DIALOG RAKYAT |
- Cubaan Guling MB Selangor, Agenda Media?
- Mengapa Umno Tak Akan Jadi Parti Ekstrem?
- Menteri: Wahabi tidak boleh dikait dengan pengganas, ekstremis
- Rakyat Malaysia, 37 lagi cedera bot berlanggar di Thailand
- Dewan Huffaz iktiraf tahfiz al-Quran
- Ku Li sedia jadi saksi tuntutan royalti minyak
- Khairy: Ibrahim Ali ‘gedebe politik’, pentingkan diri
- Fuziah: Tiada penekanan khas berkaitan pentadbiran negeri Selangor
- Sukar Ditangani, Kemelut Umno Rantau Panjang Berpanjangan
- RM2 bilion untuk projek jalan luar bandar S'wak
- Akar umbi Umno didakwa tak tahu strategi
- 'Permukiman PKR kritik MB S'gor secara tak langsung'
- PKR S'gor dirombak, Azmin ganti Khalid
- Berpolitik: GAMIS mahu pensyarah diambil tindakan
- 400 warga kota pelbagai kaum gotong-royong angkat rumah
- Lesen judi: PKR dakwa keputusan BN sandiwara politik
- Khalid: Saya tidak terfikir letak jawatan MB
- PKR tak bincang isu desak Khalid undur
- MB Selangor tidak hadir retreat PKR, cetus tanda tanya
- Henti bunuh potensi pelajar
- Saman Felda Hanya Dedah Kepincangan Sebenar
- 26 Jun Hari Ilmu Di Selangor
- Ulama Umno bakar kapal
- Hisham arah KDN bertindak ke atas Suara Keadilan
- OPA tak restu sebarang bentuk buli
| Cubaan Guling MB Selangor, Agenda Media? Posted: 27 Jun 2010 05:15 AM PDT KELAB GREENBOC
MB: Perbezaan Pendapat Lumrah Dalam PolitikTan Sri Abdul Khalid hari ini menyifatkan perbezaan pendapat antara pimpinan dalam sesebuah pertubuhan politik adalah lumrah, sebaliknya beliau menegaskan, perkara tersebut membantu memantapkan sesebuah parti. "Ini perkara biasa dalam persatuan atau politik, Ini yang disebut sebagai perbezaan antara kepimpinan. Ini satu-satunya persatuan yang matang dan mengalami keadaan ini dan secepat mungkin perkara ini akan diselesai. "Apa-apa pun mesti ada penyelesaian dua pihak. Kita dalam parti, biasanya mengadakan mesyuarat untuk isu penting. Tapi, saya rasa isu selangor ini tidak sepenting dalam isu memantapkan parti dan mengemas kini jentera parti," katanya. Sungguhpun media mendakwa wujud tekanan terhadap Khalid, 17 daripada 22 pemimpin bahagian PKR Selangor pula mengadakan mesyuarat tergempar bagi menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Selangor. Mesyuarat tergempar ini dibuat berikutan spekulasi media kononnya 15 ahli parlimen cuba menggulingkan Khalid semasa permukiman parti itu di Shah Alam. Mengulas hal ini, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan media yang mungkin ada agenda tertentu. "Spekulasi yang diulang-ulang dalam media, jadi jangan kita ambil sebagai satu kebenaran. Tidak wujud, sebab saya ahli parlimen dan saya kenal kawan-kawan saya. "Inilah isu yang kadang-kadang akan ada perbezaan sedikit. Ini akan diselesaikan dalam saluran yang ada dalam parti seperti retreat dan mesyuarat dalam parti," katanya. -TVS
Ulasan GB Sejak beberapa hari kebelakangan ini, sebuah akhbar online kerap menimbulkan berita-berita sensasi terhadap negeri Selangor malah mengada-adakan perkara yang tiada. Diperbesarkan tajuk berita yang cuba untuk menjejaskan reputasi MB Selangor seperti tajuk-tajuk "Azmin dakwa MB Selangor tak berubah meskipun ditegur", "Khalid: Saya tidak terfikir letak jawatan MB", "Azmin letak jawatan pengarah PKNS, dipercayai 'protes' MB", "Sah, Nik Nazmi tinggalkan pejabat MB Selangor" dan lain-lain. Ehem, ada agenda? | |||||||||||
| Mengapa Umno Tak Akan Jadi Parti Ekstrem? Posted: 27 Jun 2010 04:59 AM PDT Oleh Zolkharnain Abidin "Kita tidak mahu Umno dilihat sebagai parti ekstrem. Islam sebenarnya bukan agama yang ekstrem. Jadi kita akan memperjuangkan Islam yang diterima oleh semua pihak dan umat yang terbaik adalah umat yang sederhana mengikut panduan Islam." Demikian suara Najib mengulas kemasukan 40 orang yang dikatakan ulama muda ke dalam Umno. Bagi Najib, 40 orang yang dikatakan ulama itu membuktikan Umno diiktiraf oleh golongan berkenaan. Mereka juga untuk mengelakkan Umno menjadi parti ekstrem Pernahkah Umno dikenali sebagai parti ekstrem agama? Jawabnya tidak. Umno tidak pernah dikenali sebagai parti ekstrem agama. Umno juga tidak akan menjadi parti ekstrem agama. Kenapa? Kerana parti itu memang tidak pernah dan tidak akan memperjuangkan agama. Tidak pernah ada, dan tidak akan ada sesiapa yang akan menuduh Umno parti ekstrem agama. Hanya Najib sahaja yang terasa orang akan akan menuduh parti itu begitu. Apa tujuan Najib berkata begitu? Tentulah untuk menjustifikasikan kemasukan 40 orang yang dikatakan ulama itu. Kalau Najib tidak berkata begitu, orang akan beranggapan Umno adalah parti yang tidak pernah ambil tahu soal agama. Bila 40 orang yang dikatakan ulama ini masuk, barulah parti itu akan mengambil tahu soal agama. Macam mana? Najib cuba tarik perhatian umum seolah-olah Umno sebelum ini sangat kuat berpegang dengan agama sehingga hampir dituduh ekstrem. Jadi kemasukan ulama tadi adalah untuk mengelakkan tuduhan itu, menyelamatkan Umno daripada dituduh ekstrem. Betulkan selama ini Umno sangat berpegang kuat dengan agama sehingga hampir di tuduh ekstrem? Pernahkah orang yang tidak berpegang dengan agama akan dituduh ekstrem agama? Pernahkah orang berkata Najib seorang ekstrimis, Rosmah adalah ekstremis, Hishamuddin adalah ekstrimis, Tengku Adnan adalah ekstrimis. Orang tidak akan berkata mereka ekstremis kerana orang tahu tahap pegangan agama mereka. Jadi apa perlunya Najib keluarkan kenyataan bahawa kemasukan 40 orang yang dikatakan ulama itu untuk mengelakkan Umno dikatakan ektremis? Kalau 40 orang yang dikatakan ulama itu tidak masuk Umno pun, Najib dan Rosmah serta Umno tidak akan dikata ekstremis dan parti ekstrem. Contohnya begini. Bagi seorang Muslimah biasa, dia akan berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Namun, bagi sesetengah orang, apabila seorang Muslimah bercadur, berjubah serba hitam, bersarung tangan, Muslimah itu akan dilabelkan ekstremes. Cuba fikirkan. Adakah Rosmah yang tidak pernah bertudung kepala itu pernah jadi ekstrems dan berpotensi jadi Muslimah ekstremes? Sebab itu saya katakan, Umno tak akan jadi parti ekstrem dan pemimpin Umno tak akan jadi ekstremes. Kalau Najib ingin mencari alasan untuk menjustifikasikan kemasukan 40 orang yang dikatakan ulama ke dalam Umno itu, Najib patut cari alasan lain. Alasan ekstrem, mendedahkan pekung sebenar Umno. Maknanya, setelah lebih 50 tahun Umno ditubuhkan, setelah sekian banyak ulama masuk dan keluar parti itu, Umno tetap kekal menjadi parti yang tidak menghiraukan agama. Kemasukan 40 orang yang dikatakan ulama ini juga tidak akan menjadikan Umno sebagai parti yang menghayati agama. | |||||||||||
| Menteri: Wahabi tidak boleh dikait dengan pengganas, ekstremis Posted: 27 Jun 2010 04:58 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR — Fahaman Wahabi tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan pengganas atau golongan pelampau kerana perbuatan keganasan bukannya berpunca daripada fahaman agama sesuatu kelompok tetapi ekoran penyelewengan fahaman serta pelbagai punca yang lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata apabila kefahaman terseleweng, mereka mengambil pendekatan yang berbeza daripada orang lain sehingga ada yang sanggup membunuh orang awam dengan bom dan sebagainya. "Akibat terpesong daripada landasan Islam sebenar, maka berlakulah kejadian orang ramai yang tidak bersalah dibunuh dan dibom," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dewan Huffaz Kebangsaan di sini hari ini. Sehubungan itu, katanya kerajaan sentiasa memantau keadaan supaya tidak berlaku penyelewengan ajaran Islam kerana ia boleh merugikan negara dan masyarakat. Oleh itu, katanya orang ramai jangan menuduh mana-mana pihak sebagai pengganas atau golongan pelampau melainkan telah dinyatakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Sementara itu ketika ditanya mengenai 40 ulama muda menganggotai Umno beliau berkata ia dapat membantu kerajaan menterjemahkan dan melaksanakan pengertian 1 Malaysia kepada masyarakat. Katanya ia juga dapat mengikis pandangan pihak tertentu yang selama ini menganggap ulama tidak mempunyai peranan dalam pembangunan negara. Jumaat lepas 40 ulama muda dari seluruh negara menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.
| |||||||||||
| Rakyat Malaysia, 37 lagi cedera bot berlanggar di Thailand Posted: 27 Jun 2010 04:56 AM PDT BERNAMA BANGKOK- rakyat Malaysia, apabila dua bot berlanggar antara Pulau Ko Phangan dan Pulau Ko Samui, yang terletak kira-kira 600 kilometer dari sini, semalam. Komander Bahagian Pencegahan Jenayah Balai Polis Samui Sarjan Mejar Kanan Adipong Thepee berkata, rakyat Malaysia
Warga asing lain ialah dari Norway, England, Australia, Iceland, Singapura, Israel dan Taiwan. Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberikan pecahan mengikut negara dan identiti mangsa yang terlibat. Katanya, empat warga asing yang cedera parah dalam perlanggaran itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut sementara mangsa lain dirawat di dua lagi hospital iaitu Hospital Bandon Inter dan Hospital Thai Inter, kedua-duanya terletak di Samui. Adipong berkata pelanggaran itu berlaku antara 11.30 malam dan 11.45 malam semalam ketika hujan dan keadaan berangin apabila bot berkenaan berlepas dari kedua-dua pulau sebelum berlanggar di tengah-tengah perjalanannya. Mangsa yang cedera adalah dari kedua-dua bot dan ketika ini, jumlah penumpang sebenar belum dapat dipastikan, katanya. Beliau berkata polis sedang menyiasat punca pelanggaran itu. | |||||||||||
| Dewan Huffaz iktiraf tahfiz al-Quran Posted: 27 Jun 2010 04:55 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR — Penubuhan Dewan Huffaz Kebangsaan untuk memberikan pengiktirafan kepada golongan tahfiz al-Quran, akan memudahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf sijil yang dikeluarkan oleh institusi dan madrasah huffaz di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penubuhan Dewan Huffaz juga dapat menyeragamkan sijil tahfiz dari semua institusi dan madrasah Huffaz yang kini berbeza antara satu sama lain dan ini memudahkan JPA membuat pengiktirafan untuk tujuan penggajian. "Maknanya kalau seseorang huffaz itu keluar dengan sijil yang diiktiraf JPA maka dia akan mudah mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan dibayar gaji mengikut tangga gaji yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dewan Huffaz di Pusat Islam di sini hari ini. Beliau berkata penubuhan dewan itu dapat memartabatkan institusi tahfiz di Malaysia "Setakat ini terdapat kira-kira 281 institusi tahfiz di seluruh negara yang dikelolakan kerajaan dan secara persendirian. Bila adanya gabungan ini mudah bagi kita menentukan jumlah sebenar penghafal al-Quran di Malaysia, yang kini dianggarkan antara 5,000 dan 6,000 orang," katanya. Beliau berkata setakat ini jumlah huffaz yang dikenal pasti mendapat sijil tahfiz daripada Darul Quran dan juga institusi tahfiz kerajaan negeri adalah seramai 2,908 orang. Selain itu, katanya menerusi Dewan Huffaz juga akan memudahkan Majlis Agama Islam di negeri-negeri menyalurkan sagu hati kepada huffaz sebagai dorongan dan penghargaan sungguhpun mereka mempunyai pekerjaan lain. "Sebagai contoh, mereka yang hafal 30 juzuk kita beri RM6,000 setahun sebagai sagu hati sunggpuhpun mereka mungkin bekerja di pejabat kerajaan, menjadi tok Imam dan sebagainya," kata Jamil Khir | |||||||||||
| Ku Li sedia jadi saksi tuntutan royalti minyak Posted: 27 Jun 2010 04:25 AM PDT BERNAMA GUA MUSANG — Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau sedia menjadi saksi bagi pihak kerajaan negeri Kelantan sekiranya kerajaan negeri itu membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah. Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata tawaran itu dibuat kerana beliau lebih mengetahui mengenai perkara itu berikutan pernah dilantik sebagai orang bertanggungjawab dan ditugaskan menubuhkan Petronas serta terbabit dalam penyediaan Akta Petroleum. "Saya boleh jadi saksi mengenai perkara itu kerana Akta Petroleum yang dipakai sampai sekarang adalah adil untuk kerajaan negeri terbabit membuat tuntutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Iba Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2, dekat sini, hari ini. Sebelum ini, Exco kerajaan negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Royalti Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri Kelantan akan membawa isu royalti minyak ke mahkamah pada 30 Ogos nanti. Kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu. Kerajaan pusat setakat ini telah menyerahkan wang ihsan sebanyak RM25 juta kepada penduduk Kelantan. Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata Akta Petroleum memberi hak kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak menuntut hak royalti minyak. Bagaimanapun, katanya beliau menyerahkan kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membawa kes royalti minyak ke mahkamah dan beliau bersedia menjadi saksi. | |||||||||||
| Khairy: Ibrahim Ali ‘gedebe politik’, pentingkan diri Posted: 27 Jun 2010 04:23 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER REMBAU — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap Presiden Pergerakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
Sehubungan itu tegas Khairy, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri. Selain kaum-kaum lain, Khairy berkata, sebahagian besar orang Melayu juga kurang senang dengan pendekatan agresif Ibrahim dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera. "Dia (Ibrahim) tidak sopan dan suka cari gaduh dengan orang lain. Sekiranya kita tidak jauhkan diri daripada Ibrahim, Barisan Nasional (BN) akan terkena tempiasnya," katanya. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau dekat sini hari ini oleh Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Mohamad Hasan. Serang-menyerang kedua-dua wakil rakyat ini bermula sejak Rabu lalu berhubung kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dalam soal biasiswa. Semalam, Ibrahim sekali lagi mempertikaikan kepimpinan Khairy dengan berkata, beliau sebenarnya "bangga dengan label jaguh politik kampung" yang diberikan oleh ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Wee. "Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung... sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang 'asli'. "Sebab itu, saya boleh menghayati perjuangan nenek-moyang dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah," kata Ibrahim dalam respons balas kepada kenyataan Khairy kelmarin, yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung kerana mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau. "Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini. Ibrahim mendakwa orang Melayu berharap hanya Mara yang dapat membantu mereka dalam meningkatkan taraf hidup mereka. "Orang kampung hanya mengharapkan pada Mara... sebab itu saya bangga menjadi jaguh kampung," kata beliau lagi. Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana "beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno." Ibrahim menggesa Khairy meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah "menggadaikan maruah bangsa" semata-mata kerana mempertahankan Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa. Dalam pada itu, Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional berkata kesediaan 40 ulama muda mengganggotai Umno menunjukkan mereka berminat untuk bergerak bersama sayap Pemuda parti. "Saya percaya dengan penyertaan mereka, kita boleh menganjurkan lebih banyak program berunsur kerohanian terutamanya di kawasan-kawasan isu-isu politik sering dikaitkan dengan agama," katanya. Beliau berkata perkembangan terbaru itu satu tamparan hebat kepada PAS yang selama ini menganggap ia parti politik pilihan golongan ulama. | |||||||||||
| Fuziah: Tiada penekanan khas berkaitan pentadbiran negeri Selangor Posted: 27 Jun 2010 04:20 AM PDT Persidangan 'Retreat' PKR hari ini tidak memberi penekanan khas berkaitan pentadbiran negeri Selangor dan lebih memfokus kepada 3 aspek utama iaitu pengukuhan parti, penekanan aspek penerangan dan perbincangan memenangi pilihan raya akan datang. Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Fuziah Salleh berkata, sememangnya pimpinan pusat ada menyentuh mengenai pentadbiran kerajaan negeri selangor tetapi hanya bercakap tentang konsep dan prinsip merangkumi seluruh negeri Pakatan Rakyat(PR) di negara ini.
Menurutnya, perbincangan mengenai negeri selangor dan negeri PR yang lain adalah mengenai arah dan hala tuju strategi negeri untuk memperbaiki kelemahan supaya terus menguasai pentabiran kelak. Fuziah berkata, isu lebih penting yang harus dibincang adalah memperkukuhkan selangor untuk bersama-sama negeri pakatan melonjak menakluki putrajaya pada pilihan raya ke 13 ini. Beliau juga menyatakan isu menjatuhkan Tan Sri Abdul khalid Ibrahim adalah tidak wujud dan hanya mainan politik media yang kekurangan bahan untuk dipaparkan. "Saya rasa tidak wujud 15 MP yang diperkatakan, dan ia hanyalah fitnah untuk merosakan pentadbiran PKR dan hanya untuk menarik perhatian umum. "Kalau kita nak bezakan negeri Selongor, selangor sekarang ini berlipat kali ganda lebih baik berbanding negeri selangor di bawah pimpinan BN terdahulu.kita sendiri boleh menilainya. "Saya menganggap bahawa perkara yang berlaku adalah propaganda dari BN yang ingin mewujudkan imej buruk kepada menteri besar bagi mengganggu pentadbiran beliau," katanya yang hadir di mesyuarat Pemukiman PKR di Quality Hotel hari ini. Tambah beliau, pimpinan parti PKR langsung tidak mengetahui sebarang provokasi untuk menjatuhkan menteri besar Selangor yang dipermainkan oleh media dan menganggapkan kenyataan tersebut hanyalah satu kenyataan tidak benar. "Jika benar wujud perkara sedemikian, pimpinan parti akan dapat membincangkan perkara tersebut dengan segera untuk mencari jalan penyelesaian. "Khalid telah menyatakan bahawa akan mencari perubahan baru terhadap pentadbiran negeri selangor semasa kongres pakatan baru-baru ini. "Berilah Khalid masa untuk memperkemaskan lagi pentadbiran selangor dan bukannya mencari kesilapan yang keterlaluan menyebabkan beliau akan tertekan,"jelasnya. | |||||||||||
| Sukar Ditangani, Kemelut Umno Rantau Panjang Berpanjangan Posted: 27 Jun 2010 04:17 AM PDT BERNAMA Umno Kelantan menyifatkan kemelut dalaman Umno Bahagian Rantau Panjang yang telah berlarutan hampir 20 tahun adalah serius dan perlu ditangani segera. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata satu mekanisme perlu dirancang bagaimana untuk menyelesaikan kemelut itu. "Ini suatu peristiwa yang agak tidak menyenangkan dan keadaan di Rantau Panjang ini adalah serius yang sukar untuk kita tangani sejak 20 tahun dulu. "Apa pun Umno Kelantan akan cuba menanganinya segera walaupun sukar dan untuk itu satu pendekatan akan diambil bagi mengatasi sebarang masalah di situ," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan staf Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, hari ini. Lebih 200 staf USM hadir pada pertemuan itu termasuk Pengarah Kampus Kesihatan USM Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed dan Pengarah HUSM Datuk Dr Zaidun Kamari. Semalam dua puak dalam Bahagian Rantau Panjang mengadakan persidangan perwakilan serentak iaitu yang diketuai Ketua Bahagiannya Abdullah Mat Yasin di Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan satu lagi yang diketuai bekas ketuanya Datuk Mohd Zain Ismail di dewan Umno bahagian itu. Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merasmikan mesyuarat bahagian itu turut singgah di mesyuarat yang diketuai Mohd Zain atas arahan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengatasi masalah tersebut. Ahmad Zahid ketika ditemui semalam turut meminta pemimpin di bahagian itu mengelakkan perbalahan seterusnya bersatu demi perpaduan Umno yang akan menghadapi pilihan raya umum nanti. Mengulas lanjut isu itu, Mustapa berkata beliau sudahpun mendapat laporan mengenai masalah bahagian itu dan seterusnya akan membuat laporan bertulis kepada ibu pejabat Umno. "Di bahagian lain di Kelantan jika ada pun (masalah) tidak besar seperti di Rantau Panjang ini," katanya. | |||||||||||
| RM2 bilion untuk projek jalan luar bandar S'wak Posted: 27 Jun 2010 04:11 AM PDT
Beliau berkata sejumlah RM1.7 bilion diperuntukkan bagi Sarawak untuk menambah liputan bekalan elektrik daripada 66 peratus kepada 95 peratus menjelang akhir 2012, yang akan memberi kemudahan kepada 77,788 buah rumah. "Dalam konteks Sarawak, Bidang Keberhasilan Utama Negeri yang amat relevan adalah untuk meningkatkan infrstraktur asas luar bandar," katanya ketika merasmikan Gawai Karnival Redeems 2010 di Kampung Apar, Singgai di Bau, Sarawak malam tadi. Dalam tempoh yang sama, beliau berkata RM1.5 bilion lagi diperuntukkan bagi menambah liputan bekalan air di Sarawak kepada 90 peratus, berbanding 59 peratus ketika ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata banyak sekolah-sekolah baru akan dibina di Sarawak untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti, termasuk sebuah sekolah menengah yang akan didirikan di kawasan Bau dalam RMK-10 nanti. Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mendengar bisikan hari nurani rakyat Sarawak. "Masih banyak yang perlu dilakukan di Sarawak dalam usaha kerajaan untuk melunaskan tanggungjawab sebagai kerajaan pembela rakyat," katanya dan menambah segala agenda pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan mesti dapat dirasai oleh rakyat. | |||||||||||
| Akar umbi Umno didakwa tak tahu strategi Posted: 27 Jun 2010 04:09 AM PDT
"Akar umbi sekarang lesu, bosan dan hilang semangat. Tidak tahan dan tak mengetahui strategi Umno negeri untuk merampas Selangor. "Nak tunggu Pakatan bankrap, agak payahlah... Contohnya isu pasir, yang sepatutnya menjadi bom atom (kepada Pakatan) tetapi menjadi (umpama) kentut mak nyah," kata seorang perwakilan dalam mesyuarat Umno bahagian itu. Sewaktu membahaskan usul bagi memperkasakan Umno Selangor, Rahman Nordin menggesa kepimpinan negeri seperti setiausahanya Datuk Satim Diman dan Ketua Penerangan Abdul Syukur Idrus menyerang kembali Pakatan bagi merampas semula Selangor. "Kita akan terjah pemimpin malas, tidak menguntungkan untuk mempertahankan Islam dan Melayu yang cuba dihancurkan Pakatan Rakyat," kata Rahman. Rahman juga turut mengkritik Umno negeri yang "berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa" berhubung kerajaan Selangor yang didakwanya mahu menyumbang peruntukkan kepada sebuah yayasan. "Mana (pemimpin) Umno negeri, (mana) hulubalang kita, kerana mereka mahu mengembang sayap Pakatan Rakyat. "Mana pemimpin kita, berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa.... Duit itu hak milik anak negeri Selangor," katanya. Sementara itu seorang perwakilan - yang hanya dikenali sebagai Ismail - pula berpandangan sebaliknya. Beliau mempertikaikan perkara itu kerana menurutnya kepimpinan Umno bahagian itu sendiri jarang membuat majlis penerangan kepada akar umbi. "Sebaliknya pembangkang menggunakan pentas ceramah hampir setiap malam," kata Ismail. | |||||||||||
| 'Permukiman PKR kritik MB S'gor secara tak langsung' Posted: 27 Jun 2010 04:07 AM PDT
Sebaliknya, menurut ketua penerangannya Latheefa Koya, sesi dua hari yang bermula semalam hanya membincangkan persoalan memantapkan organisasi, jentera penerangan dan membincangkan agenda menghadapai pilihan raya umum ke-13. "Hal negeri Selangor boleh dibincangkan dalam mesyuarat perhubungan negerinya," katanya apabila disoal sama ada soal prestasi Khalid ditimbulkan dalam pemukiman dua hari parti itu. Rumusan hasil perbincangan dalam sesi itu akan dibawa ke mesyuarat majlis pimpinannya pusatnya yang dijadual bermula awal petang ini, kata Latheefa. Sementara itu, ahli parlimen Ampang Zuraida Kamarudin pula mengakui walaupun kepimpinan Khalid tidak dibangkitkan, perbincangan 'mengenai' kelemahan peneranagn PKR Selangor - sebagai negeri barisan hadapannya - disentuh secara tidak langsung. "Ya, tetapi tidak secara langung," katanya apabila ditanya sama ada kelemahan jentera penerangan parti itu, khususnya di Selangor mencerminkan kegagalan Khalid sebagai pengerusi PKR negeri. "Tetapi bukan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab dalam persoalan ini tetapi kita semua patut bersama-sama dengannya untuk menyelesaikan masalah ini." Tian: 'Saya akan ambil tindakan pada mereka' Walaupun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Khalid "dalam perjalan" kerana mempunyai program lain pada pagi tadi, kelibat menteri besar Selangor itu tidak kelihatan sehinggalah ditamatkan kira-kira jam 1.00 tengah hari tadi. Sementara itu, pengarah strategi parti Tian Chua sekali lagi mengulangi penafian beberapa pemimpin parti itu semalam bahawa ada usaha untuk menggulingkan Khalid oleh majoriti wakil rakyatnya. "Bagi saya nama ahli parlimen itu dan saya akan ambil tindakan pada mereka," katanya dengan nada amaran. Mengulas perkara yang sama, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh pula berkata, selepas disuarakan dalam kongres tahunannya di Kelantan baru-baru ini, Khalid telah memberikan perhatian yang serius. "Beberapa perkara telah berubah seperti perubahan dalam penerangan," katanya. Menurut Fuziah, perkara itu tergambar dalam perlantikan Badrul Amin Baharom bagi mengukuhkan program penerangan di peringkat Selangor. Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah ketika ditemui pemberita enggan membuat sebarang ulasan berhubung pemukiman mereka sebuah hotel di Shah Alam itu. | |||||||||||
| PKR S'gor dirombak, Azmin ganti Khalid Posted: 27 Jun 2010 03:58 AM PDT
Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini. Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri. "Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya. Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan. Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi. Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR. Anwar nafi cubaan MP guling Khalid Khalid tidak hadir dalam kesemua sesi pemukiman dua hari sejak semalam di sebuah hotel di Shah Alam. Selain ditemani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketiga-tiga Azmin, Khalid dan Zaid hadir bersama dalam sidang media petang ini. Bercakap soal yang sama, Anwar juga memberitahu dua negeri lagi akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan yang akan diumumkan kemudian. "Ia sedang dimuktamadkan," katanya yang enggan menyatakan terlebih dahulu negeri atau pimpinan terbabit. Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar. "Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah. "Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya. | |||||||||||
| Berpolitik: GAMIS mahu pensyarah diambil tindakan Posted: 27 Jun 2010 03:54 AM PDT
| |||||||||||
| 400 warga kota pelbagai kaum gotong-royong angkat rumah Posted: 26 Jun 2010 05:18 PM PDT BERITA MINGGUKUALA LUMPUR: Lebih 400 warga kota berbilang bangsa bergotong-royong mengangkat sebuah rumah sejauh 1.3 kilometer (km) dari Sekolah Kebangsaan Sentul Utama ke Pentas Seni KL (KLPac) di Sentul, di sini, semalam. Inisiatif Projek Angkat Rumah yang dianjurkan Five Arts Centre berjaya menghidupkan semangat gotong-royong yang dilihat makin pudar di kalangan penduduk kota. Projek itu yang diilhamkan daripada kisah penduduk sebuah kampung membantu pekebun, Abu Hassan Ahmad memindahkan rumahnya berdekatan ibu mentua yang sakit beberapa tahun lalu, mengisi tarikan festival seni, Urbanscapes 2010 di KLPac. Penerbit Bersama Five Arts Centre, June Tan, berkata proses mengalihkan rumah itu mengambil masa kira-kira empat jam dan menarik perhatian pengguna jalan raya di Sentul. Sepanjang proses mengangkat rumah papan ini, kami dapat melihat reaksi luar biasa warga Kuala Lumpur yang hairan melihat begitu ramai individu berbilang bangsa mengangkat rumah ini. Apa yang lebih penting, Projek Angkat Rumah bukan saja berjaya mencapai objektif menghidupkan budaya gotong-royong, malah lebih penting memperlihatkan penyatuan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam. Tan berkata, sebaik tiba di KLPac, rumah tradisional yang dibina khusus bagi Projek Angkat Rumah berkenaan dijadikan sebagai pentas terbuka untuk pelbagai aktiviti sepanjang festival. | |||||||||||
| Lesen judi: PKR dakwa keputusan BN sandiwara politik Posted: 26 Jun 2010 05:14 PM PDT SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan keputusan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak meluluskan lesen judi sukan kepada Ascot Sports, syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan, sebagai "sandiwara politik" untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat. Menurut Naib Presidennya, Mustafa Kamil Ayub, terlalu banyak maklumat yang diterima sebelum ini membayangkan bahawa lesen judi sukan itu seakan-akan sudah diluluskan. "Beberapa maklumat yang diterima sebelum ini membayangkan bahawa lesen judi sukan ini sudah diberikan kepada Ascot Sports. "Sebagai contoh Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran) sebelum ini membantah kelulusan itu seolah-olah lesen itu sudah ada, malah ada yang kata supaya jangan memperbaharuinya. "Jadi selagi Perdana Menteri belum memberikan penjelasan kita terima bahawa lesen itu sudah diluluskan," katanya kepada The Malaysian Insider di sini malam ini. Lewat malam tadi, kerajaan dalam tindakan drastik yang mengejutkan banyak pihak memutuskan untuk tidak mengeluarkan lesen sukan judi kepada Ascot Sports. Keputusan itu diumumkan oleh Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu syarikat itu telah dimaklumkan mengenai keputusan itu. "Ascot Sports telah dimaklumkan mengenai keputusan ini, mereka maklum keputusan ini," katanya lagi. Bagaimanapun beliau enggan menyatakan bila keputusan itu dibuat. Mustafa berkata selagi Najib tidak membuktikan bahawa lesen judi sukan itu benar-benar tidak diluluskan parti itu akan terus mendesaknya. "Selagi Najib tidak membuat penjelasan kita akan terus desak. "Kita mahu beliau membuktikan bahawa lesen tersebut benar-benar tidak dikeluarkan," katanya. Seorang lagi Naib Presiden Azmin Ali berkata jika ia hanya "sandiwara" maka kerajaan Umno-BN akan dihukum pada pilihan raya umum akan datang. "Jangan merendahkan desakan dan gesaan rakyat dalam perkara ini. "Kita serius bukan hanya orang Islam tetapi orang bukan Islan juga menentang keras kelulusan lesen judi sukan ini. "Ini bukan cara untuk Malaysia "Ini hanya sandiwara yang dibuat kerajaan BN untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat dengan tidak meluluskan lesen judi sukan itu. "Mungkin selepas ini ia akan dibangkitkan semula sekiranya BN masih memerintah negara selepas pilihan raya umum nanti. "Nampaknya kerajaan sengaja mahu bermain politik dengan rakyat," katanya. Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata keputusan tidak meluluskan lesen judi sukan itu mungkin disebabkan kedatangan ulama yang hadir sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno untuk menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Najib. "Saya difahamkan bahawa semalam seramai 40 ulama datang berjumpa Najib untuk menyerahkan borang keanggotaan Umno, jadi mungkin sebab itu beliau membuat keputusan untuk tidak meluluskan lesen judi sukan itu. "Keputusan itu hanya sementara sahaja kerana ingin menjaga imej beliau dan mungkin perkara ini akan dibangkitkan semula," katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata status sebenar lesen judi sukan tersebut masih menjadi tanda tanya memandangkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, bukannya Kabinet. "Statusnya masih jadi tanda tanya kerana keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen judi sukan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno bukan dalam Kabinet. "Jadi selagi keputusan itu tidak dibuat dalam Kabinet, maka statusnya masih belum pasti lagi," katanya. Dalam pada itu, Bernama memetik Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, PKR menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan di negara ini. Kata beliau, berkata keputusan itu menunjukkan kerajaan sekarang mendengar pandangan rakyat. "Baguslah langkah kerajaan dengar saranan rakyat," katanya ketika ditemui pemberita. | |||||||||||
| Khalid: Saya tidak terfikir letak jawatan MB Posted: 26 Jun 2010 05:10 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SHAH ALAM — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak terfikir untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor walaupun terdapat khabar angin wujudnya pakatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ingin menyingkirkannya daripada jawatan tersebut. "Saya tidak terfikir perkara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-17 Majlis Belia India Malaysia
Abdul Khalid (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan pakatan 15 anggota Parlimen PKR yang mahu mendesak beliau berundur daripada jawatan Menteri Besar yang disandangnya sejak Mac 2008. Mengenai 17 daripada 22 pemimpin bahagian PKR Selangor yang hadir pada mesyuarat tergempar malam semalam bagi menyatakan sokongan mereka terhadap beliau, Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata: "Ini perkara biasa, dalam persatuan atau politik mesti ada perbezaan antara kepimpinan dan biasanya satu-satu persatuan yang matang dan sudah mengalami beberapa keadaan akan cepat selesaikannya." Beliau bagaimanapun tidak menyertai mesyuarat selama dua jam yang diadakan di kediaman rasminya itu. Sementara itu Naib Presiden PKR R. Sivarasa berkata tiada bukti yang menunjukkan mengenai kewujudan pakatan 15 anggota Parlimen itu dan menyifatkannya sebagai spekulasi yang dimainkan oleh pihak media. "Ia (pakatan 15 anggota Parlimen) tidak wujud, saya kata begitu sebab saya adalah anggota Parlimen dan saya kenal rakan-rakan saya. "Kadang-kadang dalam organisasi kita ada perbezaan sedikit dan ia akan dibincang dan diselesaikan melalui saluran sedia ada dalam parti seperti retreat dan mesyuarat Majlis Tertinggi parti esok," katanya. | |||||||||||
| PKR tak bincang isu desak Khalid undur Posted: 26 Jun 2010 05:05 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SHAH ALAM — Pemukiman Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tidak membincangkan isu mengenai Pakatan 15 Anggota Parlimen parti itu yang mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya. Presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sebaliknya mesyuarat hanya membincangan persiapan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang dan pemilihan jawatankuasa tertinggi PKR pada November ini. "Saya tidak tahu apa-apa dan tiada perbincangan ke arah itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mesyuarat itu, di sini hari ini. Sementara itu, beberapa Anggota Parlimen PKR yang ditemui di pemukiman itu hari ini menafikan wujudnya Pakatan 15 seperti yang didakwa. Anggota Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas menganggap Pakatan 15 hanya sekadar nombor yang tidak membawa sebarang makna. "Kenapa 15, kenapa tidak 20 ke 29? Semua itu hanyalah nombor yang didakwa oleh seseorang," katanya. Ditanya mengenai dakwaan bahawa beliau merupakan ketua pakatan berkenaan, Kamarul Bahrin berkata: "Dalam parti, saya mengetuai seketariat Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN). Kalau yang itu, betullah." "Soal yang dibangkitkan dalam media, tidak ada dibincang dengan khusus, tidak ada petisyen, tidak ada memorandum, kalau ada tentu saya sudah tahu," katanya. Namun beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu akan dibincangkan sekiranya ia dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Parti esok. Anggota Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff turut meluahkan kenyataan serupa dan menafikan ada perbincangan pada kalangan mereka yang mewujudkan pakatan meminta Abdul Khalid melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar. "Kami sebagai Anggota Parlimen hanya membincangkan isu nasional, bukan isu yang membabitkan sesebuah negeri," katanya. Selain Dr Wan Azizah dan beberapa pemimpin tertinggi lain, kelibat Abdul Khalid tidak kelihatan pada pemukiman hari ini.
| |||||||||||
| MB Selangor tidak hadir retreat PKR, cetus tanda tanya Posted: 26 Jun 2010 05:00 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra dan Yow Hong Chieh SHAH ALAM – Ketidakhadiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, yang menjadi perhatian banyak pihak dengan dakwaan wujudnya gesaan agar meletakkan jawatan, tidak kelihatan di retreat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berlangsung di sini. Retreat dua hari itu bermula petang ini dan ketiadaan beliau menimbulkan tanda tanya di kalangan pemimpin parti itu. The Malaysian Insider difahamkan sesi ini sepatutnya dihadiri oleh kesemua pemimpin tertinggi parti itu. Namun begitu Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor tidak kelihatan. Khalid juga ketua bahagian dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Salah seorang Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub ketika ditanya berkata, kemungkinan besar Khalid mempunyai komitmen lain sehingga menyebabkan beliau tidak hadir. "Sebenarnya saya tidak tahu kenapa beliau (Khalid) tidak hadir, mungkin beliau ada komitmen lain. Mungkin ada program negeri," kata beliau. The Malaysian Insider difahamkan pertemuan ini sudah lama diaturkan selepas Kongres Nasional PKR di Kota Baru akhir bulan lalu. Seorang lain Naib Presiden, Azmin Ali berkata, beliau sendiri tidak menyedari ketidakhadiran Khalid sejak petang tadi. "Beliau tiada di sini? Sepatutnya kesemua pemimpin PKR termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli Majlis Pimpinan Pusat perlu hadir. "Jadi saya tidak tahu kenapa beliau tidak hadir," kata Azmin, yang sebelum ini menafikan telah meminta Khalid agar berundur dari jawatan Menteri Besar, kepada The Malaysian Insider. Sesi pemukiman yang dihadiri kira-kira 80 orang pemimpin parti itu dipercayai membincangkan mengenai persiapan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang dan pemilihan jawatankuasa tertinggi PKR November ini. Sementara itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata sepatutnya Khalid perlu menghadiri pertemuan yang sedang berlangsung di ibu negeri Selangor ini. "Saya tidak tahu kenapa beliau tidak hadir, mungkin ada komitmen lain. "Sepatutnya selaku Pengerusi PKR Selangor beliau kena menghadirkan diri," kata beliau yang juga ahli Parlimen. Beberapa pemimpin PKR lain yang dihubungi juga mengesahkan Khalid tidak kelihatan setakat malam ini. Terdahulu laporan Bernama menyebut, Khalid tidak terfikir untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor walaupun terdapat khabar angin wujudnya pakatan dalam PKR yang ingin menyingkirkannya daripada jawatan tersebut. "Saya tidak terfikir perkara itu," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-17 Majlis Belia India Malaysia Selangor di sini hari. Selain Khalid, dua lagi Adun dari Selangor juga tidak kelihatan pada pertemuan hari ini. | |||||||||||
| Posted: 26 Jun 2010 04:55 PM PDT UTUSAN ONLINE
CADANGAN supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan mengundang pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju, tidak kurang juga meminta supaya sistem penilaian sedia ada dikekalkan. Wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK meninjau pandangan pakar pendidikan, Anuar Ahmad berhubung cadangan tersebut. Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, sudah tiba masanya sistem penilaian peringkat rendah dan menengah yang terlalu berorientasikan peperiksaan dirombak. Presiden Persatuan Ibu dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan mempunyai pandangan yang sama. Ketika ditemubual HAFIZAHRIL HAMID, beliau menekankan tentang pentingnya memastikan setiap pelajar menguasai kemahiran asas iaitu Menulis, Membaca dan Mengira daripada terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan semata-mata. MINGGUAN: Adakah anda bersetuju UPSR dan PMR dimansuh? ANUAR AHMAD: Bagi saya bukan mansuh tetapi rombak. Ini kerana memansuhkan sesuatu sistem penilaian akan mengakibatkan kita kehilangan satu aspek penting dalam kurikulum. Dalam setiap kurikulum mesti ada pengajaran dan pembelajaran (P&P), serta penilaian. Kalau tidak ada penilaian akan mencacatkan subjek kurikulum. Dari sudut teori pendidikan semua mengakui bahawa dalam diri manusia ada banyak potensi. Cumanya sebab UPSR terlalu berorientasikan pencapaian akademik, maka potensi-potensi lain walaupun dikembangkan dalam sistem pendidikan rendah tetapi tidak diutamakan. Misalnya dalam bidang sukan, kebudayaan, perbahasan, bahasa komunikasi, interpersonal. Walaupun semua itu penting tetapi oleh kerana sistem pendidikan kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan maka keperluan itu dikesampingkan. Saya percaya peperiksaan perlu dirombak supaya semua elemen potensi manusia ini digabungkan semula. Apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada 1983, memang sudah mengambil kira semua perkara itu. Cumanya apabila dijadikan dalam bentuk penilaian, penilaian itu telah menjadikan struktur pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan. Peringkat mana sebenarnya penilaian itu penting? ANUAR AHMAD: Memang perlu ada dua tahap penilaian iaitu di peringkat rendah dan menengah. Itu mesti wujud. Tetapi untuk sekolah rendah, penilaian mesti dilakukan secara berterusan. Falsafah pendidikan sekolah rendah adalah pelajar menguasai perkara asas. Tidak boleh mana-mana pelajar ditinggalkan walaupun dikategorikan sebagai lemah, atau pendidikan khas iaitu menguasai kemahiran Menulis, Membaca dan Mengira. Oleh itu mungkin pada peringkat paling awal iaitu Tahun 3, guru perlu menilai dan memastikan membuat laporan pencapaian pelajar sama ada telah menguasai perkara asas atau tidak. Untuk Tahun 5 dan 6 kita kena buat intervensi. Jika pelajar tidak boleh menulis, membaca dan mengira dengan baik maka guru mesti ada intervensi untuk menyelesaikan masalah pendidikan asas. Henti bunuh potensi pelajar
MINGGUAN: Apa pandangan Datuk tentang isu pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR? MOHD ALI: Mungkin sudah terlalu lama sistem pendidikan kita terlalu menekan kepada peperiksaan semata-mata. Kita sebenarnya perlu menghasilkan pelajar yang tidak bergantung kepada peperiksaan tetapi belajar untuk sepanjang hayat. Jelas bahawa perubahan yang mahu dilakukan adalah betul-betul menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Ini termasuklah dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan saya tambah satu lagi iaitu semangat sosialisasi yang baik. Ini membantu melahirkan pelajar yang mempunyai kecerdasan fizikal (PQ), emosi, (EQ), rohani (SQ), intelek (IQ) dan saya tambah FQ atau kecerdasan kekeluargaan. Semua ini penting dalam keadaan masyarakat majmuk seperti Malaysia dan lebih penting kita tidak mahu anak-anak kita hanya berjaya dalam akademik semata-mata. Ini juga selaras dengan dasar yang mahu dibawa oleh Kementerian Pendidikan iaitu satu pelajar satu sukan. Ini bagus kerana apabila pelajar mempunyai badan yang sihat otak mereka juga sihat. Ini membantu pelajar apabila meningkat dewasa tidak hanya bergantung kepada kerja-kerja yang bersifat akademik dan fakta semata-mata. Jika kita lihat sekarang ini para pelajar sebenarnya terlalu tertekan dengan peperiksaan. Selain itu pelajar juga dilihat agak ketinggalan dalam bidang bahasa. Jika kita bandingkan dengan penguasaan bahasa pelajar di Singapura misalnya pelajar kita ketinggalan dari segi komunikasi mahupun dalam menyampaikan buah fikiran. Bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini? MOHD ALI: Bagi saya adalah penting para pelajar terutama di peringkat rendah mahupun di sekolah menengah benar-benar memahami dan menguasai kaedah 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Ini kerana perkara ini adalah asas dalam pembelajaran. Tanpa mereka menguasai 3M, bagaimana mereka hendak meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi lagi selain meningkatkan tahap mentaliti dan pemikiran mereka. Oleh itu kita perlu memperhebatkan lagi proses 3M ini untuk mereka memajukan tahap pemikiran mereka dan kemudian dapat terus membudayakan sifat membaca kerana ia mengasah minat mereka sama ada dalam bidang sains, teknologi, pengiraan, sastera dan sebagainya. Sekarang ini selepas sahaja habis peperiksaan tidak ada budaya membaca kerana mereka belajar hanya untuk peperiksaan dan budaya inilah yang akan meningkatkan pemahaman dan kecenderungan mereka. Kalau kita lihat di negara-negara maju budaya membaca adalah asas yang sangat penting. | |||||||||||
| Saman Felda Hanya Dedah Kepincangan Sebenar Posted: 26 Jun 2010 04:52 PM PDT TV SELANGOR Tindakan saman terhadap pemimpin Pakatan Rakyat berikutan pendedahan akhbar Suara Keadilan terhadap masalah kewangan Felda, hanya akan mendedahkan kepincangan sebenar kedudukan kewangan Felda. Demikian kata Ahli Majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang yakin mahkamah bakal menjadi medan pendedahan bagi merungkai permasalahan warga Felda. Mengikut laporan media, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mempertikai laporan bertajuk `FELDA BANGKRAP' dalam keluaran Bil 237 bertarikh 21 hingga 29 Jun 2010. Beliau bercadang memfail saman terhadap Zaid; Pengerusi Biro Felda PKR Pahang, Suhaimi Said dan Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dan Suara Keadilan. "Ini merupakan penyakit baru di Malaysia, saman 200 juta, 300 juta. Kita boleh tulis apa yang kita nak. Mahkamah hanya suruh bayar ganti rugi berdasarkan bukti kita. "Apa sebenarnya yang kita rugi dengan pendedahan itu. Ini hanya taktik politik nak menakutkan kita lah. Tapi kita tak bimbang soal 100 juta, 200 juta yang mustahaknya rakyat tahu apa yang berlaku. "Seperti saya kata hari tu, kalau kes ini dibawa ke mahkamah kita ada peluang untuk membicarakan nasib Felda sebenarnya," kata Zaid. | |||||||||||
| Posted: 26 Jun 2010 04:49 PM PDT TV SELANGOR Kerajaan Selangor juga menetapkan tanggal 26 Jun setiap tahun sebagai Hari Ilmu di negeri ini. Kira-kira 15,000 masyarakat membaca secara santai dan serentak dalam program Pesta Buku Selangor yang diperakui Malaysia Book of Record sebagai Largest Outdor Reading Event in Malaysia. Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata pengistiharan itu sejajar dengan program berkembar Gerakan Membaca Perdana dan Gerakan Menulis Perdana. Ia sebahagian program penganjuran Pesta Buku Selangor yang bermula 25 Jun hingga 5 Julai depan. Sebanyak 114 gerai melibatkan lebih 58 syarikat penerbit dan pencetak buku tempatan serta agensi-agensi kerajaan, mengadakan pameran dan jualan, menyertai pesta buku ini. Kira-kira 400 ribu orang dijangka bakal mengunjungi pesta buku ini. "Kerajaan negeri telah pun sebulat suara menetapkan satu hari sebagai hari ilmu ini.Pada hari ini 26 jun kita mengistiharkan hari ini hari Ilmu," katanya. Halimah berkata kerajaan negeri juga mengilhamkan penulisan buku memperihalkan negeri ini, yang ditulis dan dimulai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Buku ini bertajuk Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan yang memuatkan impian,c adangan dan idea-idea untuk merealisasikan hala tuju Selangor 2025. Halimah mengalu-alukan segenap lapisan masyarakat menyertai penulisan buku ini. "Kita mensasarkan sekurang-kurangnya seribu orang akan menulis untuk buku yang kita sebutkan tadi," katanya. Antara acara kemuncak ialah pembacaan buku melibatkan 15,000 orang yang mencatat rekod Malaysia Book of Record sebagai Largest Outdor Reading Event in Malaysia. Suasana meriah ini berlangsung di pinggir Tasik Shah Alam berdepan Kompleks PKNS. | |||||||||||
| Posted: 26 Jun 2010 04:40 PM PDT
Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.
Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut. Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad. Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya. Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain. Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno. Keserasian wajah 1Malaysia Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut? Di
Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini. Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian. Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'? Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut. Peguam bukan Islam Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.
Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam. Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai? Apakah ini secocok dengan keadilan Islam? Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam! Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu? Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi. Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah. Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu. Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil. Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama. Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah. Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam! Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'. Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam? Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam. Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian. Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam. Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam. Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini. Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.
Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju. Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham. Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu? Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.
Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk. Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar'iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya. Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan! Isu Sebat Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.
Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku. Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini. Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan. Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan. Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno! Perarakan Maulid Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.
Artikel saya 'Melayu dan Mamak Penang' boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia. Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini. Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik! Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam? Barah Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno. Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno. 1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.
Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan. PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang 'narrow-minded' dan melihat Islam dalam kerangka perkauman. Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat. Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia! | |||||||||||
| Hisham arah KDN bertindak ke atas Suara Keadilan Posted: 26 Jun 2010 04:38 PM PDT
"Hak bersuara mesti diimbangi. KDN mesti ambil tindakan. Kita dah bincangkan dengan Peguam Negara. Mereka kena tengok syarat-syarat KDN dan tanggungjawab mereka kepada pembaca dan orang ramai. Saya difahamkan kementerian dah panggil akhbar itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu di Kulim hari ini. Akhbar itu pada keluaran bertarikh 22 hingga 26 Jun lalu menyiarkan berita utama di muka hadapan bertajuk ''Felda Bankrap'' dan empat lagi artikel berhubung isu itu dalam keluaran sama.
Pada 29 Disember tahun lalu, akhbar yang sama menyiarkan berita bertajuk ''Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk ke Amerika Syarikat'' yang mendakwa Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ditahan pihak Imigresen di Amerika Syarikat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas. Zambry kemudian memfailkan saman fitnah RM100 juta kepada akhbar itu dan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Akhbar itu bagaimanapun membuat permohonan maaf kepada Zambry. | |||||||||||
| OPA tak restu sebarang bentuk buli Posted: 26 Jun 2010 04:34 PM PDT
Muhamad Naim Mustaqim, 16, meninggal dunia selepas dikatakan dibuli dan didera oleh pelajar senior di institusi itu pada Khamis lalu.
Beliau berkata OPA juga bersedia membantu RMC dan pihak berkaitan dalam usaha memulihkan semula suasana di institusi tersebut. Semalam, lima pelajar tingkatan lima RMC dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian Naim Mustaqim yang dipercayai akibat dibuli dan didera. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.