNO yang nyata dan pendirian politik antarabangsa pemimpin UMNO yang ke arah cara pemerintahan kafirin sekarang ini. Harap ustaz merealisasikan usul- usul perjuangan Sheikh Muhammad yang jelas menentang MUWALAT ini dalam kebanyakan kitab beliau. Kalau tidak , tinggalkan nama perjuangan sunnah ustaz kerana ustaz sedang merosakkan nama pejuang sunnah itu. Sesungguhnya tugas Ustaz sangatlah berat apabila berada dalam UMNO. Mana Ustaz nak tangkis fitnah dari pentaksub parti pembangkang lagi, mana nak berdepan dengan najis mughallazah dalam UMNO sendiri dan sebagainya. Ustaz Fathul Bari yang ana muliakan, Seperkara lagi Ustaz, ana harap Ustaz berjaya melakukan ta'awun bukannya tuhdod. Ta'awun maksudnya di sini pengislahan sistem UMNO yang sekular kepada Islam. Dalam masa ustaz melakukan kerja dakwah ustaz, jangan pula melakukan tuhdod yakni membantai kerja dakwah pejuang di sebelah sini, PAS. Kalau ustaz hentam kerja dakwah ulama' PAS, ustaz tunggu ana langgar ustaz. Hehe... Apapun ana ucapkan selamat berjaya kepada ustaz. Ana mengambil ketetapan falsafah bahawa UMNO atau PAS atau pemimpin HANYAlah asbab sementara sahaja. Bukan akidah. Ana tidak beriman kepada jenama PAS atau pemimpin Hadi atau Nik Aziz. Jika wujud keperluan menjatuhkan sesesuatu demi Allah, demi sistemNya, Nik Aziz pun ana akan langgar. Muktamad! Berbalik kepada Ustaz Fathul Bari dan sahabat, pertamanya, ana ucapkan selamat berjaya kepada beliau. Menanti dan meneliti bentuk jalan apakah yang boleh dilakukan Ustaz Fathul Bari dan sahabat demi Allah dan sistemNya. Kemudian, seandainya kami dapati ustaz semakin menajiskan dirinya, maka, ana akan langgar. "Ya Allah, Tuhan kami semua. Jika Ustaz Fathul Bari dan sahabat benar keranaMu, Ya Allah, berikan kekuatan kepada beliau. Jika Ustaz Fathul dan sahabat semakin melanggarMu, atau melewatkan proses tegaknya sistemMu, maka; berikan kekuatan kepada kami atau mana- mana golongan yang Kau hadirkan untuk melanggarnya. Amin." Ketahuilah ustaz, mungkin orang yang paling tajam mengkritik ustaz adalah orang yang paling mengasihi ustaz, berbanding orang yang memuja dan memuji di sekeliling kita. Ana hanya seorang murid ustaz, dan kekal murid sebelum dan selepas kritikan ini. Allah tahu yang terbaik. asyrafmuiz.blogspot.com | |||||
| Kemasukan 40 Ulama Bukan Atas Kerelaan Mereka? Posted: 28 Jun 2010 03:58 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar ARAHAN Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein supaya polis merahsiakan maklumat mengenai Jemaah Ismaliah (JI) (sepatutnya juga rahsia jenayah-jenayah lain) menyebabkan timbul berbagai tafsiran. Kenapa arahan itu semena-mena dibuat sekarang, tepatnya dalam suasana hari ini sesudahnya berlakunya manipulasi kegiatan JI di kampus! Sudah pasti arahan segera itu ada sangkut paut dengan desas desus sebelum ini mengenai kononnya ada kegiatan JI di negara ini seperti mana dijelaskan oleh Ketua Polis Negara. Tidak dinafikan ada berlaku kebocoran mengenai rahsia keselamatan negara. Betapa pun rahsia ini dikunci dan dikawal ia akan bocor juga. Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai sistem pertahanan yang canggih dan ampuh juga tidak dapat elak dari mengalami kebocoran. Selagi ada manusia tidak jujur, ataupun tidak senang dengan sesuatu tindakan kerajaan rahsia itu akan bocor atau dibocorkan. Bagi mereka kebocoran itu sebahagian daripada sumbangan mereka untuk menentang kemungkaran. Apakah pihak kerajaan atau mana-mana pihak dapat memastikan orang terlibat menyimpan rahsia itu orang setia dan patuh kepada mereka secara pandir? Mengenai pembocoran rahsia keselamatan seperti mana dibimbangi Hishmuddin itu siapakah yang membocorkannya. Kalau berhubung taklimat mengenai kegiatan JI yang melibatkan pensyarah universiti ianya dihadiri oleh siapa. Polis tentu mengetahui siapa yang hadir dalam taklimat berkenaan. Ia terdiri dari pegawai polis peringkat atasan sendiri dan juga pegawai pendidikan dan ahli majlis keselamatan negara lain. Repoter atau bloger tidak diundang dan tidak tahu pun di mana taklimat itu diadakan. Cuma setelah menteri memberi tahu para cencelor dipanggil baru repoter mengetahuinya dan berminat untuk mennyiasatnya. Kalau rahsia itu bocor tentulah mereka yang hadir itu mendedahkannya. Orang lain tidak mungkin. Pulak, kenapa Hishmuddin susah-susah arahkan polis supaya menutup rahsia itu. Apakah ianya ada kena mengenakan dengan spekulasi mengatakan pihak polis telah menggunakan ugutan ke atas mereka yang terlibat dengan JI dengan memberi kata dua kepada mereka? Apakah ada kebenaran spekulasi pihak media sebelum ini bahawa sekumpulan ulama yang akan menyertai Umno itu (telah pun serah borang) disebabkan mereka diugut kononnya mereka pengganasa. Dan kerana mereka takut maka mereka bersetuju menyertai Umno untuk mencari perlindungan daripada dikenakan tindakan tangkap dan ditahan di bawah ISA? Begitukah? Dan Umno pula cukup senang dengan persetujuan itu kerana boleh dijadikan modal yang Umno kini mendapat sokongan ulama. Najib Razak pun telah bermadah di Pekan semalam mengatakan Umno diterima ulama kerana ia sebuah parti Islam. Kerana tekanan dan ugutan itu mereka pula terpaksa akur untuk melepaskan diri. Khabarnya rata-rata mereka adalah berfahaman wahabi yang dianggap sebagai mempunyai pemikiran ekstrim agama. Dalam kumpulan 40 itu salah seorangnya adalah menantu MB Perlis, Shahidan Kassim. Saya tidak mahu membuat tuduhan melulu di dalam hal ini dan kita semua dapat menganalisa dengan perkembangan yang berlaku dan juga dari kenyataan-kenyataan pemimpin Umno. Ia juga boleh disuluh dengan cara kemasukan 40 ulama itu ke dalam Umno, secara berkumpulan yang dinamakan ulama. Cara mereka menyertai Umno itu pun sudah menghairankan dan menyebabkan kita akan tertanya-tanya kenapa tiba-tiba mereka sepakat menyertai Umno. Kalau tidak ada mengadakan masakan mereka berbuat demikian. Berpandukan kepada spekulasi sebelum ini dan dipadankan dengan maklumat yang saya terima jelas kemasukan mereka itu bukan atas kerelaan mereka. Dalam kata lain bukan keputusan dari hati mereka untuk berjuang dalam Umno melainkan kerana terpaksa oleh hal-hal disebut di atas tadi. Khabarnya dalam majlis taklimat oleh pihak berkuasa kerajaan kepada satu agensi, latar belakang mereka ini sudah pun diceritakan. Mereka dikatakan terlibat dengan kegiatan berunsur kekerasan. Bahkan katanya gambar tiap orang mereka juga sudah dirakam bersama dengan orang yang terlibat dengan JI. Bukti inilah menyebabkan kesemua 40 ulama itu dikatakan menggeletar? Bukti inilah dijadikan oleh pihak kerajaan (BN) untuk memerangkap mereka. Mereka semua dipanggil dan diberi kata dua samada memilik jalan kiri yang mereka pilih sekarang atau ke jalan 'kanan yang kiri' dengan menyertai Umno. Jadi kerana ingin selamat mereka terpaksa memilih jalan kanan yang kiri itu dengan menyertai Umno. Sebab itu cara mereka menyertai Umno seolah mereka terpaksa. Lagaknya tak ubah seperti kumpulan Al Arqam yang ditangkap kemudian dipaksa membuat pengakuan di tv. Sebenarnya kerja-kerja seperti ini sudah lama berlaku di dalam Umno dan inilah tektik semulajadi Umno untuk mempertahankan kuasanya. Tahun 1969 dulu mereka telah menangkap para ualama Pas dan mereka-reka tuduhan ke atas mereka. Ada yang dikaitkan dengan skandal sex dan sebagainya. Begitu juga dengan wakil rakyat Pas ditangkap dan ditahan. Akhirnya mereka diminta membuat pengakuan memburukkan Pas. Yang tidak tahan terkulai layu ditangan Umno dan setengah yang lain memilih jalan menegakkan kebenaran meskipun terpaksa dibuang daerah dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tidak mustahil strategi yang diguna pakai Tun Razak Hussein itu akan dipraktikan pula oleh anaknya Najib Razak. Bertolak dari sejarah itu saya seidkit pun tidak hairan kalau sekumpulan ulama berkenaan juga mengalami nasib dan keadaan demikian. Bezanya mereka disabitkan dengan kegiatan (fahaman wahabi) mereka itu dan mana ditafsirkan terarah akan melakukan sejarah. Kesimpulannya kemasukan sekumpulan ulama ke dalam Umno itu tidak akan memberi kesan besar untuk Umno kerana ia bukan atas kerelaan tetapi atas paksaan kerana sebab-sebab lain. Jadi Umno tidak boleh bergembira sangat dengan penyertaan mereka itu. Mungkin jasad mereka boleh dibakar tetapi pegangan dan fahaman mereka (jihad) tidak boleh diapa-apakan. Kerana itu saya kira Dr Asri Zainul Abidin masih memikirkan sama ingin menyerah diri kerana ugutan itu ataupun mempertahankan prinsipnya dengan apa yang diyakini itu. | |||||
| PKR TENOM TERUS MENCARI AHLI BARU Posted: 28 Jun 2010 03:54 AM PDT Oleh : KREW SABAHKINI.NET ROMBONGAN PKR Cabang Tenom yang diketuai oleh Ketua Cabang Tenom, Gonsibin Yosundang telah disambut baik oleh penduduk kampung di pedalaman Ulu Tomani. Rombongan telah diraikan di salah sebuah rumah penduduk kampung di Ulu Tomani Kemabong, Tenom.
Penduduk kampung telah menyatakan rasa gembira mereka kerana kepimpinan PKR Cabang Tenom telah sudi menjenguk mereka yang hidup dalam serba kekurangan dari segi aspek kemudahan infrastruktur, pembangunan, ekonomi dan berbagai lagi aspek. Segala kemudaratan ini telah mereka adukan kepada Wakil Rakyat namun sehingga berita ini ditulis, tiada tindakan diambil bagi mengatasi segala kerumitan permasalahan mereka ini. Samuil Bin Sabi telah menyuarakan rasa kecewanya terhadap kepimpinan BN yang selama ini tidak pernah mempedulikan kesusahan dan permasalahan penduduk kampung berkenaan. Mungkin bagi wakil rakyat BN, penduduk kampung berkenaan tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada diri mereka maka kebajikan penduduk kampung itu terus diabaikan tanpa mendapat pembelaan sewajarnya. Apabila ditanya oleh krew Info & Komunikasi Negeri, apakah selama ini pernahkah wakil-wakil rakyat BN datang menjenguk mereka, jawab mereka, ada wakil rakyat melalui kawasan tanpa ada inisiatif untuk berhenti di kampung berkenaan untuk bertanya khabar mereka. Mereka terus dibiarkan. Cabang PKR Tenom juga telah mengenalpasti beberapa permasalahan utama di kampung berkenaan. Menurut Ketua Cabang PKR Tenom, Gonsibin Yosudang, seandainya PKR berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Pusat, Pakatan Rakyat berjanji untuk menangani segala permasalahan penduduk kampung sebaik mungkin serta mengatasi masalah infrastruktur dan ekonomi penduduk kampung yang selama ini membelenggu kehidupan mereka. Kata-kata Gonsibin di sambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh dari penduduk kampung berkenaan. Dalam ucapan singkat Ketua Info, Halik Zaman mengatakan bahawa kos hidup rakyat terus naik meningkat, sedang rakyat masih lagi ada miskin papa kedana. Kalau tidak sekarang rakyat merubah nasib, bila lagi? "Kita mempunyai kuasa untuk menukar Kerajaan, kalau tidak dalam PRU13 nanti, bila lagi? Gunakan hak kita untuk memilih Kerajaan yang prihatin kepada kesusahan rakyat. Pakatan Rakyat berjanji untuk membantu rakyat yang terbaik dari yang baik," kata Halik lagi. | |||||
| Cabang Kuala Selangor sokong Khalid selaku MB Selangor Posted: 28 Jun 2010 03:51 AM PDT
Parti Keadilan Rakyat, Cabang Kuala Selangor menyatakan muafakat sokongan kepada Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui kepimpinan selaku Menteri Besar Selangor.
Kami juga mewakili suara akar umbi Parti Keadilan Rakyat di Cabang Kuala Selangor menyatakan tekad kami dan taat setia kepada agenda perjuangan Parti Keadilan Rakyat dan akan terus memastikan agenda kepentingan Parti Keadilan Rakyat sentiasa didukung oleh rakyat. Kami menegaskan menyokong kepimpinan Abdul Khalid Ibrahim yang mempunyai daya kepimpinan dan pengurusan negeri yang berintegriti, bebas rasuah dan professional.
Kami akan terus bersama-sama Abdul Khalid memberikan sumbangan idea dan tenaga bagi memastikan agenda perubahan dan keadilan di Selangor yang menjadi harapan baru rakyat mampu direalisasikan dan diterjemahkan. *Kenyataan media oleh Mohd Ezli Mashut selaku Ketua Penerangan Cabang Kuala Selangor Parti Keadilan Rakyat. | |||||
| SPRM temu PI Bala di London minggu pertama Julai Posted: 28 Jun 2010 03:50 AM PDT Peguam Balasubramaniam Americk Sidhu berkata, lokasi dan tarikh untuk SPRM mengambil keterangan daripada detektif persendirian itu sudah ditetapkan. SPRM akan menemui Balasubramaniam di London pada 5 dan 6 Julai. "Kami menunggu kehadiran pegawai-pegawai SPRM di London dan menemui (Balasubramaniam)," kata beliau dalam kenyataan emel kepada The Malaysian Insider. Bercakap kepada The Malaysian Insider, Americk berkata, pihaknya kini di peringkat akhir perundingan dengan SPRM. "Semua sudah dibincangkan kecuali SPRM tidak mahu membenarkan peguam kami untuk hadir sama apabila mereka menemu bual subjek (Balasubramaniam). "Kami tidak bersetuju dengan ini, dan kami akan mengetahui hasilnya minggu depan," kata Americk lagi. Mengenai syarat dibenarkan rakaman video, Americk berkata, SPRM juga tidak bersetuju dengan permintaan tersebut. "Tetapi kami menjangkakan sekiranya salah seorang peguam hadir ketika sesi temu bual, maka peguam berkenaan boleh mencatatkan hasil percakapan setiap maklumat yang diberikan, yang dapat menyelesaikan masalah rakaman tidak dibenarkan," katanya. Akhir Mei lalu, SPRM berkata pihaknya bersedia untuk mengambil keterangan penyiasat persendirian Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya. Sebelum ini SPRM menyambut baik kesediaan Balasubramaniam untuk dirakamkan percakapannya berhubung kes itu. Americk sebelum ini berkata Balasubramaniam belum menerima surat rasmi daripada SPRM sekalipun pada 19 April lepas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan kesediaan untuk bertemu penyiasat persendirian itu di mana sahaja yang dirasakan sesuai. Sebelum ini usaha SPRM untuk mengambil keterangan Balasubramaniam menemui jalan buntu kerana tidak mengetahui lokasi penyiasat persendirian itu berada selepas menghilangkan diri bersama keluarga pada Julai 2008. Balasubramaniam sebelum itu mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan akuan bersumpah berkenaan pembunuhan Altantuya tetapi menarik balik pernyataan itu menerusi akuan bersumpah kedua pada keesokannya. | |||||
| Industri perikanan rugi sekitar RM1b setahun akibat nelayan asing Posted: 28 Jun 2010 03:41 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Industri perikanan negara mengalami kerugian sekitar RM1 bilion setahun akibat pencerobohan nelayan asing, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom. Beliau berkata walaupun jumlah kerugian sebenar akibat tindakan itu tidak diketahui dengan tepat, jumlah yang dinyatakan adalah berdasarkan rekod dan pemerhatian Jabatan Perikanan serta laporan daripada nelayan tempatan. Bagi mengatasi isu pencerobohan nelayan asing yang merugikan negara, kerajaan mempertingkatkan pengawasan di laut dan udara dengan penglibatan pelbagai agensi penguatkuasaan maritim negara, katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengenai jumlah kerugian yang dialami industri pertanian negara akibat penangkapan ikan secara haram daripada kapal nelayan asing yang tidak berdaftar. Mohd Johari berkata selain operasi bersama melibatkan agensi penguatkuasaan yang dijalankan empat kali setahun, kementerian juga bekerjasama dengan pihak yang mengendalikan pelantar minyak dan nelayan tempatan untuk mendapatkan maklumat mengenai penglihatan dan pencerobohan kapal nelayan asing. Mengenai bentuk pencegahan yang dilakukan Jabatan Taman Laut Malaysia
"Dalam usaha melindungi pulau-pulau yang diwartakan, JTLM juga menjalankan program yang melibatkan komuniti seperti program 'Green Fins' di Pulau Payar, Kedah dengan mewujudkan jaringan pengusaha selam skuba dan penyelam skuba yang mesra persekitaran," katanya. — Bernama | |||||
| Surat tunjuk sebab tiga ahli SUPP Posted: 28 Jun 2010 03:38 AM PDT KUCHING: Setiausaha Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Bengoh Liu Thian Leong berkata kepimpinan parti itu hendaklah bertanggungjawab di atas prestasi buruk yang ditonjolkan ketika pilihan raya negeri pada 2006 lalu serta pilihan raya di Sibu. SUPP kehilangan lapan kerusi pada pilihan raya negeri lalu serta kalah kepada pembangkang dalam satu lagi pilihan raya baru-baru ini.
"Jika mereka orang yang bertanggungjawab, mereka perlu bertanggungjawab di atas kehilangan kerusi tersebut. Mereka perlu menjelaskan tindakan mereka itu kepada parti," katanya. Liu bersama-sama Ketua Pemuda Cawangan Bengoh Lee Chee Fui, dan Setiusaha Pemudanya Chong Jit Leong dijangka menerima surat tunjuk sebab daripada jawatankuasa pusat parti hari ini. Keputusan mengeluarkan ketiga-tiga surat tunjuk sebab itu telah dibincangkan pada hujung minggu lalu oleh jawatankuasa yang kurang senang berhubung kritikan ke atas pihak kepimpinan. Bercakap benar Liu berkata parti mengalakkan ahli-ahli untuk bercakap benar, dan apabila ia dibuat, mereka diberi surat tunjuk sebab. "Kami bercakap benar dan menyatakan perasaan ahli-ahli (cawangan) mengenai pelantikan Lo Khere Chiang sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan," katanya. "Apa kesalahan yang kami lakukan sehingga dikenakan tindakan disiplin seperti ini? Kami ingin tahu dan kami sudah sedia dengan penjelasan," soal beliau. Minggu lepas, Chong mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan kewajaran kepimpinan parti dalam melantik Lo sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan. "Kami cukup kecewa dengan kepimpinan parti yang tidak melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Bengoh, Dr Jerip Susil sebagai Pengerusi MPP. "Ia seperti SUPP pusat tidak menghargai sumbangan yang dibuat oleh SUPP cawangan Bengoh," kata Chong dan kenyataan itu turut disokong oleh Liu dan Lee. Presiden SUPP George Chan berkata: "Biar ini menjadi satu amaran jelas untuk ahli parti bahawa tindakan disiplin akan diambil ke atas sesiapa menentang atau mengkritik parti itu dalam media. "Mereka diberi 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab itu. Jika ahli parti tidak gembira dengan kepimpinan parti, masih ada | |||||
| Wanita PKR Selangor: Khalid & Azmin Lengkap Melengkapi Posted: 28 Jun 2010 03:37 AM PDT TV SELANGOR Wanita Keadilan Selangor percaya perubahan pucuk pimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor harus dilihat sebagai usaha penambahbaikan dalam memperkasa gerak kerja politik dan pentadbiran di Selangor. | |||||
| UiTM Tawar Peluang Pendidikan Kepada Golongan Pekerja Posted: 28 Jun 2010 03:35 AM PDT TV SELANGOR Golongan pekerja yang berminat untuk mendapatkan pendidikan tinggi namun tidak berkemampuan kini berpeluang berbuat demikian di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pengajian secara percuma itu akan ditawarkan pada masa terdekat dan pelajar akan mengikutinya menerusi program pengajian jarak jauh dan luar kampus di semua kampus UiTM. "Tawaran ini merupakan satu tanggungjawab sosial (CSR) UiTM yang diusahakan sendiri oleh universiti itu melalui program 'Mengubah Destini Anak Bangsa'," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertemuan dengan Penuntut Baru UiTM, di sini hari ini. Khaled berkata tawaran itu adalah untuk semua peringkat umur. Mereka yang berminat akan mengikuti satu program pengajian khas sebelum diserapkan ke peringkat diploma bagi mengikuti kursus bersesuaian pada semester berikutnya bergantung kepada keputusan yang dicapai, kata beliau. | |||||
| 35,000 naik koc wanita setiap hari Posted: 28 Jun 2010 03:34 AM PDT
Beliau berkata berdasarkan sambutan itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memanjangkan perkhidmatan koc itu ke laluan Sentul-Batu Caves mulai pertengahan bulan depan. KTMB bagaimanapun belum bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan gerabak wanita ke sektor lain, katanya dalam sesi sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Abdul Rahim berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Kamarudin Jaafar (PAS-Tumpat) yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang memperkenalkan gerabak wanita bagi seluruh perkhidmatan keretapi. Beliau berkata kementerian mempertimbangkan penggunaan koc itu atas dasar ingin mengurangkan risiko menjadi mangsa gangguan seksual dan penyeluk saku khususnya terhadap golongan wanita. "Ia juga dibuat bagi menjamim keselamatan wanita sepanjang perjalanan," katanya. Abdul Rahim berkata kajian yang dibuat KTM Komuter mendapati hampir keseluruhan wanita memahami tujuan dan menyokong pelaksanaan koc itu. Menjawab soalan Kamarudin mengenai kedudukan terkini tender pembelian Tren Elektrik Pelbagai Guna (EMU), Abdul Rahim berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM1.9 bilion bagi membeli 38 set unit EMU enam gerabak daripada sebuah konsortium dari negara China dan ia dijangka diterima September tahun hadapan. Beliau berkata spesifikasi untuk pembelian itu memenuhi standard antarabangsa dengan konsortium pengeluar yang dipilih juga mempunyai reputasi baik dan harga yang ditawar berpatutan. "Bagi memenuhi segera keperluan tren, kementerian juga menggunakan kaedah pembekalan yang dibuat secara 'fast delivery' yang hanya akan mengambil masa 24 bulan berbanding bekalan biasa yang memerlukan antara 24 hingga 36 bulan yang diamalkan sebelum ini," katanya. KTMB kini mempunyai 58 unit EMU dengan antara 22 hingga 26 unit beroperasi manakala selebihnya sedang diselenggara. | |||||
| Kakitangan PERKESO tangguh piket hari ini Posted: 28 Jun 2010 03:31 AM PDT
Keputusan untuk berpiket hari ini dibuat pada 14 Jun lalu, kerana PERKESO didakwa gagal melaksanakan persetujuan yang dicapai dalam rundingan antara kesatuan dan pihak pengurusan yang diwakili pengerusi lembaga dan ketua eksekutif pada 20 Mei lalu. Surat bertarikh 14 Jun yang dihantar kepada ahli kesatuan itu, menyebut bahawa piket akan diadakan hari ini selama 50 minit mulai jam 1.05 tengahari. Piket itu dirancang diadakan di hadapan Menara PERKESO di Jalan Ampang sehingga tuntutan kesatuan dapat diselesaikan. Ketika dihubungi Malaysiakini, setiausaha kesatuan itu, Rashidi Ismail mengesahkan piket hari ini ditangguhkan. Katanya keputusan sama ada untuk meneruskan piket tersebut bergantung kepada keputusan perjumpaan dengan menteri berkenaan, Datuk Dr S Subramaniam esok. "Perbincangan esok akan bermula jam 9 pagi esok. Kesatuan akan diwakili oleh jawatankuasa kesatuan untuk membincang beberapa tuntutan kami,'' katanya. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menyatakan tuntutan tersebut kerana 'ia tidak pernah didedahkan kepada pihak media'. Ditanya prospek rundingan tersebut, Rashidi berkata: "Insya-Allah, (diharap tuntutan) dapat diselesaikan." | |||||
| Lantik Azmin: Tiada agenda tersembunyi, kata Anwar Posted: 28 Jun 2010 03:28 AM PDT
Anwar berkata pertukaran itu dilakukan ekoran beban tugas Khalid yang berat. "Pada mulanya saya tidak bersetuju tetapi selepas beberapa perbincangan, kami melihat bahawa beliau (Abdul Khalid) perlu berkongsi beban tugas berkenaan, beliau memerlukan program-program politik dikendalikan oleh orang lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Pertukaran itu diumumkan semalam oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama dengan pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan berkuatkuasa serta merta. Mengenai spekulasi 15 Anggota Parlimen PKR mendesak Khalid meletak jawatan, Anwar berkata sebarang tindakan bagi mengetepikan Khalid perlu melaluinya terlebih dahulu. "Tidak pernah ada sebarang perbincangan mengenai perkara berkenaan pada mana-mana peringkat bagi menyuarakan permintaan itu, jika ada tindakan untuk mengetepikan (Abdul) Khalid ia perlu melalui saya terlebih dahulu kerana saya mempunyai pengaruh mengenai perkara itu, tetapi isu ini tidak pernah timbul," katanya. Sementara itu, Mohamed Azmin berkata perancangan baru itu akan lebih efektif bagi Selangor dan beliau menyokong Abdul Khalid sebagai MB. "Perhubungan kami adalah baik, tiada masalah. Saya bekerjasama erat dengan Tan Sri (Abdul) Khalid. Pendirian saya kekal bahawa beliau perlu terus kekal sebagai Menteri Besar dan saya akan memberi sokongan penuh kepada Tan Sri (Abdul) Khalid," katanya. Mohamed Azmin turut menghormati pelantikan Zaid sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan. "Saya fikir beliau merupakan pemimpin yang layak menerajui Wilayah (Persekutuan)," katanya. | |||||
| Shaziman: Parlimen tidak akan dipindahkan Posted: 28 Jun 2010 03:27 AM PDT
Sebaliknya, kata beliau, kerajaan akan menaik taraf bangunan sekarang, dan dalam tempoh berkenaan, Parlimen akan bersidang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). "Kerajaan mahupun kabinet tidak pernah mengatakan bahawa kita akan memindahkan Parlimen ke Putrajaya. Kita tidak pernah menyatakannya," kata beliau menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dalam ucapan penggulungan kementeriannya.
Jawapan Shaziman itu jelas bercanggah dengan jawatan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz pada 9 Jun lalu, yang menyatakan kabinet telah memutuskan untuk membina bangunan baru Parlimen dengan kos RM800 juta. "Sama seperti kita, ketika menunjukkan wajah keriput, kita pergi dan melakukan facial (rawatan muka)," kata Shaziman. Menurutnya, pemindahan sementara Parlimen adalah perlu kerana kerja menaik taraf yang membabitkan penggunaan jentera berat, serta bunyi bising. | |||||
| Ong: Kes PKFZ masih jauh dari penyelesaian Posted: 28 Jun 2010 03:25 AM PDT
Ong (kanan) - yang digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rombakan baru-baru ini - menegaskan beliau mempunyai maklumat mengenai mereka yang disebut dalam laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwC), tetapi enggan memberitahu butiran terperinci mengenainya. "Dalam kedudukan saya sebagai menteri, sudah tentu saya tahu beberapa nama lagi yang disebutkan dalam laporan tersebut," katanya dalam wawancara eksklusif Malaysiakini.
Ong, yang juga gagal mempertahankan jawatan presiden MCA dalam pemilihan parti itu Mac lalu, berkata pihak penyiasat mengambil masa yang lama untuk mengemaskini kemajuan (siasatan) mereka, dan rakyat sudah letih menunggu. Ong turut bertanya sama ada pasukan petugas khas sebelas anggota yang dilantik kerajaan untuk menyiasat skandal itu, telah menyerahkan laporannya. "Saya tidak yakin jika ada laporan seumpama itu... kini ia telah melebihi tempoh enam bulan (sejak siasatan bermula). Tetapi ianya terserah kepada budibicara mereka (untuk mengeluarkan laporan tersebut). "Apa yang orang ingin lihat ialah apa yang selanjutnya. Selain untuk melihat keadilan, mereka juga ingin tahu apa yang terjadi kepada wang rakyat, tindakan apa yang akan diambil jika betul-betul ada tuntutan palsu... semua ini adalah soalan yang sering diajukan," katanya. | |||||
| Tian Chua: peluru berpandu Scorpene 20% lebih mahal Posted: 28 Jun 2010 03:21 AM PDT
Ini ekoran pendedahan kerajaan baru-baru ini bahawa perolehan peluru berpandu 40 Exocet SM-39 laut ke udara dan 30 torpedo Black Shark yang berjumlah 219 juta euro. Menurut usul Chua, Kementerian Pertahanan telah membayar 20 peratus lebih daripada harga pasaran, selepas membandingkan perolehan yang serupa oleh negara-negara lain. "Menurut rekod perolehan Pakistan, kos SM-39 ialah 3.07 juta euro setiap satu, manakala Portugis membeli Black Sharks pada harga 2 juta setiap satu," kata Chua. Berdasarkan angka-angka tersebut, maka jumlah kosnya ialah 182.8 juga euro - berbeza 20 peratus (36 juta euro) daripada apa yang telah dibayar oleh Malaysia. Tian juga memetik sebuah laporan oleh badan pemikir berpengaruh - Foreign Policy in Focus (FPIF), yang menyebut dalam laporan tahun 2005 bahawa banyak pembuat senjata pada umumnya digunakan rakyat Malaysia yang ada berhubung baik, sebagai pelobi mereka untuk mendapatkan kontrak. "Komisyen dibayar kepada wakil-wakil berkenaan, dianggarkan berkisar antara 10 hingga 20 peratus," kata Tian dalam usulnya yang memetik laporan FPIF. Dalam usulnya itu, Tian menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan Rakyat sama ada orang tengah atau ahli politik terlibat dalam pembelian torpedo dan peluru berpandu itu. | |||||
| Batal judi sukan: BERJAYA lepaskan Ascot Posted: 28 Jun 2010 03:17 AM PDT
Ini adalah susulan daripada keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan semula lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports walaupun sebelumnya telahpun memberikan persetujuannya bagi pengeluaran semula lesen berkenaan.
Meskipun dengan keputusan kerajaan itu, pihak lembaga pengarah B-Corp akan meneruskan usahanya untuk mengembangkan aktiviti portfolio perniagaan teras syarikat. "Sektor pertaruhan akan kekal menjadi antara fokus utamanya untuk potensi perolehan tinggi dan kami akan meneruskan usaha-usaha penerokaan seumpamanya di dalam dan luar negara," katanya. | |||||
| Ulama terkenal hanyut, mampukah ulama muda? Posted: 28 Jun 2010 03:16 AM PDT
| |||||
| Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno Posted: 28 Jun 2010 03:15 AM PDT
| |||||
| Umno tipu, jatuh reputasi ulama muda Posted: 28 Jun 2010 03:11 AM PDT
| |||||
| Pemuda PAS harap Australia bersikap toleransi Posted: 28 Jun 2010 03:08 AM PDT
| |||||
| Rizab Felda: Anak cabar Ahmad debat terbuka Posted: 28 Jun 2010 02:59 AM PDT
| |||||
| Rumusan Pemukiman KEADILAN Sediakan Parti Hadapi PRU-13 Posted: 27 Jun 2010 10:59 PM PDT Oleh Sidiqin Omar SHAH ALAM - Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya berkata semua rumusan daripada perbincangan di dalam program pemukiman parti yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang akan bersidang petang ini dijangka menyediakan tapak kukuh bagi parti menghadapi pilihan raya umum ke 13 kelak. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka menghadiri mesyuarat tersebut sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa ketidakhadiran beliau pada program pemukiman dua hari itu disebabkan masalah dalaman. Latheefa menjelaskan Abdul Khalid, yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor sibuk dengan pelbagai program anjuran kerajaan negeri. Beliau menjelaskan program 'retreat' ini tidak ada kena mengena dengan keputusan yang melibatkannya, bahkan Khalid sendiri akan hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang akan diadakan petang ini. "'Retreat' ini adalah program pemantapan parti peringkat pusat. Jadi, untuk negeri Selangor, pimpinan KEADILAN negeri tersebut akan tentukan formula mereka sendiri. Sebab itu kita sebut program ini adalah 'retreat'. Rumusan secara keseluruhan, kita akan maklumkan selepas mesyuarat petang ini. "Antara dapatan yang diperolehi sepanjang sesi perbincangan yang boleh boleh dirumuskan, adalah berkenaan kaedah penerangan, pemantapan organisasi parti dan formula kemenangan dalam pilihanraya umum ke-13," kata beliau kepada media pada sesi rehat tengahari tadi. Beliau memaklumkan bahawa dalam bengkel kursus ini, setiap peserta 'retreat" dipecahkan kepada sembilan buah kumpulan kecil yang terdiri daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majis Pimpinan Pusat. Mereka ditugaskan untuk merumuskan perbincangan dan kembali semula ke dalam mesyuarat bagi membentangkan kertas kerja kumpulan masing-masing. Ketika ditanya mengenai persoalan dan permasalahan yang dibangkitkan dalam sesi tersebut yang disambung hari ini, Latheefa memaklumkan banyak perkara yang diutarakan dan ada sebahagiannya merupakan idea yang baru. Dalam sesi mesyuarat petang ini, setiap ahli dibenarkan untuk mengkritik, dan memberikan pandangan konkrit masing-masing terhadap setiap pembentangan kertas kerja. | |||||
| Isu FELDA: Mazlan Aliman Cabar Ahmad Maslan Debat Posted: 27 Jun 2010 10:56 PM PDT KELAB GREENBOC
Persatuan Anak Felda Akan Dedah Dokumen 'Penyelewengan'Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (ANAK) akan memfailkan laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah bersama bukti yang didakwa menunjukkan adanya cubaan menutup penyelewengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda. Pengerusi ANAK Mazlan Aliman dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata antara bukti yang akan dikemukakan adalah laporan tahunan dan akaun Felda yang menurutnya bercanggah dengan jawapan kerajaaan di Dewan Rakyat. Pihak persatuan juga akan menampilkan dokumen yang mendakwa wujudnya penyelewengan wang peneroka. ANAK sebelum ini telah memfailkan tiga laporan polis di Temerloh, Kota Tinggi dan Segamat. Minggu lalu, bekas Menteri Tan Kwee Kwong bersama Ahli Parlimen Klang Charles Santiago turut memfailkan laporan ke SPRM. -TVS
| |||||
| ‘Jom Kawan’ Anjur Konsert Islami Untuk Palestin Posted: 27 Jun 2010 10:49 PM PDT
KUALA TERENGGANU – 'Jom Kawan', kumpulan sukarelawan bagi Lajnah Pendidikan PAS Pusat akan menganjurkan satu konsert Islami dengan tujuan mengumpulkan dana untuk membantu rakyat Palestin.Pengerusi Lajnah tersebut, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, konsert itu akan diadakan pada Jumaat, 9 Julai di Dataran Masjid Ma'ahad TahFiz Wal Tarbiyah, Tok Jiring, dekat sini. (Gambar - dari kiri; Ustaz Mohd Zahib, Mustafa Ismail, Ustaz Abu Bakar & Azhan Atan) Beliau mengumumkan penganjuran konsert tersebut bersama 'Duta Jom Kawan', Azhan Atan, bekas juara Akademi Nasyid yang dianjurkan TV9. Turut hadir adalah wakil Yayasan Amal Cawangan Terengganu, Mustafa Ismail dan Mudir Ma'ahad Tahfiz, Ustaz Mohd Zahib Mohd Zain. Menyentuh isu semasa yang berlaku di negeri Terengganu, Dato' Abu Bakar berkata walaupun Menteri Besar membuat rombakan barisan Exco kerajaan negeri, namun katanya, rakyat tidak melihat apa-apa perubahan yang berlaku dalam negeri Terengganu. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Kami juga menolak kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian bekas ahli jawatankuasa PKR yang membuat kenyataan media agar mendesak Khalid (gambar kiri) mengundur diri adalah tidak perlu dilayan. Ini kerana mereka langsung tidak mewakili suara-suara kepimpinan Cabang dan juga akar umbi.
Kami juga menyatakan harapan besar rakyat Selangor untuk memastikan individu yang mempunyai gaya kepimpinan seperti Abdul Khalid Ibrahim berkeupayaan memenuhi aspirasi rakyat Selangor yang mengharapkan kepimpinan yang berbeza.




Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.
Pengerusi Lajnah Antarabangsanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss (gambar) berkata, dialog terbuka atas isu keamanan dan kesejahteraan perlu diadakan bagi memahami budaya dan amalan penganut agama khususnya umat Islam agar tidak timbul salah faham dan persepsi yang negatif.
Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mazlan berkata, jawapan Ahmad di parlimen berhubung faktor kemerosotan tersebut adalah sangat meragukan dan banyak tanda tanya.
Dalam pada itu, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan