!! BUJANG SUSAH !! |
- TUKIMIN, SI JAWA YANG TAK FAHAM CAKAP MELAYU
- BULAN YANG DITUNGGU-TUNGGU
- PORT MAKSIAT
- TAHNIAH KJ
- PENDATANG TAK SOPAN
| TUKIMIN, SI JAWA YANG TAK FAHAM CAKAP MELAYU Posted: 17 Jun 2010 06:59 PM PDT بسم الله الرحمن الرحيم Desak Siasat Pembongkaran Kes, RTM Dicabar Siar Kenyataan AnwarAhli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak siasatan terhadap kes yang dibongkar Pakatan Rakyat diselesaikan terlebih dulu, sebelum ini mendesak beliau mendedahkan kebenaran Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ditawar RM2 juta untuk melompat parti. Diasak wartawan radio RTM yang hanya dikenali sebagai Tukimin, Anwar sebaliknya berkata, pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan. "Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan? "Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya," tegas Anwar mengenai pendedahan berkaitan sogokan RM 2 juta. Bagai satu perbahasan di luar dewan, wartawan RTM itu cuba mengasak Anwar dengan alasan masyarakat luar mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan Anwar. "You tanya Menteri You, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab, You tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan? Tukimin yang masih berdegil akhirnya dicabar oleh Anwar supaya mengeluarkan kenyataan beliau berhubung beberapa skandal rasuah yang masih belum selesai. "Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya.. ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka... keluarkan PKFZ, apa tindakan? keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?" Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau akan memberi keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta- juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya./TVSelangor UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM.. |
| Posted: 17 Jun 2010 01:34 PM PDT بسم الله الرحمن الرحيم sekadar renunganBulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan yang banyak. Sesungguhnya Allah menganugerahkan rahmat kepada hamba-hambaNya dalam bulan ini. Barangsiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan. Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya'aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri. Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya'aban dengan malam Nisfu Sya'aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadr. Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini. Di antara amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya. Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar. Sepanjang Rejab, Allah melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat darjat di dalam syurga. Selain berpuasa, umat Islam digalakkan beristighfar. Bacalah doa istighfar Rejab yang banyak dinukilkan di dalam kitab-kitab. Allah melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain. Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang banyak. Dinukilkan bahawa barangsiapa bersedekah dalam bulan Rejab diberi ganjaran setiap sehelai bulu roma di tubuhnya dengan 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapus 1000 kejahatan. Sungguh banyak sekali keterangan ulama' mengenai ganjaran dan kebesaran Rejab. Yang lebih penting bukan setakat menghuraikan kelebihan, tetapi sejauh mana kita mengamalkan atau mengambil peluang dari tawaran Allah ini. Kalau Kompleks Membeli-belah mengadakan tawaran istimewa atau jualan murah, kita akan keluar berduyun-duyun seolah-olah berpesta untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan. Tetapi adakah begitu respon kita apabila Allah membuka tawaran yang Maha Hebat ini. Satu tawaran yang tiada tolok bandingannya. Satu tawaran yang kekal abadi. Satu tawaran yang menjamin kebahagiaan di dua alam - dunia dan akhirat. Realiti yang kita dapat lihat ialah tawaran Allah kurang mendapat tempat di hati kita. Hanya hati yang disinari dengan iman dapat menghargai tawaran Allah yang abadi ini. Manakala hati yang sudah terpaut dengan kebesaran dunia lebih terpikat dengan tawaran murahan yang bersifat sementara dan tidak kekal. Di sinilah ujian untuk menilai keimanan kita terhadap perkara ghaib. Ganjaran syurga yang ditawarkan adalah perkara ghaib yang kita tidak nampak. Tetapi penuruan harga baju dari RM 90.00 ke RM 50.00 jelas dilihat. Oleh kerana kita lebih mengutamakan perkara yang nampak daripada yang ghaib, maka kita berusaha untuk memilih tawaran dunia. Tawaran Allah menjadi amat kecil sehingga tidak berdaya untuk kita laksanakan. Jadilah fadhilat atau kelebihan Rejab yang kita baca atau dengar seolah-olah satu dongengan yang tidak bermakna dan tidak sikit pun memberi kesan di hati. Apabila sikap begini terserap di dalam hati, tidaklah mampu untuk merealisasikan sesuatu tindakan. Bahkan di dalam al-Quran, Allah menempelak golongan ini seolah-olah ada mata tetapi tidak dapat melihat, ada telinga tidak dapat mendengar dan ada otak tetapi tidak dapat memikirkan. Allah Maha Melihat atas apa yang kita lakukan. Allah Maha Mendengar atas apa yang kita ucapkan. Allah Maha Tahu atas apa yang kita lintaskan di hati. Allah memberi ganjaran atau balasan berdasarkan sejauh mana kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah. Jika kita bersungguh-sungguh beramal mencari keredhaan Allah, Allah akan memberi balasan setimpal dengan usaha yang disumbangkan. Sebaliknya jika di dunia kita tidak begitu ambil pusing akan urusan ibadat, maka sudah tentu Allah tidak akan mempedulikan perihal hidup kita di dunia dan akhirat. Sebagai tanda Allah mengasihi seseorang, diberikan kesusahan atau bala. Bala adalah ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Sekiranya kita bersabar atas segala kesusahan yang ditimpakan ke atas kita, Allah akan meningkatkan darjat kita. Manusia yang lemah imannya terhadap ujian Allah akan mudah menggelabah dan putus asa. Orang beriman sebenar sama sahaja sama ada diberi nikmat atau tidak. Diberi senang dia bersyukur, ditimpakan susah dia bersabar. Ada wang atau tak ada wang sama saja - kerana kesemuanya berpunca dari Allah. Dalam konteks kelebihan Rejab ini, puasa adalah satu amalan yang benar-benar menguji kesabaran. Orang berpuasa diuji dengan susah, lapar, dahaga dan letih. Ini merupakan satu bala. Kejayaan mengatasi kesusahan ini demi menyahut seruan Allah merupakan satu peluang yang melayakkan kita menerima ganjaran yang disediakan; bak kata orang tua-tua 'bersusah-susah dulu - bersenang-senang kemudian'. Ini bermakna syarat untuk bersenang-senang di akhirat ialah dengan cara kita menempuh pelbagai kesukaran terlebih dahulu. Syurga adalah satu tempat yang amat istimewa di akhirat yang tidak akan dapat dicapai oleh mereka yang lebih mementingkan kesenangan dan hiburan di dunia ini. Sebagai penutupnya, kita seharusnya memeriksa diri kita terlebih dahulu, sejauh mana kita memberi respons terhadap tawaran ukhrawiah? dan sejauh mana pula kita memberi respons terhadap tawaran keduniaan? Bandingkan kecenderungan atau kemahuan diri kita apabila berhadapan dengan kedua-dua tawaran ini. Yang mana lebih menggiur atau menyelerakan? Dari sini barulah kita tahu pendirian dan sikap kita. Tepuklah dada dan tanyalah iman. Hanya diri sendiri yang mengetahui rahsia peribadi. Bertolak dari sini, barulah kita dapat memperbetulkan halatuju yang perlu diambil untuk keselamatan diri kita di dunia dan akhirat. Harapan kita biarlah kita untung dan bahagia di dunia dan akhirat. Sama-samalah kita berusaha ke arah memperbaiki hidup sepanjang Rejab ini supaya Allah menambahkan ketakwaan dan kekuatan kita untuk melakukan amal iibadat dalam bulan Sya'aban dan Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga kita berpeluang berada dalam bulan yang paling mulia - Ramadhan dan akhirnya semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. AMIN! Subject: from Husnul Hanisah FADHILAT BULAN REJAB Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya. Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut: Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya. Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka, Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal. Puasa 5 hari - aman dari azab kubur. Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya. Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya. Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya. Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga. Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim. Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun. Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun. Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun. Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam. Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya. Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim. Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. Kelebihan lain bulan Rejab: Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab: Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab: Israk dan Mikraj (27 Rejab) Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." From: gorgon1383® bunnysutra13@yahoo.com (fwd msg from hizbut tahrir via FB) UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM.. |
| Posted: 17 Jun 2010 07:21 AM PDT بسم الله الرحمن الرحيم Alor Setar - 'Port' maksiat : mana pihak bertanggungjawab nie.. dok saja dalam opis kaa..?? ![]() ALOR SETAR- Kawasan pejalan kaki dan rehat di sekitar Persisiran Sungai Raja yang penuh dengan semak samun mampu mengundang berlakunya pelbagai gejala negatif. Seorang kakitangan awam, Nurliyana Shaari, 30, berkata, kawasan itu terbiar sejak sekian lama sehingga kebanyakan rumput tumbuh panjang sehingga menjadi semak dan tidak sesuai dijadikan kawasan rehat dan rekreasi. Menurutnya, kawasan itu kini sebaliknya mampu menjadi tarikan untuk dijadikan 'port' maksiat. "Jika siang kawasan ini menjadi tumpuan pejalan kaki terutamanya kakitangan awam yang bekerja di kawasan sekitar untuk ke pusat bandar atau menjamu selera pada waktu tengah hari, namun ia mampu bertukar wajah pada waktu malam jika semak samun dibiarkan begitu. "Golongan tidak bertanggungjawab boleh menggunakan kesempatan yang ada bagi melancarkan kegiatan tidak bermoral," katanya kepada Sinar Harian. Bagi, Norhafiza Ghani, 25, berkata, dia yang sering menggunakan kawasan pejalan kaki di situ kadangkala tidak tahan melihat pelbagai kerenah golongan tidak bertanggungjawab yang mengambil peluang menghabiskan masa di kawasan berkenaan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermoral. Menurutnya, kebanyakan mereka seolah-olah tidak menghiraukan orang ramai yang lalu lalang dan mereka sedikit pun tidak rasa malu dengan apa yang dilakukan. "Perkara sumbang itu amat memalukan dan perlu ditangani segera, jika dibiarkan ia mampu meninggalkan imej buruk kepada bandar raya sekali gus negeri ini. "Saya harap pihak bertanggungjawab dapat menyelenggarakan kawasan ini sebaik mungkin supaya ia tidak boleh dijadikan 'port' maksiat, " katanya. Kawasan itu seharusnya dipantau oleh pihak bertanggungjawab terutamanya pada waktu malam bagi mengelakkan gejala maksiat terus menular," katanya. - kedahlanie UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM.. |
| Posted: 17 Jun 2010 04:08 AM PDT بسم الله الرحمن الرحيم KHAIRY : UTAMAKAN BIASISWA , SAYA SEDIA SIDANG DI PARLIMEN BOCOR - minsider ![]() Pergerakan Pemuda Umno hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk mengurangkan jumlah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diberikan kepada pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ijazah di luar negeri. Justeru, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata selaku anggota Dewan Rakyat beliau sanggup bersidang di bangunan Parlimen sedia ada yang disebut-sebutkan akan dipindahkan ke Putrajaya atas alasan demi keselesaan dan kerana bocor. "Saya sedia duduk dalam bangunan Parlimen sedia ada jikapun ada kebocoran siling sekali-sekala daripada melihat sejumlah wang besar dibelanjakan untuk keselesaaan Ahli Parlimen sedangkan ia boleh digunakan untuk menjanjikan masa hadapan lebih cerah untuk negara dan anak-anak kita," katanya. Kata Khairy, pihaknya menerima hakikat bahawa kos menampung pengajian luar negeri adalah amat tinggi, tetapi berpandangan bahawa ini merupakan pelaburan yang membawa pulangan jauh lebih tinggi kepada negara Malaysia dalam bentuk modal insan yang berkelulusan tinggi. Note: Khairy kini lebih berani setelah masuk krusus wataniah. Sejak kebelakangan ni khairy sering menghentam kepimpinan najib yang semakin pincang. dTerdahulu beliau telah 'mengesa k'jaan segera beri penjelasan' berkenaan judi. Tahniah KJ.. anda semakin berani. UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM.. |
| Posted: 16 Jun 2010 11:56 PM PDT بسم الله الرحمن الرحيم ![]() WARGA asing membanjiri kawasan pasar malam sekitar Senawang. Penduduk risau keselamatan, terutama kanak-kanak Oleh Mohd Amin Jalil SENAWANG: Kebanjiran warga asing yang mendiami beberapa taman perumahan di sekitar bandar Senawang, mengundang rasa kurang selesa sebahagian besar penduduk di kawasan itu bukan saja dari segi keselamatan, malah dari gelagat mereka yang berpakaian tidak sopan. Sekurang-kurangnya empat taman perumahan yang dikenal pasti paling ramai didiami warga asing iaitu Taman Desa Melor, Taman Tasik Jaya, Taman Senawang Jaya dan Taman Jasmin. Kebanyakannya dari Vietnam, Bangladesh, Indonesia, Nepal dan Thailand. Keadaan itu dipercayai berpunca akibat pertambahan pekerja asing di sektor perkilangan di sekitar itu. Penduduk tambah bimbang apabila kumpulan pekerja asing terbabit keluar secara berkumpulan antara 10 hingga 15 orang pada setiap hujung minggu untuk bersiar-siar di bandar dan pekan Senawang. Tinjauan Berita Harian di sekitar kawasan perumahan dan pasar malam di Taman Senawang Jaya dan Taman Satria setiap Ahad dan Rabu mendapati ramai warga asing keluar secara berkumpulan untuk bersiar dan membeli barang keperluan. Penduduk Taman Cempaka Senawang, Che Mahzom Man, 42, berkata dia mendapati bilangan pekerja asing yang mendiami kawasan itu kian bertambah setiap masa dan keadaan itu meresahkan penduduk sekitar. "Rata-rata penduduk khuatir dengan keselamatan mereka terutama kanak-kanak perempuan berikutan beberapa kejadian tidak bermoral yang sering dikaitkan dengan warga asing. "Bagaimanapun, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ditempatkan di situ oleh majikan dan sepatutnya diawasi majikan masing-masing," katanya. Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharudin, berkata kehadiran ramai warga asing sememangnya merimaskan penduduk. Beliau berkata, pelbagai aktiviti tidak sihat sering berlaku yang dikaitkan dengan warga asing sekali gus menjejaskan ketenteraman penduduk. "Pihak kami ada menerima beberapa laporan mengenai gelagat warga asing yang kurang sopan, termasuk mengganggu isteri atau gadis tempatan di khalayak ramai tanpa menghiraukan sensitiviti orang lain. "Kadangkala ada warga asing dengan selamba hanya memakai tuala tanpa baju berjalan-jalan di luar rumah hingga menimbulkan rasa kurang senang terutama di kalangan remaja perempuan dan isteri penduduk. "Kita bukan berniat untuk memandang serong, tetapi kehadiran mereka dan ditambah pula dengan tindakan yang dilakukannya tanpa mengambil kira sensitiviti penduduk beragama Islam, sememangnya merimaskan," katanya. Mohd Fadil berkata, sebelum ini ada kejadian pekerja warga asing lelaki dan perempuan berkurung dalam bilik pada malam hari, yang dikesan anggota skim rondaan sukarela (SRS) selain kes mereka mengganggu wanita tempatan yang membeli-belah di pasar raya. Malah, beliau berkata, ada juga pekerja asing itu yang tidak segan silu berpegang tangan antara lelaki dan perempuan sekali gus menimbulkan kebimbangan kanak-kanak akan terpengaruh melihat aksi memualkan. "Kita berharap pihak berkuasa dapat memantau masalah warga asing yang kian bertambah demi kepentingan dan keselamatan penduduk tempatan," katanya UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM.. |
| You are subscribed to email updates from !! BUJANG SUSAH !! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan