Jumaat, 25 Jun 2010

Biaqpila

Biaqpila


Luna Maya lafaz cinta untuk Ariel

Posted: 25 Jun 2010 07:00 AM PDT


GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Indonesia menunjukkan Ariel bergambar bersama beberapa tahanan di sebuah balai polis di Jakarta.

JAKARTA - Ketika bekas vokalis kumpulan Peterpan, Nazril Irham yang lebih dikenali dengan panggilan Ariel ditahan di sebuah balai polis di sini kerana skandal klip video lucah, kekasihnya, aktres Luna Maya sempat memberikan sokongan kepadanya di laman web Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam laman tersebut, Luna menulis mesej sokongannya dalam bahasa Inggeris yang menyatakan dia menyintai Ariel dan berharap Allah memberkati kekasihnya itu.

Aktres berkenaan menulis ungkapan cinta itu selepas dia menjalani pemeriksaan fizikal termasuk gigi yang dilakukan polis terhadap dirinya kelmarin di sebuah hospital polis di Kramat Jati, Jakarta Timur.

Selain Luna, barisan selebriti Indonesia yang diketuai Ahmad Dhani turut memberikan sokongan moral kepada Ariel dengan datang beramai-ramai ke ibu pejabat polis tempat dia ditahan.

"Kami cuma melawat, untuk memberi sokongan moral supaya (Ariel) tabah," kata Dhani di ibu pejabat polis Jakarta Selatan semalam.

Selain Dhani, selebriti lain yang hadir termasuk Mulan, Titiek Puspa, Hengky Tornado dan isteri, Baby Zelvia, Yovie Widianto, Sys Ns dan Camelia Malik serta pengurus Ariel-Luna Maya, Vitalia Ramona.

Dalam perkembangan berkaitan, Ariel yang merupakan suspek berhubung penyebaran klip video seks yang pelakunya mirip dirinya, Luna Maya dan pengacara, Cut Tari menegaskan dia tidak mengaku salah semasa ditahan oleh polis.

Bagaimanapun, polis menyatakan, pengakuan bersalah duda satu anak itu tidak terlalu penting.

"Sekiranya kami tidak memperoleh pengakuan itu, kami boleh mencari bukti daripada saksi-saksi dan penemuan lain,'' kata seorang pegawai polis, Marwoto Soeto.

Selang dua hari Ariel berada dalam tahanan polis, gambar dia bersama tahanan-tahanan lain disiarkan media Indonesia semalam.

Gambar tersebut menunjukkan Ariel kelihatan akrab ketika bersama 10 tahanan lain.

Dalam gambar itu, dia yang memakai baju putih dengan berseluar pendek hitam tersenyum ketika dipeluk salah seorang tahanan di pejabat polis itu. - Agensi

"Nafi 2/3 BN tu agenda lama"

Posted: 25 Jun 2010 05:00 AM PDT

Zaid : PR ke arah memerintah


Oleh: Lim Hong Siang


Meskipun Pakatan Rakyat kini diselubungi kekhuatiran bahawa sokongan Melayu semakin mengalih ke Barisan Nasional, namun tanggapan ini disangkal oleh Zaid Ibrahim, yang tetap optimis bahawa matlamat PR dalam pilihan raya umum ke-13 adalah untuk memerintah di negara ini.


Ketika ditanya apakah langkah seterusnya seandainya Barisan Nasional berjaya mengembalikan majoriti dua pertiganya dalam parlimen, Zaid Ibrahim (gambar) terus menyifatkan matlamat "menafikan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen" sebagai "agenda lama", malah yakin bahawa PR akan mara untuk menjadi kerajaan persekutuan di Malaysia.

"Saya tidak berfikir untuk menafikan dua pertiga BN, itu agenda lama. Kami akan memerintah di negara ini. Kamu orang (wartawan) tak percaya, itu masalahnya. Kamu ingat ini tidak boleh dilakukan," tegasnya.

"Jadi, Dato, anda yakin bahawa PR akan memerintah?" tanya wartawan lagi.

"Memang! (Of course)" jawabnya dengan tangkas. Zaid Ibrahim menambah, "Kerajaan ini sudah terdesak (desparate). Mengapa mereka membelanjakan RM150 juta (dalam PRK)? Kerana mereka takut!"

Beliau seterusnya melontarkan satu soalan kepada wartawan, "Apakah anda rasa kerajaan yang yakin dengan dirinya, akan membelanjakan wang sedemikian? Ini persoalan yang harus anda tanya."

Walaupun satu soal selidik Merdeka Center baru-baru ini memperlihatkan peningkatan tahap kepuasan terhadap Perdana Menteri Najib Razak kepada 72%, namun Zaid Ibrahim tetap mendakwa bahawa BN masih tidak yakin untuk berdepan dengan rakyat. Pembubaran DUN Perak, PRK di DUN Kota Siputeh, antara cabaran Zaid Ibrahim kepada BN, seandainya kerajaan BN mahu membuktikan keyakinan terhadap prestasi dirinya.

Baca lagi di merdekareview.


Adegan lucah Ariel, Luna dalam DVD

Posted: 25 Jun 2010 02:58 AM PDT

2010/06/25

KUALA LUMPUR: Adegan lucah kononnya membabitkan penyanyi Peterpan, Ariel dan pasangannya aktor dan pengacara, Luna Maya, kini dikesan mula dicetak dalam cakera video digital (DVD) dan dijual dengan harga RM15 sekeping.

Bagi menarik perhatian pembeli terutama di kalangan warga Indonesia, DVD berkenaan diberi judul, 'Indonesian Sex Scandal'. Bagaimanapun, DVD itu turut dimuatkan dengan adegan lucah lain tiada kena mengena dengan kedua-dua artis popular itu.

Penjualan DVD berkenaan terbongkar dalam satu operasi khas Bahagian Kawalan Filem Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bandar Sri Damansara, dekat sini, petang kelmarin.


Ketua KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nor Aziah Abdullah berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 20-an sedang menjual pelbagai DVD diletakkan dalam satu kotak, kira-kira jam 4.30 petang.


"Kebiasaannya, penjual DVD cetak rompak akan membuka kaunter kecil tetapi lelaki terbabit membawa kotak sambil memperagakan DVD dijual kepada pelanggan terutama yang sedang menjamu selera di dalam restoran.


"Hasil pemeriksaan, kami menemui ratusan DVD tidak diluluskan dan lucah termasuk DVD adegan lucah artis popular Indonesia itu dalam kotak dibawa lelaki terbabit," katanya.


Menurutnya, berdasarkan pemantauan, lelaki terbabit hanya menawarkan DVD secara diam-diam dan sebaik pelanggan menyatakan DVD dikehendaki, suspek mengeluarkan bahan terbabit dan mula berurusniaga.

HM

Wanita dipaksa bogel dan dirakam gambar

Posted: 25 Jun 2010 01:00 AM PDT

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/06/24

KUALA LUMPUR: Bukan saja diculik selama lebih empat jam malah seorang pengurus syarikat turut menempuh saat memalukan apabila ditelanjangkan tiga penjenayah sebelum tubuh bogelnya itu dirakam menggunakan kamera dari pelbagai posisi.

Tindakan mengambil gambar bogel mangsa dilakukan suspek bertujuan menjadikan rakaman terbabit sebagai 'aset' untuk mengugut mangsa supaya tidak membuat laporan polis selain dijadikan modal memeras mangsa membayar wang dari semasa ke semasa.

Sumber polis berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa berusia 35 tahun memberhentikan keretanya berhampiran Stesen Bas Pekeliling, di sini, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.


"Mangsa yang ketika itu bersendirian dalam kenderaan bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki tidak dikenali dipercayai warga Pakistan tiba-tiba meluru masuk ke dalam keretanya sebelum mengacukan parang.


"Suspek kemudian mengarahkan mangsa supaya mengikut arahan dengan memandu ke arah Klang, Selangor. Mangsa tidak berani melawan berikutan suspek berulang kali mengacukan parang ke tubuhnya," katanya.


Difahamkan, mangsa kemudian diarah masuk ke sebuah bangunan yang tidak dikenal pasti lokasinya sebelum 'disambut' tiga lagi lelaki.


"Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga dimiliki ketika itu antaranya kamera video, lesen memandu, kad pengeluaran wang automatik (ATM), wang tunai RM200, telefon bimbit dan komputer riba.


"Mereka kemudian memaksa mangsa memberikan nombor PIN kad ATM terbabit sebelum salah seorang daripada mereka pergi ke bank untuk mengeluarkan wang mangsa sebanyak RM800," katanya.


Menurutnya, kumpulan penjenayah terbabit bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jumlah wang diperoleh sebelum mengarahkan mangsa menghubungi kenalannya dan memasukkan wang RM1,000 ke akaun bank diberikan.


"Mangsa yang bimbang dicederakan terpaksa akur dengan arahan itu sebelum rakannya bersetuju membantu dengan memasukkan sejumlah wang diminta tidak lama kemudian.


"Suspek kemudian sekali lagi mengeluarkan wang itu. Sebaik mendapat wang itu, mangsa diarah berbogel sebelum gambarnya dirakam," katanya.


Menurutnya, suspek memberi amaran gambar bogel itu akan disebarkan menerusi Internet sekiranya mangsa membuat laporan polis.


"Suspek kemudian mengarahkan mangsa masuk dan duduk di bahagian belakang keretanya sebelum memandu ke arah Lebuhraya Persekutuan.


"Tiba di satu kawasan, semua suspek turun dari kereta dan meninggal mangsa bersendirian. Mangsa kemudian pulang ke rumah tanpa membuat sebarang laporan polis," katanya.


Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila suspek tiba-tiba menghubunginya semula kira-kira jam 10.30 pagi semalam dan mahu wang RM1,000 lagi.

"Suspek meminta mangsa memasukkan wang itu ke dalam satu akaun bank sekiranya tidak mahu gambar bogelnya disebarkan.


"Mangsa yang tertekan dengan tindakan itu selain kerugian RM5,000 akhirnya mengambil keputusan nekad membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi," katanya.

HM

Speaker Didesak Siasat Najib Bohong Berhubung PRK Sibu

Posted: 24 Jun 2010 11:00 PM PDT

Oleh Fazli Othman


KUALA LUMPUR 24 Jun - Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen meminta supaya Speaker menyiasat kenyataan jawapan Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat yang dianggap satu pembohongan bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak menjanjikan apa-apa projek atau program semasa kempen pilihan raya kecil Sibu 16 Mei lalu.
Sebaliknya Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan hanya melaksanakan projek atau program yang telah dirancang lebih awal daripada PRK tersebut.
Walau bagaimanapun Chieng Jen berkata bukti ucapan Najib yang disiarkan secara meluas dalam 'youtube' membuktikan Najib membuat janji berbentuk rasuah kepada penduduk Rajang Park pada malam sebelum hari pengundian
Beliau menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(12) berhubung jawapan bertulis Perdana Menteri mengenai jumlah peruntukan yang diumumkan semasa PRK Sibu.
Ketika ditemui di lobi parlimen tengahari tadi Chieng Jen berkata jawapan tersebut mengelirukan kerana jawapan Najib bercanggah dengan hakikat yang berlaku semasa kempen PRK Sibu.
"Ini adalah satu pembohongan yang besar dan nyata kerana di dalam 'youtube' kita telah melihat satu video klip di mana ucapan Najib di Rejang Park sehari sebelum hari mengundi beliau telah berkata 'you help me, I help you, you give me Robert Lau for Sibu, I give you RM3 million'.
"Ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan raya dan menjadi satu perjanjian dalam pilihan raya kecil itu."Seramai 93,000 orang telah menonton apa yang Najib cakap, mana boleh pegawai di Jabatan Perdana Menteri mengatakan Perdana Menteri tidak membuat janji," tegas beliau.
Dalam pada itu, Chieng Jen juga turut merujuk kepada PRK Hulu Selangor di mana kerajaan Umno-Barisan Nasional menjanjikan sekolah bernilai RM3 juta kepada masyarakat Cina jika BN menang.
"Oleh itu, saya meminta Yang DiPertua Dewan Rakyat untuk menyiasat kerana daripada 'prima facie' menunjukkan Perdana Menteri telah berbohong tentang hal tersebut di Dewan Rakyat.
"Walau pun jawapan itu berkemungkinan disediakan oleh pegawai di Jabatan Perdana Menteri, beliau sebagai ketua harus bertanggungjawab dengan tindakan pegawainya yang telah menyelewengkan Dewan ini," katanya lagi
Beliau berkata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah berjanji untuk menyiasat perkara itu dan akan memberikan keputusannya dalam masa yang terdekat.
Semalam, dalam jawapan kepada soalan hampir serupa yang diajukan oleh Ahli Parlimen Sibu Wong Ho Leng, Najib berkata sejumlah RM37.7 juta dana dibelanjakan pada PRK Sibu.
Bagi PRK Sibu, kerajaan meluluskan 107 program atau rancangan yang bernilai RM37.7 juta untuk dilaksanakan di seluruh kawasan parlimen itu.
Dana itu untuk dibelanjakan bagi infrastruktur fizikal, sumbangan dan bantuan tunai sertai program sosial.
Menurut carta yang dibekalkan oleh Najib sejumlah RM28.7 juta dibelanjakan bagi sumbangan dan bantuan tunai semata-mata.
"Kerajaan tidak pernah menjanjikan program atau projek kepada rakyat semasa kempen pilihan raya di seluruh negara termasuk di Sibu," kata Najib lagi dalam jawapan bertulisnya itu.

SUARA-KEADILAN

Bosan tengok PRESS R Astro?

Posted: 24 Jun 2010 07:01 PM PDT



Bagaimana nak buang tulisan PRESS R 2010 FIFA World Cup
How to remove Astro "PRESS R 2010 FIFA World Cup"

Anda bosan dengan tulisan PRESS R Astro di skrin tv anda? He..he..he gua pun rasa berserabut tengok tulisan tu.Dah la macam-macam tulisan dan logo kat skrin,semua besar-besar belaka.Tulisan kedudukan jaringan Piala Dunia kali ni juga besar macam gading gajah Afrika.Lagi besar skrin tv,lagi besar tulisan tu.Logo Astro tu memang dah tak boleh buang,yang boleh dibuang adalah tulisan PRESS R yang warna putih dan merah tu.

Mungkin ada yang dah tahu tentang hal ini,namun ramai yang tak tahu terutama tokey kedai tomyam yang pasang skrin besar,gua tengok punyalah besar tulisan PRESS R kat skrin tu.Begitu jugak mamak-mamak yang pasang LCD kat restoran.Depa buat dono je benda ni.Tak ambik pot pun.Yang depa tau bancuh teh tarik dengan tebar roti canai sambil tengok bola.Lepas tu tunggu pelanggan panggil "mamakk!!! kira berapa..."

OK cerita banyak pun tak guna,caranya mudah saja.Langkah pertama,ambik remote control Astro,pegang dengan tangan bukan dengan kaki tau.Sebagai seorang Islam eloklah kita baca Bismillah,selepas selesai membaca Bismillah dengan sempurna,hangpa tekan/press butang G(Green)atau Y(Yellow) atau B(Blue).Ikut suka hangpa nak tekan butang yang mana satu.Kalau hangpa orang PAS tekan la butang hijau,kalau orang BN tekan la biru..kalau kaki MAGNUM 4D tekanla kuning...kah!kah!kah!



Hasilnya amat memeranjatkan beruk-beruk di hutan iaitu tulisan PRESS R ghaib dari skrin tv anda.Barulah sedap sikit tengok bola...keh!keh!keh!




Selamat mencuba!

Sekian saja ajaran sesat gua untuk kali ini...jumpa lagi di lain tahun.

Salam 1Brazil.


Rahsia Rukun 13

Posted: 24 Jun 2010 05:00 PM PDT



Assalamua'laikum wr wb………. ..Sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Laksanakanlah segala rukun dengan betul dan semoga kita akan sentiasa dicucuri rahmat oleh-NYA Yang Esa

Wallahualam.

Sumber: nojie76


Share

Tiada ulasan: