Ahad, 27 Jun 2010

Biaqpila

Biaqpila


Jerman Belasah England (Video Jaringan)

Posted: 27 Jun 2010 09:26 AM PDT



Keputusan Piala Dunia 27 Jun 10:

JERMAN 4 - 1 ENGLAND


2010/06/27

BLOEMFONTEIN, Afrika Selatan: Jerman menewaskan England 4-1 pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Free State sebentar tadi untuk mara ke peringkat suku akhir.

Jerman mendahului selesa menerusi gol Miroslav Klose pada minit ke-20 dan Lukas Podolski pada minit ke-32.

Namun, England merapatkan jurang gol pada minit ke-37 menerusi tandukan Matthew Upson hasil umpanan ketua pasukan, Steven Gerrard.
England sepatutnya menyamakan kedudukan seminit kemudian apabila rembatan Frank Lampard terkena palang gol dan melantun masuk lalu keluar semula tetapi pengadil dari Uruguay, Jorge Larrionda, tidak mengesahkan jaringan itu.

Permainan bertambah sengit pada separuh masa kedua apabila England mengasak bertalu-talu untuk memperoleh gol penyamaan.

Namun, Thomas Mueller menambah derita England apabila menjaringkan dua gol menerusi serangan pantas dalam tempoh empat minit iaitu pada minit ke-67 dan ke-70 untuk menjadikan kedudukan 4-1.

Jerman akan bertemu sama ada Argentina atau Mexico pada peringkat suku akhir Sabtu depan.


Germany 1-0 England

Simão | MySpace Video



Germany 2-0 England

Simão | MySpace Video



Germany 2-1 England

Simão | MySpace Video



Germany 3-1 England

Simão | MySpace Video



Germany 4-1 England

Simão | MySpace Video





Coli Cut Tari bahan bukti

Posted: 27 Jun 2010 07:00 AM PDT


CUT TARI... mengaku pakai blaus hijau dan coli hitam.

2010/06/27

JAKARTA: Polis Indonesia dilaporkan masih bingung kerana belum menemui coli hitam dan cincin milik Cut Tari untuk dijadikan bahan bukti dalam isu penyebaran video aksi lucahnya bersama vokalis Peterpan, Ariel.

"Ya, kami sudah menggeledah rumah Cut Tari di Pondok Kelapa tetapi belum ada apa-apa pun yang disita," katanya.

Menurut jurucakap itu, mereka mencari bahan berkenaan selepas menyelidik rakaman video berkenaan.

Malah, katanya, Cut Tari, 32, juga mengaku memakai blaus tanpa lengan warna hijau muda serta coli hitam ketika dia mengadakan hubungan seks.

"Masalahnya, Cut Tari tidak ingat di mana dia menyimpan coli berkenaan," katanya.

Nama Cut Tari tiba-tiba melonjak naik apabila dia dikaitkan dengan rakaman aksi lucah bersama Ariel baru-baru ini.

Ia didedahkan hanya beberapa hari selepas Ariel, 28, didakwa mengadakan hubungan intim dengan kekasihnya, Luna Maya.

Seperti Luna Maya, 26, Cut Tari adalah pengacara televisyen selain terbabit dalam sinetron tempatan.

Dalam perkembangan bekaitan, polis menyatakan akan menggeledah pejabat Luna Maya.

Kata jurucakap itu, polis perlu terus mencari bahan bukti dan antara lokasinya adalah tempat yang sering didatangi ketiga-tiga tokoh berkenaan.


"Siasatan masih dijalankan dan setakat ini suspek masih Ariel seorang," katanya.


Sementara itu, kajian menunjukkan kejahatan seksual di kalangan remaja Indonesia meningkat 20 peratus, dipercayai akibat penyebaran klip video berkenaan.

Menurut Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, peningkatan itu dicatat dalam tempoh seminggu.

"Lebih membimbangkan, ia juga menjadi isu utama perbualan kanak-kanak," kata aktivis badan itu. - Agensi

HM

Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno

Posted: 27 Jun 2010 05:00 AM PDT

Bashir Ishak


KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.

Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.

"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.

Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis.

harakahdaily

Domain laman web porno .xxx

Posted: 27 Jun 2010 01:00 AM PDT


LONDON-Lebih 110,000 laman web lucah di seluruh dunia telah menempah domain .xxx sebagai rujukan alamat laman web pornografi selepas badan pengawal selia Internet antarabangsa (ICANN) meluluskan penggunaan tiga abjad itu kelmarin.

Di Britain sahaja, firma pendaftar alamat rasmi Internet (ICM) menjangka dapat mendaftarkan sejumlah 500,000 halaman tersebut sehingga akhir tahun ini yang bakal menjana perolehan lumayan mencecah kira-kira £20 juta (RM98 juta).

"Kami meramalkan mampu memproses lebih sejuta laman sedemikian kerana sekarang pun sudah ada jutaan halaman lucah yang berkembang pesat ekoran kemajuan dunia teknologi komunikasi maklumat," kata pengasas ICM, Stuart Lawley.

Jurucakap badan pemantau Mediawatch UK, Vivienne Pattison berkata, pengenalan .xxx dijangka membantu ibu bapa mengawal anak daripada mudah mengakses laman tidak bermoral itu yang kian berleluasa. - Agensi/kosmo


Kickdefelda

Posted: 26 Jun 2010 11:00 PM PDT

ANAK Akan Buat 300 Laporan Polis Dan SPRM Terhadap Felda

Oleh Sidiqin Omar


SHAH ALAM 26 Jun - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) bersama warga Felda dan pimpinan Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis di seluruh negara selain laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menuntut siasatan terperinci terhadap dakwaan penyelewengan yang berlaku di dalam pengurusan Felda.
Laporan yang akan dibuat akan menuntut supaya pengurusan Felda disiasat mengenai perkara berkaitan operasi agensi itu seperti tabung tanaman semula, jumlah aset semasa, hartanah, jumlah tunai, keuntungan pelaburan, status anak syarikat dan rancangan masa hadapan bagi peneroka Felda.
"Ini adalah kerana jawapan di parlimen oleh Timblan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mengakui mengenai kedudukan tunai Felda yang merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009. Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun adalah sangat mengejutkan," kata Pengerusi Anak, Mazlan Aliman ketika dihubungi oleh Suara Keadilan selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kota Tinggi, Johor semalam.
Setakat ini, 14 laporan polis telah dibuat dan beliau menjangkakan lebih 300 laporan akan dibuat sehingga bulan hadapan.
Pada 23 Jun lalu, beliau bersama-sama warga Felda, aktivis Anak serta pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat laporan berkenaan perkara yang sama di Balai Polis Temerloh, Pahang.
Ketika ditanya mengenai langkah Felda yang mengambil tindakan menyaman akhbar Suara Keadilan dan pimpinan Pakatan Rakyat, Mazlan berkata laporan media tersebut bukanlah fitnah seperti yang dikatakan timbalan menteri itu, tetapi merupakan pendedahan yang sebelumnya pernah dibangkitkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan dan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong.
"Selain Petronas, Felda merupakan salah sebuah entiti yang mempunyai banyak aset dan sering dijadikan sebagai 'lubuk duit' oleh pemimpin negara. Ini merupakan penyelewengan yang dilakukan tanpa berselindung lagi. Mereka bahkan menggunakan kemudahan yang terdapat di Felda untuk kepentingan politik mereka," jelas Mazlan.
Ketika ditanya mengenai cabaran debat mengenai isu Felda yang telah dihantar oleh Anak kepada pemimpin Umno Tenggara, Mazlan berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang respons.
"Kita pernah jemput mereka untuk berdebat secara intelektual, tetapi nampaknya mereka tidak mahu memberikan kerjasama. Kita terbuka kepada mana-mana pihak untuk berunding, kerana yang penting adalah, perkara yang dibahas dan dibincangkan akan membawa kebaikan kepada warga Felda.
"Kini kita sedang membuat persiapan untuk menghadapi sebarang cabaran. Selama ini, perkara yang disuarakan oleh kita seolah-olah tidak didengar. Jadi sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita bergerak, memberikan penerangan, dan menuntut kembalikan hak," tegas beliau lagi.

SK

Dua dua tak boleh pakai

Posted: 26 Jun 2010 09:00 PM PDT

Salam semua...




Katak kampung rupanya

Mak Long hang tanya awat yang Khairy atau nama manjanya KJ tu hitam sangat. Pak Long tak la kata dia mai Malaya ngan kapai arang tapi Pak Long bagitau, kan ka dia baru tamat latihan askar wataniah? Sebulan berjemoq panaih, hitam la sikit. Lain la Berahim Ali tu, dia kan orang kampung dan dah memang alah bisa tegal biasa dah dengan panaih ni.



Sebut pasai panaih, Pak Long pun dah naik panaih. Panaih ngan malaon dua ekoq ni la. Baru baru ni depa dua bertengkaq riuh rendah macam kerang di ayak. Berahim suruh KJ letak jawatan pasai sokong MCA, KJ pulak kata Berahim tak dak hak nak arah dia pasai Berahim bukan ahli Apco.. oppss.. Umno. Dah tu KJ ejek Berahim ni jaguh kampung. Pak Long ingatkan dah habih dah, rupanya semangat juang dua ekoq malaon ni tinggi. Memang semangat Melayu jati, suka bergaduh. Hari ni Berahim pulak kata dia hepi gila digelar katak kampung... oppss... jaguh kampung.



Elok dah, hang kata aku, aku kata kat hang. Dua dua tak boleh pakai. Ada ka melayu untung tang mana mana selepaih hangpa bertengkaq tu? Ada ka Islam dianjak naik 2 kaki keatas selepaih hangpa cabar mencabar tu? Pemimpin jenih ni la yang buat rosak anak bangsa ni. Jenih hidup ataih kontroversi dan publisiti.



Maap, Pak Long dah panaih ni... nak ambik angin luaq sat.



Wassalam...

paklongonline


Lawak Ahad: Mari beli ubat

Posted: 26 Jun 2010 07:00 PM PDT



Di tapak pasar tani sebuah bandar, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam 1130 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia pada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 1130 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!


Keluarga pelajar MTD mati didera buat laporan polis

Posted: 26 Jun 2010 05:00 PM PDT


BALING - Susulan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohd Sobri, 16, pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi, akibat didera sekumpulan senior, keluarga mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Baling, semalam, untuk mendapatkan keadilan terhadap kematian arwah.

Ibu mangsa, Fauziah Abd Wahab, 45, berkata, beliau sangat sedih dengan kehilangan arwah, anak sulung yang menjadi harapan mereka sekeluarga dan bakal menjadi contoh buat dua adiknya yang masih bersekolah.

Menurutnya, arwah bercita-cita menjadi seorang tentera berpangkat kapten satu hari nanti dan selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia diterima masuk ke MTD.

"Terasa hancur berkecai harapan keluarga apatah lagi sejak kecil dia bercita-cita menjadi seorang pegawai tentera namun hasrat itu tidak kesampaian," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga kini menetap di Sungai Siput dan berhasrat terus menetap di Baling, kampung suaminya kerana terlalu banyak kenangan bersama arwah di Sungai Siput yang membuatnya selalu merinduinya.

"Dua minggu lalu arwah pulang dan ada kesan lebam di beberapa bahagian badan serta tangannya terseliuh namun tidak mengadu apa-apa, malah lebih ceria daripada biasa maka kami tidak menaruh syak wasangka dan menyangka dia gembira di sana.

"Wajah arwah semasa meninggal juga lebam di bahagian mata dan saya sedih arwah terpaksa melalui semua ini dan dugaan ini akan saya hadapi dengan tabah," katanya ketika ditemui di IPD Baling.

Beliau dan suami, Fadzil Ismail, 41,serta saudara ke IPD Baling petang semalam membuat laporan polis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Azmi Che Husain, hadir sama.

Mohammad Naim yang mati dipercayai akibat didera pelajar senir sudah dikebumikan malam kelmarin di Perkuburan Islam Kampung Baru, mukim Siong, Baling.

SH



Tiada ulasan: