DIALOG RAKYAT |
- Kutuk Israel Kutuk Juga Diri Sendiri
- Tentera PBB wajib dihantar ke sempadan Palestin
- Isu Dewan Bedah Hospital Setiu; Polemik Dalaman Umno Teregganu.
- Penyanyi, pemuzik tradisional Rahim Jantan meninggal
- PAC panggil Sime Darby, Pos Malaysia jawab kerugian
- Lawatan ke kondo gagal, peguam Anwar bawa pakar Australia
- Kabinet: Tee Keat digugur, hanya libatkan 2 menteri MCA
- Injunksi: Shah Alam tolak, KL terima permohonan 4 pelajar UKM
- 12 rakyat Malaysia diserang Israel selamat, lokasi dikesan
- Mugilan buat laporan polis dakwa facebooknya digodam
- Sertai PAS: Beri Saya Sedikit Masa – Syed Sobri
- Mugilan: Semakin ramai kaum India sokong GAS
- Sime Darby, Pos Malaysia Perlu Jelas Kerugian Kepada Parlimen
- Selangor kutuk serangan Israel, desak batal perjanjian APCO
- 3000 orang hadiri GAS: Samy didesak undur dalam seminggu
- Undi Tidak Percaya Kepada Najib
- Empat Aktivis Malaysia Sertai Bantuan Gaza Selamat
- Karpal : Najib, Ezam Boleh Didakwa
- Wisma Putra Diarah Selamatkan Sukarelawan Malaysia
- Jakim Cadang Solat Hajat Di Seluruh Negara Malam ini
- Anwar Gesa PBB, Amerika Syarikat kecam Israel
- Spekulasi harga gula naik esok tak betul
- Kesilapan Sibu: PP beri RM100, S'wak bagi RM600
- KJ gagal ketepi penghakiman ingkar Anwar
- Liwat II: Saiful nafi plastik disumbat ke duburnya
| Kutuk Israel Kutuk Juga Diri Sendiri Posted: 01 Jun 2010 07:01 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar APABILA cis Israel menyerang konvoi misi kemanusiaan yang berlayar ke Gaza, kita semua mengutuk Israel. Kita tidak boleh menerima sikap kejam dan biadab kaum yang telah dikutuk Allah s.w.t. itu. Semua pihak - parti politik, NGO dan individu mengutuk kejadian itu. Serentak itu macam-macam aksi dan tindakan diperlukan bagi menzahirkan kemurkaan kita kepada Israel. [Sehingga saat ini seramai 19 terkorban (syahid) dan berpuluh ribu cedera angkara Israel yang menyerang misi kemanusiaan anjuran Lifeline 4 Gaza (LL4G). Dalam serangan jahat itu nasib 12 orang rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan itu masih belum diketahui. Kita mendoakan mereka diselamatkan Allah] Ekoran kejadian itu beberapa NGO dan parti siasah yang didominasi oleh orang Melayu telah mengadakan tunjuk perasaan dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Amerika Syarikat yang dianggap menjadi bapa tiri kepada Israel. Semuanya berarak dan menjerit-jerit dipintu pagar kedukataan Amerika di Jalan Tun Razak. Setakat itu sajalah yang termampu dilakukan, untuk masuk tidak mungkin kerana kedutaan itu dikawal dengan berlapis 'kawat' duri. Selain itu ada yang meminta agar parlimen Malaysia mengadakan sidang khas. Tujuannya ialah untuk membuat resolusi mengutuk kejadian di lautan Mediterranen itu. Ada juga yang hanya melafazkan rasa kesal dan apa yang mampu dilakukan melihat terkulat-kulat dari jauh. Kerajaan negara ini menerusi Perdana Menteri juga membuat kenyataan akan menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya membincang tindakan biadap Israel itu dalam masa terdekat. Najib Razak baru sekejap tadi terdengar di radio mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu. Dunai Islam seluruh juga turut sama mengutuk apa yang terjadi itu. Negara yang berani, meminta PBB mengadakan persidangan meminta supaya desak Israel supaya membebaskan berpuluh sukarelawan yang ditahan serta mendesak Israel membubarkan kepuangan ke atas Gaza. Malangnya negara berkuasa besar China, Jepun, Russia, Peranchis, Jerman dan Amerika Syarikat sendiri masih mendiamkan diri. Begitu juga dengan negara teluk yang dinaungi Yahudi, Arab Saudia, Iraq, Kuwait, UEA juga mendiamkan diri tidak berani bersuara. Iraq juga masih belum kedengaran lagi. Yang lantang dan konsisten menentang Israel hanya Turki dan Iran. Kutukan itu kita terima dan kita sokongan. Itulah apa yang dapat kita lakukan. Kita tidak mampu untuk menentang kaum yang disebut dalam Quran akan kejahatannnya. Kejahatannya juga tidak akan berakhir selagi dunia tidak khiamat total. Namun atas semangat agama dan sifat kemanusiaan kita perlu kutuk dan lawan setakat yang mampu. Melawan kewajiba wajib hatta sambil baring. Mengenai kejadian di Palestin atau pun bentuk keganasan lain dilakukan Yahudi - musuh Allah kita perlu melihatnya dari berbagai sudut. Setiap apa yang berlaku hendaklah diambil iktibar atasnya. Mengenai kejahatan Israel terhadap Palestin ini khasnya ia bukan baru tetapi sudah berlalu lebih 60 tahun lalu. Kejahatan Israel tidak henti-henti kanditpun seminit. Bangsa itu meneruskan kejahatannya, dan sedikit demi sedikit bumi rakyat Palestin dirampasnya. Ribuan nyawa tidak berdosa, orang tua, kanak-kanak dan wanita dihapuskan begitu saja macam membakar sampah. Kehilangan dan kemusnahan harta benda usahlah disebut lagi. Apa yang saya maksudkan, keinsafan perlu muncul dan diambil iktibar daripada apa yang berlaku di Palestin itu. Nasib malang rakyat Palestin bukan saja perlu kita bukukan atau syairkan dalam puisi atau sajak di tepi-tepi pantai atau di kamar dingin. Tetapi kita harus melihat luas dan dalam dari itu dengan penuh pengertian. Kita kena mengambil kekejaman itu dan penderitaan nasib rakyat Palestin itu sebagai nasib kita juga. Penderitaan yang dilalui perlu dipadankan ke dalam kehidupan kita. Kita kena membayangkan suatu hari nanti nasib bangsa kita juga akan terjadi demikian. Bumi Malaya ini juga akan sedikit demi sedikit akan diratah oleh musuh. Peperangan tidak akan terelak kerana itulah sunatullah. Kita tidak boleh menerima keadaan kita kekal seperti hari ini. Keamanan dan kekayaan yang melimpah hari ini akan terus menjadi milik kita. Tanpa kita ketahui dalam senyap ada orang yang mengidam untuk memiliknya. Kita kini asyik tidur lena dan percayakan kepada 'pagar' keselamatan yang ada. Mulai hari ini, sepatunya semalam kita kena membayangkan yang negara kita juga akan diganyang seperti penganyangan berterusan bak Israel lakukan ke atas Palestin itu. Kita kena bayangkan akan berlaku pembunuhan di sini suatu masa nanti. Hidup akan bertaburan dan melarat. Segala kemewahan dan nikmat yang kita hirup hari ini akan terganggu jua. Jadi sebagai persediaan menghadapi kemungkinan itu maka kita kena buat sesuatu. Kita kena bertindak dan insaf. Perkara paling pokok ialah menguatkan persaudarana bangsa negara kita. Kita tidak mampu untuk hidup secara terpisah atas apa juga alasan dan iktikad. Kita kena bersatu dan perpadu sepanjang masa. Janganlah kita hanya tahu mengutuk kejahatan Israel sebaliknya kita juga perlu mengutuk diri sesama kita yang liat untuk bersatu bagi membena bentang keselamatan bangsa di hari muka. Jadi di samping kita mengutuk dan menghina Israel, kita orang Melayu perlu sama mengutuk diri sendiri dalam kontesk kesombongan kita untuk berada dalam satu saf! | |||||||
| Tentera PBB wajib dihantar ke sempadan Palestin Posted: 01 Jun 2010 07:00 AM PDT | |||||||
| Isu Dewan Bedah Hospital Setiu; Polemik Dalaman Umno Teregganu. Posted: 01 Jun 2010 06:50 AM PDT
Ketua Penerangannya, Dr. Azman Ibrahim berkata PAS Setiu tidak berminat untuk terlibat dengan isu dewan bedah tersebut. | |||||||
| Penyanyi, pemuzik tradisional Rahim Jantan meninggal Posted: 01 Jun 2010 06:37 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR – Penggiat muzik tradisional Melayu, Rahim Jantan meninggal dunia di kediamannya di Taman Rasmi Jaya, Ampang lewat malam tadi berikutan serangan jantung. Anak kedua Allahyarham, Nur Adhlina 25, berkata, bapanya meninggal dunia kira-kira 11.30 malam sejurus selepas terjaga daripada tidur akibat sakit dada. Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cheng di Melaka sebelum solat Zohor hari ini. Allahyarham, yang juga tenaga pengajar sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), meninggalkan seorang balu dan lima orang anak. Rahim, yang dilahirkan di Balai Panjang, Batu Tiga, Melaka, pernah menjuarai Bintang Lagu Melayu Asli Kebangsaan kawasan selatan pada 1969 dan menjadi juara kebangsaan Dendang Rakyat anjuran Radio Televisyen Malaysia pada 1980. Berikutan penglibatan dan sumbangan meluas beliau dalam muzik tradisonal Melayu, Rahim dihargai dengan Anugerah Seni Negara (Pemuzik) pada 2006. Allahyarham mula menghasilkan album pada 1969 dan pernah berduet dengan S.Roha, allahyarham Rosiah Chik, allahyarham Datin Rafeah Buang, allahyarham Kamariah Noor dan Datuk Yusni Hamid. | |||||||
| PAC panggil Sime Darby, Pos Malaysia jawab kerugian Posted: 01 Jun 2010 06:32 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Pengurusan Sime Darby Bhd dan Pos Malaysia Bhd akan dipanggil untuk menghadap Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) untuk menjelaskan kerugian yang dialami kedua-dua organisasi itu. Mereka dijangka akan dipanggil memberi keterangan kepada PAC dalam tempoh dua minggu ini. "Kami melihat perkara ini kerana ia menyentuh kepentingan awam," kata Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid kepada pemberita di sini hari ini. Turut dijangka akan dipanggil ialah wakil-wakil dari sayap pelaburan kerajaan Khazanah Nasional Berhad yang mempunyai saham dalam kedua-dua syarikat tersebut, dan juga Kementerian Kewangan. Azmi berkata PAC mengambil tindakan itu memandangkan kedua-duanya merupakan kes berprofil tinggi, yang mendapat liputan meluas media. Bagaimanapun skop siasatan PAC terhadap PAC belum ditetapkan. "Kami belum tahu lagi," katanya. "Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam kedua-dua syarikat ini, tetapi memandangkan ia kes berprofil tinggi dan mendapat liputan meluas oleh media, jadi kita perlu panggil mereka untuk beri penjelasan ," katanya. Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian lebih RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, dan berikutan itu, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 Nov ini, telah diminta bercuti. Pos Malaysia pula dilaporkan mengalami kerugian RM227 juta sejak beberapa tahun lalu. Ditanya sama ada PAC bersetuju tindakan Sime Darby mengarahkan Ahmad Zubir supaya bercuti, Azmi berkata: "Itu bukan urusan kami. Kami belum merumuskan apa-apa, kami hanya ingin tahu fakta dan apa yang sedang berlaku dalam syarikat itu." Azmi juga berkata jawatankuasa itu hampir selesai menyiapkan laporan berhubung projek landasan berkembar elektrik kereta api antara Rawang dan Ipoh yang menelan belanja hampir RM1.43 bilion iaitu 32.9 peratus lebih tinggi daripada nilai kontrak asal. Ia juga hampir menyiapkan laporan mengenai Syarikat Prasarana Negara Berhad berhubung prosedur pelupusan aset oleh syarikat tersebut termasuk rancangannya untuk melupuskan 1,139 unit badan bas yang tersadai di depot bas di Serendah dan Sungai Buaya. | |||||||
| Lawatan ke kondo gagal, peguam Anwar bawa pakar Australia Posted: 01 Jun 2010 06:30 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER ![]() Anwar dengan diiringi isteri dan anaknya meninggalkan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur petang ini. Kes ditangguhkan sehingga Khamis. — Gambar Jack Ooi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah membuat keputusan itu selepas lawatan semula ke premis kondominium — tempat kejadian meliwat didakwa berlaku, tidak berhasil hari ini. Peguam utama Anwar memberitahu, pihaknya akan membawa pakar untuk meneliti perakuan dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur. Pakar itu, Dr David Wells dijangka tiba di Malaysia pada pukul 7 pagi Khamis ini. | |||||||
| Kabinet: Tee Keat digugur, hanya libatkan 2 menteri MCA Posted: 01 Jun 2010 06:29 AM PDT TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER
Ong (gambar) yang tewas dalam pemilihan semula MCA bagi jawatan presiden digugurkan. Beliau memegang jawatan itu sejak 2008. Kong, yang turut gagal dalam persaingan jawatan timbalan presiden, kini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tempat beliau digantikan oleh Datuk Wira Chor Chee Heung yang kini merupakan timbalan menteri kewangan. Chor pernah dikaitkan dengan isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang dan turut memenangi pemilihan jawatan Naib Presiden MCA Mac lalu. Rombakan ini sebahagiannya berhubung kait dengan perubahan barisan kepimpinan MCA yang diadakan Mac lalu bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu. Pengumuman perubahan anggota jemaah menteri persekutuan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini. Rombakan menteri hanya membabitkan pemimpin MCA. Kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri menyebut, Perdana Menteri mengumumkan penamatan pelantikan Ong sebagai Menteri Pengangkutan dan Datuk Wee Jeck Seng sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam rombakan Kabinet yang berkuat kuasa Jumaat ini. Istiadat mengangkat sumpah jawatan akan diadakan 3.30 petang di Istana Negara, Jumaat ini. Rombakan kali ini hanya membabitkan pelantikan tujuh orang termasuk dua Ahli Parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan. Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dari Parti Progresif Penduduk (PPP) sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Timbalan Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti. Palanivel yang tidak diberikan tiket untuk bertanding semula pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu pernah memegang jawatan timbalan menteri sehingga Mac 2008. Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong, yang juga anak lelaki kepada Presiden MCA pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Dua Naib Presiden MCA yang baru masing-masing Senator Datuk Donald Lim Siang Chai pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Senator Gan Ping Sieu sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Donald Lim pernah memegang jawatan timbalan menteri sebelum ini tetapi digugurkan selepas tewas pilihan raya umum 2008. Selain itu, Najib juga mengumumkan pertukaran portfolio empat timbalan menteri. Kenyataan yang dikeluarkan menyebut Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Donald Lim, D'Cruz dan Gan sebagai senator berkuat kuasa hari ini. Mereka akan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara dalam tempoh terdekat. | |||||||
| Injunksi: Shah Alam tolak, KL terima permohonan 4 pelajar UKM Posted: 01 Jun 2010 06:27 AM PDT KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima permohonan injunksi empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dijadual untuk dibicarakan di mahkamah universiti itu esok dan lusa berhubung tuduhan parti politik semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu. Perintah itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Datuk Aziah Ali selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak pemohonan tersebut tengah hari tadi. ![]() Empat pelajar yang memperoleh perintah injunksi (dari kiri) Woon, Hilman, Ismail, Azlin Shafina ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lewat petang ini. "Hari ini kita telah mendapatkan kelulusan daripada Mahkamah Tinggi yang membenarkan perbicaraan pada 2 dan 3 Jun ini dihalang sehingga mahkamah selesai meneliti permohonan tersebut. "Justeru kita harap Mahkamah UKM tidak meneruskan perbicaraan tersebut dan jika mereka tetap teruskan bermakna mereka melanggar perintah mahkamah," katanya ketika ditemui dekat sini. Keempat-empat pelajar berkenaan mencabar tindakan menghadapkan mereka di Mahkamah UKM di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Empat pelajar berkenaan ialah Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai. Ashok berkata mahkamah menetapkan 17 Jun ini sebagai perbicaraan "inter-parte" antara UKM dan plaintif. "Pada 17 Jun mahkamah menetapkan untuk perbicaraan 'inter-parte' antara UKM dan juga plaintif. "Dalam perbicaraan tersebut kedua-dua pihak akan membentang hujah masing-masing berkaitan Seksyen 15(5)(A) AUKU," katanya. Semalam keempat-empat pelajar tersebut telah memfailkan permohonan mendapatkan injunksi di Mahkamah Tinggi Shah Alam tetapi ditolak pagi tadi. Selepas permohonan itu ditolak mereka memfailkan di Mahkamah Tinggi di sini petang ini. "Kami mencabar Seksyen 15 (5)(A) kerana mendapati ia bertentangan dengan Artikel 10 Perlembangaan Persekutuan. "Melalui injunksi ini kami mahu tahu sama ada seksyen tersebut bertentangan ataupun tidak dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan," kata Hilman kepada The Malaysian Insider semalam. Mereka berempat ditahan oleh pihak polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah pada 22 April lalu. Turut ditahan bersama mereka ialah tiga orang aktivis PKR yang turut menaiki kenderaan yang sama iaitu sebuah kereta dan sebuah van. Dalam penahanan itu, polis merampas beberapa bungkusan risalah kempen PKR dan juga cakera padat kempen. Pada 23 April pula, sekitar pukul 10 malam, Hilman bersama-sama empat orang aktivis lain ditahan sekali lagi oleh polis dalam sekatan jalan raya. Dalam penahanan ini polis hanya menjumpai sekeping vieo cakera padat (VCD) ceramah parti politik. Bagaimanapun mereka mendakwa berada di Hulu Selangor untuk menjalankan penyelidikan akademik. Hilman berkata atas nasihat peguam dia akan tetap menghadirkan diri ke Mahkamah UKM esok pagi kerana bimbang universiti tersebut tidak mengetahui akan kelulusan permohonan injuksi tersebut. "Saya akan menghadirkan diri pada pagi esok dengan membawa surat peguam yang mengatakan bahawa perbicaraan tidak boleh diteruskan. "Ini kerana kita mendapat kelulusan tersebut lambat jadi sudah pasti pihak universiti tidak tahu perkara in," katanya. Kesemua pelajar tersebut merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM di mana Hilman merupakan pengerusinya. Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon Barisan Nasional.
| |||||||
| 12 rakyat Malaysia diserang Israel selamat, lokasi dikesan Posted: 01 Jun 2010 06:22 AM PDT BERNAMA SEPANG — Semua 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel pagi semalam, disahkan selamat, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman hari ini. Beliau berkata Kementerian Luar kini berusaha membawa mereka pulang ke tanah air. "Kita telah jalankan usaha-usaha untuk membawa balik warganegara kita yang ditahan itu," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini. Katanya beberapa negara seperti Jordan dan Turki telah menyuarakan kesediaan mereka untuk membantu dalam usaha itu. "Filipina dan Ireland yang mempunyai misi di Tel Aviv juga ingin membantu supaya rakyat kita dapat dibawa balik melalui udara atau jalan raya," katanya. Beliau berkata Kedutaan Malaysia di Turki telah meminta secara rasmi kepada kerajaan itu bagi membawa balik rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu. Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Anifah turut menjelaskan bahawa angka rasmi rakyat Malaysia yang berada di atas Mavi Marmara adalah 12 orang dan bukan 11 orang seperti yang dilaporkan. Beliau berkata seorang lagi rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu ialah anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mustafa Mansur. Anifah turut mengesahkan tidak ada warganegara Malaysia yang cedera dalam kejadian itu. Beliau juga memberitahu bahawa Wisma Putra masih sedang mengesan lokasi kesemua rakyat Malaysia yang ditahan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) itu. Menurutnya kapal Mavi Marmara telah ditunda ke Pelabuhan Haifa manakala lima lagi kapal yang terlibat dalam misi itu berada di Ashdod. | |||||||
| Mugilan buat laporan polis dakwa facebooknya digodam Posted: 01 Jun 2010 06:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa laman sosial facebook miliknya telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Beliau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara petang ini. "Orang yang tidak dikenali menggodam facebook milik saya antara jam 3 dan 4 pagi tadi. Ada dua tulisan yang tertera dalam facebook saya.
"Pertama, saya ucapkan tahniah kepada Umno yang menjayakan GAS (Gerakan Anti Samy Vellu). Harap kerjasama anda berterusan sepanjang masa. "Kedua penyokong Hindraf adalah bodoh dan samseng jalanan," kata Mugilan dalam sidang media di perkarangan IPD Dang Wangi. Mugilan mendakwa beliau tidak tahu siapa dan bagaimana mereka boleh menggodam facebook miliknya. Berikutan itu,Mugilan akan menutup segera facebook tersebut dan akan membuka semula minggu depan. Provokasi supaya benci GAS "Tulisan itu bertujuan untuk membuat provokasi supaya orang India membenci GAS yang dilancarkan supaya presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu meletakkan jawatan lebih awal yang dijadualkan. Samy Vellu mengumumkan beliau akan meletak jawatan pada September 2011 tetapi tidak dipersetujui oleh Mugilan dan beberapa pemimpin MIC lain. Mugilan berkata, beliau akan mengadakan perhimpunan GAS kali kedua dalam tempoh dua minggu lagi. "Saya yakin usaha GAS supaya Samy Vellu cepat turun akan berjaya. Sudah ada tanda-tanda beliau akan berhenti awal. "Samy Vellu berhenti awal adalah untuk kebaikan kaum India dan negara Malaysia juga," katanya. | |||||||
| Sertai PAS: Beri Saya Sedikit Masa – Syed Sobri Posted: 01 Jun 2010 06:16 AM PDT
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim meminta para media memberi sedikit masa untuk beliau memberi keputusan mengenai jawatan beliau di dalam Umno Kedah mahupun sebagai Adun Kuala Nerang. Menurutnya, keadaan tertekan menjadikan beliau sukar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin menyatakan beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai PAS.
"Saya tidak boleh memberi sebarang komen atau kenyataan kerana melibatkan banyak pihak termasuklah jawatan saya sebagai Adun Kuala Nerang. "Harap semua media dapat memberi masa untuk saya menyatakan pendirian tetap saya dalam masa terdekat ini," katanya ketika dihubungi wartawan Free Malaysia Today hari ini. Syed Sobri tetap menegaskan tidak akan memberi sebarang kenyataan dalam masa terdekat ini sehinggalah mencapai satu keputusan terbaik untuk mengemukakan kepada umum. PAS sentiasa alu-alukan Syed Sobri Sementara itu, Speaker Negeri Kedah yang juga ahli jawatankuasa PAS Kedah, Datuk Abdul Isa Ismail menyatakan PAS sentiasa mengalu-alukan penyertaan ahli baru dan jika benar mana-mana Adun atau pun ahli parti Barisan Nasional (BN) ingin menyertai PAS, ia dapat menyatukan lebih ramai lagi umat. "Jika benar Adun Kuala Nerang ingin menyertai PAS, dia perlulah mengemukakan surat secara terbuka kepada jawatankuasa PAS, barulah sah beliau benar ingin bersama kami. "PAS sentiasa mengalu-alukan kemasukan ahli baru sama ada Adun mahupun umat Islam yang lain bagi bersama-sama membentuk kebenaran melalui pegangan agama untuk negara," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini. Tambah beliau, keputusan sepenuhnya sama ada penyertaan Adun Kuala Nerang diterima atau pun tidak, beliau menyatakan keputusan tersebut akan dibuat oleh jawatankuasa tertinggi PAS. Syed Sobri sejak akhir-akhir ini sentiasa dijejaki wakil-wakil media untuk mendapatkan pengesahan daripadanya tentang ura-ura beliau akan membuat pengumuman untuk meninggalkan BN menyertai PAS hari ini. Kesahihan semakin memuncak kerana Syed Sobri dikatakan begitu kecewa dengan Umno, berikutan disisihkan dan sudah tidak mempercayai perjuangan Umno yang hilang hala tuju itu. Jika beliau menyertai PAS maka kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui oleh PAS akan bertambah kukuh. Dengan kemasukan Syed Sobri, PR akan mempunyai 21 Adun berbanding BN 12. | |||||||
| Mugilan: Semakin ramai kaum India sokong GAS Posted: 01 Jun 2010 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan mendakwa semakin ramai masyarakat India di negara ini menyokong usahanya menubuhkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) untuk mempercepatkan Datuk Seri S Samy Vellu melepaskan jawatannya sebagai presiden. "Semakin ramai yang menyatakan sokongan kepada GAS, mereka kini lebih berani menyokong saya dan GAS. Masyarakat India bukan lagi boleh diperbodoh dan ditakutkan secara bukan-bukan," katanya ketika ditemui di ibu negara semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan dan sambutan masyarakat India terhadap GAS yang dilancarkan Ahad lalu. Mugilan melancarkan GAS bagi mempercepatkan pengunduran Samy Vellu dari jawatan presiden MIC daripada yang dijadualkan pada Julai 2012. Ditanya mengapa jumlah kehadiran semasa pelancaran GAS tidak ramai seperti dijangkakan, Mugilan berkata, mereka takut datang kerana diugut. "Tetapi jumlah yang datang itu sudah cukup memberi isyarat kepada Samy Vellu supaya beliau berundur lebih awal daripada jadual asal. "Saya dan kaum India yang lain memikirkan semasak-masaknya tarikh pengunduran beliau dari jawatan presiden MIC. Bagi masyarakat India lebih cepat beliau berhenti lebih baik," katanya. Sementara itu, Ketua Pemuda MIC T. Mohan meminta Mugilan menghentikan retoriknya mahu Samy Vellu melepaskan jawatan presiden MIC lebih awal. "Beliau telah gagal untuk mendapatkan 15,000 penyokong untuk perhimpunan GAS. Bagaimana nak minta Samy Vellu berhenti jika yang datang sedikit sahaja," katanya. Hanya kira-5,000 yang datang di majlis pelancaran GAS di Seri Kembangan, Ahad lalu. Manakala Ketua Penerangan MIC S. Subramaniam menafikan sebahagian besar yang datang ke majlis GAS itu adalah ahli MIC | |||||||
| Sime Darby, Pos Malaysia Perlu Jelas Kerugian Kepada Parlimen Posted: 01 Jun 2010 06:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil pihak pengurusan Sime Darby Bhd dan Pos Malaysia Bhd bagi memberi penjelasan berhubung kerugian yang ditanggung oleh kedua-dua syarikat itu. Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Azmi Khalid berkata kedua-dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu dijangka dipanggil pada minggu kedua persidangan Parlimen yang dijadual bermula 7 Jun ini.
"Kita buat keputusan untuk panggil kedua-dua syarikat ini memandangkan isu ini mempunyai kepentingan awam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Beliau berkata, "kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam kedua-dua syarikat ini. Azmi juga tidak menolak kemungkinan akan memanggil pengurusan Khazanah Nasional Berhad berdasarkan penglibatannya dalam Pos Malaysia. Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian lebih RM1.6 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, dan berikutan itu, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 November ini, telah diminta bercuti. Pos Malaysia pula terpaksa membuat peruntukan (kerugian) berjumlah RM257 juta untuk dua tahun kewangan yang lalu ekoran dari terhakisnya nilai saham dalam Transmile Group Bhd. Ketika ditanya sama ada PAC bersetuju tindakan syarikat konglomerat (Sime Darby) mengarahkan Ahmad Zubir supaya bercuti, Azmi secara ringkas berkata "Itu bukan urusan kami. Kami belum merumuskan apa-apa, kami hanya ingin tahu fakta dan apa yang sedang berlaku dalam syarikat itu." Azmi juga berkata jawatankuasa itu hampir selesai menyiapkan laporan berhubung projek landasan berkembar elektrik kereta api antara Rawang dan Ipoh yang menelan belanja hampir RM1.43 bilion, iaitu 32.9 peratus lebih tinggi daripada nilai kontrak asal. Ia juga hampir menyiapkan laporan mengenai Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) berhubung prosedur pelupusan aset oleh syarikat tersebut termasuk rancangannya untuk melupuskan 1,139 unit badan bas yang tersadai di depot bas di Serendah dan Sungai Buaya. | |||||||
| Selangor kutuk serangan Israel, desak batal perjanjian APCO Posted: 01 Jun 2010 06:10 AM PDT
![]() Kerajaan Selangor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusian kepada penduduk di Gaza.
Serangan tentera Israel itu adalah jenayah perang dan mencabuli kebebasan kerana konvoi keamanan itu membawa sukarelawan dari seluruh dunia yang mahu membantu penduduk Palestin. Seluruh rakyat Malaysia perlu berkabung bagi menghormati kehilangan 16 nyawa setakat ini, dalam serangan kejam tentera Zionis itu. Kerajaan Selangor mendesak Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyiasat dan bertindak terhadap tentera Zionis kerana melakukan jenayah yang dikutuk seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia. Perdana Menteri, Najib Razak perlu menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia telah memutuskan semua hubungan diplomatik dan perniagaan dengan Kerajaan serta rakyat Israel. Menteri Besar juga mendoakan agar semua sukarelawan, termasuk 11 rakyat Malaysia yang salah seorangnya ahli majlis, Majlis Perbandaran Klang Jamaluddin Elias, pulang dengan selamat secepat mungkin.
Kapal-kapal ini turut membawa ahli parlimen dari Malaysia, Eropah dan beberapa negara lain dan mereka kini berdepan dengan serangan yang lebih berat dari rejim Israel. *Kenyataan media daripada pejabat Menteri Besar Selangor. | |||||||
| 3000 orang hadiri GAS: Samy didesak undur dalam seminggu Posted: 01 Jun 2010 06:05 AM PDT
![]() "Samy Turun!" Kira-kira 3,000 orang menghadiri majlis pelancaran Gerakan Anti Samy (GAS) semalam, mendesak agar Presiden MIC yang memegang jawatan untuk 31 tahun ini berundur dalam tempoh seminggu. Penggerak GAS, V.Mugilan berkata, biarpun wujud sabotaj untuk mengurangkan bilangan orang yang hadir, namun "yang penting itu semangat, bukan bilangan orang". Beliau mendakwa bahawa aktiviti pada hari Ahad ini berjaya, malah telah menjangkau matlamat gerakan ini. Majlis Perlancaran GAS dijadualkan bermula pada jam 2 petang, di Putra World Trade Centre (PWTC) semalam, tetapi dibatalkan sewaannya kepada GAS tiga hari yang lalu. GAS akhirnya mengadakan majlis ini di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC). Penganjur menangguhkan permulaan majlis lantaran kelewatan mereka yang hadir, sehingga jam 3 petang. Kira-kira 3,000 orang hadir pada hari semalam, termasuk ahli MIC yang tidak berpuas hati dengan Samy Vellu yang masih enggan melepaskan tampuk pimpinan kepada pewarisnya, dan mereka yang prihatin terhadap keadaan Maju Institute of Education Development (MIED).
Penceramah menuduh Samy berbohong Sebagai penceramah pertama, V. Govindaraju meminta maaf kepada semua orang, apabila mengakui bahawa dirinya yang menbawa Samy Vellu untuk masuk ke MIC. V. Govindaraju menuduh Samy berbohong dalam hal "tarikh hari jadi"-nya. Selain V. Govindaraju, K.P. Samy yang turut dipecat Samy Vellu, mengumumkan data pungutan yuran parti untuk membuktikan bahawa Samy Vellu berbohong kepada orang awam kerana mendakwa MIC mempunyai enam juta orang ahli. Menurut maklumat dalam parti, MIC telah memungut jumlah yuran keahlian sebanyak RM615,550 pada tahun 2009. Jika dibahagikan RM1.50 setiap orang, maka akan didapati bahawa ahli yang membayar yuran hanyalah kira-kira 410,000 orang. Malah, dalam belanjawan parti tahun 2010, daripada yuran yang dianggarkan, jumlah penambahan ahli baru, kesemuanya tidak melebihi 500,000 orang.
Ketika berucap, K.P.Samy menuding jari kepada Samy Vellu sebagai punca yang memecah-belahkan komuniti India, yang kini menyertai PPP, Gerakan malah PKR dari Pakatan Rakyat. Beliau menyeru agar Samy Velly berundur untuk menyelamatkan MIC dan menyatu-padukan orang India di Malaysia. Pukul gambar Samy dengan kasut Biarpun lokasi ditukar, tetapi kehadiran tetap melebihi 2,500 orang. Malah, seorang warga emas berumur 70-an yang berjalan dengan tongkat, gagal menahan kemarahan yang meruap, lalu menyarung tongkatnya dengan kasut, dan memukul ke arah gambar Samy Vellu pada poster besar. Tindakan ini menggemparkan orang ramai.
Seorang ahli MIC, Rohn Rajen berkata, beliau menolak jadual perletakan jawatan yang ditentukan oleh Samy Vellu sendiri. Beliau menuntut agar Samy Vellu berundur dengan segera, "Saya tidak tahu siapakah orang yang sesuai untuk menjadi pemimpin, tetapi apa yang pasti, orang itu bukan Samy Vellu!" Kata-katanya disahut dengan laungan agar Samy Vellu berundur. Mugilan bersumpah
Pada masa yang sama, beliau berkata, terdapat orang yang sanggup membelanjakan RM 5 juta untuk menggangu kelancaran aktiviti ini, dengan cara-cara termasuk mengugut dan menakut-nakutkan orang yang berniat hadir. Malah, aktiviti ini dikatakan akan dikacau oleh samseng, dan tiada polis hadir untuk mengawal ketenteraman, bertujuan untuk menambah keresahan orang yang ingin datang. Malah, RM 5000 dibayar kepada pemandu bas yang bakal membawa penumpang dari Johor, Pulau Pinang, Kedah dan sebagainya, bahkan ada yang dibayar terus kepada mereka yang berniat hadir, menurut Mugilan. Mugilan menjangkakan kehadiran semalam mencecah 15,000 orang, tetapi dewan ini hanya dapat menampung 5,000 kerusi, dan hanya separuh daripadanya diisi, mengikut pengamatan wartawan. Beliau menjangkakan kehadiran melebihi 20,000 orang seandainya tiada sabotaj. Had tempoh 7 hari
Isu ini dipercayai punca perbalahan antara Mugilan dengan Samy Vellu. Mugilan mengehadkan tempoh 7 hari agar Samy berundur secara sendiri, dan beliau akan mengumumkan formula GAS untuk menggulingkan Samy Vellu sekiranya Samy enggan berbuat demikian. "Samy adalah beban BN dan kerajaan, kalau beliau tidak berundur, BN pula yang akan diheret." Di samping itu, Setiausaha Agung MIC S. Murugesan yang menyokong GAS telah dipecat pada petang, semalam. *Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Tulisan ini diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang, daripada teks asal. | |||||||
| Undi Tidak Percaya Kepada Najib Posted: 01 Jun 2010 06:03 AM PDT KELB GREENBOC
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis.Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, parti itu juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza. "(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pakatan Rakyat, juga katanya menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan Israel. Beliau juga kecewa dengan Najib yang hanya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan serangan itu Israel hanya pada tengah malam semalam. "Kenyataan itu hanya dibuat selepas didesak oleh pelbagai pihak yang mengangap kerajaan terlalu lembab dan takut untuk membuat kenyataan mengecam perbuatan lanun laut rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Kelembapan perdana menteri itu, katanya, dilihat seperti menunggu apa nasihat dari Apco Worlwide untuk kerajaan bertindak tanpa menjejas kerja firma Yahudi itu yang diamanahkan oleh kerajaan untuk memulihkan kepercayaan Amerika terhadap kerajaan Malaysia. "Tindakan rejim Israel tersebut adalah berpunca dari sikap lunak dan pak turut dasar luar kerajaan-kerajaan di dunia termasuk Malaysia yang menyumbang kepada tindakan kejam Israel. "Perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib yang begitu mesra Amerika dan Zionis mesti dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia," kata beliau. -mk Ulasan GB Ringkas saja, kelembapan Najib dengan keengganan untuk memutuskan hubungan dengan APCO perlu diajar dengan diberikan undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen. | |||||||
| Empat Aktivis Malaysia Sertai Bantuan Gaza Selamat Posted: 01 Jun 2010 05:20 AM PDT TV SELANGOR Rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama 'Rachel Corrie', satu daripada enam kapal dalam armada kapal kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, selamat, selepas tentera Israel menaiki kapal Turki bagi menghalang konvoi itu. Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki yang mengetuai armada kapal kecil awal pagi ini. "SMS dari Rachel Corrie -- Semua yang berada di atas kapal selamat. 1,000 batu dari Gaza," kata seorang pegawai dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di Kuala Lumpur. Tiga wakil dari PGPO di atas kapal itu ialah Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria. Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin. Dalam SMSnya kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza. "Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya. Menurut PGPO, kapal-kapal itu membawa 5,000 tan bahan-bahan pembinaan semula, peralatan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza. | |||||||
| Karpal : Najib, Ezam Boleh Didakwa Posted: 01 Jun 2010 05:19 AM PDT TV SELANGOR Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan Senator Ezam Md Noor boleh didakwa kerana tidak memfailkan laporan polis berhubung tuduhan Saiful Bukhari Azlan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Peguam Karpal Singh berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, semasa meneliti pengakuan Saiful menemui Najib, Ezam, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada masa itu, Rodwan Mohd Yusof dan rakan karib isteri PM, Mumtaz Jaafar, sebelum pemeriksaan hospital. Ketika disoal peguambela, Saiful mendakwa beliau tidak tahu apakah individu terbabit memfailkan laporan polis terhadap Anwar Ibrahim. Saiful juga mendakwa Ezam dan Mumtaz tidak mengalakkan beliau memfailkan laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya. Karpal berkata Najib dan mereka terbabit boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan kerana gagal memfailkan laporan polis seperti yang ditetapkan Seksyen 13 Kanun Acara Jenayah. Sementara itu, Saiful menafikan memberitahu polis, Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur bahawa sejenis objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya. Beliau turut menafikan majlis sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan telah dirancang diadakan beberapa hari sebelum penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. | |||||||
| Wisma Putra Diarah Selamatkan Sukarelawan Malaysia Posted: 31 May 2010 11:36 PM PDT
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Wisma Putra menyelamatkan sukarelawan Malaysia ke Gaza yang kini ditawan tentera rejim Zionis. Perdana Menteri juga mahu Kementerian Luar mendapatkan maklumat terkini tentang nasib aktivis-aktivis terbabit melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak ketiga berhubung status keselamatan mereka. Malah beliau menegaskan, Malaysia akan mengusulkan tindakan pencabulan Israel dibawa ke sidang Majlis Keselamatan PBB minggu depan bagi membolehkan satu tindakan diambil terhadap rejim zionis itu. "Kita akan bawa ke Majlis Keselamatan PBB untuk lihat bagaimana boleh ambil tindakan terhadap Israel," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Ditanya sama ada Malaysia akan memboikot produk keluaran Israel, Najib berkata: "Boikot pada masa ini tak beri apa-apa kesan, kita akan fikir apa yang patut dilakukan melalui Majlis Keselamatan PBB." | |||||||
| Jakim Cadang Solat Hajat Di Seluruh Negara Malam ini Posted: 31 May 2010 11:33 PM PDT BERNAMA PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara menganjurkan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah malam ini bagi mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berharap solat hajat itu dapat diadakan serentak selepas solat Maghrib hari ini dan diteruskan selepas solat Jumaat ini. "Pendekatan (solat hajat) itu perlu dilaksanakan segera bagi memohon perlindungan Allah kepada sukarelawan terbabit sama ada yang beragama Islam dan bukan Islam daripada kekejaman rejim Israel," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keganasan tentera Israel terhadap sukarelawan yang menaiki kapal "Mavi Marmara" yang terlibat dalam misi "Flotila Kebebasan" bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza. Wan Mohamad juga menasihatkan mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan perhimpunan bagi menzahirkan rasa marah mereka terhadap keganasan tentera Israel itu supaya terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Jakim, pihak berkuasa agama negeri serta polis. "Kita boleh melahirkan rasa marah dan berhak merasa marah kepada pihak yang zalim. Bagaimanapun tindakan kita hendaklah selari dengan peraturan dan undang-undang sedia ada. "Reaksi rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam sewajarnya melambangkan kematangan kita dalam menangani isu yang mencabar ini," katanya. | |||||||
| Anwar Gesa PBB, Amerika Syarikat kecam Israel Posted: 31 May 2010 11:32 PM PDT TV SELANGOR Serangan ganas komando Israel terhadap misi bantuan kemanusiaan Gaza mendapat kecaman meluas. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengecam keras tindakan Israel dan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat mengenakan tindakan keras keatas rejim Tel Aviv. "Kita sudah mengutuk keras serangan komando Israel ke atas fortila misi keamanan untuk membantu rakyat Gaza Palestin dan kekejaman ini keterlaluan," tegas Anwar. Kira-kira 12 rakyat Malaysia, termasuk petugas media Astro Awani, disahkan berada di atas kapal Mavi Marmara, yang mengepalai flotilla keamaan ke Gaza yang diserang tentera Israel hari ini. Mereka adalah sebahagian dari misi Talian Hayat untuk Gaza, yang menyertai misi keamanan membawa 10,000 tan bantuan keamanan ke Semenanjung Gaza yang dikenakan sekatan ekonomi oleh rejim Tel Aviv. Selain dari Talian Hayat untuk Gaza, enam lagi badan bukan kerajaan Malaysia termasuk Jemaah Islamiah Malaysia dan Yayasan Amal turut menyertai konvoi ini. Awal hari ini, media antarabangsa melaporkan unit khas Tentera Laut Israel menyerbu Mavi Marmara dan membunuh sekurang-kurangnya 19 aktivis keamanan. Lengkap bersenjata dan menggunakan peluru hidup, rejim Tel Aviv berikrar untuk berbuat apa-sahaja, termasuk melanggar Piagam PBB, untuk menghalang konvoi berisi bantuan kemanusiaan ini dari tiba ke pantai Gaza. Agensi berita antarabangsa turut melaporkan serangan tiga kapal pengangkut dan tiga kapal kargo ini berlaku di perairan antarabangsa. Kapal-kapal yang berjaya dirampas komando Israel ditunda ke bandar Haifa dan bukan pelabuhan Ashdod bagi mengelakkan liputan media. Mereka yang terbunuh masih belum dikenalpasti, dan nasib dua wartawan Astro Awani masih misteri, kerana Tentera Israel menyekat semua bentuk perhubungan sekitar operasi ini. | |||||||
| Spekulasi harga gula naik esok tak betul Posted: 31 May 2010 10:50 PM PDT
"Kalau saya kata tak naik esok tak naiklah tapi pengguna percaya pada tauke kedai seolah-olah tauke kedai yang umum kenaikan harga gula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengguna 2010 di Putrajaya. Beliau berkata khabar angin itu mengakibatkan berlaku pembelian jangka pendek atau pembelian panik sejak kebelakangan ini di beberapa negeri dan seolah-olah krisis kekurangan bekalan gula berulang. Ismail Sabri berkata pada masa ini krisis bekalan gula tidak berlaku dan pengeluaran gula telah ditambah antara lima hingga 15 peratus bagi menghadapi permintaan yang tinggi ketika cuti sekolah dan perayaan Hari Gawai. "Jika pembelian panik berlaku, kita tambah 10 hingga 20 peratus pun akan habis juga bekalan. Malah, pembelian panik akan menjejaskan kitaran penghantaran gula yang ditetapkan," katanya.
Menyentuh tentang Konvesnyen Kepenggunaan 2010, Ismail Sabri berkata ia akan menghasilkan Pelan Induk untuk pengguna bagi tempoh 2010-2020 yang lebih fokus berasaskan kehendak dan keperluan rakyat pada masa hadapan. Beli
Ismail Sabri berkata mengikut satu tinjauan, kira-kira 58 peratus dari 5,000 responden ketika ini telah mempunyai kesedaran tentang hak dan tanggungjawab kepenggunaan mereka. "Untuk menjadi rakyat sebuah negara maju, kita harus mempunyai kesedaran ini. Kita tidak harus berasa malu menuntut wang kita semula walaupun sedikit nilainya. Kita harus mempunyai prinsip duit saya adalah duit saya dan tidak ada siapa yang boleh menafikan hak kepenggunaan saya." | |||||||
| Kesilapan Sibu: PP beri RM100, S'wak bagi RM600 Posted: 31 May 2010 10:47 PM PDT
"Apa fikir anda respon mereka?" soal Ong Boon Keong - yang mewakili Pemerhati Pilihan Raya Malaysia - pada forum pasca pilihan raya Sibu di Pulau Pinang. "Semua orang senyap dan tidak berani bersuara, yang mana pada setiap pilihan raya, mereka menerima RM600 bagi setiap rumah! "Jika petugas DAP mengetahui perkara ini, mereka tidak akan bertanyakan sama ada setiap rumah menerima RM100, mereka tahu nilai ini tidak munasabah." Pada hari-hari terakhir kempen Abdul Taib mengumumkan geran berjumlah RM147, 600 untuk 12 rumah panjang di Tanjong Penasu - setiap satu daripada keseluruhan 246 pintu menerima RM600. Sementera itu, wakil PAS, Zamry Ibrahim yang juga seorang ahli majlis di Kedah berkata, kehadiran Pakatan Rakyat di Sibu amat kurang terutamanya di kawasan majoriti Melayu/Islam. "Kebanyakkan kaum Melayu/Melanau dan Dayak telah menyokong pembangkang, bahkan sebelum 8 Mac (pilihanraya umum pada tahun 2008), tetapi secara tidak terancang. Kumpulan ini akan mengundi sesiapa sahaja asalkan ianya bukan daripada BN," katanya. "Ramai yang mahu berubah tetapi takut untuk menunjukkannya kerana BN mengawal mereka melalui ketua rumah panjang atau dengan cara 'menyuap' mereka." Beliau merujuk kepada elaun RM450 yang telah dibayar oleh pihak kerajaan kepada ketua rumah. | |||||||
| KJ gagal ketepi penghakiman ingkar Anwar Posted: 31 May 2010 10:45 PM PDT
Khairy memfailkan permohonannya pada 20 Februari 2009 lalu untuk mengenepikan perintah itu. Mengumumkan penghakimannya di kamarnya, penolong pendaftar Mahkamah Sivil Kuala Lumpur, Nazri Yahya juga mengarahkan Khairy untuk membayar kos. innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = ""; Anwar diwakili oleh SN Nair dan Wan Anwar Shadat, manakala Khairy diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah serta Badrul Munir Bukhari. Anwar, 63, menfailkan saman terhadap Khairy pada 7 Mac 2008 kerana dakwaan Khairy pada ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno telah mengucapkan dan telah menyebabkan penerbitan di laman sesawang termasuk Malaysiakini.com. satu rakaman klip video bersama sebuah artikel bertajuk "Anwar and kin no threat". | |||||||
| Liwat II: Saiful nafi plastik disumbat ke duburnya Posted: 31 May 2010 10:38 PM PDT
Menurut Karpal pihaknya telah menghubungi pemilik kondominium di mana pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa tempat dia diliwat, tetapi gagal menghubunginya. "Kami perlukan bantuan daripada pihak pendakwaan. Saya pasti dia (pemilik kondo) itu juga akan dipanggil (sebagai seorang saksi)." Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa berkata beliau hanya mengetahui berhubung permohonan senarai saksi pendakwaan telah dibuat hari ini. Ketika disoal-balas Karpal, Saiful menceritakan bahawa ayahnya bercerai dengan ibunya semasa dia berada di darjah satu. Karpal: Ada Timbalan Perdana Menteri beri apa-apa nasihat? Saiful: Pada mulanya beliau terkejut, ragu-ragu. Tapi lepas cerita Karpal: Adakah pada bila-bila masa anda membuat laporan polis mengenai aduan yang dibuat kepada Timbalan Perdana Menteri, dan orang lain tadi? Saiful: Sebelum 26 Jun 2008 (dakwaan berlaku liwat), saya tidak Karpal: Tidak ada siapa yang beri nasihat kepada anda supaya membuat laporan polis? Saiful: Tidak ada. Mereka bimbang tentang masa depan saya.
Karpal: Jika TPM atau yang lain tidak membuat laporan polis, mereka telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjarakan. Tahu atau tidak? Karpal kemudianya bertanya kepada Saiful berhubung acara mengangkat sumpah yang dilakukannya di Masjid Wilayah Persekutuan, beberapa hari sebelum hari peenamaan calon pilihan raya kecil Permatang pauh yang ditandingi oleh Anwar, dua tahun lalu. Karpal: Kenapa buat pada tarikh dekat dengan hari penamaan calon? Karpal kemudiannya memohon supaya pemeriksaan balasnya terhadap Saiful ditangguhkan dan pihaknya akan memanggil semula Saiful. Yusof pula kemudiannya bertanyakan Saiful berhubung pengalamannya di Hospital Pusrawi, tempat pertama yang dilawatinya untuk menjalani ujian perubatan. Menjelaskan semula mengenai kenyataan medianya kepada laman web Malaysiakini, bahawa kejadian liwat itu merupakan pertama kali berlaku, Saiful berkata : "Maksud kenyataan saya itu ialah kejadian yang berlaku adalah pertama kali yang dilakukan oleh Anwar". Kepada soalan lain, Saiful juga berkata semua orang yang beliau temui berhubung kejadian liwatnya tidak menggalakkan beliau membuat laporan polis kerana bimbang dengan masa depannya kerana beliau masih muda. Anwar didakwa meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




KUALA LUMPUR, — Dalam rombakan yang dilihat tidak mengejutkan ramai, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Tindakan tentera Zionis itu sama sekali tidak boleh diterima oleh masyarakat berbilang kaum di Selangor kerana ia perbuatan kejam dan melampaui batas kemanusian.
"Perdana Menteri perlu mengistiharkan bahawa Malaysia secara rasmi telah membatalkan kontrak dengan APCO dan mengharamkan sistem teknologi keselamatan untuk kegunaan polis yang dibekalkann syarikat Eropah dan Amerika Syarikat dengan nasihat teknikal Yahudi," katanya.
Serangan helikopter tentera Israel menyebabkan 16 anggota konvoi Gaza-Freedom Flotilla yang menaiki kapal Mavi Marmara terbunuh dan hampir 30 cedera.







kemudiannya menyemak semula keterangan awal Saiful mengenai perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor 9sekarang ini senator), Datuk Rodwan Mohd Yusof (ketika itu pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang sekarang ini Ketua Polis Melaka), bekas ratu trek negara, Datuk Mumtaz Jaafar yang merupakan sahat akrab isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, rakannya Rahimi Osman, bapa saudaranya yang dikenali sebagai Tuah danseorang guru agama yang dipanggil Atuk.
menjawab dia tidak tahu.
Pertikaman lidah berlaku antara Karpal dan Mohd Yusof apabila peguam utama Anwar itu berhujah Najib dan yang lain boleh diheret ke mahkamah kerana tidak membuat laporan polis berhubung dakwaan Saiful (kiri) diliwat.
Dia menafikan acara mengangkat sumpah itu sesuatu yang dirancang dan berkata dia memang berhasrat melakukannya lebih awal.
"Saya juga tidak pernah berkata perkara seumpama itu kepada doktor atau polis di Hospital Kuala Lumpur."
Anwar didakwa meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan