Rabu, 9 Jun 2010

Biaqpila

Biaqpila


Pengarah Apco tak jadi beri keterangan

Posted: 09 Jun 2010 10:08 AM PDT



Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen yang dijadualkan mendengar keterangan daripada Pengarah Serantau, Apco Worldwide, Brad Staples, hari ini tidak menjadi kenyataan.

Ia berikutaNONEn keputusan untuk menangguhkan mesyuarat hari ini. Keputusan itu memeranjatkan seorang lagi saksi yang dipanggil memberi keterangan hari ini - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Mereka (jawatankuasa itu) sedang membincangkan sesuatu...Saya tidak tahu apa yang dibincangkan itu,” katanya selepas menunggu kira-kira 90 minit untuk dipanggil.

“Saya tunggu tetapi tidak dipanggil bagi memberi keterangan. Saya kemudiannya dimaklumkan oleh setiausaha Dewan Rakyat bahawa mesyuarat ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.”

Staples juga dilaporkan kecewa kerana prosiding berkenaan ditangguhkan.

"Kami ingin tahu bila sesi pendengaran ini akan diadakan," katanya kepada Bernama.

Pada mesyuarat jawatankuasa ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.

NONEBeliau yang juga ketua umum PKR sebelum ini berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel.

Berikutan itu, pada 22 April lalu, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa tersebut.

Selain Karpal Singh dan R Sivarasa yang mewakili Pakatan Rakyat, anggota parlimen lain yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) dan Nancy Shukri (BN-Batang Sadong).

Ia dipengerusi oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat.

malaysiakini


Share

Ahli majlis dibelasah 20 individu

Posted: 09 Jun 2010 08:20 AM PDT



Jun 9, 10

Ahli majlis kerajaan tempatan Selayang Allan Lim Ching How mendakwa dia dan pembantunya dibelasah oleh kira-kira 20 individu pagi ini.

Lim mengenalpasti mereka sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida).

“Mereka memakai baju dengan logo PERKASA yang boleh dilihat dengan jelas,” katanya ketika dihubungi.

Pada kejadian 11.30 pagi ini, Lim, dan pembantunya, Zuhudi Ahmad mengalami kecederaan.

Kelopak mata Lim dan bibirnya koyak dan lehernya lebam akibat disepak berulang-kali manakala Zahudi pula ditendang sekurang-kurangnya dua kali di bahagian perutnya.

Lim berkata beliau bergegas ke lokasi tapak pembinaan sebuah dewan yang dimiliki oleh pertubuhan Cina apabila diberitahu bahawa sekumpulan lelaki sedang menanggalkan papan tanda projek berkenaan di Jalan TIB 1, Taman Bolton di Batu Caves.

Sebaik tiba, Lim dan Zuhudi mendapati individu berkenaan dalam proses meruntuhkan papan tanda berkenaan.

“Saya tanya mengapa mereka berbuat demikian tetapi lebih kurang 20 daripada mereka mula memukul kami,” katanya.

Walaupun memperkenalkan dirinya sebagai ahli majlis kerajaan tempatan Selayang, rayuan Lim supaya mereka tidak dipukul terus tidak dihiraukan.

“Ini Tanah Melayu, ini tanah kita bukan tanah orang Cina, kita tak takut,” kata Lim yang mengulangi apa yang diperkatakan oleh kumpulan berkenaan.

Ketika kejadian, Lim mendakwa dua anggota polis berada di lokasi bagi memantau keadaan tetapi kumpulan berkenaan tidak mempedulikan mereka.

“Saya tak faham mengapa OCPD hanya menghantar dua pegawai polis bagi memantau keadaan, sedangkan terdapat antara 50 hingga 60 ahli PERKASA dan Pekida,” katanya.

NONELim membuat laporan di balai polis Batu Caves petang ini.

Dalam pada itu, presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang dihubungi berkata beliau tidak mengetahui mengenai kejadian itu yang membabitkan ahlinya.

"Saya di parlimen, Saya tidak tahu...Saya akan kumpulkan maklumat dahulu untuk menentukan sama ada ini benar atau tidak.

"Ini tidak kena-mengena dengan PERKASA, ia bukan polis kita untuk mengganas. Hanya kerana mereka memakai baju PERKASA tidak bermakna mereka ahli PERKASA,” katanya.

malaysiakini

Share

Ketagih pakai seluar dalam wanita

Posted: 09 Jun 2010 06:16 AM PDT


ROSLAN (kiri) dan Ketua Turus Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, ASP Razali Mohamed Shahid menunjukkan seluar dalam wanita koleksi suspek di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU - Serbuan polis ke rumah seorang pembantu kesihatan di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang dekat sini semalam dalam operasi kes penyalahgunaan dadah akhirnya membongkar rahsia hobi pelik lelaki berusia 39 tahun itu.

Dalam serbuan pukul 2.45 pagi itu, polis menemui sebuah almari milik lelaki itu yang dipenuhi kira-kira 400 helai seluar dalam wanita serta beberapa helai coli.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, anggota polis pada mulanya curiga melihat banyak seluar dalam wanita di rumah itu sedangkan suspek masih bujang dan tinggal bersendirian.

"Semasa ditangkap, suspek kelihatan seperti lelaki normal tetapi dia memakai seluar dalam wanita,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

kosmo



Share

SANGAP LA BEB!!!

Posted: 09 Jun 2010 01:00 AM PDT



KAH! KAH! KAH!
NI LAWAK KA BETUL-BETUL NI?
MACAMANA HANGPA BOLEH SOKONG KELULUSAN LESEN JUDI BOLA?
PADAHAL BELUM LULUS KATA PAK NAJIB? KAH!KAH!KAH!
MANA SATU BETUL MANA SATU SALAH NI?
MANA SATU HALAL MANA SATU HARAM NI?

SANGAP LA BEB!!!
APA BENDA SANGAP TU BEB?
KAH! KAH! KAH!



Share

LIFELINE 4 UMNGOK

Posted: 08 Jun 2010 11:00 PM PDT




Tu dia nak tunjuk jugak lambang dacing kat belakang tu....

Masa sukarelawan ni bertolak menyertai misi kemanusiaan ke Gaza takdak pulak sessi bergambar dengan PM atau TPM dan takdak pulak siaran langsung di tv3suku.Tup-tup lepas balik dari kena tawan dengan tentera israel terus pakat sibuk nak sambut kat airport.Bebulu betoi aku tengok lakonan depa ni.Sambutan beserta liputan siaran langsung seolah-olah tentera israel ditewaskan dalam misi tersebut,padahal kapal bantuan dirampas oleh israel lahanat tu.Kita memang tabik dengan keberanian sukarelawan ni.Kita nampak NGO lebih berani daripada sebuah kerajaan.Bukan salah bagi penghormatan macam tu,tapi nampak pelik secara tiba-tiba umngok yang cuba jadi juara.Umngok yang meluluskan lesen judi bola piala dunia boleh pulak nak berjihad.

Dey macha!!! Umngok beend nampaknya terpaksa tumpang talihayat Lifeline 4 Gaza untuk memberitahu rakyat bahawa depa jugak kutuk Israel walaupun depa lah yang mengkayakan apco selama ni.Peluang terhidang nampaknya tidak disia-siakan bagi membina semula keyakinan rakyat terhadap gerombolan...kah!kah!kah!



Share

Rujuk Najib Kepada Jawatankuasa Parlimen Kerana Berbohong Berhubung Lesen Judi Sukan

Posted: 08 Jun 2010 09:00 PM PDT

Oleh Fazli Othman



KUALA LUMPUR 8 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kelulusan lesen judi bola sepak yang diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan Najib yang juga Menteri Kewangan I semalam telah menyelewengkan Dewan Rakyat apabila menyatakan kerajaan masih mengkaji permintaan Berjaya Corporation Bhd berhubung lesen judi tersebut.
"Semalam, dalam jawapan berhubung lesen judi sukan, Najib menafikan telah meluluskan tetapi pada masa yang sama di dalam laman sesawang Kumpulan Berjaya telah mengumumkan bahawa kelulusan itu telah diberikan.
"Hari ini bila kita periksa pengumuman berhubung lesen judi tersebut, nampaknya rekod itu telah dipadamkan.
"Kenyataan ini mengarut kerana kerana Kementerian Kewangan sebenarnya sudah pun meluluskan lesen tersebut kerana kalau tidak kenapa Berjaya Corporation membuat pinjaman RM614 juta untuk mengendalikan operasi judi sukan ini.
"Najib sepatutnya dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana memberikan kenyataan mengelirukan," kata beliau.
Menurutnya, Berjaya Corporation membuat pengumuman pada 12 Mei berhubung kelulusan lesen judi sukan yang menyebabkan saham syarikat tersebut melonjak naik pada hari tersebut.
Pengumuman itu menyatakan Menteri Kewangan telah memberikan kelulusan kepada Ascot Sports lesen untuk mengendalikan operasi judi sukan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan yang baru dilantik, Senator Datuk Donald Lim ketika ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan kerajaan tidak muktamad dan masih menunggu maklumbalas semua pihak.
Ketika diminta mengulas itu, beliau enggan menjawab kerana menurut beliau keputusan itu bukan di tangannya dan mengatakan Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan lanjut isu tersebut.

SK

Share

Israel buat lawak, malukan diri sendiri

Posted: 08 Jun 2010 07:00 PM PDT

- FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN


Di seluruh dunia, orang ramai masih mengadakan protes, pemimpin dunia terus berbincang langkah perlu berhubung isu serangan konvoi kemanusiaan ke Gaza dan aktivis yang baru dibebaskan menceritakan peristiwa pahit lagi mencemaskan itu.

Dalam keadaan menyedihkan itu, Israel masih mengeluarkan pelbagai kenyataan 'menghalalkan' serangan berdarah itu kerana kononnya, mereka diserang dengan 'keganasan terancang'.

Ini bermakna aktivis di atas kapal didakwa sudah merancang taktik berperang dengan Israel, iaitu menggunakan kerusi, batang kayu dan apa sahaja barang boleh dicapai. Kalau benar itu 'keganasan terancang', ia pastinya rancangan paling tidak masuk akal.

Rejim Zionis mendakwa tentera yang 'turun dari langit' dipukul aktivis ketika turun ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa 10,000 tan barangan ke Gaza.

Mereka tidak malu menggunakan alasan terpaksa menembak aktivis kononnya mempertahankan diri, sedangkan mereka sedar tindakan menyerang kapal konvoi itu menjadikan mereka lanun dan penjenayah.

Menurut laporan forensik Turki, Furkan Dogan, rakyat Amerika Syarikat berdarah Turki yang berada di atas Mavi Marmara, ditembak lima kali, termasuk di belakang kepala dan muka. Adakah itu tindakan mempertahankan diri askar Israel?

Rejim itu juga mendakwa terdapat aktivis di atas kapal itu yang merampas senjata api askar dan menembak ke arah tentera, meletakkan nyawa tentera Israel dalam bahaya sehingga terpaksa membunuh aktivis. Walhal angkatan tentera rejim itu sering disenaraikan sebagai terbaik dunia. Mana boleh diterima akal orang awam yang diserang menewaskan seorang komando tentera terlatih sehingga senjata api bertukar tangan. Jika benar, askar Israel tidak sehebat dicanang. Sungguh melucukan.

Seperti kebiasaannya, Tel Aviv menggunakan media bawah kawalannya sebagai alat propaganda. Rakaman Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang menunjukkan tentera dipukul aktivis disiarkan media Barat untuk meraih simpati dunia. Selain gambar kabur, rakaman itu boleh dipersoal kerana setiap video disiarkan dikawal IDF.

Pendedahan itu hanya menunjukkan kelemahan askar rejim itu. Pertama, ia menunjukkan tiada perancangan rapi apabila Israel menurunkan tentera kecil untuk berhadapan ratusan orang awam yang dilabel Tel Aviv sebagai pengganas.

Kedua, tidak pernah dunia melihat anggota tentera sanggup terjun dari kapal untuk mengelak daripada diapa-apakan, bermakna askar Israel memilih untuk lari dari medan pertempuran dan tidak sanggup mati untuk negaranya sendiri.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam kenyataan rasmi mengenai insiden itu menegaskan, Israel tidak akan membenarkan askarnya dibunuh 'penyokong Iran dan Hamas ini'.

Beruntung sungguh tentera Israel. Mereka dilayan seperti putera raja sehingga tidak boleh diapa-apakan. Jika Netanyahu tidak mahu askarnya dicederakan, mungkin mereka patut disolek dan dihantar menyertai pertandingan ratu cantik. Tetapi jika terjatuh semasa 'catwalk' di atas pentas, risiko mendapat kecederaan tetap ada.

Semua aktivis yang ditahan sudah dihantar pulang selepas tiada dakwaan dibuat terhadap mereka, termasuk yang dituduh memukul tentera Israel. Namun, Netanyahu tetap dengan kenyataannya, bahawa terdapat kumpulan pengganas dalam konvoi itu.

Israel cuba menegakkan benang basah, namun ia tidak mungkin berjaya kerana dunia sudah muak dengan keganasan rejim Zionis yang baru 62 tahun wujud di muka bumi, tetapi mengakibatkan kehancuran bangsa Palestin dan Lebanon yang akan mengambil masa ratusan tahun untuk diperbaiki.

sinarharian


Share

Mandi bogel sebelum ditemui lemas terapung

Posted: 08 Jun 2010 05:00 PM PDT

2010/06/08

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang ditemui lemas di kawasan rekreasi di Ulu Yam Baru di sini, membuka semua pakaian sebelum ditinggalkan di tepi sungai dan mandi dalam keadaan telanjang bulat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi, berkata mayat wanita berusia awal 20-an itu, ditemui terapung di Sungai Tembalik berhampiran kawasan tangki air Jalan Sungai Tua, Ulu Yam Baru. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal mangsa dipercayai warga tempatan dan berbangsa Melayu. "Berdasarkan laporan bedah siasat mendapati dia lemas dan tiada unsur jenayah. Kami masih menyiasat kenapa dia datang ke kawasan rekreasi berseorangan dan mandi bogel," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Norel Azmi berkata, dia menyeru orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mereka yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.

Semalam, akhbar ini melaporkan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan bogel, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

hmetro

Share

Tiada ulasan: