Ahad, 13 Jun 2010

!! BUJANG SUSAH !!

!! BUJANG SUSAH !!


PENGKHIANAT UMAT ISLAM PURA-PURA TIDAK TAHU

Posted: 13 Jun 2010 08:09 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

12 aktivis ke Gaza wira negara: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan 12 sukarelawan negara yang melalui pengalaman ngeri diserang dan ditahan tentera Israel ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai wira negara.

Perdana Menteri yang bersyukur semua mereka selamat pulang, berkata kejadian itu akan termaktub dalam sejarah negara kerana menandakan pembabitan Malaysia dan rakyatnya secara sukarela untuk membantu rakyat Palestin. "Nanti akan tertulis bahawa kumpulan 12 orang ini, sebagai orang biasa yang bersatu dalam satu kumpulan yang memiliki kesedaran dan keinsafan serta sanggup bersabung nyawa untuk rakyat Palestin. "Mereka ini boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada pihak yang menggerakkan kesedaran dunia untuk mengutuk kezaliman Israel," katanya berucap pada majlis meraikan kepulangan 12 sukarelawan itu di kediamannya di Langgak Duta di sini, pagi semalam.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut bersarapan pagi bersama sukarelawan itu dan ahli keluarga mereka.

Perdana Menteri menganggap kejadian menimpa 12 rakyat Malaysia itu bukan saja menyayat hati, malah membuka mata rakyat dan dunia terhadap kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin yang sebelum ini hanya diketahui menerusi media.

"Pembunuhan sembilan rakyat Turki dari jarak dekat adalah bukti kezaliman Israel," katanya. Najib mengakui beliau boleh membayangkan tekanan perasaan dialami 12 sukarelawan negara kerana tidak tahu apakah nasib mereka selepas diserang dan ditahan di Penjara Be'er Sheva, selain perasaan isteri, anak dan ahli keluarga mereka.

"Yang pasti, Malaysia tidak akan lari daripada tanggungjawab untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan mempertahankan hak asasi kemanusiaan dengan mencetuskan kesedaran dunia untuk terus mengutuk Israel.

"Malaysia akan tetap menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Palestin," katanya ketika ditemu bual TV3 pada majlis sama.

Sementara itu, Rosmah mengambil inisiatif mengumpul dana sebanyak RM16,250 (US$5,000) seorang untuk disumbangkan kepada keluarga sembilan sukarelawan Turki terbabit. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan ketika mengumumkan usaha diterajui Rosmah, berkata dana yang dikumpulkan itu akan diserahkan melalui Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan) Palestin dan Wisma Putra untuk disampaikan kepada keluarga terbabit. - Sumber: Berita Harian 07/06/10

Siapa Pula Pengkhianat Umat Islam?

12 sukarelawan yang menyertai misi kemanusian ke Gaza dianggap sebagai wira negara oleh Najib namun gelaran itu tidak mampu untuk menutup bau busuk pengkhianatan yang dilakukan oleh para pemimpin sekular umat Islam hari ini yang masih lagi tidak menggerakkan para tentera yang berada di bawah kekuasaannya untuk berjihad melawan Israel. Dunia sudah menyaksikan bagaimana kejam dan zalimnya Israel yang tanpa berperikemanusiaan telah membunuh aktivis bantuan misi kemanusian baru-baru ini. Hakikatnya para pengkhianat di kalangan para pemimpin sekular umat Islam hari ini masih lagi terus memasung dan memandulkan tentera-tentera umat Islam yang jutaan jumlahnya. Faktanya, para tentera umat Islam yang berjuta ini keluar hanya untuk memenuhi jadual tahunan mereka – berbaris untuk pertunjukan pada hari kemerdekaan dan perarakan hari ulangtahun tentera yang disambut setiap tahun. Jika ada misi bantuan keluar negara pun para tentera kaum muslimin ini hanyalah bergerak di bawah naungan PBB, sebuah pertubuhan kufur yang telah terbukti gagal dan akan terus gagal dalam menyelesaikan masalah umat Islam.

Wahai Najib! Apa ertinya kamu menyambut dan meraikan "wira-wira negara" yang terselamat itu jika dalam masa yang sama kamu masih bersekongkol dengan para pemimpin sekular yang mengkhianati umat Islam dengan membiarkan umat Islam dibunuh di mana-mana sahaja saat ini oleh musuh-musuh Islam tanpa kamu pernah berusaha untuk menggerakkan tentera umat Islam berjihad fi sabilillah. Apakah kamu tidak memahami firman Allah SWT ini?: "Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman". [TMQ At-Taubah (9) : 14]. Amat malang bagi umat Islam hari ini apabila para pemimpin sekular mereka masih lagi tidak berani mengisytiharkan jihad fi sabilillah untuk menghapuskan Israel dari peta dunia ini. Para pemimpin ini masih lagi tersipu-sipu, hanya sekadar melafazkan kutukan dan kecaman semata-mata dan semua ini tidak akan pernah dipedulikan oleh Yahudi laknatullah.

-- jebbat.blogspot.com



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

GAMBAR YANG INGIN KITA LIHAT

Posted: 13 Jun 2010 06:11 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم




Dia pegang jawatan sebagai Ministry of Tourism, Culture and Environment, Sabah, Malaysia (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) oh.... itulah Culture Malaysia, itulah culture Melayu, Muslim yg dialu alu kan oleh UMNO. - Sumber



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

HARGA AYAM NAIK MENDADAK

Posted: 13 Jun 2010 04:44 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم



HARGA ayam di pasaran kini naik sehingga RM1.50 sekilogram di seluruh negara sejak lebih seminggu lalu.

KUALA LUMPUR - Bagai sudah menjadi lumrah apabila setiap kali tiba musim cuti persekolahan, harga runcit ayam di seluruh negara akan naik dengan mendadak.

Kenaikan harga itu sekali gus menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai terutamanya mereka yang mahu mengadakan kenduri perkahwinan serta pengusaha kedai makan kerana menambah kos untuk tujuan itu.

Peliknya, pihak-pihak di sebalik industri ayam masing-masing memberikan alasan klise apabila ditanya punca masalah kenaikan harga tersebut

Para pemborong mendakwa, harga ayam telah dinaikkan di peringkat ladang atas alasan kenaikan kos makanan menternak ayam manakala penternak pula memberikan alasan lain termasuk kos pengangkutan yang meningkat.

Persoalannya, mengapa harga ayam tiba-tiba pada musim cuti persekolahan sedangkan kos penternakan ayam pada waktu lain tidak banyak bezanya.

Tinjauan Kosmo! Ahad di ibu negara dan beberapa bandar utama di seluruh negara mendapati harga ayam naik di antara 30 sen hingga RM1.50 sekilogram sejak sekolah mula bercuti pada 5 Jun lalu.

Harga ayam di Pasar Chow Kit dan Pasar Pudu, Kuala Lumpur didapati naik sebanyak 30 sen daripada RM6.70 menjadi RM7 sekilogram ekoran tindakan pembekal menaikkan harga borong sehingga RM6.20 sekilogram.

Seorang peniaga, Anwar Manik, 37, memberitahu, pembekal telah menaikkan harga ayam beberapa sen sejak dua minggu lalu dan 30 sen lagi sejak seminggu lalu menyebabkan dia terpaksa menaikkan harga jualan bagi mengelak kerugian.

Dia difahamkan kenaikan harga ayam berpunca daripada permintaan tinggi sejak musim cuti sekolah bermula ekoran majlis-majlis kenduri perkahwinan.

Seorang lagi peniaga, Karyadi Kadok, 39, pula berkata, jualan ayam di kedainya kini terjejas ekoran kenaikan harga tersebut selain tidak menerima banyak bekalan seperti sebelum musim cuti persekolahan bermula.

"Sejak beberapa minggu lalu harga ayam naik sebanyak dua kali dan apabila pembekal naikkan harga, peniaga pun terpaksa naikkan harga jualan untuk tampung kos," jelasnya. - kosmo


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

SATU KESILAPAN ANWAR IBRAHIM

Posted: 13 Jun 2010 09:56 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

ANWAR MOHON MENGADAP SULTAN JOHOR -mkini

Anwar Ibrahim akan memohon mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar berhubung penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Datuk Chua Jui Meng.

Menulis dalam tweetnya pagi ini, Anwar berkata beliau terkejut dengan penarikan balik anugerah tersebut, tetapi mendakwa Chua menerima berita itu dengan tenang dan tabah

Semalam, Chua - bekas pemimpin MCA yang kini menyertai PKR - telah dihubungi setiausaha Majlis Diraja Johor, Datuk Ramli Abdul Rahim, yang memintanya memulangkan semua darjah kebesarannya.

Nota:

anwar ibrahim tidak mamahami sentimen anak anak muda yang rata rata cukup gembira apabila derajat kebesaran ditarik balik. anak anak muda sudah bosan dan nak muntah dengan pelbagai bentuk tun tan tin tong seri serong datuk dating dating datong

tan seri terong tun betik datin buah kelapa datuk seri tong datin seri botox puan seri ikan masin datuk petai dan datuk serri kundur

malah anak muda naik menyampah dengan raja gopal jika anwar berfikir jika dia bertemu dengan raja raja gopal maka cahaya saham politiknya akan naik ......pooorah.

malah raja gopal ini adalah sebahagian dari lembaga yang turut sama membodoh kan orang melayu yang mengharu birukan perak dan menkavita singkan selangor

kita tidak perlu di darjat atau di datukkan… lihat jean paul sartre tidak ada derajah datuk … falsafahnya mempengaruhi dunia. bakunin dari keluarga bangswan russia membuangkan derajah kebesaran untuk bersama rakyat menjadi anarko. tony bank 2nd viscount stansgate yang berdarah diraja dan dipanggil lord telah menolak derajat ini untuk bersama parti buruh united kingdom

ciput miputlaaaa tun tan tin ini.kesian mak cik dan pak cik siang ditipu cukong malam kena kelentong rtm

nota:
menjunjung duli ertinya menjunjung tapak kaki patek pacal yang hina : patek ialah anak anjing. janganlaaa kita bodohkan bangsa kita. marilah kita dirikan jiwa merdeka

NOTA :

john lenon memulangkan kembali darjah kebesaran MBE - memberof the british empire pada 1hb september 1969 kerana membantah campir tangan kerajaan british dalam kes pembunuhan di biafara, kerana britain terus menyokong amerika dalam perang vietnam.

John Lennon would later return his MBE on September 1st 1969, in protest of Britain's involvement in Biafra, Britain's continuing support of the Vietnam war.

nota:
sampai dunia kiamat orang akan memainkan lagu imagine dari john lennon setiap jenerasi akan menucul penyokong dan pengikut john lennon.

john lennon bukan datuk seri gading dan bukan juga rambutan gading kah kah kah

nota:
jean-paul satre memenangi hadih nobel untuk sastera pada tahun 1964. dia menolak hadiah ini.kerja seninya bukan untuk dinilai oleh para bourgeoise dan kaum feudal
tetapi untuk dihayati oleh orang biasa

bukan macam dewan bahasa dan petaka gila gila nak cuba mendapatkan hadiah
nobel untuk sastera. sayang genre sastera bodek belum di wujudkan di sweden kah kah kah - tukartiub



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

UMNO JOHOR PUN NAK BUAT LAWAK?

Posted: 13 Jun 2010 06:14 AM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Umno Johor tolak judi sukan



JOHOR BAHRU 13 Jun — Umno Johor hari ini menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak, kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Abdul Ghani Othman.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat anggota jawatankuasa badan perhubungan hari ini, Abdul Ghani berkata, pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini.

"Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk pertaruhan dalam sukan.

"Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu," katanya.

Abdul Ghani, yang juga Menteri Besar Johor, berkata, beliau akan mengemukakan penolakan pertaruhan itu kepada peringkat tertinggi dalam masa terdekat ini. - Bernama

Note: Inilah pemimpin umno. kalau anda pernah melawat blog2 pro umno, mereka beria2 mengatakan umnolah islam yg tulin. Tapi anda cuba nilaikanlah sendiri. Pemimpin2 mereka sendiri berkata dia tolak judi kerana berdasarkan reaksi yg diterima daripada seluruh rakyat . Bukan kerana judi tu dilarang oleh agama pun kan. hehehe.. Jika begitu dimana kreadibiliti seorang yg bergelar pemimpin? Mengaku pemimpin islam tapi menghalalkan judi. sejak bila pula umno nak mendengar suara rakyat bawahan ni? bila tengok ponyokong umno sendiri pun x suka mula la nak pusing2. takut umno kena tolak dengan penyokong sendiri la tu. Tak payah nak sembang lebih la Ghani.. kalau betul ikhlas nak perjuangkan agama buatlah mcm negeri2 PR. kenapa kerajaan negeri Johor tak buat pengumuman kata lesen judi bola di Johor tak dibenarkan, macam kerajaan negeri PR buat..Sekadar UMNO kata tak nak judi buat apa..macam kata nak bantu Palestin, tapi pada masa bersekongkol dengan Israel..sepatutnya Ghani Othman buatlah pengumuman rasmi negeri, bukannya parti.




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

MENTERI PERDANA BUAT LAWAK ? BODOH SEBENARNYA...!!!

Posted: 12 Jun 2010 08:59 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa buat teks ucapan Najib?

"Jangan sesiapa cuba perlekehkan kemampuan Malaysia. Jangan ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) nak memperkecilkan negara Malaysia kita ini. Kita lebih tahu apa yang dia buat," katanya sambil tersenyum.

Bagaimanapun, melihat reaksi yang hambar kepada tindakannya untuk mengaitkan Anwar, Najib kemudiannya berkata prestasi Malaysia yang dimaksudkannya itu adalah berdasarkan indeks kompetitif yang ditunjukkan oleh negara.

"Dalam senarai negara berdasarkan indeks kompetitif global, sebuah (firma) perundingan pengurusan membuat penilaian, dalam masa setahun, Malaysia telah melonjakkan kedudukan daripada kedudukan ke-18 ke tangga ke-10 terbaik di dunia," katanya.

Tambahnya, mengikut penilaian berkenaan, prestasi Malaysia adalah lebih baik daripada negara yang dahulunya menjajah negara ini, malah lebih baik daripada negara Jepun.

"Sekarang kita berada 13 mata lebih baik daripada Jepun. Dalam senarai 10 negara ini, tiada negara OIC lain, tiada negara NAM. Kita berada dalam senarai sepuluh buah negara yang kompetitif di dunia," katanya lagi.

Nak tangok apa yg si bangang ni cakap seterusnya sla klik kat sini

PM 1Malaysia kata indeks kompetitif global Malaysia telah meningkat ke tangga 10 daripada 18. Siap berkata Anwar dan Pakatan Rakyat jangan perlekehkan kemampuan BN mentadbir Malaysia. Nah dengan kenaikan indek kompetitif global Najib berkata Malaysia lebih baik daripada Japan. Mak aih berlagak benor.

So aku ambik inisiatif untuk menge"check" apa yang dikatakan PM 1Malaysia nih. Bukan nak kata dia bohong tapi aku rasa macam ada yang tak kene dengan mende yang dicakap.

Aku tak sure kat Agensi maner yang buat indek tu tapi bila aku google keyword "global competitiveness", website ini yang keluar memula...



jadi aku download pdf file dan aku aku cari Malaysia nih duk kat maner... Sah menipu... Malaysia duduk ditangga ke 24. Tahun lepas tangga 21. So kalau korang ambik math dalam PPSMI sekali pun aku rasa itu menurun bukan menaik. Aku tak puas hati. Aku google pulak guna keyword "global competitiveness malaysia". Nah sekali report yang dibuat oleh MITI sendiri. tak caya bukak link ini.



Jadinya sekarang siapa yang pandai menipu rakyat. Dah lah bagi ucapan kat Bukit Jalil. Kalau kat Batang Ai takpe jugak. Capaian internet sangatlah mengecewakan.

Ha nih, saya bukan ahli politik BN atau Pakatan Rakyat dan saya anak muda. Saya nak pesan kepada semua anak muda yang ada kat Facebook nih. BN sebenarnya sudah tidak relevan. Kalau dibiarkan lagi mereka memerintah, memang betul tahun 2019 kita akan bangkrap. Jangan terpedaya dengan kata-kata yang kita jangan lupa dengan jaya yang BN buat. Jangan begitu kerana apa yang mereka dah buat adalah tanggungjawab sebagai kerajaan.

Konsep itu sama dengan seorang ayah memberikan makan kepada anaknya. Kalau ayah kita tak berikan makanan dah tentu dia jadi ayah yang tidak bertanggungjawab. Maka itu adalah perkara wajib bagi seorang ayah. Tak kira dia ayah kandung, ayah tiri atau ayah angkat.

Sama seperti kerajaan. Walaupun kerajaan itu diperintah oleh BN atau Pakatan Rakyat, tanggungjawab mereka tetap sama. Apa yang dipertanggungjawab mereka harus buat.

Cuma apa yang akan berbeza nanti adalah, mungkin ayah kandung kita akan berikan kita nasi daripada beras BASHMATI. Mungkin ayah tiri kita cuma berikan nasi daripada Beras TESCO. Qualiti yang berbeza tetapi tetap nasi dan beras.

Dalam konsep kerajaan pun sama. Kualiti prasarana pula diberikan pula menjadi tahap pengukur. Mahukan anda dengan kerajaan yang bina stadium dah sampai setahun runtuh. Mahukan anda kerajaan yang nak jalan cukai GST sedangkan hasil bumi Malaysia nih cukup untuk berikan RM18,000 seorang setiap tahun dan Malaysia masih ada untung daripada itu. Mahukan anda bayar harga minyak petrol dengan harga yang tinggi sedangkan kita adalah pengeluar minyak petroluem terbaik di dunia.

Oleh yang demikian, pilihlah perubahan. Pilih lah pembaharuan. Pilih kerajaan yang lebih teratur. Jabatan Audit Negara dah meletakkan pengurusan kerajaan negeri di Pakatan Rakyat ditahap 3 dan 4 bintang. Sedangkan pengurusan negara dibawah par disebab ketirisan yang melampau.

Anda penentu kepada kerajaan masa hadapan. Jangan biarkan anak-anak anda menjadi mangsa kepada kesilapan anda memilih kerajaan. - anje-online


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

Tiada ulasan: