Isnin, 21 Jun 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PRU 13 LEBIH AWAL:SIAPA TAKUT

Posted: 21 Jun 2010 07:56 AM PDT

apa salahnya jika pru 13 diadakan lebih awal? bukankah dengan itu jika menang kepimpinan najib akan mendapat pengesahan rakyat

bagi pr pula jika memang itu yang mereka tunggu apakah mereka sudah sedia semu segi sehingga mau disegerakan?

kajian merdeka center selayaknya menjadi kebanggaan bn untuk membawa pru 13 dekat pada mereka dengan mengadakan pru lebih awal, lalu mengapa mereka masih ragu untuk membuat kejutan?

apakah najib masih mahu menyusun strategi atau menyusun orang orangnya untuk menguasai keadaan dalam umno dan negara?

IKUT CAKAP HAKIM:TIAN CHUA SELAMAT..

Posted: 20 Jun 2010 07:44 PM PDT

PADANG RENGAS, 20 Jun — Parlimen tidak perlu memutuskan sama ada Tian Chua hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berikutan denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

Beliau sebaliknya berkata semua pihak perlu berpegang kepada keputusan Hakim Ghazali Cha bahawa keputusannya mengurangkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 kepada denda RM2,000 adalah bagi mengelak berlakunya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu yang diwakili Tian Chua.

"Dalam soal Tian Chua, yang berhak untuk mengintepretasi undang-undang ialah hakim. Jadi kepada saya tidak perlu Parlimen memutuskan. Hakim telah memutuskan bahawa dia mendenda Tian Chua RM2,000 kerana dia tidak mahu Tian Chua hilang kelayakan. Kita kena ikut dia (hakim) punya intepretasilah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Umno Bahagian Padang Rengas di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberitahu The Malaysian Insider pihaknya menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi Parlimen Batu, sekali gus memutuskan sama ada perlu memanggil pilihan raya kecil.


ADUI...MUNGKIN BETUL JUGA KENYATAAN ITU..KAN ELOK KALAU TAKDAK PRK BATU..JIMAT WANGMA..LAGI BN UMNO TAKDA MALU KALAU KALAH..KALAU PKR KALAH TAMBAH SATU LAGI MP BN DUA PERTIGA DAH WEI..APALA..WOUIII..

TAPI KALAU ADA PRK BAGUS OO UNTUK RAKYAT..PROJEK MEE SEGERA DAN JANJI JUTA JUTA SENANG DAPAT YOU HELP ME I HELP U MAA..

themalaysianinsider

ASRI:SILAHKAN ANDA SERTAI UMNO

Posted: 20 Jun 2010 05:41 PM PDT

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.

Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.

Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.

Menulis dalam blognya, Dr Mohd Asri berkata perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan.

"Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

"Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas," tambahnya.

Dalam laporan tersebut, Ab Rauf yang juga ketua bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, "dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia."

Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu, dilaporkan memuji usaha Umno Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai parti itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, Dr Mohd Asri enggan mengulas lanjut berhubung laporan yang beliau akan menyertai Umno.

Sebaliknya beliau, meminta merujuk kepada tulisan di dalam blognya itu.

Tiada ulasan: