Jumaat, 25 Jun 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Zahid Elak Namakan Pembida Projek Pembangunan Lapangan Terbang Sg Besi

Posted: 25 Jun 2010 06:15 AM PDT

Oleh Fazli Othman


KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengelak menamakan dua buah syarikat yang membida projek untuk membangunkan Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia di Sungai Besi apabila diasak oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dalam parlimen semalam.

Ketika penggulungan perbahasan Azmin meminta Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan mengapa pengambilalihan lapangan terbang TUDM Sungai Besi tidak dibuat secara tender terbuka.

Beliau mempertikaikan jawapan menteri dengan ambil merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri yang berulangkali mengatakan projek penswastaan khususnya dalam penjualan aset negara dan penjualan tanah yang strategik akan dibuat secara tender terbuka.

"Mengapa dalam kes lapangan terbang Sungai Besi perkara ini tidak dilakukan. Jika ini dilakukan pastinya rakyat akan mengetahui berapa pendapatan kerajaan dalam urus niaga daripada ketelusan seperti ini.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamruddin Jaafar kemudiannya bangun mencelah meminta kepastian daripada menteri berhubung kedudukan sebenar lapangan terbang tersebut.

Beliau memetik laporan media pada bulan April lepas yang memetik Ahmad Zahid sebagai berkata tiada cadangan bangunkan tanah lapangan terbang itu sebagai hub komersial.

"Panglima Tentera Udara Di Raja Malaysia mengatakan pihaknya sedia mengosongkan kem Sungai Besi dan yang terkini pada 11 Jun, menteri mengumumkan kepada media bahawa lapangan terbang akan ditutup.

Menteri dalam penjelasannya kepada soalan yang dibangkitkan dalam ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata cadangan untuk membangunkan tanah lapangan terbang itu telah di bawa oleh 1Malaysia Development Berhad bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di samping cadangan dua lagi syarikat lain yang dikemukakan kepada kabinet.

Azmin kemudiannya mencelah meminta menteri menamakan dua lagi syarikat yang membida projek tersebut tetapi Ahmad Zahid berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung dua lagi pembida projek itu dan akan memberikan jawapan secara bertulis kepada beliau.

Beliau membidas jawapan menteri tersebut di mana Menteri dan Timbalan Menteri turut menggelak untuk menjawab atau pun beliau tidak mahu menjawab.

"Ada satu lagi kategori hari ini apabila menteri menjawab tidak ingat, saya rasa sebagai Menteri Pertahanan, Naib Presiden Umno yang paling kanan, mustahil beliau tidak ingat.

"Ini bukanlah perkara baru dan saya telah bangkitkan dalam perbahasan sebelum ini, saya telah membangkitkan siapakah pembida yang menyertai pembangunan ini.

"Sudah pastilah Kementerian menyediakan jawapan untuk menteri menjawab dan saya juga mahu tahu mengapa pegawai di kementerian tidak menyenaraikan dua lagi nama syarikat yang membida projek ini," soal Azmin lagi.

Azmi turut mempersoalkan apakah pengalaman 1Malaysia Development Berhad sebagai pemaju hartanah yang mempunyai pengalaman membangunkan tanah yang begitu strategik dan mahal.

Apabila ditanya berhubung penglibatan tiga individu iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin,
Datuk Desmond dan Datin Cindy berhubung projek tersebut, Ahmad Zahid berkata beliau tidak dapat
memastikan sama ada individu yang disebut Ahli Parlimen Gombak terlibat atau tidak.

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya menghentikan perbahasan usul selepas mendapati menteri yang diasak dengan soalan berhubung isu tanah lapangan terbang Sungai Besi TUDM oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas.

KDN Jumpa Pengarang Suara Keadilan Isnin Depan

Posted: 25 Jun 2010 06:14 AM PDT

Oleh Faizal Ezzany


SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta Pengarang lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan hadir ke kementerian tersebut di Putrajaya berhubung mesyuarat pelarasan berkaitan hal ehwal media cetak.

Surat rasmi dari KDN itu telah dihantar ke Pejabat Suara Keadilan melalui faks petang tadi selepas sidang media oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, perjumpaan itu akan diadakan pada Isnin 28 Jun jam 5.30 petang di Blok D Kementerian Dalam Negeri yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam.

Pengarang Suara keadilan, Dzulkarnain Mohd Taib menjelaskan beliau akan hadir perjumpaan tersebut dan akan memberi kerjasama penuh dengan pihak KDN.

"Sebagai lidah rasmi kepada KEADILAN, saya akan hadir untuk berjumpa dengan Mahmood Adam minggu depan, selain itu juga kita akan memberi kerjasama semasa perbincangan tersebut.

"Apa yang ingin diperkatakan sebagai suara rasmi parti kita berhak memberi pendedahan kepada rakyat umum terhadap setiap perkara yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan.

"Berkenaan dengan isu Felda ini semua rakyat tahu dengan kemerosotan simpanan tunai dan hak rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar, kita tidak patut menyembunyikan sesuatu yang benar. Kita ingin memperbetulkan persepsi negetif rakyat kepada Felda dan sebagai sebuah kerajaan yang memerintah mereka sepatutnya menjelaskan segala persoalan yang menjadi tanda tanya.

"Kita melihat banyak perkara yang sehingga sekarang tidak dijelaskan oleh kerajaan dari isu Apco, telaga minyak blok L dan M dan yang terkini isu tanah negara di Singapura mahupun di Kem Sungai Besi. Jadi sebagai akhbar yang bertujuan menyampaikan isu sebenar maka perkara tersebut tidak sepatutnya dilindungi, selain itu kebebasan media tidak boleh dikekang," katanya.

Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong ketika dihubungi berkata tindakan KDN itu adalah sebagai satu tindakan kerajaan untuk menutup penyelewengan di dalam Felda itu terus diketahui oleh rakyat, beliau juga memberitahu segala maklumat itu mempunyai bukti yang kukuh bukannya andai pemimpin dari KEADILAN.

Bantahan Lesen Judi Bola Sepak, Pemuda Umno Tertinggal Bas

Posted: 25 Jun 2010 06:04 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar


TAHNIAH diucapkan kepada Dewan Pemuda Pas kerana mendahului Pemuda Umno dalam membantah pemberian lesen judi bola sepak. Dewan Pemuda Pas awal-awal lagi telah membantah pemberian itu dengan mengadakan tunjuk perasaan di perkarangan-perkarangan masjid sebaik saja Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussein mengumumkan cadangan kerajaan untuk memberi lesen perjudian itu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan (foto) bersama saf kepimpinannya terus menggerakkan kempen membantah pemberian lesen berkenaan. Hasil bantahan Pemuda Pas itu orang ramai menyedari akan bahaya perjudian berkenaan. Ekoran itu juga berbagai pihak turut menyatakan kesalan dan bantahan mereka berhubung perkara itu.

Dalam soal ini bolehlah dianggap Pemuda Pas yang mempeloporinya manakala pergerakan Pemuda Umno ketinggalan bas dalam hal ini!

Setelah dua minggu Pas mengadakan bantahan, hari ini baru Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan pergerakan itu juga turut membantah pemberian lesen judi bola itu. Katanya keputusan itu setelah ditanya pandangan rakan-rakannya dalam MCA dan MIC.

Cara Khairy untuk memutuskan soal pemberian lesen judi itu menunjukkan kelemahan Pemuda Umno. Pemuda sepatutnya tidak perlu merujuk kepada pemuda MIC dan MCA dalam memutuskan perkara itu. Soal yang jelas haramnya Pemuda Umno tidak perlu berbincang sebalik langsung membuat keputusan. Apakah sekiranya pemuda MCA dan MIC tidak bersetuju maka pergerakan pemuda Umno juga rela bersubahat dengan maksiat dan jenayah itu?

Bukankah pergerakan itu juga ada biro agama dan turut dianggotai oleh ustaz-ustaz mudanya ada yang berkelulusan universiti Al Azhar dan Madinah. Bahkan ada Exconya yang pernah mencabar dan mengajak Nik Abdul Aziz untuk berdebat. Apakah keilmuan ustaz muda dalam pergerakan pemuda Umno belum cukup ilmu untuk mengharamkan perjudian. Kalau Mursyidul Am Pas berani dicabar apakah mereka begitu naif untuk menghukumkan soal judi?

Bantahan Khairy itu juga dibuat setelah Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendiriannya mengenai pemberian lesen berkenaan. Kata Mahathir kalau beliau masih berkuasa nescaya lesen itu akan membenarkan lesen berkenaan. Apakah keputusan Khairy itu sebagai menempal Mahathir. Sebelum ini Mahathir berkali-kali mengkritik dan menyinis Khairy termasuk kemenangan menanti bekas Perdana Menteri ke 4 itu sebagai ketua pemuda disebabkan rasuah.

Apakah tindakan Khairy membantah judi itu kerana semata-mata mahu mengambil pendirian bertentangan dengan idoanya itu? Sekali lagi diucapkan tahnizah kepada Dewan Pemuda Pas semoga dewan itu akan lebih peka dan terus bergerak untuk membenteras rasuah dan maksiat. Pemuda Pas jangan saja menjadi juara dalam isu-isu semasa sebaliknya harus istiqamah dan serius dalam membenteraskan maksiat dan perjudian yang sudah lama bersarang di negara ini seperti empat nombor ekor, toto, pelacuran, rumah urut dan sebagainya

Perangi Judi Haram Atau Tambah Lesen Judi?

Posted: 25 Jun 2010 06:00 AM PDT

Oleh A KAdir jasin


SETELAH meneliti debat dan polemik menganai cadangan mengeluarkan semula lesan judi bola sepak, saya berasa yakin kita boleh membuat beberapa kesimpulan.

Pertama, Mohd Najib Abdul Razak, sebagai Pengerusi Barisan Nasional, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan boleh meluluskan lesen judi bola sepak atau apa-apa judi sekalipun. Itu hak dan budi-bicaranya.

Kedua, parti-parti bukan Islam dalam BN mungkin bersetuju atau tidak menentang keras pelesenan judi manakala parti-parti lawan, termasuk Pas dan PKR, akan bermain wayang dan menangguk di air keruh. Itu hak mereka.

Ketiga, sebagai seorang Islam dan Presiden Umno, Mohd Najib tidak boleh bertindak sesuka hati. Di sisi Islam, judi sama ada dilesenkan atau dijalankan secara haram adalah HARAM.

Keempat, sebagai Presiden Umno – sebuah parti yang berjuang atas nama agama (Islam), bangsa dan negara – Mohd Najib tidak boleh bertindak sesuka hati.

Kelima, dia berkuasa mengarah dan memujuk menteri-menteri Islam, ketua-ketua Umno dan media massa arus perdana melancarkan perang saraf bagi menyokong pelesenan judi bola sepak. Atau pihak-pihak ini berasa perlu untuk mempertahankan Perdana Menteri dan kerajaan.

Keenam, Mohd Najib harus berhati-hati menongkah arus kerana ramai dalam Umno telah secara terbuka dan terus terang menyatakan bantahan mereka terhadap pengeluaran lesen judi bola sepak.

[Umno Johor – tonggak kekuatan Umno Malaysia buat masa ini – telah mengatakan "tidak" kepada lesen tambahan perjudian. Umno Perak yang dalam perjuangan hidup mati pun mengatakan "tidak" dan begitu jugalah Umno Kedah yang cuba bangkit semula. Semuanya berkata "tidak".

Pemuda Umno pun menyatakan pendirian yang sama. Bernama pada 24 Jun memetik ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, sebagai berkata Pemuda Umno menentang cadangan mengeluarkan lesen judi bola sepak.

Katanya, pelesenan judi bola sepak akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

"Selepas beberapa minggu mendapatkan pandangan ahli akar umbi dan melihat usaha polis mencegah judi (haram), Pemuda Umno mengambil pendirian membantah jika kerajaan mahu mengeluarkan lesen judi bola sepak," tegas beliau.]

Ketujuh, dalam isu judi ini, politiking ada hadnya. Umno, Pas dan elemen Islam dalam PKR boleh bermain wayang dengan membuat kenyataan politik untuk menyedapkan hati penyokong masing-masing sambil cuba mengambil hati orang bukan Islam, tetapi mereka tidak boleh bermain wayang dengan hukum agama dan tentunya tidak semua orang bukan Islam mahu lebih banyak lesen dan kegiatan judi diwujudkan kononnya kerana menghormati hak dan kebebasan orang bukan Islam.

Kelapan, tidak semua orang bukan Islam kaki judi dan bukan semua yang berjudi halal itu orang bukan Islam. Ramai orang bukan Islam menentang judi dan ramai juga orang Islam mencuri berjudi menggunakan perantara dan proksi.

Kesembilan, judi bukan sahaja haram kepada orang Islam, tetapi ia juga buruk kepada orang bukan Islam. Ramai kaki judi yang muflis, diburu along, mengabaikan anak bini dan sekali sekala terjun bangunan, gantung diri dan minum racun.

Kesepuluh, keberkesanan alasan melesenkan judi bagi melawan judi haram ada hadnya. Hakikat yang wajib diakui ialah judi haram tetap berleluasa di negara kita walaupun pelbagai jenis judi telah dilesenkan. Sebabnya ialah kerana ramai kaki judi dan ramai penjenayah di negara kita. Ada kaum dan individu di negara ini yang berpaksikan keuntungan dan materialisme semata-mata, di mana maruah diukur dengan wang ringgit dan segala-galanya boleh asalkan mendapat untung.

Kesebelas, lebih baik kita memerangi judi haram. Gunakan segala peruntukan undang-undang – buang daerah, cukai pendapatan, money laundering dan pembekuan harta – untuk melawan penjenayah judi ini. Takkanlah polis kita haprak sangat sampai tidak tahu siapa penyangak di sebalik judi haram dan kegiatan underworld ini?

Akhir kalam, jangan kerana mahu mengambil hati seorang dua pengusaha judi, Presiden Umno melukakan hati berjuta-juta ahli dan penyokong Umno. Ingatlah, ahli Umno dan orang Melayu tidak lagi mengikut dan menyokong membabi-buta.

PBS MEMECAH TEMBOK TRADISINYA?

Posted: 25 Jun 2010 05:20 AM PDT

Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI.(sabahkini)


http://flagspot.net/images/m/my%7Dpbs.jpgPENYERTAAN mantan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) cawangan kampung Batu Tiningkang, Laibit bin Asik kepada Parti Keadilan memecah tembok PBS-BN yang dikatakan kebal di kawasan Melalap, Sabah.

Laibit ketika dihubungi Sabahkini.net berkata, beliau membuat keputusan menyertai pembangkang melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai tanda protes beliau kepada Kerajaan BN yang gagal melunaskan segala janji pada pilihanraya Ke-12 untuk memperbaiki jalan dan banyak lagi perkara lain.

Laibit menyandang jawatan Ketua Pemuda sejak penubuhan PBS, baru kali pertamanya berpindah parti kerana kecewa dengan cara kerajaan BN mentadbir Sabah kerana tidak mengikut keperluan dan aspirasi rakyat, seperti ungkapan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan."

Menurut Laibit, jalan raya mereka terlalu teruk apabila hujan dan nyaris keluarganya menjadi mangsa kerana kereta yang dipandu adiknya terbabas ke kawasan gaung kerana jalan terlalu licin.

Apabila diasak pertanyaan dari Sabahkini.net, siapakah yang salah dalam perkara itu, Labit berkata, sebenarnya penduduk kampung tidak juga memberi tekanan semata-mata kepada wakil rakyat kerana beliau juga telah bersetuju meluluskan semua permohonan daripada JKKK.

Bagaimanapun, tegas Laibit, mungkin semua itu berpunca daripada kelemahan jabatan berkaitan, ditokoh tambah pula oleh pekerja di jabatan-jabatan kerajaan Tenom yang majoritinya orang umno-BN dan mereka tahu kawasan PBS menjadi satu faktor kurang mendapat perhatian.

"JKKK tidak ada kekuatan untuk mendesak kepada Jabatan Kerajaan kerana kuasa JKKK terhad, berbanding dengan kuasa Wakil Rakyat," kata Laibit yang agak berang dengan pentadbiran Kerajaan BN.

Ditanya Sabahkini.net lagi, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah adakah masalah penduduk kampung Batu Tiningkang dapat diselesikan?

"Saya tidak memikirkan semua itu kerana PKR tidak meletakkan janji seperti dijanjikan oleh BN, namun penduduk kampung sudah tentu itulah harapan mereka setelah berlaku transformasi," ujar Laibit lagi.

Kerajaan UMNO-BN masih mengamalkan berat sebelah dan gagal mengamalkan konsep perkongsian kuasa, khususnya di Pejabat Daerah yang majoriti kakitangannya penyokong UMNO dan perkara ini dibiarkan sahaja sekian lama sekalipun Setiausaha Kerajaan Negeri mengetahui ketidak seimbangan ini berlaku.

Suami: ‘Sudah pasti saya, Maya Karin akan bercerai’

Posted: 25 Jun 2010 05:15 AM PDT



Muhammad Ali ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam untuk mendaftar pengesahan pernikahan dengan Maya Karin, semalam.

KUALA LUMPUR — Muhammad Ali Abdullah, suami pelakon dan pengacara terkenal Maya Karin, hari ini mengesahkan pasangan tersebut sedang menuju proses mengakhiri rumah tangga mereka dengan usaha mendaftar penikahan berusia dua tahun semalam adalah langkah awal.

"Sudah pasti kami akan bercerai. Yang saya kata 'tidak bercerai' semalam bermakna kami tidak bercerai semalam, tetapi kami sudah pasti kami akan bercerai," kata Muhammad Ali atau nama asalnya Steven David Shorthose kepada The Malaysian Insider hari ini.

Muhammad Ali memberitahu, oleh kerana pernikahan mereka yang berlangsung dua tahun lalu di Itali belum didaftarkan lagi, maka ia perlu disahkan sebelum mereka boleh bercerai secara rasmi.

"Permohonan cerai hanya akan dibuat selepas keputusan permohonan pengesahan pernikahan diketahui," kata guru sekolah antarabangsa ini.

Keputusan itu dijangka diketahui pertengahan bulan depan.

"Tiada keputusan semalam, saya jangkakan dalam dua minggu lagi keputusan akan dikeluarkan," kata beliau lagi.

Maya Karin, yang sejak awal tahun ini dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, semalam muncul di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk membuat pengesahan nikah selepas dua tahun berkahwin dengan Muhammad Ali.

Kedua-dua mereka hadir di mahkamah semalam, tetapi secara berasingan. Malah mereka meninggalkan pekarangan mahkamah secara berasingan.

Semalam, seorang pegawai mahkamah memberitahu Maya Karin hadir di mahkamah untuk mengesahkan perkahwinan mereka.

"Selain itu, mereka juga tidak berbincang apa-apa mengenai penceraian. Jadi status mereka masih suami isteri," kata pegawai mahkamah itu.

Awal tahun ini Maya Karin menafikan mereka akan bercerai.

Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.

Semalam, Maya Karin dan suaminya tidak memberi sebarang butiran lanjut mengenai kehadiran mereka di mahkamah.

"Tidak bercerai. Tanya Maya," kata Muhammad Ali sebelum meninggalkan mahkamah.

Maya pada mula enggan bercakap kepada wartawan tetapi selepas diminta dia berbuat demikian.

Menurut Maya Karin, adalah lebih baik baginya tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa mengenai perkara ini, adalah lebih baik saya diamkan diri.

"Setakat ini saya berpuas hati dengan pertemuan tadi. Tiada keputusan yang dibuat," katanya.

Akhir Februari lalu, Maya Karin berkata dia masih berusaha gigih untuk menyelamatkan rumah tangganya yang bergelora sambil mengakui ia berpunca daripada "kesilapan mereka sendiri."

Maya Karin berkata dia dan suaminya amat bersykur sekiranya perkahwinan mereka dapat diselamatkan.

Pelakon filem "Pisau Cukur" keluaran tahun lalu pernah digosipkan dengan Remy Ishak yang berlakon bersamanya dalam teater "Natrah" akhir tahun lalu.

Mengenai hubungan Maya Karin dan Remy, Muhammad Ali memberitahu The Malaysian Insider, dia memang ada mendengar tentang persahabatan mereka sejak akhir tahun lalu.

"Saya memang ada mendengar persahabatan mereka hujung tahun lalu tetapi saya tidak bertemu dengan Remy... tetapi kalau ada peluang untuk bertemu, saya akan jumpa beliau dan berbual, tiada masalah," katanya.

Ketika ditanya sama ada Maya Karin ada berbual dengannya di mahkamah semalam, Muhammad Ali: "Tiada sebarang kata-kata, tiada helo, tiada apa..."

Maya, suaminya boleh didakwa gagal sahkan nikah

Posted: 25 Jun 2010 05:13 AM PDT


KUALA LUMPUR – Pelakon Maya Karin dan pasangannya Muhammad Ali Abdullah boleh didakwa di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 berhubung kesalahan lewat mendaftar perkahwinan mereka yang berlangsung di Itali dua tahun lalu.

Menurut Pegawai Mahkamah Tinggi Syariah, pasangan tersebut boleh didakwa kerana lewat mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.

"Maya Karin dan Muhammad Ali boleh didakwa atas kesalahan itu kerana mengikut Undang-undang Keluarga Islam sesiapa yang berkahwin di luar negara perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

"Undang-undang Keluarga Islam juga menyebut pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan mereka dalam tempoh enam bulan dari tarikh mereka kembali ke Wilayah Persekutuan.

"Dalam kes Maya dan Muhammad Ali, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya atas kesalahan itu," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Maya Karin, yang sejak awal tahun ini dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, semalam muncul di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk membuat pengesahan nikah selepas dua tahun berkahwin dengan Muhammad Ali atau nama asalnya Steven David Shorthose.

Kedua-dua mereka hadir di mahkamah semalam, tetapi secara berasingan. Malah mereka meninggalkan pekarangan mahkamah secara berasingan.

Semalam, seorang pegawai mahkamah memberitahu Maya Karin hadir di mahkamah untuk mengesahkan perkahwinan mereka.

"Selain itu, mereka juga tidak berbincang apa-apa mengenai penceraian. Jadi status mereka masih suami isteri," kata pegawai mahkamah itu.

Pagi tadi, Muhammad Ali memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya sudah pasti akan bercerai.

Pengesahan pernikahan mereka semalam adalah langkah awal ke arah itu.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang berkata, Maya Karin dan Muhammad Ali boleh didakwa kerana berkahwin tanpa kebenaran mahkamah di luar negara.

"Apa-apa perkahwinan yang dibuat tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk didakwa di mahkamah jika pernikahan itu tidak dilaporkan dalam tempoh enam bulan.

"Jika gagal berbuat demikian pasangan itu boleh dikenakan hukuman denda denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya atas kesalahan itu," katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.

Anne Ngasri sah bercerai talak tiga

Posted: 25 Jun 2010 05:12 AM PDT

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Pelakon Anne Ngasri sah bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim syarie, Shaiful Azli Jamaludin mensabitkan tiga talak yang dilafazkan sebanyak tiga kali oleh Abdul Wafi terhadap Anne iaitu talak pertama pada awal Julai tahun lalu, talak kedua pada pertengahan Julai lalu dan talak ketiga pada 25 Mac lalu.

Pasangan tersebut disahkan rujuk semula dalam tempoh terdekat selepas berlakunya talak pertama dan kedua.

Namun bagi talak ketiga, tiada rujuk berlaku

Kes malaria di Sabak Bernam jangkitan dari luar negara

Posted: 25 Jun 2010 05:09 AM PDT

UTUSAN ONLINE

SHAH ALAM - Sebanyak empat kes malaria termasuk satu kematian dikesan di Bagan Sekinchan, Sabak Bernam, 16 Jun lalu berpunca daripada jangkitan dari luar negara dan bukan akibat penularan tempatan, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Dr. Hasan berkata, satu kematian telah dilaporkan di kawasan tersebut pada 16 Jun lalu dan setelah disiasat mendapati mangsa, 35, adalah seorang pekerja asing dari Myanmar yang bekerja sebagai nelayan di Bagan Sekinchan bersama tiga rakan senegaranya.

Mereka telah sampai ke negara ini pada 6 Jun lalu dan tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini mengulas mengenai berita yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh bertarikh 23 Jun lepas.

Beliau berkata, Mangsa mula menunjukkan gejala demam sehari selepas tiba (7 Jun) dan hanya mendapatkan rawatan pada 12 Jun di sebuah klinik swasta selepas kembali dari lautan dan diberi rawatan pesakit luar.

"Mangsa mendapatkan rawatan kedua pada 15 Jun di klinik yang sama dan terus dirujuk ke Hospital Tanjong Karang, kemudiannya ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama,'' katanya.

Beliau menambah, mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi tetapi meninggal dunia keesokan harinya (16 Jun) akibat komplikasi malaria.

"Tiga rakan senegara mangsa juga didapati positif malaria, seorang telah sembuh dan dibenarkan pulang sementara dua lagi masih dirawat di hospital," katanya.

Dr. Hasan berkata, hasil siasatan Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam pada 16 Jun lalu dan pemeriksaan ke atas 10 rakan sekerja mangsa menangkap ikan yang sama mendapati, mereka negatif bagi malaria.

Ujarnya, contoh darah daripada 122 penduduk tempatan serta 219 pekerja asing yang telah diambil untuk pemeriksaan malaria disahkan negatif.

Kelantan dapat peruntukan lebih besar dalam RMK-10

Posted: 25 Jun 2010 05:07 AM PDT

BERNAMA

GUA MUSANG – Selain peruntukan wang ihsan RM25 juta, Kelantan turut mendapat peruntukan lebih besar berbanding beberapa negeri lain dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata, Kelantan merupakan antara beberapa negeri yang mendapat peruntukan besar untuk melaksanakan pelbagai projek infrastruktur dan meningkatkan ekonomi rakyat dalam RMK-10.

"Peruntukan itu berdasarkan perkembangan semasa mengenai kemiskinan rakyat negeri itu yang memerlukan pembelaan sepanjang masa bagi menyamai kemajuan dengan negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MCA Bahagian Gua Musang di sini hari ini.

Donald Lim, yang juga Naib Presiden MCA, berkata, keutamaan kemajuan lebih pesat dalam RMK-10 ialah pembinaan jalan raya dan menaikkan taraf jalan sedia ada bagi menyelesaikan masalah perhubungan penduduk.

"Kerajaan Persekutuan tidak pernah membelakangkan kemajuan negeri Kelantan, sebaliknya lebih diutamakan, tanpa mengambil kira kerajaan negeri terbabit di bawah pemerintahan Pas," katanya.

Juara dunia Itali tersungkur

Posted: 25 Jun 2010 05:05 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


ALeqM5h_SDbnsqAvjvRuAfg4Wae1r-4Ddg Kejohanan Bolasepak Piala Dunia

JOHANNESBURG: Juara bertahan Itali tersungkur dari kejohanan bolasepak Piala Dunia pada peringkat kumpulan setelah ditewaskan oleh pasukan baru Slovakia dengan keputusan 2-3 di sini semalam.

Slovakia layak ke pusingan kalah mati setelah muncul sebagai naib johan Kumpulan F di belakang johan kumpulan Paraguay yang mencatat keputusan seri 0-0 dengan New Zealand.

Striker Slovakia Robert Vittek menyumbat dua gol pada minit ke 25 dan 73 dan Kamil Kopunek menambah jaringan ketiga pada minit 89 di mana kibaran bendera Itali terus berhenti selepas itu.

Antonio Di Natalie dan Fabio Quagliarella menjaringkan gol untuk Itali pada lewat perlawanan tetapi Itali sentiasa mengejar perlawanan, yang dikuasai Slovakia.

Itali merupakan pasukan pilihan terbaru kecundang pada Piala Dunia kali ini setelah naib juara 2006 Perancis turut tersingkir pada peringkat kumpulan dan menduduki di tempat tercorot apabila hanya berjaya mengutip satu mata.

Pasukan-pasukan yang mewakili benua Afrika juga mempamerkan aksi yang mengecewakan apabila wakil mereka, Nigeria, Algeria, Cameroon dan pasukan tuan rumah Afrika Selatan tersingkir dari Piala Dunia.

Sementara Ivory Coast yang diramalkan bakal tersingkir di peringkat kumpulan kerana berdepan dengan tugas berat untuk menumpaskan Korea Utara dengan gol yang banyak di Johannesburg pada malam ini. Hanya Ghana layak ke pusingan kalah mati.

Paraguay menyambung prestasi cemerlang daripada pasukan-pasukan yang mewakili Amerika Selatan apabila berjaya menjuarai Kumpulan F setelah terikat seri 0-0 dengan New Zealand di Polokwane semalam.

Kesemua pasukan Amerika Selatan menguasai kumpulan masing-masing. Uruguay menjuarai Kumpulan A, Argentina johan Kumpulan B, Brazil dalam Kumpulan G dan Chile dalam Kumpulan H.

Pada jam 10.00 malam ini, menyaksikan juara lima kali Brazil bertemu Portugal pada perlawanan terakhir Kumpulan G di Durban manakala Ivory Coast bertemu Korea Utara di Johannesburg.

Pemuda PAS desak polis siasat segera

Posted: 25 Jun 2010 04:54 AM PDT


pemuda johor Isu hantar pasir ke Singapura

Oleh Muda Mohd Noor


PETALING JAYA: Pemuda PAS Johor membuat laporan polis mengenai isu penghantaran pasir dari Johor ke Singapura sebagaimana yang dilapurkan oleh sebuah akhbar tempatan sejak beberapa hari lalu.

Ketua Pemuda PAS negeri, Khairil Faizi Ahmad Kamil membuat lapuran itu di balai polis Sentral Johor Baru kira-kira jam 10.15 pagi hari ini. Hadir sama beberapa pemimpin Pemuda PAS negeri.

"Kita minta polis siasat bagaimana boleh berlaku penghantaran pasir dari sungai-sungai di Johor ke Singapura sebagaimana yang dilapurkan.

"Pada asalnya pasir Johor digunakan untuk dalam negeri khususnya pembangunan Danga Bay dan Tanjung Pelepas.

"Tetapi kita (PAS) mendapat maklumat bahawa kapal pengangkut menghantar pasir melalui laut ke Pulau Punggul Timur di Singapura," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mustahil pihak berkuasa tidak tahu

Ketika diminta mengulas perkara itu, Khairil Faizi berkata, adalah mustahil pihak berkuasa seperti Pejabat Tanah dan Galian PTG) dan kastam tidak mengetahui pergerakan kapal pengangkut pasir tersebut.

Katanya, ini kerana kapal itu bergerak dalam jumlah yang besar dan dikatakan kegiatan itu berlaku sejak tiga tahun lalu.

"Baru-baru ini anggota kita turun membuat tinjauan di Ulu Tiram dan mendapati kawasan tersebut menjadi satu korekan yang besar. Kita akan membongkar lebih banyak lagi penyelewengan pasir ini," katanya.

Khairil Faizi berkata, apa yang membimbangkan ialah ada perjanjian untuk membenarkan pengangkutan pasir dari Johor ke Singapura antara kerajaan negeri atau kerajaan pusat dengan republik itu.

Sementara itu, ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Tebrau Abdul Aziz Tohak ketika dihubungi berkata, alat pengangkut pasir yang dikenali dengan panggilan`patong' mengangkut pasir dari Kota Tinggi dan Ulu Tiram melalui perairan Singapura untuk dihantar ke Danga Bay.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak tahu sama ada patong berkenaan menghantar pasir berkenaan ke tempat lain.

"Kalau ada berlaku kegiatan sedemikian rupa, itu di luar pengetahuan saya," katanya.

Sebelum ini, menurut Abdul Aziz, kegiatan mengorek pasir di Sungai Johor di Ulu Tiram untuk dihantar ke Danga Bay pula mempunyai lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Slug: Persiapan pilihanraya agenda utama "retreat" PKR.

Posted: 25 Jun 2010 04:53 AM PDT


fauziah salleh Oleh Fazy Sahir


KUALA LUMPUR: Agenda utama yang bakal dibentangkan dalam pemukimam (retreat) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermula esok adalah untuk membincangkan persediaan parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Retreat yang dijadualkan berlangsung dua hari, membawa agenda penting parti dalam persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak yang dijadualkan hujung tahun ini di samping pilihan raya umum ke-13.

Bertempat di Hotel Quality, Shah Alam, retreat itu juga turut membincangkan mengenai strategi penting dalam menawan Putrajaya.

Menurut Pengarah Pilihanraya PKR Fuziah Salleh, objektif retreat ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan dan memperkuatkan parti.

Maka sepanjang retreat berlangsung pelbagai perbincangan, resolusi untuk kerja parti serta formula untuk persiapan pilihan raya ini turut diketengahkan.

"Kami sudah rancang retreat ini dah lama. Agenda utama kami adalah untuk membincangkan pelbagai strategi dalam mempersiapkan parti dalam pilihan raya akan datang.

"Selain itu juga hasrat untuk tawan Putrajaya akan dibincangkan nanti. Pelbagai resolusi serta program-program kerja parti turut diselitkan dalam retreat ini nanti,"

"Malah pembentangan setiap kertas kerja ini bakal dilakukan membabitkan ahli-ahli majlis tertinggi parti," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Pimpinan tertinggi PKR iaitu Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mempengerusikan mensyuarat bersama ahli majlis tertinggi parti, namun diadakan secara tertutup.

Sementara itu, Fuziah tidak menolak kemungkinan sekiranya isu membabitkan ketidakpuashati terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal diutarakan dalam retreat ini.

"Ia bukan agenda utama, namun saya tidak menolak kemungkinan ia akan dibentangkan dalam retreat ini nanti," katanya.

GMJ Seru Khairy Sertai Perarakan 100,000 Bantah Judi Sukan

Posted: 25 Jun 2010 04:37 AM PDT

TV SELANGOR


Gerakan Mansuhkan Judi atau GMJ menyeru Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk terbabit secara langsung dalam kempen nasional membantah pertaruhan judi sukan yang diluluskan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Badan ini membuat seruan itu ketika diminta mengulas bantahan rasmi sayap Umno itu semalam.

Dalam satu perkembangan terbaru, Pemuda Umno membuat kenyataan rasmi menolak pertaruhan sukan kerana ia mengundang mudarat kepada fabrik sosial negara ini.

Bantahan ini mengulangi seruan Pakatan Rakyat yang membantah usaha kerajaan 1Malaysia membudayakan judi sukan, yang disusuli dengan pengharaman menyeluruh di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Jurucakap GMJ, Suhaizan Kayat menggesa Khairy berganding bahu bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam perarakan 100,000 rakyat membantah judi sukan pada 3 Julai depan.

"Saya rasa tidak cukup sekadar memberikan kenyataan sebab UMNO mempunyai ruang kepada Perdana Menteri,jadi saya kira dia boleh menggunakan ruang yang ada itu untuk bercakap terus kepada Perdana Menteri,"

GMJ sekali lagi menyeru Khairy untuk menyokong kaedah pendidikan, pembanterasan dan penguatkuasaan undang-undang sebagai pelan bertindak yang lebih berkesan menangani gejala judi haram.

"Kita minta supaya,pihak kerajaan memberikan tumpuan kepada mengetatkan lagi penguasaan undang-undang,dan memberikan pendidikan membenci judi."

'Felda bankrap' - Suara Keadilan, Zaid disaman

Posted: 25 Jun 2010 04:17 AM PDT

Jimadie Shah Othman

Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) akan menyaman akhbar organ PKR Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat".

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, tuduhan yang dibuat dalam edisi terbaru akhbar itu, terutamanya di muka depannya dengan tajuk 'Felda Bankrap' adalah keterlaluan.

"(Akhbar) ini digantung di mana-mana. (Tajuknya) 'Felda Bankrap', titik. Bukan tanda soal. Kalau (mereka) sebut mungkin bankrap, lain sikit," katanya yang bertanggungjawab membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam hal ehwal FELDA.

"Fitnah, fitnah, fitnah dan fitnah (semua itu). Perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa. Ia mesti dihentikan."

Selain pemilik permit, pihaknya akan turut menamakan ketua pengarang akhbar itu, wartawan-wartawan terbabit dan empat pemimpin pembangkang iaitu penyelaras Pakatan Zaid Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta wakil rakyat PAS Mohd Abdul Wahid Endut.

Saman tersebut bakal difailkan dalam masa terdekat, kata Ahmad.

"Setakat ini kita sudah lantik peguam. Sudah dua kali berbincang pun," tambahnya.

Dalam Suara Keadilan bertarikh 22 - 29 Jun, selain laporan muka depannya, akhbar mingguan itu turut memuatkan beberapa siri laporan khusus tentang hal ehwal kewangan FELDA.

Dalam sidang media di ibu pejabat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu di ibu negara, Ahmad menjelaskan mustahil FELDA di ambang bankrap memandangkan ia merupakan "pemilik tanah paling besar di dunia" dengan 23,000 kakitangan pengurusan.

Katanya, walaupun tunai syarikat itu berkurangan sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh empat tahun (sehingga tahun lalu), aset semasa dan tetap FELDA menonjak sebanyak RM6.2 bilion dalam tempoh yang sama.

Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian berkata syarikat itu juga mempunyai pelaburan di pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Arab Saudi, China, India dan Australia.

"Kedudukan kewangan FELDA kini sangat kukuh berdasarkan nisbah-nisbah kewangan (financial ratios). Aset bersih FELDA sekarang berjumlah RM12.2 bilion," jelas Ahmad.

Sementara itu, Ahmad juga berpendapat, selain "dengki", motif di sebalik penyiaran berita siaran dalam Suara Keadilan itu dibuat ekoran FELDA diterajui perdana menteri sendiri.

"Sasarannya pada perdana menteri sendiri. Kedua, FELDA ini kubu kuat BN. Mereka (pembangkang) hendak pecahkan penguasaan BN," katanya.

Haramkan buku: Malaysiakini heret k'jaan ke mahkamah

Posted: 25 Jun 2010 04:15 AM PDT

MALAYSIA KINI


Malaysiakini akan mencabar keputusan menteri dalam negeri semalam yang mengharamkan buku kartun 1Funny Malaysia - yang dterbitkan oleh portal berita berkecuali itu.

Buku kontroversi yang diterbitkan Disember tahun lalu oleh anak syarikat Malaysiakini - Kinibooks itu memaparkan kompilasi kartun satira hasil Zulkifli Anwar Ulhaque - atau lebih dikenali sebagai Zunar, - yang disiarkan di Malaysiakini.

Semalam, kerajaan mengumumkan buku kartun 1Funny Malaysia, telah diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Selain buku itu, dua lagi buku komik oleh Zunar - Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun juga diharamkan.

Ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran berkata keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein mengharamkan buku itu sebagai 'pelik'.

"Kartun-kartun di 1Funny Malaysia telahpun disiarkan pada laman sesawang Malaysiakini. Sepanjang pengetahuan kami, tiada bantahan daripada kerajaan sejak kartun-kartun itu dimuat-naikkan," kata Chandran.

Sehubungan itu, menurutnya, Malaysiakini akan memfailkan semakan penghakiman bagi menngkaji semula keputusan kementerian berkenaan.

Ch
andran juga menggesa kerajaan supaya lebih toleran dan menghargai kepelbagaian pandangan yang diluahkan oleh rakyat negara ini.

"Parodi dan satira adalah sebahagian daripada unsur dalam sistem demokrasi yang sihat. Sudah tiba masanya, bagi kerajaan supaya tidak terlalu tegas tetapi menunjukkan mereka juga mampu bertolak-ansur dengan gurauan itu," katanya.

Chandran juga menuntut kementerian dalam negara supaya mendedahkan nasib sebuah lagi buku yang diterbitkan oleh Malaysiakini - Where is Justice? -Beberapa salinan buku itu bersama 1Funny Malaysia dirampas daripada kedai buku di seluruh negara sejak empat bulan lalu.

Where is Justice? adalah kumpulan beberapa isu semasa negara termasuk kematian dan penyeksaan saksi ketika dalam tahanan polis - fokus utamanya adalah ke atas empat kes - Teoh Beng Hock, A Kugan, Altantuya Shaariibuu dan Anwar Ibrahim.

Apabila dihubungi, Penolong Setiausaha, Bahagian Penerbitan Quran dan Teks, Kementerian Dalam Negeri, Abdul Razak Latiff:

"Kami belum menentukan nasib Where is Justice? Saya percaya buku itu masih dikaji."

Beliau tidak mahu mengulas lanjut.

Ulama masuk Umno, mesyuarat MT jadi tumpuan

Posted: 25 Jun 2010 04:12 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini menjadi tumpuan umum yang ingin mengetahui siapakan di kalangan ulama yang bakal menyertai parti itu.

Mereka ingin mengetahui sama ada kemasukan para ulama seperti yang diuar-uar oleh Umno, benar-benar menjadi kenyataan.

Sehingga ini, pihak Umno sendiri masih berahsia mengenai perkara itu - sama ada pengumuman tersebut akan dibuat sebelum atau selepas mesyuarat tersebut.

Mesyuarat bulanan MT Umno yang akan dipengerusikan oleh presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bermula jam 8 malam.

Sabtu lalu, setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof dilaporkan berkata, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 100 ulama akan menyertai parti itu hari ini.

Namun, bekas mufti Perlis menulis dalam blognya menyatakan yang beliau belum lagi membuat sebarang keputusan mengenainya

Bagaimanakan, ekoran laporan mengenai satu taklimat keselamatan yang mengaitkan beliau dengan Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI), Dr Mohd Asri dijangka tidak jadi menyertai Umno buat masa ini.

Beliau yang dihubungi Malaysiakini pagi tadi berkata beliau sedang bermesyuarat dan meminta menghubungi kemudian.

Umno, LDP bercakaran kerana kerusi Merotai

Posted: 25 Jun 2010 04:11 AM PDT

BERNAMA



Wanita Umno Bahagian Kalabakan kecewa dengan kenyataan Ketua Penerangan Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah, Albert Kok, yang menganggap Umno tidak menghormati semangat setia kawan dalam Barisan Nasional apabila menuntut supaya kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Merotai diserahkan semula kepada Umno.

Ketuanya Datuk Hamisa Samat berkata semua pihak dalam BN termasuk LDP sepatutnya menghormati keputusan menuntut kembali kerusi itu yang dibuat oleh 191 cawangan Umno Bahagian Kalabakan dalam mesyuaratnya baru-baru ini.

"Sebagai pemimpin, kita mengambil kira apa juga cadangan, saranan dan usul yang dikemukakan pemimpin peringkat akar umbi. Jika kita mahu BN terus memerintah di Sabah, jangan terlalu pentingkan diri sendiri tanpa mendengar apa kemahuan dan kehendak rakyat akar umbi.

"Tidak wajar kami, sebagai parti majoriti, dilabel tidak mengamalkan setia kawan dalam BN. Kita sentiasa bekerjasama dengan mana-mana parti dalam komponen BN dan kenyataan Albert ini akan mengeruhkan keadaan jika ada pihak yang mengambil kesempatan," katanya.

Kerusi Merotai, yang mempunyai ramai pengundi Bumiputera, kini diwakili oleh Pang Yung Ming daripada LDP, satu daripada parti komponen BN.

Hamisa berkata Umno sentiasa memberi kerjasama dan menyokong penuh calon BN daripada LDP di kawasan Merotai dalam dua pilihan raya yang lalu dengan membantu
dalam kempen sehingga membawa kemenangan.

Katanya atas dasar setiakawan, Umno tidak membantah kerusi berkenaan diserahkan kepada LDP sejak dua penggal namun senario politik kini di Kalabakan sudah berubah dan sukar dijangka.

"Apa yang menjadi kegusaran kami adalah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, ahli-ahli Umno di Merotai tidak dapat menjanjikan (kemenangan) sekiranya pengundi tidak memihak kepada calon bukan dari Umno di situ," katanya.


Kematian Naim: 5 pelajar RMC direman seminggu

Posted: 25 Jun 2010 04:08 AM PDT

Salhan K Ahmad

Lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (RMC) yang ditahan berhubung kes kematian seorang pelajar tingkatan empat maktab itu awal pagi semalam, dikenakan tahanan reman selama tujuh hari.

M
enurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman, polis hari ini mendapat perintah tahanan reman ke atas lima orang pelajar senior maktab tersebut, yang kini ditahan di Balai Polis Sungai Besi bagi siasatan.

Kelima-lima pelajar itu ditahan petang semalam bagi membantu siasatan kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri yang dipercayai akibat dibuli dan didera.

Abdul Rahim Hamzah sebelum ini berkata lima pelajar senior itu diserahkan oleh pihak tentera kepada pihak polis jam 6.30 petang semalam.

Mohammad N

aim Mustaqim dilaporkan meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi semalam.

Laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh pihak tentera di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi semalam.

Dalam laporan itu, allahyaham pengsan dan kemudian dibawa ke hospital di dalam kem dan diberi pertolongan cemas CPR.

Kemudian apabila mangsa disahkan meninggal dunia, pihak tentra membuat laporan polis.

Jenazah pelajar malang itu kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abdul Samah Mat berkata kelima-lima pelajar yang berumur 17 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Provost Marshal dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan di hantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

"Kami akan siasat sama ada mereka terlibat ataupun tidak dalam kes itu dan tempoh penahanan reman terhadap pelajar terbabit belum ditentukan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama.

Abdul Samah berkata polis tidak menolak kemungkinan punca kematian Mohammad Naim Mustaqim adalah disebabkan buli.

"Lihat daripada segi luaran anggota badan mangsa tidak terdapat sebarang luka...bagaimanapun kita akan tunggu keputusan bedah siasat daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk tindakan susulan," katanya.

Abdul Samah berkata dalam tahun ini kejadian sedemikian pertama kali berlaku namun terdapat laporan pergaduhan yang melibatkan institut pengajian tinggi di Kuala Lumpur sebelum ini.

Bagaimanapun tiada laporan diterima oleh polis daripada keluarga mangsa yang berasal dari Baling.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, katanya.

JI: Pemuda PAS tuntut bukti

Posted: 25 Jun 2010 04:05 AM PDT

Puteri Aida Haryani

Dewan Pemuda PAS mencabar pihak-pihak tertentu supaya bertanggungjawab dan mengemukakan bukti kukuh mengenai dakwaan yang mengaitkan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan aktiviti keganasan.

Ketuanya Nasruddin Hassan (kiri) berkata, sekiranya tidak dapat berbuat sedemikian, mereka hendaklah menarik balik segala tuduhan yang dibuat dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

"...atau mereka terpaksa berdepan pula dengan tuduhan rakyat bahawa merekalah pengganas sebenar yang suka mencetus pertelingkahan dan melemparkan fitnah tanpa asas ," katanya.

Selasa lalu, memetik sumber-sumber, Malaysiakini melaporkan Abdul Hadi, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas mufti negeri Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan muftinya sekarang Dr Juanda Jaya dikaitkan dengan 'lingkaran' Wahabi, Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

Bagaimanapun, seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Zamihan Mat Zin (bawah) - yang dikatakan membuat dakwaan itu - menjelaskan beliau hanya menyebut nama Dr Asri seorang dalam taklimat anjuran polis itu.

Menulis dalam blognya semalam, Nasrudin berkata, perancangan pihak tertentu untuk mensabitkan tokoh-tokoh tertentu sebagai pengganas telah "terdedah kepada umum sebelum berjaya membuat tangkapan".

"Tentunya pendedahan yang dibuat oleh pihak media menyukarkan mereka bertindak.

"Justeru mereka terpaksa berdepan dengan persepsi rakyat dan sebagai sebuah kerajaan yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum, pasti sahaja mereka terpaksa mengambil kira soal persepsi rakyat," katanya.

Beliau juga menulis, mesyuarat terbaru dewan itu mengambil sikap menentang sekeras-kerasnya "niat dan tindakan jahat" sesiapa yang menyenaraikan Abdul Hadi sebagai pengganas.

Menurut beliau tuduhan itu - yang diibaratkan sebagai "lagu lama kembali kedengaran" - seolah-olah mahu menjatuhkan reputasi seorang pejuang Islam.

Khalid disingkirkan MB S'gor di permukiman PKR?

Posted: 25 Jun 2010 04:03 AM PDT

MALAYSIA KINI



Permukiman dua hari PKR akan diadakan Shah Alam mulai esok berikutan laporan bahawa sekumpulan 15 ahli parlimen daripada PKR bergabung tenaga untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini, beberapa media menyebut semua anggota parlimen PKR itu mahu Khalid berundur dan melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Khalid, ketika menyampaikan hak milik tanah kepada penduduk di Kampung Sungai Yu, di Kuala Selangor hari ini berkata laporan itu sebagai hanya satu spekulasi.

Ditanya apa tindakan beliau sekiranya diberikan surat mengandungi desakan kumpulan itu, Abdul Khalid berkata: "saya akan terima dan baca".

Mengulas mengenai kemungkinan pakatan itu berupaya merombak kepimpinan PKR pada pemilihan parti hujung tahun ini, beliau berkata: "saya tidak tahu."

Difahamkan, kumpulan sama juga akan menyampaikan cadangan itu kepada kepimpinan PKR semasa pemukiman parti itu.

Bagaimanapun pengarah strategik PKR, Tian Chua yang dihubungi Bernama tidak mengulas perkara itu tetapi sebaliknya berkata persediaan menghadapi pilihan raya menjadi antara agenda yang akan dibincangkan pada sesi dua hari itu.

Katanya, lima kertas kerja akan dibentangkan pada sesi berkenaan yang akan dihadiri oleh ahli Majlis Tertinggi parti.

Beliau berkata, selain persediaan menghadapi pilihan raya, mereka juga dijangka membincangkan perkara berhubung penyebaran maklumat dan struktur organisasi dalam bengkel yang akan diadakan.

"Kami akan berusaha menghasilkan beberapa resolusi... atau program kerja untuk parti," kata ahli parlimen Batu menerusi telefon di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, ketua pembangkang dan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut menghadiri permukiman berkenaan.

Khairy: Ibrahim Ali 'jaguh kampung'

Posted: 25 Jun 2010 03:58 AM PDT

MALAYSIA KINI



Perang mulut antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) , Datuk Ibrahim Ali semakin memuncak dan kini berlarutan di Twitter dengan Ibrahim dilabelkan sebagai 'jaguh kampung'.

"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya.

Merujuk cabaran Ibrahim supaya ketua pemuda itu meletakkan jawatannya, Khairy berkata: "Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan."

Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus dua hari lalu apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mengecam Wee berhubung pernyataannya minggu lalu yang menggesa kerajaan supaya mengekalkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kh
airy mempertahankan rakannya itu dengan berkata Wee tidak mempersoalkan hak oang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan, dan menegaskan bahawa Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Sebaliknya, dalam kenyataannya menerusi sms semalam, Ibrahim mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum

"Kal
au nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim.

Beliau kemudiannya menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

Tak ada masalah

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya.

Dalam pada itu, Ibrahim dalam reaksinya berkata beliau tidak ada masalah dilabelkan sebagai 'jaguh kampung' yang lazimnya mempunyai konotasi negatif.

"Saya bangga dilabel sebagai jaguh kampung...sekurang-kurangnya saya dekat dengan kampung yang bererti barang 'asli'. Sebab itu saya boleh menghayati perjuangan nenek moyang dulu dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah.

"Ja

guh bandar atau Oxford tidak bermakna kepada saya, kalau naik dan kaya pada permulaan kerana bapa mentuanya PM ataupun (terlibat dengan) politik wang?" katanya.

Ahli parlimen Pasir Mas itu merujuk kepada Khairy yang lulusan Oxford dan bapa mentuanya adalah bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta pembabitannya dengan politik wang dalam Umno tetapi dilepaskan dengan hanya amaran.

"Saya jaguh kampung seperti lembu jantan...apa di depan saya sondol, kalau tak betul, saya rembat," kata Ibrahim.

Kalau Presiden PAS pengganas, sudah lama negara huru-hara

Posted: 25 Jun 2010 03:57 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Kalau Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seorang pengganas, maka sudah lama negara ini menjadi huru-hara, tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar).

Baginya, jika Tuan Guru Abdul Hadi pengganas, sudah pasti ada kejadian membakar dan mengebom bangunan seperti yang berlaku di Indonesia dan Thailand.

Katanya, pengikut PAS dan penyokong Tuan Guru Abdul Hadi ada di mana-mana di Malaysia ini.

"Boleh dikatakan bukan setakat umat Islam, bahkan bukan Islam pun ramai yang menjadi penyokong beliau. Populariti beliau lebih daripada Perdana Menteri sendiri.

"Beliau dikenali di dunia Islam antarabangsa, walaupun beliau bukan Perdana Menteri. Ucapan dan tulisan beliau disukai oleh setiap lapisan masyarakat, ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, semua tulisan dan ucapan beliau tidak pernah menjuruskan ke arah keganasan.

Tegasnya, beliau tidak pernah meminta umat Islam Malaysia berperang dengan kerajaan Malaysia.

Tambahnya, semua ucapan dan penulisan Tuan Guru Abdul Hadi adalah berbentuk dakwah dan tarbiyah yang menjurus persoalan akidah dan tauhid, akhlak dan syariat yang menjadi pedoman umat Islam.

Beliau berkata, Presien PAS itu selalu meluruskan umat Islam yang bengkok dan lari dari landasan perjuangan.

"Apakah kerana ketegasan Presiden PAS terhadap isu umat Islam di Palestin, Afghanistan, Iraq, Kashmir, Chehnya, Selatan Filipina dan Thailand ini dianggap sebagai pengganas?" tanya Nasrudin.

Sedangkan, ujarnya itulah sikap sebenar sebagai pemimpin umat Islam yang tulen di mana sewajarnya pemimpin umat Islam yang lainnya bersikap keras sekiranya ada negara-negara umat Islam yang diserang dan dicerobohi.

Beliau menegaskan, keganasan bukan sikap PAS dan cara PAS mendapatkan kuasa di mana sejak tahun 1951, PAS telah menyertai pilihan raya.

Katanya, kaedah demokrasi berparlimen yang diamalkan sekarang itulah yang diamalkan oleh PAS dan tidak pernah mengajak mana-mana ahli dan penyokongnya bertindak ganas dalam mana-mana aktivitinya.

" Mengaitkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan keganasan adalah satu penghinaan terhadap beliau, PAS serta pendokong dan penyokong PAS yang berjumlah hampir sejuta orang ini.

"Tindakan yang mengaitkan beliau dengan keganasan tidak lain hanyalah sikap manusia yang desperate serta dengki terhadap populariti beliau. Bahkan orang sebegini hanya bencikan pengaruh PAS yang semakin diterima oleh kelompok bukan Islam.

Beliau menjelaskan, Tuan Guru Abdul Hadi adalah pemimpin PAS sejak tahun 1980-an lagi yang pernah menjadi Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Timbalan Presiden sehingga kini menjadi Presiden PAS sejak tahun 2002, yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang di Terengganu.

Katanya, mana mungkin seorang pengganas bergerak atas platform rasmi negara.

"Semua aktiviti beliau diketahui sama ada dalam negara mahupun luar negara. Jadual beliau sendiri dimaklumkan kepada media.

"Pengganas tidak bersifat demikian. Seorang pengganas akan bertindak secara senyap-senyap dan tidak berani menzahirkan diri di khalayak. Beliau takut dirinya akan ditangkap. Segala aktivitinya juga tidak akan didedahkan," kata beliau lagi.

Justeru, Nasrudin menyeru pihak berkenaan supaya mengambil contoh beberapa figur yang dianggap pengganas dan segala aktiviti hidupnya yang tentunya sudah pasti amat jauh berbeza dengan peribadi Presiden PAS.

PAS sifatkan Najib takut kartun Zunar

Posted: 25 Jun 2010 03:56 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PAS kasihan melihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketakutan melihat penerbitan kartun-kartun karya kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya hari ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan dan merampas buku kartun 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun.

Ketua Setiausaha Kementeri Dalam Negeri, Datuk Mahmud Adam berkata, buku yang diharamkan adalah Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun dan 1 Funny Malaysia.

Syarikat Penerbitan Kinibooks yang juga anak syarikat Malaysiakini yang menerbitkan buku berkenaan berhadapan dengan ancaman hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Sebelum ini Zunar juga dilaporkan pernah memohon untuk mendapatkan permit penerbitan Gedung kartun, tetapi pihak KDN menolak.

Pemimpin Umno-BN yang menguasai Kerajaan tidak dapat menerima secara terbuka kritikan, sindiran dan satira yang dikemukakan dalam edisi kartun-kartun ini. Mereka terdesak untuk menafikan pandangan rakyat terhadap kezaliman, penyelewengan dan keangkuhan mereka.

PAS menyokong usaha Zunar dan Malaysiakini dalam memberikan gambaran alternatif kepada rakyat tentang Kerajaan yang selalunya digambarnya dengan imej positif sahaja melalui rangkaian media mereka, kata Idris dalam kenyataannya.

Katanya, rakyat perlu tahu apa yang kerajaan sembunyikan dari mereka.

Zunar yang juga mantan Ketua Pengarang Suara Keadilan diakui ramai pihak sebagai pengkartun yang mempunyai daya kreativiti satira yang luar biasa dan mampu mengoyahkan kedudukan dan imej Najib.

Kes Kapal Selam, Dasar-dasar Najib, Pergaduhan Pemimpin Umno-BN, Kezaliman mereka, rasuah dan sebagainya adalah antara perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh Najib tetapi mudah diterjemahkan dalam bentuk kartun oleh Zunar.

Beliau juga antara pengkartun yang berjaya menelanjangkan kebobrokan Mahathir dan Pak Lah serta Menteri-menteri mereka seperti Rafidah, Samy Vellu dan sebagainya sebelum ini dalam bentuk kartun.

Kartun adalah antara karya seni yang menarik, mudah diterima dan difahami oleh pelbagai lapisan rakyat, khususnya golongan muda. Di negara-negara luar, kartun-kartun satira sebegini bebas di diterbit dan disiarkan sama ada dipihak Kerajaan atau pembangkang.

PAS melihat tindakan KDN ini membuktikan bahawa Najib, dan pemimpin Umno-BN cukup terasa dengan penangan kartun Zunar dan kawan-kawannya, kata Idris.

Ruangan kartun Senyum Kambing dalam Utusan serta kartun-kartun lain diakhbar milik Umno-BN pun tak mampu menyaingi apa yang dihasilkan oleh Zunar.

Dan jelas, KDN dipergunakan bagi menyekat pengaruh kartun-kartun satira demi untuk menyelamatkan Imej Najib dan Umno-BN yang kini dianggap sebagai pelawak sahaja, tambah Idris.

Idris berkata, PAS akan terus menyokong usaha Zunar dan rakan-rakan pengkartunnya. PAS berharap agar KDN bersikap terbuka dan realitik serta tidak tunduk pada tekanan pemimpin politik dalam BN dalam bertindak.

Zunar terus berkartun hingga dakwat terakhir

Posted: 25 Jun 2010 03:53 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: "Kerajaan boleh mengharamkan buku saya, kerajaan boleh mengharamkan majalah saya, tetapi kerajaan tidak boleh mengharamkan minda saya. Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir," kata Zunar (gambar).

Menurutnya, setakat kenyataan ini ditulis, beliau belum mendapat surat rasmi dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai pengharaman bukunya.

Katanya, berdasarkan laporan Malaysiakini (24 Jun 2010), KDN berkata tiga buku/majalahnya, 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun telah diharamkan.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata "1Funny Malaysia" adalah koleksi karya-karya pilihan kartunnya yang tersiar dalam ruangan Cartoonkini dalam portal web Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009.

Katanya lagi, "Perak Darul Kartun" adalah buku terbitan syarikatnya sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd. "Isu Dalam Kartun (IDK)" adalah majalah bulanan yang mempunyai permit penerbitan dari KDN dan setakat ini tiga edisi IDK telah diterbitkan; vol 1, vol2 dan vol 3.

Tahun lepas, sebuah lagi majalahnya "Gedung Kartun" telah dirampas dan juga telah diharamkan.

Katanya, berdasarkan kenyataan KDN bererti keenam-enam penerbitannya dan juga pasukan kartunis saya telah diharamkan.

Dalam laporan Malaysiakini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik sebagai berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," kata beliau.

Berikut kenyataan Zunar berhubung perkara itu.

1Kerajaan/KDN menuduh bahawa kartun-kartun saya mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam. Ia adalah satu tuduhan yang serius dan harus ditunjangi dengan alasan perundangan yang kukuh.

Dengan mengharamkan keenam-enam penerbitan ini, ertinya sebanyak 312 karya-karya kartun saya dan pasukan kartunis saya yang terdapat dalamnya diharamkan.

Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan takrif "mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam."

Saya menuntut KDN/kerajaan memberi penjelasan karya yang mana dan pada muka surat yang mana dari 312 kartun tersebut yang dikategorikan sebagai mengancam keselamatan negara dan tidak sesuai untuk bacaan umum.

Saya bertanggungjawab dan sedia mempertahankan karya-karya saya.

Saya sedia menghadapi tindakan undang-undang.

Dari sudut perniagaan, larangan KDN ini sudah pasti membawa kerugian besar kepada syarikat saya. Saya menjangka pengedar-pengedar seluruh Malaysia akan memulangkan naskah yang telah beredar di pasaran dan kerugian sekitar RM50,000 hingga RM80,000.

Tetapi, keuntungan material bukanlah matlamat utama saya. Sebagai kartunis, tanggungjawab sosial adalah keutamaan saya.

Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah dan salah laku kerajaan BN. Saidina Ali berkata, "Bercakap benar kepada pemerintah yang zalim adalah patriot sebenar".

Tiada ulasan: