Blog-list Malaysia |
- TGNA Bersimpati Dengan 40 Ulama Cari Makan
- Firma Asing Seronok Beniaga Dengan Malaysia
- Kerajaan Berani Ker Hantar SPRM Ke London?
- Baru Join Umno, Dah Kena Sound..
- KENAPA BABI INI SIBUK SANGAT??
| TGNA Bersimpati Dengan 40 Ulama Cari Makan Posted: 28 Jun 2010 11:24 PM PDT Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersimpati dengan segelintir golongan ulama yang masih berminat menyertai UMNO, walaupun mereka tahu perlakuan pemimpin UMNO tidak sehaluan dengan ajaran al-Quran. "Pimpinan UMNO pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran. Jika masih ada golongan ulama yang berminat mahu berada di dalam kubang UMNO, saya hanya mampu bersimpati," katanya dipetik dalam blognya www.blogtokguru.com. Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian sebagai merujuk tindakan 40 ulama muda, terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kelulusan akademik, menyertai UMNO dan menyerah borang permohonan keahlian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu. Nik Aziz turut mengulas isu lesen judi yang menjadi polemik kepada negara sebelum Najib umumkan ia tidah diluluskan dalam sidang medianya selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO. "Kekayaan yang diperoleh negara tidak setimpal sekiranya kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat teruk serta tidak mendapat keberkatan. "Di Kelantan kami percaya keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan," kata Nik Aziz. Sebelum Najib mengumumkan ia tidak diluluskan, beberapa pemimpin Barisan Nasional dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju agar kerajaan memberi lesen judi bagi mengawal kegiatan perjudian, selain untuk memberi hak kepada orang bukan Islam. - Sinar Harian |
| Firma Asing Seronok Beniaga Dengan Malaysia Posted: 28 Jun 2010 07:14 PM PDT Torpedo Kita Bayar 36.465 Juta Euro lebih Tinggi, Kepala Keretapi pula Kita Bayar RM500 Juta lebih tinggi.... Pemurah betul Pemimpin negara kita ini ya.... Kalau Ahli Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) berkata kerajaan telah terlebih bayar dalam pembelian 40 buah peluru berpandu Exocet dan 30 buah torpedo Black Shark Menurutnya Malaysia membayar 20% atau 36.465 Juta Euro dari harga pasaran jika dibandingkan dengan harga yang dibayar oleh Portugal dan Pakistan- berita sepenuhnya sila baca di SINI. Sekarang mari kita baca pula pendedahan oleh YB Dr Dzulkefly Ahmad mengenai RM500 juta yang dibayar lebih dari tender asal untuk membeli kepala keretapi elektrik.. DIRGAHAYU MALAYSIA!!! Bacalah.... Apakah K'jaan akan kerugian RM500 juta dalam pembelian 38 EMU 6 gerabak? Mengapa Kementerian Pengangkutan membeli 38 tren elektrik enam gerabak (EMU) dari syarikat Zhu Zhou Electric Locomotive Co. Ltd (China) dengan harga RM1,824 bilion secara runding langsung atau RM500 juta lebih mahal dari asal tender sebelumnya. Saya gagal untuk mendapatkan soalan tambahan kedua dari Speaker, setelah YB Parit Sulong diberikan laluan tersebut. Saya ingin mempertikaikan jawapan kementerian, sekaligus mendedahkan bagaimana dengan pembelian rundingan langsung ini, kerajaan akan membayar pembelian ini dengan bayaran sehingga RM500 juta lebih tinggi dari sepatutnya. Ringkasan cerita: 1. Perkara ini, ingin ditegaskan adalah berbeza dengan isu 'refurbishment' atau naiktaraf taraf koc lama. Pada 3 Januari 2009, Presiden KTMB menyebutkan tentang hasrat pihak mereka untuk membuka tender bagi pembelian 38 set tren 6 gerabak (EMU). Dikatakan bahawa penawaran tender akan dibuat secepat mungkin kerana EMU perlu siap pada 2012. Kepentingan pengangkutan adalah sebahagian dari penambahbaikan perkhidmatan KTM Komuter dalam NKRA PM Najib menjelang 2012. 2. Terdahulu tender bagi membekalkan 8 set tren 3 gerabak (EMU) telah dipanggil pada 7 Mei 2008, sebelum NKRA diperkenalkan lagi pada 11 Julai 2009. Tender tutup pada 3 September 2008 tetapi tempoh sahlaku tender (tender validity) diperbaharui 5 kali sehingga terakhir pada 26 Mei 2010. 3. Membaca dari laporan terdahulu (cnth 2 Jun, UM), sumber industri telah pun melaporkan bahawa syarikat pengeluar Zhu Zhou dari China (yang dilantik menjadi pembekal EMU enam gerabak kini), telah pun dahulunya berjaya memenangi satu tender membekalkan 8 EMU 3 gerabak namun LOA tidak dikeluarkan atas sebab yang tidak diketahui. 4. Syarikat Zhu Zhou adalah merupakan antara 3 syarikat dari China yang menawarkan harga yang rendah dari 8 pembida. Zhu Zhou menawarkan harga Euro 2.745 juta setiap set EMU 3 gerabak atau RM13.725 juta. Zhu Zhou juga menawarkan penguruangan harga bagi opsyen 5 set EMU tambahan ketika itu. 5. Jelasnya tender lama berbeda dengan tender keperluan NKRA di segi set EMU 3 gerabak ditukar kepada set EMU 6 gerabak. Dengan kata lain, keperluan KTMB melalui 'Satements of Needs' atau 'Pernyataan Keperluan' mereka ialah konfigurasinya. Namum hakikatnya set 6 gerabak sebenarnya adalah mengandungi dua (2) set EMU 3 gerabak. 6. Mengambil kira perbezaan spesifikasi khususnya keperluan permasangan CCTV dan Slide Destination Panel, maka adalah menasabah mengandaikan ketika satu set EMU 3 gerabak bernilai RM13,725 juta, maka satu set EMU 6 gerabak ialah RM27,450 juta. 7. Berdasarkan keperluan untuk memenuhi ketetapan NKRA dengan kadar segera, Kementerian telah mendapat kelulusan untuk mengadakan rundingan terus kerana dikatakan juga akan mendapat penjimatan sekiranya membeli dengan kuantiti yang banyak atas faktor 'economy of scales'. 8. Amat malang bagi rakyat dan negara, apa yang diperolehi oleh Kerajaan ialah 'Harga Tawaran" yang jauh lebih mahal dari harga yang dipersetujui Kementerian ketika memulakan tender terbuka membekal 8 set EMU 3 gerabak dahulu. Sementara itu tender membekal 8 set EMU 3 gerabak telah dibatalkan padaa 27 April 2010. 9. Rakyat kini ingin tahu, mengapa ketika berlaku rundingan terus, syarikat ZhuZhou yang dulu menawarkan harga RM13.725 juta satu unit EMU 3 gerabak dan RM30 juta untuk satu set EMU 6 gerabak bagi membekalkan 5 set EMU 6 gerabak pada November 2007, telah mengambil kesempatan menawarkan harga setinggi RM48 juta satu unit EMU 6 gerabak atau RM1.824 bilion bagi 38 unit EMU 6 gerabak (tawaran Mei 2010). Harga ini, untuk pengetahuan umum, tidak termasuk maintenance, repair dan overhaul. * Sehubungan dengan perkembangan ini, kerajaan digesa membatalkan segera LOA yang dikeluarkan kepada Zhu Zhou dan menyenaraikanhitamkan syarikat Zhu Zhou tersebut. Negara bakal kerugian sehingga RM500 juta sekiranya meneruskan pembelian 38 set EMU 6 gerabak dari syarikat Zhu Zhou ini. * Saya juga ingin menyarankan supaya pihak Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengambil tindakan supaya Menteri, Kementerian dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan dipertanggungjawabkan atas perolehan ini kerana jelas akan melibatkan lebihan bayaran kepada kerajaan sehingga RM500 juta. Kerajaan boleh sahaja meneruskan pembelian EMU 6 gerabak ini dari pembida China yang lain bagi mempastikan hubungan baik antara negara serta mempastikan memenuhi tuntutan NKRA lain yang telah ditetapkan oleh YAB PM. pemuda cheh |
| Kerajaan Berani Ker Hantar SPRM Ke London? Posted: 28 Jun 2010 07:04 PM PDT SPRM dijangka akan merekodkan kenyataan Penyiasat Peribadi P Balasubramaniam pada Isnin 5hb dan Selasa 6hb Julai 2010. Bertempat di Holiday Villa, London. Menurut Berita Harian dan The Star, ianya telah disahkan dan Bala bersama tiga orang peguamnya dijadualkan berada di London sepanjang tempoh itu. Terkini, bagaimanapun, SPRM telah menulis kepada peguam-peguam Bala memberitahu mereka tidak akan dibenarkan hadir ketika kenyataan Bala direkodkan. Peguam-peguamnya berkeras bahawa mereka tetap akan hadir dan tidak akan menyerah berkenaan isu ini. SPRM juga tidak mengalah dengan mengugut yang keseluruhan sesi itu akan digugurkan. Mungkin ini yang mereka mahu. Mereka bukannya benar-benar hendak mengambil kenyataan Bala kerana risau tentang apa yang akan dia perkatakan. Bala juga akan membawa bersama pelbagai dokumen-dokumen, termasuk bukti wang yang dia telah dibayar untuk mengubah Akuan Berkanunnya dan keluar bersama Kenyataan Bersumpah 2 untuk menarik balik apa yang dikatakannya dalam Akuan Bersumpah 1. Saya telah bercakap bersama sekumpulan peguam-peguam British tentang perihal ini dan mereka merancang untuk turut berada di Holiday Villa pada pagi Isnin 5hb Julai untuk mencabar SPRM terhadap perkara undang-undang. SPRM tidak boleh merujuk Akta Antirasuah Malaysia atau Akta Rahsia Rasmi dan menggunakan hukum-hukum ini di British, peguam-peguam British memberitahu saya. Di Britain, setiap orang, malah seorang saksi, mempunyai hak untuk diwakili secara sah. Ia melanggar undang-undang British sekiranya SPRM melarang peguam-peguam Bala daripada hadir ketika kenyataannya sedang dirakamkan. Lagipun, Bala memberi kenyataannya sukarela. Tiada saman atau waran dikeluarkan terhadapnya. Bala tidak akan memberi sebarang kenyataannya jika dia tidak mahu dan tiada apa-apa yang SPRM boleh lakukan. "So why play hard ball?" kata peguam-peguam British. Tambahan pula, Britain mempunyai Akta Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act). Jadi SPRM tidak boleh menggunakan Akta Rahsia Rasmi Malaysia untuk mencabar Akta Kebebasan Maklumat Britain, tambah peguam-peguam British. Jika SPRM hendak menjalankan satu operasi haram di London kami terpaksa membawa perkara ini untuk perhatian pihak polis British dan pegawai-pegawai SPRM akan ditahan dan didakwa, kata peguam-peguam British lagi. Ini Britain dan bukannya Malaysia, yang mengamalkan undang-undang hutan, tambah peguam-peguam itu lagi. Pegawai-pegawai SPRM tidak boleh tidak mempedulikan undang-undang dan menolaknya di Britain seperti mana mereka buat di Malaysia. Mereka akan dapati diri mereka berhadapan dengan masalah undang-undang jika mereka cuba melakukannya. Sekarang anda dapati di sana. Pegawai SPRM, PI Bala, dan tiga orang peguam Bala akan berada di London minggu depan. Tetapi selain daripada kenyataan Bala diambil adakah kita akan melihat pegawai-pegawai SPRM diheret ke penjara? Saya rasa saya akan menanti di Holiday Villa pada hari Isnin depan dengan kamera saya untuk menyaksikan keseronokan ini. Dan saya pasti juga ramai pegawai-pegawai Special Branch dari Bukit Aman akan turut berada di sana dengan kamera-kamera untuk mengambil gambar saya juga. Untuk makluman, saya akan memakai topi Perancis, jeans Amerika, kemeja Polo, memegang sebuah kamera Jepun, dan dengan satu cerut Cuba di mulut saya. Sekarang inilah yang dipanggil globalisasi. Raja Petra Kamarudin Terjemahan artikel : MACC officers may face arrest in London |
| Baru Join Umno, Dah Kena Sound.. Posted: 28 Jun 2010 06:11 AM PDT Hishamuddin pulak bagi amaran kepada G40 Kalau sebelum ni Najib sebagai presiden Umno bagi amaran awal kat kumpulan G40 tu, semalam Hishamuddin sebagai Naib Presiden Umno pulak bagi amaran. Amarannya masih sama bunyi macam amaran presiden yang takmau Umno jadi parti ekstrim agama. Ahli G40 tu jugak kena berpegang kepada dasar parti Umno. Tak pulak dinyatakan dasar yang mana satu tapi tentulah termasuk dasar utama Umno iaitu untuk bangsa. Maksudnya Ulama G40 tu kena pegang dasar assobiah. Bukan takat tu saja, Hishamuddin jugak bagitau yang walaupun ahli G40 tu berstatus ulama' tapi dalam Umno taraf depa sama saja dengan ahli-ahli lain. Selagi mereka berpegang kepada dasar parti, mereka boleh berjuang bersama. Ataupun dengan kata lain, kalau depa tak boleh pegang kepada dasar parti walaupun dasar tu bercanggah dengan hukum, taraf depa walaupun sebagai ulama' tapi akan jadi lebih rendah dari Umno lain yang mungkin hobinya main judi, main betina atau munim arak. Nak buat macamana, itulah harga kalau terhegeh-hegeh sangat nak bersama dengan Umno. Bukan setakat Najib dan Hishamuddin tak heran dengan depa, tapi orang macam Jamil Khair pun tak sambut depa. Bharian melaporkan: Cenangau Daunkari |
| KENAPA BABI INI SIBUK SANGAT?? Posted: 28 Jun 2010 05:03 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan