Ahad, 27 Jun 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KEJAM:GADIS DISEMBELIH DIPUJA DAN DIMAKAN DEMI SEKS?

Posted: 27 Jun 2010 07:59 AM PDT

Tradisi yang Aneh di cina, tradisi yang dilakukan oleh masyarakat cina ini dilakukan setiap imlek, mereka melakukan pesta pemotongan daging secara besar-besaran.

Desa ini amatlah terpencil, setiap wisatawan yang ingin ke pedalaman China, harus melewati desa tersebut. Namun harus hati2 bagi anda yang berjalan sendirian, dan jangan sesekali untuk menginap disalah satu rumah disana.

Apalagi jika anda wisatawan wanita, mereka akan menangkap anda kemudian di ikat dan dilarang keluar rumah. Anda akan diberi makan dan tempat tinggal gratis oleh warga sekitar. Jika anda wanita yang masih perawan anda tidak diijinkan mendekati lelaki lainnya.

Ketika menjelang imlek, si wanita akan dibunuh dan badannya akan dijadikan DAGING PERSEMBAHAN oleh warga sekitar. Wanita itu akan di cuci bersih terdahulu lalu dicabut seluruh bulu yang ada dibadannya. Lalu wanita itu di telanjangi dan kaki tangannya diikat kencang2 lalu dibawa ke tempat persembahan mereka, kemudian akan dilanjutkan upacara pemotongan si wanita. Berikut ada beberapa foto proses pemotongan :



Lelaki di desa tersebut dilarang menikahi wanita dari luar, karena wanita dari luar hanya untuk penyembahan dan makanan untuk mereka.

Sumber: Forum.vivanews.com

PENARI BOGEL LELAKI:ANAK ORANG KAYA DAN DATIN PALING MINAT

Posted: 27 Jun 2010 01:05 AM PDT


MENURUT Reezman, anak-anak gadis orang kaya antara yang banyak menonton tarian bogel.


SEJAK di bangku sekolah lagi, Reezman (bukan nama sebenar) aktif menari. Merata tempat di Pulau Pinang dijelajahinya untuk mempamerkan aksi tarian kebudayaannya.
Namun, dia tidak menyangka ada mata yang mencuri pandang tubuh kekarnya dan menyimpan hasrat jahat untuk memesongkan langkah seni tari budayanya kepada dansa erotik tanpa seurat benang.
Pada suatu hari, seorang lelaki Cina datang menghampirinya dan menyuakan tawaran untuk menjadi penari bagi produksi mereka. Lelaki itu memberitahu Reezman bahawa dia akan menjadi penari tarian moden.
Sebagai seorang yang jiwa dansanya begitu menebal, Reezman yang ketika itu berusia 21 tahun menganggapnya satu peluang mengecapi pengalaman baru.
Tidak bercerita lanjut tentang tarian yang bakal dipamerkan, lelaki tersebut membawanya ke sebuah rumah besar yang dipercayai dimiliki oleh seorang orang kaya di Pulau Pinang.
Di situ, satu majlis persendirian sedang diadakan. Kata Reezman, majlis itu dikunjungi bermacam keturunan. Ada orang Cina, India, Melayu dan mat saleh. Ada pengunjung lelaki dan ada perempuan. Beberapa lelaki sasa yang sedang menari dengan sekadar berseluar dalam menjadi pusat perhatian pengunjung.
Terkejut
Melihat penari-penari itu, Reezman sudah dapat membayangkan tarian jenis apa yang menantinya. Dia sangat terkejut dan takut.
Reezman terfikir untuk menolak sahaja tawaran itu tetapi apabila dia melihat not-not wang yang dihamburkan ke arah penari-penari itu oleh pengunjung yang rata-ratanya orang berada, terdetik hatinya: "Lumayan."
Lagipun, dia masih boleh memakai seluar dalam.
"Itu yang saya fikir mula-mula. Wang juga menggelapkan mata saya. Sebagai penari sebegitu, saya dimaklumkan sebulan RM3,000 sudah dalam tangan iaitu duit yang dibayar bos.
Itu belum lagi dicampur dengan 'wang tip' yang diberikan pengunjung," kata Reezman, 30, kepada Jurnal tentang pengalamannya menjadi penari bogel kira-kira sedekad lalu.
Produksi tempat Reezman bekerja mempunyai 12 penari lelaki kesemuanya. Sepuluh merupakan penari Cina dan dua Melayu.
"Kemudian, saya dimaklumkan oleh penari-penari senior bahawa mereka beraksi secara berperingkat-peringkat.
"Pada awalnya mereka akan menari berpakaian namun nampak seksi, kemudian apabila sudah berpengalaman mereka berseluar dalam dan akhirnya pasti akan berbogel," katanya.
Reezman mengambil masa selama enam bulan sebelum beraksi telanjang.
"Mula-mula menari bogel saya rasa malu dan tidak selesa. Tetapi, apabila irama dan cahaya bergabung ditambah dengan jerit pekik penonton-penonton, rasa malu mula menghilang. Namun, setiap kali lepas menari, saya akan bertanya diri sendiri, apa yang aku dah buat tadi?" ujarnya.
Reezman mendedahkan, lebih lama ereksi yang dipamerkan penari bogel atau lebih membonjol kemaluan di balik seluar dalam lagi banyak wang yang akan diterima kerana penonton akan lebih tertarik.
Ereksi
"Sebab itu, ada di kalangan penari bogel yang mengambil pil ereksi untuk memastikan mereka boleh kekal ereksi lebih lama. Ingat, kami di atas pentas dan disaksikan ramai orang bukannya di atas katil.
"Ada juga penari bogel yang buat pembedahan membesarkan zakar di Thailand," katanya sambil memberitahu penari bogel lelaki hanyalah lelaki yang mempunyai tubuh badan menarik ala model dan sasa tetapi bukan pondan.
"Semasa menari, kemaluan kami dipegang atau punggung diraba penonton itu perkara biasa. Kalau hendak duit tambahan, yang meminta khidmat sehingga ke bilik tidur pun ada," katanya sambil memberitahu anak-anak orang kaya, wanita-wanita berusia atau bekerjaya tinggi, datin-datin dan golongan gay adalah kelompok yang banyak membuat permintaan mengadakan tarian bogel untuk majlis-majlis mereka.
Pertunjukan tarian bogel juga ada dilangsungkan di disko-disko selepas pukul 12 malam.
Tempat tarian boleh jadi pentas biasa dan mungkin juga di dalam sangkar yang digantung di mana penonton yang berada di bawah hanya boleh melihat kaki hingga paras pinggang penari.
Hanya sanggup bergelar penari bogel selama dua tahun, Reezman berkata dia menerima banyak pelawaan ke bilik tidur namun dia tidak menerima satu pun.

PENARI bogel bagai sudah hilang perasaan malu.


Vitamin C
Bukan hanya wanita atau lelaki gay, bahkan pernah sekali seorang lelaki mat saleh yang sudah berumur mengajaknya tidur.
"Lelaki mat saleh itu mengajak saya ke bilik hotelnya. Saya tidak mahu tetapi akhirnya didesak dan pergi. Lelaki itu nampak berpengaruh. Ada empat pengawal yang menjaga biliknya. Kemudian saya mendapat tahu bahawa lelaki itu ialah seorang ahli parlimen dari sebuah negara Eropah.
"Saya akhirnya dilepaskan selepas memberitahu bahawa saya bukan gay. Tetapi dia terus memujuk supaya mengikutnya ke negara asalnya. Saya tolak pelawaannya tapi dia masih memberikan bayaran RM5,000.
"Apabila dia pulang, dia telefon saya tidak henti-henti. Dia beritahu kalau saya ikut dia, dia akan menukarkan hak milik semua rumah dan keretanya kepada nama saya sebab dia sudah sangat tua," kata Reezman sambil memberitahu kadangkala mereka turut dijemput membuat persembahan di Kuala Lumpur, Singapura, Indonesia dan Thailand.
Dia mendakwa lokasi paling banyak dia beraksi ialah di sekitar Georgetown serta pernah membuat tarian bogel di apartmen dan disko di sekitar Ampang.
Reezman mendedahkan, penari-penari bogel ini dijaga oleh produksi yang menaunginya agar bentuk tubuh mereka terus menarik.
"Penari-penari bogel diberikan perkhidmatan gimnasium percuma, suntikan vitamin C dan suntikan oksigen percuma. Suntikan oksigen adalah untuk memastikan tubuh kami sentiasa segar, cerah dan lembab sentiasa.
"Saya cuma berkongsi apa yang telah saya tempuhi. Saya telah terlanjur dan saya tidak mahu penari-penari di luar sana jadi macam saya," ujarnya.

Azmin nafi ada konspirasi tumbangkan MB S'gor

Posted: 26 Jun 2010 11:43 PM PDT

Beberapa pemimpin PKR menafikan wujudnya pakatan untuk menumbangkan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam permukiman parti itu di Shah Alam hari ini.

Bercakap di luar sesi permukiman parti itu di Shah Alam, seorang naib presiden parti itu Azmin Ali berkata soal menumbangkan Khalid tidak timbul sama sekali.

Katanya, kritikan ke atas menteri besar itu telah disalahtafsirkan sebagai usaha menjatuhkan Khalid.

"Tidak sama sekali. Saya menyokong sepenuhnya kepemimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Bagaimanapun, kritikan daripada pemimpin parti ke atas Khalid menunjukkan kerajaan negeri perlu membuat perubahan bagi memastikan rakyat sentiasa menyokong Pakatan Rakyat.
Khalid jalankan tugas dengan baik

"Tidak ada penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah. Dari segi ini, Khalid telah menjalankan tugas dengan baik.

"Maknanya pentadbiran beliau bersih... Tapi masalah birokrasi masih ada. Yang ini harus diperkemaskan," katanya lagi.

Tambahnya, perkara utama yang dibincangkan dalam permukiman hari ini ialah persiapan untuk menghadapi pemilihan parti yang melibatkan jawatan di 218 cabang dan di majlis pimpinan tertinggi.

Katan
ya, taklimat hari ini juga menyentuh mengenai latihan yang akan diberikan kepada petugas-petugas dalam pemilihan yang ditetapkan berlangsung selama lapan hari itu.

"Kita sambut baik persiapan oleh sekretariat dan ada pegawai pilihan raya yang akan dilantik di setiap cabang" katanya lagi

Sementara itu, ketua sekretariat wakil rakyat PKR Datuk Kamarul Baharin Abbas (kanan) pula menafikan pembabitannya mengetuai seramai 15 orang wakil rakyat bagi menjatuhkan Khalid sebagai menteri besar.

"Saya dalam parti mengetuai sekretariat MP dan ADUN, itu betul. Tapi soal yang dibangkitkan media itu tidak ada dibincang secara khusus.

"Tidak ada petisyen, tidak ada memorandum seperti yang dilaporkan. Kalau ada saya akan tahu," katanya kepada media ketika ditemui di permukiman parti itu.
Buat spekulasi

K
etika ditanya lanjut, beliau turut menafikan kewujudan 15 orang wakil rakyat berkenaan sebagai spekulasi yang ditimbulkan oleh media.

"Siapa kata 15 (orang)? Yang kata 15 itu wartawan. Wartawan yang buat spekulasi. Kenapa 15 (orang) bukan 20, (sedangkan) ada 20 MP dalam PKR.

"Jadi ini adalah nombor yang direka-reka oleh seseorag. Saya tidak bertanggungjawab tentang itu," katanya lagi.

Sementara itu presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail (atas, kanan), ketika ditemui wartawan turut menafikan isu itu ditimbulkan dalam permukiman kali ini.

"Tidak, kita telah keluarkan notis bahawa kita akan buat penilaian sebab kita ada pemilihan parti yang akan datang, dan kita bertemu (di permukiman). Apa yang isunya? Tidak ada isu."

Turut ditemui, ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof yang berkata beliau langsung tidak mengetahui mengenai wujudnya "komplot" untuk menggulingkan Khalid.

"(Bagi) saya, apa yang dikatakan komplot, saya tidak tahu. Apa yang saya tahu perjumpaan hari ini adalah untuk memantapkan parti," katanya.
Sejak kebelakangan ini, media menimbulkan desas-desus 15 ahli parlimen PKR akan cuba menggulingkan menteri bear Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerna didakwa tidak berpuas hati dengan cara pentadbirannya.

Tiada ulasan: