Isnin, 14 Jun 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat

Posted: 14 Jun 2010 12:54 AM PDT

Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri (kanan) meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini, baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke-56 di sana, lapor Harakahdaily.

Media online PAS itu memetik Puan Naznah Taha, isteri Subky Latiff, sebagai berkata Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.


Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang.

Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang.

Menurut Harakahdaily lagi, Sebelum menjadi timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9 pagi esok di Surau Taman Melewar.

Mahathir Sokong Judi, Memang Tak Takut Tuhan La Dia Nie..

Posted: 13 Jun 2010 10:55 PM PDT

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara itu bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-masa.

"Bantahan itu politik, bukan kerana Islam. Takkan DAP dokong Islam. Ini politik pembangkang, (sengaja) hendak cari isu," katanya.

Katanya, masyakarat hendaklah mengakui sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

"Orang Cina memang suka berjudi. Jika tanpa lesen, tiada cara untuk tentukan aktiviti perjudian tidak terlalu berleluasa," katanya menyokong tindakan kerajaan yang bercadang mahu meluluskan pemberian lesen judi baru itu.

PAS tidak mahu tanggung 'biawak hidup'- Presiden

Posted: 13 Jun 2010 08:18 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana tidak mahu menanggung "biawak hidup" dan yakin tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Berucap sewaktu penangguhan Muktamar Tahunan kali ke-56 di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini, beliau juga berkata, Umno juga telah rosak akibat amalan rasuah yang berleluasa diamalkan mereka.

"Kita menolak perpaduan dengan Umno. Perpaduan menanggung biawak hidup, menyanjung rasuah," katanya.Keburukan Umno juga katanya turut diakui bekas pemimpin mereka sendiri yang melihat Umno sudah tiada masa depan.


Umno juga katanya sudah jelas ditolak rakyat semenjak PRU ke-12 lalu."Tak ada pasal-pasal kita nak pikul orang yang sakit sampai ke usus ini," katanya lagi.Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, ustaz Hadi mengulangi penegasannya bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno.

Ianya antara lain kerana Umno juga mengamalkan perkauman sempit."Gagasan dengan BN tak boleh selesai masalah kerana mereka masih tebal dengan perkauman malah dibejati dengan rasuah," tegasnya.

Ahli PAS di segenap peringkat katanya mempunyai tugas besar untuk membebaskan bangsa Melayu dari kejahilan perkauman yang telah ditanam Umno.Umno katanya terlalu mementingkan bangsa dari agama sehingga sanggup menjadikan bangsa sebagai akidah perjuangan mereka.

Semangat asobiyah katanya juga tidak salah, namun perlu dimanfaatkan untuk perjuangan Islam."Tak salah sayang bangsa sendiri, tapi jangan sampai bangsa dijadikan akidah."Islam dulu baru asobiyah," katanya lagi.

Mengulas muktamar pula, beliau berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan sepanjang muktamar berlangsung.Perwakilan katanya dilihat bersedia malah isu yang dibangkitkan juga dikupas dan dibahas dengan jelas.

Malah lebih penting katanya, muktamar PAS kali ini berlangsung dalam suasana penuh persaudaraan yang dapat disaksikan oleh kesemua yang hadir.

Hadi: Hanya Islam Mampu Selamatkan Melayu, Bukan Perkauman

Posted: 13 Jun 2010 05:28 AM PDT

Hanya ketakwaan, ilmu dan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi mampu membebaskan bangsa Melayu dari belenggu penindasan dan kejahilan.

Presiden Abdul Hadi Awang berkata jatidiri Melayu dapat diangkat dan dimartabatkan jika ia bertaut pada prinsip keadilan, ehsan dan kesaksamaan sepertimana yang diberi penekanan khusus oleh agama Islam.

Pemimpin Pakatan Rakyat ini dalam ucapan pergulungan beliau berkata kerangka rasis bawaan Umno hanya memenjarakan bangsa Melayu dalam kitaran permusuhan dan kejahilan yang berterusan.

Presiden Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi seruannya kepada akar umbi Pas untuk membebaskan diri dari syak-wasangka yang ditanam Umno terhadap masyarakat bukan Islam.


Islam, tegas Hadi, adalah obor menerangi kegelapan manusia dan ahli-ahli Pas harus menunjukkan teladan Islam yang tinggi dengan membawa agenda politik yang merentasi keterbatasan kaum dan agama.

"Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas tidaklah sama dengan kerjasama Umno dan parti-parti Barisan Nasional. Dalam Pas, kerjasama bersandarkan undang-undang dan prinsip Islam. Kerjasama dalam Umno menggadaikan prinsip dan akhlak," tegas Presiden Pas.

Hadi menegaskan bangsa Melayu tidak mampu bergerak ke hadapan jika ia terus mengabaikan Islam yang memupuk kerjasama antara kaum berbilang budaya.

"Kita mempunyai tanggungjawab yang besar, iaitu menyedarkan orang Melayu dari politik perkauman. Tidak salah sekiranya menyayangi kaum: orang Melayu sayang pada bangsanya, begitu juga orang Cina dan India pada bangsa mereka. Tetapi yang salahnya apabila perkauman dijadikan aqidah," tegas Hadi.

Menyedari mesej Islam menghakis kekebalan Umno-Barisan Nasional, pemerintah giat menanam benih ketakutan di kalangan rakyat dengan harapan ia mampu menjauhkan orang Melayu dari Pas.

"Orang Melayu dibayangi penjajahan, dan Umno membayangkan hanya merekalah tempat bergantung orang Melayu. Sebenarnya, hanya Islam yang mampu menyelamatkan orang Melayu, bukan politik perkauman yang sempit," tegas Hadi.

Hadi menggesa akar umbi Pas untuk merapatkan saf dan berganding-bahu dalam menghadapi cabaran Malaysia baru yang adil, saksama dan peduli kepada nasib rakyat semuanya.

"Kita mengajak manusia untuk bersama-sama dalam bahtera Al-Quran. Meskipun ada yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, janganlah dibocorkan bahtera ini," tegas Hadi

Parti Islam SeMalaysia mengumumkan ia akan menggerakkan kempen memenangi 60 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum akan datang dalam usaha menafikan majoriti dua-pertiga Umno-Barisan Nasional.

Kempen ini mensasarkan 37 kerusi Parlimen baru yang kini dalam tangan Ahli Parlimen Umno.

Tiada ulasan: