Sabtu, 26 Jun 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ibrahim: Saya bangga dilabel KJ ‘jaguh kampung’

Posted: 26 Jun 2010 03:25 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER



Datuk Ibrahim Ali bangga dengan label jaguh politik kampung. — Gambar oleh Choo Choy May


















KUALA LUMPUR — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sekali lagi mempertikaikan kepimpinan Khairy Jamaluddin dengan berkata, beliau sebenarnya "bangga dengan label jaguh politik kampung" yang diberikan oleh ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.

"Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung... sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang 'asli'.

"Sebab itu, saya boleh menghayati perjuangan nenek-moyang dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah," kata Ibrahim dalam respons balas kepada kenyataan Khairy semalam, yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung kerana mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau.

"Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.

Ibrahim mendakwa orang Melayu berharap hanya Mara yang dapat membantu mereka dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

"Orang kampung hanya mengharapkan pada Mara... sebab itu saya bangga menjadi jaguh kampung," kata beliau lagi.

Dalam kenyataan balas semalam, Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai "ahli politik jaguh kampung" yang tiada hak sama sekali untuk mendesaknya berhenti sebagai wakil rakyat hanya kerana membela Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana "beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno."

Ibrahim menggesa Khairy meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah "menggadaikan maruah bangsa" semata-mata kerana mempertahankan Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali pula mempertahankan ketua mereka dengan berkata sama ada suka ataupun tidak Ibrahim sebenarnya merupakan "jaguh kampung" yang dihormati bukan sahaja di negara ini, tetapi turut dikenali di peringkat antarabangsa.

"Sebagai jaguh kampung beliau bukan sahaja selalu di depan dalam mengetengahkan isu-isu domestik, malah di peringkat antarabangsa misalnya polemik Allah dalam menulis surat kepada Pope Benedict dan juga apabila ahli-ahli Parlimen Australia campur tangan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau.

Oleh itu kata beliau, "kami tidak kecewa dengan kenyataan Khairy, sebaliknya bangga dengan apa yang dilakukan oleh Ibrahim dalam memperjuangkan isu orang Melayu."

"Ketua Pemuda Umno (sekarang) tidak sehebat ketua Pemuda Umno dulu. Ketua Pemuda sekarang lebih suka menonjolkan diri," katanya.

Syed Hassan berkata kemenangan ketua Pemuda Umno yang ada sekarang juga sebenarnya tidak diiktiraf oleh majoriti Pemuda Umno.

Khairy dipilih pada pemilihan Umno Mac 2009.

"Semakin ramai orang Melayu terutamanya dari ahli Umno menyertai Perkasa sekarang adalah kerana orang macam Khairy masih berada dalam Umno yang menampakkan Umno tidak memperjuangkan kepenting orang Melayu lagi," katanya.

Perkasa akan melancarkan Perkasa cawangan Rembau bulan depan, kata Syed Hassan.

"Zamihan Berhak Buat Apa Saja"

Posted: 26 Jun 2010 03:22 AM PDT

TV SELANGOR


KUALA LUMPUR — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin berhak membuat apa yang beliau suka termasuk membuat laporan polis.

"Dia (Zamihan) berhak buat apa sahaja yang dia suka terhadap saya.

"Saya sudah memberikan taklimat kepada Majlis Tertinggi (MT) mengenai perkara ini. Jadi saya tidak perlu cakap apa-apa lagi," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Zamihan yang membuat laporan polis berhubung "kebocoran" maklumat sulit mengenai keselamatan negara berhubung isu Jemaah Islamiah (JI) yang diadakan Isnin lalu.

Pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia itu berkata, beliau membuat laporan agar polis melakukan siasatan terperinci bagaimana maklumat sulit boleh "dibocorkan" kepada pihak ketiga.


"Hari ini saya membuat laporan polis atas dua sebab iaitu bagaimana kebocoran maklumat sulit isu keselamatan negara boleh berlaku dan mahu polis menyiasat siapa yang bertanggungjawab membocorkan maklumat itu.

"Sebab kedua adalah atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan Saifuddin terhadap saya," katanya.

Zamihan (gambar) membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi dekat sini petang semalam.

The Malaysian Insider difahamkan ketika sesi taklimat itu Zamihan dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Sebaliknya Zamihan mengakui ada "membangkitkan" nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini.

"Dakwaan itu adalah satu pembohongan, dusta dan khianat," kata Zamihan.

"Saya tidak pernah menyentuh ketiga-tiga tokoh itu mempunyai kaitan kecuali Asri, itupun berdasarkan analisis daripada buku-bukunya yang dilihat mempunyai pemikiran yang sama dengan JI," katanya.

Ketika membuat penjelasan di Dewan Rakyat baru-baru ini, Saifuddin menegaskan, polis tidak pernah mengaitkan empat tokoh di negara ini sebagai kumpulan pengganas.

"Sebenarnya pada 21 Jun lalu, ada dua taklimat... satunya diberikan oleh pihak Bukit Aman. Saya fikir taklimat ini adalah tepat dan tidak menimbulkan sebarang masalah dan saya akan mempertahankannya.

"Tetapi ada taklimat kedua. Ini yang saya dengar beberapa pihak mempersoalkannya kerana mengaitkan anggota Parlimen, bekas menteri besar, mufti dan bekas mufti," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang juga Naib Presiden parti itu.

Beliau berkata, tindakan mengaitkan wahabi yang tidak pernah difatwa sebagai ajaran sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan kegiatan pengganas adalah satu perbuatan yang dilihat melampau.

"Saya juga mendapati orang yang memberi taklimat ini mempunyai masalah dengan bekas mufti Perlis. Jadi bagaimana boleh dikatakan masalah peribadi hendak dijadikan masalah keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata, tindakan mengaitkan agama dengan keganasan adalah berpunca daripada gejala Islamofobia yang banyak berlaku di negara Barat dan ia tidak sepatutnya dibawa ke negara ini.

Selangor Tubuh Perbadanan Wakaf, Pupuk Budaya Wakaf Wang Tunai

Posted: 26 Jun 2010 03:17 AM PDT


TV SELANGOR


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menubuhkan Perbadanan Wakaf yang dirancang sejak sekian lama dan bakal diumumkan pada bila-bila masa saja.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid berkata, penubuhan Perbadanan Wakaf akan dapat menguruskan harta wakaf dengan lebih baik dan cekap, selain memupuk budaya mewakafkan wang tunai di kalangan umat Islam.

"Perbadanan Wakaf ini kelak boleh menambah baik sistem, prosedur dan gerak kerja yang sedia ada bagi memastikan amalan berwakaf ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam khasnya dan Kerajaan Selangor amnya," kata Khalid ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Abdul Khalid berkata, amalan berwakaf bukan sahaja menjamin pahala berterusan, malah dapat mendidik pewakaf melakukan pengorbanan dan prihatin serta mengambil berat terhadap orang lain yang memerlukan bantuan.

Katanya, masyarakat dahulu berwakaf dalam bentuk tanah, bangunan, kereta dan barangan tetapi amalan itu sudah berubah dalam bentuk wang tunai sejajar dengan perubahan semasa dan keperluan masyarakat Islam ketika ini.

Katanya, amalan berwakaf wang tunai memudahkan urusan MAIS selaku pemegang amanah tunggal di Selangor dan sekali gus dapat mempelbagaikan penggunaannya dalam ruang lingkup niat atau tujuan wang diwakafkan.

"Wakaf wang tunai juga dapat membantu MAIS membangunkan aset-aset wakaf sedia ada seperti tanah wakaf dengan melaksanakan projek-projek pembangunan atau prasarana yang lebih produktif untuk kepentingan ummah," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Malam Amal Wakaf 2010 yang diadakan di Pusat Konvesnyen Shah Alam (SACC).

Khalid mengucapkan tahniah kepada MAIS yang telaah berusaha keras untuk memastikan masyarakat Islam di Selangor melaksanakan amalan berwakaf yang menjadi amalan mulai dan amat dituntut dalam Islam.

Abdul Khalid berkata, MAIS juga akan menubuhkan Perbadanan Wakaf yang telah dirancang sejak sekian lama dan bakal diumumkan pada bila-bila masa saja.

Abdul Khalid berkata, penubuhan Perbadanan Wakaf kelak akan dapat menguruskan harta wakaf dengan lebih baik dan cekap selain memupuk budaya mewakafkan wang tunai di kalangan umat Islam.

"Perbadanan Wakaf ini kelak boleh menambah baik sistem, prosedur dan gerak kerja yang sedia ada bagi memastikan amalan berwakaf ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam khasnya dan Kerajaan Selangor amnya," kata Menteri Besar ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Abdul Khalid berkata, amalan berwakaf bukan sahaja menjamin pahala berterusan malah dapat mendidik pewakaf melakukan pengorbanan dan prihatin serta mengambil berat terhadap orang lain yang memerlukan bantuan.

Katanya, masyarakat dahulu berwakaf dalam bentuk tanah, bangunan, kereta dan barangan tetapi amalan itu sudah berubah dalam bentuk wang tunai sejajar dengan perubahan semasa dan keperluan masyarakat Islam ketika ini.

Katanya, amalan berwakaf wang tunai memudahkan urusan MAIS selaku pemegang amanah tunggal di Selangor dan sekali gus dapat mempelbagaikan penggunaannya dalam ruang lingkup niat atau tujuan wang diwakafkan.

"Wakaf wang tunai juga dapat membantu MAIS membangunkan aset-aset wakaf sedia ada seperti tanah wakaf dengan melaksanakan projek-projek pembangunan atau prasarana yang lebih produktif untuk kepentingan ummah," katanya.

Helikopter terhempas, juruterbang terbunuh

Posted: 26 Jun 2010 03:14 AM PDT

BERNAMA



Sebuah helikopter jenis Sikorsky milik sebuah syarikat pembalakan yang berpangkalan di Miri terhempas di tengah hutan dekat Long Pelutan, Baram petang semalam, mengorbankan juruterbangnya warga Amerika.

Seorang lagi warga Amerika, dipercayai pembantu juruterbang helikopter itu mengalami kecederaan dalam nahas yang dilaporkan berlaku pada kira-kira 5.30 petang dekat kem pembalakan yang didirikan di penempatan di situ, kira-kira 50 batu nautika tenggara dari Miri.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Abu Bakar Mokthar semasa dihubungi berkata krew yang cedera itu dihantar ke sebuah hospital swasta di Miri dan tahap kecederaan yang dialaminya masih tidak diketahui.

Mayat juruterbang itu masih tersepit dalam bangkai helikopter itu, katanya.

Menurut beliau, satu pasukan polis telah dihantar ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat juruterbang itu dan menjalankan penyiasatan.

Untuk ke Long Pelutan, perlu menggunakan helikopter yang disewa, yang mengambil masa sejam penerbangan dari Miri atau melalui jalan balak yang mengambil masa kira-kira 10 jam.


Gerhana bulan separa malam ini

Posted: 26 Jun 2010 03:13 AM PDT

BERNAMA



Masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan sempena dengan fenomena gerhana bulan separa malam ini.

Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 4.57 petang ini dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 7.30 malam sebelum dijangka berakhir pada jam 10.22 malam ini.

Penolong Pegawai Hal-Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Noor Syarizal Mohd Nunar berkata solat gerhana boleh dilakukan selepas solat Maghrib secara berseorangan atau berjemaah.

Katanya orang ramai dijemput menunaikan solat khusuf disertai khutbah khas gerhana bulan di Masjid Negara dan Masjid Putrajaya.

Sementara itu, orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa itu di Planeterium Negara di Kuala Lumpur antara pukul 7.38 malam hingga 10.20 malam ini.

Menurut laman web Angkasa, teleskop bagi melihat gerhana bulan itu akan disediakan secara percuma kepada orang ramai bermula 8 hingga 10 malam ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734301/4303/5484 atau melayari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.


DAP pertikai exco Perak kerap mesyuarat di KL

Posted: 26 Jun 2010 03:09 AM PDT

MALAYSIA KINI



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zamry Kadir diminta memberikan rasionalnya mengapa mesyuarat exco kerajaan negeri kerap kali diadakan di hotel bertaraf lima binatang di Kuala Lumpur.

Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang juga setiausaha DAP Perak berkata kali terakhir mesyuarat kerajaan negeri diadakan di Kuala Lumpur ialah pada Rabu lalu.

Katanya, ketika rakyat Perak menghadapi kekangan kewangan dan defisit kerajaan negeri mencecah RM70 juta pada tahun ini, kerajaan negeri pula boros berbelanja.

"Sedangkan bangunan Perak di Ipoh telah siap dengan segala kemudahan. Tindakan Zamry adalah satu pemborosan wang rakyat dengan puluhan ribu elaun, sewa hotel dan kos penginapan serta kos pengangkutan yang terpaksa dibiayai rakyat kerana mesyuarat exco di Kuala Lumpur," katanya pada sidang media di Taiping, semalam.

Nga berkata, adalah tidak masuk akal untuk sering-kali mengadakan mesyuarat exco Perak diadakan di Kuala Lumpur, mahupun di tempat-tempat peranginan lain sedangkan hutang negara yang mencecah jumlah RM377 billion semakin membimbangkan.

Perak negeri ke-3 termiskin

"Tambahan lagi, negara kita sedang menghadapi risiko menjadi muflis menjelang tahun 2019 seperti yang diramalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala," katanya.

Merujuk perangkaan Jabatan Perdana Menteri, Nga berkata 40 peratus daripada keluarga rakyat di negara ini, iaitu 2.4 juta keluarga di seluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan.

"Perak mempunyai bilangan terbanyak seramai 192,000 keluarga, atau 12.5 peratus dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. Di bawah pemerintahan BN, Perak juga merosot menjadi negeri ke-3 termiskin di Malaysia selepas Sabah dan Terengganu," katanya.

Nga juga membidas kerajaan yang menasihatkan rakyat berjimat-cermat dan membayangkan kemungkinan subsidi barangan asas ditarik balik atau dikurangkan tetapi pada masa yang sama boros berbelanja.

"Contohnya, kerajaan belanja RM6,700 juta untuk membeli kapal peronda TLDM walaupun Malaysia adalah anggota treati antarabangsa anti perang dan berada di luar zon perang," katanya.

Beliau berkata pengurusan kewangan yang lemah dan tindakan boros kian serius dan menyeru rakyat berubah untuk menyelamatkan negara daripada menjadi muflis menjelang tahun 2019.

Enjin pesawat F-5E yang hilang sudah dibawa pulang

Posted: 26 Jun 2010 03:05 AM PDT

MALAYSIA KINI



Enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang dua tahun lalu sehingga mencetus kontroversi di negara ini sudah dibawa pulang ke tanah air.

Berita Harian Online melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha membawa pulang enjin pesawat tempur berkenaan dari Uruguay ke negara ini dilakukan kerajaan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memastikan aset negara kekal berada di Malaysia.

"Saya tidak dapat memberikan tarikh sebenar enjin pesawat berkenaan dibawa pulang ke negara ini, tetapi ia adalah atas usaha daripada Peguam Negara yang pergi secara fizikal ke negara berkenaan (bagi menguruskan proses membawa pulang enjin pesawat berkenaan kembali ke Malaysia)," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di Kota Bharu, hari ini.

Pada Februari lalu, akhbar melaporkan Abdul Gani akan ke Uruguay dalam masa terdekat untuk menguruskan proses membawa pulang dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik TUDM, yang dilaporkan hilang dua tahun lalu di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Sungai Besi dan Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth.

Pemergian Abdul Gani ke negara Amerika Selatan itu adalah bagi menguruskan beberapa dokumen perundangan sebelum dua enjin pesawat berkenaan dibawa pulang ke negara ini

Jambatan baru: PM akan kaji

Posted: 26 Jun 2010 03:03 AM PDT

BERNAMA



Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Akan dikaji," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Program Mengukuh Wadah Memperkasa Ummah anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kuantan.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mahu kerajaan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.

Ketika merasmikan bangunan JB Sentral dan melancarkan Kembara Mahkota Johor 2010 di Dewan Menunggu Penumpang, JB Sentral di Johor Bahru hari ini, Sultan Ibrahim bertitah Tambak Johor amat penting kepada rakyat, malah institusi Kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor.

Pemimpin PKR S'gor ikrar sokong Khalid

Posted: 26 Jun 2010 03:00 AM PDT

MALAYSIA KINI



Pemimpin PKR Selangor, malam semalam berikrar akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar besar yang dipercayai akan menghadai pemberontakan oleh sesetengan ahli parlimen parti itu.

Tujuh belas daripada 22 pemimpin bahagian PKR Selangor hadir pada mesyuarat tergempar bagi menyatakan sokongan mereka ke atas Khalid.

Khalid menga
mbil keputusan untuk tidak bersama pada mesyuarat dua jam yang diadakan di kediaman menteri besar itu.

Hanya lima pemimpin bahagian, termasuk Azmin Ali yang mengetuai bahagian Gombak tidak hadir.

Dua daripada ketua bahagian itu memberitahu mereka tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan juga mempunyai tugasan lain tetapi berikrar menyokong Khalid.

Hanya dua yang tidak memberikan sebarang alasan dan mereka itu dipercayai penyokong Azmin.

Mesyuarat tergempar ini diadakan oleh ketua bahagian PKR Selangor berikutan desas desus bahawa 15 ahli parlimen cuba menggulingkan Khalid semasa permukiman parti itu di Shah Alam yang bermula hari ini.

Khamis lalu, Azmin yang juga naib presiden PKR mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Khalid.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini," katanya.

Pada sidang media itu Azmin yang diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR," katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.

Suara Keadilan ke KDN Isnin ini bincang permit

Posted: 26 Jun 2010 02:57 AM PDT

Salhan K Ahmad

Pengarang akhbar Suara Keadilan akan bertemu dengan jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri pada Isnin ini berhubung pembaharuan permit penerbitan akhbar tersebut.

Pertemuan itu akan dipengerusikan oleh ketua setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adam (kiri) di bangunan kementerian itu di Putrajaya.

Difahamkan, permit tahunan bagi penerbitan akhbar berkenaan akan tamat pada penghujung bulan ini.

Suara Keadilan dipercayai akan berdepan masalah untuk memperbaharui permit berkenaan kali ini.

Ketika dihubungi, ketua pengarangnya Dzulkarnain Taib berkata beliau percaya KDN mahu menemui Suara Keadilan kerana "berasa tertekan" oleh Umno.

"Kami terus dipanggil oleh KDN semalam selepas Felda mahu saman kami.

"KDN telefon kami dalam tempoh dua jam selepas sidang akhbar oleh (ketua penerangan Umno Datuk) Ahmad Maslan (semalam)," katanya lagi.

Tambahnya, beliau ditekan supaya datang ke KDN pada hari itu juga.

"Tapi saya kata tak bolehlah, sebab saya sibuk dengan urusan editorial.

"Kalau saya pergi tanpa sempat berbincang dengan peguam, saya khuatir kita tidak dapat berbincang dengan baik (dalam pertemuan itu).

Tam
bah Dzulkarnain (atas, kanan), beliau akan hadir dengan ditemani seorang peguam ke pertemuan itu, pada jam 5.30 petang.

"Kita akan beri kerjasama sepenuhnya," katanya lagi.

Semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) akan menyaman Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat".

Menurut ketua penerangan Umno itu tuduhan yang dibuat dalam edisi terbaru akhbar itu, terutamanya di muka depannya dengan tajuk 'Felda Bankrap' adalah keterlaluan.

"(Akhbar) ini digantung di mana-mana. (Tajuknya) 'Felda Bankrap', titik. Bukan tanda soal. Kalau (mereka) sebut mungkin bankrap, lain sikit," katanya yang bertanggungjawab membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam hal ehwal FELDA.

"Fitnah, fitnah, fitnah dan fitnah (semua itu). Perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa. Ia mesti dihentikan."

Jabatan Mufti perkenal ilmu astronomi dipuji

Posted: 26 Jun 2010 02:51 AM PDT

Mohd Sabri Said


KEPALA BATAS: Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Saleh Man memuji inisiatif Jabatan Mufti memperkenalkan ilmu falak kepada masyarakat umum menerusi program berbentuk jalanan.

Baginya, ilmu falak mesti ditonjolkan sebagai ilmu Islam yang ulung sebelum diterokai oleh cendikiawan bukan Islam sehingga berjaya melabelkan mereka lebih ke hadapan tentang ilmu sains atau astronomi.

"Apa yang dilakukan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang memang bijak kerana selama ini ilmu falak tidak didedahkan kepada masyarakat umum sehingga ada umat Islam sendiri tertanya-tanya dari mana asal ilmu berkenaan," jelasnya ketika berucap merasmikan Karnival Falak Pulau Pinang 2010 di perkarangan Masjid At-Taqwa, Bertam, Kepala Batas pagi tadi.

Sementara itu, pengarah program, Mohd Jais Anuar Ahmad ketika ditemui menyifatkan, itulah langkah pertama Jabatan Mufti bersama Pusat Falak Sheikh Tahir mengadakan program jalanan untuk menyemai pengetahuan di kalangan masyarakat.

Sejak dua tahun kebelakangan ini Pusat Falak Sheikh Tahir cuba membawa pembaharuan dengan menganjurkan berbagai agenda seperti bengkel, seminar, motovasi di samping membawa berbagai peralatan terkini astronomi bagi diperkenalkan kepada masyarakat luar.

"Kita anggap ini satu kejayaan besar Jabatan Mufti kerana berjaya membawa perubahan dengan turun padang bertemu orang ramai bukan menjemput orang ramai ke lokasi tertentu seperti di Univesiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang melihat kecanggihan astronomi kita," tegasnya.

Jelasnya lagi, Pusat Falak Sheikh Tahir beroperasi di Pantai Acheh Balik Pulau telah dibuka dengan rasmi pada 1991 berfungsi sebagai tempat 'Cerapan Hilal' untuk melihat anak bulan Ramadhan, Syawal dan Zulkaedah selain memberi pendedahan kepada pelawat yang datang sendiri ke situ.

Sepanjang bulan Januari hingga Jun 2010, seramai 800 orang pelawat berkunjuing ke Pusat Falak Sheikh Tahir termasuk pelajar Univesiti Sharif Ali, Brunei Darul Salam dan rombongan dari Masjid Al-Ghufran dari Singapura.

Pulau Pinang, katanya, merupakan negeri pertama mewujudkan pusat falak atau lebih dikenali dengan nama Balai Cerap, maka tidak hairan banyak pelawat mengambil peluang keemasan meninjau sekaligus mempelajari ilmu astronomi yang ada di situ.

Jelasnya, selain melaksanakan karnival, Pusat Falak Sheikh Tahir telah pun berjaya memperkenalkan ilmu itu di beberapa lokasi kunjungan ramai seperti di pusat membeli belah terbesar Queenbay, Bayan Baru, hentian rehat di Pantai Bersih, Butterworth dan akan ke Padang Kota Lama, Georgetown tidak lama lagi.

"Karnival dua hari ini memperkenalkan berbagai kaedah canggih astronomi selain mempamerkan barangan yang berkait dengan astronomi," terangnya.

Ulama, Umno dan bagi makan anak bini dengan duit rasuah

Posted: 26 Jun 2010 02:50 AM PDT

Oleh Penarik Beca


Utusan Malaysia menyiarkan berita bertajuk "40 ulama serah borang keahlian Umno" (lihat juga berita Malaysian Insider "40 ulama muda sertai Umno tanpa Asri"). Apa yang depa nak? Nak jadi orang besar dalam Umno?

Kalau depa rasa depa boleh jadi orang besar dalam Umno, harap mereka kenang apa terjadi kepada kupang-kupang tembaga (maknanya syiling satu sen yang hampir tidak digunakan) seperti Datuk Dr Abdullah Md Zin, Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin, Datuk Nakhaie Ahmad dan ramai lagi yang saya tak perlu sebut. Jangankan pemimpin utama di peringkat nasional, nak jadi pemimpin utama di peringkat bahagian pun tak merasa.

Atau, adakah depa fikir depa nak beri wajah dan ruh Islam kepada Umno? Kalau itu yang depa nak buat, elok depa kenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika dia masuk Umno pada Mac 1982, dengan penuh kurang ajar Anwar bangangkan orang ramai dengan dakwaan kononnya dia masuk Umno untuk Islamkan parti pengkhianat Islam dan Melayu itu. Akhirnya, Umno tak sedikit pun Islam, Anwar yang tenggelam. Tenggelam dalam budaya kafir Umno - siap luluskan judi di Sabah dan Sarawak.

Ada juga bekas imam yang menyertai Umno. Beliau dijadikan bidak di papan catur Umno untuk melawan seorang pemimpin pembangkang. Akhirnya bila dah tak dak kerja nak bagi anak bini dia makan, dia jadi pegawai khas kepada ketuanya di dalam Umno yang juga seorang menteri. Menteri itu khabarnya ada berpuluh pegawai khas. Orang di kementerian berkenaan memberitahu, tidak ada peruntukan untuk membayar gaji kesemua mereka. "Gaji dia orang pihak swasta bayar," kata pegawai itu.

Persoalannya, kenapa swasta bayar? Adakah pihak swasta nak bayar free-free? Tentulah ada habuan yang dijanjikan. Kalau tak, apa kerja dia nak bayar gaji depa termasuk bekas imam tu. Adakah amalam itu tak termasuk rasuah?

Cerita bekas imam yang mendapat gaji penuh misteri dari pihak swasta sedangkan beliau pegawai khas menteri boleh menerangkan nilai sebenar orang-orang agama yang masuk Umno. Bagaimana kalau gaji yang diterimanya itu dikategorikan sebagai rasuah kepada menteri berkenaan? Adakah bekas imam itu memberi makan anak bininya dengan duit rasuah yang diterimanya setiap bulan?

Tidak Wajar Agama Diwacana Diruang Siber?

Posted: 25 Jun 2010 09:36 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar


HARI ini apa saja perkara kita hebahkan kepada umum dengan menghantarkannya ke dalam ruang media massa. Sama ada kita mencari media atau media mendekati kita, tetapi itulah yang berlaku. Blog, facebook, twinter dan atau portal berita siber adalah ruang dan medan baru yang makin menarik dan diminati ramai.

Dari perkara sekecil-kecilnya sampailah perkara sebesar-besarnya. Dari perkara dalam bilik air di rumah kita hinggalah kepada permasalahan di pejabat perdana menteri. Apakah semua perkara wajar dikhabar dan dimasukkan ke dalam media massa?

Pada saya tidak semua kemudahan ini (media siber) perlu dipergunakan. Harus ada batas dan taranya. Misalnya soal-soal peribadi tidak wajar dimasukkan kerana menerusi ruang ini ia akan dibaca oleh semua orang.

Atau kalau ingin masukkan juga kerana ia sebagai instrument terbaik untuk menegur dan mengkriik harus ada etikanya. Berpadah-padahlah menggunakannya dan jangan sepanjang masa. Atau kalau boleh dielakkan jangan guna langsung.

Begitu juga dengan permasalahan agama berhubung fahaman, anutan, amalam ritual dan aliran mazhab tidak wajar disumbat ke dalam media massa atau blog. Ia lebih lunak kalau dibahaskan secara beradat dan bertempat yang diperhatikan pula oleh pakar dan ahlinya. Kalau terjadi perbahasan (pertikaian) biarlah atas nawaitu kebaikan bersama dan bukan menyerang peribadi.

Sekarang ini saya lihat ada kecenderongan wacana mengenai agama menggunakan orang perantaran sebaga jurubicaranya. Perantaraan inilah menjadi mediator yang mendedah, mengulas kemudian minta pandangan balik. Ada kalanya jurubicara itu menjadi mediator yang menimulkan polemik atas tujuan dia saja yang tahu.

Ini tidak bagus. Misalnya perbahasan melibatakan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainual Abidin dengan Penolong Pengarah Pusat Al Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Md Zain semacam ianya ditaja oleh media massa. Media massa telah memberi ruang untuk mereka berwacana sesungguh hati tanpa melihat bahaya-bahaya atau keburukan sampingan lain.

Dalam hal ini saya nampak media semacam menjadi penyambung tangan kedua mereka untuk tambah melontarkan batu antara satu sama lain.

Kerana acohan itu mereka saling menjawab dan membalas tembak menerusi ruang yang dikendalikan oleh mediator ini. Ada kalanya wartawan atau pemberitalah yang menjadi orang tengah. Sejauah manakah kita boleh menyakini pemberita itu adil dan berertika dalam tugas mereka? Apakah mereka tidak ada agenda tertentu di sebalik menjadikan laproan itu sensasi untuk menarik pembaca. Seharusnya perkara ini diamati kerana ia melibatkan soal agama, soal yang amat sensitif dan bersifat personal.

Bila timbul sebarang kemusykilan ataupun pertelingkahan pandangan dan anutan, kedua pihak perlu bersemuka untuk membincang dan mencari penyelesain apa-apa yang kusut dan bercanggah atau mengelirukan itu. Saya percaya kedua mereka atau kita semua tidak mahu kepada kesesatan dan kejahatan. Tidak..!

Misalnya kalau Zamihan ada perkara tidak puas hati menurut pandangan dan ilmunya berhubung pegangan atau anutan Asri, beliau boleh berjumpa dan meminta Asri menjelaskannya. Dengan memaparkan sijil kelulusan seseorang untuk menafikan ilmu dan pengetahuannya bukan cara terbaik. Sebaliknya cara itu boleh menyakitkan hati dan melebarkan lagi jurang perselisihan.

Zamihan patut ikhlas menemui Asri dan bermuzakarah mengenai apa-apa yang beliau tidak faham ataupun yang beliau tidak temui tetapi terjumpa oleh Asri. Begitu juga dengan Asri, kalau beliau musykil dengan cara Zamihan menegurnya dari belakang, datanglah berjumpa secara fizikal dan bukan tembak dalam ruang siber. Ini tidak baik saya katakan kerana ruang berkenaan ditatap umum sedangkan adakalanya permasalahan yang timbul disebabkan unsur peribadi dan maksudnya berlapis-lapis.

Saya perhatikan bertengkar dan berbalah dalam media tidak ada kesudahan dan memberi keuntungan kepada kedua pihak. Bahkan ia akan mendalamkan lagi lurah jurang permusuhan. Ada kalanya kerana campur tangan media yang tidak bertanggungjawa keadaan yang baik jadi sealiknya. Ini sudah lama saya perhatikan bagaimana sikap orang politik yang menjadikan media sebagai tempat lempar melemparkan tahi busuk di antara mereka. Apakah natijah dari itu, nahin!

Kawalan ke atas perkara ini bukan boleh dilakukan sesiapa melainkan individu berkenaan. Umumnya umah Islam sendiri. Mereka yang sayang kepada agama, rindukan pertautan seagama dan sebangsa boleh membatasi diri mereka dan mengelakkan dari menjadi alat oleh media massa.

Jangan salah tafsirkan kebebasan beragama dan kebebasan membahas agama secara sambrono. Ada pepatah mengatakan perbalahan itu akan membawa hikmah, tetapi ia harus dilihat perbalahan yang macam mana. Bukan semua pertelingkahan otak apa lagi atas kepentingan nafsu akan membuahkan kebaikan. Jika ia tidak diurus dan dikawal dengan baik ia akan memberi kesan buruk.

Fahamilah, mereka yang memabca blog, yang mengikut media massa bukan semua ada maklumat dan pengetahuan atau acuan ilmu tertentu. Dalam konteks ini kena sedar bahawa mereka mengambil bahan menguyah sendiri tanpa ada petua dan mengetahui mana yang boleh dan mana yang tidak boleh. Adakalanya dalam perincangan itu mencecah hakikat dan marifat tetapi malang si penikmatnya hanya ada ilmu kalam semata-mata.

Jadi, usahlah kita teruja denghan kemudahan dan ruang maya terbentang luas untuk kita mengenengahkan pandangan dan buah fikiran kita, jangan. Kita kadang tidak sedar dalam seoronok itu kita telah dijadikan alat oleh sesutau golongan untuk kepentingan mereka. Selalunya musuh akan menejerat kita dalam kita asyik dan masyok dengan kehebatan diri yang semuanya milik Allah.

Asri Dalam Senarai Kedua, Kata Shahidan.

Posted: 25 Jun 2010 09:31 PM PDT

KELAB GREENBOC


Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan akan menyertai parti itu akan berbuat demikian "bila sampai masanya" semasa mengadakan sidang media selepas dikatakan 40 orang ulama muda menyerahan borang UMNO malam tadi.

"(Kemasukan dalam Umno) ini berperingkat-peringkat. Dalam Umno ini ada ahli Umno, dan ada penyokong Umno... Melihat dari aspek tersebut, saya rasa (Asri) tak ada masalah. Ini peringkat pertama.

"Beliau (Asri) akan masuk dalam kumpulan yang kedua," katanya dalam sidang media itu.

Borang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC.

Kumpulan itu diketuai oleh Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam pada itu Fadlan berkata idea untuk menyertai Umno dibincangkan secara mendalam sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari ruang berdakwah menerusi parti politik.

"Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik," kata beliau.

Ketika ditanya mengapa tidak memilih PAS sebagai parti politik, Fadlan berkata tiada sebab khusus tetapi dalam parti komponen Pakatan Rakyat itu sudah ada ramai ulama.

Kata beliau, pihaknya merasakan penyertaaan dalam Umno akan menyediakan ruang yang lebih besar untuk tujuan berdakwah.

Rakannya Fathul Bari Mat Jahya berkata Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan.

Beliau yang merupakan penasihat agama sebuah agensi perubatan di ibu negara tidak menjelaskan sekatan yang dimaksudkan tetapi difahamkan ia berkaitan dengan syarat tauliah yang diwajibkan oleh jabatan-jabatan agama.

Rakan mereka, Asri kini berhadapan dengan tindakan undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.

Shahidan pula menjawab mulai sekarang mereka tidak akan berhadapan dengan masalah memandangkan Umno mempunyai 3.2 juta ahli, jumlah yang cukup besar untuk mereka menyampaikan dakwah.

"Yang saya bimbang, mereka nanti tak cukup masa untuk balik rumah, nanti hanya balik rumah dua kali sebulan," kata beliau pada sidang media yang sama selepas majlis penyerahan borang.

Ketika ditanya sama ada Umno akan menyediakan golongan ulama sebagai bakal calon pilihan raya umum ke-13, Shahidan berkata, "saya tidak tahu tentang perkara itu."

"Tetapi saya sebagai Ketua Umno Bahagian Arau merasakan kepimpinan masa depan bahagian, saya merasakan perlu terdiri daripada golongan ilmuan macam ini," kata beliau.

Ini kali pertama Umno menerima golongan ulama dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa.

Mereka yang terdiri daripada pensyarah, bekerja sendiri dan pekerja swasta menjadi ahli Cawangan Dataran Merdeka dan akan beralih ke negeri masing-masing kemudian.

Pada Sabtu lalu Setiausaha Kerja Umno mengumumkan Asri akan menyertai Umno hari ini.

Asri tidak mengesahkan ataupun menafikan perkara itu sebaliknya memberitahu perbincangan sedang diadakan dengan pucuk kepimpinan Umno.

Ketika ditanya sama ada Asri tidak menyertai mereka untuk memasuki Umno malam kerana isu fahaman wahabi dan Jemaah Islamiah sejak seminggu dua ini, Fadlan berkata, beliau tidak pasti.

"Yang itu kena tanya pada Dr Asri sendiri," kata beliau sambil menambah, pihaknya tidak memaksa mana-mana ulama menyertai Umno pada hari ini.

Beliau merupakan rakan Asri.

Ketika ditanya sama ada mereka menyertai Umno kerana ada kaitan dengan siasatan amalan wahabi dan JI, Fadlan berkata, "ia tiada kaitan."

Katanya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah juga sudah mengatakan bahawa ini masalah peribadi, yang dikaitkan dengan pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia.

Ulasan GB

Seperti yang telah GB utarakan di dalam ulasan sebelum ini di SINI, GB ada menyatakan:

2) Sepanjang MAZA di mahkamah beliau ditemani oleh bekas MB Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassin. Sedikit sebanyak Shahidan pasti ada berusaha untuk membawa MAZA menyertai UMNO. Apatah lagi Shahidan perlu mendapatkan sokongan dari golongan ugamawan di dalam usahanya untuk merebut kembali kerusi MB yang sudah terlepas ke tangan Mohd Isa Sabu

Justeru, Shahidan yang menjadi broker akan terus berusaha menghimpit dan memujuk Asri menyertai UMNO bagi membolehkan beliau diyakini oleh Najib bagi mendapatkan kembali jawatan MB Perlis.

Dan kepada semua yang bergelar "ulama muda" yang menyertai UMNO tersebut, tahniah, kerana anda menjadi pengesah kepada gelombang kemungkaran yang dilakukan UMNO selama ini.

AMK Selangor Sokong Penuh Kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim

Posted: 25 Jun 2010 09:30 PM PDT

TV SELANGOR

SHAH ALAM - Dakwaan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan kerana itulah agenda utama musuh politik untuk mengganggu kestabilan Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN dan seterusnya merampas kembali negeri itu.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainudin berkata AMK Selangor berdiri teguh bersama kepimpinan beliau

"AMK Selangor mengingatkan semua pendukung-pendukung KEADILAN untuk terus berusaha mempertahankan dan menjunjung tinggi "mandat perubahan" yang diberikan rakyat 2 tahun yang lalu.

"Apakah beliau perlu digantikan kerana kekurangan dalam politik sedangkan beliau mempunyai kepimpinan dan pengurusan yang cekap?.

"Apakah perlu beliau digantikan kerana meletakkan kepentingan rakyat berbanding ahli-ahli parti sendiri?." soal beliau.

Menurut Khairul Anuar, sepanjang 50 tahun UMNO-Barisan Nasional memerintah Selangor telah banyak harta rakyat dikaut oleh pimpinan politik parti tersebut sedangkan rakyat terus dibiarkan merana dan susah.

"Sepanjang 2 tahun kepimpinan Khalid, beliau tidak mengambil kesempatan untuk mengkayakan isteri, anak, menantu dan suku-sakatnya melainkan kesungguhan beliau untuk merakyatkan ekonomi Selangor.

"Tiada seinci pun tanah yang diambil untuk diri dan keluarga melainkan berusaha untuk merakyatkan tanah Selangor.

"Tiada lawatan sambil belajar ke Disneyland melainkan menyusun kembali anak-anak syarikat ini agar hasilnya dapat dinikmati rakyat berhak. Tak pernah terfikir oleh Menteri Besar Selangor sebelum ini untuk beri air percuma kepada rakyat seperti yang dilakukan Khalid.

"Sekali pun jauh kalau nak dibandingkan dengan Khalifah Umar Abdul Aziz namun kesungguhan dan ketegasan Khalid dalam menjaga amanah rakyat dapat dilihat jelas.

"Ini menunjukkan begitu tingginya integriti Menteri Besar Pakatan Rakyat ini.

"Walaupun beliau tidak terlepas dari melakukan kesilapan, sebagai parti yang sentiasa menyubur benih demokrasi, Kongres KEADILAN di Kota Bharu telah mendengar dengan jelas teguran dan kritikan perwakilan terhadap Khalid dan kami yakin beliau menerimanya dengan penuh terbuka," tambahnya lagi

Dalam pada itu, AMK Selangor juga menyeru kepada semua para pendukung KEADILAN untuk terus menghayati semangat reformasi yang menjadi laungan keramat perjuangan rakyat ini.

Majlis Pimpinan Negeri Selangor Sokong Perlantikan Faekah

Posted: 25 Jun 2010 09:28 PM PDT


TV SELANGOR

SHAH ALAM - Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Selangor mengalu-alukan perlantikan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor yang baru iaitu Faekah Hussin.

Perlantikan tersebut kata Timbalan Pengerusi MPN KEADILAN Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud yang merupakan prerogatif Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang cukup bermakna kerana buat kali pertama seorang wanita telah diberi kepercayaan bagi mengisi jawatan tersebut. Begitulah keyakinan dan penghormatan kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat kepada komitmen dan kemampuan kaum wanita.

"Faekah bukanlah seorang yang baru di dalam KEADILAN. Beliau adalah merupakan antara anggota professional muda yang turun ke gelanggang perjuangan seawal era Gerakan Reformasi, 1998 dan terus kekal sehingga kini.

"Ramai mengenali beliau sebagai seorang aktivis parti dan pembantu yang setia (Setiausaha Politik) kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain pernah menggalas beberapa jawatan parti di peringkat negeri khususnya di Selangor," ujar beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Oleh hal yang demikian kata Syed Shahir lagi, MPN Selangor berkeyakinan tinggi bahawa Faekah akan dapat meneruskan perjuangan beliau dengan menggalas amanah baru ini dengan penuh komitmen, iltizam dan kesungguhan.

"Menteri Besar telah pernah bekerja bersama anak muda yang memegang jawatan ini dan kini tiba pula giliran wanita untuk membantu beliau dan kerajaan negeri dalam menjunjung amanah rakyat.

"Kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada Faekah di atas perlantikan jawatan ini dan seperti mana biasa, kita akan terus memberikan sokongan untuk manfaat rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya," tambahnya lagi.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Buat Laporan Polis Dan SPRM Seluruh Negara

Posted: 25 Jun 2010 09:19 PM PDT

Oleh Sidiqin Omar


SHAH ALAM - Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman memaklumkan bahawa pihaknya bersama-sama dengan warga Felda dan pimpinan Pakatan Rakyat akan membuat laporan kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menuntut siasatan terperinci terhadap penyelewengan yang berlaku di dalam pengurusan Felda.

Dalam laporan tersebut turut menyatakan persoalan berdasarkan fakta dan aduan mengenai perkara-perkara berkaitan Felda seperti tabung tanaman semula, jumlah aset semasa, hartanah, jumlah tunai, keuntungan pelaburan, status anak syarikat dan rancangan masa hadapan bagi peneroka Felda.

"Ini adalah kerana jawapan di Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mengakui sendiri mengenai kedudukan tunai Felda yang merosot daripada RM 4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM 1.35 bilion pada tahun 2009. Kemerosotan RM 2.73 bilion dalam tempoh lima tahun adalah sangat mengejutkan," tegas Mazlan.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh Suara Keadilan selepas membuat laporan di Balai Polis Kota Tinggi, Johor semalam. Setakat ini, 14 laporan telah dibuat dan beliau menjangkakan peningkatan kepada 300 laporan sehingga bulan hadapan. Ini berikutan laporan yang bakal dibuat oleh warga Felda di semua negeri di Malaysia.

Terdahulu sebelum itu, pada 23 Jun yang lalu, beliau bersama-sama warga Felda, aktivis ANAK dan pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat laporan berkenaan perkara yang sama di Balai Polis Temerloh, Pahang.

Ketika ditanya mengenai langkah Felda yang mengambil tindakan menyaman akhbar Suara Keadilan dan pimpinan Pakatan Rakyat, Mazlan berkata laporan media tersebut bukanlah fitnah seperti yang dikatakan, tetapi merupakan sebuah pendedahan yang sebelumnya pernah dibangkitkan oleh bekas Menteri dan Timbalan Menteri, iaitu Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Zaid merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kini merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, manakala Kee Kwong adalah bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi dan memegang jawatan Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN.

"Selain Petronas, Felda merupakan salah sebuah entiti yang mempunyai banyak aset dan sering dijadikan sebagai 'lubuk duit' oleh pemimpin negara. Ini merupakan penyelewengan yang dilakukan tanpa berselindung lagi. Mereka bahkan menggunakan kemudahan yang terdapat di Felda untuk kepentingan politik mereka," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai cabaran debat mengenai isu Felda yang telah dihantar oleh ANAK kepada pemimpin Umno Tenggara, Mazlan menjelaskan bahawa sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang respon.

"Kita pernah jemput mereka untuk berdebat secara intelektual, tetapi nampaknya mereka tidak mahu memberikan kerjasama. Kita terbuka kepada mana-mana pihak untuk berunding, kerana yang penting adalah, perkara yang dibahas dan dibincangkan akan membawa kebaikan kepada warga Felda."

"Kini kita sedang membuat persiapan untuk menghadapi sebarang cabaran. Selama ini, perkara yang disuarakan oleh kita seolah-olah tidak didengar. Jadi sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita bergerak, memberikan penerangan, dan menuntut kembali hak," jelasnya.

Banjir Di Singapura: Empat Cedera Selepas Kereta Dihempap Pokok Tumbang

Posted: 25 Jun 2010 09:14 PM PDT



Angin Kencang menyebabkan sekurang-kurangnya pokok tumbang di beberapa jalan utama di Singapura yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

MSTAR ONLINE

SINGAPURA: Empat orang cedera selepas beberapa pokok tumbang atau dahan pokok menghempap beberapa kereta yang dinaiki mereka pada pagi Jumaat ekoran hujan lebat dan angin kuat yang menyebabkan banjir kilat di kebanyakan kawasan di sini.

Laman web The Straits Times Singapore melaporkan angin kencang telah menyebabkan sekurang-kurangnya enam pokok tumbang yang sebahagiannya tumbang di jalan-jalan utama sehingga menghalang lalu lintas.

Hujan lebat dan angin kuat pada pagi Jumaat telah menyebabkan banyak pokok tumbang sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kebanyakan jalan dan kawasan yang terlibat dengan banjir di sini.

Berikutan banyak pokok tumbang, beberapa jalan utama dilencongkan seperti dari Ayer Rajah Expressway (AYE) menghala East Coast Park sebelum susur keluar Buona Vista.

Ini termasuk:Persimpangan Lower Delta Road dari Bukit Purmei Avenue Persimpangan Kampong Bahru Road dan Silat Avenue Tuas South Avenue 1 Persimpangan Beach Road dan Jalan Sultan Road Persimpangan AYE dan Clementi Avenue 6 Pan Island Expressway (PIE) menghala Jurong selepas Mount Pleasant Road Persimpangan Orchard Road dan Killiney Road

Persimpangan River Valley Road menghala Kim Seng Road Polis trafik turut melencongkan lalu lintas bagi mengelakkan daripada persimpang Balmoral Road dan Bukit Timah Road.

Setakat 2.30 petang semalam, semua jalan yang terjejas ekoran banjir di sini masih boleh digunakan kecuali di Kampong Bahru dan Silat Avenue.

Ahli PAS Wajib Turun 3 Julai

Posted: 25 Jun 2010 04:53 PM PDT

BULETIN ONLINE


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat isu kelulusan judi bola menyebabkan kepimpinan Dato' Seri Najib mulai dipertikaikan oleh kepimpinan Umno yang lain.

Semalam sayap Pemuda Umno dan Puteri mereka menyertai Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Pahang membantah tindakan kepimpinan Najib yang mahu meluluskan lesen judi bola untuk rakan baiknya, Tan Sri Vincent Tan.

Najib yang juga Presiden Umno kini menerima tekanan yang kuat dan ini pertama kali berlaku sejak Najib mengambil tampuk kepimpinan tertinggi parti itu tahun lepas.

Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiran Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (Syarikat Judi terbesar negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noah bin Omar.

PAS sejak dari mula-mula ditubuhkan lagi konsisten dengan perjuangan menentang judi.

Dakwaan Mahathir bahawa PAS hanya menentang judi bola adalah satu fitnah yang dangkal. Beliau lupa bahawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yang beliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang hampir muflis.

PAS juga konsisten menentang pelbagai lesen judi yang diluluskan zaman beliau. Sokongan beliau kepada Najib hanya membuatkan orang memandang rendah kepada beliau.

PAS juga mengucapkan tahniah kepada pihak Polis yang berjaya menahan dan membongkar kegiatan bookie dan sindiket judi haram akhir-akhir ini.

Gerak kerja polis akhir-akhir ini membuktikan bahawa kerajaan mampu menghapuskan sindiket judi haram dan tiada sebab mengapa judi harus dihalalkan dengan pengeluaran lesen.

PAS tekad untuk menyokong himpunan membantah Judi anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi. Oleh itu, semua ahli PAS diwajibkan untuk turun pada 3 Julai ini bagi menunjukan bantahan rasmi kepada dasar kerajaan yang jahil ini.

Organisasi PAS disemua peringkat diminta mengedar risalah kempen membantah judi dan mengadakan program penerangan berkaitan isu ini dikawasan masing-masing.

PAS juga mengajak masyarakat Cina dan India turun beramai-ramai bagi menafikan dakwaan Mahathir yang mengatakan mereka adalah masyarakat yang suka berjudi. Pemimpin Umno disemua peringkat juga dicabar untuk turut serta bersama rakyat dan NGO yang membantah pemberian lesen judi ini.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ejen laman web judi, penerbit akhbar disaman

Posted: 25 Jun 2010 04:51 PM PDT

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan menyaman syarikat ejen laman web perjudian secara online dan penerbit sebuah akhbar Cina yang menyiarkan iklan perjudian itu dengan menuntut ganti rugi melebihi RM400,000 kerana memungkiri kontrak dan beroperasi tanpa lesen sah.

Chuah Yan Keng, 43, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, semalam, melalui peguamnya Ravi Sodhi.

Beliau selaku plaintif menamakan TelePlanet Sdn Bhd selaku ejen perjudian dan penerbit akhbar The China Press Berhad, akhbar yang menyiarkan iklan perjudian itu sebagai defendan pertama dan kedua. Dalam pernyataan tuntutannya, Chuah berkata melalui iklan itu, Teleplanet membuat representasi bahawa ia adalah ejen bagi laman perjudian Citi Net, Aastar Net dan SBO Net yang menawarkan perkhidmatan perjudian online berlesen.

Chuah berkata, beliau mengambil bahagian dalam perjudian itu secara online dengan memasukkan sejumlah RM150,000 ke dalam akaun penama defendan pertama.

Katanya, beliau kalah dalam pertaruhan membabitkan wang berjumlah RM150,000 dan menang satu lagi pertaruhan berjumlah RM261,286.35, bagaimanapun defendan pertama enggan membayar wang kemenangannya.

Chuah berkata, selepas kejadian itu beliau mendapati TelePlanet beroperasi tanpa lesen, menyebabkannya membatalkan kontrak perjudian.

Sehubungan itu, Chuah menuntut ganti rugi RM150,000, ganti rugi tambahan atau teladan berjumlah RM261,286.35, kos dan injunksi menghalang defendan daripada menyiarkan atau menyebabkan iklan pertaruhan itu disiarkan lagi.

Pengundi buat laporan polis

Posted: 25 Jun 2010 04:46 PM PDT

BERITA HARIAN ONLINE


KAMPAR: Seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar semalam membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Keshvinder Singh kerana tindakan wakil rakyat itu keluar dari DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Pengundi itu, Veer Singh Ban Singh, 48, yang mendakwa mewakili lebih 23,000 pengundi di DUN berkenaan membuat laporan di Balai Polis Malim Nawar, dekat sini kira-kira jam 12 tengah hari.

Beliau mendakwa Keshvinder sebelum ini memberi pelbagai janji untuk membantu rakyat di DUN Malim Nawar.

"Kami memahami kemungkinan Keshvinder mempunyai masalah peribadi tetapi dia tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawabnya selepas rakyat meletakkan kepercayaan tinggi kepadanya untuk membantu meringankan beban rakyat.

"Pengundi mengesyaki kemungkinan berlaku sebarang unsur rasuah atau ada di kalangan individu terbabit dalam agenda itu (keluar parti). Pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis perlu menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara itu," katanya selepas membuat laporan itu.

Veer Singh ditemani Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan ADUN Sungkai, A Sivanesan.
Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas pada 15 Jun lalu, selepas mendakwa beliau kecewa dengan kepemimpinan Pakatan Rakyat Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Sementara itu, Kulasegaran mendakwa laporan polis berkenaan adalah kali pertama dilakukan di Malaysia oleh pengundi yang tidak berpuas hati dengan perbuatan tidak bertanggungjawab wakil rakyat di kawasan mereka.

"Sebelum ini, belum ada sejarah menunjukkan pengundi di sesuatu kawasan bertindak membuat laporan polis mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan jenayah menipu. Ia jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati rakyat di kawasan itu yang marah dengan tindakan Keshvinder," katanya.

Keshvinder gagal dihubungi bagi mengulas laporan polis terhadapnya.

'Saya lihat ada kesan lebam pada mata kanan'

Posted: 25 Jun 2010 04:41 PM PDT


Mohd Sobri Mohd Sofian (kiri) dan Fauziah Abdul Wahab.

Oleh Nahar Tajri

Bapa pelajar MTD mati kesal dilarang periksa tubuh anak

BALING: Keluarga Mohammad Naim Mustaqim Mohd Sobri, 16, pelajar Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja (MTD) yang mati akibat didera pelajar senior di asramanya, kelmarin, mendakwa ada kesan lebam pada mata kanan pelajar itu.

Bapa mangsa, Mohd Sobri Mohd Sofian, 41, berkata mereka melihat kesan lebam itu sebelum upacara pengebumiannya, malam kelmarin.

Bagaimanapun, Mohd Sobri berkata, beliau tidak dibenarkan untuk memeriksa keseluruhan tubuh anaknya kerana dihalang pegawai tentera dan MTD yang hadir bersama jenazah anaknya.

"Mereka kata ikut prosedur tak boleh sebab anak saya sudah dikapankan. Mereka hanya benarkan bahagian muka saja dibuka untuk kami menatap wajah arwah buat kali terakhir.

"Saya tidak membantah tapi saya dapati ada kesan lebam di bahagian mata kanan anak saya ketika saya mengucupnya buat kali terakhir," katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Lalang, Siong di sini, petang semalam.

Mohd Sobri yang menetap di Kampung Sungai Siput, Sungai Lasah, Perak, mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan kematian anaknya secara telus sehingga kejadian sebenar yang menimpa anaknya terbongkar dan pesalahnya dihukum.

Katanya, dia dan keluarga menerima kejadian itu sebagai takdir, namun mahukan pembelaan terhadap kematian anaknya, selain menjadi teladan supaya nasib sama tidak menimpa orang lain.

"Naim adalah anak harapan saya untuk membantu keluarga kami pada masa depan, namun hari ini (semalam) harapan itu hancur berkecai. Sukar bagi saya menerima kejadian itu yang menyebabkan saya kehilangan Naim buat selama-lamanya.

"Saya sentiasa impikan satu hari nanti Naim akan pulang ke rumah dengan pakaian seragam tentera dan membantu kami serta adik-adiknya yang lain untuk berjaya sepertinya," katanya.

Mohd Sobri turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling mengenai kejadian itu pada jam 6.20 petang semalam.

Ibu mangsa, Fauziah Abdul Wahab, 45, berkata kali terakhir dia berjumpa dengan Naim adalah ketika anaknya pulang ke rumah untuk cuti sekolah seminggu lalu.

"Naim tidak pernah mengadu apa-apa yang tidak baik dilakukan ke atasnya sebelum ini. Dia juga tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia tidak gembira di sekolahnya.

"Memang kami sekeluarga amat rapat, malah Naim juga amat rapat dengan opahnya.

"Sebagai ibu saya percaya Naim tidak pandai cari masalah dengan orang lain malah dia juga amat disenangi rakan di kampung," katanya.

Hujan lebat sebabkan banjir di Singapura

Posted: 25 Jun 2010 04:39 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


SINGAPURA – Hujan lebat selama sejam mulai pukul 8 pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar ini dilanda banjir.

Keadaan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila beberapa jalan ditenggelami air dan berlaku kejadian pokok tumbang yang menghalang lalu lintas ke kawasan bandar.

Lalu lintas sepanjang jalan Bukit Timah ke arah bandar tidak bergerak untuk beberapa jam apabila ia ditenggelami air, manakala trafik di tempat lain dilencongkan.

Kawasan lain yang turut terlibat dengan banjir dan pokok tumbang ialah Upper Thomson Road, Ang Mo Kio Avenue, Jalan Boon Lay dan sebahagian Orchard Road.

Agensi air Singapura, PUB mencatat jumlah hujan yang turun antara pukul 8 hingga 9 pagi ini ialah 100 mm.

Pada 16 Jun, jumlah hujan yang sama menyebabkan banjir di Orchard Road yang merupakan kawasan tumpuan pelancong menyebabkan kerosakan teruk kepada harta benda dan kenderaan serta menjejaskan perniagaan di sana.

Banjir pagi ini surut dalam tempoh satu jam selepas hujan lebat berhenti pada pukul 9 pagi.

MB Selangor panggil mesyuarat gempar malam ini

Posted: 25 Jun 2010 04:30 PM PDT


KUALA LUMPUR – Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang disebut-sebut menjadi sasaran digulingkan kepimpinannya oleh sekumpulan pemimpin PKR sendiri memanggil mesyuarat tergempar di kediaman rasminya malam ini.

Sumber yang dekat dengan PKR Selangor menyebut pemimpin-pemimpin negeri dan ketua bahagian dimaklumkan mengenai mesyuarat tersebut 6 petang tadi.

The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat itu dipanggil untuk menjana sokongan bagi menghadapi sebarang kemungkinan menjatuhkan Khalid yang menerajui negeri itu sejak Mac 2008.

Khalid juga merupakan Pengerusi PKR Selangor.

"Ya, saya diminta untuk menghadiri mesyuarat tetapi disebabkan ada urusan lain, saya tidak dapat menghadirinya," kata seorang ahli jawatankuasa PKR negeri kepada The Malaysian Inisder.

"Mengapa anda merasakan saya perlu menghadiri mesyuarat ini? Kami tahu apa yang akan dibincangkan, mereka tidak akan membincangkan pasal cuaca," kata beliau yang enggan namanya didedahkan.

Pertemuan tergempar ini diadakan sehari sebelum PKR mengadakan retreat dua hari mulai esok.

Difahamkan seramai 15 Ahli Parlimen PKR yang dipercayai diketuai oleh Naib Presiden Azmin Ali akan menyerahkan petisyen kepada Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar Khalid dikeluarkan daripada kerusi Menteri Besar, esok.

Semalam Azmin menafikan pembabitan beliau dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Khalid.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Syed Shahir Syed Mohamud mengesahkan pertemuan malam ini di Shah Alam tetapi menolak ia diadakan untuk membincangkan isu mahu menggulingkan beliau.

"Kesemua pemimpin PKR dijemput hadir dan saya percaya kebanyakan akan hadir," kata beliau.

"Itu hanya persepsi media," kata Syed Shahir kepada The Malaysian Insider ketika ditanya sama ada mesyuarat malam ini akan membincangkan tentangan terhadap kepimpinan Khalid.

Siang tadi, Khalid menyifatkan laporan bahawa terdapat pakatan 15 Ahli Parlimen PKR yang mendesak beliau melepaskan jawatannya, hanya satu spekulasi.

"Saya tidak menerima apa-apa daripada delegasi terbabit, jadi itu boleh jadi spekulasi sahaja," kata beliau.

Laporan media menyebut kesemua Ahli Parlimen PKR itu mahu Abdul Khalid berundur dan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Ditanya apa tindakan beliau sekiranya diberikan surat mengandungi desakan kumpulan itu, Khalid berkata: "Saya akan terima dan baca."

Khairy anggap Perkasa penghalang 1Malaysia

Posted: 25 Jun 2010 04:28 PM PDT

UTUSAN ONLINE

ALOR SETAR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa pendekatan yang digunakan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Beliau berkata, meskipun niat Perkasa untuk memperjuangkan keistimewaan kaum pribumi negara ini adalah murni, namun presiden pertubuhan itu, Datuk Ibrahim Ali mengambil cara yang tidak bertepatan dengan konsep 1Malaysia dalam menyuarakan pandangan.

Katanya, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi.

"Ibrahim Ali, Perkasa punya pendekatan adalah penghalang kepada 1Malaysia. Konsep 1Malaysia tidak akan gadaikan orang Melayu tetapi cara yang beliau buat memang tidak memupuk perpaduan seperti yang dituntut 1Malaysia.

"Beliau ahli politik jaguh kampung, dalam zaman globalisasi, mana boleh. Sudah lapuk, tidak laku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini hari ini.

Khairy sebelum itu ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu.

Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, jika Perkasa benar-benar ingin membantu orang Melayu, Ibrahim patut melihat bagaimana perubahan untuk mencapai kemajuan itu perlu dibawa.

"Dia (Ibrahim) gaduh sahaja. Suruh dia ini letak jawatan, cabar orang itu. Ini bukan politik yang baik," katanya sambil menegaskan beliau tidak akan melayan desakan Ibrahim itu.

Katanya, Ibrahim tiada hak untuk memintanya berbuat demikian kerana Ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan ahli UMNO dan bukan pengundi di kawasan yang diwakilinya sebagai wakil rakyat.

Menurut beliau, dia bukan mempertahankan kenyataan Ka Siong tetapi menganggap Ketua Pemuda MCA itu tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung isu pemberian biasiswa JPA.

"Bagi saya tidak timbul soal sensitif daripada Ka Siong dan saya menyarankan Ibrahim supaya jangan menimbulkan isu-isu seperti ini nak melagakan kita dalam Barisan Nasional (BN).

"Dia bukan ahli BN, jaga kawasan sendiri cukuplah di Pasir Mas," katanya.

Tiada ulasan: